02 August 2011

Ketua pembangkang.. Kenapa Ku Li?

Lawak memang lawak. Betul kata Nik Aziz. Sesiapa yang beri cadangan untuk lantik Tengku Razaleigh (Ku Li) sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim memang buat lawak di bulan puasa ni. Sebabnya mana mungkin Ku Li jadi ketua pembangkang sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen di bawah kerajaan BN. Wakakakaka....

Siapalah punya idea nak lantik Ku Li ganti Anwar sebagai ketua pembangkang tu? Ketua pembangkang maksudanya sesiapa yang dilantik akan mengetahui barisan ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Parlimen. Macam mana Ku Li nak ketuai barisan ini sedangkan tempat duduknya pun bersetentang dengan kerusi barisan pembangkang?

Ish... Kat dalam pembangkang tu memang dah tak ada orang lagi ke nak dilantik jadi ketua sampai perlukan "orang kerajaan" macam Ku Li? Bukankah pembangkang ada pakatan tiga parti yang diwar-war cukup hebat sebagai parti politik yang paling sepakat dalam dunia? Hai... takkan nak pilih ketua pun susah? Bukankah Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nizar Jamaluddin, Teresa Cock, Lim Guan Eng, Sivarasa dan puluhan lagi pemimpin mereka ada. Tengok tu si Mat Sabun pun dah setanding Anwar especially bab-bab berlakon dan berbohong! Lantiklah Mat Sabun tu... Kenapa nak lantik Ku Li jugak?

Hihihi... Nampak sangat puak-puak pakatan ini dah tak percaya antara satu sama lain sampaikan nak cari ketua pun di kalangan orang "di luar pakatan". Patutlah mereka selama ini duk bergantung sepenuhnya kepada Anwar dan sanggup mempertahankan mamat ini bermati-matian. Rupanya itulah satu-satunya pemimpin mereka yang boleh jadi ketua. Hahahaha... kesian!

Satu hal lagi. Kenapa sibuk-sibuk nak cari pengganti Anwar? Bukankah dia pemimpin maksum, maha suci dan maha cerdik. Dan kalau dia kena penjara pun, apa salah kekalkan Anwar jadi ketua pembangkang? Bukankah orang Pas, DAP, PKR tak peduli pun soal moral seorang ketua asalkan dia boleh membawa parti parti ke pintu Putrajaya, dia akan diangkat setinggi-tingginya.

Kalau Ku Li setuju pun nak jadi ketua pembangkang, beliau kena lompat parti dan masuk mana-mana parti dalam pakatan baik Pas, DAP atau PKR. Tapi aku tak yakin Ku Li akan "menderhaka" kepada UMNO sekali lagi kerana tak ada sebab yang munasabah untuk dia melompat parti. Lagi pun tak guna dia lompat sekarang sedangkan pilihan raya umum dah tak lama lagi dah. Buang karen je beb!

Jadi nasihat aku kepada mereka yang berusaha nak lantik Ku Li jadi ketua pembangkang, sudah-sudahlah buat kerja bodoh sebab tak akan bawa hasil pun. Hehehe...

Share this

3 Responses to "Ketua pembangkang.. Kenapa Ku Li?"

  1. Sudah terang lagi bersuluh. Sudah pasti Ku Li tidak akan jadi ketua pembangkang. Probabilitinya amat tipis dan hampir mustahil. Yang peliknya tu "Mesin Taip Buruk" macam tertekan dan emosional, seolah-olah Ku Li boleh jadi Ketua Pembangkang. Sabarlah MTB. Jangan terlalu tertekan, emosional, tak tentu arah dan hilang pedoman, terutama di bulan puasa ini. Hanya ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  2. Karimbujang kau pun buat lawak gak ke puasa2 ni? Aku mana ada tertekan jauh sekali nak emosi. Tak ada faedahnya yeop! Lantaklah siapa nak jadi ketua pembangkang pun. Ala ketua pembangkang je, bukannya PM. Tapi kok ya pun nak bagi cadangan fikir lojiklah weih...

    ReplyDelete
  3. pemimpin anu gerah tuhan nak jadi apa kalau kuli terima,
    suka main blakang lah pakatan nie.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.