15 August 2011

Tiba-tiba nama Asyraf popular....

Petikan rakaman video menunjukkan Asyraf dibelasah dan dirompak sekumpulan penduduk London!
Tiba-tiba nama Asyraf Haziq begitu popular lantaran video klip yang memaparkan dia dibelasah dan dirompak ketika peristiwa demonstrasi ala-Bersih di London tempoh hari. Khabarnya video klip Asyraf hampir 3 juta orang menontonnya termasuk PM Britain, David Cameron. Mereka semuanya kutuk perbuatan ke atas anak muda berusia 20 tahun itu.

Dan semalam ketika aksi perlawanan akhir Badminton Dunia, lama kamera TV memberi fokus kepada wajah Asyraf yang turut hadir memberi sokongan kepada Lee Chong Wei. Malahan khabarnya selepas perlawanan tersebut, Asyraf sempat diajak berbual oleh Datuk Bandar London.

Yup... Nama Asyraf tiba-tiba meletup dan menjadi terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Great Britain, Eropah malahan di benua Amerika. Semuanya lantaran dia menjadi mangsa keganasan demonstrasi London.... Aku ingat kalau Asyraf dicalonkan pada PRU-13 nanti silap-silap boleh menang lantaran popularitinya.

Heem! Jadi aku tahu dan faham kenapa ada mamat yang sanggup pura-pura mati ketika demo Bersih di KL tempoh hari. Dan aku juga faham kenapa ada pemimpin pembangkang yang sanggup mencari sebab untuk "dicederakan" pihak polis ketika demo Bersih tempoh hari. Semuanya kerana mereka mahu menjadi popular dan meraih simpati masyarakat dunia kalau boleh.

Ini bukan jadi mangsa tapi cari pasal...
Cuma bezanya Asyraf menjadi mangsa manakala puak-puak ini pula mencari pasal!

Jadi pesan aku kepada puak-puak ini, kalau rasa nak popular elok benar time-time demonstrasi kat mana-mana di pelosok dunia korang hulurkan kepala kepada mereka. Mudah-mudahan anda dibelasah, dirompak dan pastikan semua aksi itu dirakam untuk dimuat dalam YouTube. Elok lagi kalau anda "hilang nyawa" sudah pasti lebih popular.

Hehe...

Psssttt... Ada yang tak puas hati sebab mereka belasah dan rompak Asyraf yang juga ahli Kelab UMNO London dan bukannya student probaju kuning atau Greenboc! hehe

Share this

0 Comment to "Tiba-tiba nama Asyraf popular...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.