14 August 2011

Masjid, surau di Pulau Pinang pakai sistem "sorround"?

Pulau Pinang keluarkan arahan larangan masjid dan surau mendendangkan ayat-ayat al-Quran menerusi corong-corong pembesar suara sebelum masuk waktu Subuh. Arahan itu khabarnya hasil keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang. Ia mendapat sokongan Dr. Maza!

Ok.. Aku tak mahu komen bab ini sebab ia menyentuh soal hukum-hakam.

Cuma aku harap lepas ni kerajaan Pulau Pinang tak ada arahan supaya semua  masjid dan surau kat negeri itu pakai sistem sorround macam home-theater kat rumah aku. Pasanglah kuat mana pun suara tak keluar sampai ganggu jiran. Bila dah pakai sistem sorround tak adalah ganggu rakan-rakan bukan Melayu nak tidur dan orang Melayu yang rasa sakit telinga dengar suara orang mengaji atau azan pagi-pagi buta!

Kat Singapork khabarnya masjid dan surau dah pakai sistem sorround. Bila mereka azan hanya kedengaran dalam masjid atau surau berkenaan sahaja. Bangunan yang bertempek dengan dinding masjid, surau tu pun tak dengar azan. Hebat teknologi mereka pakai. Lepas ni mungkin Exco jaga agama Islam kat Pulau Pinang boleh buat lawatan sambil belajar ke masjid/surau Singapork. Tengok macam mana mereka urus supaya tak ada "pencemaran bunyi" dari suara azan atau kaset mengaji.

Erk.. Jangan lupa parti yang perintah Pulau Pinang ialah "anak" kepada kerajaan di Singapork. Jadi tak hairan kalau apa yang diimplimen kat negara seberang tambak itu akan dijadikan acuan dan ikutan kerajaan di seberang jambatan sana.

Persoalannya siapa yang akan dapat kontrak supply sistem sorround untuk masjid/surau tu nanti yek? Apakah syarikat Ahmad atau Ah Chong?

Share this

1 Response to "Masjid, surau di Pulau Pinang pakai sistem "sorround"?"

  1. sakit ke telinga dengar azan dan ayat suci al quran..? sedihnya.. :')

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.