16 August 2011

QPR milik Tony Fernandez, Genting taja Aston Villa

Sah kelab BPL, Queens Park Rangers (QPR) bakal menjadi milik taukeh AirAsia, TS Tony Fernandez. Khabarnya proses pengambil-alihan saham QPR dapat diselesaikan minggu depan. Kelmarin, ketika QPR dibelasah Bolton 0-4, kelihatan kelibat Tony di tepi padang menyaksikan aksi pertama QPR di BPL musim ini.

Nampaknya jutawan Malaysia semakin berminat untuk memiliki kelab-kelab BPL. Tapi pemilikan QPR oleh Tony mengesahkan penglibatan orang-orang ternama Malaysia dalam kancah kelab bola sepak dunia. Sebelum ini seorang lagi jutawan Malaysia, Vincent Tan sudah memiliki kelab Cardiff City yang bermain di Liga Perdana (Champions League). 

Sebelum ini ada juga penglibatan syarikat Malaysia tetapi hanya melalui penajaan. Misalnya Proton pernah menaja Norwich City kalau tak salah dua musim manakala Tune Group, juga milik Tony Fernandes telah menaja para pengadil BPL sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

Musim ini sebuah lagi syarikat Malaysia, Genting Group turut menaja kelab Aston Villa. Apakah ada lagi syarikat-syarikat Malaysia yang menaja atau memiliki kelab-kelab tersohor dunia? Mungkin...

Namun disebalik keghairahan memiliki atau menaja kelab di luar negara, elok juga syarikat-syarikat atau jutawan-jutawan Malaysia ini menaja atau membeli kelab-kelab serta pasukan bola sepak tempatan. Sebab kelihatannya, pasukan bola sepak kita tidak dipandang langsung oleh jutawan atau syarikat tempatan.

Lagi satu, kalau dah miliki kelab luar negara tu, apa salahnya tarik seorang dua pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan mereka. Kalau tak jadi pemain utama pun, letaklah sebagai pemain simpanan. Sekali-sekala beri peluang mereka beraksi. Sekurang-kurang boleh cari pengalaman dan kalau bermain baik dan setanding pemain di BPL, apa salahnya jadikan mereka pemain utama?

Kita ada beberapa pemain yang boleh diketengahkan seperti Safee Sali, Syafiq Rahim, Khairul Idlan, Khairul Fahmi, dan beberapa pemain lagi. Betul bisnes tu bisnes juga tapi kalau mereka ini tak tolong anak-anak tempatan siapa lagi? Dah peluang miliki kelab luar negara apa salahnya jenguk beberapa pemain tempatan untuk diketengahkan di Eropah?

Mungkin FAM boleh mainkan peranan untuk bekerjasama dengan para pemilik kelab-kelab BPL ni untuk membuka peluang pemain tempatan beraksi di England. Macam mana Tengku Abdullah or Annuar Musa?

Emily Heskey dari Aston Villa dengan logo Genting Casinos pada jersinya ketika beraksi di BPL minggu lepas.

Share this

0 Comment to "QPR milik Tony Fernandez, Genting taja Aston Villa"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.