02 November 2011

Alhamdulillah... Najib, Rosmah tunai haji... Anwar, Wan Azizah bila lagi?

Alhamdulillah.. DS Najib Tun Razak dan isteri sedang menunaikan fardhu haji di Mekah. Aku rasa inilah kali pertama mereka menunaikan haji sejak Najib jadi Perdana Menteri ni. Aku percaya para ostaz Pas akan perkecil-kecilkan amalan haji Najib/Rosmah ni. Maklum orang lain mana lebih Islam selama puak-puak mereka.

Tapi dalam hati aku doakan supaya haji kali ini membuka hati Rosmah untuk bertudung seperti isteri Muhyiddin. Aku percaya kalau Rosmah bertudung selepas pulang tunai haji gerenti BN boleh menang PRU-13!

Ok... Najib/Rosmah dah tunaikan haji. Lalu aku nak bertanya si Anwar dan Wan Azizah bila nak tunaikan rukukn Islam kelima ini? Pergilah sucikan hati dan jiwa di hadapan Kaabah sana. Maklum dosa-dosa kita dengan Allah dan manusia hanya Allah yang tahu. Walaupun orang tahu tapi kalau mereka kata tak buat, siapa pun tak boleh dakwa. Tapi Allah amat mengetahui.

Dan kalau Anwar/Wan Azizah tunai haji di Mekah, aku percaya BN pun makin sakit nak menang PRU-13 nanti. Ish.. jangan kata mereka ni tak mampu sebab setakat RM20,000-RM30,000 senang-senang je mereka nak dapatkan. Kalau susah sangat kerajaan Selangor boleh tanggung apa!

Tapi beranikah Anwar dan Wan Azizah jejak ke tanah haram Mekah?

P/s: Doa buat Najib/Rosmah - Semoga dapat haji mabrur....

Share this

0 Comment to "Alhamdulillah... Najib, Rosmah tunai haji... Anwar, Wan Azizah bila lagi?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.