08 August 2011

Kerajaan BN (Benang Nipu) bayar bonus 1/2 bulan gaji!


Kalau negara huru-hara kerajaan pun tak mampu bayar bonus!

Hampesss...!! Kerajaan Benang Nipu (BN) yang menipu rakyat selamat lebih 50 tahun dan mengamalkan rasuah tahap menjijikkan hari ini mengumumkan untuk membayar bonus setengah bulan gaji kakitangan awam dan RM500 kepada pesara kerajaan.

Lebih menjijikkan, kerajaan yang paling tidak demokratik berbanding Filipina dan Indonesia kerana menghalang rakyat berdemo untuk peliwat juga akan membuat bayaran bonus pertengahan bulan ini bersamaan dua minggu menjelang Hari Raya.

Jadi jelaslah kerajaan Benang Nipu ni telah merasuah rakyat menjelang pilihan raya... eh maksud aku menjelang Hari Raya!

Dilema beb! Patutkah aku dan kawan-kawan aku yang kerja kerajaan ni ambik duit rasuah Hari Raya itu sedangkan aku selama ini duk kutuk kaw-kaw, maki-hamun, caci-maki, sumpah-seranah dan meludah-ludah kerajaan Benang Nipu ni?

Patutkah?

Share this

0 Comment to "Kerajaan BN (Benang Nipu) bayar bonus 1/2 bulan gaji!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.