17 December 2011

Interlok lagi.... bosan ah!

Tak habis-habis lagi pasal Interlok rupanya. Dulu heboh puak-puak ni yang tersinggung dengan beberapa ayat yang ditulis oleh Abdullah Hussein, si penulis novel itu konon menyentuh perihal kaum mereka. Sebab nak jaga hati mereka, kerajaan putuskan ayat-ayat yang ada perkataan yang tak boleh diterima kaum mereka ditukar. Penulis novelnya pun setuju, walau pun berat hati.

Maka novel Interlok yang digunakan oleh pelajar sebagai buku teks di sekolah pun dicetak semula dengan menggantikan perkataan-perkataan yang kaum mereka tak boleh baca, dengar dan tengok (puak yang tak boleh terima asal-usul mereka). Aku ingat kos cetak semula buku novel tu boleh cecah ratusan ribu ringgitlah. Maklum yang nak guna pun bukan sedikit.

Tup tup hari ini Timbalan Presiden MIC mengumumkan Interlok tidak akan digunakan di sekolah-sekolah mulai 2012. Dulu masa awal-awal dulu dia juga umum perkara yang sama -- mendahului Menteri Pelajaran -- dengan mengumumkan penarikan balik Interlok. Kali ini beliau sekali lagi membuat pengumuman tersebut. Aku tak tahulah sama ada pengumuman yang dibuat beliau itu diketahui oleh Muhyiddin selaku TPM dan Menteri Pelajaran atau tidak.

Kenyataan Menteri Pelajaran berhubung kedudukan Interlok Mac lalu... sekarang lain pula ceritanya...!! Hemmmm tak faham!
Tapi dalam Buletin Utama tadi, dia menyatakan perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan Muhyiddin sendiri bersetuju untuk tidak menggunakan novel tersebut sebagai buku teks di sekolah mulai tahun depan. Kalau betul apa yang dikatakan Subramaniam itu, apakah bermakna keputusan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran berhubung Interlok juga bersifat "flip-flop"?

Hemm... kalau betullah keputusan Kabinet sedemikian, aku nak tanya juga tidakkah satu pembaziran apabila Interlok yang dicetak semula dengan pindaan bahagian-bahagian dianggap sensitif telah dibuat dengan kos yang bukan sedikit, tetapi akhirnya semua buku-buku itu kemudian dicampak ke dalam sungai, sebab tidak berguna lagi.

Apakah keputusan menarik balik Interlok sebagai teks sebagai satu lagi "umpan" pilihan raya bagi memancing undi pengundi India untuk memberi sokongan kepada MIC dan BN? Entahlah...




Nota: MTB tunggu kenyataan Menteri Pelajaran mengenai hal ini...

Share this

0 Comment to "Interlok lagi.... bosan ah!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.