14 September 2011

Siapakah gadis ini....? (Updated!)

Orangnya cantik, masih muda berkelulusan  Tufts University dan Harvard University selain memegang PhD dari Ain Shams University di Mesir.

Jelaslah gadis ini mempunyai pakej yang diinginkan oleh setiap wanita. Beliaulah Reem Ibrahim Al Hashimi. Lebih menambah senarai pencapaiannya, beliau merupakan Menteri Negara (setaraf menteri di JPM Malaysia) yang jaga hal ehwal luar negara berkaitan ekonomi bagi UAE.

Dalam usianya masih muda beliau telah diberi kepercayaan menjadi menteri sejak 2008. Tentunya ramai wanita muda kita di luar sana begitu "cemburu" dengan pencapaian gadis Arab ini.

Reem kini  berada di KL kerana menghadiri Forbes Global CEO Conference. Selain sebagai menteri, Reem juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Misi bagi UAE di Washington DC. Beliau juga adalah CEO bagi pejabat PM UAE.

Biografi beliau boleh dilihat di sini...!

Apakah ada wanita Malaysia yang cantik, bijak dan muda khususnya dari Puteri UMNO yang diberi peluang untuk bertanding pada PRU-13 akan datang dan kemudian dilantik sebagai menteri sepertimana yang dikecapi oleh Reem?

Hemm.... Kena tanya Najib!

Share this

0 Comment to "Siapakah gadis ini....? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.