30 September 2011

Media terus jadi kambing hitam....

Pelik sungguh perangai puak-puak pembangkang ni. Dari ketuanya sampailah bawah-bawah. Bila ada mereka buat masalah, cari masalah, timbulkan masalah, haram mereka tak mahu mengaku. Dah lah tu nak salahkan media. Balik balik salah media... Macamlah orang media ni tak ada pelajaran, tak ada agama asyik nak memfitnah orang je.

Terbaru ketua negeri yang konon memperjuangkan kebebasan media duk salahkan media bila isu dia kondem Johor tersebar. Hari ini dia buat pengakuan dan mohon maaf tapi peliknya tetap jugak nak saman media yang siar laporan pasal "mulut celuparnya". Kebebasan media tengkorak apa? Dulu halau Utusan, lepas tu halau NST than TV3 hari ini nak saman Bernama pulak sebab "dedah" kenyataan beliau dalam majlis tertutup di negara jiran.

Agaknya puak-puak mereka ini mahu kebebasan media yang memuji-muji pembangkang, yang angkat tinggi-tinggi ketua menteri atau ketua pembangkang baru dianggap bebas. Tapi bila media dedah mulut busuk mereka, mulalah gelabah dan nak salahkan media.

Aku nak tanya apa pulak kata ketua menteri ni bila seorang reporter hingusan Malaysiakini yang duk lapor kenyataan bekas pegawai kanan Biro Tatanegara yang bercakap pasal orang Melayu dalam majlis tertutup Puteri UMNO suatu ketika dahulu? Apakah reporter ada nak mintak maaf? Akibat laporan itu pegawai kanan terbabit telah dikenakan tindakan. Tapi pegawai terbabit kira baik sebab tak saman Malaysiakini.

Tapi kena batang hidung puak-puak mereka habis media mahu disaman, dihalau. Agaknya kalau perintah negara apa akan jadi dengan Malaysia gamaknya? Tak ada media yang akan hentam mereka. Hentam sikit tarik lesen... hentam sikit tarik lesen...!!

Orang macam ni ka nak jadi pemimpin negara aku? Ptuihhh....!! Minta maaflah!! Aku tak akan redha!!

Share this

5 Responses to "Media terus jadi kambing hitam...."

  1. Rileklah Mesin Taip Buruk. Kalau tengah marah, banyak-banyaklah beristiqfar. InsyaALLAH fikiran lebih tenteram dan kata-kata lebih manis.

    Aku berpendapat inilah cara pemikiran semua ahli politik. Tak pernah "follow the norm" dan berdasarkan kenyataan fakta. Asalkan menguntungkan mereka, itulah pendirian dan keputusan yang dibuat. Aku yakin hang bukannya baru dalam politik. Takkanlan tak faham atau buat-buat tak faham kot.

    Banyak perkara yang manusia berkata-kata seolah-olah dia memahami segalanya bila dia mahu, dan pura-pura tidak faham juga bila dia suka.

    Inilah juga ragam samaada blogger pro UMNO ataupun pro PR. Sama sahaja. Mereka "bias" kerana pengalaman lalu atau kerana dibayar untuk melakukannya.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak jadi kambing gurun. Kira OKlah tu beb.

    ReplyDelete
  3. Bro karimbujang... Betul ini semua politik tapi cara LGE ini politik yang melampau. Dulu puak2 diorang ni duk junjung kebebasan media tapi bila kena batang hidung sendiri media dipijak2... Cakap tarak srupa bikin la bro.
    Tapi pasal blogger yang kau cakap tu aku rasa tak semua macam tu. Blogger bukannya orang politik atau orang suruhan ahli politik. Ramai blogger yang menulis kerana mereka tidak puas hati terhadap satu2 pihak.
    Banyak juga blogger pro-UMNO yang hentam pemimpin kerajaan malahan Najib sendiri tapi aku tak pulak pernah jumpa blogger pro-pembangkang yang hentam pemimpin mereka. Maknanya apa????

    ReplyDelete
  4. i see macam tu pula ceritanya ek...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.