02 August 2011

Nahas lori terbabas ketika menuruni bukit

Sebuah lori tanah bermuatan batu hilang kawalan selepas brek kenderaan itu gagal berfungsi ketika menuruni bukit dari Hulu Langat di persimpangan Ampang Tambahan-Taman Putra. Lori tersebut terhumban dalam kawasan letak kereta di hadapan bangunan kedai di hadapan simpang tersebut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan disitu tertimbus batu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam. Difahamkan kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di sini malah beberapa penduduk di kawasan itu memaklum sebelum ini sekurang-kurang dua kejadian lori terbabas dan terhumban di kawasan tersebut. Ada satu kes sampai terperosok di dalam kedai berkenaan.

Aku yang kebetulan lalu di situ sempat merakamkan keadaan beberapa minit selepas kejadian. Mujurlah pemandu lori, seorang lelaki Melayu hanya mengalami cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk dirawat. Lebih mujur lagi kejadian itu tidak berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu ke Bazar Ramadan yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Bayangkan kalau nahas itu berlaku pukul 4 petang dan ke atas, sudah pasti nahas itu boleh bertukar tragedi!

Bahan-bahan muatan lori berterabur di jalan dan menimbus sebuah kereta. 
Muatan lori berupa batu berterabur dan menimbus sebuah kereta yang diletakkan di situ.
Lori ini merempuh tiang lampu isyarat di persimpangan selepas brek gagal berfungsi/
Lori terbabas ke dalam longkang dan terbalik di kawasan letak kereta.
Keadaan tiang lampu isyarat yang patah dirempuh lori terbabit merentang jalan.
Bomba dipanggil untuk keluarkan kereta dari timbunan batu.
Orang ramai melihat nahas 1 Ramadan itu
Pemandu lori seorang lelaki Melayu cedera dan dibawa keluar dari lori oleh orang ramai.

Share this

0 Comment to "Nahas lori terbabas ketika menuruni bukit"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.