02 November 2011

Mudahnya nak jadi senator kat Malaysia ni!

Nalakarupan (kiri) dan Anwar Ibrahim pernah melalui saat-saat bahagia suatu ketika dahulu...
Mudahnya nak jadi Ahli Dewan Negara atau senator kat Malaysia ni ye? Tubuh sebuah parti, lantang hentam dan serang Anwar Ibrahim atau parti pembangkang lain, puji-puji sikit orang Melayu dan pemimpin Melayu maka anda berpeluang untuk dilantik sebagai ADN atau Senator tadi.

Terbaru hari ini aku dapat SMS News Alert menyatakan Datuk Nalakaruppan mengangkat sumpah sebagai Senator. Hemmm... Siapa tak kenal Datuk Nala yang dulu merupakan bekas bos besar syarikat judi Magnum dan pernah bersahabat baik dengan Anwar. Khabarnya Nala nilah yang tukang supply wanita-wanita kepada Pak Sheikh termasuk bini Azmin Ali (ni menurut cerita Umi Hafilda).

Sekarang Nala yang pernah jadi orang kuat PKR dan Anwar telah berpaling tadah dan telah tubuhkan sebuah parti baru - Parti Bersatu India Malaysia yang menyokong BN dan dia bertindak sebagai Presidennya. Berapa ramai ahli parti ni aku pun tak pasti tetapi Nala sering mendapat tempat dalam media arus perdana terutama Utusan kerana menyerang Anwar dan memuji-muji orang Melayu.

Dan hari ini apabila beliau diangkat sebagai ADN, pasti ramai tertanya-tanya apakah jasa Nala sehingga beliau selayaknya diangkat sebagai senator -- satu jawatan penting di peringkat pembuat dasar negara. Sebelum ini pun ramai orang UMNO persoal pelantikan Ezam Mohd Noor, iaitu seorang lagi orang kanan Anwar yang berpaling tadah dan kemudian diangkat sebagai ADN.

So siapa nak jadi Senator sila ikut cara Nala dan Ezam...!!

Share this

0 Comment to "Mudahnya nak jadi senator kat Malaysia ni!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.