17 November 2011

Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games)

Aksi Malaysia menentang Indonesia pada SEA Games XXVI. Malaysia menang 1-0.
Puas hati aku tengok pasukan bola sepak Sukan SEA Indon kalah dengan Malaysia 0-1 sekejap tadi. Geram benar aku dengan keangkuhan dan kesombongan puak-puak Indon ini. Dahlah tak hormat Negaraku, lepas tu setiap kali atlet kita main (tak kira apa sukan) semua di booo...

Nah kau padan muka. Malam ni lebih 80,000 mat-mat Indon dan minah-minah di Stadium Gelora Bung Karno dan beratus juta rakyat yang tengok TV terkedu bila Syahrul Izwari score gol malam ni. Tak kisahlah walaupun Malaysia tak boleh tambah jaringan biarpun banyak peluang tapi 1-0 dah cukup nak mengajar Indonesia supaya lain kali jangan kurang ajar!

Aku percaya 240 juta rakyat Indon malam ni tak tidur lena selepas kalah dengan Malaysia. Ibarat kata kawan aku, kalau Indon juara keseluruhan SEA Games sekali pun tetapi kekalahan pasukan bola mereka kepada Malaysia sememangnya membuatkan mereka "hilang maruah" dan malu besar. Kalah di gelanggang sendiri pulak tu yeop!

Agak-agak siapa pula media di Indon nak salahkan kali ini? Dulu masa Piala AFF mereka salahkan pancaran laser, malam ini siapa pula? Pengadil? Penjaga garisan? Padang yang teruk? Tiang gol bengkok? Atau mereka akan serang dan salahkan jurulatih mereka? Hehe... Biarkan... biarkan mereka kalut dengan kekalahan pasukan bola mereka malam ini.

Tahniah anak-anak buah Kim Swee. Teruskan usaha agar memastikan kemenangan di peringkat separuh akhir nanti dengan harapan kita akan bertemu lagi  mat-mat Indon ini di peringkat akhir SEA Games pula! (Hehe tu pun kalau Indon lepas dengan Vietnam)

Ha ha... Puas beb... memang puas!

Share this

4 Responses to "Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games)"

  1. ye, aku pun puas. tapi kalau 2-0 pun baguih gak. saja ja nak tengok depa penyokong indoensia macam mana, hihi. tapi esok mesti paper indonesia dok habaq canang sana sini, kata pemain kita suka jatuhkan diri. well.. :p

    ReplyDelete
  2. kawan sokong bro, puas hati beb,mmg puas hati, biar puak ni kalah pula dengan vietnam di separuh akhir...

    ReplyDelete
  3. PUASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS............satu sepakan gol telah meleyapkan suara berpuluh ribu penyokong GARUDA yang langsung tak hormat lagu Negaraku...nah ambik kau.......DUSH..............

    ReplyDelete
  4. TERSANGATLAH PUASHATI DAN LEGA JIWA DAN RAGA AKU BILA MELIHAT PULUHAN RIBU PENONTON TEGAR INDON TIBA TIBA TERDIAM DAN TERKEDU DENGAN JARINGAN TERSEBUT...PADAN MUKA KAU INDON...HEHEHEHEHE

    MALAYSIA BOLEH!!!!!!HIDUP MALAYSIA

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.