21 November 2011

HOT TOPIC! Harimau Muda cakar Garuda!

TERKINI:
Saksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI antara Malaysia dan Indonesia menerusi online...

Ramalan aku: Harimau Muda ratah Garuda 2-0
HOT TOPIC hari ini.... Pertemuan Malaysia, sang Harimau Muda menentang sang Garuda dalam aksi bola sepak merebut pingat emas Sukan SEA ke-26 yang akan berlangsung di Gelor Bung Karno, Jakarta. Di peringkat kumpulan sang Harimau Muda sudah berjaya mencakar Garuda 1-0 sampai lebih 90,000 penonton gila babi Indon terkedu.

Malam ini mereka akan bertemu lagi di final Sukan SEA.

Aku percaya pertembungan kedua-dua pasukan malam ini cukup sengit dan penuh dramatik. Penonton Indon (seperti biasa) akan terus mengejek pasukan negara, lagu Negaraku atau Jalur Gemilang dan pemain-pemain Indon juga akan berbuat apa sahaja untuk kalahkan Malaysia bagi membalas dendam kekalahan mereka di peringkat kumpulan dan dendam kesumat kerana gagal meraih kejuaraan Piala AFF tempoh hari.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan ini, aku cuma bimbangkan dua perkara iaitu:

(1) Keselamatan para pemain serta pegawai Malaysia - Para penonton fanatik Indon akan berbuat apa sahaja untuk mengganggu pihak Malaysia termasuk "menyerang" pemain kita.

Lalu apakah keselamatan mereka benar-benar terjamin? Jika tidak, perlukah kita menarik diri dari perlawanan itu dan biarkan seluruh dunia tahu betapa tidak bertamadunnya para penyokong Indonesia. Sekurang-kurangnya menyedarkan pihak majlis olimpik antarabangsa betapa buruknya perangai rakyat Indonesia yang tidak langsung mempunyai semangat kesukanan terutama berhadapan dengan Malaysia.

(2) Kemungkinan pemain Indon bermain kasar sehingga boleh mencederakan pemain kita. Aku percaya andai Indon ketinggalan atau cenderung untuk kali lagi, para pemain Indon akan bersikap gila babi dengan berusaha untuk mencederakan pemain kita. Hal sama berlaku ketika perlawanan peringkat kumpulan sehinggakan beberapa tonggak utama kita mengalami kecederaan.

Jika ini berlaku sudah pasti para pemain kita akan bermain berhati-hati kerana bimbang jika cedera, mereka tidak berpeluang untuk bermain pada perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria Rabu ini. Dan kecederaan demi kecederaan yang bakal dialami pemain negara juga menjejaskan permainan kita menentang Syria.

Bagaimanapun aku harap Harimau Muda mengulangi kejayaan mereka mencakar dan membaham Garuda yang angkuh, sombong dan bongkak itu. Malaysia Boleh!

Share this

0 Comment to "HOT TOPIC! Harimau Muda cakar Garuda!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.