17 November 2011

FD di bank Israel....? Itu duit Rosmah bukan duit Nurul Izzah!

"Israeli National Bank: My Father's Pirate Bank"
Pergh... Aku ingat dulu berapi-api Anwar dan segala hulu-balangnya menyerang Najib, kerajaan BN dan UMNO gara-gara Najib menggunakan khidmat APCO sebagai perunding untuk mempromosikan negara di luar negara konon APCO adalah syarikat milik Yahudi.

Rupa-rupa depa lagi dahsyat! Siap simpan duit berjuta-juta dolar AS dalam bank Israel. Apa ke hal yeop? Ni lah kata orang tua "mengata dulang paku serpih, mengata orang rupa-rupanya dia lagi lebih!". Rakan-rakan blog mendedahkan Anwar menggunakan nama anaknya Nurul Izzah untuk menyimpan wang dalam bentuk FD di Israel National Bank.

Kalau aku congak-congak kesemua jumlah FD Nurul Izzah dalam Israeli National Bank yang disimpan dari tahun 1996 hingga 1998 dengan tempoh matang antara tahun 1999 hingga 2002, terdapat AS$70 juta (RM220 juta). [Lihat Semut Hitam] Apakah wang-wang ini yang dilarikan oleh Anwar ketika beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu, seperti mana didakwa oleh Gobalakrishnan?

Bayangkan dengan simpanan RM220 juta, kalau dicongak pula dengan gaji papanya pada masa itu sebagai TPM dan Menteri Kewangan, dianggarkan sekitar RM20,000 sebulan, berapa banyak dari wang gaji papa yang disimpan untuk Nurul Izzah? Hemm... nampaknya Anwar menabung dari kecil untuk diberikan kepada Nurul Izzah untuk disimpan dalam Israeli National Bank

Ramai juga rakan-rakan yang tak faham (sebenarnya sengaja buat bodoh) macam mana Nurul Izzah yang pada masa itu masih gadis sunti (16 tahun) boleh memiliki wang berjuta-juta dolar dan kemudian disimpan pula dalam bank di luar negara... bank milik Yahudi (namanya pun dah Israeli) pulak tuh?

Ish.. pelik-pelik! Hemmm mana Nurul Izzah? Tolong jelaskan sikit? Rakyat terutama para pengundi di Lembah Pantai nak tahulah mana Ahli Parlimen mereka yang masa tu masih sekolah ada wang sampai berpuluh-puluh juta dolar AS.

Pssstt... Esok lusa papanya nanti buatlah kenyataan, itu semua fitnah UMNO, Utusan nak burukkan nama keluarganya. Walhal itu semua wang UMNO bukan wang anaknya Nurul Izzah. Atau pun tu sebenarnya akaun milik Rosmah Mansor, bukan Nurul Izzah. Tak pun ada pulak pengikut bongok yang kata Israeli National Bank itu milik UMNO tak pun kata itu Islamic bank lah!

Dushhh...!!

Share this

0 Comment to "FD di bank Israel....? Itu duit Rosmah bukan duit Nurul Izzah!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.