30 March 2011

Pilihan raya Sarawak... Ramai "acah" nak bertanding

Menjelang penamaan calon pilihan raya Sarawak 6 April ini sudah tentu pejabat SPR menjadi tumpuan kerana masing-masing berebut untuk membeli borang pencalonan. Itu biasa berlaku dalam setiap kali pilihan raya di negeri bumi kenyalang itu. Kenapa lagu tu?

Kata seorang kawan yang lama bertugas di Kuching, kebanyakan mereka ini semua "acah" saja nak bertanding. Mereka ini sanggup jumpa orang surat khabar, bagi tahu kat TV bahawa mereka akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi-kerusi tertentu tetapi kebiasaannya beberapa jam menjelang penamaan calon, bukan setakat tarik diri batang hidung mereka pun tak nampak.

Rupa-rupanya masa inilah mereka nak buat duit secara mudah dengan bermodalkan beberapa ratus membeli borang pencalonan. Mereka akan umum bertanding, contohnya akan menentang Taib Mahmud di Balingian. Tapi bila dah dekat nak penamaan calon mereka akan pergi menemui calon-calon favourite (biasanya dari BN-lah), misalnya contoh di sini, CM sendiri.

Kata kawan aku, dalam perjumpaan ini si bakal calon Bebas ini akan menawarkan diri untuk tidak menentang calon terbabit dengan syarat-syarat tertentu. Syaratnya tidaklah aku pastikan dan berapa tawarannya. Tapi biasanya selepas berjumpa puak-puak ini tersenyum lebar kemudian dengan tiba-tiba mengumumkan untuk menarik diri daripada mencalonkan diri.

Ada juga yang tak umum tetapi masa hari penamaan calon, mereka "menghilang". Bukan takat calon, pencadang dan penyokong sekali hilang. Ramai yang cakap puak-puak ini pergi makan angin kat oversea masa penamaan calon selepas dapat "habuan".

Betul tak betul cerita ini Wallahu-a'alam. Aku harap orang Sarawak boleh sahkan cerita ini. Fikir-fikir betul juga. Sebab itulah agaknya setakat ini khabarnya SPR dah jual lebih 100 borang pencalonan untuk 71 kawasan DUN yang dipertandingkan.

Piala Dunia, Olimpik: Skuad bola kita dapat laluan mudah

Lama tak update blog. Sibuk sikit....

Wah.... nampaknya skuad bola sepak kita dapat laluan mudah di peringkat awal baik bagi anak-anak buah Rajagobal yang akan menyertai kelayakan Piala Dunia Zon Asia mahupun anak buah Lee Kim Swee yang masuk pusingan kedua bagi Kelayakan Sukan Olimpik.

Dalam undian hari ini, skuad Piala Dunia Malaysia akan berdepan dengan Taiwan pada perlawanan pusingan pertama yang akan berlangsung secara timbal-balik bermula akhir bulan Jun.

Kalau dicongak atas kertas, skuad bimbingan Rajagobal ini tidak ada masalah untuk "makan" Taiwan yang berdasarkan ranking FIFA mereka berada di ranking ke-147 dunia (Februari) berbanding Malaysia di tangga ke-138.

Menang dengan Taiwan, Malaysia bakal pula menentang Singapura pada pusingan kedua yang dapat bye pada perlawanan pertama. Singapura pula berada  satu tangga di bawah Malaysia.

Piala Dunia akan berlangsung di Brazil pada 2014.

Hari ini juga pengundian pusingan kedua Kelayakan Olimpik dan Malaysia yang menewaskan Pakistan pada pusingan pertama sebelum ini akan bertemu pula dengan Lubnan. Anak-anak buah Kim Swee dijangka tak ada masalah untuk berdepan dengan Lubnan yang berada di ranking 169 dunia.

Hemm... lega sebab Malaysia tak diundi berdepan dengan gergasi bola sepak Asia seperti Australia, Korea Selatan, Korea Utara, China, Jepun, Bahrain, Qatar, UAE atau Iran dan Iraq. Pusingan kedua kelayakan Olimpik Zon Asia ini juga akan berlangsung Jun ini.

Sukan Olimpik pula akan berlangsung di London tahun depan.

Aku percaya para peminat bola kita dan seluruh rakyat Malaysia tak berhasrat pun nak tengok Malaysia ke Piala Dunia atau Sukan Olimpik sebab sedar kedudukan kita tetapi andai kedua-dua skuad ini mampu menunjukkan permainan cemerlang menentang lawan mereka, ia sudah cukup memberi kepuasan kepada semua.

Kita perlu lupakan sejarah silam bahawa skuad bola sepak kita pernah layak ke Sukan Olimpik pada tahun 1980 di Moscow dahulu tetapi ia dah tinggal sejarah. Tak perlu dibuai dengan kisah silam sehingga membelenggu anak-anak muda kita di tengah padang. Berilah mereka peluang untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka.

Walaupun begitu, aku percaya bola sepak kita boleh kembali bangkit di persada Asia seperti mana zaman arwah Mokhtar Dahari dahulu andai perancangan dan pengurusannya dilaksanakan dengan betul dan berkesan serta tidak diganggu oleh hal-hal remeh-temeh dan politiking. Sekarang pun dah nampak tanda-tanda kebangkitan kita.

Selamat maju jaya kepada kedua-dua team ini... Malaysia bolh!

28 March 2011

Cicak-man, Tokek-man dan Kongkek-man....

KRU Film berjaya membawa iklim baru dalam dunia perfileman tanah air apabila menghasilkan filem Cicak Man yang menggunakan teknologi CGI. Walaupun ada yang kritik kerana filem ini tiru "superhero" komik luar negara seperti Batman, Superman atau Ultraman tetapi suka atau tidak sememangnya Cicakman telah memberikan impak kepada peminat filem tempatan.

Kini heboh pula orang mengatakan cicak tokek mampu merawat pesakit AIDS. Akibatnya permintaan terhadap cicak tokek sangat tinggi malahan khabarnya ada yang menawarkan sehingga berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan cicak tokek. Kawan aku yang pernah bertugas di Jakarta berkata, tokek banyak terdapat di negara itu. Betul ke?

Emmm... mungkin permintaan cicak toket ini boleh memberi inspirasi kepada KRU terutama Yusri untuk menghasilkan pula filem Tokek-man iaitu epilogi filem Cicakman dan Cicakman II. Haha.. menarik tak? Tapi kawan aku kata wajah Cicakman (lakonan Saiful Apek) pun dah macam cicak tokek. Hahaa....

Apa yang pasti satu lagi karya agung tempatan yang tidak patut dilupakan ialah rakaman video seks seorang pemimpin pembangkang yang mirip Anwar Ibrahim tetapi  kelihatan lebih boroi. Video ini tak perlulah diolah dengan CGI tetapi cukup menggunakan pelakon yang ada. Tak perlu tokok tambah. Dan jika video ini mahu dikomersialkan, aku cadang boleh pakai tajuk KONGKEK-MAN! Wakakaka...

Kena pula pilihan raya Sarawak tak lama lagi bolehlah para penyokong mereka tukar laungan moral kepada pemimpin ini kepada "kongkek-man". Mesti dapat sokongan padu kaum Cina di Sarawak. Kalau filem Kongkek-Man dijadikan bahan kempen, tak salah lagi pembangkang bakal takluk Sarawak kali ini.

David Teoh apa macam? Lu talak mahu terbit ini film Kongkek-Man ka? Bagus punya... misti untung busat punya... !

Ke mana Nasaruddin Mat Isa menghilang?

Aku sebetulnya dah lama tertanya-tanya ke mana perginya Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas. Dah lama benar tak dengar suara atau pandangannya. Tak tahulah kalau dia duk beri ceramah sana sini tapi tak dilaporkan. Tetapi ketika negara sedang panas dengan pelbagai isu berkaitan pemimpin anugerah tuhan, suara Ustaz Nasa tak kedengaran. Begitu juga dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini pun kelibat Ustaz Nasa tak kelihatan.

Apa sudah jadi dengan orang no. 2 dalam Pas ini? Apakah merajuk, terasa hati atau ada sesuatu rasa tak puas hati dalam diri terhadap pucuk pimpinan parti, terhadap pandangan Tok Guru atau kepada Presidennya? Atau Ustaz Nasa cuba menjauhkan diri daripada politik kepartian yang dilihat semakin caca-marba sejak Pasti Aslam Semalaysia ini bersekutu dengan parti kafir harbi DAP dan parti peliwat dan penzina macam PKR?

Apakah juga Ustaza Nasa merajuk hati selepas usaha beliau nak wujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO ditentang habis-habisan oleh Tok Guru atau juga kerana usaha tersebut Ustaz Nasa telah dipancung sehingga tidak mampu mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan. Peliknya ketika pelbagai isu yang berlaku hari ini, Ustaz Harun Taib pula yang lebih menonjol.

Mungkinkah kerana merajuk atau sebab tidak puas hati dengan perjuangan Pas sekarang maka Ustaz Nasa juga membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas pada muktamar parti tahun ini?

Hemmm....

27 March 2011

Pidato berapi... Anwar tak sebut bukan dia dalam rakaman seks...

Anwar Ibrahim telah menyampaikan pidato berapi di Taman Melawati, Kuala Lumpur dalam usaha "membersihkan" namanya yang dicemar oleh rakaman video seks yang didedahkan oleh Datuk T. Aku dapati sepanjang pidato ini, Anwar tak beritahu bahawa bukan dia dalam rakamn video itu jauh sekali mahu bersumpah. Tak caya, hayati rakaman ini:



Sebaliknya, Anwar secara berapi-api menyerah dan menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi penyebaran rakaman video seks tersebut. Anwar juga cuba menggerakkan reformasi kedua dengan mengajak anak muda turun di jalanan dan menggunakan semua teknologi Internet seperti Facebook, Twitter dan blog untuk melawan UMNO dan kerajaan.



Jelas sekali Anwar menggunakan strategi yang sama pada 1998 apabila kes liwat pertama dan hubungan seks dengan Samsidar Tahrim yang juga isteri Azmin Ali didedahkan kepada PM pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad sehingga dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, aku percaya rakyat sudah tidak mempercayai lagi Anwar selepas satu persatu kes-kes tidak bermoral terdedah melainkan puak-puak Pas sahaja. Malahan menurut rakan-rakan yang berada di Taman Melawati, program pidato juga didominasi oleh para penyokong Pas manakala puak-puak PKR boleh dikira dengan jari.

Menyedari hakikat bahawa kebanyakan yang hadir adalah penyokong Pas tegar maka Anwar telah menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk meyakinkan pendengar... Kesian orang Pas kena kelentong bulat-bulat dik Anwar Berahi ni!

Tapi malang, puak-puak Pas amat menantikan Anwar untuk bersumpah bahawa bukan dia di dalam rakaman seks tersebut tetapi sampai sudah tak ada sebarang pengakuan dibuat... Kesian orang Pas kena kencing..!

Ke mana Anwar? Satu pembedahan forensik oleh MIM....

Muka depan Utusan Malaysia 26 Mac 2011...

Begitulah hebatnya mamat sorang ni. Daripada seorang doktor Panadol (istilah jokes di kalangan doktor untuk menggelarkan GP) dia kini menjadi seorang pakar forensik Internet pulak dah. Tak caya lihatlah bagaimana dia bogelkan keberadaan Anwar selama dua jam dan lebih ketika malam "kejadian" rakaman video seks pada 21 Feb. lalu.

Kerja-kerja forensik FB dan Twitter oleh blogger M.I.M
Baca sepenuhnya di sini...!!

Keh .. keh... keh... Pembedahan yang dilakukan blog M.I.M ini pastinya membuatkan Anwar dan para juaknya yang duk backing dari belakang dan depan terkedu 1,000 bahasa. Anwar kata UMNO, kerajaan, polis, Najib dan semua musuh-musuh politiknya bodoh tetapi sebenarnya dia dan puak-puak dia yang bodoh.

Hah.. Apa lagi Rafizi... jawablah!

Bos kau yang dah tembak amoi lepas tu nak tembak Najib, Dr. Mahathir pulak. Hehe.. Apa korang ingat rakyat Malaysia dah dungu ke sampai tak tahu nak bezakan mana betul mana auta? 12 tahun dulu bolehlah kau provok rakyat untuk ajak reformasi, tapi sekarang reformasi TAHI KUCING...!!

Tak usahlah lagi nak berharap orang muda nak turun berdemo di jalanan semata-mata nak cover penzinaan bos kau tu. Sekarang ni tinggal pak-pak janggoat jeh yang duk angkat bontot bos kau tu. Wahahaha... weih. Orang dah kenallah siapa ANWAR IBRAHIM tu....

Apa pun tahniah doc. Pendedahan kau memang kaw...kaw...

Psst... Kenapa Wan Azizah tak buat pengakuan masa rakaman tu dia tengah "layan" Anwar atas katil..? 

26 March 2011

Video seks: Betul ke ini lokasinya?

Beberapa rakan blogger mendedahkan lokasi rakaman video seks yang melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang mirip Anwar tetapi perutnya lebih boroi. Betulkah ini tempatnya?


Ini kerana aku menerima maklumat berbeza iaitu sebuah hotel 4 bintang di sekitar KLCC. Kalau berdasarkan "sekitar KLCC" hotel apartment ini berada di Jalan Ampang dan agak sedikit jauh dari KLCC. Apakah jangkaan ini didasarkan kepada perkhidmatan urut yang disediakan di hotel apartment ini?


Ish... Takkan Datuk Shazryl Eskay bawak lelaki mirip Anwar tetapi lebih boroi itu kat sini. Takkan lah VIP macam mereka pilih lokasi ini untuk beristirehat dan melampiaskan nafsu? Kalau kat sini, mesti ramai yang boleh cam lelaki mirip Anwar tu. Lagipun ramai "family" yang tinggal kat sini.

Jadi, aku tak yakin inilah lokasinya. Aku lebih percaya maklumat yang aku terima sebelum ini iaitu sebuah spa hotel 4 bintang sekitar KLCC.

Entahlah... sekadar berteka-teki. Tak penting pun lokasi mereka buat projek tu kat mana. Lainlah kalau ada yang nak cuba amoi-amoi di sana...

Pilot India pakai lesen "beli" ?... Hoho...

Isu pilot palsu di India jadi isu hangat sedunia.. lebih hangat dari video seks lelaki macam Anwar tapi lebih boroi...!

Sesiapa yang bercadang nak terbang dengan penerbangan Air India ke, Indigo ke atau SpiceJet ke atau kalau ada pilot-pilot dari India bawak kapal terbang yang korang naik, berhati-hatilah. Kalau boleh awal-awal pakai jaket keselamatan. Hehe...

Bukan apa.. Sekarang ini kecoh pasal ramai pilot dari India ni rupanya pakai lesen beli. Lesen kapal terbang tu, bukan lesen motor atau kereta. Kalau lesen P atau L pun boleh tahan... ini pakai beli tepi jalan je rupanya!!

Bayangkanlah kau orang naik kapal terbang Boeing yang berisi beratus-ratus penumpang kemudian kapal terbang itu dipandu oleh pilot yang lesennya dibeli atau juga disebut lesen palsu.

Mak aih.... Mana tak kecut perut beb! Kapal terbang bukannya bergantung kat mana-mana tali atau merayap atas darat pakai tayar atau belayar dalam laut. Kalau apa-apa hal boleh jugak bergayut ke, berenang ke... Gilo apo!
India cancels 14 more 'fake' pilot licences

NEW DELHI, March 25, 2011 (AFP) - India’s aviation regulator said Friday it had cancelled the licences of 14 more commercial pilots caught forging their qualifications in a spreading scandal that has rocked passenger confidence.
Cases of pilots exaggerating their flying time while training and other irregularities have emerged since a captain who made several bad landings was found to have submitted faked paperwork to gain her licence.
At least six pilots, including from the Air India, Indigo and SpiceJet airlines, have already been arrested as authorities check thousands of licences.
“We have cancelled the licences of 14 pilots who were flying passenger planes. All of them had submitted fake training records,” Directorate General of Civil Aviation chief E.K. Bharat Bhusan told AFP.

Atau baca juga laporannya di sini, di sini... atau di sini..! Dan banyak lagilah!!

Ish... macam-macam hal...!

Dunia nak kiamat bila ulama lindungi penzina, peliwat....

Kantoi je solat hajat... Ciss!
Tanda-tanda dunia nak kiamat semakin ketara apabila ada ulama, para ustaz, pak-pak lebai, pak-pak jangoat kini melindungi para penzina dan peliwat. Sepatutnya penzina dan peliwat diberikan tarbiah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan bukannya mengadakan solat hajat untuk melindungi manusia yang bergelumang dengan dosa.

Inilah tanda-tanda akhir zaman. Sedangkan mengikut hukum Islam (hudud) sesiapa yang didapati berzina patut dihukum rejam sampai mati atau kalau dalam filem Semerah Padi, penzina patut dihukum sula. Manakala para peliwat pula ketika zaman Nabi Noh, Allah turunkan bala banjir besar. Tetapi hari ini orang Islam yang berzina dan meliwat bukan sahaja ditatang bagai minyak yang penuh, malahan mengajak umat Islam lain mendoakan keselamatan dan kebahagiannya.

Hari ini penzina dan peliwat serta kafir harbi yang menentang Islam boleh duduk semeja dan tidur sebantal dengan ulama, para ustaz, pak-pak lebai serta pak-pak jangoat. Dunia memang sudah tonggang-langgang. Tetapi tonggang-langgang ini hanya berlaku di pihak sana, di pihak yang mengaku lebih Islam dari orang Islam lain para ahli syurga ciptaan Nik Aziz. Dunia nak kiamat...

Lihatlah bagaimana apabila si penzina ditunjukkan Allah tentang kebejatannya, sepatutnya para ulama, pak ustaz dan pak lebai menyiasat kesahihan sebenar atau kalau malu nak tonton sendiri video (sebab takut tanggung dosa), tunggulah sehingga polis selesai buat siasatan. Tapi sebaliknya, ulama dan para ustaz hari ini lebih percayakan penzina dan peliwat, para kafir harbi dan para selebriti yang baru nak belajar Al-Fatihah.

Ulama-ulama, para ustaz dan pak-pak lebai ini sebaliknya menolak para ulama yang tidak sehaluan dengannya, menolak pandangan para mufti dan bijak pandai Islam lain seolah-oleh mereka sahajalah yang paling bijak dan pandai dalam hukum-hakam di dunia ini. Masya-Allah, ini ulama-ulama yang lahir di akhir zaman.

Patutlah mamat ini tidak takut segala kemungkaran yang dilakukan. Meliwat, berzina, berbohong, memfitnah, memaku-hamun, memburukkan agama sendiri dan segala macam mak nenek kemungkaran lagi sebab dia tahu, semua itu akan disokong dan dilindungi oleh ulama-ulama, pak-pak lebai dan para ustaz. Apa susah, kalau kantoi sebut sahaja itu semua fitnah, konspirasi insya-Allah para ulama, pak-pak lebai dan para ustaz akan setia menyokong di belakang.

Nik Aziz dan Hadi Awang sepatutnya mentarbiah mamat ini agar kembali ke pangkal jalan dan bukannya mengajak umat Islam lain sembahyang hajat bersama menyokong perbuatannya. Ingatlah segala pendedahan demi pendedahan yang berlaku ke atas mamat ini adalah datangnya dari Allah kerana Allah mahu memberikan balasan atas apa yang telah dilakukannya selama ini. Tapi malang, ulama akhir zaman ini tidak percaya balasan Allah kepada "gu kito" tetapi sebaliknya semua itu datang dari musuh politik mereka.
"Ya-Allah ya Tuhanku... Kau selamatkanlah agamaku, bangsaku dan negaraku daripada diperintah oleh para ulama seperti ini dan para pemimpin ingkar kepada-Mu dan tidak pernah mahu meninggalkan kemungkaran. Kau lindungi umat mu di bumi bertuah ini daripada pemimpin munafik seperti mereka. Sesungguh Engkaulah maha pengampun dan maha mengetahui.... Amin Ya Robbalalamin..."

25 March 2011

Video panas... pendedahan terbaru pasal video seks Datuk T!

Gempar seh...! Dalang di sebalik rakaman dan penyebaran video seks lelaki mirip Anwar tetapi lebih boroi sudah diketahui. Ia hasil intipan pasukan penyiasat khas pakatan rakyat diketuai Sam Ketot! &*^@&%^%^*(%@$

24 March 2011

Video seks: Hotel spa sedia khidmat seks diserbu!! (Updated!)

TERKINI (25/3/2011):
Sorry... Lambat update. Sah sebuah hotel & spa di sekitar KLCC diserbu malam tadi dan pihak polis menahan dua individu. Bilik hotel tempat rakaman dibuat dikenal pasti. Beberapa bukti lain juga sudah diperoleh. Dua lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan selepas memberi kerjasama. Siapa nak tahu hotel tersebut? Hehe.... Tak boleh dedah kat sini..!

POS ASAL:
Awas...!! Sebuah spa di sebuah hotel 4 bintang di sekitar KLCC bakal diserbu oleh pasukan D7 Bukit Aman dalam masa terdekat berikutan pendedahan video seks melibatkan seorang lelaki mirip Anwar Ibrahim tetapi perutnya lebih boroi. Silap-silap malam ini juga pasukan itu bertindak.

Ini berikutan langkah Datuk Trio yang malam ini dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung video seks tersebut telah menyerahkan rakaman tersebut kepada pihak polis untuk tindakan. Datuk Trio mungkin akan didakwa kerana menyimpan dan menayangkan video lucah tetapi yang menjadi kunci ialah pusat spa tersebut.

Aku percaya rakaman tersebut dibuat oleh tauke spa berkenaan bertujuan untuk mengkomersialkan rakaman yang dibuat di dalam spa yang turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggannya. Tauke berkenaan sudah pasti menyimpan banyak lagi rakaman lain yang mungkin melibatkan ramai lagi pelanggan. Mungkin ada diantaranya sudah berada di pasaran. Nak pasti cuba-cuba jengok peniaga VCD kat Petaling Street. Silap-silap ada lagi VIP lain yang menjadi pelanggan tetap spa berkenaan.

Pihak polis sudah pasti akan mendapatkan sumber rakaman tersebut dan sudah pastinya spa yang terletak di sebuah hotel 4 bintang berhampiran KLCC itu akan diserbu dan digeledah untuk mencari kalau-kalau ada lagi kamera tersembunyi yang ditanam dalam ruangan bilik hotel berkenaan.

Menurut Papa Gomo, Datuk Eskay memaklumkan bahawa biliknya juga didapati mempunyai kamera tersembunyi yang mengesahkan lagi spa dan mungkin juga hotel berkenaan terlibat dalam kegiatan rakaman curi adegan seks pelanggan mereka yang kemudian dijual di pasaran gelap. Tujuannya untuk menjadi kaya.

Jika polis dapat membuktikan wujud kegiatan sedemikian di hotel berkenaan, ia akan sekali gus menafikan dakwaan Anwar dan juak-juak mereka yang konon menyatakan rakaman video tersebut hasil rekayasa Datuk Trio dengan bantuan UMNO dan kerajaan bertujuan untuk membalas dendam serta menjatuhkan karier politiknya.

Ikut kata Papa Gomo, Eskay memberitahu dia sering membawa Anwar ke hotel berkenaan untuk beristirehat di spa berkenaan. Apakah bermakna ada banyak lagi rakaman lain melibatkan lelaki mirip Anwar tetapi lebih boroi ini?

Nama hotel berkenaan sudah aku diketahui tetapi tidak boleh didedahkan. Takut tauke spa berkenaan cabut lari lebih awal dan yang penting melarikan semua bukti rakaman lain.

Jadi, kepada sesiapa khususnya VIP yang pernah melanggan amoi di hotel berkenaan untuk tujuan menjadikan mereka teman beristirehat atau pernah bawa kekasih gelap menginap di situ, kena hati-hatilah. Takut nanti adegan tidak seronok dilihat telah dirakam.

Kalau yang baru nak check-in, masuk bilik nanti cuba geledah sekeliling... kat belakang TV, di celah almari, atas siling, celah katil, balik lampu tidur bla bla bla... kut-kut ada kamera tersembunyi. Takut nanti tak pasal-pasal terkantoi...! Haha..!!

Kisah seutas jam tangan Omega, amoi dan isteri.. syiiiookkk baca!

Syiiiioookkk betul baca "cerpen" Cik Liza kita ni mengenai kisah seutas jam tangan Omega, amoi dan isteri dot dot dot. Cuba baca lihat lenggok ayat dan gaya penceritaanya tu. Keh keh keh... senak perut tahan ketawa tapi pedis berbisa. Cukup menarik!

Lihat petikan di bawah:
Melampau juga amoi tu. Duit sewa perkhidmatan tentu sekali luar biasa. Maklumlah service tentunya "extra". Luar-dalam, atas-bawah, depan-belakang, duduk-berdiri, mesti deliver "first class service" Tetamunya bukan orang sembarangan. Orang first class. Teringat cerpen Aziz Jahpin "Tamunya Seorang Menteri".
Keh keh keh... Memang betul-betul syahdu beb. Atau baca rangkap ini pula...
Amoi memang melampau kerana melakukan percubaan mencuri JAM OMEGA milik suami orang yang digelarnya "pilihan". Tapi TETAMU amoi LEBIH MELAMPAU. Lebih melampau kerana tak mengaku PERUTNYA yang kelihatan buncit ketika seutas benang tidak menutupi tubuhnya.
Oiii... nak tahu ceritanya baca sendirilah kat sini. Tak kuasa aku nak copy, paste. Haha... Tahniah Senjaliza. Satu entri yang cukup menarik. Teruskan usaha anda!

Kes liwat: Anwar terperangkap dengan permainan sendiri

Drama Liwat II kini memasuki babak-babak akhir.

Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya ke atas Saiful Bukhari sehingga mencapai tiga tahun serta cuba mencari kelemahan dari segi teknikal dengan pelbagai bantahan dan tuntutan tak masuk akal, kini semakin terperangkap dengan permainan yang diaturnya sendiri apabila satu persatu strategi pihak pendakwa mula "memerangkap" beliau.

Ia bermula apabila perbicaraan memasuki fasal bukti DNA pada tubuh mangsa yang menemukan DNA "Lelaki Y". Bagi membuktikan bahawa tertuduh sama ada ya atau bukan pelakunya, maka DNA tertuduh (Anwar) diperlukan. Tetapi Anwar mempermainkan mahkamah dengan menolak pemberian sampel DNAnya.

Tetapi kebijaksanaan pihak pendakwa ialah menggunakan tiga barang milik Anwar yang digunakan ketika ditahan di lokap polis - berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral - sebagai barang bukti untuk diambil sampil DNA. Terperangkap dengan itu, Anwar melalui peguam Kapal Sing mendesak hakim batalkan tiga barang tersebut sebagai bahan bukti kerana ia diambil "tanpa kerelaan" tertuduh.

Baik! Hakim mahkamah tinggi membenarkan permohohan Anwar selepas perbicaraan dalam perbicaraan dilakukan. Anwar menarik nafas lega manakala pihak pendakwa pula tidak membuat sebarang bantahan. Ini menyebabkan rakyat di luar sana "bangkit" dan mendesak Anwar serah DNA. Beratus-ratus rakyat berdemo setiap hari di hampir seluruh negara membuat desakan tersebut. Tetapi Anwar tetap berdegil.

Sebaliknya Anwar menyusun strategi "menyerang" Najib dengan menuntut DNA Najib untuk dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantunya. Road show dilakukan untuk membuat desakan tersebut tetapi silapnya apabila cabaran itu disambut dan Najib sedia serahkan sampel DNAnya dengan berbekalkan slogan "berani kerana benar takut kerana salah". Anwar terdiam...

Di mahkamah, pendakwa memohon mahkamah arah Anwar serah DNA selepas tiga barang ditolak sebagai bahan bukti. Mahkamah ambil masa beberapa hari untuk buat keputusan yang akhirnya bersetuju supaya Anwar tidak perlu serah DNAnya. Lega Anwar... tetapi sebaliknya menerima semula tiga barang - berus gigi, tuala Good Morning dan botol mineral - sebagai bahan bukti. Anwar terperangkap lagi dan mula mohon buat semakan semula tetapi permohonan itu ditolak. Anwar dah gelabah...

Hari ini pihak pendakwa mahu menampilkan 73 saksi bagi "menentang" Anwar termasuk Najib dan Rosmah yang telah bersetuju untuk tampil di kandang saksi. Ini kerana selama ini Anwar terus-terusan mengaikan drama Liwat II sebagai rekayasa PM dan isteri untuk menjahanamkan karier politiknya. Dan Najib serta Rosmah dikatakan orang pertama ditemui Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis.

Kesimpulan:
Jelas sekali pihak pendakwa kali ini membuat "persiapan rapi" dan menyusun strategi yang begitu bijak untuk berhadapan dengan Anwar yang diketahui umum amat pintar bermain lidah ditambah dengan pasukan peguamnya yang begitu ramai itu.

Pengalaman kes liwat pertama mengajar segalanya. Kini Anwar semakin terperangkap dan semakin tidak dapat mengelak sedangkan dialah yang mengatur permainan sehinggakan perbicaraan tertangguh sehingga hampir 3 tahun.

Aku percaya drama ini bakal berakhir dengan happy ending... Mangsa dapat pembelaan sewajarnya dan tertuduh diseret ke Sungai Buloh. Ingat pepatah orang tua "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Video seks: Cabar Pas ketuai Suruhanjaya Siasatan!

Ini ke pelacur dari Cina yang main dengan mamat mirip Anwar tapi lebih boroi kat spa tu?
Isu rakaman video seks libatkan seorang lelaki mirip Anwar Ibrahim tetapi perut lebih buncit kini semakin panas bila "Datuk T" mendedahkan siapa diri mereka. Lepas ini serangan bertalu-talu akan dilancarkan oleh Anwar dan puak-puak PKR dan Pas terhadap Najib, Rosmah, RTC dan UMNO. Serangan mereka macam peluru penaburlah. Silap-silap Datuk T pun tak boleh nak menepis.

Tapi menariknya bila mereka minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan. Menarik juga! Kalau kerajaan setuju aku nak cabar supaya Hadi Awang mengetuai suruhanjaya tersebut. Aku tak mahu Wan Azizah ketuai sebab nanti bias pulak. Tapi makcik ni boleh jadi salah seorang jawatankuasanya.

Aku percayalah Hadi atau puak-puak Pas lain tak akan berani punya. Sebab kalau dah ketuai suruhanjaya siasatan, perkara pertama yang mereka kena lakukan ialah menonton sendiri rakaman video tersebut dan bukan sekali tetapi berkali-kali. Hemmm... bayangkan Hadi Awang yang berserban sebesar tempayan tu tengok video blue ditemani Wan Azizah... Keh keh keh... Mesti tercabut serban!

Mereka tak mahu bukan sebab tak sanggup tengok video tu tapi malu kat anak bini dan rakyat jelata. Yelah, nanti apa kata rakyat semua bila dapat tahu Presiden Pas tengok video blue.

Kejap... kejap...! Aku nak bayangkan rupa Hadi ketika sedang syok tengok mamat muka macam Anwar tu tetapi perut lebih buncit duk tala amoi Cina than ada babak terpancut kat muka plak tu (kata orang yang dah tengok video ni la...!). Hehehe.. misti Hadi tersipu-sipu malu sambil pandang Wan Azizah. Makcik ni pula muka kelat, merah padam. Yelah, kalau dah pelakonnya mirip lakinya tetapi perut lebih buncit, mana tak kelat!

Kalau tak sanggup nak tengok video ni, aku nasihatkan puak-puak Pas termasuk Hadi janganlah bagi komen dan nak bantai konon ini kerja kotor orang UMNO, Najib atau Rosmah sedangkan kau semua tak tengok pun video tu. Kalau korang bagi komen juga, aku cop korang pun dah tengok video ni dan sebagai pemimpin Parti Aslam Semalaysia sudah tentu berdosa tengok video lucah! Hahaha...

Ops.. Maaf! Terlupa. Tok Guru kata kalau pangkah UMNO jeh berdosa dan masuk neraka. Tapi tengok video lucah tak apa. Berkat doa Tok Guru nanti Allah ampunkan dosa mereka.

Aku juga nak pesan kepada pihak berkuasa, kalau korang nak buat tangkapan mereka yang bersabit penyebaran video lucah ini, aku tolong senaraikan siapa yang patut pihak polis tangkap:

1) Taukeh Spa, kerana menyalahgunakan lesen spa dengan menjadikan spanya sebagai pusat pelacuran.

2) Amoi Cina, sebab melacurkan diri serta menyalahgunakan visa (kalau ada visala). Juga kesalahan mencuri jam tangan Omega milik pelanggannya.

3) Mamat mirip Anwar tapi lebih boroi, sebab berzina dengan wanita bukan muhrim (Ni kena seret di bawah Undang-undang Syariah. Ikut hukum Hudud macam Pas nak sangat laksanakan ialah rejam dengan batu!).

4) "Another undidentified man in a hotel room" (lihat laporan Malaysian Insider), sebab mungkin dia sebagai perantara.

5) Datuk T (RTC, Eskay dan Shuib), sebab memiliki dan menayangkan video lucah kepada orang awam (media). Ikut Ariel Peterporn kena penjara 3 tahun... tapi itu Indon-la!

23 March 2011

Sidang media "Datuk Trio" pasal video seks

Rakaman sidang media pengakuan Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay sebagai "Datuk T" yang dedahkan video seks lelaki buncit mirip Anwar...

Misteri Datuk T...! RTC mengaku terlibat!

Rahim Tamby Chik (RTC) mengaku beliau salah seorang daripada 3 orang "Datuk T" yang terlibat mendedahkan rakaman video seks seorang pemimpin politik parti pembangkang dengan pelacur Cina yang menjadi gegak-gempita satu negara sejak dua hari lalu.

Aku diberitahu, pada sidang medianya petang ini RTC mengaku selain beliau, turut sama ialah Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Anwar dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Dusshhhh.... Patutkah aku kata ketiga-tiga mereka ini BANGANG?

Sudah pasti kini rakyat mula simpati dengan Anwar kerana jelas dia "diserang" oleh musuh-musuh politiknya. RTC diketahui sudah lama bermusuh dengan Anwar sejak ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO lagi. Di tambah pula dengan penglibatan Perkasa, sudah pasti para penyokong Anwar yang mula mahu berpaling tadah, kembali menyokongnya kerana sedar Anwar telah "diftnah".

Aku nak tanya, sekarang ini siapa yang mahu percaya bahawa lelaki dalam video yang bersetubuh dengan pelabur Cina itu Anwar selepas mengetahui siapa disebalik pendedahan video tersebut? Sampai mati pun orang tak akan percaya, dan sudah pasti Anwar memperoleh modal besar untuk berkempen merebut tampuk pemerintah Sarawak selepas ini dengan menjaja bahawa dia terus menjadi mangsa fitnah UMNO dan BN untuk menjahanamkan politiknya.

Bangang... cukup bangang! Apa motif ketiga-tiga individu ini mendedahkan video berkenaan pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan secara rasmi dan ketika mahkamah mahu memutuskan sama ada Anwar patut serahkan DNAnya atau sebaliknya?

Jelas sekali pendedahan video ini telah menjadi political milage kepada Anwar untuk mengembalikan keyakinan penyokong PKR dan rakyat terhadap beliau. Aku percaya Anwar akan kaitkan pendedahan video ini dengan kes-kes lain bagi menunjukkan semua dakwaan keatas beliau selama ini sememangnya adalah permainan politik kotor UMNO.

RTC, Eskay dan Shuib sepatutnya menyerahkan rakaman video ini kepada pihak yang berkuasa untuk dijalankan siasatan dan bukannya mendedahkan kepada media terlebih dahulu disertai dengan ugutan kepada Anwar dan Wan Azizah. Jelas ini adalah langkah yang tidak betul walaupun memang betul Anwar yang melanggan pelacur tersebut.

Pengakuan RTC ini akan membuatkan Najib pecah kepala menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini!

Misteri Datuk T... betulkah dakwaan Johari? RTC sila jawab!

Misteri siapa Datuk T khabarnya telah terjawab. Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul  mendedahkan Datuk T ialah Datuk Eskay Shazril Abdullah. Johari mendakwa skandal Anwar dan pelacur Cina itu adalah rekayasa oleh Eskay dan Rahim Tamby Chik (RTC). Malah Johari khabarnya telah mengeluarkan kenyataan mendakwa dia telah dibawa ke Hotel Flamingo untuk menonton rakaman video itu bersama Eskay dan RTC.

Betul atau tidak kenyataan Johari, Eskay dan RTC perlu tampil untuk menjawab tuduhan itu kepada rakyat. Sekarang ini rakyat sudah mula bingung dengan kes video tersebut yang kalau betul ini permainan politik Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada isu DNA serta menagih simpati rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak, nampaknya ia memang menjadi.

Dan jika dakwaan Johari itu tidak benar sama sekali, Eskay dan RTC perlu mengemukakan saman malu terhadap Johari kerana mengheret sama kedua-dua individu ini dalam skandal terbaru ini.

Anwar juga perlu saman Eskay kerana memfitnah beliau. Tapi kalau betul lelaki yang pancut kat muka amoi tu Anwar, dia juga boleh kemuka saman malu sebab dedahkan video tersebut. Tok Guru Pas kata berdosa mengaibkan orang dan tak boleh masuk syurga. Kalau aibkan Najib & Rosmah tak apa... halal!

Tapi walau apa pun seperti aku katakan, isu video seks ini bukan isu yang penting dalam dunia kepolitikan negara masa kini sebaliknya kes DNA Anwar yang kini mahkamah telah memberi kebenaran untuk mengambil sampel mamat ini dari tuala, botol air dan berus gigi itu perlu diberi keutamaan. Keputusan DNA daripada ketiga-tiga barang bukti itu akan menjadi penentu masa depan politik Anwar serta keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Namun aku percaya Anwar tidak sebegitu mudah membenarkan pihak mahkamah mendapatkan DNAnya dari barang bukti ini. Pastinya bantahan demi bantahan, penangguhan demi penangguhan dan segala jalan termasuk memutar-belit fakta  akan dicari dan digunakan oleh pasukan peguam Anwar untuk memastikan DNA Anwar tidak diambil atau ditolak sebagai bukti.

Seperti aku katakan sekian banyak kali, dalam kes liwat ini pasukan peguam Anwar menggunakan kelemahan teknikal untuk menyelamatkan anak guam mereka dan bukannya mencari alibi bagi menolak sama sekali dakwaan terhadapnya.

22 March 2011

Nasib Anwar bergantung pada DNA bukan video seks... (Updated!)

TERKINI (23/3/2011):
Mahkamah akan guna pakai DNA yang ada pada tuala Good Morning, botol air mineral dan berus gigi yang diambil dari lokap yang menempatkan Anwar Ibrahim selepas barangan tersebut diterima semula sebagai barang bukti. Tetapi mahkamah tolak usul supaya Anwar diarah serahkan sampel DNA-nya.

Maknanya perbicaraan kes liwat ini akan berlarutan lagilah selepas ini. Nantinya Anwar bersama barisan peguamnya akan mencari jalan untuk terus pusing 7 keliling mengenai DNA yang diambil dari barang bukti dan keputusan mahkamah yang ubah keputusan yang dibuat ketika perbicaraan dalam perbicaraan.

POS ASAL:
Esok adalah penentu nasib Anwar Ibrahim kerana esok mahkamah akan putuskan sama ada Anwar perlu menyerahkan sampel DNA beliau atau tidak. Kalau mahkamah arahkan Anwar berbuat demikian, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menyerahkan "mahkota kesuciannya" iaitu sampel DNA-nya untuk dianalisis untuk dibandingkan dengan DNA Lelaki Y pada bontot Saiful Bukhari.

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi esok juga akan menamatkan perbicaraan kes liwat paling panjang dalam sejarah kehakiman negara yang sudah memasuki tahun ketiga. Tapi kalau mahkamah kata Anwat tak perlu serah DNA, aku tak pasti sampai bila perbicaraan kes ini akan berlarutan. Silap-silap tidak berpenghujung.

DNA Anwar sebetulnya penentu masa depan Anwar. Bukan sahaja dia tahu tahu ramai rakyat yang tahu. Kalau sampel DNA beliau sama dengan DNA pada bontot Saiful Bukhari (yang sudah diambil lebih awal), maka ke Sungai Bulohlah Anwar. Tapi kalau DNAnya tidak sama, maka hajat Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah adik beradik nak duduk Seri Perdana mungkin jadi kenyataan.

Apa yang pasti keputusan mahkamah esok berhubung penyerahan sampel DNA Anwar adalah penentu masa depan politik negara. Biarpun sekarang ini Anwar dikaitkan dengan lelaki yang melanggan pelacur Cina di sebuah hotel di ibu negara, yang rakaman videonya telah didedahkan semalam tetapi rakaman video itu tidak memberi apa-apa impak kepada Anwar berbanding sampel DNA. Sebab itulah dia amat-amat kuat mempertahankannya.

Jadi persoalannya, mampukah Anwar pertahankan DNA beliau atau DNA-nya sendiri bakal menamatkan karier politiknya? Pergh... tak sabar nak tunggu esok!

Video seks: Anwar report polis, Datuk T nak suruhanjaya siasatan (updated!)

TERKINI:
Datuk T, orang bertanggungjawab dedahkan video seks lelaki mirip Anwar tetapi berperut buncit dengan pelacur Cina mahukan kerajaan tubuh suruhanjaya siasatan untuk siasat kes ini. Dia juga khabarnya akan serahkan jam Omega yang dipercayai milik lelaki berperut buncit tetapi dua kali pancut dalam masa 20 minit itu kepada suruhanjaya berkenaan untuk dianalisis DNA.

POS ASAL:
Wakakaha... Anwar  buat laporan polis pasal video seks yang didedahkan semalam. Yang peliknya dia belum lagi tengok rakaman tu sebab ikut kata Datuk T ia akan diserahkan dalam tempoh seminggu bagi peluang Anwar dan Wan Azizah bersara dari arena politik. Habis tu macam mana Anwar tahu yang lelaki dalam rakaman itu dirinya? jeng jeng jeng...

Lepas tu dia persoal pulak kenapa polis tak halang Datuk T dedah rakaman video tu kepada para editor semalam. Hehe... macam mana nak kalau polis pun tak tahu. Lagi pun ia private function bukannya buat demonstrasi ke ceramah umum ke macam orang Pas buat selalu. Macam jugak Teresa Cock dedah video "wanita Cina" kena ketuk-ketampi bogel dalam bangunan Parlimen dulu. Ada polis tahan Teresa? Tak ada kan?

Polis sebenarnya cukup baik dah. Kalau ikut undang-undang Anwar tak ada peluang bebas seperti sekarang boleh buat ceramah ke hulu ke hilir, boleh ke luar negara makan angin sebab dia adalah TERTUDUH kes liwat, kes jenayah yang sepatutnya tertuduh ditahan di dalam lokap sementara perbicaraan dilangsungkan. Lagipun Datuk T cuma dedah rakaman video tetapi yang bersetubuh dengan amoi dalam video tu yang patut dipersoalkan dulu.

Ini macam seorang jiran lapor polis rumah jirannya kena rompak. Dia nampak perompak tersebut tetapi tak boleh nak buat apa-apa. Kalau ikut style Anwar, dia nak jiran yang buat pendedahan itu ditangkap bukannya perompak rumah jirannya. Ya tak?

Satu lagi jadi persoalan, betulkah salah seorang kumpulan yang berkaca mata hitam yang dedahkan video masa kat Carcosa Seri Negara semalam itu adalah Datuk T? Ada beberapa sahabat mendakwa Datuk T tiada di Carcosa ketika itu. Wallahua'lam.

Apa yang aku musykhil ialah apabila dalam awal rakaman video seks itu ada seorang lelaki yang tidak dikenali bersama-sama mamat ini dan wanita Cina tersebut:
The black-and-white video was shown in several parts, beginning with the politician, a woman with East Asian features, and another unidentified man in a hotel room. - Malaysian Insider

Siapa "another undidentified man in a hotel room" yang dimaksudkan oleh Malaysian Insider di atas? (Makluman wakil Malaysian Insider antara salah seorang media yang menonton rakaman video seks ini). Apakah perantara bagi deal antara pelaku dan pelacur tersebut atau dialah Datuk T?

Jeng jeng jeng..... Misteri misteri! Tapi bila Anwar dah buat laporan polis, nanti polis akan siasatlah dan nanti akan terdedahkan sama ada rakaman video itu betul atau palsu, sama ada betul pelakonnya Anwar atau bukan dan siapa Datuk T.

Tapi harap Anwar terima apa sahaja hasil penyiasata polis. Jangan sampai bila polis sahkan lelaki itu dirinya, mula marahkan polis dan ajak rakyat berdemonstrasi dan dakwa polis berkonspirasi dengan Najib dan kerajaan nak jatuhkan dirinya.

Polis juga patut soal Wan Azizah kerana hanya dia yang tahu tanda lahir yang ada pada tubuh Anwar dan menjawab persoalan betulkah dia menyimpan jam tangan Omega milik Anwar?

Siapa jumpa jam Omega? Sila report polis

Ini ke jam Omega yang dikatakan hilang tu?
Sebuah jam tangan jenama Omega dilaporkan telah hilang di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur 21 Februari lalu dan sesiapa yang menemuinya sila buat laporan polis kerana jam itu milik seorang Ahli Parlimen pembangkang. Ia dilaporkan hilang ketika bersetubuh dengan seorang amoi PRC.

Ops... Bukan.. bukan.. Bukan jam Anwar Ibrahim. Jam Omega Anwar bininya yang simpan. Jangan tanya aku kenapa bininya itu simpan jam tangan lakinya. Setahu aku jam untuk dipakai bukannya untuk disimpan. Lainlah kalau barang kemas, pakai time-time pergi dinner atau kenduri kahwin saja.

Tapi tak apalah. Jangan marahkan Anwar. Dia pemimpin anugerah tuhan dan manusia paling baik, bersih, suci dan bebas dari segala kejahatan dunia dan akhirat. Jadi jangan kata itu jam Omeganya.

Okey semua! Kalau dah jumpa jam tu jangan lupa ambik sampel DNA pada jam tersebut ya!

Selamat maju jaya!

MTB: Tak pakai jam Omega tapi makan telur Omega #3....

21 March 2011

Video seks dengan China Doll... Check-mate!

UPDATED:
Ini yang dideskripsi oleh Malaysian Insider mengenai rakaman video tersebut. Siapa yang tengok video ini akan sahkan bahawa lelaki tersebut ialah dot dot dot... Tapi macam mana mereka yang tak tengok video ni tahu ini bukan dot dot dot?
The black-and-white video was shown in several parts, beginning with the politician, a woman with East Asian features, and another unidentified man in a hotel room.
The second part, recorded from four slightly different angles, showed the man receiving oral sex from the woman and then having sexual intercourse with her in several positions.
The sex acts lasted 17 minutes before the man exited to the right, which seemed to be where the bathroom was.
The woman, after wiping herself with some tissue, then rummaged through the politician’s belongings, fishing out what Datuk T said was an Omega watch.
Khabarnya editor-editor kanan media arus perdana, media alternatif termasuk Malaysiakini dan Malaysian Insider pun diberi peluang tengok rakaman video ini. Kalau dah semua bos-bos surat khabar utama dan alternatif dah tengok, apa lagi puak-puak mereka nak spin?

Takkan nak kata Utusan sudah pusing ini cerita sedangkan hampir semua media dapat lihat rakaman video ini. Takkan kata Malaysian Insider dan Malaysiakini yang selama ini duk sokong pelakunya boleh kata buat fitnah kut?

Bijak Datuk T ni ya? Khabarnya orang kanan mamat ni sendiri...!!

POS ASAL:
Alaa Zizah... chek dah kantoi Zizah... Tolong chek Zizah, chek dah tadak negara mau lari. Tolong chek Zizah... Alaaa Kassim... Kassim tak selamat dah...!! Habislah chek kali ini. Kenapalah boleh terkantoi ni. Macam mana chek nak pusing... alahaiii...!!

Obama... tolong selamatkan chek. Suruh askar Bersekutu yang duk serang Libya tuh hantar Tomahawk kat Malaysia sekali. Chek dah tak boleh lari dah. Alahaiii... macam mana mamat ni boleh selongkar laci dalam bilik hotel ni... alahai macam mana 4 CCTV ada kat situ... Ini misti kerja Najib Altantuya.. tak pun Big Mama. Alahaiii... Zizah tolonglah chek!

Kalau dengan mamat Chepol boleh aku koner baring... ini siap video ni. Alahaiii... mana Shamsol Pendek, mana Saifuddin Nasution... Tolong buat roadshow satu Malaysia habaq yang dalam video tu bukan chek, tapi Najib Altantuya. Depa duk pakai topeng muka chek... Tak pun habaq la video tu super imposed. Tolong chek...!!

Mana itu amoi.. kasi panggil sini mari. Kasi wang juta-juta suruh dia mengaku itu bukan chek.. Itu Najib Altantuya. Suruh dia sign pengakuan bersumpah. Cibai.. cibai.. itu amoi. Main sama jantan tak kantoi, main sama amoi boleh kantoi. Zizah tolong chek Zizah..!!

Pilihan raya Sarawak sudah mai tapi macam mana boleh kantoi. Cilaka itu Najib Altantuya... cilaka itu Datuk T! Aku suruh ambik jam Omega aku yang tertinggal, apa pasal kau selongkar laci. Tak boleh harap punya Datuk. Sia-sia aku bela kau... lebih baik aku bela jantan jambu...!

Matilah aku Zizahhhh............. oooiiii...!!!

Pssstt... Ini semua balasan dari Allah atas dosa-dosa dan kemusnahan yang dilakukan selama ini tetapi puak-puak Pas tetap tak mengaku ini kerja Allah. Mereka tetap kata ini kerja UMNO....

Baju nampak tetek... Miera tak perlu minta maaf

Hanya sehelai baju telah melonjakkan nama Miera Leyana... Hebat!
Miera Leyana tak perlu minta maaf gara-gara memakai baju yang menampakkan sebahagian teteknya sebaliknya dia patut berterima kasih kepada pencipta pakaian itu, Wan Huzairil kerana kalau tidak pakaian tersebut sudah tentu orang tidak mengenali siapa Miera Leyana.

Sungguh... Aku sendiri pun rasanya tak pernah dengar namanya sebelum ini. Maknanya namanya tidaklah hebat sangat dalam industri hiburan kita. Tetapi gara-gara berpakaian sedemikian, tiba-tiba namanya meletup dan semua orang pakat cari gambarnya itu di Internet.

Lagi pun buat apa nak minta maaf sedangkan Miera bukan setakat artis tetapi juga model antarabangsa (ikut pengakuannya di sinilah!). Jadi sebagai model antarabangsa setakat bergambar sehingga menampakkan sedikit bahagian buah dada (sebab fesyen pakaian) apalah sangat kalau nak banding ramai lagi mereka yang mengaku sebagai artis, berpakaian hampir separuh bogel malah ada yang sanggup berbogel pun. Jadi buat apa Miera kecoh-kecoh nak minta maaf pada peminat?

Aku percaya selepas ini saham Miera meletup-letup dan akan menjadi buruan ramai kalangan produser untuk mengambilnya sebagai pelakon drama atau filem mereka. Malah para VIP gatal yang sedang mencari calon bakal isteri muda pun akan resah gelisah nak tahu siapa gadis ini, kan?

Jadi, tahniahlah Miera kerana anda telah berjaya melonjakkan nama anda di persada hiburan tanah air hanya melalui sehelai baju sedangkan berlakon 5 drama sebelum ini haram tak ada siapa perasan adanya pelakon bernama Miera Leyana.

Mari pakat kutuk serangan AS dan sekutu ke atas Libya

Seperti dijangka AS dan sekutu telah mengambil kesempatan ke atas kemelut yang melanda di Libya untuk bertindak "merampas" hasil bumi negara Islam itu dan menggulingkan pemimpinnya, Muammar Gaddafi yang pernah digelar Singa Asia Barat kerana lantang menghentam Barat dan PBB yang dianggap berat sebelah.

Awal pagi semalam armada AS, British, Perancis dan Itali telah menyerang Libya dengan alasan bagi menghentikan tindakan tentera Muammar ke atas pasukan pemberontak. Tetapi serangan tersebut bukan sahaja boleh mengorbankan tentera kerajaan Libya, tetapi lebih menyayat hati orang awam termasuk kanak-kanak turut menjadi korban.

AS dan sekutu boleh menyalahkan Muammar kerana memilih untuk menentang resolusi PBB dan menyebabkan negara mereka diserang tetapi bagi aku tiada sebab untuk negara asing masuk campur dalam hal ehwal Libya. Tetapi seperti aku katakan sebelum ini, Barat sudah lama mengidamkan Libya sepertimana mereka mengidamkan Iraq dan Iran.

Kini mereka sudah menyerang Libya dan Muammar akan menggunakan segala kundrat yang dimiliki untuk mempertahankan negaranya daripada serangan tentera asing dan pasukan pemberontak yang aku percaya turut dibiayai oleh Barat untuk menumbangkan Muammar.

Justeru aku menyeru seluruh rakan blogger dan rakyat Malaysia marilah kita pakat kutuk serangan pihak bersekutu yang diketuai oleh AS ke atas Libya. Hentikan serangan tersebut kerana yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak berdosa.

Atau AS dan sekutunya patut mengambil tindakan serupa ke atas Israel yang sekian lama menindas dan membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan. Kenapa Libya diserang sedangkan Israel yang lebih besar dosanya dipupuk bagai bayi dalam buaian.

Nyata AS sama saja sama ada presidennya kulit putih atau kulit hitam, sama ada presidennya pernah bersekolah di negara Islam atau tidak...!!

20 March 2011

Effendi Norwawi buat "comeback" dan ganti Taib Mahmud?

Apakah Effendi akan buat combeback dan gantikan Taib selepas pilihan raya Sarawak nanti?
Teka-teki pilihan raya negeri Sarawak bakal terjawab apabila DUN negeri itu akan dibubarkan esok. Bermakna dalam tempoh 60 hari, pilihan raya negei akan dilangsungkan. SPR sudah tentu dah ada tarikh untuk laksanakan pilihan raya ini.

Teka-teki kedudukan Taib Mahmud juga bakal terjawab apabila beliau mengesahkan akan berundur selepas pilihan raya Sarawak nanti. Walaupun dia akan tetap bertanding tetapi seperi dijanjikan kepada Najib, beri masa kepada Taib untuk memilih penggantinya. Erk... siapa yang layak ganti Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak?

Bila sebut pasal Ketua Menteri Sarawak, aku teringat ahli politik dan ahli korporat Sarawak yang semakin dilupakan - Effendi Norwawi yang juga suami kepada "Puteri Gunung Ledang", Tiara Jaquelina. Dia adalah pemimpin politik Sarawak yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Taib Mahmud ketika zaman Dr. Mahathir sebagai PM. Tetapi karier politik Affendi di peringkat negeri disekat menyebabkan dia ditarik ke Pusat dan menjadi menteri kabinet.

Tetapi ketika zaman Pak Lah, nama Effendi seolah-olah hilang dan dilupakan. Orang lebih mengenalinya sebagai suami kepada Tiara di samping aktiviti korporatnya sebagai Pengerusi Eksekutif Encorp yang jarang-jarang didengari.  Cuma sejak beberapa minggu lalu nama beliau kembali hangat diperkatakan apabila beliau digosipkan sedang hangat bercinta dengan janda meletop, Maya Karin. Sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya negeri atau tidak aku tidak pasti.

Namun ketika pilihan raya Sarawak bakal dilangsungkan nanti, khabarnya Effendi bakal membuat penampilan semula di kerusi DUN dan sekali gus mengambil alih tampok pemerintahan Ketua Menteri Sarawak yang sekian lama dikuasai oleh Taib. Betul ke? Mungkin ya dan mungkin tidak!

Ramai yang beranggapan Taib tidak akan mudah "melepaskan" kerusi Ketua Menteri kepada orang lain, apatah lagi Effendi. Lagipun Effendi pun sudah masuk 63 tahun.

Sebaliknya ramai yang membayangkan Taib akan menyerahkan kerusi yang diduduki sekian lama kepada salah seorang anaknya, kemungkinan Mahmud Abu Baker. Mahmud  sudah acap kali dipujuk untuk menyertai politik  tetapi ditolak. Namun apakah kali ini Mahmud akan cair dan bertanding di salah satu kerusi DUN, yang kemudiannya akan dilantik sebagai pengganti bapanya?

Hanya orang Sarawak yang tahu politik Sarawak!

19 March 2011

Kalau Najib serah DNA, ingat Anwar akan mengalah ke?

Kalau Najib serah DNA-nya untuk sahkan dia tidak terlibat dengan kes Altantunya korang ingat senang-senang Anwar, puak-puak Pas nak terima? Paling-paling diorang akan tetap pusing 360 darjah dan akan kata DNA Najib tak ori dan bukan DNA yang sah. Dan macam-macam lagi diorang akan pusing.

Yang jelas, Anwar tetap tidak akan berikan DNA sebab kalau mahkamah atau jabatan kimia dapat DNA dia, macam-macam kes boleh dikaitkan dengan Anwar. Silap-silap bukan setakat Saiful Bukhari atau Afifa sahaja, tetapi ramai lagi yang tampil mengesahkan bahawa DNA Anwar pernah bertempek kat badan mereka, kalau tak kat depan... kat belakang.

Itu sebabnya Anwar akan mati-matian pertahan DNA termasuk menggerakkan gerakan pusing keliling minta DNA Najib konon nak kaitkan dengan Altantunya. Bila Najib kasi DNA, Anwar tetap tak kasi. Itulah perangai Anwar.

Kalau Anwar tak mahu kasi DNA dia tu aku fahamlah sebab nak tutup segala dosa-dosanya yang pernah dia buat, tapi yang aku tak faham kenapa Hadi Awang duk sebok backing Anwar pasal DNA. Boleh dia kata gerakan demonstrasi tuntut Anwar serah DNA sebagai bermotif politik UMNO. Oii\puak-puak DAP pun duk diam je bila orang ramai berdemo minta Anwar serah DNA. Tapi yang puak-puak Pas duk sibuk pertahan DNA Anwar tu pasai apa?

Bodoh... bangang... macam mana orang Pas pilih Hadi ni sebagai Presiden mereka. DNA Anwar diperlukan sebab dia sebagai TERTUDUH UTAMA kes liwat Saiful Bukhari. Kalau tertuduh tu Mat Sabu, polis tak akan minta DNA Anwar tapi dia minta DNA Mat Sabu. Sebabnya dia nak bandingkan DNA tertuduh utama dengan DNA Lelaki Y pada Saiful, bengong! Apa yang politiknya?

Habis tu kalau sayang sangat kat Anwar, apa kata Hadi Awang serang je DNA dia. Tengok kot-kot mana tau DNA Hadi pun ada bercampur dengan DNA "Lelaki Y". Muahahahaha... Tapi aku suka gak kalau Anwar terus berdegil pasal nak serah DNA ni. Makinlah rakyat meluat dan mulakan duk fikir kenapa Anwar susah sangat nak bagi DNA dan sudah semestinyalah rakyat fikir betullah Anwar bersalah. Kalau tak salah kenapa takut? Betul tak?

Anwar... Anwar... Bertaubatlah weih. Kesianlah kat anak cucu kau tu. Kalau kau bebas pun sebab "teknikal", kau ingat anak-anak dan cucu cicit kau boleh hidup tenang ke? Sampai mati dia akan menyalahkan kau. Dahlah weih. Bawaklah bertaubat. Wan Azizah, Nurul Izzah ajaklah suami dan bapa awak tu bertaubat. Jangan sampai korang anak beranak dilaknati Allah dan dihina oleh 28 juta rakyat Malaysia...

Bok Lokman pun dah insaf, kau Anwar bila lagi?

18 March 2011

Heboh gambar Ketua UMNO Gombak dan dot dot dot

Gambar kontroversi... Ori atau palsu?
Heboh di alam maya apabila tersebar gambar Ketua UMNO Bahagian Gombak dengan seorang wanita dalam keadaan yang cukup intim. Khabarnya gambar tersebut mula disebarkan oleh blogger Milo Suam, blogger mesra pembangkang. Akibatnya ramailah blogger mesra kerajaan tuntut mamat ni buat penjelasan. Betulkah? Kalau betul sahkah?

Ada yang tuntut supaya kalau benar gambar ini super imposed, mamat ni kena tender surat saman kat blog Milo Suam. Ada juga yang awal-awal pertahan kata gambar ini adalah super imposed.

Aku tak mahu komen sama ada gambar ni betul-betul super-exposed atau hasil super-imposed. Tak mahu aku dituduh sengaja nak mempopularkan blog aku walaupun sebenarnya aku ada sedikit ilmu untuk memastikan gambar ini palsu atau sebaliknya.

Oopss.. nak senang pastikan ia palsu atau ori, dapatkan gambar asal, bukan gambar yang telah disimpan semula orang lain apatah lagi kalau dah dipinda macam kurangkan resolusi, taruk watermark dll... Maaf gambar dalam Milo Suam dah tak "ori". Info mengenai gambar ni dah "hilang" sebab mungkin dia dah Save As dan guna nama lain atau gambar yang dia terima dah tak ori. Mungkin copy dari sumber lain.

Kalau gambar original, maklumat tentang tarikh gambar diambil dan jenis kamera yang digunakan ada disimpan dalam gambar tersebut secara tersembunyi. Contoh, cuba anda rakam gambar guna Blackberry, handphone atau kamera digital anda, kemudian pindah ke komputer. Bawa kursor ke thumbnail imej tersebut dan akan terpampang maklumat yang aku nyatakan itu.

Tapi yang dalam Milo Suam dah tak ada semua tu. Itu cara paling mudah nak tahu ori ke palsu. Cara lain (kalau gambar dah hilang maklumat tu) kena guna perisian khas... Yang ini aku tak boleh bagitau, panjang cerita!

Bagi aku betul atau tidak gambar ini, elok kita serah kepada tuan punya badan untuk buat penjelasan. Kalau bukan super-imposed pun, siapa tahu kalau pasangannya itu adalah isteri yang sah. (Psstt... pasangannya itu macam familier. Di mana ya?) Tak pasal-pasal kita dapat malu. Tak gitu?

Cuma satu je nasihat, jangan sekali-kali bergambar dalam keadaan seperti ini baik dengan pasangan yang sah, apatah lagi yang tak sah terutama di kalangan pemimpin politik. Sebab ini semua akan menjadi senjata pemusnah diri sendiri dan parti.

Bagi mereka yang belum masuk politik tetapi pernah bergambar sedemikian pun elok jangan involve dalam politik. Seperti aku kata sebelum ini, bila masuk politik musuh kita ada di sekeliling dan cari sebab untuk menjahanamkan kita, tak kira dari lawan mahupun kawan.

Hati-hatilah....!

Nota: Perkataan super-impose mula terkenal sejak tersebar gambar intim Edry KRU dan Linda Rafar sekitar tahun 1990-an dahulu. Sejak itu ada saja gambar kontroversi semua kata ia super-impose.

Tony Pua balik Malaysia sebab ditolak di Singapura?

Rupanya Tony Pua pernah cuba-cuba nak jadi wakil rakyat di Singapura. Maklum sebahagian besar dunia persekolahannya di negara republik itu, dari sekolah rendah di Raffles Junior College hingga A-level di Raffles Institute. Tapi sebab pernah didakwa di mahkamah, hajat mamat kelahiran Batu Pahat ni nak jadi wakil rakyat di Singapura tak kesampaian.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memajukan industri multimedia dan ICT menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC) dia menubuhkan sebuah syarikat IT, Cyber Village, syarikat e-knowledge yang kemudian disenaraikan di Bursa Saham Singapura. Sebab nak sangat jadi politikus, akhirnya Tony Pua jual syarikat itu dan bertanding pada PRU-12 atas tiket DAP. Sebab tsunami politik, maka dia menang di PJ Utara.

Sekarang ini dia yang sebahagian besar hidupnya di luar negara (Singapura dan UK)  bukan main lantang bercakap tentang ketenteraan Malaysia. Dia tahu ke perihal ketenteraan sampai nak kondem apa sahaja Mindef buat, perihal beli bot peronda sampai hanl-hal ini?

Nah kau, kena bantai dik Ahli Parlimen berjiwa muda macam Bung Moktar, tak pulak kau nak jawab. Aku tak nak tuduh dia macam Bung katakan dalam Parlimen sebagai ejen Singapura tempoh hari tapi kita semua tahulah para pemimpin DAP ni sering bercakap mewakili abangnya di seberang tambak tu. Tambahan pula kalau pemimpin yang sebahagian besar hidup di negara tersebut. Dahlah tu, pernah pulak nak jadi wakil rakyat di sana.

Jadi korang faham-fahamlah kalau Tony Pua ni sering kali lantang bercakap menghentam pihak tentera Malaysia. Tak lain nak menunjukkan kelemahan pihak tentera kitalah tu. Elok juga cabaran Zahid Hamidi supaya dia masuk jadi askar Wataniah macam KJ buat. Tak pun kalau berani sangat masuk pasukan payung terjun. Ada berani?

Haram tak berani punya...!

Pilihan raya Sarawak 4 April? (Updated!)

TERKINI (Sabtu, 19 Mac 2011):
+ DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac bagi membolehkan pilihan raya negeri itu dapat dilangsungkan. Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
+ Taib Mahmud akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri tetapi akan tetap bertanding pada pilihan raya tersebut.

POS ASAL:
Khabar dari Bumi Kenyalang bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada Sabtu 4 April 2011. Betul ke? Bukan April Fool? Itu khabar-khabar yang aku peroleh. Manakala ramai pula meramalkan pembubaran DUN akan dibuat dalam masa beberapa hari ini.

Semalam, Ketua Menteri TS Taib Mahmud dah mengunjungi Yang Dipertua Negeri. Ramai yang buat spekulasi Taib Mahmud minta restu Gabenor Sarawak untuk bubar DUN. Katanya 21 Mac ini. Betul ke? Kalau bubar DUN 21 Mac, dalam ada masa kira-kira 2 minggu sebelum 4 April. Bila tarikh penamaan calon?

Tapi ada juga yang menyatakan 4 April adalah tarikh DUN dibubarkan, bukan tarikh pilihan raya. Yang mana satu yang betul ye?

Teka-teki tentang pilihan raya negeri Sarawak sedang hebat diperkatakan. Bila tarikhnya tak perlu difikirkan sangat sebenarnya. Yang penting semua pihak baik jentera parti, SPR, polis dan semua yang terbabit kini sudah bersiap sedia dan menunggu masa Pehin Taib buat pengumuman.

Lagipun bulan madu Taib dengan isteri Lebanon khabarnya dah selesai jadi elok sangatlah fikirkan pula perihal pilihan raya negeri. Semua dah tak sabar terutama mamat yang disuruh serah sampel DNA tu. Dah tak sabar dah...

Mana pergi entri Ketua Pemuda Seputeh?

Ramai duk tanya mana pergi entri aku pasal Ketua Pemuda Seputeh tu? Sekejap ada sekejap tak ada? Macam biskutlah pulak. Hemm... sabar-sabar. Artikel tu ada dalam simpanan. Aku simpan balik. Tunggulah tiba masa aku keluarkan balik.

Aritu saja bagi sikit sebagai pengetahuan kalian. Terima kasih kepada yang sudah bagi komen.

Hisham... jengoklah Pulapol!

Kesian bakal-bakal polis kita kat Pulapol Jalan Semarak. Sejak dikesan ada kes Adenovirus tiada siapa jenguk mereka di sana dan lihat keadaan pusat latihan itu. Apa sebenarnya penyebab berlaku wabak jangkitan virus akibat binatang ini? Betul ke keadaan di Pulapol menyedihkan terutama stor tempat simpan barang dapur seperti beras, gula juga menjadi sarang tikus?

Seingat aku sehingga kini menteri yang jaga polis belum jenguk keadaan di Pulapol walaupun dah dua orang bakal anggota polis meninggal dunia akibat jangkitan virus ini dan dah berapa ramai dah yang masuk ICU. Ketua Polis pun khabarnya belum jenguk keadaan para pelatih polis ini di HKL apatah lagi masuk Pulapol ketika kes ini tersebar. (Betulkan kalau aku salah...!)

Hisham tak boleh bergantung kepada laporan pihak atasan di Pulapol atau Menteri Kesihatan sahaja tetapi dia kena jenguk keadaan di Pulapol tu. Betul ke stor simpanan makanan jadi sarang tikus, lipas dan segala mak nenek? Atau takut nak masuk Pulapol sebab takut jangkitan Adenovirus? Dan pada masa sama pergilah juga jenguk keadaan kuarters mereka kat belakang sana tu. Uzur benar rupanya.

Aku rasa dah berapa ramailah Menteri Dalam Negeri bertukar, tetapi jarang benar aku dengar mereka pergi lawat Pulapol. Tak tahulah pulak kalau mereka pergi diam-diam sampai tak boleh dikesan oleh pihak media. Tetapi aku rasa jarang benarlah dengar menteri lawat Pulapol, apatah lagi Perdana Menteri atau timbalannya.

Seingat aku menteri yang rajin jengok keadaan balai polis, berek polis, penjara hanya DS Noh Omar masa dia jadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu. Pantang ada kes, cepat je dia sampai. Yelah, kalau tak jengok sendiri macam mana nak tahu keadaan sebenar. Aku memang suka cara macam ni. Bukan jenis menteri yang hanya tunggu laporan dari pihak berkenaan, sebab tahu sajalah kalau laporan tu semuanya baik. Susah nak cari yang tak elok. Kalau tak elok, nanti yang bagi laporan juga kena bambu.

Sebenarnya Pulapol ini juga penting selepas Akademi Polis di Cheras itu. Di sinilah para anggota polis pelbagai pangkat peringkat pertengahan ke bawah (setahu aku dari Inspektor ke konstabel) dilatih. Tapi tempat latihannya pun dah uzur luar dalam, macam mana nak lahirkan anggota polis yang baik. Maklum Pulapol ni dah lama dah. Seingat aku ditubuhkan masa zaman penjajahan British lagi. Sebab tu banyak bangunannya masih lagi kekal dengan bangunan kayunya. (Baca sejarah Pulapol di sini!)

Aku tahu sebab aku sering jugak keluar-masuk kawasan Pulapol sebelum ini sebab sepupu aku tinggal kat kuarters Pulapol dan masa muda-muda dulu pernah juga beradu tenaga dengan para pegawai PDRM lawan bola kat padang Pulapol ini. Kuarters mereka pun kecik dan sempit. Hanya mempunyai dua bilik. Sepupu aku tinggal situ dari baru kahwin sampai sekarang dah bercucu. Agaknya sebab mereka bukan pegawai pangkat tinggi maka ramai yang terlepas pandang.

Satu lagi sehingga kini kerajaan belum dapat sahkan dari mana punca datangnya wabak Adenovirus ini. Pulapol dah nafi penyediaan makanan  punca jangkitan walaupun beberapa ada veteran polis bagi tahu kalau keadaan stor simpanan makanan jadi sarang tikus.

Lepas tu mereka salahkan Sungai Bonus punca jangkitan. Sungai Bonus mengalir hampir sebahagian kawasan KL sebab dia adalah anak sungai kepada Sungai Klang. Bayangkan kalau sungai ini puncanya, bukan setakat Pulapol kena jangkitan, warga KL kat Kg. Baru dan Semarak pun dah kena jangkitan ini. Tapi nampaknya hanya pelatih dan kakitangan dalam Pulapol saja yang kena.

Jadi aku harap pak menteri yang jaga polis jengoklah keadaan di Pulapol dan lihat tang mana yang tak kena. Lepas tu pereloklah sikit Pulapol tu. Sekarang ini banyak dah berek polis dan balai polis satu negara dah diperbaharui, elok juga kalau Pulapol juga dibina baru.

15 March 2011

Maaf! Tiada tempat untuk Melayu berniaga di Pulau Pinang

Mintak maaflah kepada para peniaga Melayu terutama penjaja kecil-kecil ni. Pulau Pinang bukan lagi tempat untuk kamu cari makan. Tidak ada tempat untuk orang Melayu berniaga di pulau ini. Kalau kalian nak berniaga, pergilah seberang jambatan. Nun di Seberang Prai. Kalau kat pulau... no way!

Kalau nak berniaga juga boleh. Kena sewa kedai. Banyak kedai yang boleh disewa tapi sewa kena ikut pasaranlah. Kalau orang Cina sewa RM5,000 sebulan orang Melayu pun kena bayar sewa harga sama. Tiada harga "istimewa" untuk orang Melayu di sini. Melayu, India, Cina sama saja. Okey...!

Ops.. Maaf. Nak berniaga pakai van bergerak pun tak boleh sebab memang Pulau Pinang tak dibenarkan berniaga macam tu. Pulau Pinang sekarang mahu kasi nampak cantik maa... Tak macam dulu. Sebut Pulau Pinang orang akan bayangkan sungainya yang kotor dan busuk. Sekarang cantik molek.

Tapi itu Cina berniaga tepi jalan, atas jalan, atas kaki lima, kawasan letak kereta bandaran tak apa?

Oh.. Itu aku tak boleh jawab. Hang pa kena tanya Ketua Menteri-lah. Sebab sekarang Ketua Menteri orang Melaka bukan Penang mari.

Kalau orang Melayu mahu berniaga macam dulu, kasi tukar kerajaan negeri sama Barisan Nasional (BN). Ketua Menteri kasi orang Melayu baru orang Melayu boleh "bernafas" kat Pulau Pinang. Kalau tidak, orang Melayu kemas barang angkut seberang  jambatan. Habis cerita!

Apa susah... Malaysia ada 14 buah negeri. 10 negeri bawah BN. Hang pa pilih la mana mau duduk. Ini Pulau Pinang kasi sama dioranglah. Apa susah. Dulu Singapura pun depa kasi, sekarang kasi Pulau Pinang pulak.

Apa macam... setuju?

Anugerah Olahragawan Negara milik Azizul (Updated!)

TERKINI:
Tahniah Azizulhasni Awang kerana sekali lagi dipilih sebagai Olahragawan Negara kali kedua berturut-turut dan tahniah juga buat Datuk Nicol David kerana dinobatkan sebagai Olahragawati Negara buat kali kelapan.

POS ASAL:
Azizul Hasni gegarkan dunia di trek lumba basikal. Apakah beliau diumumkan sebagai Olahragawan Negara kali ini?
Dua tahun lepas aku meramalkan pelumba trek negara, Azizul Hasni Awang yang tiba-tiba muncul menjadi anak Melayu pertama menjuarai lumba basikal trek peringkat dunia pada masa itu, tetapi ramalan aku sedikit meleset apabila Chong Wei yang menang perak Olimpik dipilih. (Baca di sini...!!)

Malam ini Anugerah Sukan Negara 2010 akan diumumkan dan aku membayangkan kali ini Azizul Hasni "sangkut". Sebabnya rekod kecemerlangan Azizul Hasni begitu hebat sejak beberapa tahun lalu kerana namanya kini menjagi kegerunan para pelumba dunia yang kesemuanya orang putih. Azizul cuma anak kampung dari Dungun, Terengganu tetapi telah menggegarkan di trek lumba basikal dunia.

Tiada alasan untuk Majlis Sukan Negara mengenepikan Azizul. Benar Lee Chong Wei dan Sazali Samad juga tidak boleh dipandang rendah tetapi seperti aku katakan sebelum ini kita sememangnya salah sebuah negara yang lahirkan ramai jaguh dunia dalam badminton tetapi berapa ramai pelumba dunia yang kita ada? Dan The Rocket Pocket Man ini sungguh istimewa.

Bukan aku nak perkecil Chong Wei atau Sazali tetapi lumba basikal bukan macam main badminton atau bina badan. Lumba basikal ialah perlumbaan menggunakan kudrat 100 peratus, di samping sedikit strategi perlumbaan. Bayangkan Azizul yang kecil molek macam tu berdepan dengan pelumba-pelumba dunia dari UK, Australia, Poland dan lain-lain yang badannya aku ingat setengah kali ganda lebih besar dari Azizul.

Bagi Olahragawati pula aku ingat Nicol David lagi sapu. Maklum dah berapa tahun dia pertahan status sebagai pemain skuasy no. 1 dunia. Hebat yeop! Kalau boleh challenge pun Pandelela Rinong yang menang emas terjun Sukan Komanwel.  Tapi masih belum boleh cabar Nicollah!

Apa-apa pun kita tunggu pengumumannya malam ini! Selamat maju jaya kepada semua atlet negara...!

Pekerja Ladang Rakyat dapat bonus 8 bulan? Wow!

Khabarnya para pekerja Ladang Rakyat bakal menikmati bonus 8 bulan. Sekali lagi... 8 BULAN! Biar bonar? Wow! Itu khabar terbaru aku terima dari Pantai Timur beberapa hari lalu. Khabarnya bonus itu bakal dinikmati oleh semua pekerja Ladang Rakyat dan bayaran akan dibuat menjelang akhir bulan ini.

Wow! Kalau betullah, aku nak ucap tahniah kepada Nik Aziz selaku MB Kelantan kerana berjaya memajukan syarikat milik kerajaan negeri ini menjadi begitu menguntungkan. Wahahaha... Utusan yang selama ini disokong oleh UMNO pun tak boleh untung dan tak boleh bagi bonus waima sebulan.

Berita ini sudah pasti mengembirakan para pekerja terutama di ladang kelapa sawit yang banyak mencurahkan kudrat untuk memajukan Ladang Rakyat. Maklum gaji bukanlah besar sangat tetapi dengan adanya bonus sampai 8 bulan, bolehlah mereka bernafas. Kalau sekarang pakai motor buruk nak angkut anak bini, lepas dapat bonus bolehlah fikir beli kereta pulak.

Cuma aku harap ia bukan sekadar janji untuk menyedapkan hati pekerja mereka sepertimana mereka tabur janji setiap kali pilihan raya semata-mata nak pancing undi. Maklum kalau janji pilihan raya tu semuanya manis. Tak ada yang pahit atau kelat. Tengoklah Buku Jingga, 100 hari je boleh buat macam-macam tapi bila dah perintah, nak suruh bagi DNA pun susah hahaha...

Pelik, kenapa berita-berita yang baik seperti ini Harakah tak keluarkan ye? Padahal berita-berita macam inilah yang boleh pancing undi rakyat, bukannya duk cerita keburukan kerajaan BN.

Apa pun tahniah kepada pihak pengurusan Ladang Rakyat dan tahniah para pekerja ladang. Tanpa pekerja Ladang Rakyat tak maju.

Malaysia Bolehland! Tertuduh lebih berkuasa dari PM, hakim

Malaysia Boleh... semua boleh. Itu pasal ramai orang gelar "Malaysia Boleh-land". Mana tak boleh kalau tertuduh kes liwat lebih berkuasa dari tuan hakim atau Perdana Menteri. Tertuduh yang sedang dibicarakan kes liwat boleh lepas bebas, boleh ceramah sana sini, boleh jaja prosiding mahkamah. Hebat OKT seorang ini. Sungguh istimewa. Malaysia Boleh!

Selepas mendapat keistimewaan yang tak boleh dinikmati oleh peliwat lain, tertuduh ini boleh pula nak suruh hakim letak jawatan. Hebat tertuduh ini. Dia ni ada lesen kapal terbang ke sampai hakim pun boleh dia dakwa. Ini siapa liwat siapa ni? Malaysia boleh... memang boleh!

Sekarang ini sebab takut nak kasi DNA sebab takut pula dikaitkan dengan kes-kes lain, tertuduh boleh pulak suruh orang lain bagi DNA. Mereka nak buat kempen satu negara desak Najib serah sample DNA untuk kes ratu Mongolia. Najib ke orang kena tuduh? Yang pasti tertuduh kes liwat tetap takut nak kasik sample DNA sampai macam-macam usaha nak dilakukan.

Lepas ni mana-mana tertuduh kes liwat ke, rogol ke, sumbang mahram ke jangan kasi DNA. Kalau polis ambik DNA tanpa izin, minta mahkamah gugurkan semua bahan bukti. Lepas tu suruh pula mahkamah ambik DNA orang lain. Kalau boleh ambik DNA tuan hakim sendiri. Tak pun ambillah DNA tuan lawyer, tapi jangan DNA OKT.

Bagus... Aku bukan doa tapi bayangkan kalau selepas ini ada anak atau cucu OKT yang nak mengelak diambil DNA ni kena pula liwat atau rogol. Apa pula tindakan mereka? Apakah langkah serupa diambil atau mereka tak cukup tanah kejat peliwat atau perogol berkenaan?

Ish... tak dapat aku bayangkan. Ingat Anwar! Kau ada anak dan ada cucu. Allah itu maha adil. Kau boleh lepas hukuman dunia, tapi hukuman akhirat tak boleh nak elak dah. Lepas tu, Allah juga boleh jatuh hukuman ke atas anak cucu kita. Hari ini kita liwat anak orang, lepas ni orang pulak liwat anak cucu kita. Apa kau nak kata masa tu?

Psttt... Nampak sangat Anwar lebih takut DNA daripada Allah! Masya-Allah....

14 March 2011

Karpal nak dakwa pendemo tuntut Anwar serah DNA... WTF! (Updated!)

TERKINI (15.3.2011)
Perbicaraan kes Anwar ditangguh Isnin disebabkan peguam bela utama, Karpal Singh sedang berkabung ekoran kematian adik bongsunya. Hari ini sepatutnya peguam Anwar hujah pertahan kenapa Anwar tidak sepatutnya diarah serah DNA.


POS ASAL:
Karpal Singh cuba pusing bila Peguamcara mohon mahkamah guna kuasa arah Anwar Ibrahim berikan sampel DNA-nya untuk dibandingkan dengan DNA "Lelaki Y" yang ada kat bontot Saiful. Karpal kata peguamcara terpengaruh dengan politik apabila buat permohonan tersebut. Dia juga kata pendemo langgar peraturan mahkamah bila desak OKT beri sampel DNA.

WTF benggali...! Kenapa kau tak dakwa anak guam kau yang duk jaja cerita mahkamah dalam ceramah-ceramahnya di seluruh negara termasuk ketika berkempen di PRK sebelum ini. Pendemo cuma nak Anwar serah DNA kepada mahkamah. Apa yang susah sangat... bukan suruh hakim jatuh hukuman kepada Anwar. Tapi Anwar dalam ceramah-ceramahnya duk jaja konon dia difitnah, jadi mangsa konspirasi politik dan kaitan Saiful sebagai orang suruhan Najib bla...bla...bla...! Apakah itu tidak mengganggu prosiding mahkamah?

Pusinglah singh pusinglah... Pusinglah sampai 360 darjah. Aku nak dengar apa pula alasan kau esok untuk memastikan hakim tolak permohonan DPP supaya mahkamah guna kuasanya untuk arah Anwar serah DNA. Aku nak dengar... tak sabar yeop!

Sistem mahkamah dah jadi caca-marba angkara Karpal dan Anwar, yeop!

Lepas tu Anwar cuba elak beri DNA konon nak buat desakan supaya Najib serah DNA-nya untuk kes pembunuhan Altantunya. WTF-lah this gay? Bukankah kes Altantunya dah selesai dan mereka yang terlibat dah didakwa dan terima hukuman. Najib tak disebut sepatahpun sepanjang perbicaraan kes ratu Mongolia itu tetapi Anwar adalah OKT dan DAN diperlukan untuk kaitkan dengan DNA "Lelaki Y". Apa yang politiknya?

Kalau ambik DNA Najib, nak banding dengan DNA siapa? Tak adapun DNA lelaki misteri disebut dalam kes Altantunya. WTF Gay! WTF Hadi Awang duk sokong peliwat tegar macam Anu-War!!!

Awas! Perogol gadis bawah umur berkeliaran

Lebih 9,500 gadis bawah umur menjadi mangsa rogol sepanjang lima tahun dari 2005 hingga 2010. Itu yang direkodkan oleh pihak polis. Kalau ditambah dengan kes-kes yang tidak dilaporkan tentunya angka itu bertambah. (Baca di sini!)

Abu Seman Yusop memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari ini, jumlah anak gadis bawah umur yang menjadi mangsa rogol lebih ramai berbanding mereka yang melepasi umur (gadis dewasa) sepanjang tempoh tersebut.

Mak aih... Aku ingat termasuklah mereka yang "serah mahkota" secara suka rela tetapi kerana bawah umur, pasangan dicaj rogol.

Walaupun detail berdasarkan kaum tak diberikan oleh Abu Seman tetapi aku membayangkan jumlah anak-anak gadis Melayu yang jadi mangsa rogol ini tentunya jauh lebih tinggi berbanding kaum Cina dan India. Itu pandangan akulah sebab orang Melayu kan jaguh dalam segala hal.

Melayu hebat sebagai jaguh penghisap dadah dan penghuni pusat serenti paling ramai. Melayu juga tersenarai paling ramai buang anak dan tentunya ramai juga yang serah mahkota kesucian kepada kekasih hati.  Kebetulan pada masa yang sama kepala peliwat kat Malaysia pun budak (?) Melayu.

Jadi, aku nak nasihatkan kepada anak-anak gadis di luar sana atau mak bapak yang ada anak gadis, berhati-hatilah. Para perogol bersepah di luar sana yang menanti masa dan peluang untuk meragut mahkota kegadisan kalian atau anak-anak kalian. Sama ada suka rela atau suka paksa, sesiapa yang "bermain mak-mak" dengan budak-budak perempuan bawah umur (bawah 18 tahun beb!) akan dicaj sebagai kes rogol.

Tapi pada masa yang sama aku juga nak nasihatkan para lelaki jambu di luar sana... Awas! Ada peliwat bersiri yang masih bebas walaupun sedang dibicarakan. Maklum sebagai peliwat istimewa, dia boleh mengulangi perlakuannya bila-bila masa sahaja, terhadap sesiapa sahaja... Asalkan jambu!

13 March 2011

LIVE: Badminton All England final... Chong Wei juara! (updated!)

TERKINI:
- Lee Chong Wei pertahan kejuaraan All England dengan menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan 21-17, 21-17. Tahniah... Malaysia boleh!

- Pasangan negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal merampas kejuaraan All England selepas tewas kepada pasangan no. 1 dunia dari Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen 21-15, 18-21, 18-21.

POS ASAL:
Saksikan perlawanan akhir badminton All England secara langsung dari National Indoor Arena Birmingham di sini. Perlawanan diijangka bermula pukul 8 malam waktu Malaysia! Aksi Lee Chong Wei-Lin Dan kira-kira pukul 1 pagi ini.


 

Dibawakan oleh Visual Livescore...

KEPUTUSAN PERLAWANAN:

* Perseorangan Wanita - Wang Shixian (CHN) vs Eriko Hirose (JPN) - 24-22, 21-18

* Beregu Lelaki - Mathias Boe/Carsten Mogensen (DEN) vs Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) - 15-21, 21-18, 21-18

* Beregu Wanita - Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) vs Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa (JPN) - 21-2, 21-9

* Beregu Campuran -  Xu Chen/Ma Jin (CHN) vs Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (THA) - 21-13, 21-9

* Perseorangan Lelaki  - Lee Chong Wei (MAS) vs Lin Dan (CHN) -  21-17, 21-17

Eli Wong mati terbakar.... PRK di DUN Bukit Lanjan?


Gempar! Elizabeth Wong maut dalam kejadian kebakaran sebuah studio apartment di Damansara Perdana hari ini. Maknanya akan berlangsung pilihan raya kecil di DUN Bukit Lanjan?

Sabar... sabar.... Elizabeth Wong yang dimaksudkan ialah seorang guru berusia 25 tahun, bukannya ratu porno Selangor tu. Kebetulan namanya sahaja sama! Wow... Kalau betul Elizabeth ratu porno tu, bukan setakat studio apartment, tapi hutan-belukarnya pun turut terbakar!

Passtt... Khabarnya hati Eli Wong terbakar sebab bakal digugurkan dari jawatan Exco... Betul ke? Dan apa khabar lelaki bernama Helmi tu ye?

Anwar jangan lari! Kami cuma nak DNA....

UPDATE:
Kepada penyokong tegar Nuar Berahi ...m yang tak faham apa itu DNA sila baca kat sini! Jangan duk asyik tanya "kau faham ke apa itu DNA... kau faham ke DNA tu apa?" Anak aku umur 13 tahun pun tahu sebab selalu tengok CSI!

POS ASAL:
Hehehe... nampaknya tak cukup tanah Anwar nak menyorok. Silap-silap kena menyorok dalam tanah macam arwah Saddam Hussin. Tapi Anwar nak menyorok dalam tanah sebab takut DNA diambil orang. Maklum DNA Anwar adalah "paling berharga" dalam dunia setakat ini. Sebab itulah seboleh-bolehnya dia tak nak kasik.

Tapi sampai bila Anwar nak menyorok, sampai bila Anwar nak berdalih dan sampai bila Anwar nak membohongi rakyat. Rakyat akan tertanya-tanya kenapa Anwar susah sangat dan berikan DNA-nya dan sekali gus dapat tutup "kedai" kes liwatnya dengan segera selepas dapat tahu Mr. Y bukannya Anwar. Apa susah sangat? Kenapa takut sangat DNA diambil kalau betul dia tak terlibat liwat Saiful, kalau betul dia difitnah dan hanya konspirasi Najib nak jatuhkan karier politiknya? Kenapa takut? kenapa.... kenapa... kenapa...?

Sebab hanya dengan setitis darah atau air liur atau waima sehelai rambutnya yang ada DNA sudah cukup untuk membuktikan siapa Mr. Y, siapa bapak Afifa sebenar dan kes-kes lama lebih 10 tahun lalu akan dikaitkan juga.Siapa mahu rahsia dirinya terdedah sedangkan dia pemimpin yang diagung-agungkan Pas dan bininya sendiri sebagai pemimpin anugerah tuhan.

Hari ini beberapa siri demonstrasi diadakan di pejabat PKR, R&R Genting Sempah dan khabarnya di Temerloh Pahang turut diadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA beliau untuk dibandingkan dengan DNA Mr. Y yang ada pada bontot Saiful Bukhari. Maaf Pak Sheikh! Jangan marah mereka berdemonstrasi sebab mereka belajar dari Pak Sheikh hal-hal demo ni.

Aku harap semua rakyat bangun dan gerakkan desakan menuntut Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak mahkamah dan buktikan bahawa beliau bukan Mr.Y yang dikaitkan dengan Saiful, bukannya asyik nak cari kesalahan pihak polis dan mahkamah untuk tangguh perbicaraan.

Aku sudah muak, rakyat dah muak, Ayuh! Selamatkan Malaysia, Anwar wajib serah DNA...!

Passtt... Tunggu fatwa baru Nik Aziz pasal DNA!

Memoir Mahathir vs Buku Jingga... Mana rakyat lebih percaya?

Nampaknya Buku Jingga yang mengandungi janji-janji manis puak pembangkang kalau menang PRU-13 (kalaulah...) tenggelam dik buku memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad. Buku tulisan PM paling tersohor dalam sejarah politik negara itu bukan sahaja menenggelamkan Buku Jingga, malahan menimbulkan "segala rahsia" tentang pemimpin tertinggi Buku Jingga.

Wow! Memang panas berapi. Aku belum berkesempatan baca memoir Mahathir, "A Doctor in The House" tetapi berdasarkan laporan media, tulisan kawan-kawan bloggers aku dapat bayangkan bahawa memoir ini akan menjadi seekor lagi "nyamuk" kepada orang yang dikaitkan dengan Mr. Y selepas seekor nyamuk betina duk mengiang-ngiang di telinga rakyat pada masa kini.

Yup, ramai pemerhati politik melihat nyamuk-nyamuk ini - memoir Dr. Mahathir dan Ummi Hafilda - boleh menjahanamkan pemimpin anugerah tuhan yang bercita-cita menduduki Seri Perdana sepertimana seekor nyamuk membunuh seorang pemimpin bongkak seperti Namrud.

Apakah rakyat akan lebih percayakan Buku Jingga yang mengandungi janji-janji manis pembangkang untuk "membeli jiwa" dan menakluk Putrajaya pada PRU-13 nanti atau lebih percayakan memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad?

Sebetulnya kebimbangan pemimpin anugerah tuhan ini terhadap memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad mula dirasakan apabila blog-blog propembangkang mula "menyerang" orang tua tersebut dengan pelbagai serangan termasuk menganggap segala apa yang ditulis beliau dalam buku tersebut sebagai pembohongan semata-mata. Ada yang anggap orang tua ini semakin nyanyuk tetapi kenyanyukan yang boleh membunuh karier politik seseorang, kalau tidak mengheret ke Sungai Buluh sekali pun.

Memoir seorang doktor ini bukan sebarang memoir sebab ia adalah pengkisahan perkara-perkara berlaku di lingkungan Mahathir sendiri yang menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, yang sudah pasti sepanjang tempoh itu banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam hidup beliau. Banyak hal-hal yang ditimbulkan dalam memoir ini tetapi nampaknya perhatian diberikan kepada kisah Timbalan Perdana Menteri yang dipecat.

Apapun Buku Jingga akan dijaja di seluruh negara dan memoir Mahathir pula tidak akan tinggal sebagai memori semata-mata. Ia bakal menggigit jiwa seorang insan yang membacanya.

11 March 2011

Gempa di Jepun... jauhi kawasan pantai

TERKINI!

Awas...! Gempa bumi 8.8 skala Richter di Jepun tengah hari ini telah menyebabkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami. Malahan penduduk di Labuan dan Sabah di larang menghampiri kawasan pantai kerana laut bergelora dan ombak besar.

Aku pun nak nasihat kepada penduduk kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang supaya berwaspada takut-takut ombak besar tiba-tiba melanda pantai. Maklum hari ini hari Jumaat, ramai yang berpiknik kat pantai petang-petang hari ni.

10 March 2011

MTB dalam senarai "Top 100"? Biar bonar...

Aik? Betul ke blog Mesin Taip Buruk masuk senarai 100 blog mesra kerajaan paling berpengaruh? Biar bonar....! Tak sangka plak blog aku bleh masuk senarai (lihat di sini!). Yang peliknya bulan lepas tak dalam senarai langsung, bulan ni tup tup dah duduk no. 91. Wow!

Apa-apa pun terima kasihlah kepada pembaca setia dan tidak setia blog aku ni. Tak boleh nak cakap apa. Cakap lebih-lebih nanti riak, Tok Guru marah!

Apa kecoh-kecoh pasal UMB & BPN yeop?

Kecoh sekarang pasal UMB di kalangan blogger mesra kerajaan. Apa hal yeop? Peruntukan tak sampai ke atau peruntukan kena kapoor... Hahahaa..! Tulah korang jangan percaya sangat dengan puak-puak berjawatan dalam UMNO ni. Semuanya penyangak apatah lagi kalau tengok duit berkepok-kepok.

Aku tak mahu masuk campur perihal "pergaduhan" antara bloggers di bawah BPN dengan Unit Media Baru (UMB) bawah Pemuda UMNO sebab selama ini pun aku tak mahu terlibat dengan puak-puak ini. Malah aku sendiri tolak pelawaan seseorang dari UMB untuk join team diorang sebab aku tahu, mereka akan pergunakan aku untuk kepentingan mereka. Kalau tak banyak sedikit... kalau tak sekarang, akan datang!

Sebab itulah aku lebih selesa sebagai bloggers tak bertuan. Tapi bila hal-hal seperti ini kepoh dan kecoh, pastinya bloggger mesra pembangkang akan ketawa terkekek-kekek dan bertepuk tangan sebab bloggers mesra kerajaan semakin hancuss akibat "perang saudara".

Hehe.. Itulah korang percaya sangat dengan puak-puak ini. Aku memang kenal sangatlah kalau yang bernama orang UMNO ni. Time mereka nak bantuan kita, bukan main lagi. Lembek tengkok. Tapi bila peruntukan dah turun, kita pun mereka dah tak pandang. Tak pun mereka kasilah kita sikit, yang lain mereka sapu!

Aku nasihatkan kepada Panglima Perang Cyber dan rakan-rakan BPN-nya, tak usahlah berharap sangat daripada puak-puak dalam UMNO ini. Mereka semua nak mempergunakan korang. Lebih baik korang jadi blogger macam aku. Miskin pun tak apa, asal hati senang. Tak ada duit minyak atau duit kopi pun tak apa, asal tak sakit hati.

Orang UMNO ini semua macam ikan belukang, pantang bunyi "ceplup"... berebut menyambar!


Pssstt...! Apa khabar Datuk 10 persen... Dah balik dari NZ ke?

Olimpik: Malaysia seri di Lahore, tapi menang agregat...

Malaysia catat keputusan seri tanpa jaringan di Lahore apabila anak-anak buah Ong Kim Swee itu berkunjung ke Pakistan untuk perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik.

Dengan keputusan itu bermakna Malaysia mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0. Ini berikutan kejayaan skuad Olimpik negara menundukkan Pakistan pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Tahniah kepada skuad Olimpik tapi perjalanan masih jauh dik. Pusingan kedua nanti Malaysia mungkin berdepan dengan skuad yang lebih kuat berbanding Pakistan.

Hasrat rakyat Malaysia nak tengok perlawanan kedua-dua pasukan itu tidak kesampaian apabila siaran langsung di TV1 dan Astro Arena dibatalkan berikutan masalah teknikal di pihak Pakistan yang menyediakan siaran tersebut. Khabarnya gambar di Lahore tidak dapat ditransmit oleh satelit.

Akibat tiada siaran langsung, ramai peminat bola sepak negara beralih ke Facebook Pakistan Football Association (PFA) kerana di sana PFA menyediakan ulasan langsung. Walaupun bias gila terhadap pasukan mereka tetapi sekurang-kurang kita di sini dapat mengetahui perkembangdan di Lahore dan dapat keputusan segera perlawanan.

Wow! Nampaknya kalau dah tak ada rotan, akar pun jadik ye!

08 March 2011

Apa motif NUJ Utusan edar risalah kutuk majikan di Merlimau?

"Suara Nujum" yang diedarkan di Merlimau
NUJ Utusan telah mengedarkan risalah Suara Nujum ketika dua hari menjelang PRK DUN Merlimau tempoh hari. Aku difahamkan salah seorang AJK NUJ Utusan sanggup turun padang dan mengedarkan risalah yang penuh serangan peribadi terhadap pengurusan tertinggi syarikat penerbitan milik UMNO itu.

Aku juga difahamkan pada masa kini NUJ Utusan sangat tidak berpuas hati dengan tiga pengurusan tertinggi iaitu Pengerusi Eksekutif, Ketua Pengarah Kumpulan dan Ketua Pengarangnya kerana sejak dua tahun lalu syarikat itu gagal membayar bonus kepada kakitangannya. NUJ Utusan mendakwa tiga pucuk pimpinan tersebut menjadi penyebab kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut dan kejatuhan jualan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia.

Jika lihat senario itu, aku lihat ia adalah masalah dalaman syarikat itu tetapi kenapa risalah ini boleh diedarkan sehingga ke Merlimau? Aku tidak pasti sama ada risalah sama turut diedarkan di Kerdau. Apa NUJ Utusan harapkan apabila orang ramai membaca "masalah dalaman" Utusan ini. Kenapa mereka sanggup membuka pekung sendiri?

Antara kandungan Suara Nujum yang diedarkan ketika PRK DUN Merlimau tempoh hari.

Beberapa petugas Utusan yang membuat liputan PRK DUN Merlimau yang aku temui kurang senang dengan pengedaran risalah ini kerana ia umpama membuka pekung di dada terutama apabila risalah tersebut turut khabarnya akan mendedahkan hal-hal peribadi para pegawai di Utusan.

Katanya, kalau betul NUJ Utusan nak fight dengan majikan untuk dapatkan tuntutan, mereka tidak patutlah menyerang pihak pengurusan dan para pegawai yang tidak berkaitan secara peribadi. Ia nampak sangat macam pendekatan parti politik pembangkang. Niatnya betul tetapi caranya tidak betul! Itu komen mereka.

NUJ Utusan sepatutnya bertindak dengan lebih bijak, diplomatik tanpa terpengaruh dengan emosi. Bak kata orang tua-tua, ibarat menarik rambut dalam tepung. Tapi AJK NUJ Utusan sejak beberapa tahun ini adalah jenis panas baran, kuat melenting dan terlalu mengikut emosi. Ini menambahkan lagi kesulitan pihak NUJ Utusan untuk berbincang dengan majikan.

Entahlah! Aku tak nak campur urusan rumah tangga orang! Tapi Ahli Majlis Tertinggi UMNO khususnya Presiden UMNO kenalah menjenguk keadaan di Utusan dan ambil tahu apa yang sedang berlaku. Kalau perlu buatlah sesuatu! Jangan sampai Utusan benar-benar bungkus sebab kalau Utusan bungkus yang rugi orang Melayu dan UMNO itu sendiri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...