21 November 2011

Muahahaha.... Garuda patah sayap dikaki Malingsia! (Updated!)

Takziah buat dua penyokong Indonesia yang meninggal dunia ketika berasak-asak di Stadium Gelora Bung Karno ketika menyaksikan perlawanan akhir Sukan SEA antara Indonesia dan Malaysia.
Wow...!! Puas... puas... kepuasan berganda! Tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, tak kira di mana berada melihat Garuda tersungkur lagi di kaki Harimau. Paling manis kemenangan Malaysia meraih emas di Gelora Bung Karno melenyapkan keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan Indonesia selama ini.

Mana laungan malingsia? mana sorakan ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Mana... mana?? Semuanya sudah diratah oleh sang Harimau. Biarpun menerusi jaringan penalti tetapi tiada siapa peduli. Yang penting Indonesia tewas dan tewasnya di kaki si Malingsia!

Puas... amat puas...! Aku percaya malam ini buat kesekian kalinya 240 juta rakyat Indon tak tidur lela kerana asyik memikirkan maruahnya yang sudah dicalar oleh Malingsia. Media-media Indonesia menggila mencari punca kekalahan. Mau salahkan pengadil? Penjaga garisan? Atau mau salahkan pemain mereka yang gagal menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti?

Muahahaha...

Apa pun tahniah buat Badrul Bakhtiar, Khairul Fahmi dan rakan-rakan skuad Sukan SEA kali ini kerana berjaya mengekang asakan Indonesia. Terus terang aku katakan permainan kedua-dua pasukan seimbang dan kedua-dua mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Cuma nasib menyebelahi kita. Mungkin balasan Allah kepada seluruh rakyat Indonesia yang begitu bencikan Malaysia.

Kemenangan pasukan bola sepak juga dikatakan merupakan pingat emas ke-60 negara, iaitu sasaran terbaru kontinjen negara selepas berjaya melepasi 45 pingat emas mengikut sasaran awal. Jika benar itu adalah pingat ke-60 bermakna kita memperoleh kejayaan berganda... mempertahankan emas bola sepak dan mencapai sasaran 60 emas!**


HIDUP MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH!!

Ganyang Indonesia.... selamatkan Rossa! Huhu...



** NOTA: Kita gagal capai sasaran 60 emas... cuma 59!

Share this

4 Responses to "Muahahaha.... Garuda patah sayap dikaki Malingsia! (Updated!)"

  1. YES MTB! AKU SOKONG! PALING MAHAL SEKALI KITA SELAMATKAN ROSSA DAN PELAKON2 SINETRON SEKALI BRO...MUAHAHAHAHAHHAA

    ReplyDelete
  2. Yang kalah tu Indoni(lagi)sial

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, salam 1 malaysia
    Tuan,
    Seandainya tidak keberatan tolong masukkan link ini kedalam blog list tuan. kerjasama tuan amat dihargai dan terima kasih.

    N9kini.net
    url: http://www.n9kini.net

    Sekian,
    Salam perjuangan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.