25 September 2011

Syarikat akhbar dipaksa siar berita MB Selangor... Biar bonar?

Betul ke kerajaan Selangor memaksa dan mengugut sebuah syarikat akhbar harian agar menyiarkan berita baik-baik mengenai kerajaan negeri, MB dan barisan Exconya? Kalau betul ini sudah sampai kes parah ni.

Yelah, selama ini mereka duk heboh satu negara konon media arus perdana sebagai "anjing kerajaan" kerana duk lapor berita mengampu tentang UMNO, BN, Najib dan Rosmah alih-alih mereka juga memasang hajat untuk "menguasai" akhbar terbabit. Yang anihnya kerajaan negeri tidak ada syer satu sen pun dalam akhbar berkenaan, kenapa jadi lagu tu?

Tolong sesiapa yang ada maklumat lengkap mengenai khabar ini, sila maklumkan kepada aku sebab setahu aku akhbar berkenaan diminta membuat satu laporan berita di muka depan untuk menjawab satu isu. Isu tersebut yang aku tak dimaklumkan. Ada sesiapa yang tahu?

Share this

0 Comment to "Syarikat akhbar dipaksa siar berita MB Selangor... Biar bonar?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.