23 August 2011

Khalid dah jadi Hang Jebat Selangor.....?

Ayoyo..! Sultan sudah murka sama ini pembesar negeri....
Khalid Ibrahim ternyata berbohong apabila menyatakan Sultan Selangor menasihatkan kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura bagi membincang soal siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama tetapi hakikatnya perkara itu tidak berlaku.

Ekoran pembohongan itu, Sultan Selangor sudah murka terhadap Menteri Besarnya. Wah.. wah... wah...!! Sejarah sudah tercatat di negara Tanah Melayu apabila ada pembesar negeri sudah mendurhakai sultannya. Apakah sejarah penderhakaan Hang Jebat di Melaka berulang di Selangor?

Aku faham kalau Khalid cuba bersikap lembut terhadap DUMC yang didakwa membawa beberapa remaja Melayu untuk menukar agama dengan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dengan penglibatan JAIS, mufti dan para paderi DUMC. Sebabnya tentulah nak menunjukkan bahawa kerajaan Selangor "adil dan telus" terhadap semua agama. Majlis Penasihat Syura ni macam jawatankuasa khas membincangkan isu agama ini. Sebabnya tentulah nak jaga hati rakan-rakan DAP dalam kerajaannya.

Tapi menggunakan nama Sultan Selangor bagi "menghalalkan" usahanya itu adalah sangat tidak wajar. Aku tidak pasti sama ada undang-undang batang tubuh negeri Selangor ada memberi kuasa kepada tuanku untuk memecat atau menarik balik kuasa Menteri Besarnya. Kalau tak ada, selamatlah Khalid. Sebabnya ini bukan kali pertama Khalid yang pernah melingkupkan Guthrie ini "menggunakan" nama sultan dalam menyelesaikan isu-isu hangat di negeri itu. Tetapi kes libatkan gereja-JAIS ini benar-benar membuka tuanku murka.

Jadi kepada rakyat negeri Selangor, apakah kalian masih lagi mahu bertuankan Menteri Besar dari pakatan haram jadah ini? Apakah kalian mahu ber-MB penderhaka macam Khalid Ibrahim ini? Kalau tak mahu atau sudah serik, apa lagi PRU-13 ni pakat tolaklah mereka dalam lubang tahi!

Selamatkan Selangor!

Share this

0 Comment to "Khalid dah jadi Hang Jebat Selangor.....?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.