27 October 2011

Parti KITA nak join BN.... betul ke?

Cakap-cakap di kedai mamak menyatakan sebuah lagi parti politik akan menyertai BN. Khabarnya perkara itu sudah dimaklum kepada Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Cuma tidak dinyatakan pula parti mana tetapi ramai yang mengagak ia adalah parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.

Kalau betullah KITA nak join BN aku percaya ia boleh menjadi berita baik menjelang PRU-13. Maklum kita semua tahu KITA adalah parti yang berasal dari parti AKIM yang di barisi pemimpin dan ahli serpihan Pas. Dan kita semua tahu siapa Zaid yang pernah berada dalam UMNO kemudian melompat ke dalam PKR. Akibat merajuk dengan Anwar, Zaid masuk pula AKIM dan distruktur semula AKIM untuk menjadi KITA.

Dengan penyertaan KITA dalam BN, sekurang-kurangnya mereka boleh membawa beberapa ribu undi untuk BN. Cuma aku harap janganlah pemimpin mereka tuntut kerusi pula pada PRU-13 ni. Eh tak kan baru join BN dah mula minta kerusi. Banyak lagi parti komponen dalam BN. Mereka semua nakkan kerusi jugak.

Share this

1 Response to "Parti KITA nak join BN.... betul ke?"

  1. perlu ke kita mengambil kembali Zahid kedalam BN. memang kita boleh terima KITA tapi rasanya tidak kepada Zaid.

    Zaid bukanlah orang yang setia kepada perjuangan. Dahulu dia sudah didalam UMNO. tapi dia sanggup tinggalkan UMNO dan bersama PKR

    Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.