12 September 2011

Caj prepaid 6%... bolehkah dihalang?

TERKINI 1.45PM:
Pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. - Rais Yatim

Hari tu kes Astro macam ni jugak... Tapi Astro tetap kenakan caj baru bila tiba masanya. Hemmm....


Nampaknya semua pihak marahkan telco sebab sepakat nak kenakan caj 6 peratus ke atas harga prepaid. Sampaikan PM pun dah bersuara supaya ia dikaji semula. Menteri jaga hal ehwal telco pun suruh tangguh. Tapi aku terus terang tak yakin dengan "kuasa" pak-pak menteri ini untuk menghalang syarikat terbabit mengenakan caj yang membebankan rakyat itu.

Sebabnya berdasarkan pengalaman sebelum ini apabila Astro membuat keputusan nak naikkan harga perkhidmatannya, semua orang marah malah pak menteri yang sama juga membawa usul dalam Kabinet dan pak-pak menteri bersetuju supaya Astro tidak menaikkan caj berkenaan kerana membebankan rakyat.

Ketika semua pihak menjerit dan terpekik terlolong, Astro tidak membuat sebarang kenyataan sama ada nak tangguh atau kaji balik cadangan asalnya itu. Tut-tut dalam bil bulan Julai lepas, terpampang senarai harga baru bagi langganan Astro dalam bil aku. Asalnya pakej yang aku ambil dikenakan RM92.15 telah naik dengan tercatat "caj baru" iaitu RM100.65.

Maknanya apa? Maknanya "kuasa" pak menteri ternyata gagal menghalang Astro untuk mengkaji semula cadangan mengenakan caj baru berkenaan. Apakah bermakna pak menteri tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat berkenaan untuk mengenakan caj sesuka hati mereka atau sememangnya syarikat berkenaan degil kerana "kuasa" yang dimilikinya?

Jika sebelum ini Astro diberi macam-macam amaran supaya tidak naikkan caj, tapi bila kenyataannya Astro tetap selaraskan harga pakej mereka, apa tindakan pak menteri berkenaan terhadap Astro? TIADA...!!

Dan aku membayangkan keadaan serupa bakal berlaku. Telco tidak mengendahkan bantahan pak-pak menteri dan mereka tetap melaksanakan caj berkenaan. Sebab mereka tahu kalau mereka melanggar arahan menteri sekali pun, tiada apa yang berlaku ke atas mereka. Mereka tahu awal-awal saja pak-pak menteri berkenaan akan bising, terpekik terlolong tapi selepas itu senyaplah mereka.

Ingat isu broadband? Ya... ia ada kaitan dengan telco. So pak menteri ada berani nak halang telco kenakan caj 6 peratus itu? hehehe... Aku rasa tak akan punya!

Jadi sekarang ini rakyat sudah tiada pilihan melainkan menerima segala ketatapan telco atau Astro jika mahu mendapatkan perkhidmatan mereka. Sebabnya kuasa "pak menteri" sudah tidak lut terhadap mereka maka semuanya terserah kepada rakyat.

Hmmmm....

Share this

0 Comment to "Caj prepaid 6%... bolehkah dihalang?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.