19 November 2011

Selepas calon recycle BN Perlis nak letak calon tak sihat pulak?

Apa dah jadi ni Mat Isa? Semalam hang kata hang akan letak calon-calon recycle untuk PRU-13 nanti dengan alasan calon recycle pun boleh menang. Hari ini hang duk kata nak letak calon yang tak sihat pula asalkan depa ni berwibawa.

Aku tataulah akai Mat Isa ni tahap mana. Kalau dah tak sihat tu, berwibawa tang mana sekali pun tak guna. Sebabnya takut nanti lepaih sebulan menang PRU-13 dah kena buat pilihan raya kecil pulak sebab calonnya dan jalan, tak sempat nak tunjuk kewibawaannya. Kalau lagu tu, wat pa lagi duk sibuk-sibuk letak depa jadi calon.

Aku pun sokong cadangan beberapa pihak dulu supaya calon-calon PRU akan datang disertakan dengan sijil pemeriksaan kesihatan. Yalah nak pastikan juga depa ni bebas penyakit jantung, kencing manis, batu karang dan segala macam penyakit kronik lain. Yalah muda tak semestinya sihat, tua pula tak semesti sakit-sakitan.

Jadi Mat Isa... Aku nak tanya, kat Perlis ni dah tadak calon muda dan sihat lagi ka nak diketengahkan pada PRU-13 nanti sampai terpaksa duk kitar semula calon walaupun tau depa tu bukan sihat sangat.

Mat Isa kenalah jenguk-jenguk sikit cawangan dan bahagian tu. Mana tau jumpa calon-calon winnable, berwibawa dan sihat. Perlis bukannya besar mana pun. Ramai tu... Cuma rajin sikit dan jangan cuma duk pikiaq kawan-kawan kat sekeliling je.

Sekadar nasihat!

Share this

2 Responses to "Selepas calon recycle BN Perlis nak letak calon tak sihat pulak?"

  1. Shahidan macam mana pula? Dia kena recycle juga ke? Atau dia disuruh pencen aja? Amacam?

    ReplyDelete
  2. Itu kena tanya orang Perlis... Tapi kemungkinan Mat Isa tak calonkan dia.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.