12 August 2011

Lepas gugur negara Islam, Pas sokong murtad pula?

Pendedahan di http://screwkuat69.blogspot.com/2011/08/kronologi-kejadian-serbuan-jais.html... Apa kata Khalid Samad?
Baca tajuk aku ni mesti orang hamPAS marah aku sebab duk kutuk parti mereka hehe... Mesti diorang kata bulan puasa kena jaga mulut dan hati nanti sia-sialah puasanya. Tapi niat aku baik yeop! Nak sedarkan puak-puak hamPAS ni betapa mereka semangut hanyut dibuai angin Putrajaya sampaikan tindakan-tindakan pemimpin mereka sudah semakin tidak tentu hala.

Tahun1980-an dahulu Haji Hadi pernah keluarkan amanat yang mengkafirkan UMNO sebab bersekongkol dengan orang kafir (MCA dan MIC). Malah dia pun pernah kata darah orang UMNO halal. Sampaikan orang Islam berpecah belah begitu teruk sekali. Suami isteri bercerai berai, orang kampung bersembahyang Jumaat 2 imam, jenazah orang mati tidak diziarahi dan diuruskan lantaran perbezaan fahaman politik UMNO dan hamPAS.

Amanat Hadi masih jadi pegangan Pas!

Itu kisah 20 tahun dahulu. Dan hari ini Haji Hadi selaku Presiden Pas telah menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang diperjuang sekian lama dengan alasan tidak ada perkataan negara Islam dalam al-Quran. Yang ada ialah kebajikan. Maka hamPAS sekarang berjuang ke arah negara kebajikan.

Baik... Aku masih boleh terima lagi kalau perjuangan Pas sekarang tak macam dulu sebab mereka kini telah berubah, telah mereformasikan diri mereka sepertimana mereka laung-laung slogan "Ayuh berubah...! Selamatkan Negara!". Aku faham semua itu ditinggalkan demi janji-janji muluk Ketua Pembangkang, dengan kibasan dan kipasan angin lalu DAP tentang harapan untuk menggapai Putrajaya.

Tapi aku cukup tidak faham apabila hamPAS mula berlembut soal murtad dan akidah umat Islam. Apabila JAIS menyiasat kehadiran 12 orang Islam yang dipercayai sedang dimurtadkan, hamPAS sekadar mengambil langkah "menyiasat sendiri" laporan bekas Pesuruhjaya Pasnya di Selangor, Hasan Ali. Sama ada tidak percaya lagi kepada cakap Hasan Ali atau memang Hadi "tidak berani" nak becakap lebih tentang isu gereja sebab takut "kehilangan peluang ke Putrjaya" maka pelbagai alasan diberikan.

Nama-nama yang hadir di DUMC...UMNO juga disalahkan!
Ok. Nak jumpa JAIS dan pihak gereja untuk mendapatkan "gambaran sebenar" kejadian. Sampai hari ini belum ada khabar berita pertemuan itu diadakan. Betapa tidak seriusnya hamPAS dalam soal ini. Baik... hamPAS persoal "cara" JAIS serbu gereja yang disyaki sedang memurtadkan umat Islam, lalu apa lagi yang perlu dilakukan oleh JAIS dengan lebih berhemah?

Ingat selama ini PAS cukup pantang soal Islam terutama berkaitan dengan UMNO. Apa yang UMNO tidak dituduh bila sebut soal Islam? Dikafirkan sudah, dicaci-maki dalam ceramah-ceramah seluruh negara sudah, didoakan pecat perut sudah... Konon sebab UMNO tidak berjuang untuk Islam dan orang UMNO mesti ditentang. Tapi bila orang Islam (cukup bukti) dimurtadkan di Selangor apa pemimpin hamPAS ini cakap?

Hasan Ali dicerca dan kini Hasan Tantowi pula diserang hendap kerana semata-mata mereka mahu mempertahankan akidah umat Islam. Lalu apa sudah jadi dengan parti yang pernah kafirkan UMNO dahulu semata-mata konon nak pertahankan penubuhan negara Islam dan laksanakan hukum Hudud?

Pesan aku kepada hamPAS, kalau nak berpolitik dan nak duduki Putrajaya, silakan tetapi jangan sesekali gadaikan agama Islam, al-Quran dan Hadis sebab aku tidak akan biarkan ia berlaku. Cukuplah orang bukan Islam semakin biadap dan berani terhadap umat Islam tetapi janganlah kerana Putrajaya, hamPAS lacurkan agama Islam, al-Quran dan Hadis untuk capai cita-cita politik!

Cukup-cukuplah! Negara semakin hancur, umat Islam semakin kalut...!

Share this

0 Comment to "Lepas gugur negara Islam, Pas sokong murtad pula?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.