18 November 2011

PRU-13: BN Perlis nak ambik calon recycle jeh...

Awal-awal lagi Pengerusi BN Perlis, DS Mat Isa Sabu beritahu bahawa BN Perlis akan menggunakan calon-calon recycle pada PRU-13 nanti. Mat Isa kata kalau dia sebagai calon recycle boleh menang pada PRU-12 lalu apa salahnya kalau pilihan raya nanti dia letakkan calon-calon recycle jugak? Macam biasa modalnya "winnable candidate!"

Macam aku kata sebelum ini, nampaknya winnable candidate akan jadi modal utama mereka yang bercadang nak bertanding atau bertanding lagi pada PRU-13 nanti. Masing-masing pakat mengaku merekalah winnable candidate. Ketua bahagian, ketua cawangan, ketua Pemuda, wanita semua mengaku mereka winnable candidate. Tak caya? Tanyalah rakyat di bawah.. (Ehem rakyat yang sokong depalah! Yang tak sokong jangan tanya nooo...!)

Kalau sungguh bagai dikata oleh Mat Isa, maknanya nama-nama seperti Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad dan lain-lain akan dicalonkan semulalah. Mereka inikan recycle candidate... Janji menang (betul ke?). Hemm kalau macam tu, maka calon-calon BN Perlis nanti bakal dibarisi calon warga emaslah ya. Tak ada chance laa yang muda-muda nak masuk calon, awal-awal kena cantas!

Macam aku kata sebelum ini, benchmark "winnable candidate" ni sebetulnya tak jelas atau tidak dijelaskan oleh Najib. Apa yang diberitahu calon yang diterima rakyat, disenangi rakyat. Kalau lagu tu maknanya semua yang nak menjadi calon mengaku mereka diterima rakyat, disenangi rakyat dan boleh menang. Habis macam mana nak ukur calon boleh menang ni? Takkan masa keputusan PRU-13 baru boleh tahu siapa calon boleh menang siapa tak boleh menang.

Memang payah....

Tapi aku rasa Najib mempunyai formula untuk memilih calon pada PRU-13 nanti. Mat Isa boleh saja menyenaraikan calon recycle tetapi yang penentunya ialah Najib. Beliau dibantu dengan sumber maklumat yang dikumpul kenal yang mana satu calon yang benar-benar  boleh menang dan bukannya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengerusi perhubungan.

Psssttt... Soalan untuk orang Perlis... Mat Isa ni masih boleh dianggap calon boleh menang lagi ke? 

NOTA: Ada orang nak letakkan aku sebagai calon sebab mereka kata aku WINNABLE CANDIDATE.... hahahahahaa....!! Maharaja Lawak Mega siot!

Share this

0 Comment to "PRU-13: BN Perlis nak ambik calon recycle jeh..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.