08 August 2011

Cukupkah dengan 25 orang saksi tu Anwar?

Anwar tersenyum puas kerana dapat heret Najib dan Rosmah ke mahkamah...
Anwar Ibrahim melangkah keluar dari Mahkamah Tinggi KL dengan senyum penuh kepuasan selepas permohonannya untuk memanggil semula 25 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk ditemu bual oleh pihak pembelanya dipersetujui oleh hakim. (Kalau ditolak... sebakullah hakim tu kena maki!!).

Khabarnya pihak pendakwa menawarkan 71 orang saksi untuk ditemubual termasuk Wan Azizah tetapi barisan peguam Anwar hanya memilih 25 dan lima daripadanya sudah ditemubual sebelum ini.

Tapi aku percaya daripada seramai itu sebenarnya Anwar hanya mahukan Najib dan Rosmah. Biarpun kedua-duanya tiada kaitan langsung dengan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari, tetapi mengheret PM dan isteri ke dalam "perbicaraan kes peribadinya" sudah memberi kemenangan kepada Anwar.

Itulah Anwar. Tak dapat akar rotan pun jadi. Tak ada perempuan, lelaki pun jadi... heheh...!!

Dan aku percaya selepas ini Anwar akan canang satu dunia sambil mendabik dada! Lihatlah dunia bahawa Najib dan Rosmah adalah perancang kosnpirasi liwat keduanya. Kalau tidak masakan hakim bersetuju dengannya untuk mengheret Najib dan Rosmah ke mahkamah!!

Itulah agaknya gegak-gempita yang akan dikhabarkan kepada seluruh umat dunia. Siapa yang tak kenal Anwar Ibrahim. Pakar pencetus konspirasi dan pakar pusing tujuh keliling.

Tapi aku percaya selain sengaja mahu membabitkan PM dan isteri di dalam kes ini dan nantinya akan dijadikan peluru untuk menyerang pasangan pemimpin ini, Anwar juga menggunakan alasan menemubual saksi termasuk dua bekas bibik yang kini sudah kembali ke Indonesia untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

Di mana mahu mencari dua bibik tersebut? Maka gagal memanggil dua saksi itu akan menyebabkan mahkamah akan tangguh lagi dan lagi dan lagi dan lagi... perbicaraan kes liwatnya. Dan dia kemudian ke luar negara menuduh kerajaan pimpinan Najib sengaja melambat-lambatkan perbicaraan sehingga PRU-13 kerana mahu terus berkuasa dan takutkan Anwar.

Peliknya daripada seramai itu saksi, dia tidak pula memanggil isteri dan anak-anaknya sedangkan mereka boleh mengesahkan alibi di mana dia berada ketika kejadian. Kenapa Wan Azizah dan anak-anaknya tidak dipanggil? Kenapa...??

Itulah Anwar yang tak kenal puasa atau tak puasa akan terus berbohong dan berbohong... Kita tengok sampai bila Anwar akan boleh bertahan!

Share this

2 Responses to "Cukupkah dengan 25 orang saksi tu Anwar?"

  1. Sdr MTB,

    Biarkan Anwar sedang mereput.

    yy

    ReplyDelete
  2. Paktua setuju...
    Bila PM dapat diheret ke mahkamah, walaupun dalam sesi temubual.. Selepas itu akan keluar cerita dimedia masa : PM dikaitkan dengan konspirasi kes liwat ii Anuar.....
    Ekoran dari itu nanti ada pihak yang mendesak supaya diadakan tuduhan kepada PM pulak....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.