15 September 2011

Mansuh ISA lonjakkan sokongan rakyat?

Kejutan oleh Najib malam  ini yang diwar-warkan sebelum ini rupa-rupanya berkaitan ISA. Najib umum pemansuhan terus ISA dan akan diganti dengan dua undang-undang baru yang akan digubal selepas ini. Tapi pada masa yang sama Najib umum akta kebebasan berhimpun diperketat dengan larangan sama sekali demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun akan diberi dengan syarat dan norma-norma antarabangsa...

Perghh! Pengumuman ini sudah pasti mengejutkan terutama Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puak-puak yang selama ini nak sangat ISA dihapuskan supaya mudah nak menghuru-harakan negara. Tapi nyata Najib tak bodoh sebab walaupun ISA dimansuh, dua akta baru akan digubal untuk memastikan usaha-usaha subversif kepada bangsa dan negara dapat dihalang. Maknanya hapus satu akta buat pula dua akta barulah!

Tapi aku percaya pemansuhan ISA serta beberapa akta lagi yang selama ini diguna pakai untuk memastikan keselamatan negara terjamin  akan disambut dengan berbelah bahagi di kalangan rakyat. Sudah pasti ada yang gembira dengan khabar ini dan tidak kurang juga yang bimbang keadaan negara menjadi semakin parah selepas ini.

Pun begitu aku percaya walaupun Najib telah mengikut kehendak suara pembangkang yang mahu ISA dihapuskan, mereka tetap tidak akan menerima dengan mudah dan sudah pasti akan disusuli dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan serangan lain terhadap Najib, UMNO dan kerajaan BN. Biasalah, otak pemikiran pembangkang di Malaysia apa sahaja yang dilakukan kerajaan tidak pernah baik di mata mereka, waima  mengikut kemahuan mereka sekali pun.

Sudah pasti mereka akan menuduh Najib cuba memancing undi khususnya kaum Cina dengan memansuhkan ISA dan akta darurat atau mereka akan melemparkan provokasi bahawa PRU-13 akan dilangsungkan bila-bila masa susulan keputusan pemansuhan ISA tersebut.

Manakala tidak kurang juga yang bimbang bahawa selepas ini pelbagai tuntutan gila dan tidak masuk akal akan dibuat oleh pembangkang dengan harapan Najib menjadi "lembut hati" dan akhirnya menerima segala kemahuan mereka.

Walau apapun aku melihat keputusan Najib memansuhkan ISA tidak akan mengurangkan serangan pembangkang terhadap beliau, isterinya, UMNO dan kerajaan bahkan aku percaya pembangkang dengan dikepalai oleh Anwar akan mencari jalan untuk memperlekeh dan menidakkan usaha murni Najib itu.

Tapi sekurang-kurangnya keputusan itu membuatkan Anwar dan pasukan konspirasinya akan pecah kepala memikirkan strategi baru untuk memperlihatkan kelemahan pentadbiran Najib, meyakinkan rakyat terhadap perjuangan pembangkang dan jalan untuk ke Putrajaya.

MTB: Tunggu komen Anwar dan Mat Sabun....

Share this

4 Responses to "Mansuh ISA lonjakkan sokongan rakyat?"

  1. Jangan tuduh Pakatan Rakyat je yg ada bakat buat huru hara, namun kita ingat Umno dan kuncu2 nya juga berpotensi membuat huru hara, contohnya, apabila BN tiba2 hilang kuasa selepas PRU nanti.

    Oleh itu kita menyokong akta baru di wujudkan supaya mereka2 yg benar2 kurang waras sahaja di kenakan tindakan dan bukan tindakan di ambil kerana PEMIMPIN yg kurang waras seperti sekarang.

    Tahniah PM Najib Razak kerana terpaksa memenuhi kehendak generasi baru supaya Malaysia lebih maju dan bertamaddun.

    ReplyDelete
  2. Tapi yg jelas sekarang ini yg slalu huru-harakan negara ialah puak2 mereka ini... Yang akan datang belum berlaku jadi tak tahulah! Sokong tetap sokong...

    ReplyDelete
  3. Najib telah bertindak kurang bijak!
    Inilah akibatnya jika mendengar suara2 sumbang yg menyamar sebagai penasihat2 yg kurang bijak.
    Bila ISA dimansuhkan, maka orang2 spt dari parti2 pembangkang akan bermaharajalela dan bertindak ganas. Rakyat biasa yg menurut undang2 tidak ada sebarang masalah dgn adanya ISA. Sebenarnya ISAlah yg telah sekian lama menyelamatkan kami dari tindakan ganas petualang2 negara.
    Najib kata akan mengubal undang2 yg baru utk mengantikan ISA. Boleh ke Najib luluskan undang2 tersebut tanpa majoriti 2/3 di parliamen???
    Rakyat Malaysia bersedialah utk huru-hara spt yg berlaku di negara2 Arab.
    Betullah teori RAHMAN!
    Melayu mudah lupa!

    ReplyDelete
  4. Jangan saudara tidak tahu. DS Najib telah berjaya meyakinkan ahli Parlimen Konsesnsus Bebas dan beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (beli) untuk berpaling tadah dan menyokong BN dalam penggubalan dua undang-undang yang baru. Sebenarnya draf undang-undang itu telahpun tersedia. Cuma tunggu Parlimen bersidang. UMNO/BN lebih bersedia dan strategik dalam urusan ini. Lepas itu gaji kakitangan awam akan dipinda skim perjawatan agar tidak nampak sebagai kenaikan untuk tujuan pilihanraya. Ini semua telah diatur secara sistematik dan bijaksana.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.