16 August 2011

Ramadan Delight babi... The Star digantung, KP dipecat?

Sisipan khas The Star 10 Ogos. Ramadan Delight bro!
Wow...!! Garangnya Menteri Dalam Negeri kita sejak dua menjak ni. Lepas amaran demi amaran kepada puak-puak yang menhuru-harakan negara, semalam menterinya lancarkan perang ke atas sindiket pemerdagangan manusia... (baca di sini!) Eeee takut!

Hari ni menteri KDN itu bertindak lagi ganas beb! Sampai kecut telor aku dibuatnya. Manakan tidak The Star yang bagi sisipan khas Ramadan Delight dengan menu-menu daging babi dan arak TELAH DIGANTUNG PERMIT manakala Ketua Pengarangnya telah DIPECAT serta-merta. Ini ekoran tindakan The Star yang jelas-jelas menghina umat Islam dengan menerbitkan sisipan daging babi untuk jamuan berbuka puasa itu.

Huhuuu.... Sabar... sabar....!! Itu semua sebenarnya tak berlaku sebaliknya inilah tindakan yang diambil oleh sepupu Najib terhadap surat khabar yang acap kali juga duk hina orang Islam ni dan nampak propembangkang, walaupun ownernya MCA!

Nak tahu apa tindakan Hisham terhadap akhbar The Star dan Ketua Pengarangnya? Baca laporan Bernama di bawah!



bawah lagi...













bawah sikit lagi








lagi sikit
















sikiiittt... lagi











ni dia!

Tolong sesiapa boleh terangkan maksud kenyataan Hisham yang aku berikan kotak merah tu sebab aku memang tak faham apa yang dia cakap. Aku yakin wartawan yang ambil berita ni pun tak faham....

Tapi nak tanya jugak Hisham apa maksud "kita buat sesuatu untuk turunkan suhu kemarahan.." tu? Kita tu ditujukan kepada siapa? UMNO? KDN? Kerajaan? Habis The Star buat apa? Apakah selepas ini The Star edar bubur lambuk kepada orang Islam di tepi jalan atau beri sumbangan kepada anak yatim, maka itu sudah dianggap "melakukan sesuatu" untuk menurunkan suhu kemarahan? Cukupkah??

Tolonglah Hisham...!! Kalau nak jadi pemimpin politik yang hebat, susunlah percakapan itu biar teratur dan mudah difahami. Bukannya main balun saja sampai yang mana hujung dan yang mana pangkal pun kita pun dah tak faham.

Dan tolonglah keluarkan telur tu... Jangan duk kepit dicelah peha sampai masam!

Psstt... Kawan-kawan media aku pernah bercerita... kata mereka dulu mereka sakit kepala setiap kali buat liputan Pak Lah sebab percakapannya tak ada isi. Masa Anwar pula, guna bahasa Inggeris yang super bombastic sampai wartawan Mat Saleh pun tak faham apa dia cakap apa lagi wartawan Melayu. Si Hishammuddin pula bercakap lintang-pukang dan bercampur-aduk sampai sampai tak tahu mana hujung mana pangkal.

MTB - Nasib baik aku hanya kerani cabok!

Share this

2 Responses to "Ramadan Delight babi... The Star digantung, KP dipecat?"

  1. Saya nak komen sikit tentang ketidakjelasan para pemimpin kita dalam bercakap seperti kata MTB itu.

    Saya rasa mereka patut mencontohi dan belajar cara Tun Dr. Mahathir berkomunikasi.

    Bahasanya mudah, terang dan jelas. Semua orang mudah faham.

    Seorang lagi tu, Datuk Rais Yatim, cara dia bercakap macam orang baca teks ! Huhu!

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan satu kaedah yang paling berkesan tapi bergantung kepada keberanian KDN la.

    Disebabkan kecuaian (atau kesengajaan) The Star menyiarkan iklan khas Dining Out juadah berbuka di bawah Ramadan Delights, satu cara nak ajar media-media sebegini adalah dengan MENGHARAMKAN semua penggunaan perkataan 'Ramadhan' dalam media tersebut untuk tempoh tertentu contohnya sehingga habis bulan Ramadhan.

    Kenapa saya kata begitu? Jika perkataan Ramadhan diharamkan digunakan untuk media tersebut, sebarang pendapatan daripada iklan 'Ramadhan' akan hilang. Sebarang artikel berkenaan Ramadhan juga akan tiada. Ini akan mengasingkan akhbar tersebut daripada peristiwa besar berkaitan dengan Islam. Dan ini penting sebagai pengajaran.

    Lagi satu, untuk kesan yang lebih luas, lanjutan daripada pengharaman penggunaan perkataan 'Ramadhan', perkataan 'Hari Raya', 'Hari Raya Aidilfitri', 'Eid Mubarak' dan sebagainya juga boleh diharamkan daripada digunakan. Fikirkan kerugian kepada media tersebut jika diharamkan daripada menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan dengan hari kebesaran Islam.

    Saya percaya impaknya amat besar! Dan mereka mungkin tak berani nak main-main lagi dengan sentimen orang Islam.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.