05 September 2011

Mat Sabun mudahkan BN raih kemenangan besar pada PRU-13

Terima kasih Mat Sabun kerana saudara telah memudahkan kerja UMNO/BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Kenyataan-kenyataan saudara yang menyokong perjuangan komunis sebetulnya amat dialu-alukan kerana ia menyedarkan rakyat khususnya penyokong Pas siapa sebenar Pas dan siapa pula pemimpin mereka yang selama ini mereka angkat sedarjat alim ulama.

Dengan kenyataan terang-terangan menyokong perjuangan komunis dan mencela anggota keselamatan yang mempertahankan negara, tugas BN/UMNO untuk memancing undi jadi lebih mudah kerana rakyat sudah semakin naik muat dengan tindak-tanduk pembangkang. Bermula isu peribadi Anwar Ibrahim yang tidak berkesudahan, kini Mat Sabun selaku Timbalan Presiden Pas telah membuka topeng sebenar parti itu yang selama ini berselindung disebalik perjuangan menegakkan negara Islam.

Elok sangat kiranya pada Muktamar Pas akan datang Pas beri anugerah khas kepada Mat Indera dan pejuang-pejuang komunis yang serang Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh serta membakar para anggota polis dan keluarga mereka. Dan elok juga Khalid Ibrahim atau Nik Aziz atau Lim Guan Eng atau Azizan cadangkan kepada sultan masing-masing supaya memberikan pingat kepada mereka ini kerana merekalah "pejuang" dan hero sebenar, bukannya pihak polis.

Dan aku percaya dengan penganugerahan itu kelak Mat Sabun akan diangkat tinggi-tinggi oleh anak cucu pejuang komunis yang kini hidup senang-lenang di Tanah Melayu ini dan nescaya Mat Sabun boleh capai kemenangan pada PRU-13 akan datang, dengan syarat dia bertanding di Bukit Bintang atau Kepong. Ya... ya... Itulah yang diinginkan oleh Mat Sabun kerana selama ini beliau tidak pernah menang dalam mana-mana pilihan raya pun. Bertanding di Kedah kalah, bertanding di Kelantan pun boleh kalah... Jadi inilah masanya Mat Sabun mahu buktikan iaitu menang PRU.

Tapi Mat Sabun lupa bahawa rakyat negara ini tidak bongok dan tolol untuk menyokong Mat Sabun dan parti yang menyokong komunis. Baguslah kalau Pas terang-terangan menyokong komunis. Elok juga Parti Islam Semalaysia ini diganti dengan nama Parti Komunis Semalaysia. Lagipun Pas dah tinggalkan perjuangan menegakkan negara Islam dan kini ke arah menegakkan negara komunis. Tahniah Pas! Tahniah Mat Sabun!

Kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Salahuddin Ayub dan semua pemimpin Pas eloklah kalian memberi sokongan padu kepada kenyataan Mat Sabun ini agar memudahkan rakyat menolak kalian semua pada PRU-13 akan datang. Dah lama benar mereka mencari sebab untuk memangkah "dacing" pada kertas undi tetapi tiada alasan yang kukuh. Tapi kini jelas dan nyata MENYOKONG PAS BERERTI MENYOKONG KOMUNIS.

Kepada MalaysiaKini dan MalaysiaInsider, hentikanlah provokasi konon pemerintahan BN sudah sampai ke penghujung atau laporan-laporan konon populariti Najib sudah merosot kerana kenyataannya sokongan terhadap BN berlipat kali ganda berbanding 2008. Benar populariti Mat Sabun telah mengatasi Najib, tetapi popular untuk tumbang bersama-sama parti mereka.

Pas bercita-cita nak tulis semula sejarah negara kalau menang PRU-13 tapi aku percaya sebaliknya pada PRU akan datang Pas bakal tinggal sejarah....!!

Share this

1 Response to "Mat Sabun mudahkan BN raih kemenangan besar pada PRU-13"

  1. HA HA,

    NASIB BAIK LAH ORANG2 PAS PILIH MAT SABU JADI TIMBALAN PRESIDEN. SEBAB KEPALA DIA DAH GELONG SENANGLAH PAS TERLINGKUP LEPAS NIE.

    KALAU PAS TAK NAK TERLINGKUP, SAYA CADANGKAN AHLI2 PAS LEBIH BAIK BUAT SATU UNDI TIDAK PERCAYA KAT MAT SABU NIE, MUDAH-MUDAHAN HARAPAN PAS DALAM PRU-13 ADA SIKIT CERAH. INI HARAPAN SAYA DAN AHLI2 PAS YANG LAIN.

    -ART-

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.