05 August 2011

Bayar fitrah di KL atau Selangor?

Bayar zakat fitrah pun nak tengok parti mana perintah? Masya-Allah... - Gambar hiasan
Seorang rakan sepejabat memberitahu bahawa dia akan membayar fitrah dia dan tanggungannya di Kuala Lumpur walaupun dia tinggal di Selangor. Katanya, sudah tiga tahun dia tak bayar fitrah kat negeri Selangor. Begitu juga dengan zakat-zakat lain. Semuanya menggunakan PPZ Wilayah Persekutuan.

Aku tanya kenapa? Bukankah nilainya sama? Dia kata bukan soal nilai tetapi keyakinan. Rupa-rupanya dia tidak yakin dengan Pusat Zakat Selangor (PZS) terutama dalam pembahagian wang zakat fitrah setiap tahun sejak Selangor di perintah puak-puak Islam liberal dan kafir harbi.

Dia kata kalau pelantikan SUK pun puak-puak ini campur tangan, urusan pentadbiran Unisel diorang control, aset dan harta benda Yayasan Selangor hampir habis digadai mereka, kerja-kerja JAIS pun nak dikuasai apatah lagi PZS yang kutip duit berjuta-juta tiap tahun. Huuu... panjang lebar alasannya.

Kawan aku kata, dia tak yakin wang zakah fitrah di Selangor di bahagikan kepada asnaf yang betul-betul memerlukan. Takutnya siapa yang pangkah bulan, mata lebam atau roket terbang je yang akan dapat wang zakat. Yang lain-lain mereka buat tak nampak.

"Sebab itulah aku rela bayar fitrah kat KL. Lagipun aku kerja pun kat KL. Kalau tak pun aku bayar kat kampung...." kata kawan aku dengan tegas.

Erk... Tertanya juga aku berapa ramai yang bersikap macam kawan aku ni?

Share this

0 Comment to "Bayar fitrah di KL atau Selangor?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.