18 November 2011

Gara-gara Ali Rustam "bekerja" pada Hari Raya Korban!

Gara-gara Ali Rustam yang tetap "bekerja" pada hari umat Islam bercuti sempena Hari Raya Korban, seorang sahabat aku marah-marah dan sanggup memaki hamun Ketua Menteri Melaka dengan pelbagai perkataan tak sedap didengar di laman Facebooknya.

Mula-mula aku malas nak layan orang macam ni, tapi apabila dia balik serang aku kata aku "bodoh" dan "penipu" apabila aku beri penjelasan, aku memang tak boleh tahanlah.

Dia marah-marah sebab Ali Rustam HADIR merasmikan Pesta Karnival Jualan Amal Perhimpunan Cina Melaka di Sekolah Tinggi Cina Melaka (sekolah sahabat aku itu mengajar) sedangkan pada hari tersebut semua umat Islam bercuti.

Gara-gara majlis ini Ali Rustam dimaki hamun... Apa dosa orang tua ni?
Sahabat aku marah-marah sebab gara-gara Ali Rustam boleh hadir majlis ini dan tidak hadiri majlis korban yang katanya bersepah.  "Bodoh punya YAB... Jemputan korban bersepah satu Melaka. Yang dia pergi karnival..." bantai sahabat aku kepada Ali Rustam.

Aku jelaskan bahawa Ali Rustam sudah menghadiri solat sunat Aidiladha dan majlis korban di Masjid Al-Azim sebelum dia ke sekolah beliau untuk hadiri majlis tersebut. Aku kata...

"Kau tak kenal Ali Rustam.... kalau kau kenal dia kau akan tau kenapa dia datang jugak majlis tu sedangkan ia hari raya... dan kalau kau nak bukti Ali Rustam ada di Masjid Al-Azim pada sebelah paginya aku memang ada bukti. Tak payah nak cabar aku..."

Tapi katanya: "OK post sekeping foto.... kat sini (FB) aku nak tengok! Hihik.... kalau tak ada foto...bererti hang penipu"

Nah sekarang aku poskan gambar-gambar Ali Rustam bersolat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim dan kemudian menghadiri majlis korban pada tarikh 6 November 2011. Tapi apakah sahabat aku (dan puak-puak sebelah sana) akan terima bukti yang aku poskan di sini atau mereka tetap akan kata itu semua super-imposed dan tetap anggap aku penipu?

Ali Rustam bersolat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim pada 6 November 2011
Ali Rustam melapah daging korban di Masjid Al-Azim selepas solat sunat pada 6 November 2011.
Pesan aku kepada sahabat. Jangan suka mengata orang lain bodoh sebab sekali kata orang bodoh, beratus kali orang kata kita bodoh. Dan inilah antara kebodohan tersebut. Nak jadi pembangkang, biarlah pembangkang yang matang dan bukan macam budak-budak tak cukup akal!

Ini macam kes marahkan nyamuk, kelambu dibakarlah....! Kesian.....


OOOoooo itu pasal sahabat aku jadi lagu tu... rupanya dia sudah join PERSATUAN BERKAS MURID SEK. TINGGI CINA MELAKA .... hik hik hik (refer gambar paling atas!)

Share this

2 Responses to "Gara-gara Ali Rustam "bekerja" pada Hari Raya Korban!"

  1. HA! Ha! Ha!

    persatuan BERKAS murid!!!!

    hahahahahahahaahaaaaa!

    dah berpuluh tahun hidup di malaysia, cakap melayu pun tak betui2!
    @#$%^&*()_+|

    ReplyDelete
  2. muahahahahahahahahahahahahahahaha.....haru....dahlah bodoh..dikatanya org lain plak yg bodoh....memang bodoh..."berkas"...hahahahahahaha

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.