27 September 2011

"Sengketa" Pas-DAP pasal hudud hanya sandiwara

Memang jelaslah isu hudud dan "perbalahan" antara Pas dan DAP hanya sandiwara kedua-dua parti itu untuk menutup dua isu besar yang menimbulkan kemarahan iaitu perihal kenyataan Mat Sabun yang menyokong pejuang komunis serta kenyataan Manoharan yang mahu menggantikan bendera Jalur Gemilang.

Pas dan DAP sedar kedua-dua isu yang sensitif itu jelas menimbulkan kemarahan rakyat terutama orang Melayu dan mereka percaya jika pilihan raya umum diadakan sekarang, sudah pasti pembangkang akan tersungkur kerana pengundi marahkan Pas gara-gara mulut celupar Mat Sabun dan rakyat juga marahkan DAP kerana mulut bau todi Manoharan.

Tapi mujur Parlimen tidak dibubarkan ketika kedua-dua isu tersebut hangat diperkatakan dan ketika rakyat khususnya orang Melayu mula meruncingkan buluh, mengumpul tombak dan lembing.

Menyedari hal itu, Nik Aziz cepat-cepat menimbulkan isu hudud yang dia tahu kalau isu ini diungkitkan kembali, sudah pasti ia akan menimbulkan "kemarahan" sekutunya DAP. Dan kemudian akan muncullah "sengketa" antara kedua-dua parti dan bertepuk tanganlah BN/UMNO kerana melihatkan rapuhnya pakatan antara kedua-dua parti itu.

Tapi kenayataannya itu semua adalah sandiwara pembangkang untuk menutup kedua-dua kes Mat Sabun dan Manoharan dan mereka jelas telah berjaya apabila hampir semua media arus perdana membawakan isu hudud dan sengketa DAP-Pas dan melupakan kisah Mat Sabun dan Manoharan.

Justeru aku harap UMNO/BN dan media-media dan para blogger mesra kerajaan tidak harus terperangkap dengan isu hudud dan sengketa antara DAP dan Pas sebab apabila isu Mat Sabun sokong komunis dan Manoharan mahu tukar bendera Malaysia reda, maka redalah sengketa antara Pas dan DAP.

Jangan terkejut selepas ini keluar pula kenyataan Hadi Awang menyatakan Pas tetap bersama DAP dan akan meneruskan agenda ke arah negara berkebajikan. Ini semua politiklah bro dan aku tidak terperanjat jika semua ini adalah rancangan Anwar selaku ketua pembangkang.

Jadi, bro... Adalah lebih baik kita semua terus mainkan isu Mat Sabun dan Manoharan kerana kedua-dua isu ini jelas menyenakkan perut para pemimpin pembangkang dan jelas ia membantu meningkatkan sokongan rakyat kepada UMNO/BN.

Share this

2 Responses to ""Sengketa" Pas-DAP pasal hudud hanya sandiwara"

  1. Rasanya skrip ini dibuat oleh pelakun dan penulis skrip terkenal.

    Iaitu Anuwar Pandikutty Al belasahan depan belakang sedunia.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.