18 October 2011

Tiga isu tiga cerita....Apa hal yeop?

1. Calon pilihan raya:
Heboh se-Malaya bila PM kata akan pilih calon-calon yang boleh menang saja untuk dicalonkan pada PRU-13 dan parti-parti komponen BN pula kena korbankan kerusi mereka jika nak pastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga dan merampas kembali negeri-negeri yang tewas sebelum ini.

Bila PM cakap macam tu ramailah yang jadi tukang bubuh nasi tambah termasuk pemimpin tertinggi UMNO. Cuma aku tertanya-tanya juga kalau dah mereka yang jadi tukang jadi nasi tambah ini dah jadi calon "unwinnable" apakah mereka sendiri sanggup lepaskan kerusi mereka tak?

Yalah walau pun dalam parti mereka dipilih untuk menduduki kerusi tertinggi tetapi di peringkat kawasan yang diwakilinya mungkin ramai yang tak suka dan menolak beliau untuk dicalonkan. Contohnya kat Rembaulah misalnya. Apakah para penyandangnya sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi untuk memastikan BN menang selesa pada PRU-13 nanti?

Hemm.. Tak faham maksud aku? Senang jeh... Orang UMNO jangan nak suruh rakan parti komponen saja mengorbankan kerusi mereka saja tapi mereka sendiri termasuk pak-pak menteri dan para wakil rakyat UMNO yang dah makin ditolak oleh pengundi pun elok jugalah berkorban. Kalau dah rasa tak perform elok lepaskan kepada calon lain yang lebih diterima pengundi. Nak ke mereka?

2. Taib Mahmud bila nak bersara?
Sebelum pilihan raya negeri Sarawak dulu Taib Mahmud ada janji nak lepaskan jawatan dan serahkan kedudukannya kepada orang lain. Beliau sendiri ada menyatakan sudah mengenal pasti mereka yang boleh menggantikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri. Katanya lepas pilihan raya dia akan buat peralihan kuasa.

Tapi sampai hari ini dah berapa bulan dah selepas pilihan raya Sarawak, tak ada tanda-tanda pun Taib Mahmud nak lepaskan jawatannya. Aku bukan dengki atau apa tapi kalau dah janji tu eloklah ditunaikan. Jangan sampai nanti PRU-13 nanti orang Sarawak mula tolak BN disebabkan oleh seorang pemimpin yang sayangkan kedudukannya.


3. Perangai anak Lim Guan Eng
Haha.. Tergelak aku bila Guan Eng berang apabila anaknya dilaporkan meraba buah dada seorang pelajar sehingga dia ditukarkan sekolah lain. Guan Eng panas hati betul dengan puak-puak yang kononnya buat fitnah terhadap anaknya itu.

Aku gelak sebab aku ingat lagi macam mana Guan Eng duk heboh satu negara konon Rahim Tamby Chik skandal dengan gadis 16 tahun. Guan Eng yang pada masa tu jadi wakil rakyat di Melaka bukan main lain menjadi "hero" membela nasib gadis tersebut sampaikan RTC lepakan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada masa tu. Akhirnya kes itu ditutup selepas mahkamah mendapati RTC tak bersalah.

Pesan aku kepada Guan Eng... Ingat hukum karma maaa!

Share this

0 Comment to "Tiga isu tiga cerita....Apa hal yeop?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.