Malang sungguh nasib Hata Wahari. Dia jual tanah ladang ternakan lembu milik mak bapaknya di Mentakab seluas 5 hektar hanya dengan harga RM1.2 juta. Wang itu akan dijadikan modal untuk menerbitkan surat khabar sendiri - Utusan Rakyat. Sedangkan Shamsidar Taharin jual "tanah berlopak sekangkang" pun dapat kurang-kurang RM300 juta. Wow!
Memang malang nasib wartawan berkepala besar tapi otak kecik ini. Kalau harapkan RM1.2 juta berapa lama agaknya dia boleh bertahan untuk terbitkan surat khabar yang matlamatnya utamanya nak lawan Utusan Malaysia, majikannya sekarang (masih majikan selagi belum berhenti atau diberhentikan).
Mari kita bermain matematik. Berapa lama agaknya Utusan Rakyat boleh bertahan dengan modal RM1.2 juta!
EDITORIAL:
1. Wartawan (min) 5 orang X RM2,500 = RM12,500
2. Jurugambar (min) 2 orang X RM2,200 = RM4,400
3. Editor (min) 2 orang X RM5,000 = RM10,000
4. Gaji CEO (Hata) = RM10,000
PEMASARAN:
1. Pegawai pemasaran (min) 1 orang X RM4,000 = RM4,000
2. Pekerja pengedaran (min) 5 orang X RM2,000 = RM10,000
PERCETAKAN:
1. Kos cetak 1 naskhah X 32 m/s X RM3 X 50,000 naskhah = RM150,000/hari X 30 = RM4,500,000
2. Pre-press dan Off-set = RM3,000/hari X 30 = RM90,000
Total perbelanjaan sebulan = RM4.63 juta
NOTA:
* Gaji wartawan & jurugambar berdasarkan tuntutan NUJ
* Tidak termasuk lain-lain kos tambahan, return dan lain-lain
Kesimpulan! Dengan berbekalkan modal RM1.2 juta, Hata atau surat khabar Utusan Rakyat hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja. Kalau dia mampu jual 50,000 naskhah sehari X RM1 sekali pun dia hanya mampu meraih pendapatan RM150,000 sebulan. Melainkan dia dapat cari iklan sehingga berjuta-juta setahun. Tapi itu amat mustahil dengan jumlah pegawai pemasaran yang sangat terhad.
Moralnya. Nak terbitkan surat khabar (apa lagi akhbar harian) bukannya semudah membaca A.B.C atau C.I.F.U melainkan mendapat sokongan daripada penyumbang (funder) yang kukuh seperti parti politik atau syarikat korporat yang mapan.
Jadi Hata memerlukan lebih daripada sebidang tanah untuk mencapai cita-citanya menjadi "Ketua Pengarang" surat khabar sendiri. Kalau dah tak ada tanah nak jual, aku ingat elok Hatta tonggeng bontot kat Anwar. Pasti dana datang mencurah-curah!
Passsttt..... ! Baca macam mana peritnya nak buat surat khabar di sini!