27 November 2011

Harimau Muda kalah bukan kerana Shida Harmi...

Betul ke ugutan Shida Harmi jejaskan persembahan Apek malam ini?
Jangan salahkan Khairul Fahmi atau Apek atas kekalahan skuad Olimpik kita di tangan Bahrain malam ini. Dan jangan juga salahkan Shida Harmi. Kekalahan Harimau Muda malam ini adalah kerana para pemain kita merasa selesa selepas mendahului 2-0. Kita lalai dan kita cuai...

Benar ramai yang tidak boleh terima hakikat bahawa kita kalah selepas mendahului 2-0 dan kita kalah kepada pasukan yang bermain 10 orang dan kita kalah hasil tiga jaringan Bahrain dalam masa 5 minit. Tetapi itulah bola sepak. Bola itu bulat.

Tapi jangan sesekali salahkan Apek atau wanita yang didakwa kekasih gelapnya, Shida Harmi yang mendakwa pernah ditiduri Apek. Tidak... tidak... ia tiada kaitan dengan kekalahan skuad Harimau Muda malam ini. Apek sudah bermain cemerlang malam ini tetapi apakan daya bermain bola itu bukan bergantung kepada seorang pemain, tetapi libatkan satu pasukan.

Sungguh kekalahan para pemain muda kita kepada Bahrain 2-3 selepas kita selesa mendahului 2-0 dan tatkala Bahrain hanya bermain 10 orang benar-benar mematangkan pemain kita. Jangan cepat leka dan jangan cepat rasa selesa. Itulah permainan bola sepak dan terimalah hakikat.

Apek juga perlu belajar dari kekalahan malam ini bahawa dia tidak boleh leka dan tidak boleh rasa selesa dengan populariti, kemewahan dan kesenangan yang dikecapi sekarang. Sungguh dengan kelalaian Apek dan juga para pemain bola kita yang kini semakin digilai oleh ramai gadis, mereka akan rosak dan kerjayanya sebagai pemain bola sepak tidak akan sampai ke puncak.

Anggaplah kejayaan menang emas Sukan SEA adalah permulaan awal perjalanan hidup kesemua pemain remaja kita termasuk Apek, Nazmi Faiz dan lain-lain. Sungguh, jika kalian semua mula berjinak-jinak dengan kelab-kelab malam dan mula dihimpit ramai gadis, maka tidak akan ke manalah karier bola sepak kalian/

Kalian semua adalah aset negara yang kini sedang dibentuk untuk membangkitkan semula nama Malaysia di persada bola sepak Asia kalau tidak dunia sekalipun. Dan malam ini adalah pengajarannya bukan saja dalam permainan bola sepak tetapi juga dalam kehidupan harian.

Fikir-fikirkanlah...

Share this

0 Comment to "Harimau Muda kalah bukan kerana Shida Harmi..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.