31 January 2011

Tenang... Apa Iskandar Samad nak cakap?

Tertarik dengan entri terbaru Direct Free Kick blog milik Iskandar Samad yang juga ADUN Cempaka. Lihat dalam entri terbarunya "Alahai Johor"  atau aku petik sedikit di bawah ini...
Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar.
Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Walau bagaimanapun begitulah kisahnya rakyat Johor atau dengan lebih tepat lagi pengundi kawasan DUN Tenang. Setelah memberi kemenangan kepada calon BN, mereka berhadapan dengan ujian yang begitu besar. - Direct Free Kick, 31 Jan. 2011

Walaupun Iskandar buat "indirect free kick" mengutuk para pengundi Tenang tapi kalau sesiapa yang pandai baca tapak tangan taulah apa yang nak diucapkan itu. Iskandar sebenarnya nak cakap apa? Apakah dia nak kata sebab pengundi Tenang tolak Pas maka Allah turunkan banjir besar di Johor? Dan apakah Iskandar nak kata kalaulah pengundi Tenang pilih Cikgu Mala, tentu tak adalah banjir besar, kut?

Perihal dia nak pertikai jumlah peratus pengundi 71 peratus (sebetulnya SPR umum cuma 67% sahaja) yang katanya entah datang dari mana (nak cakap ramai pengundi hantulah tu!), itu aku tak peduli sangat sebab faham sangat aku perangai puak-puak mereka apabila kalah. Tapi kalau menang, melambung-lambung dipujinya SPR.

Bagi aku pengundi Tenang patut bersyukur dengan kemenangan Azahar Ibrahim pada PRK semalam sebab kalaulah Cikgu Mala menang, apalah yang boleh disumbang untuk mangsa banjir di Tenang. Sedangkan selama ini Pas pun bergerak atas wang ihsan sumbangan orang ramai melalui ceramah-ceramah yang dibuat di seluruh negara. (Sebab tu Pas tak pernah berhenti berceramah. Kalau berhenti, soru miss...). Macam manalah nak bagi sumbangan kat mangsa banjir yang beribu-ribu tu kalau mereka sendiri pun mengharapkan belas ihsan penyumbang untuk bergerak?

Aku percaya, kalau Cikgu Mala menang semalam, mangsa banjir di Labis bukan takat nak dapatkan selimut, biskut Marry belum tentu dapat. Paling-paling dia datang (kalau datanglah) dia akan tepuk bahu mangsa banjir dan dia cakap "bersabarlah. Ini semua kerja Allah. Mari kita pakat sama-sama berdoa agar dibebaskan dari bala bencana ini..."

Itulah yang banyak berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Kedah. Itupun kalau wakil rakyat mereka turun padanglah. Setahu aku banjir besar di Kedah tempoh hari, wakil rakyat mereka pakat tidur bawah selimut. Habis nak buat macam mana. Kalau pergi lawat pusat pemindahan banjir apa yang dia boleh campak untuk bantu mangsa banjir melainkan air liur saja. Sebab itulah mereka tak berani nak turun jenguk pusat pemindahan banjir. Alih-alih, kerajaan Pusat jugak yang tolong....!!

Macam aku kata sebelum ini, banjir di Tenang merupakan satu rahmat dari Allah kerana dari situ rakyat boleh menilai yang mana pemimpin intan dan yang mana kaca.

Awal-awal Pas, PKR dah berebut kerusi Merlimau

Keh... keh... keh..! Belum apa-apa Pas dan PKR dah duk bergasak nakkan bertanding di PRK DUN Merlimau. Kepoh mengenai parti mana yang nak wakili pakatan haram zadah ni dah berdengung beberapa hari selepas Datuk Hidhir meninggal dunia. Maklum, kalau wakil rakyat BN meninggal cepat-cepatlah diorang canang pasal PRK tapi bila wakil rakyat mereka yang jalan, marah benar kalau orang cakap pasal pilihan raya awal-awal.

Balik bab DUN Merlimau ini puak-puak dan juak-juak Pas mahukan wakil mereka diletakkan sebagai calon tetapi khabarnya Anwar juga membayangkan untuk meletakkan wakil PKR di sana dengan alasan, dah banyak sangat calon Pas kalah tiap kali pilihan raya kecil. Sebab itu mereka tak mahu tengok kekalahan lagi di Merlimau, maka PKR akan mempertaruhkan orangnya di sana.

Hal ini menyebabkan rasa tidak senang puak-puak Pas kerana mereka kata selama ini Pas yang selalu bertanding di sana maka berikanlah kepada Pas. Lagipun pakatan haram zadah ini pernah buat perjanjian kalau kerusi itu diperuntuk untuk Pas, maka selepas itu pun orang Pas yang dibenarkan bertanding. Khabarnya sampai sekarang perihal berebut kerusi Merlimau tidak ada kesudahannya. Malah Hadi Awang sampai kata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat pakatan.

Hehe... Kepada puak-puak ini aku bagi jalan penyelesaian cukup mudah. Daripada korang berebut siapa yang bertanding, lebih baik korang tak payah bertanding langsung. Bagilah jalan kepada UMNO/BN menang tanpa bertanding di sana. Lagipun kalau korang lawan tak kiralah dari Pas ke PKR ke DAP ke... gerenti kalah punya.

Merlimau adalah kubu kuat UMNO/BN jadi kalau siapa sahaja yang lawan gerenti tumbang. Ini bukan aku cakap besar tetapi daripada keputusan pilihan raya lepas-lepas termasuk pada 2008 ketika berlaku "tsunami politik", Merlimau tetap utuh di bawah BN. Kalau DUN-DUN bawah Parlimen Kota Melaka aku tak berani cakaplah.

Jadi daripada berebut-rebut untuk menghadapi kekalahan (lagi) di Merlimau, bukankah lebih baik awal-awal lagi tarik diri bertanding. SPR senang tak perlu buat pilihan raya, rakyat pun senang tak perlu keluar mengundi tambah musim hujan dan banjir ni, parti pun senang tak perlu keluar wang dan kerah jentera kempen.

Apa? Tak demokratik? Alaaa... demokratik apanya. Kalau nak lawan sangat tunggulah PRU-13 nanti yang dah tak lama dah. Paling-paling setahun lagi. Masa PRU-13 nanti lawanlah habis-habisan sampai perhabis semua... tak gitu?


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008
N27 MERLIMAU:
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)  - 4,981
2. Jasme Tompang (Pas) - 2,827
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

Banjir... banjir... banjir... di Johor, Melaka & Negeri Sembilan!!

Banjir besar melanda Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Wow! Labis selepas berpesta kemenangan BN kali ini mereka berpesta banjir pulak. Ops...!! Banjir adalah bencana dan bukan hal yang perlu diraikan. Pesta banjir hanya di Kelantan. Orang Kelantan memang macam tu, banjir atau bah pun nak dipestakan. Haha.. jangan marah orang Kelantan.

Setakat ini lebih 20,000 dipindahkan di seluruh negeri Johor terutama di Segamat, Kluang dan JB, termasuk juga di Labis dan Tenang. Wow..!! Khabarnya ramai petugas PRK Tenang terutama dari kalangan BN dan juga para bloggers dan wartawan yang tersangkut di sana sebab tak boleh keluar akibat banjir. Petugas-petugas Pas terselamat sebab mereka balik awal-awal lagi selepas dapat tahu mereka kalah. Eloklah, lepas buat liputan PRK Tenang, buatlah liputan pasal banjir pulak.

Di Melaka khabarnya dah lebih 2,000 orang dipindahkan terutama dari daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. Ops.. Merlimau tak banjir ke? Atau tunggu 6 Mac ini... haha..!! Di Negeri Sembilan pun ramai yang sudah dipindahkan. Maklum kalau Melaka banjir, Negeri Sembilan pasti kena banjir juga punya terutama daerah Tampin yang bersempadan dengan Alor Gajah.

Apa pun semua yang berada di kawasan dilanda banjir agar berhati-hati. Jangan pula duk seronok main air banjir. Malang tak berbau beb!

30 January 2011

Tenang! BN menang... tapi MCA kalah lagi?

Tahniah Azahar Ibrahim kerana bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi lebih mengembirakan dapat meningkatkan jumlah undi untuk BN, penambahan majoriti dan mengurangkan undi untuk Pas. Apakah ini petanda baik bagi Najib untuk memikirkan tarikh PRU-13? Masih terlalu awal.

Nampaknya kawasan tanah rancangan masih lagi menjadi fix-deposite buat BN apabila kesemua kawasan tanah rancangan memberi sokongan padu kepada Azahar dan lebih menarik sokongan oleh kaum India juga semakin meningkat manakala Cina pula dilihat 50-50. Ini dilihat kepada beberapa peti undi kawasan bukan Melayu yang menampakkan peningkatan dari segi sokongan. Antaranya Labis, Pekan Nenas dan Bandar Labis Timur.

Walaupun jumlah undi yang diperoleh Azahar dan majoritinya meningkat berbanding PRU-12 lalu, namun peratus pengundi yang keluar membuang undi merencatkan sasaran BN untuk mencapai majoriti 5,000 undi. Tapi jangan salahkan pengundi sebaliknya keadaan cuaca yang buruk sehingga ada beberapa kawasan membuang undi ditenggelami air menyebabkan kemerosotan jumlah pengundi kali ini.

Bagaimanapun, persoalan perlu diajukan kepada Chua Soi Lek berikutan kekalahan BN di peti undi Bandar Labis Tengah yang majoriti pengundinya Cina, telah memberikan sokongan padu kepada calon Pas, Normala Sudirman dengan 801 undi manakala Azahar hanya memperoleh 365 undi. Malah peratusan keluar mengundi di Labis, Bandar Labis Timur dan Tengah juga dilaporkan merosot. Apakah keputusan di Tenang ini mengesahkan apa yang dicakap-cakap orang (di sini dan di sini) sebelum ini bahawa MCA tidak bersungguh-sungguh turun berkempen berbanding apa yang dilakukan oleh DAP?

Ingat Chua Soi Lek adalah orang Labis, pernah menjadi Ahli Parlimen Labis begitu lama sehinggalah skandal video seks yang memaksa beliau melepaskan kerusi tersebut yang kini diduduki pula oleh anaknya. Lalu kenapa masih ramai Cina Labis yang menolak BN di Labis?

Pun begitu, tahniah aku ucapkan kepada para pengundi di Tenang kerana daripada keputusan PRK kali ini, aku membayangkan bahawa sokongan orang Johor khususnya terhadap UMNO kembali pulih selepas pada PRU-12 lalu menyaksikan beberapa kawasan jatuh ke tangan pembangkang -- sesuatu yang tak pernah berlaku di Johor sejak PRU-1.

Orang Johor pasti tidak pernah lupa bahawa UMNO dilahirkan di Johor, di kaki Istana Besar Johor dan orang Johor tidak akan lupa jasa-jasa Onn Jaafar sebagai orang Johor selaku pelopor penubuhan UMNO dan sudah pasti orang Johor tidak akan lupa gerakan menentang Malayan Union yang juga bermula di Johor. Pokok pangkalnya Johor dan UMNO tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku.

Dan hari ini orang Johor di Tenang telah membuktikan kenyataan itu dengan memberi sokongan padu kepada Azahar Ibrahim untuk menjadi wakil mereka sehingga PRU-13 nanti.

KEPUTUSAN PRK 2011:
Jumlah pengundi: 14,753
1. Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6,699
2. Normala Sudirman (Pas) - 2,992
Jumlah undi: 9,833
Majoriti : 3,707
Peratus mengundi : 67%
Undi rosak : 142


KEPUTUSAN PRU-12:
Jumlah Pengundi: 14,511
1. Sulaiman Taha (BN)  - 6,367
2. Mohd. Saim Siran (Pas) - 3,875
Majoriti: 2,492
Jumlah undi: 10,655
Peratus mengundi: 73.43%
Undi rosak: 413
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
(Majoriti: 8,649 undi)

Berbanggalah puak-puak Hindraf

Hindraf tuduh kaum India di negara ini ditindas dan dihapuskan seperti mana penghapusan etnik di Sarajevo. Dahsyat tuduhan Hindraf beberapa tahun lepas tetapi sampai sekarang mereka boleh lagi bersenang lenang walaupun melemparkan fitnah paling dahsyat. Kalau kat Singapura dah lama puak-puak ni kena sumbat dalam penjara di bawah ISA negara itu.

Tapi kat Malaysia ini baik-baik belaka. Dah kena carut sebegitu rupa masih lagi beri peluang mereka. Bukan nak mintak maaf, alih-alih diorang boleh pula buat parti sendiri konon nak perjuang nasib kaum mereka. Okey, aku malas nak membebel pasal puak-puak ini cuma aku nak sedarkan mereka bahawa berbanggalah mereka kerana kaum mereka sebenarnya begitu sukses di bumi bertuah ini. Yang tak berjaya itu sebab malas sekolah atau sengaja nak jadi gengstar.

Balik kisah bertuahnya puak-puak mereka ini terlintas difikiran masa aku tengok bola Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan. Sebabnya setahu aku jumlah kaum India yang jadi pemain bola tidaklah ramai mana berbanding kaum Melayu tetapi hampir semua pasukan Liga Malaysia ini guna khidmat jurulatih dari kaum India. Selangor dengan K. Devan, Kelantan dengan Sathianathan kemudian diganti dengan Karathu. Team Malaysia pula gah dengan Rajagobal. Habis... tang mana puak-puak ini dikatakan tidak mendapat pembelaan?

Itu baru kira jurulatih bola, belum kira lagi jumlah lawyer kat Malaysia ini. Tengoklah keahlian Bar Council hampir sebahagian besar lawyer yang jadi ahlinya terdiri daripada kaum India. Belum lagi tengok senarai doktor di bawah MMA atau yang bukak klinik sana-sini. Astro dan Maxis pun milik puak-puak ini.

Lalu apa lagi yang mereka mahukan?

Aku ingat puak-puak ini kena faham ayat ini... "tidak akan berubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya". Jadi kalau puak-puak ini nak berubah dan berjaya, mereka sendiri yang patut mengubah diri mereka termasuk pemikiran. Jangan lagi berfikir seolah-olah kalian masih lagi menjadi kuli estate. Berfikirlah sebagai rakyat Malaysia yang merdeka!

29 January 2011

Orang Melaka kata Nasser paling layak wakil BN di Merlimau

Seorang sahabat dari Melaka menelefon aku marah-marah sebab aku meletakkan bekas VC UiTM, Ibrahim Abu Shah sebagai calon yang disebut-sebut untuk diletakkan BN pada PRK DUN Merlimau 6 Mac ini. Dia kata alasan aku tak lojik bila naikkan Mr. Potatoes sedangkan namanya tiada dalam senarai yang dihantar kepada PM. Lagi pun Ali Rustam sendiri sahkan hanya 7 nama termasuk seorang wanita diserahkan kepada PM.

Sahabat aku kata walaupun Ibrahim Abu Shah orang Merlimau tetapi tak ramai orang Merlimau kenal dia sebab dia khabarnya jarang benar jenguk muka kat kampung halamannya. Maklum dia kan sebelum ni sibuk menguruskan universiti terbesar di dunia (14 kampus tak termasuk kampus kota... mana ada universiti dalam dunia ada 14 cawangan kampus?). Mana ada masa nak balik kampung.

Sehabat aku kata apa yang ditulis dalam surat khabar tu betul. Orang Merlimau mahukan Nasser Selamat dicalonkan oleh BN sebab dia memang orang jati Merlimau, bertugas kat Melaka dan selalulah ada masa jenguk-jenguk orang kampung. (Sekarang bila namanya disebut-sebut jadi calon, khabarnya makin kerap Nasser jenguk kampung).

Nasser bekas Ketua Pemuda Bahagian Jasin dan dia juga orang kepercayaan Ali Rustam. Kalau tidak masakan dia boleh dilantik sebagai CEO Pertam. Dari segi akademi, dia pun tak kalah hebat sebab graduan dari Ohio University. Sebab itulah dia merupakn nama yang paling kuat untuk "sangkut" sebagai wakil BN paada PRK Merlimau nanti.

Tok Mat Said Yusof, kata sahabat aku tu pun ada peluang tetapi orang Merlimau kata kalau boleh letak orang mudalah. Mat Said dah tua dan dah berapa penggal jadi Ahli Parlimen Jasin. Cukup-cukuplah tu. Takkan dah jadi Ahli Parlimen nak turun pangkat jadi ADUN pulak. Tapi jadi tak jadi, khabarnya hidung Mat Said makin kembang... hahaha!

Aku kata kat sahabat aku, pandangan aku tentang Ibrahim Abu Shah didasarkan kepada pandangan orang pada PRU-12 lalu. Masa tu PM orang lain. Sudah pasti pertimbangannya berbeza. Cuma aku kata Ibrahim Abu Shah banyak jasanya kepada negeri Melaka terutama dalam memajukan bidang pendidikan di negeri itu. Pastinya Ali Rustam harapkan "kehebatannya" untuk memajukan Melaka selepas ini.

Tapi kalau betullah Ibrahim Abu Shah dah tak dapat peluang kali ini sebab PM pun dah berganti dan Najib suka kalau diletakkan calon-calon kalangan orang muda, bukannya mat-mat pencen macam Ibrahim Abu Shah, maka peluang Nasser cerahlah.

Apa pun meh kita sama-sama tengok siapa yang kena....!!

Terhangit!! Gobala keluar PKR

Berita terhangit menjelang PRK Tenang & Merlimau. Bekas orang kuat "melalak" dalam PKR, N.Gobalakrishnan melepaskan semua jawatannya dalam PKR. Gobala sebelum ini dah mula luahkan rasa tak puas hati terhadap pucuk pimpinan secara terbuka melalui twitter termasuk bergaduh dengan Elly "hairy" Wong!

Baguslah! Lebih baik cabut awal-awal sebelum lemas dalam kapal yang nak karam tu! Ada sesiapa lagi nak cabut dari PKR? Sila angkat kaki....!!

Safee bakal bergandingan dengan bekas pemain Aston Villa!

Lee Hendrie
Khabarnya penyerang sensasi negara, Safee Sali sah bakal menyarung jersi Persib Bandung. Kalau itulah keputusannya, aku harap semua pihak terutama penyokong setia Selangor merelakan  pemergian Safee ke Bandung. Ala Bandung dengan Shah Alam bukan jauh sangat... sepelaung saja!

Lagipun aku terbaca satu berita Persib Bandung juga bakal disertai bekas midfield Aston Villa, Lee Hendrie. Hendrie walaupun dah berusia 33 tahun tetapi mempunyai pengalaman 12 tahun bermain beberapa kelab ternama EPL antaranya Sheffield United, Derby County dan Bradford City selain Aston Villa.

Selain itu, Persib Bandung juga sudah memiliki penyerang import Indonesia, Cristian Gonzales yang berasal dari Uruguay. Kalau berita ini sah, maknanya Safee bakal bergandingan dengan pemain-pemain antarabangsa yang cukup berpengalaman. Wow! Bagus sangat untuk karier bola sepak Safee.

Lagipun Safee juga boleh jadi duta bola sepak Malaysia ke Indonesia selepas Siti Norhaliza dicadangkan sebagai duta kebudayaan Melayu dan Upin-Ipin sebagai duta kartun kita ke sana. Lepas ni puak-puak Bendera nak berdemonstrasi pun fikir dua tiga kali. Hehee...

28 January 2011

Cikgu Maarof ingat dia Menteri Pelajaran ke?

Cikgu Maarof kantoi ambik MC berpuluh hari tetapi boleh turun berkempen untuk isteri tercinta tak kira berhujan berpanas. Tetapi Cikgu Maarof lupa kalau tindak-tinduknya itu umpama menghulurkan kepala kepada "big boss" untuk dipancung.

Agaknya Cikgu Maarof lupa kalau jentera kempen BN diketuai oleh Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ataupun boleh dianggap "boss besar" kepada Cikgu Maarof. Agaknya Cikgu Maarof fikir  "Menteri Pelajaran boleh turun berkempen, kenapa aku sebagai cikgu tak boleh berkempen?"

Haha.. Kesian Cikgu Maarof. Nampaknya dia lupa kalau tindak-tanduknya meninggalkan kelas dan anak-anak murid yang perlukan pembelajaran semata-mata untuk berkempen bagi pihak isteri memakan diri. Dan aku percaya, Jabatan Pelajaran Negeri tidak perlu bersusah payah menyiasat kerana bukti sudah ada di depan mata.

Surat-surat MC sudah tersebar dan pada masa yang sama gambar-gambar dan video yang menunjukkan kehadiran Cikgu Maarof berkempen ketika sesi persekolahan sedang berlangsung dan ketika dia berkeadaan cuti sakit sudah cukup jelas untuk pihak Jabatan Pelajaran mengambil tindakan ke atasnya.

Kalau sebelum ini Jabatan Pelajaran menarik balik arahan pindah 24 jam ke atas Cikgu Maarof sejurus isterinya yang juga bekas guru dicalonkan sebagai wakil Pas di PRK DUN Tenang, nampaknya kali ini sudah pasti rayuan Cikgu Maarof tidak akan dilayan, waima Cikgu Maarof upah peguam tersohor sekali pun.

Jadi, demi masa depan anak-anak muridnya, sebaiknya Cikgu Maarof letak jawatan sebagai guru.

Ops... ! Doktor yang bagi MC kat Cikgu Maarof pun khabarnya dah panas punggung especially doktor kat Klinik Kesihatan Bandar Putra!

Berita baik! Tol Salak-Taman Connought bakal dihapuskan

Terima kasih PM! Itulah ucapan yang sepatutnya diberikan kepada Najib terutama oleh penduduk Bandar Permaisuri dan Bandar Tun Razak selepas beliau mengumumkan bahawa bayaran tol kepada semua pengguna lebuh raya Salak-Taman Connought akan dihapuskan mulai Mei tahun ini.

Tol Metramac dekat Bandar Tun Razak itu cuma 50 sen bagi kereta tetapi ia telah membebankan pengguna terutama bagi penduduk Bandar Permaisuri dan Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya kerana terpaksa membayar tol jika menghala atau dari Salak.

Aku nampak langkah kerajaan menghapuskan tol tersebut untuk meraih kembali undi para penduduk Bandar Tun Razak yang pada PRU-12 lalu menyerahkan kerusinya kepada Khalid Ibrahim merangkap MB Selangor. Tapi percayalah, walaupun tak dihapuskan tol sekalipun penduduk Bandar Tun Razak dah serik dengan Ahli Parlimen mereka ini.

Aku percaya kalau BN meletakkan calon kalangan orang Melayu di Bandar Tun Razak, nescaya kerusi itu akan kembali ke tangan BN tetapi kalau letak calon dari MCA lagi seperti sebelum ini, aku tak pastilah sama ada mereka nak bagi kat BN atau tetap kekal di tangan Khalid.

Sementara itu, kadar tol di Lebuhraya KL-Karak dan LPT juga tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Hai... Seronoklah orang Kelantan, Terengganu dan Pahang. Harga tol tetap sama... Tapi elok lagi kalau dihapuskan terus. Tapi nanti kos penyelenggaraan siapa pulak nak tanggung? Silap-silap lebuh raya pun berlubang-lubang sana sini. Maklum free...!!

Apa pun tahniah kepada Najib kerana tindakan seperti inilah yang boleh mengambil hati seluruh rakyat dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan bukannya duk asyik umum kenaikan harga minyak atau asyik kes minyak masak atau gula "hilang" dari pasaran saja.

Kisah dalam kain Cikgu Mala kena londeh... Kesian!

Kesian aku tengok Cikgu Mala. Siang malam dia duk berkempen kat Tenang. Maklum dialah satu-satunya wanita yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya atas tiket Pas. Jadi dia macam "wanita pujaan hatiku" bagi ostat-ostat Pas. Tapi biasalah apabila menjadi calon, semua perkara termasuk hal-hal dalam kain akan dilondeh oleh pihak lawan. Dulu serangan peribadi seperti ini sudah jadi mainan puak-puak Pas tetapi kini senjata itu makan tuan.

Kini kisah-kisah lapok Cikgu Mala yang selama ini berjaya ditutup rapat-rapat telah dihidu pada blogger mesra kerajaan (meminjam kata Datuk Zaini Hassan). Akhirnya terbongkarlah cerita-cerita dalam kain Cikgu Mala yang dikatakan pernah berkahwin sebelum ini tetapi menuntut cerai selepas bertemu Cikgu Maarof. Begitu juga dengan perilaku suaminya yang mengambil cuti sakit tetapi nyata turun membantu berkempen untuk isterinya. Lepas ini pasti Cikgu Maarof bakal kena tindakan...!

Memang hal-hal seperti ini tidak dapat dielakkan dalam mana-mana pilihan raya terutama pilihan raya kecil. Jika ada kelemahan pada calon termasuk hal-hal peribadi, isu-isu lapok dan sudah lama disorok akan terburai dan terbongkar. Maklum zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Sekarang ini semua maklumat berada di atas tapak tangan. Jadi bukan setakat bangkai gajah, bangkai nyamuk pun sekarang tak boleh nak sorok.

Jadi ingatan kepada mereka yang bercita-cita nak jadi wakil rakyat tak kiralah pihak BN, Pas, DAP, PKR atau mana-mana parti politik, pastikan diri kalian betul-betul bersih daripada sebarang isu, skandal dan lain-lain hal tidak enak sebab sekarang ini bolehlah korang tutup. Kalau rasa anda ada menyimpan rahsia yang tidak enak didengar, lebih baiklah menolak pencalonan awal-awal.

Bukan apa takut nanti segala rahsia yang tersimpan selama ini terburai satu persatu. Akhirnya memalukan diri sendiri dan keluarga.

27 January 2011

Hikmah banjir di Tenang...

Alhamdulillah, banjir di Tenang. Maaf bukan aku doakan supaya penduduk Tenang ditimpa musibah tetapi bagi aku banjir di Tenang adalah satu hikmah kerana dari situ rakyat lebih mudah membuat penilaian siapa yang selayaknya menjadi pemimpin mereka selepas ini.

Aku percaya apabila banjir melanda, kedua-dua calon iaitu Tok Ai (Azahar Ibrahim) dan Cikgu Mala sudah pasti berlumba-lumba turun meredah banjir untuk menunjukkan betapa prihatinnya mereka terhadap nasib pengundi mereka. Begitu juga barisan jentera pilihan raya mereka. Dan sudah pasti para penduduk terbabit akan dapat melihat siapa yang benar-benar ikhlas untuk menolong dan siapa yang datang sebab semata-mata mahu mendapatkan undi mereka.

Aku tidak berpeluang ke Tenang kali ini kerana kesibukan tugas hakiki tetapi berdasarkan laporan yang disampaikan rakan-rakan, aku pasti para pengundi sudah membuat keputusan di dalam benak kepala mereka siapa yang selayaknya menjadi wakil rakyat mereka dan hanya menanti hari untuk menuangkannya di atas kertas undi.

Kepada pengundi di Tenang, renung-renungkanlah. Pilihlah calon yang benar-benar ikhlas datang membantu anda dan bukannya datang untuk mengharapkan undi umpama "tak ada undi tak ada bantuan!"

26 January 2011

Ahmad Dhani pengetua AF-9?

Bekas penyanyi Kumpulan Dewa 19 dari Indonesia, Ahmad Dhani bakal menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan. Pengesahan mengenainya akan diumumkan oleh pihak Astro tidak lama lagi. Bagaimanapun aku dapat tahu pengambilan Ahmad Dhani bagi membolehkan artis-artis keluaran AF9 menembusi pasaran Indonesia. Boleh ke?

Khabarnya Ahmad Dhani sebelum ini sering kali ada affair dengan anak-anak didiknya termasuk dengan Mulan Jameela sehingga mencetuskan perceraiannya dengan Maia. Gambar-gambar panas Ahmad Dhani juga sudah lama tersebar di Indonesia. Ahmad Dhani juga dikatakan pengamal fahaman Freemason dan pembela Yahudi. Baca di sini!

Lalu aku bertanya, layakkah Ahmad Dhani jadi pengetua AF9?

Passtt...!! Elok ambik Ariel Peterporn. Pasti AF9 lagi ngetop.. haha!

Kematian Beng Hock dibela, kematian Sosilawati macam mana?

Puak-puak mereka serah memo bela kematian Balasunderam. Tapi kematian Sosilawati dan tiga lelaki lain pakat buat-buat bodoh!
Najib hari ini umum barisan jawatankuasa suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Ia berikutan desakan ahli keluarga dan puak-puak DAP selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak dapat mengesahkan punca kematian setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ini.

Tahniah diucapkan kepada PM yang begitu prihatin terhadap nasib keluarga Beng Hock. Inilah pemimpin 1Malaysia. Cuma aku nak tanya di sini macam mana dengan kes kematian Datuk Sosilawati dan 3 yang lain yang dibunuh dan mayatnya dibakar manakala abunya dibuang ke sungai oleh sekumpulan lelaki itu? Apakah nasib keluarga mereka ini terbela?

Siapa yang sudi membela nasib anak-anak dan ahli keluarga mereka? Oklah Sosilawati seorang jutawan dan beliau meninggalkan harta bertimbun kepada anak-anaknya. Malah anak sulungnya, Rita kini sudah mula mengukir nama sebagai penerus empayar ibunya. Tetapi macam mana dengan nasib anak-anak dan keluarga Kamaruddin (peguam), Kamil Karim (pegawai bank) dan Noor Hisham (pemandu)? Tiada siapa peduli...!

Malah sehingga kini pelaku utama pembunuhan sadis dan tidak berperikemanusiaan itu masih belum didakwa. Siapa peduli?

Bayangkan seorang penjenayah seperti S. Kugan yang mati di dalam lokap, tetapi puak-puak mereka sanggup berdemonstrasi di jalanan membela nasib Kugan sedangkan seorang wanita dan tiga lelaki yang tidak bersalah dibunuh secara kejam oleh puak-puak mereka, mereka hanya berdiam diri. Kenapa mereka tidak berdemo dan berjuang menuntut keadilan atas kematian Sosilawati dan 3 lelaki ini? Sebabnya Sosilawati, Kamaruddin, Kamil dan Noor Hisham adalah Melayu!

Orang Melayu kalau tuntut pembelaan macam puak-puak mereka buat, akan dicop sebagai rasis. Menteri yang cakap soal Melayu dianggap rasis, surat khabar tulis pasal orang Melayu dikatakan rasis. Pokoknya apa yang berkaitan Melayu adalah rasis, pasal kaum lain tak apa. Malah, puak-puak mereka siap ugut, kalau nak undi mereka pada PRU-13 nanti jangan sampai rasis.

Sebab itu hati mereka kita perlu jaga betul-betul.... !!

SENARAI JAWATANKUASA SURUHANJAYA DIRAJA BAGI SIASATAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK

PENGERUSI:  Tan Sri James Foong Cheng Yuen (Hakim Mahkamah Persekutuan)

SETIAUSAHA: Datuk Saripuddin Kasim (Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA:
1. Datuk Abdul Kadir Sulaiman (Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
2. Datuk T. Selventhiranathan (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
3. Datuk Dr. Bhupinder Singh (Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang)
4. Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya)

PEGAWAI PENGENDALI:
1. Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I)
2. Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya)
3. Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya)

Ini macam amaran untuk Najib, Rosmah je?

Utusan Malaysia hari ini seolah-olah melemparkan amaran dan isyarat jelas kepada Najib dan Rosmah apabila menyiarkan laporan bertajuk "Angkara Leila, suami tersungkur" dalam ruangan Mega hari ini. Walaupun secuit perkataan pun tidak disebutkan mengenai Najib dan Rosmah tetapi kalau korang pandai baca apa yang tersirat, inilah yang dibimbangi oleh Utusan sebenarnya.

Kata-kata dimuka depan Mega itu ditulis: "Kegilaan Leila Trabelsi terhadap kemewahan dan kehidupan yang berlebih-lebihan membawa pada apabila ia mengundang kebencian rakyat Tunisia terhadap kepimpinan suaminya, Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Akibatnya Ben Ali bukan sahaja digulingkan, tetapi turut diusir dari Tunisia."

Nah itu dia. Walaupun peristiwa ini berlaku di Tunisia tetapi adalah tidak mustahil perkara sama boleh berlaku di negara ini andai kemarahan dan kebencian rakyat sudah sampai ke tahap maksimum. Malah sekarang ini pun suara-suara tidak senang dengan Rosmah yang semakin "lebih sudu dari kuah' semakin lantang kedengaran. Suara-suara itu bukan hanya datang dari pihak pembangkang, malah juga datang dari mereka yang pro-kerajaan, dari dalam UMNO malahan dari Pejabat PM sendiri.

Sekarang ini apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh Rosmah telah menjadi boomerang kepada Najib dan silap-silap haribulan boleh mencantas kepada suaminya sendiri. Tapi sayang dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukannya dan Najib pula sudah semakin tidak mampu mengawal isterinya.

Najib tolonglah. Lantiklah seseorang yang mampu mengawal segala tindakan dan ucapan Rosmah agar tidak menjadi "bahan lawak" untuk ditunjukkan kepada rakyat. Jika Rosmah benar-benar mahu seiring dengan Hillary Clinton, dia perlu pandai memilih kata-kata dan lebih peka mana yang perlu diucap di hadapan khalayak dan mana yang perlu dipendam.

Misalnya apa yang dia cuba jelaskan tentang lawatannya ke Oman. Tolonglah, tak perlulah nak cakap "minyak kapal terbang" pun pihak istana Oman yang tolong bayarkan. Seolah-olah nak tunjuk hebatnya Rosmah mengatasi Raja Permaisuri Agong. Niat dia mungkin baik, untuk menjelaskan bahawa lawatannya ke Oman tidak menggunakan wang rakyat, tetapi semakin dijelas orang akan semakin menyampah dan meluat.

Tertanya juga aku apa khabarnya Azrene Soraya Abdul Aziz (anak Rosmah dengan suami pertamanya) dan suaminya Dr. Fadzley Yaacob. Apa khabar anak-anak kecil mereka, sudah bertemukah dengan nenek mereka?

Jadi, sebelum bercakap soal kanak-kanak dan wanita sehingga ke pelosok dunia, selesailah dahulu masalah dalam keluarga sendiri. Jenguklah anak menantu dan timanglah cucu-cucu rindukan kehadiran neneknya. Selepas itu, bolehlah jaja satu dunia tentang kehebatan Permata dan Rosmah Mansor.

Bukan apa, aku takut sejarah yang berlaku terhadap Ben Ali atau Ferdinand Marcos berulang ke atas Najib Tun Razak....!! Wanauzubillah!

25 January 2011

Gagal di dewan, Khalid nak heret rakyat pula

Gagal meraih majoriti 2/3 dalam sidang tergempar DUN untuk pinda perlembagaan negeri, Khalid gagap kini merancang untuk mengheret rakyat pula dalam meraih simpati berhubung pelantikan tiga pegawai eksklusif pentadbiran negeri Selangor.

Khalid merancang untuk mengadakan road-show untuk memberi penerangan kepada rakyat berhubung perlunya pindaan perlembagaan tersebut. Buat apa? Bukankah itu hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit? Rakyat sebenarnya tidak pernah ambil peduli perihal pelantikan ketiga-tiga jawatan itu, atau apa yang terkandung dalam perlembagaan tersebut.

Rakyat Selangor hanya mahukan kerajaan negeri melaksanakan tugas mereka sebagai kerajaan dengan memberi perhatian kepada nasib rakyat negara itu. Rakyat Selangor hanya mahu negeri itu terus aman makmur dengan ekonomi berkembang lebih pesat agar tiada rakyat yang menganggur, jumlah orang miskin berkurangan atau dihapuskan dan yang penting semua rakyat dapat makan, tempat tinggal dan sekolah yang selesa.

Peduli apa siapa yang nak jadi SUK negeri, peduli apa rakyat. Apa yang penting nasib mereka terbela bukannya bertambah parah. Pembangkang telah diberi mandat oleh rakyat Selangor untuk menjadi kerajaan di negeri itu agar mereka boleh menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, dan bukannya hanya sekadar berpolitik sepanjang masa, siang dan malam.

Jadi buat apa Khalid nak heret sama rakyat dalam kancah politik beliau. Apa yang rakyat peroleh andai perlembagaan negeri itu diluluskan untuk dipinda. Apakah dengan pindaan tersebut rakyat semakin senang lenang? Apakah apabila SUK dilantik oleh MB, maka rakyat akan tidur dalam kekenyangan? Belum tentu. Jadi buat apa kami sebagai rakyat Selangor perlu diseret sama dalam polemik pentadbiran kerajaan negeri?

Andai Khalid seorang MB yang hebat, jauh lebih hebat daripada Khir Toyo, Abu Hassan Omar, Mohd Taib atau mana-mana MB UMNO, Khalid tidak perlu mengheret sama rakyat yang tidak tahu apa-apa tentang ilmu mentadbir negeri dalam hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Tidak... tidak perlu.

Jadi Khalid, eloklah kau duduk di pejabat MB, selesaikan banyak masalah rakyat Selangor yang belum diselesaikan. Isu tanah, isu penjaja dan peniaga kecil, perihal setinggan dan 1,001 masalah lagi yang masih membelengu rakyat negeri ini yang memerlukan perhatian dan penyelesaian segera oleh MB dan barisan Exconya.

Tolonglah... Sudah-sudahlah buang masa dengan berpolitik. Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai MB Selangor. Rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik anda sejak hari pertama mentadbir negeri ini hampir tiga tahun lalu.

24 January 2011

Dah tau tak berjaya, tapi tetap nak buat sidang DUN tergempar!

Usaha kerajaan Selangor nak pinda Undang-undang Tubuh Negeri itu tidak berjaya apabila mereka gagal untuk memperoleh sokongan majoriti 2/3 berikutan penolakan oleh 20 ADUN BN walaupun mendapat sokongan semua ADUN pakatan haram.

Sebenarnya ketidakmampuan Khalid nak pinda undang-undang ini sudah diketahui dari awal apabila secara congak sahaja sudah nampak bahawa usaha tersebut tidak akan berjaya melainkan mendapat sokongan seorang dua dari ADUN BN (pembangkang) yang sudah semestinya itu mustahil diperoleh. Lalu kenapa Khalid tetap berdegil nak buat Sidang DUN tergempar ini?

Jawapannya mudah sahaja. Khalid dan puak-puak PKR, DAP dan Pas Selangor akan menyalahkan BN atas kegagalan untuk memindah undang-undang tersebut. Mereka akan kata BN menderhakai Sultan Selangor kerana menolak cadangan pindaan perlembagaan negeri itu yang kononnya untuk mengembalikan kuasa sultan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

Inilah modal yang akan digunakan oleh puak-puak mereka di Tenang dan Merlimau nanti walaupun kes ini berlaku di negeri Selangor. Ia merupakan modal baru bagi mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat sedangkan semua tahu dalam pelantikan SUK, kerajaan Pusat tidak pernah membelakangkan sultan sebaliknya memberi kuasa penuh kepada baginda untuk memilih calon yang terbaik. Sebaliknya Khalid yang merasakan beliau "tidak berkuasa" dalam melantik SUK dan tiga pegawai tertinggi lain.

Lalu tidak timbul masalah derhaka atau sebaliknya, tetapi yang jelas Khalid sengaja mahu mempolitikkan pelantikan SUK Selangor dan cuba menggunakan kuasa Sidang DUN untuk memberikan kuasa tambahan kepada MB walaupun sedar ia adalah usaha sia-sia.

Aku percaya selepas ini Khalid akan mengajak rakyat supaya mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah penolakan ADUN BN memindah perlembagaan berkaitan dan kalau perlu menyerahkan memo mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

Haha... Tololnya ko Khalid!!!

Ibrahim Abu Shah calon BN di PRK Merlimau?

Mr Potatoes anak jati Merlimau
Nama beliau sudah disebut-sebut untuk diletakkan sebagai calon sejak PRU-12 lagi. Selain mempunyai nama besar dalam bidang akademik TS Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah juga cukup dikenali sebagai anak jati Merlimau dan telah membawa puluhan ribu mahasiswa UiTM di negeri itu sepanjang beliau menjawat Naib Canselor universiti Melayu itu. 

Mana ada jumlah mahasiswa UiTM paling ramai di negara ini (selain kampus induk di Shah Alam) melainkan di Melaka. Selain di kampus Lendu, UiTM juga mempunyai dua Kampus Kota di tengah-tengah bandar Melaka. Ini semua adalah jasa Ibrahim Abu Shah atau aku gelar dia sebagai "Mister Potatoes".

Justeru, sejak PRU-12 lagi Ali Rustam begitu berminat untuk membawa Ibrahim ke kancah politik dengan meletakkan beliau sebagai calon di mana-mana kerusi di dalam Parlimen Jasin. Namun bagaimanapun, entah di mana pada hari pengumuman nama calon, nama Ibrahim tiada dalam senarai.

Dan kini ketika bakal berlangsung PRK Merlimau ekoran kematian Datuk Hidhir baru-baru ini, nama Ibrahim kembali disebut-sebut untuk diletakkan di Merlimau nanti. Di tambah pula kedudukan Ibrahim yang kini bebas dan tidak lagi terikat sebagai VC UiTM mengukuhkan lagi harapan Ali Rustam untuk menarik beliau menjadi wakil rakyat Merlimau dan Exco Kerajaan Negeri yang baru.

Bagaimanapun, hasrat Ali Rustam itu perlu mendapat persetujuan daripada Ibrahim sendiri dan juga memperoleh lampu hijau dari Presiden UMNO. Persoalannya, sudikah Ibrahim Abu Shah menjadi waki rakyat kampung di Merlimau sedangkan beliau sudah mempunyai nama besar selaku Naib Canselor universiti tersohor dan bergelar Tan Sri?

Namun jika Ibrahim sedia menanggalkan bush-jaketnya dan sanggup menyinsing lengan baju untuk berbakti kepada rakyat, aku percaya Ibrahim Abu Shah bakal dipilih sebagai calon BN di Merlimau nanti.

Selain "Mister Potatoes", nama lain yang bakal dipertimbangkan oleh Ali Rustam ialah bekas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusoff. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Jasin. Sebagai orang berpengalaman dalam dunia politik, mempunyai pengaruh tersendiri di peringkat akar umbi, Mohd. Said juga mempunyai kelayakan untuk bertanding di Merlimau.

Nama-nama lain? Setakat ini aku masih belum nampak mereka yang benar-benar layak termasuk dari pihak Wanita, Pemuda mahupun Puteri UMNO.

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya....

23 January 2011

Dari Tenang ke Merlimau sebelum ke Pelabuhan Klang?

Semalam baru saja proses penamaan calon bagi PRK DUN Tenang. Ia menyaksikan bertembungan satu lawan satu antara Azhar Ibrahim, anak bekas wakil rakyat Tenang menentang Normala Sudirman, bekas guru sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Dari segi populariti calon di kalangan pengundi di Tenang, Azhar jauh meninggalkan Cikgu Mala sebab Azhar sebelum ini bertugas sebagai ADO bagi daerah kecil Rengit dan sudah tentu banyak hal-hal berkaitan penduduk kampung di Tenang telah dibantu beliau, terutama melibatkan tanah. Manakala Cikgu Mala pula mengajar di Segamat, jauh dari kawasan Tenang.

Pun begitu,  BN jangan pula begitu selesa dengan kekuatan calonnya manakala pada masa yang sama jangan memandang remeh dengan Cikgu Mala sebab jika salah perhitungan apa sahaja boleh berlaku.

Dalam duk sibuk dengan PRK Tenang di Johor, sudah tentunya ramai yang terkejut dengan kematian ADUN Merlimau, Datuk Hidhir. Ah... nampaknya satu lagi PRK akan dilangsungkan dalam masa terdekat. 

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, Ali Rustam kata UMNO ramai calon popular dan berwibawa untuk diletakkan di Merlimau. Tapi aku jangkakan nama yang satu ini.... Nak tahu siapa yang aku maksudkan? Baca ulasan aku esok!

[Siapa bakal calon BN pada PRK DUN Merlimau? Jangan lupa ulasan aku esok...]

Sejak PRU-12 lalu, dah lebih 12 kali pilihan raya kecil di langsungkan di seluruh negara. Ada kes-kes disebabkan kematian wakil rakyat dan ada juga disebabkan peletakan jawatan. Aku rasa negara telah mencipta sejarah baru sejak merdeka apabila terpaksa mengadakan PRK sehingga lebih 10 kali dalam tempoh tak sampai separuh penggal.

Dalam pada itu, PRK juga kemungkinan berlaku di Pelabuhan Klang apabila penyandangnya, Datuk Bad (dulu PKR kini Bebas) telah dipecat kerana dikatakan tidak menghadiri Sidang DUN selama 6 bulan. Bagaimanapun, kes ini masih lagi tergantung sebab ia dibawa ke mahkamah.

Nampaknya macam kes Kota Seputeh, Kedah apabila wakil rakyat BN yang dipecat oleh Speaker DUN kerana tak hadiri sidang DUN tiga kali berturut-turut. Tapi kes ini masih jadi kes mahkamah dan sehingga kini statusnya tidak diketahui.

Itulah rentetan PRK yang sedang dan akan berlangsung di negara ini. Aku percaya penggal ini merupakan penggal paling sibuk bagi SPR kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air, berlangsung lebih 12 PRK dalam tempoh 2 1/2 tahun.

Sabar la SPR!

19 January 2011

Muhyiddin, calon dan cikgu....

Petang nanti Muhyiddin akan mengumumkan calon BN bagi PR Tenang. di pekarangan Pejabat UMNO Bahagian Labis, jam 4 petang.

Menariknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran akan umum calon yang bakal menentang bekas kakitangan di bawah kementeriannya Normala Sudirman atau lebih dikenali Cikgu Mala yang mewakili Pas.

Inilah dunia politik, apa sahaja boleh berlaku. Banyak sebenarnya kes-kes yang lebih menarik dari kisah Menteri Pelajaran dan bekas kakitangan kementerian itu.  Pertembungan adik-beradik, bapak-anak, rakan sahabat dan bos dengan bawahannya sering berlaku.

Menarik bukan? Siapa boleh beri contoh yang aku katakan itu, silakan!

17 January 2011

Cikgu Mala jadi calon Pas... Terima kasih Muhyiddin!

Betullah ramalan beberapa blogger yang Normala Sudirman (Cikgu Mala) akan diletakkan oleh Pas sebagai calonnya pada PRK DUN Tenang.  Aku kata diletakkan sebagai calon, belum disahkan sebagai calon lagi sebab penamaan calon 22 haribulan nanti.

Ops...! Tapi kenapa Cikgu Mala dah turun padang berkempen yek? Silap-silap masa penamaan calon, tiba-tiba pencalonan ditolak macam mana? Tak ke malu?? hehehehe....  Tak apalah. Itu urusan SPR nak ambil tindakan atau tidak terhadap Pas dan Cikgu Mala sebab berkempen sebelum tiba masanya. 

Cikgu Mala adalah ribuan guru yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran tetapi "menentang" kerajaan dengan memberi sokongan kepada pihak pembangkang. Selama ini mereka bergiat secara diam-diam kerana takut diambil tindakan. Biasanya mereka akan menyelitkan ideologi politik mereka dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) atau ketika mengajar. Jadi yang jadi mangsa ialah murid dan pelajar yang "tak tahu apa-apa" pasal politik.

Masa aku sekolah dulu ada beberapa guru aku yang bersikap sedemikian ketika mengajar yang menampakkan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. Tapi itu dulu. Sekarang guru-guru secara rasmi sudah dibenarkan berpolitik. Jadi jangan hairan kalau guru-guru terbabit menggunakan kelas-kelas tempat mereka mengajar sebagai ruang untuk meluahkan kemarahan kepada pembangkang dan murid-murid mereka sebagai pendengar.

Jadi, Cikgu Mala adalah salah satu guru yang menyahut seruan Kementerian Pelajaran apabila mereka dibenarkan berpolitik dengan menjadi calon pada PRK Tenang. Aku percaya apabila tiba PRK-13 kelak, akan ada beberapa (kalau tidak berpuluh) calon-calon pembangkang dari kalangan guru.

Kepada cikgu-cikgu lain yang hebat sangat bercakap konon dialah paling pandai macam mana nak perintah negara korang contohilah Cikgu Mala. Ambil calon. Kalau menang dan dah jadi wakil rakyat atau menteri sekali pun, aku nak tengok sejauh mana kehebatan korang jadi wakil rakyat!

Ops.. jangan sebelum jadi wakil rakyat duk berceramah dan berkempen hentam kerajaan, dah jadi wakil rakyat pun masih duk berceramah dan berkempen. Satu apa pun tak buat nak bantu rakyat! Perut rakyat nak kena isi dan perut-perut ini tidak akan kenyang hanya dengar ceramah kalian!

12 January 2011

Khir Toyo serah balik pingat gelaran Datuk Seri...

Bekas Ketua Pembangkang Selangor, Dr. Khir Toyo menyerahkan semula pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri sebab beliau sedang menghadapi dakwaan rasuah. Baca sepenuhnya di sini!

Tapi Anwar Ibrahim walaupun dah masuk penjara bertahun-tahun dan kini sedang bergelut pula dengan perbicaraan kes liwat kedua masih lagi duk simpan pingat dan masih lagi duk seronok pakai gelar Datuk Seri. Eeee... Malunya!

Tahniah buat Khir Toyo. Aku cadang mana-mana sama ada mereka bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Datin yang berhadapan dengan kes-kes jenayah patut contohi Khir Toyo. Jangan sampai keluar arahan dari istana supaya gelar mereka ditarik balik.

Pssstt...!! Sat lagi puak-puak mereka akan tabur fitnah konon Sultan Selangor tarik balik gelar DS dari Khir Toyo dan bukannya serah secara suka rela. Biasalah kaki putar alam....!!!

Beri peluang Safee Sali mencuba nasib di tanah seberang....

Ramai yang tidak setuju dengan hasrat bintang Piala AFF Suzuki, Safee Sali untuk berhijrah ke Liga Super Indonesia (Huu... Indonesia maling Liga Super Malaysia ya?). Pelbagai alasan yang diberikan termasuk khabarnya ancaman-ancaman yang bakal diterimanya dan ada yang meletakkan Liga Super Indonesia "low class".

Tapi kalau tanya aku, aku kata pergilah Safee. Pergilah. Cubalah nasib anda di tanah seberang sana. Carilah rumput yang lebih hijau siapa tahu apabila pulang nanti anda membawa sarat pengalaman dan kemahiran  yang akhirnya memberi keuntungan bukan sahaja kepada anda tetapi juga Malaysia.

Anggap sahaja pemergiaan Safee ke Persib Bandung sebagai peluang untuknya menuntut ilmu. Ilmu sepak bola. Benar di sana cabarannya lebih besar bukan sahaja kerana mempunyai kelab yang jauh lebih banyak, dengan jadual perlawanan yang lebih padat, tetapi juga cabaran-cabaran lain termasuk mutu padang dan stadium serta penyokong-penyokong yang sangat fanatik. Tetapi cabaran-cabaran itulah yang akan lebih mematangkan Safee dalam mengharungi karier bola sepaknya terutama di peringkat antarabangsa.

Lagipun menuntut ilmu adalah dituntut biar di mana sekalipun.
Aku percaya kehadiran Safee akan diterima baik oleh penyokong Persib Bandung dan seluruh rakyat Indonesia biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemain kita dan rakyat Malaysia sebelum ini.

Tetapi pada masa yang sama Selangor jangan pula berpatah arang dengan Safee hasil keputusannya untuk berhijrah.  Lepaskanlah Safee dengan rela hati tetapi jangan pula ditutup rapat pintunya. Siapa tahu Safee ingin kembali ke pangkuan Selangor selepas ini.  Jadi, janganlah didendam dengan Safee hanya kerana dia mahu mencari padang rumput yang lebih hijau.

Untuk itu, aku ucapkan selamat berangkat dan selamat berjuang. Jagalah nama baik negara baik ketika di dalam padang lebih-lebih lagi di luar padang. Di sini banyak jalan yang berlubang-lubang tetapi di sana banyak lubang berjalan. Jadi awaslah!!

11 January 2011

Punca AirAsia terbabas di LTAK... haha!

AirAsia - Now Everyone Can Cry?
Hehe... Just joking-lah.... Jangan marah Datuk Seri!

Sampai mati diorang tak ngaku buat!

Raja zalim raja disanggah. Lepas menang PRU semua pakat angkat sumpah depan raja... Kenapa tak sanggah?
Ni ke kepala penderhaka negeri Selangor?
Agak-agak diorang mengaku tak buat dan gantung kain rentang ini? Potong kuku hitam aku yakin diorang tak akan mengaku. Pasti diorang akan salahkan orang lain khususnya UMNO yang buat perkara-perkara macam ni  konon nak burukkan puak-puak mereka.

Kekekeke... Siapa yang mengaku berak tengah jalan oooiii....

Tetiba teringat kes pasang kain rentang yang hampir sama di Johor dulu. Baca balik kat sini dan sini. Mula-mula tak mengaku tapi lepas terkantoi terus diam tak berkutik. Apa hasil siasatan polis selepas puak-puak mereka buat report dakwa mereka kena aniaya dulu ye?

Nafilah yeop ... nafilah! Allah lihat apa korang buat!!

MTB: Respek kat puak-puak Al-Qaeda. Lepas letup sana letup sini mereka mengaku bertanggungjawab. Perghhh... Inilah baru nama pejuang sebenar. Bukan macam puak-puak ni dah sendiri buat pun sampai mati tak nak mengaku. Lepas tu ajak rakyat berjuang......... kakakaka...!!!

Murugiah perlu minta maaf dan letak jawatan!!!

Muka depan Utusan Malaysia 11.1.11
Nah, penjelasan dari Datuk Abdullah Hussain menceritakan segalanya dalam Utusan hari ini. Jadi siapa hina siapa sebenarnya?

Justeru, aku mendesak Murugiah memohon maaf kepada Abdullah Hussain dan seluruh rakyat Malaysia dan beliau hendaklah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana:

1)  Menghina Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain berhubung kandungan novel Interlok yang didakwa menghina kaum India, sedangkan beliau sendiri (aku yakin dan percaya) tidak membaca keseluruhan teks tersebut.

2) Menghina dan memperkecilkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran apabila beliau membuat keputusan sendiri "menarik balik" Interlok sebagai buku teks pengajaran & pembelajaran Komsas di sekolah.

3) Secara tidak langsung mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang kaum India terhadap penulis Interlok sehinggakan ada yang berdemonstrasi dan membakar novel tersebut serta potret penulisnya.

4) Cuba menggugat hubungan antara kaum dengan membangkitkan kemarahan kaum India terhadap penulis, yang juga seorang Melayu. Jika dibiarkan ia boleh mencetuskan rusuhan antara kaum dan mengulangi peristiwa Kampung Medan atau 13 Mei.

Aku harap Najib selaku PM dan ketua kepada Murugiah perlu mengambil tindakan ke atas timbalannya. Murugiah perlu di-DI dan dimintalepaskan jawatan.

Ramai lagi Ahli Parlimen India (BN) lain yang layak menggantikan Murugiah. Kamalanathan misalnya!

10 January 2011

Pasca AJL: Siapa persoal kemenangan Ana Raffali?

AJL-mania melanda negara malam tadi. Keadaan sekitar dari Lembah Klang sehinggalah ke ceruk-ceruk kampung dan tanah rancangan sunyi sepi. Masing-masing terpacak di depan TV untuk saksikan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25. Khabarnya konsert Jamal Abdillah kat Istana Budaya pun kena tempias AJL apabila banyak kerusi kosong. Nasib baik bukan malam pertama konsert.

Aku dengar-dengar ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Tapi jangkaan aku lagu Ajai - Noktah Cinta - nyanyian Hafiz tepat. Bila aku dengar Hafiz nyanyi lagu tu secara live aku kata wah lagu ni boleh dapat nombor tiga (nombor tiga ya. Aku tak kata no. 1 atau 2 tau!) Tup-tup betul! Haha... Sekarang ni aku macam jadi bomoh ramal pulak. Asyik betul je ramalan aku! (Perasan!!).

Balik kepada juara AJL kali ini, ramai yang kata lagu tu tak best, mendatar je nadanya. Tak ada aura. Tak macam lagu Faizal Tahir - Hanyut atau Selamat Malam atau lagu Yuna. Itu pandangan merekalah. Tapi bagi aku, aku tengok trend pemilihan juara AJL sebenarnya bukan bergantung kepada persembahan atau populariti penyanyi. Betul lagu-lagu Faizal Tahir sedap tetap bukan itu yang TV3 cari.

Kalau tengok trend sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terakhir, juara AJL adalah untuk lagu-lagu yang ada "kelainan" atau faktor-X yang boleh membantu mengembangkan industri muzik tanah air. Lihat saja kemenangan Meet Uncle Husin, Aizat, Faizal Tahir dan lain-lain (aku tak ingat) tapi semuanya ada sebab musabab yang kukuh.

Dan kekuatan Ana Raffali pada lagu ini ialah kerana Tolong Ingatkan Aku hasil ciptaannya sendiri baik lirik mahupun lagu. Dan harus diingat Ana merupakan penyanyi yang dicungkil dari You Tube dan bukannya dari pesta nyanyian atau program realiti.

Aku nak tanya, siapa penyanyi muda, perempuan lagi kat Malaysia sekarang ini yang berpendidikan tinggi (Ana student TESL), boleh main muzik, boleh cipta lagu dan lirik, bersuara lunak dan berpakaian sopan-santun ketika menyanyi? Okey betul Yuna. Tapi lagu Yuna pada malam tadi aku nampak tak ada kekuatan lebih-lebih lagi persembahannya kaku lantaran terlekat di atas kerusi dan keyboard.

Persembahan Faizal Tahir memang hebat dan meletup tetapi lagu-lagunya sudah menjadi kebiasaan kerana itulah konsep lagu-lagu Faizal dari awal pembabitannya secara solo. Betul lagu-lagunya ada kelainan tetapi harus diingat Faizal sudah menerima gelaran AJL sebelum ini berlandaskan konsep lagu yang hampir sama.

Begitu juga dengan Yuna, pun sudah diiktiraf selepas menjadi naib juara AJL tahun lalu. Tapi kemenangan Meet Uncle Hussein + Black tu. Apakah kerana lagu Drama King yang konon-konon dikaitkan dengan karakter Anwar Ibrahim maka lagu ini diangat sebagai naib juara? Hahaha... Kena tanya CIFU M. Nasir selaku Ketua Juri.

Apa pun tahniah kepada Ana Raffali atas kemenangan malam tadi. Ingat dah menang tu jangan sombong pulak. Kau tu masih muda, masih mentah dalam industri muzik. Jadikan kejayaan di AJL sebagai permulaan untuk melangkah lebih jauh dan yang penting kekalkan identiti Ana Raffali yang ada sekarang.

08 January 2011

Betullah apa Abdullah Hussain gelar dalam Interlok! Mereka memang *****

Interlok dibakar di Klang

08/01/2011 6:16pm


KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 orang penduduk berketurunan India berdemonstrasi dan membakar novel Interlok di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini petang ini.
Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.
Kumpulan itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran sastera tingkatan lima di sekolah. - Utusan
Bodohnya puak-puak ini. Pasal satu dua istilah "paria" dalam novel ini mereka sanggup berdemo dan bakar novel Abdullah Hussain berkenaan. Apakah kaum mereka ini sekarang jenis yang tak boleh disentuh (untouchable) sampaikan sebuah karya sastera macam Interlok pun nak diambil hati. Gedebe sungguh puak-puak ini sekarang. Itu Karam Singh gelar macam-macam kat orang Melayu apa cerita? Tak pulak berdemo suruh TV3 pecat wartawan ni?

Sepatutnya mereka melihat Interlok dari skop yang luas, di luar kotak dan bukannya melihatnya satu penghinaan kepada kaum mereka semata-mata apa ada perkataan "paria". Harus diingat Interlok juga boleh dianggap menghina kaum Melayu sebab gelar Melayu pemalas dan lain-lain gelaran tetapi kita orang Melayu lebih terbuka dan menerimanya sebagai satu kritikan membina. Lagi pun itulah kenyataannya.

Okeylah kalau puak-puak yang berdemo ini jenis tak sekolah tinggi maka fikiran mereka pun jadi kolot dan tertutup. Kita boleh maafkan. Tapi pak menteri yang bangkitkan hal ini pun sama macam orang tak sekolah.

Dei... tambi! Ini sebuah karya sasteralah, karya yang lahir dari kreativiti dan imajinasi pengkarya dan bukannya buku sejarah yang bersumberkan fakta. Novel adalah salah satu genre dalam karya sastera moden selain puisi, cerpen dan drama. Lagi pun dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, pelajar akan diajar untuk melihat nilai-nilai murni dan nilai tak murni dalam novel itu. Dari situ pelajar akan tahu apa yang baik dan tidak baik di kalangan kaum mereka sendiri.

Bukankah itu tujuannya dan bukannya novel ini dihasilkan semata-mata nak menghina mana-mana kaum. Aku harap pak menteri yang bangkit isu ini dan kalau boleh semua kaum India di Malaysia ini bacalah novel ini secara keseluruhannya. Bukannya terus saja nak marah bila dengar cakap orang. Masalahnya orang yang cakap tu pun tak baca novel ini. Mereka cuma dapat aduan dari orang ramai dan orang ramai itu siapa?

Aku harap Muhyiddin  pertahankan Interlok dan jangan main dengar cakap pak menteri yang fikirannya macam telur separuh masak. Dan kalau boleh Muhyiddin panggil pak menteri itu dan tanya dia betul-betul sama ada dia sudah baca novel itu secara keseluruhannya atau belum. Kalau belum, elok suruh pak menteri itu masuk sekolah balik dan masuk kelas Komsas. Biar cikgu-cikgu sekolahkan dia balik!

Cit!! Ini macam worang pun boleh jadi menteri ka?

MTB: Teringat masa kecik-kecik ada lagu macam ni.... "Ling ling ling basikal langgar rok (semak), mu kata aku Keling mu Cina tak basuh berak!" . Siapa tahu lagu kanak-kanak ini?

Rais sah difitnah, ADUN Selising macam mana yek?

Pengakuan "mangsa rogol", Robengah telah menjawab segala fitnah yang dilemparkan kepada Rais Yatim. Baca laporan Detik.com (bukan Utusan tau!) di bawah....
Jumat, 07/01/2011 16:47 WIB
Robingah Sebut Menteri Rais Yatim Orang Baik 

Arbi Anugrah - detikNews


Banjarnegara - Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) menyebut TKI Robingah (46) tidak diperkosa Menteri Malaysia, Rais Yatim. Robingah mengatakan mantan majikannya baik hati dan tidak ada masalah dengan dirinya. Hal ini jelas membantah keterangan Migrant Care dan media Malaysia.

Robingah menceritakan kisahnya kepada wartawan di rumahnya di RT 03 RW 02 Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumat (7/1/2011). Dia membantah pemberitaan di Malaysia.

"Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi uang serta oleh-oleh dari beliau," jelasnya.

Robingah mengatakan dia menjadi pembantu Rais Yatim selama delapan tahun, pada 1999-2007. Dia biasa mendapat cuti untuk pulang ke Banjarnegara selama 1,5 bulan/tahun. Dia bekerja bersama 3 pembantu lain dari Indonesia.

"Biasanya kami sering bagi-bagi tugas. Saya bertugas sebagai pengantar makanan jika ada jamuan di rumah Datuk. Selain itu juga bisa membukakan pintu gerbang bila Datuk baru pulang dari berpergian." ungkapnya.

Robingah menjelaskan, jika Datuk itu jahat dan berperilaku kasar terhadap pembantu, tentu dia tidak akan betah bekerja selama itu di rumahnya. Seluruh keluarga Datuk pun memperlakukan para pembantu dengan baik.

"Jadi jika ada pemberitaan yang menyatakan bahwa saya pernah diperkosa Datuk, itu sama sekali tidak benar," katanya.

Suami Robingah, Sukirman (52), yang turut mendampingi mengaku terkejut saat mendengar berita yeng menyebutkan bahwa bekas majikan istrinya dikabarkan telah memperkosa pembantunya. Apalagi sang korban adalah istrinya.

"Selama bekerja di Malaysia istri saya tidak pernah mengeluh mendapat perlakuan yang tidak baik dari majikannya," jelasnya. - Detik.com

Okey, aku rasa isu Rais rogol pembantu rumahnya selesai. Tetapi bagaimana dengan fitnah khalwat ADUN Selising dengan isteri orang dalam koc keretapi ekpress tu? Bila ADUN terbabit nak bawa bukti yang boleh membersihkan namanya?

Nik Aziz kata itu cerita lama 10 tahun lalu yang tersebar di kalangan orang Pas di Kelantan tetapi orang UMNO baru dapat cerita ini dan tersebar akhir tahun lalu. Tapi aku rasa tak kisahlah bila kesnya, kalau ADUN Selising benar-benar tidak melakukan  perkara keji itu, tampillah dengan membawa bukti. Kalau perlu si isteri orang terbabit tampil buat pengakuan bahawa mereka tidak terlibat dengan sebarang hubungan apatah lagi penzinaan.

Ayuh... Jangan kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih!!

07 January 2011

Kalaulah Karam Singh tu Melayu...

Kalaulah Karam Singh  itu orang Melayu dan yang dihina itu orang India, dah tentu demonstrasi besar-besaran puak2 Hindraf telah dibuat di hadapan Sri Pentas TV3 tuntut dia dipecat dengan kadar segera atau desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja bagi siasat Karam Singh.

Tapi nasib baiklah Karam Singh adalah seorang Benggali dan apa sahaja yang dihemburkan kepada Melayu lenyap begitu sahaja. Tiada sebarang tindakan kedengaran malah puak-puak Hindraf pun tak ambil pusing. Wajah berjambang dengan pantun tak berirama Karam Singh masih boleh dilihat di kaca TV3 setiap hari.

Dosa Karam Singh yang menghina orang Melayu telah selesai hanya dengan permohonan maaf beliau. Itu pun kerana dia hampir dibelasah sekumpulan orang Melayu yang mendengar caci makinya terhadap bangsa Melayu. Kalau tidak aku pasti Karam Singh masih tidak mengaku salah atau paling tidak disalahkan Utusan sebab sengaja cetuskan berita berbaur rasis!

Itulah baiknya orang Melayu. Apabila ada kaum lain yang berani menghina bangsanya, mereka cepat melupakannya dengan hanya memohon maaf. Tapi bayangkanlah kalau orang Melayu mengeluarkan kata sinis (bukan hina tapi sinis) terhadap puak-puak mereka, satu negara boleh kecoh dan pemimpin mereka baik pembangkang mahupun kerajaan hampir setiap hari desak kerajaan ambil tindakan. Lihatlah nasib dua pengetua Melayu yang KONON menghina kaum bukan Melayu.

Lihatlah nasib novel Interlok yang hanya kerana ada beberapa perkataan yang mengecilkan kaum mereka, mereka buat desakan supaya ditarik balik daripada menjadi teks Komsas. Dan kini isu Teoh Beng Hock, walaupun Mahkamah Koroner telah selesai bersidang dan telah membuat keputusan, mereka masih terus mendesak diwujudkan pula Suruhanjaya Diraja.

Sebab apa? Sebab ia melibatkan kaum mereka sedangkan apabila orang Melayu menuntut sedikit hak mereka dilabelkan sebagai rasis. Utusan Malaysia terbitan Utusan MELAYU (M) Berhad yang membawa inspirasi kaum Melayu dicop rasis, UMNO - Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu dianggap parti rasis. Tapi Malaysian Chinese Association atau Malaysian Indian Congres tak pula dilabel parti rasis.

Apakah puak-puak mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah MELAYU sebab ia kereta api rasis? Apakah mereka tidak akan bercakap MELAYU sebab ia rasis? Akan berlaku....

Kepada Karam Singh, bersyukurlah kerana anda bukan Melayu dan kepada puak-puak yang menghina Melayu, berilah alasan bahawa ketika penghinaan itu dibuat anda sedang mabuk. Nescaya anda selamat!

06 January 2011

Berani ke Khalid menderhaka?

"Beta tidak mahu isu pelantikan SUK ini diperbesar, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbul kekeliruan di kalangan rakyat. Beta berkenan menitahkan  seluruh pegawai kerajaan di negeri Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar dan sempurna." -  Sultan Sharafuddin Idris Shah 
Jadi apakah Khalid Ibrahim akan meneruskan usaha memanggil sidang DUN tergempar untuk membuat pindaan undang-undang tubuh negeri itu yang antara intipati pindaan itu ialah untuk memberikan kuasa penuh kepada Menteri Besar dalam banyak hal?

Kalau hasrat itu diteruskan, ini bermakna Khalid telah menderhakai titah baginda Sultan Selangor dan tidak layak untuk menduduki kerusi MB. Khalid perlu ingat pelantikan beliau sebagai MB selepas PRU-12 dahulu juga atas perkenan baginda sultan dan jika baginda tidak perkenan sudah pasti beliau tidak akan menjadi MB. Itulah yang berlaku di Terengganu apabila sultan tidak perkenan dengan nama MB yang dicadangkan.

Berdasarkan titah baginda Sultan Selangor, mahu tidak mahu Khalid perlu akur dan menerima pelantikan Khusrin sebagai SUK negeri itu dan seluruh barisan Exco dan penjawat awam negeri Selangor perlu akur dan memberikan kerjasama terhadap Khusrin.

Harus diingat jawatan SUK bukan jawatan politik. Ia adalah jawatan pentadbir. Khalid dan puak-puak yang menentang pelantikan Khusrin perlu faham dan dapat dibezakan antara kerajaan yang dibentuk menerusi pilihan raya manakala pentadbir adalah penjawat awam yang dilantik. Ini bermakna kalau kerajaan berganti sekali pun, SUK sebagai pentadbir tetap menjalankan tugasnya mentadbir negeri.

Khalid tak perlu tengok SUK, tetapi lihat sahaja kakitangan di pejabat Menteri Besar baik para pegawai mahupun kerani dan pion. Siapa sahaja menjadi Menteri Besar, mereka akan menjalankan tugas mereka dan patuh kepada ketuanya. Inilah profesionalisme kakitangan awam kita.

Ops.. jangan tengok para setiausaha baik SUP, SUA atau macam-macam SU lagi. Mereka dilantik oleh MB. Jadi kedudukan mereka bergantung kepada MB. Jatuh MB maka jatuhlah mereka. Sebab itu Setiausaha Politik Khalid sekarang terlebih expose semata-mata nak pertahankan Khalid sebab dia tahu kalau pakatan mereka kalah pada PRU-13 nanti, maka hilanglah kedudukannya.

Itulah bezanya kerajaan dan pentadbir awam dan benarlah titah baginda Sultan Selangor bahawa adalah sangat tidak wajar untuk mempolitikkan pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor. Bahkan kemelut ini perlu menjadi iktibar kepada kerajaan negeri lain, khususnya di bawah pembangkang - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Psstt... Nampak sangat Khalid ni gila kuasa (atau memang tolol). Selepas nak kuasa lantik SUK, agaknya lepas ni dia pun nak diberi kuasa melantik pengarah-pengarah jabatan. Silap-silap jabatan di bawah Persekutuan pun dia nak lantik.

05 January 2011

Laaa... Penolakan Khusrin kerana prosedur pelantikan sahaja ke?

Selepas dihenyak oleh pihak istana, Khalid Ibrahim akhirnya mengaku bukan soal kewibawaan Khusrin yang menyebabkan kerajaan negeri menolaknya sebagai SUK Selangor tetapi kerana prosedur perlantikan yang konon tidak mengikut konvensional.

Baik, aku nak tanya Khalid apakah pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri dengan memberi gaji RM1 tetapi melanyak pelbagai elaun lain termasuk urusan ke luar negara yang bukan berkaitan kerajaan Selangor sebagai mengikut prosedur konvensional negeri itu?

Apakah pelantikan Setiausaha Politik MB yang kemudian mempunyai kuasa sebagai jurucakap kerajaan negeri dalam pelbagai isu walaupun kadang-kala kenyataan beliau menampakkan ketidak-cerdikan itu juga sebagai satu pelantikan konvensional dan mengikut prosedur?

Usahlah berdolak-dalik Khalid oooiihh... Memang orang semua tahu kenapa kalian tidak menyetujui pelantikan Khusrin sebagai SUK walaupun ia sudah diperkenankan oleh Sultan iaitu sebab korang mahu mempolitikkan isu pelantikan itu. Maklum, dah habis isu dah kat Selangor dah dicaras korang sengaja mahu menonjolkan KONON ketidak-adilan kerajaan Persekutuan (BN) dalam pelantikan SUK negeri.

Korang sengaja mahu menonjolkan konon kerajaan Selangor dianiaya oleh kerajaan Persekutuan termasuk dalam pelantikan SUK dan kemudian apabila sultan sendiri bersuara, maka korang cubalah cari orang untuk dipersalahkan. Inilah manusia-manusia dalam PKR yang diketuai oleh kepala bapak pembohong negara.

Aku yakin Khalid akan terhegeh-hegeh menghadiri angkat sumpah Khusrin di depan sultan esok sebab Khalid bukannya manusia jenis berani apa lagi nak menderhakai sultannya sendiri. Nak gubal undang-undang tubuh negeri Selangor konon, tapi percayalah ia tak akan diperkenankan oleh sultan. 

Daulat Tuanku!

01 January 2011

Beg plastik... Apa alternatif pasar raya?

Pengganti beg plastik. Tapi kalau berbelanja 2 troli, berapa banyak beg ini diperlukan untuk isi barang keperluan?
Aku sokong kempen mengurangkan penggunaan beg plastik. Bukan sebab aku syok kat Maya Karin yang aktif berkempen dalam bab ini tetapi sebab aku pun mahu jaga alam sekitar. Sekarang ini hampir seluruh negara mengadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Di Selangor setahu aku diadakan setiap Sabtu.

Kawan aku pernah naik angin apabila dia terpaksa membayar 20 sen untuk satu beg plastik ketika berbelanja di sebuah pasar raya besar pada hari Sabtu. Memandangkan dia berbelanja untuk tempoh sebulan, maka dia terpaksa menggunakan lebih 10 beg plastik. Maknanya dia terpaksa membayar harga beg plastik tersebut sebanyak RM2. Huh! Seorang dah kena bayar RM2, kalau 1,000 orang pelanggan berapa banyak pasar raya itu untung? Harga buat satu beg plastik tu tak sampai 1 sen.

Aku kata baguslah tak pakai beg plastik. Lain kali kalau berbelanja hari Sabtu (di Selangor) bawaklah beg sendiri. Jimat. Tapi dia kata beg-beg plastik itu dia perlukan sebab nak taruk sampah... Dushh!! Aku kata nak taruk sampah gunalah beg plastik sampah, bukan beg plastik berlogo macam-macam pasar raya tu.

Tapi aku terfikir, sejak kempen kurangkan penggunaan beg plastik ini, nampaknya peniaga terutama pasar raya besar macam berniaga pula sebab mewajibkan pelanggan membayar beg plastik yang digunakan pada hari kempen berlangsung, atau membeli beg-beg "mesra alam" yang harganya jauh lebih mahal dan mempunyai ruang terhad.

Di sini, para peniaga terbabit nampaknya dapat untung dua kalilah. Dahlah kita berbelanja besar di pasar raya mereka, selepas itu mereka caj pula beg plastik yang digunakan. Bukankah itu tidak adil bagi pengguna? Tapi sehingga kini aku masih belum dengar orang komplen kat persatuan pengguna atau kementerian perihal peniaga yagn raih keuntungan daripada kempen pengurangan beg plastik ini.

Sebuah pasar raya di California menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik. Di Malaysia, sudahlah tak sediakan beg kertas, beg plastik yang kita guna dicaj pula! - Foto dari sini.
Kalau kita tengok cerita-cerita Hollywood, kalau ada hero atau heroin yang berbelanja di pasar raya atau kedai runcit, pasti kita tengok mereka memasukkan semua barang belian di dalam beg kertas. Sebenarnya beg kertas itu adalah beg kertas kitar semula. Maknanya walaupun mereka tak guna beg plastik, mereka menyediakan alternatif iaitu beg kertas.

Tapi di negara kita, peniaga bukan sahaja tidak menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik, malahan mereka memaksa pengguna membeli beg plastik mereka yang akhirnya nanti kempen mengurangkan penggunaan beg plastik tak ke mana sebaliknya sudah menjadi trend, setiap pembelian kita sebagai pengguna dibeban pula dengan bayaran beg plastik yang kita guna. Macam mana tu?

Jadi, aku harap pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengadakan kempen pengurangan beg plastik perlu mengarahkan pasar raya atau peniaga menyediakan beg kertas mudah dikitar semula sebagai pengganti beg plastik, sekali gus dapat mengurangkan beban kepada pengguna.

Maya Karin tak apalah, dia duit banyak!

1.1.11 dan 1 azam

Dah masuk 1 Januari 2011 atau ringkasnya 1.1.11. Cantik nombor ini. Agaknya ramai yang pilih tarikh hari ini untuk langsungkan perkahwinan. Maklum biasanya orang pilih tarikh yang cantik nombornya nak kahwin. Macam 10.10.10 aritu sampaikan ada yang sanggup kahwin lari sebab nak jugak kawin tarikh tersebut.

Dah masuk tahun baru ini ramai yang tanam azam baru. Tak terkecuali orang-orang politik. Tambahan pula ramai yang meramalkan PRU-13 akan dilaksanakan tahun ini jadi ramai yang pasang azam dan tak kurang jugak pasang angan-angan.

Anwar Ibrahim berazam dan nak sangat-sangat jadi Perdana Menteri selepas PRU-13 nanti. Itupun kalau pakatan mereka menanglah. Kalau tak menang jawab dia tinggallah angan-angan. Tapi puak-puak mereka begitu yakin dapat menakluki Putrajaya selepas melihat "kejayaan" mereka pada PRU-12 lalu. Ikut suka engakaulah...!

Puak-puak Pas pun berazam nak duduki Putrajaya dengan bantuan DAP dan PKR (ops! maksud aku Anwar). Maklum mereka dah berjaya menang di Kedah dan pertahan Kelantan pada PRU-12 lepas, sekarang mereka berazam nak takluk pulak Putrajaya. Hahaha... Kalau pembangkang menang PRU-13 agak-agak Hadi Awang jadi menteri apa ya? Apakah mereka akan jadi macam exco-exco Pas di Selangor dan Pulau Pinang yang hanya pegang portfolio hal ehwal agama. Manakala puak-puak DAP pegang portfolio penting yang boleh "menjana" pendapatan.

Orang UMNO pun ramai yang pasang azam dipilih sebagai calon pada PRU-13. Ramai sekarang ini yang duk himpit Rosmah. Maklum nak himpit Najib susah sikit, baik himpit Rosmah. Nak himpit isteri PM tak susah. Cuma keluarkan sikit modal untuk menyumbang kepada tabung Permata, Insya-Allah "aduan" anda akan diberi perhatian. Hahaha... Itu orang cakap, bukan aku cakap!

Tapi aku harap satu sahaja. Semua pihak marilah tanam azam untuk melihat Melayu bersatu dalam hal ehwal bangsa dan agama. Tak kisahlah korang nak duduk dalam parti mana tapi tanamlah azam untuk saling menjaga hak dan kepentingan bangsa serta agama. Janganlah kerana politik masing-masing sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.

Erk... apa aku membebel ni? Macam lah nasihat aku mereka nak dengar. Lagikan nasihat raja-raja Melayu pun mereka buat bodoh apa lagi nasihat dari aku yang entah siapa-siapa ni. Hahahaha... aku perasan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...