12 October 2011

Apa kena mengena JAIS dengan UMNO?

Sebelum aku tulis pasal JAIS aku nak ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais yang kembali ke Rahmatullah semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Dan sekarang aku nak tanya  puak-puak yang persoal penangkapan Bob Lokman. Aku nak tanya kenapa korang persoalkan JAIS dan tuduh UMNO dalam isu penangkapan ini? Kenapa pula nak persoal peraturan perlunya tauliah sebelum memberi ceramah agama di masjid/surau di Selangor?

JAIS atau panjangnya ialah Jabatan Agama Islam SELANGOR dan ia merupakan jabatan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu salah satu jabatan kerajaan negeri dengan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri manakala pengerusi MAIS ialah MB Selangor atau Khalid Ibrahim al-gagapi.

Selangor sekarang diperintah oleh kerajaan pakatan haram sejak memenangi pilihan raya umum 2008. Maknanya pentadbiran MAIS dan JAIS juga terletak di bawah kerajaan pakatan. Manakala UMNO dan BN pula kini menjadi pembangkang di Selangor. Lalu apa hubungan pembangkang (UMNO/BN) untuk mengatur urus JAIS dan MAIS sedangkan mereka sudah tidak ada kuasa?

Jadi tang mana Bob Lokman kata dia ditangkap oleh UMNO dan bukannya JAIS dan tang mana puak-puak bongok ni kata JAIS tu UMNO? Kalau betul JAIS tu dipengaruhi oleh UMNO, kerajaan negeri ada kuasa untuk memecat Pengarah JAIS dan melantik pegawai-pegawai yang "menyokong kerajaan negeri". Lalu kenapa Khalid tak buat demikian?

Tapi setahu aku Sultan Selangor telah keluarkan arahan sesiapa pun tak boleh berceramah politik di masjid dan surau di negeri baginda dan mana-mana penceramah agama yang nak bagi ceramah di masjid/surau di negeri ini kena dapatkan tauliah dari JAIS/MAIS.

Kenapa perlu tauliah? Sebab kalau tak ada tauliah siapa-siapa pun boleh bagi ceramah agama. Jangan ingat baru belajar muqaddam tapi sebab pakai serban sebesar tempayan dan jubah sampai ke kaki ditambah janggut sampai ke dada maka senang-senang nak mengajar orang lain? Agaknya itu sebab ramai puak-puak Pas yang sesat dan hanyut sebabnya selalu sangat dengar ceramah mereka yang tak cukup ilmu di dada. Sebab berjanggut, berjubah dan berserban maka ingat dia hebat ilmu agama dan bila tengok orang UMNO pakai songkok dan berbaju Melayu mereka tak ada ilmu agama.

Oh kalau macam tu aku pun nak pergi bagi ceramah agama jugaklah. Syaratnya aku simpan janggut panjang-panjang, pakai jubah, pakai serban. Lepas tu sokong Pas. Gerenti aku boleh jadi Ustaz... silap-silap diangkat jadi ulama. Huhu...

Share this

0 Comment to "Apa kena mengena JAIS dengan UMNO?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.