25 November 2011

Pinda AUKU... Ribuan mahasiswa berdemo

Ribuan mahasiswa di seluruh negara berdemo secara aman hari ini ekoran langkah kerajaan meminda AUKU yang membolehkan mahasiswa dan pelajar berusia 21 tahun ke atas terlibat dalam politik di luar kampus.

Di UIA ribuan mahasiswa kebanyakannya berkopiah putih dan bertudung labuh berdemo di depan masjid UIA menyatakan sokongan mereka terhadap pindaan AUKU tersebut. Di UM, ribuan lagi turut mengadakan demo serupa di depan Perdana Siswa untuk menyatakan sokongan mereka terhadap langkah terbaru kerajaan itu. Aku dapat tahu demo-demo serupa turut diadakan di UPM, UKM, UUM, USM, UTM...

Huhu... Harap bertenang wahai pembaca MTB!

Itu semua adalah pandangan aku saja bila kerajaan mengambil langkah memindah Seksyen 15 AUKU 1974 seperti diumum oleh PM di Dewan Rakyat semalam. Realitinya tiada sebarang demo sedemikian. Malah keadaan di kampus juga tenang-tenang sahaja, seolah-olah tiada peristiwa besar berlaku melibatkan kehidupan mereka.

Sebabnya jumlah yang nak berpolitik di kalangan mahasiswa sebetulnya boleh dikira dengan jari kerana sebahagian besar lagi lebih suka menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, tugasan-tugasan yang nak kena siapkan, tesis-tesis yang perlu diperkukuhkan dan lain-lain. Mereka tiada masa nak berpolitik, melainkan politik kampus setiap tahun apabila diadakan pemilihan wakil pelajar.

Mereka yang kerap ikut berpolitik di luar kampus terutama yang menyertai pembangkang tidaklah sebesar mana. Peratusnya kecil berbanding jumlah keseluruhan. Kebanyakan mereka hanya menjadi pengikut dan pak turut. Selebihnya sekadar untuk berseronok.

Jadi aku tidak pasti kenapa AUKU perlu diubah bagi membenarkan seluruh mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menceburi bidang politik jika hanya sekadar mahu memenuhi tuntutan beberapa kerat mahasiswa, dan yang kebanyakan mereka condong kepada parti-parti pembangkang. Aku juga tertanya-tanya bagaimana mahu menghalang mereka ini membawa politik kepartian di dalam kampus, sedangkan di luar kampus mereka dibenarkan.

Contoh paling mudah, apabila seorang mahasiswa ini menyertai sebuah parti politik, contoh Pas, di luar kampus. Lalu apa langkah pihak universiti mahu menghalang mereka ini membawa dakyah sama ke dalam kampus? Apakah langkah universiti menghalang mereka menghasut mahasiswa lain agar menyertai mereka, dan apakah langkah universiti menghalang mereka membawa risalah-risalah politik di luar sana ke dalam kampus?

Hemm... tak tahulah andai pihak universiti mempunyai mekanisme untuk menghalang politik kepartian di luar sana di bawa ke dalam kampus. Sebab akan timbul banyak persoalan di sebaliknya.

Jadi, berapa peratus mahasiswa yang sokong pindaan AUKU ini? Berapa peratus tak sokong? Berapa ramai yang ambil peduli dan berapa ramai yang tidak peduli? Mungkin pak timbalan menteri jaga mahasiswa ni boleh buat kira-kira...

Share this

2 Responses to "Pinda AUKU... Ribuan mahasiswa berdemo"

  1. arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

    ReplyDelete
  2. Ada ke parti politik Islam di Malaysia ni?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.