09 September 2011

Mat Sabun... Lepas ni apa pulak?

Aku nak tanya Mat Sabut. Selepas mengungkit dan mempersoalkan perjuangan anggota polis mempertahankan Bukit Kepong serta mengangkat penyokong komunis seperti Mat Indra sebagai pejuang, apa pula yang akan dipersoalkannya selepas ini? Apakah Mat Sabut juga sedang mengkaji sejarah perjuangan Melayu menentang Malayan Union demi untuk menafikan peranan UMNO dalam mempertahankan tanah air?

Mat Sabut yang sekolahnya tak tinggi mana tetapi bercakap tentang sejarah mengalahkan seorang profesor. Baru baca satu buku (aku rasa dia baca satu perenggan je kut) dah terpekik terlolong konon nak mengubah sejarah negara. Dan Mat Sabut tentunya sedang membaca setiap perenggan dalam buku-buku sejarah lama untuk dibawa dalam ceramah-ceramah politiknya selepas ini.

Sejarah apa lagi yang mahu diubah Mat Sabut? Oh ya... semua sejarah yang dikaitkan dengan UMNO cuba diubahnya. Sebabnya Mat Sabut sakit mata dan sakit hati bila setiap tahun UMNO disanjung kerana menjadi pertubuhan utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Ya.. ya.. Mageran yang kemudiannya ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang ditubuhkan untuk menentang penjajah British dan Malayan Union. Di mana Pas ketika itu?

Ya... ya... Mat Sabut boleh bercakap tentang sejarah dan mempunyai pengetahuan hebat bagi mengubah sejarah anak bangsa dan negara terutama berkaitan UMNO. Tapi Mat Sabut mungkin lupa sejarah Tabung Memali. Apa cerita dengan tabung konon dibuat bagi membantu keluarga Ibrahim Libya dan para penyokongnya itu? Benarkah "isi tabung tersebut" tidak dapat dikesan? Kenapa Mat Sabut tak ungkitkan sejarah tabung tersebut dan kenapa beliau tidak mahu cuba mengubah "sejarah" tersebut?

Begitu juga dengan sejarah ditangkap berkalwat dengan bini orang di Hotel Perdana Kota Bharu dahulu. Ya.. ya... sejarah Mat Sabut yang tak boleh sesiapa lupakan terutama Pn Norma tercinta. Mat Sabut... kenapa sejarah tersebut tidak diusahakan untuk mengubahnya? Sekurang-kurang bertaubat nasuha sebelum roh ditarik dari anggota badan. Ya Mat Sabut juga banyak sejarah...

Mat Sabut oh Mat Sabut.... Lebih baik Mat Sabut masuk sekolah balik dan baca buku sejarah sampai habis. Jangan baca seperenggan tetapi dah berani bercakap mengalahkan profesor. Mat Sabut buta sejarah... Kesian orang Pas kerana memiliki pemimpin seperti Mat Sabut!

Huk huk huk....

Share this

0 Comment to "Mat Sabun... Lepas ni apa pulak?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.