12 August 2011

Bonus: Kerajaan pembangkang patut bagi 2 bulan!

Pelik bin ajaib! Selama ini para pemimpin pembangkang terutama penasihat ekonomi Selangor duk hentam kerajaan BN (Pusat) pimpinan Najib konon tidak pandai urus ekonomi sehinggakan negara mengalami desifit teruk. Malah ikutkan kata penasihat ekonomi Selangor, Malaysia boleh jatuh bangkrup. Tetapi tang bagi bonus mereka pakat ikut kerajaan Pusat.

Patutnya kalau kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mempunyai pemimpin negeri yang lebih hebat dalam menguruskan ekonomi negeri mereka, terutama Selangor yang mempunyai penasihat ekonomi tersohor dan teragung, mereka boleh beri bonus berkali ganda dari yang diberikan kerajaan Pusat.

Maknanya kalau kerajaan Pusat bagi setengah bulan gaji, kakitangan awam negeri-negeri ini sepatutnya boleh dapat 2 bulan bonus. Barulah rakyat percaya bahawa pimpinan kerajaan pembangkang sekarang jauh lebih baik dari kerajaan Pusat atau ketika di bawah pimpinan BN dahulu. Ini tidak, bila pusat bagi setengah bulan, mereka pakat ikut sama.

Tapi pelik dan ajaib jugak. Bab-bab lain mereka tak pulak nak ikut Pusat, tapi bila tang bagi bonus semua berbondong-bondong ikut. Kalau Najib kata dia nak kasi bonus 10 bulan gaji kat kakitangan awam, agak-agak mereka pun ikut sama tak?

Ini menunjukkan sebenarnya kerajaan bawah pembangkang ni cakap je lebat tapi realitinya habuk pun tarak. Itu penasihat ekonomi Selangor, duk jelajah satu dunia sampai ke Indonesia, Filipina, Jerman... berapa banyak FDI yang dibawa ke Selangor sedangkan (khabarnya) kos dia ke luar negara dibiayai oleh kerajaan negeri? Tarak... cakap je lebat! Realitinya hampeh... perabis beras jeh!

Hehe.. kesian! Melaka yang tak ada hasil mahsyur bumi pun boleh jadi negeri kaya-raya sebab kreativiti Ketua Menterinya tapi Selangor yang dulu jadi pusat tumpuan pelabur dengan segala mak nenek kilang di negeri ini tetapi makin menyusut pendapatannya.

Dan kerana terdesak perlukan wang sampaikan segala aset Yayasan Selangor habis nak dilelong, digadai..! Hebat penasihat ekonomi Selangor!

Psstt... Geng-geng penyokong baju kuning yang terpekik-terlolong kat FB, Twitter hari tu dah sonyap sunyi bila dapat bonus 1/2 bulan gaji... Hehehe... Itulah perjuangan mereka! Perjuangan tahi kucing!

Share this

0 Comment to "Bonus: Kerajaan pembangkang patut bagi 2 bulan!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.