22 September 2011

Nama "Malaysia" pun depa patut tukar...

Belum pun pilihan raya.... belum pun kuasai Putrajaya puak-puak depa dah pasang angan-angan. Mula-mula depa nak tulis semula sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara. Mana-mana polis yang pertahan negara dikeluarkan dari senarai nama pejuang dan mereka yang sokong komunis pula yang nak diangkat jadi pejuang negara.

Kemudian depa nak tukar pulak Jalur Gemilang sebab kata depa ciplak bendera Amerika. Hehehe... Depa kata jalur-jalur ini tak bagus... elok semua warna merah dan ada logo roket kat atas sebelah kiri. Baru nampak "tersendiri" Huhu...

Aku ingat kalau depa rampas Putraya aku nak depa tukar jugak nama negara ni.  Malay bermakna Melayu. Depa mana boleh tahan dengar perkataan-perkataan berkaitan Malay atau Melayu ini. Panas telinga... Tak boleh tahan. Sebab itu kalau boleh apa sahaja berkaitan Melayu ni nak dihapuskan semuanya. Nak disama-ratakan. Jadi kalau nama negara pun "Malay" mereka anggap tu tak adil.

Sebab itulah aku cabar Mat Sabu atau Manoharam atau siapa saja dari pembangkang beri cadangan supaya nama negara Malaysia ditukar kepada nama lain yang tak ada bunyi Melayu.... Macam mana... Ada berani?

Share this

0 Comment to "Nama "Malaysia" pun depa patut tukar..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.