29 April 2011

Kalau itu bukan Anwar kenapa nak halang Eskay bersumpah?

Khabar terbaru aku terima, Anwar Ibrahim telah berjaya menghalang Datuk Eskay, kawan rapatnya untuk melakukan sumpah laknat berhubung video seks yang tersebar sekarang. Ya, Anwar melalui puak-puak dan juak-juaknya berusaha memastikan acara sumpah laknat itu dibatalkan dengan mengganggu acara tersebut. Maknanya selamatlah Anwar daripada disumpah seranah oleh rakyat.

Tapi aku pelik, kalau Anwar sendiri mengaku lelaki itu bukan dirinya, buat apa takut sampai kerah puak-puaknya menghalang acara sumpah tersebut? Wan Azizah pun mengaku lelaki itu bukan suaminya. Nurul Izzah pun sudah mengaku itu bukan papanya. Jadi kenapa harus takut?

Sendiri takut nak bersumpah, baik aku dan rakyat boleh terima dengan pelbagai alasan yang diberikan. Tapi menghalang orang lain bersumpah kenapa pula? Kalau Eskay berbohong biarlah dia dimakan sumpah sendiri. Kenapa harus halang dan kenapa harus takut?

Anwar... Anwar... Kau yang sedap, rakyat pulak yang kau susahkan!

28 April 2011

Kalau bukan Anwar.... siapa? (Updated!)

TERKINI:
Klip video versi penuh kini boleh ditonton oleh mereka yang mahu mencari kebenaran (bukan nak layan seks) di blog Panglima Harimau di sini...!

POS ASAL:
Siapa lelaki yang hampir 100 peratus mirip Anwar ini?
Kalau bukan Anwar Ibrahim dalam rakaman video ini, siapakah beliau? Apakah dia adalah kembar seiras Anwar? Apakah dia pelanduk dua serupa dengan Anwar? Apakah dia merupakan pelakon yang dimekap dan dilatih untuk melakonkan watak Anwar? Atau apakah dia adalah Najib yang berkepala Anwar dan ber-DNA Eskay?

Pihak polis mengesahkan rakaman video siri I adalah tulen. Itu video dalam YouTube... bagaimana pula dengan video asal yang ada pada pihak polis? Eskay mengaku dia ada bersama Anwar di bilik tempat dimana rakaman video tersebut diambil. Tetapi Anwar mengaku bukan dia, walaupun mirip dirinya. Ketika ditanya wartawan sama ada Anwar kenal Eskay, dia hanya diam... tak jawab. Wan Azizah mengaku itu bukan suaminya dan Nurul Izzah juga mengaku itu bukan papanya.

Blog-blog propembangkang juga tidak henti-henti mengemukakan pelbagai teori dan andaian untuk menunjukkan bahawa itu bukan Anwar tetapi seseorang yang sedang berlakon aksi 18SX tersebut semata-mata nak jatuhkan Anwar. Dalaman video seks II yang disebarkan, antara yang dipersoalkan ialah kertas tisu, bayang pada dinding, janggut, potongan rambut, tali pinggang dan macam-macam lagi. Anwar juga bermati-matian tak mahu bersumpah dan berikan pelbagai alasan.

Jadi siapakah lelaki ini?

Nak kata kembar seiras sepengetahuan aku Anwar tidak mempunyai adik beradik kembar apa lagi kembar seiras. Tiada... tiada catatan bahawa dia ada adik beradik kembar. Dia dilahirkan berseorangan. Tiada kembar apa lagi kembar seiras.

Kalau lelaki tersebut bukan Anwar tetapi seseorang yang mirip dengan beliau, bagaimana kemiripan itu meliputi semua hal dari gaya rambut, susuk tubuh, gaya berjalan, berdiri dan membongkok semuanya mirip. Apakah itu kebetulan?

Kalau kita masih ingat dahulu bekas Presiden GPMS, Datuk Suhaimi Ibrahim dikatakan mempunyai wajah, suara dan gaya percakapan yang mirip dengan Anwar. Tetapi Suhaimi bukanlah Anwar dan banyak sisi lain yang membezakan kedua-duanya walaupun mereka ada kemiripan. Ezam juga dikatakan ada kemiripan Anwar tetapi tiada siapa yang mempunyai kemiripan hampir 100 peratus.

Kalau lelaki itu seseorang yang dimekap dan dilatih berlakon seperti Anwar, sudah pastilah banyak perkara lain yang tidak mirip dengan Anwar. Dari susuk tubuh, fizikal anggota badan dan lain-lain. Sebagai contoh, ramai yang berlakon dan berwatak macam P. Ramlee tetapi sudah tentu antara P. Ramlee dan P.Ramlee celup banyak perbezaannya.

Jadi kalau lelaki di dalam video ini hampir 100 peratus mirip Anwar, tidakkah lelaki itu benar-benar Anwar? Aku nak tanya Wan Azizah, bahagian mana pada lelaki itu yang tidak seperti Anwar atau berbeza sama sekali dengan suaminya? Ingat Wan Azizah dah hidup bersama Anwar bukan setahun dua tetapi dah berpuluh tahun.

Anwar boleh nafi, Wan Azizah boleh nafi, Nurul Izzah boleh nafi... para blogger pencacai Anwar boleh nafi dengan buat teori macam-macam tapi yang jelas pihak polis ada simpanan rakaman video penuh tanpa sensor dan berkualiti tinggi untuk mengesahkan siapa sebenar lelaki tersebut.

Di dunia Anwar boleh pusing 7 keliling dan tepis kiri kanan, tapi ingatlah agak-agak kat akhirat nanti boleh tepis ke tidak. Pas nak kebenaran kan? Nah inilah kebenaran yang ditunjukkan Allah. Takkan nak nafikan bahawa semuanya datang dari Allah?

Pssst... Kesian wartawan TV3 kena herdik dik Anwar gara-gara tanya soalan maut. Walhal masa Anwar jadi TPM, wartawan itu jugalah antara yang disenangi Anwar...!

27 April 2011

18SX: Video Anwar main amoi sudah mai... Part II

Apa gamaknya modal Anwar nak spin kali ini? Atau dia ambil langkah lebih tepat... CABUTTTTT!!

Part nilah yang Datuk Jo cakap perut lebih buncit dan dia benar-benar yakin perut Anwar tidak sebuncit ini. Apakah Anwar pernah berbogel depan Datuk Jo?


Dua gambar yang menampakkan gaya Anwar memakai seluar. Wan Azizah pasti buat sidang media sekali lagi dan akan cakap gaya suaminya pakai seluar tak macam tu... Dia pakai seluar sambil duduk! Dushhh!!

Apa dosanya kempen satukan Melayu?

Aku tak faham dengan puak-puak Pas ini. Apa dosanya kalau ada pihak-pihak yang mahu adakan kempen satukan orang Melayu. Sebut kat aku apa dosanya? Kalau tak berdosa dan tak menjadi kesalahan, atau malah digalakkan dalam Islam kenapa nak diejek-ejek dan nak ditentang?

Kalau bangsa lain yang menentangnya aku faham sangatlah sebab mereka tidak mahu lihat orang Melayu bersatu dan mereka bimbang apabila orang Melayu sudah bersatu, mereka yang susah cari makan. Selama ini pun mereka sangat menyokong penuh terhadap pihak-pihak khususnya orang Melayu sendiri yang mahu memecah-belahkan orang Melayu sebab mudah mereka menguasai politik di negara ini. Semua orang tahu konsep pecah dan perintah kerana itulah amalan ketika zaman penjajahan Barat lagi.

Tapi ini orang Melayu sendiri yang tak senang nak lihat orang Melayu bersatu. Apabila ada pihak cadangkan satukan Melayu di bawah idea "1Melayu 1Bumi" wahh.... bukan main melenting puak-puak Melayu ini. Konon itu semua usaha UMNO nak raih sokongan orang Melayu, konon sokongan Melayu kepada UMNO dah merosot teruk maka UMNO mainkan isu ini.

Setahu aku UMNO tak ada hubungan langsung dengan idea yang dicetuskan oleh Datuk Zaini Hassan dari Utusan ini. Bukan takat tak ada hubungan, malah mereka tak pernah terfikir pun nak gerakkan usaha sebegini. Apatah lagi di peringkat Pemuda UMNO. Jadi janganlah bila ada orang Melayu nak menyatukan bangsanya, mereka dikaitkan dengan UMNO. Tolonglah... bukan UMNO saja orang Melayu. Sama juga bukan orang Pas saja Islam.

Apa salahnya kalau kita melihat orang Melayu yang beragama Islam ini bersatu. Bersatu dalam konteks mempertahankan hak kita bukannya bersatu nak singkir atau halau bangsa lain. Tidak... Tolonglah luaskan fikiran dan bukan berfikiran sempit yang semuanya nak dikaitkan dengan politik.

Orang Melayu tetap perlukan UMNO dan Melayu juga masih perlukan Pas. UMNO dan Pas tidak perlu bersatu sebagai sebuah parti politik sepertimana yang dibimbangi oleh ramai orang Pas termasuk Nik Aziz. Tetapi "penyatuan" Melayu di sini ialah kedua-dua Melayu UMNO dan Pas ini sama-sama mempertahankan hak keistimewaan kita, mempertahankan Raja-raja Melayu dan pertahankan tinggalan nenek-moyang kita. Tapi dalam politik biarlah UMNO tetap UMNO dan Pas tetap Pas. Pas boleh menjadi check & balance kepada UMNO. Dan begitulah sebaliknya.

Itulah yang diamalkan oleh orang Cina di negara ini. Dalam politik mereka ada MCA, mereka ada Gerakan, mereka ada SUPP, mereka ada DAP tapi bila menyentuh hal-hal kepentingan bangsa mereka, mereka bersatu hati. Inilah yang kita mahu orang Melayu amalkan. Susah sangat ke? Kalau bangsa lain boleh gerakkan penyatuan bangsa mereka, kenapa orang Melayu tak boleh?

Kepada orang Melayu yang menentang penyatuan Melayu, fikirlah dalam-dalam. Baca sejarah bagaimana mudahnya Tanah Melayu dijajah oleh Barat lebih 300 tahun lalu. Jangan sampai sejarah tersebut berulang!

26 April 2011

Emel 1Malaysia..... Ini je ke kehebatan inovasi kita? (Updated!)

TERKINI (27.4.2011)
Berita Awani pagi tadi mengesahkan syarikat yang sediakan emel 1Malaysia (myemail) ini mengenakan bayaran 50 sen untuk emel yang secure. Apa ke jadahnya pakai emel berbayar walhal Yahoo!, Google boleh bagi free. Dulu Jaring bagi emel siap dengan tandatangan digital lagi... Free jugak. Aku tak tahu apa dah jadi dengan email Jaring. Dah lama terminated akaun Jaring!

POS ASAL:
Tengok filem ni... baru cakap pasal inovasi!
Aku nak ulas pasal emel 1Malaysia dan aku nak tanya siapa punya idea nak bagi setiap rakyat Malaysia dengan emel ni? Siapa? Tolong angkat tangan? Aku nak tanya... ini saja ke kehebatan orang kita? Ini saja ke pemikiran inovatif orang kita? Sungguh memalukan...

Malaysia dah ada MSC - Multimedia Super Corridor sejak 1996. Lepas itu macam-macam teknologi dah berkembang. Dalam bidang ICT, inovasi berkembang sepantas kereta F1 yang kadang-kala tak terkejar oleh kita. Pasal emel untuk rakyat Malaysia ni, aku ingat lebih 10 tahun lepas aku dah dengar, masa zaman Dr. Mahathir lagi.

Sekarang timbul balik dengan emel ni. Aku nak tanya, apa nak buat dengan emel ni? Apa platform nak digunakan? Aku dah ada lebih 5 akuan emel peribadi dan syarikat. Semuany free. Nak buat apa lagi dengan emel ni? Lagipun sekarang semua orang dah ada Blackberry dan ada iPad. Emel ni nak pakai platform mana?

Inilah orang kita. Dulu kitalah pencetus MSC dan merancang jadikannya Silicon Valley Asia. Tapi sekarang orang dah ke bulan kita masih merangkak-rangkak nak buat emel free. Yeop! Kat Singapore diorang bagi personal digital ID setiap rakyat supaya senang nak berurusan dengan kerajaan elektronik. Nak login masuk mana-mana website kerajaan, gunalah ID tu.

Tapi Malaysia??? Emel free? Hahahahaha....

Aku nak nasihatkan siapa yang cetus idea nak bagi free emel 1Malaysia ni pergi tengok filem Minority Report. Filem ni dibuat oleh Steven Spielberg awal tahun 2000 lagi. Tengok apa inovasinya filem ini. Kita duk sibuk-sibuk sekarang ini dengan iPad, walhal dalam filem tu, Spielberg dah buat "tablet PC". Tengok masa heronya (John Anderton lakonan Tom Cruise) lari dalam ERL, ada mamat baca surat khabar elektronik atas sekeping papan. Berita tu bertukar setiap masa jika ada breaking-news.

Satu lagi menarik dalam Minority Report.... si hero tak boleh lari sebab ke mana saja dia pergi, ada iklan sebut namanya. Masuk supermarket ada iklan kat dinding sebut "welcome John Anderton" dan lain-lain lagi. Jadi aku nak cakap kat sesiapa yang cetuskan idea emel ni, inilah namanya INOVASI iaitu menghasilkan teknologi untuk masa depan dan bukan setakat menggunakan teknologi masa kini.

Kalau takat nak buat emel free untuk rakyat Malaysia (tapi khabarnya kerajaan bayar 50 sen setiap akaun) Hotmail, Yahoo Mail dan berpuluh tahun dah buat dan aku ingat lebih 80 peratus rakyat Malaysia dah ada emel free Yahoo Mail, Google Mail dan mel-mel lain.

Fikir luar kotak yeop! Jangan bikin malu beb!

Melayu sayangkan Utusan... ya ke?

Ramai Melayu pertahan Utusan tetapi berapa ramai yang sanggup keluar RM1.50 sehari untuk beli Utusan?
Heboh satu negara apabila ramai orang Melayu bangkit mempertahankan akhbar berbahasa Melayu tertua, Utusan Malaysia daripada "serangan" puak-puak yang tidak senang dengan akhbar tersebut yang terus memperjuangkan bangsa Melayu. (Baca asal-usul Utusan di sini!)

Idea  "1Melayu, 1Bumi" yang dicetuskan oleh seorang pengarang kanan surat khabar itu nampaknya menimbulkan kemarahan parti politik Cina termasuk MCA. MCA telah cetuskan cadangan agar Utusan diboikot kerana konon cetuskan idea yang boleh gugat gagasan 1Malaysia. Maknanya MCA kini dah senada dengan DAP dan PKR yang dah lama boikot Utusan. Kenapa MCA marah sangat aku pun tak tahu sebab setahu aku idea Zaini Hassan ini hanya mahu menyatu Melayu... Itu saja.

Bila lihat ramai orang Melayu yang duk berdemo sekeliling negara menjulang poster dan spanduk mempertahankan akhbar Utusan, sebenarnya tidaklah mengembirakan sangat bagi sahabat-sahabat aku di Utusan sebabnya orang Melayu ni cakap saja sayangkan Utusan, tapi mereka tak membantu pun dari segi meningkatkan jualan akhbar tersebut, apatah lagi mahu menyumbang segi pengiklanan.

Sahabat-sahabat aku di Utusan sudah lama mengeluh melihat jualan Utusan yang semakin merosot dari hari ke hari. Kata akhbar lidah rasmi UMNO tetapi jualan harian tak sampai 150,000 naskhah sedangkan ahli UMNO ada 3.1 juta orang. Berapa peratus Melayu UMNO beli Utusan (beli ya bukan baca...!).

Jadi sahabat-sahabat aku kat Utusan tu kata tak usahlah orang Melayu nak tunjuk sokongan kepada Utusan sedangkan mereka tak beli pun Utusan. Semua harapkan baca free. Kalau mereka sayangkan Utusan, sudah tentu perkara pertama mereka lakukan ialah membeli akhbar yang disayangi mereka itu setiap hari. Bukannya baca bila ada orang hulur sumbangan surat khabar free atau baca akhbar di pejabat (yang dibeli senakhah tapi dibaca ratusan orang) atau lebih mudah baca versi online saja.

Ini berbeza dengan orang Cina. Walaupun dia tak adalah nak melalak-lalak nak pertahankan surat khabar Cina tetapi mereka sangat menyanjung tinggi akhbar mereka. Hari-hari mereka akan beli akhbar Cina. Tidak hairan surat khabar Cina seperti China Press, Nanyang Sian Paw, Daily Express (itu saja aku tahu) lebih tinggi jualannya berbanding surat khabar Melayu, apatah lagi Utusan.
 
Jadi pesan sahabat-sahabat aku kat Utusan sana, kalau benar orang Melayu sayangkan Utusan, tolonglah beli akhbar itu yang hanya RM1.50 setiap hari dan Mingguan Malaysia RM2.00 seminggu. Sebab kalau orang Melayu sendiri tak beli Utusan, siapa lagi? Mereka bimbang suatu hari nanti nasib Utusan akan jadi macam akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu yang kini bernafas atas talian hayat yang diberikan kerajaan.

Sebab apa? Sebab orang Melayu sendiri dah tak mahu beli Utusan Melayu! Begitulah nasib Utusan Malaysia suatu hari nanti apabila orang Melayu lebih seronok baca cerita-cerita lucah, 18SX, cerita sensasi tapi belum pasti seperti mana yang diutarakan dalam akhbar-akhbar tabloit masa kini.

Cadangan aku, UMNO patut gerakkan "1 AHLI UMNO 1 UTUSAN" jika benar Utusan akhbar milik UMNO dan jika benar orang Melayu sayangkan Utusan... Macam mana Mat Mazlan?

25 April 2011

Sah Lelaki Y = Anwar Ibrahim...!! O-me-ga! (Updated!)

TERKINI (26.4.2011):
Mahkamah Tinggi KL tetapkan 16 Mei untuk buat keputusan sama ada nak panggil Anwar Ibrahim membela diri atau nak bebaskannya dari tuduhan meliwat. Sementara tu eloklah puak2 Pas buat sembahyang hajat besar-besaran untuk selamatkan Anwar dan minta Allah beri petunjuk kebenaran!

POS ASAL:

SMS alert Utusan :
"RM0.UM.25/4: Peguam Cara Negara II Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya kaitkan semua ujian DNA 2 ahli kimia & sahkan Lelaki Y ialah Anwar Ibrahim"
Habis kau Nuar. Peguam negara sahkan DNA "Lelaki Y" yang ditemui pada dubur Saiful Bukhari adalah milik Anwar Ibrahim. Ia hasil kajian dua pakar kimia dan dua-duanya sahkan DNA Lelaki Y sepadan dengan DNA Anwar. O-Me-Ga!

Sebelum itu peguam kesayangan Anwar, Karpal Singh persoal kenapa Saiful tidak larikan diri ketika disontot oleh Anwar. Tapi Karpal tak pula tunjukkan alibi bahawa Anwar tiada di tempat kejadian dan tidak meliwat Saiful. Dia cuma kata Saiful tak cakap betul ketika beri keterangan kepada polis dan mahkamah... Hemmm teknikal aspek lagi.

Apa pun aku percaya hakim bakal memanggil Anwar untuk membela diri kerana bukti-bukti yang ada begitu kukuh untuk heret Anwar sebagai peliwat Saiful. Nak tunggu apa lagi usaha Anwar supaya dia dibebaskan atau menampakkan dia tidak bersalah?

Zizah...!! Mana jam Omega aku....!!

23 April 2011

Kat mana pembangkang perintah kat situ ada masalah air

Air... air... air...!! Kat mana kerajaan pembangkang perintah kat situ ada masalah air. Masalah di Kelantan yang sampai sekarang tak kunjung selesai, kemudian di Selangor yang sampai hari ini antara kerajaan negeri bawah Khalid gagap dengan Syabas dan kerajaan Pusat belum ada kata sepakat. Sekarang ini masalah air berlaku pula kat Kedah.

Hai... nasiblah siapa-siapa yang serahkan negeri mereka kepada pembangkang. Macam manalah nak takdir kerajaan Pusat kalau masalah air kat negeri masing-masing pun tak boleh nak selesaikan.

Di Kelantan, masalah nak dapatkan air bersih tak dapat diselesaikan. Walaupun projek bekalan air Kelantan dah diswastakan tetapi air yang keluar dari pili masih kuning macam air tanah selut. Aku cadang elok kerajaan Pas Kelantan taruk pewarna hijau dalam loji air supaya air yang keluar kat pilih jadi hijau. Kurang-kurang kalau orang tanya kenapa air pili kat Kelantan hijau, sebabnya ia warna korporat kerajaan Pas.

Kat Selangor pulak satu hal lagi. Kerajaan negeri duk berkeras nak tamatkan perkhidmatan Syabas yang konon sebab ia syarikat kronik UMNO, walhal depa dah tak mampu nak bayar "rebet" air yang diberikan kepada rakyatnya, maka kenalah cari pasal dengan Syabas. Dan Syabas pun dah acap kali bagi amaran bekalan air kat Lembah Klang dah tak cukup.

Dulu kerajaan Pusat offer Selangor ambil air dari Pahang. Tapi sejak Selangor ditadbir oleh puak-puak TAKEBEER ni semuanya dah tergantung. Empangan yang khabarnya nak tampung air dari Pahang di Hulu Langat pun dah tersadai. Air kat empangan di seluruh Selangor makin surut. Jumlah pengguna bertambah sebab maklum yang pakai air bukan takat penduduk Selangor tapi seluruh Lembah Klang.

Sekarang masalah air kat Kedah pulak. Walaupun kerajaan Kedah kata masalah itu cuma kat UUM tapi sebenarnya masalah bekalan air berlaku di beberapa daerah di Kedah. Tapi biasalah kat negeri pembangkang ni. Exco-exco semua makan elaun buta. Tak pernah nak turun padang jenguk masalah rakyat. Ada masalah je nak salahkan kerajaan sebelum ini. Kalau turun pun sebab nak ceramah hentam kerajaan UMNO atau nak pertahan Anwar Ibrahim. Lain tak ada...

Jadi, terima kasihlah kepada para pemimpin kerajaan Kedah, Selangor dan Kelantan (lepas ni Pulau Pinang kut) sebab di mana korang perintah, di situ ada masalah air. Bayangkan kalau air tak ada, semua penduduk di negeri ini ambil wuduk pakai debu dan basuk berak pun pakai batu atau kayu.

Tahniah Fuziah... Isu Lynas dapat perhatian

Aku nak ucap tahniah kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebab berjaya membawa isu pembinaan loji Lynas ke depan sehingga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Menteri jaga MITI dan MB Pahang sendiri. Macam nilah yang rakyat nak dari seorang wakilnya iaitu bersuara untuk kepentingan rakyat.

Wakakaka... mesti ramai blogger UMNO marah aku sebab puji Fuziah.

Ketepikan dahulu soal sama ada masalah radiasi dari kilang Lynas itu betul-betul boleh berlaku atau sekadar disensasikan oleh Fuziah. Sebab aku nak nyatakan bahawa inilah wakil rakyat seperti inilah yang dimahukan oleh rakyat tak kira mereka dari pembangkang atau kerajaan, iaitu memperjuangkan isu-isu rakyat di kawasan masing-masing.

Bukan jenis menjadi pembangkang yang jenis melalak tak tentu hala semata-mata nak pertahan pemimpin sendiri yang rosak moralnya atau berjuang untuk individu tertentu. Inilah yang berlaku sekarang apabila ahli-ahli politik pembangkang menggunakan Sidang DUN dan Parlimen untuk mempertahankan pemimpin mereka sehingga mengabaikan kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.

Sedangkan tugas mereka ialah membawa isu-isu rakyat di kawasan masing-masing untuk dibahas dan diperjuangkan agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan hari Fuziah telah memberikan contoh yang baik apabila mempejuangkan isu Lynas sehingga mendapat perhatian PM yang akan memanggil pakar-pakar bagi mengkaji sama ada dakwaan Fuziah dan rakyat Kuantan khususnya Gebeng itu betul atau sebaliknya.

Tapi malang jarang sekali kita memiliki wakil rakyat seperti ini terutama di pihak pembangkang dan Fuziah sendiri pun bukan selalu mempunyai peluang seperti ini. Aku ingat bagaimana Lee Lam Thye dulu ketika jadi wakil wakyat Bukit Bintang di bawah DAP, setiap saat dan setiap masa dia bekerja untuk rakyat. Aku difahamkan Lee Lam Thye mempunyai sebuah mesin taip di dalam keretanya agar apa sahaja keluhan rakyat dapat disampaikan ke pihak berkenaan dengan segera.

Sebab itulah selepas beliau bersara, khidmat Lee terus dimanfaatkan sehingga beliau mengepalai pelbagai NGO yang kesemuanya demi kepentingan rakyat, walaupun dia dahulu adalah seorang pemimpin pembangkang. Begitu juga beberapa lagi wakil rakyat lain.

Kepada pemimpin pembangkang khususnya di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor yang menjadi kerajaan di negeri terbabit, jangan pula apabila isu-isu serupa (rakyat) yang diperjuang oleh  UMNO/BN kalian mengabaikannya kerana PM telah berikan tauladan yang baik iaitu menerima pandangan semua pihak, termasuk pembangkang.

21 April 2011

Lagi dasar DAP buat peniaga Melayu menangis... (Updated!)

Kesian peniaga warung makanan di sekitar DUN Teratai, Selangor. Sejak beberapa bulan lalu mereka telah dilarang untuk menjalankan perniagaan sehingga awal pagi dan sebaliknya hanya boleh menjalankan perniagaan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja. Ia atas arahan ADUN Teratai, Jenice Lee.

Itulah keluhan seorang peniaga tom yam di kawasan DUN tersebut kepada aku malam tadi. Katanya, sejak wakil rakyat DAP itu memerintah, arahan telah dikeluarkan supaya menutup perniagaan mereka 12 tengah malam, berbanding sehingga pukul 3 pagi sebelum ini.

Akibat arahan itu, peniaga terbabit mengaku mengalami kerugian dan kehilangan pelanggan. Ini kerana sebelum ini beliau menjalankan perniagaan dari pukul 6 petang sehingga 3 pagi tetapi selepas dipendekkan kepada 12 malam, separuh pendapatannya telah berkurangan.

Katanya, sebelum ini biasanya pelanggan akan memenuhi warung tersebut selepas pukul 12 malam untuk menikmati hidangan masakan panas yang disediakan tetapi sejak warung itu ditutup awal, kini jumlah pelanggannya juga telah merosot teruk.

Apa yang pelik katanya, arahan tersebut hanya terhadap sesetengah warung sahaja sebaliknya ada warung-warung lain di kawasan DUN yang sama boleh pula menjalankan perniagaan mereka sehingga awal pagi.  Peraturan tersebut katanya seolah-olah dikenakan ke atas warung terpilih sahaja.

Sebelum aku balik selepas membayar makanan yang aku pesan, sempat peniaga tersebut dengan nada sinis menyeru orang ramai supaya terus mengundi Jenice atau DAP pada pilihan raya akan datang supaya lebih banyak lagi "tekanan" diberikan terhadap peniaga-peniaga kecil bumiputera sepertinya.

MTB: Simpati nasib mereka... nak buat macam mana dah rakyat DUN Teratai juga yang pilih....

Baca versi ciplak di sini...!

20 April 2011

18 SX: Kalau macam ni apa nak buat?

Sila Sahin - Gadis Turki dari Ayla "GZSZ". Pelakon TV cantik yang makin berani!
Menggaru kepala aku baca kisah artis femes Indonesia, Kris Dayanti yang kat Malaysia pun tak kurang jugak ramainya peminat beliau. Penyanyi tersohor itu dikhabarkan sedang mengandung 4 bulan selepas sebulan berkahwin dengan seorang jutawan Timor Leste.

Best part komen Kris Dayanti tentang kehamilan beliau yang diluar dugaan itu: "Kami sudah dewasa dan kami terima hal ini (hamil) dengan penuh tanggungjawab." Kenyataan penyanyi beragama Islam ini seolah-olah beliau tidak kisah kalau beliau sedang mengandung anak luar nikah sebab dia sudah dewasa... Dushh!!

Satu lagi yang buat aku garu kepala bila baca kisah seorang wanita Islam yang berbogel untuk majalah dewasa, Playboy! dalam Kosmo hari ini (Baca di sini!) Perghh... Sila Sahin yang merupakan seorang wanita Turki dan dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi terkenal di Jerman sebagai pelakon.

Baru-baru ini dia mengejutkan seluruh umat Islam di Jerman dan Eropah apabila berani tampil separuh bogel untuk majalah dewasa tersebut. Best part juga bila Sila kata dia berbogel di majalah ini untuk mahu bebas. Katanya, dengan gambar-gambarnya yang menampakkan buah dada di majalah dewasa itu, dia boleh membebaskan diri daripada semua halangan yang dihadapi ketika kanak-kanak...
"Aku berbogel di majalah Playboy sebab aku nak wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk menentukan calon suami, tentang keperawanan agar bangkit untuk bersuara dan bertindak...." 
Tahu tak kalau ramai wanita Islam di Malaysia sekarang ini yang berfikiran seperti kedua-dua selebriti tersebut. Bersekududukan, hamil luar nikah, berhubungan seks ketika awal remaja, cinta sejenis, mencari kebebasan hidup dan lari dari norma kehidupan Islam merupakan antara budaya yang semakin sebati dalam masyarakat kita.

Mungkin kita sedar tetapi kita tidak boleh melalukan apa-apa. Paling-paling kita cuma geleng kepala atau paling tidak mengucap panjang. Tetapi tiada apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya. Sukar memang.... Sama juga kalau ada ahli politik yang bertanya di dalam Parlimen, berapa peratus umat Islam yang sembahyang 5 waktu sehari semalam. Memang pecah kepala nak fikir atau buat penyelidikan.

Bagi orang politik sebelah sana, mereka akan salahkan kerajaan sekarang sebab tak laksanakan hukum hudud. Ada selebriti yang sudah bertaubat menyalahkan sistem pendidikan sehingga masalah sosial seperti ini semakin parah. Tapi kebanyakannya menyalahkan mak bapak. Tapi aku percaya ibu bapa Sila begitu taat pada agama Islam dan sudah pasti diterapkan kepada Sila. Namun di luar sedar ibu bapanya, Sila sebenarnya memberontak sejak kanak-kanak lagi.

Aku tak berani nak ulas panjang hal ini. Aku serahkan kepada yang pakar untuk mengkaji sebab musababnya dan aku percaya ramai kalangan remaja kita termasuk yang diberikan bimbingan agama yang mencukupi, memberontak dan mahu mencari kebebasan, tanpa dihalang oleh sekatan agama, adat dan budaya.

"Escapisme di kalangan wanita Islam di Malaysia" ~ hemm...  menarik tajuk ni untuk tesis atau researh kat U!


MTB: Salut kat bekas pemain tenis no. 1 dunia, Dinara Safina yang berbangga sebagai seorang wanita Islam...!

19 April 2011

Pas harapkan DAP "Islamkan" Sarawak?

Selepas gagal memenangi sebarang kerusi daripada 5 kerusi yang ditandingi, Pas kini bergantung harap kepada DAP untuk membawa syiar Islam ke Sarawak khususnya Kuching yang dikatakan puak mereka sebagai Sin City sebab banyak pusat-pusat kemaksiatan di bandar raya tersebut. (Baca di sini!)

Atas sebab percaya bahawa DAP boleh membawa inspirasi Pas khususnya dalam hal ehwal Islam, maka puak-puak Pas menyokong penuh kemenangan 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya Sarawak tempoh hari. Bahkan "kemenangan besar" DAP itu juga turut ditumpang gembira oleh PKR yang hanya menang 3 daripada 49 kerusi yang ditandingi.

Puak-puak Pas yakin dengan adanya wakil DAP (konon wakil Pas dan PKR juga) dalam DUN Sarawak nanti, wakil-wakil DAP yang kesemunya puak kafir harbi itu akan mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Taib Mahmud untuk menekankan soal Islam di Sarawak khususnya di Kuching. Tidak hairan puak-puak Pas bersorak girang selepas mengetahui DAP menang lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini.

Dush...!! Tepuk dahi aku fikirkan tahap pemikiran puak-puak Pas ini. Patutlah mudahnya Anwar Ibrahim kelentong dan kencing puak-puak ini. Anwar yang berzina, puak Pas pula yang tukang doakan kesejahteraan Anwar. Bagus benorlah yeop!

Agaknya puak-puak Pas ni memang betul PBB - pekak, buta dan bisu (kata Zul Nordin) sebab itulah mereka tak tahu mana yang hak dan mana yang bathil.

Nak tanya puak-puak ini, berapa banyak masjid yang telah dibina di Pulau Pinang sejak Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dan DAP berkuasa di negeri tersebut? Berapa ramai bukan Islam yang dah masuk Islam hasil tarbiyah Guan Eng? Dan berapa banyak pula pusat judi, kelab malam, kedai nombor ekor, rumah urut yang telah ditutup atas arahan kerajaan negeri?

Jadi kalau DAP di Pulau Pinang dan Selangor lebih banyak menggalakkan unsur-unsur kemaksiatan (sebab itu adalah bidang perniagaan yang paling menguntungkan bagi kaum mereka), apakah wakil-wakil mereka ini di Sarawak yang Pas harapkan untuk menyebarkan syiar Islam di Sarawak?

WAHAHAHAHAHAA.... WAAHAHAHA... OIH...! Korang mimpi ke atau dah sasau! Wahahaha...

Macam mana nak harapkan puak-puak DAP di Sarawak majukan syiar Islam di sana sedangkan di Selangor Pas pun dah terkancing gigi selepas DAP sergah pasal nak jual arak di kedai 7-11 di Shah Alam. Sampai hari ini Hassan Ali tak berani nak bersuara pasal apa-apa di Selangor, inikan pula nak harapkan DAP Sarawak kembangkan Islam. Kirim salam lah yeop! Silap-silap makin berlipat gandalah pusat-pusat kemaksiatan di sana.

Itulah.... Allah dah tunjukkan jalan kebenaran korang masih tak mahu terima. Hiduplah korang dalam kegelapan selama-lamanya dan pergilah sujud dan cium tapak kaki Guan Eng, Karpal Singh, Kit Siang, Teresa Cock dan semua puak-puak harbi dalam DAP tu.

Waahahahahaaa.... Pas makin hanyut dan hancur!

17 April 2011

BN dah menang... Taib dah ada pengganti?

BN dah kembali memerintah Sarawak selepas diberi mandat lebih 2/3 majoriti undi pada pilihan raya negeri semalam. Kini tumpuan rakyat Sarawak khasnya dan seluruh negara amnya ialah pelan peralihan pucuk pimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.

Ini kerana sebelum pilihan raya, Taib dah beri jaminan bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya ini. Beliau mahukan sedikit masa untuk membolehkan pelan peralihan Ketua Menteri berjalan lancar dan tidak mengejutkan.

Sebenarnya orang Sarawak sudah lama menantikan berita ini sebab itulah apabila Taib mengumumkan akan menyerahkan kerusi Ketua Menteri, ramai pengundi atas pagar atau yang sebelum ini ragu-ragu telah mengundi BN dengan harapan Taib menunaikan janjinya. Benar, Taib adalah antara liabiliti BN pada pilihan raya negeri kali ini tetapi pengundi Cina masih tidak yakin dengan pelan peralihan tersebut.

Aku diberitahu pada pilihan raya negeri 2001 dan 2006, Taib juga turut mengumumkan untuk berundur sebagai Ketua Menteri tetapi sebaliknya terus kekal sehingga kini. Sebab itulah ramai pengundi Cina tidak yakin dengan Taib dan menganggap apa yang diucapkan Taib sebelum pilihan raya adalah untuk memancing undi semata-mata.

Pun begitu, Najib sendiri sudah memberi jaminan bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku manakala Taib sendiri mendakwa beliau sudah ada pengganti. Khabarnya Abang Johari sudah lama menanti Taib berundur dan namanya sering kali disebut-sebut sebagai pengganti Taib tetapi sampai hari ini ibarat pungguk rindukan bulan.

Kecewa dengan Taib, Abang Johari sendiri khabarnya pernah berusaha untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak untuk membolehkan parti itu menyaingi PBB yang dikuasai oleh Taib tetapi dihalang.

Dan pilihan raya kali ini Taib mengulangi jaminan bahawa beliau akan melepaskan kerusi Ketua Menteri, walaupun tidak menyebutkan tempoh masa yang diberikan sebelum menyerahkan tampuk kekuasaannya di Sarawak.

Kini seluruh rakyat Sarawak menantikan Ketua Menteri yang baru dan pada masa yang sama menunggu apakah Taib benar-benar akan berundur atau kembali memungkiri janjinya.

Betulkah Abang Johari bakal Ketua Menteri Sarawak? Atau ada calon lain.... 

Siapa TKSU yang kena tangkap basah? (Updated!)

TERKINI (19.4.2011)
Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringgi minggu lepas....

POS ASAL:
Dalam kesibukan orang bercakap tentang pilihan raya Sarawak, timbul cerita perihal seorang Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) sebuah kementerian dilaporkan ditangkap berkhalwat dengan pembantu peribadinya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Pulau Pinang. Bagaimana pun media tidak mendedahkan TKSU terbabit.

Namun ada media menyebutkan TKSU berpangkat Datuk ini baru saja dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut Oktober tahun lepas. Sebelum ini beliau merupakan salah seorang pegawai kanan di JPJ... jeng jeng jeng... Siapa TKSU terbabit?

Datuk ini cukup dikenali dan sebut saja namanya mesti orang kenal. Maklum masa dengan JPJ selalu jugak turun padang buat operasi asap bas, lebihan muatan lori dan lain-lain. Pokoknya femeslah Datuk ni. Tak hairan kalau awek umur 28 tahun pun boleh jatuh hati dengannya.

Siapa nak tahu TKSU yang kena tangkap basah ini senang saja.... begini caranya: bukak Google dan taip search TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA + JABATAN PENGANGKUTAN JALAN. Hasilnya terpampang laman web kementerian terbabit siap dengan wajah Datuk ini.

Dushhh....!!

TAMBAHAN:
Datuk S ini dan pasangannya dikatakan dicekup di sebuah hotel berbintang di Batu Feringgi dan kemungkinan ada seseorang telah melaporkan aktiviti seronok pasangan ini kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sehingga mereka dicekup.

Difahamkan ketika serbuan, pasangan Datuk S yang berusia 28 tahun telah melarikan diri sampai ke gigi air pantai Batu Feringgi tetapi akhirnya diberkas juga. Kedua-duanya dibawa ke sebuah balai polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan. Datuk S dan pasangannya itu mungkin akan dihadapkan ke mahkamah syariah minggu depan.

Nur Diayana ketika dicekup!

* Foto-foto ihsan seorang sahabat di Pulau Pinang. Tq bro!

Ulasan PRN Sarawak: PRU-13 perlukan masa

Macam-macam dah Najib buat dan beri untuk ambil hati orang Cina tapi belum ada tanda-tanda mereka beri sokongan kepada BN. Apa yang mereka nak sebenarnya?
Barisan Nasional baru sahaja mendapat mandat sekali lagi dari rakyat Sarawak untuk membentuk kerajaan dan memerintah di negeri itu selepas menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Di atas kertas memang BN boleh bergembira dengan kemenangan tersebut tetapi kalau diamati keseluruhannya, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan BN.

Salah satu yang paling ketara ialah kekalahan teruk SUPP, iaitu parti yang mewakili kaum Cina apabila hanya memenangi enam daripada 19 kerusi yang ditandingi mereka dengan empat kerusi dimenangi di kawasan pengundi bumiputera. Hampir seluruh kerusi SUPP ditewaskan oleh DAP terutama di kawasan-kawasan bandar di Kuching, Sibu dan Miri. Malahan kekalahan Presidennya, George Chan juga seolah-olah mereka menghantar "amaran" kepada BN bahawa kaum Cina kini masih menolak BN.

Sentimen sokongan kaum Cina terhadap pembangkang bukan sahaja dapat dirasai pada pilihan raya Sarawak kali ini tetapi juga dalam pilihan-pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU-12 lalu, termasuk PRK Parlimen Sibu yang menyaksikan DAP merampas kerusi tersebut dari BN (SUPP).  Malahan kemenangan DAP di 11 daripada 15 kerusi yang ditandingi kali ini jelas menunjukkan bahawa BN semakin ditolak oleh kaum Cina.

Walaupun ada di kalangan pengkritik politik menyalahkan TS Taib Mahmud yang terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri dan "kerakusan" beliau anak beranak yang menyapu kebanyakan projek di Sarawak menjadi punca utama kaum Cina menolak BN/SUPP, tetapi alasan tersebut bukannya penyebab utama memandangkan pada PRU-12 lalu juga menyaksikan kaum Cina banyak memberi undi kepada DAP sehingga mereka boleh memerintah Pulau Pinang dan Perak.

Maknanya, ada sesuatu yang lain yang menjadi penyebab kaum Cina masih menolak kerajaan BN walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan BN diketuai oleh Najib untuk mengambil semula hati pengundi Cina termasuk menyalurkan wang berjuta-juta ringgit kepada sekolah Cina, membangunkan pelbagai projek komersial di kawasan bandar yang dikuasai mereka namun nyata ia masih tidak dapat memenangi hati mereka.

Sebut saja apa sahaja yang diminta oleh kaum Cina tidak diberikan oleh kerajaan sehinggakan kadang kala ramai kaum Melayu melihat kerajaan lebih mengutamakan kaum Cina berbanding kaum Melayu, yang juga majoriti pengundi BN selama ini. Tetapi kerajaan tidak pernah mahu membelakangkang kaum Cina dan India dan sebab itulah semua kemahuan mereka dipenuhi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi di Sarawak? Lalu aku bertanya, apa lagi yang mereka mahukan?

Oleh sebab itulah aku merasakan bahawa kerajaan khususnya Najib perlu mengambil masa lebih lama untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi PRU-13 sehinggalah sokongan kaum Cina kembali semula kepada BN, kalau tidak semua sekurang-kurangnya 30 peratus. Betul, kemenangan BN untuk membentuk kerajaan Pusat bukan bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina tetapi dalam keadaan pengundi Melayu yang berbelah bahagi antara BN, PKR dan Pas sudah pasti PRU-13, jika dilaksanakan lebih awal akan menyebabkan BN dalam keadaan getir.

Jika BN mahu melihat parti itu terus berkuasa pada PRU-13 ini, MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain parti yang mewakili kaum Cina perlu berubah dan bekerja kuat untuk menarik hati pengundi. Aku tahu parti-parti mewakili kaum Cina dalam BN sering mengambil sikap "biarkan" atau menyokong secara diam-diam jika ada isu-isu yang diperjuangkan DAP yang menyebelahi kepentingan kaum mereka. Misalnya isu SJKC, penjualan arak dan loteri dan lain-lain. Ini menyebabkan orang Cina melihat mereka perlu bergantung kepada DAP jika mahu memperoleh hak mereka, dan bukannya MCA atau Gerakan.

Begitu juga kaum India apabila parti-parti mewakili kaum India dalam BN mengambil sikap menyokong (kalau tidak secara langsung, mungkin dari belakang) apabila ada parti-parti pembangkang atau NGO India yang mengemukakan isu-isu yang berkaitan kaum mereka. Contoh novel Interlok di mana MIC dilihat senada dengan perjuangan pembangkang dan NGO India.

Ini berbeza dengan sikap Pas yang bukan sahaja tidak menyokong isu-isu Melayu dan Islam yang diperjuangkan oleh UMNO, malah mereka bersikap mencemuh, memperlekeh atau menentangnya. Sebagai contoh isu raja-raja Melayu. UMNO terus menerus berusaha mempertahankannya tetapi diperlekeh dan dicemuh oleh Pas. Ini menyebabkan kaum bukan Melayu melihat bahawa orang Melayu sendiri tidak sehaluan dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri.

Atas sebab itulah orang Melayu terus menerus diperlekeh dan dipersoalkan oleh kaum bukan Melayu dalam banyak hal termasuk berkaitan hal ehwal agama Islam.

Kepada Najib, jika berhasrat untuk bubarkan Parlimen akhir tahun ini, aku rasakan lebih elok ditangguhkan dahulu jika bersandarkan kepada keputusan pilihan raya Sarawak ini. Tangguh sehingga sokongan kaum Cina dilihat sudah benar-benar kembali ke pangkuan BN.

16 April 2011

Baru Bian angkat sumpah Ketua Menteri? Hehehe...

TERKINI:
Taib Mahmud baru sahaja angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di hadapan Gabenor Sarawak.  Kesihan Baru Bian...

Gambar yang dicemburui oleh Anwar... Tahniah Taib & Ragad!

POS ASAL:
Baru Bian nak angkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baru selepas menang di kerusi Be'kalalan dengan majoriti lebih 400,000 undi... Angkat sumpah sepatutnya diadakan di depan bakal calon PM, Anwar Berahim tetapi mamat ini tak sabar nak cabut lari dari pertanyaan wartawan pasal RPK dan Omega, maka bergegaslah beliau meninggalkan Malaysia, tengah hari tadi.

Ekoran kegagalan Baru Bian nak angkat sumpah, maka sumpah seranahlah dia terhadap Anwar yang tinggalkan negara ketika seluruh ahli PKR bersorak girang selepas menang 3 daripada 49 kerusi yang ditandingi. Turut terloncat kegembiraan ialah para pemimpin Pas selepas menang sorak di Sarawak.

Khabarnya sejurus kemenangan beliau diketahui, Baru Bian terus terbang ke Kuching dan menunggu di depan pintu utama pejabat Ketua Menteri tetapi dihalau oleh polis bantuan di situ. Khabarnya, Baru Bian kini sedang merayau-rayau di bandar raya Kuching selepas bapa Omeganya telah menghilangkan diri. Beberapa saksi menyatakan Baru macam kucing kehilangan bapak saja lagaknya.

Cerita lain pasal Baru Bian baca di sini!

KEPUTUSAN 2011:
BN = 55
DAP = 12
PKR = 3
PAS = 0
SNAP =  0
PCM =  0
BEBAS = 1

KEPUTUSAN 2006:
BN = 62
DAP = 6
PKR = 1
PAS = 0
SNAP =  1
BEBAS = 1

Keputusan penuh lihat di sini!

Sarawak: BN menang mudah, SUPP kalah teruk (Updated!)

TERKINI (UPDATED!)
Nampaknya BN memperoleh kemenangan mudah kali ini, tetapi SUPP kalah teruk. Nampaknya sokongan kaum Cina terhadap SUPP merosot. Daripada 19 kerusi yang ditandingi SUPP, mereka hanya menang di 5 kerusi (setakat ini) malah Presidennya sendiri, George Chan pun kalah. Apakah ini petanda bahawa BN makin hilang sokongan daripada pengundi Cina di Sarawak? Fikir-fikirkanlah...!

BN = 55
DAP = 12
PKR = 3
Bebas = 1
Jumlah = 71/71

POS ASAL:
Pusat pembuangan undi di seluruh 1,700 lebih dah ditutup kira-kira sejam lalu dan kini proses pengiraan undi sedang rancak di kesemua pusat pembuangan undi. Manakala peti-peti undi yang sudah dikira akan diangkut ke Kuching, Sibu dan Miri untuk proses penjumlahan.

Walaupun begitu perang saraf antara parti yang bertanding semakin rancak apabila masing-masing mendakwa mendapat kemenangan. Pembangkang awal-awal dah umum mereka menang pilihan raya kali ini manakala pihak kerajaan pula menunggu keputusan rasmi SPR, tapi blog, twitter dan FB dah tersebar tentang berapa kerusi pembangkang menang dan berapa kerusi BN menang.

Pergh... cukup mendebarkan bila melihat angka-angka kemenangan pihak pembangkang setakat ini walaupun ia belum rasmi dan hanya bersandarkan perkiraan di pusat membuang undi. Keputusan yang tersebar di FB, blog dan Twitter ini belum boleh diterima pakai, tapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau tak tepat pun ada sipi-sipi.

Jangan kalau ada suara-suara kata pembangkang dah menang 15 kerusi termasuk di Be'kalalan manakala BN pula dilaporkan menang 51 kerusi, sebetulnya ia memang mendebarkan. Tak nak percaya tapi kena juga ambil kira walaupun ia belum rasmi.

Apa pun aku memang berdebar tunggu keputusan pilihan raya kali ini. BN boleh menang tapi kemungkinan pembangkang juga boleh menang lebih banyak kerusi. Itu perasaan aku selama ini... dan melihat angka-angka yang dikeluarkan di blog, FB dan Twitter... memang cukup risau!

Aku sudah membayangkan bahawa pengundi Cina terutama di Kuching, Miri dan Sibu akan memberikan undi mereka kepada DAP atau PKR (Cina) walaupun kerajaan sudah banyak tabur wang kepada mereka terutama untuk sekolah Cina. Sentimen sokongan Cina kepada DAP bukan pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi juga pada pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk di Sibu.

Dan faktor utama kaum Cina menyokong DAP ialah kerana mereka yakin kalau pembangkang menang di Sarawak, mereka boleh menghantar seorang wakilnya sebagai Ketua Menteri, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Tambahan pula mereka sudah lama menyampah dengan Taib Mahmud yang kuasai projek-projek besar dan kecil di Sarawak.

Mereka tahu hanya kemenangan pembangkang sahaja yang boleh meletakkan seorang kaum Cina sebagai Ketua Menteri walaupun BN selama ini meletakkan wakil Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri tapi mereka tak puas hati. Mereka mahu Cina jadi Ketua Menteri, sepertimana Violet Yong dakwa, kalau orang Melanau yang minoriti pun boleh jadi Ketua Menteri, tidak mustahil Cina juga boleh menduduki kerusi itu andai DAP menang.

Itulah sentimen kaum Cina terhadap pembangkang khususnya DAP sejak PRU-12 dulu. Mereka telah berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang, dan hampir menjadi Menteri Besar di Perak, jadi tidak mustahil lebih banyak negeri dapat dikuasai mereka terutama Sarawak dan Sabah.

15 April 2011

Pelik...! Kenapa orang Pas marah Hadi peluk Najib

Ramai orang Pas "berbulu" tengok kemesraan Hadi Awang dan Najib. Takut sangat mereka tengok gambar ni...
Ramai orang Pas macam naik angin satu badan bila tengok Hadi Awang duk peluk Najib ketika kedua-duanya bertemu di Kuching semasa mereka sama-sama turun berkempen pada pilihan raya Sarawak. Kemesraan mereka yang diturut ditayang di TV dan dada akhbar membuatkan orang Pas berbulu mata. Ada juga yang menangis teresak-esak dan tak kurang yang maki hamun.

Mereka duk persoal kenapa Hadi Awang duk peluk Najib. Lainlah kalau Hadi peluk Guan Eng atau Karpal Singh, itu tanda keakraban antara pakatan haram zadah. Dushhh....!! Salah satu pejuang Pas yang duk berkokok tak puas hati keakraban antara Hadi dan Najib ialah mamat ni... Baca di sini!

Alahai puak-puak ini. Kenapalah pelukan Hadi dan Najib nak dipersoalkan sedangkan pelukan mamat mirip Anwar dan pemilik jam Omega dengan amoi Cina tidak pula dipersoalkan. Malah dipertahankan lagi. Mana yang lebih mulia, pelukan sesama Islam antara Hadi dan Najib atau pelukan yang menaikkan syahwat antara mamat mirip Anwar tapi lebih boroi dengan amoi Cina.

Pelukan Hadi dan Najib dipersoal tapi pelukan mamat ini dengan pelacur Cina dipertahan... Itulah perjuangan Pas sekarang! Tahniah...
 Inilah hotak orang Pas yang masih lagi tak berubah-ubah walaupun negara dah merdeka lebih 50 tahun. Pemikiran masih lagi ditakuk lama tapi ada cita-cita nak tadbir negara. Bagi mereka sangat hina bagi seorang pemimpin mereka beramah mesra apatah lagi berpeluk ria dengan pemimpin UMNO. Najis sangatkan orang UMNO berbanding Lim Guan Eng, Karpal Singh atau pelacur China?

Tolonglah.... dalam dunia sekarang di mana perjuangan Pas tidak lagi kerana Islam tetapi kerana kebajikan dan Putrajaya, sepatutnya hal-hal seperti ini tidak dipersoalkan. Sebaliknya, ia sepatutnya disambut dengan kegembiraan kerana menyaksikan dua pemimpin Islam begitu akrab. Sekurang-kurangnya ia menjadi contoh kepada para pengikut masing-masing.

Sedih tengok sifat dan sikap orang Islam Pas...

RPK kecewa Anwar tipu dia... Haha

Raja Petra Kamarudin (RPK) yang dulu merupakan anjing peliharaan Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal RPK - tukang karut, tukang tabur fitnah dan tok dalang bagi Anwar. Tapi sekarang anjing peliharaannya menggigit tangan tuannya. Tak kasi makan gamaknya!

RPK kata dia kecewa sebab kena tipu dik Anwar Ibrahim pasal Peristiwa 16 September 2008 iaitu gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN melalui pintu belakang. Sekarang RPK dah sedar rupanya dia kena tipu dik Anwar. Hahaha...

Aku nasihatkan RPK jangan sedih sebab bukan dia sorang yang kena kencing dik Anwar pasal S16. Ramai lagi yeop! Termasuk juga Zul Noordin, Mat Arip, Zaharin dan ramai lagilah. Tapi mereka semua lebih awal terjaga dari tidur dan cepat-cepat tinggalkan raja syahwat itu. Tapi ramai juga yang sedar tapi tak boleh buat apa-apa. Malu agaknya!

Sebetulnya bukan RPK dan puak-puak PKR saja kena tipu dik Anwar. Pemimpin Pas dan juak-juak Pas pun sampai sekarang masih percaya pada Anwar. Sampaikan sekarang ini orang paling kuat pertahan Anwar ialah orang Pas melebihi orang PKR sendiri. Tengoklah mereka beramai-ramai sembahyang hajat nak selamatkan Anwar.

Sekarang bila Anwar terus dihimpit dik pelbagai isu termasuk isu liwat, skandal seks dengan pelacur, isu jam Omega, pendedahan RPK... orang yang paling kuat pertahan Anwar adalah para pejuang Pas. Puak-puak PKR dah lama mengambil sikap diam kalau tak cabut lari pun. Ibarat, kalau tak ada pejuang-pejuang Pas yang duk pertahan raja drama ini, tak tahulah nak jadi apa pada Anwar.

Ingat masa Anwar mula-mula kena tendang dari UMNO dan kemudian dia gerakkan gerakan reformasi? Siapa yang ikut serta bersama Anwar? Pergh... ramai beb termasukkan cerdik pandai macam Chandra Muzaffar. Tapi sekarang ke mana mereka semua? Semua pakat cabut dan gigit Anwar balik... Kenapa? Tentulah pejuang-pejuang Pas kata mereka semua dah kena bayar dik UMNO. Sebab itu mereka pakat lari dari Anwar.

Haha... tergelak!

Takkan semua UMNO bayar yeop? Kau tanya Chandra berapa UMNO bayar dia supaya keluar PKR? Kau tanya Zulkifli Noordin berapa dia dibayar? Tanya juga Marina Yusof, Nallakaruppan, Zaharin, Mat Arif dan ribuan lagi bekas pengikut setia Anwar? Tak ada... UMNO tak keluar satu sen pun. Tapi mereka keluar sebab mereka sedar diri bahawa mereka telah ditipu bulat-bulat dik Anwar.

Jadi aku harap orang Sarawak jangan pula senang-senang kena tipu di Anwar pulak esok. Ingat yeop, sekali berubah susah nak kebah!

Pssssttt... Elok orang Pas lantik Anwar jadi Mursyidul Am Pas, ganti orang tua nyanyuk macam Nik Aziz tu. Tengok macam mana jadi pada Pas?

14 April 2011

Tadak kredibiliti... Anwar tak boleh jadi Perdana Menteri

RPK.. dulu diagung, sekarang dibalun!
Tak ada kredibiliti... Anwar tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu bukan aku kata tapi orang kepercayaan Anwar sendiri, Raja Petra Kamarudin (RPK) yang cakap kat Buletin Utama TV3 sekejap tadi. Dia kata macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau masalah dalam PKR pun dia tak boleh nak handle, perbezaan pandangan dalam pembangkang pun dia tak boleh nak settle. Macam mana nak jadi Perdana Menteri?

RPK tanya ada tak Anwar keluarkan apa-apa ketetapan pasal macam-macam percanggahan isu dalam pembangkang. Dia ambik contoh kes jualan arak kat Selangor tu. Pas kata tak boleh jual tapi DAP kata boleh. Tapi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Selangor buat bodoh yang akhirnya tak ada ketetapan khusus mengenainya. Banyak lagi isu lain yang Anwar gagal tanganinya.

Haha... Akhirnya RPK dah sedar diri siapa sebenarnya Anwar. Agaknya dah lama Anwar tak masukkan duit dalam akaun, itu pasal anjing belaannya menggigit kakinya sendiri. Haha! Tapi apa yang RPK cakap ini elok puak-puak Pas duk muhasabah. Betul ke tak betul...!

Orang Sarawak pun kena fikir macam mana nak pilih pembangkang kalau calon bakal PM pun tak ada ketetapan. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Akhir-akhir ini lagilah dah makin tak boleh kawal diri, makin emosi apatah lagi kalau dengar kata-kata O-ME-GA... Mau naik angin satu badan.

Itu kepala bapak segala pembangkang. Macam mana pula calon bakal Ketua Menteri, Baru Bian. Apa agaknya akan jadi Sarawak kalau betul pembangkang bentuk kerajaan dan Baru Bian jadi CM. Hish... selisih malaikat 44!

Ke kiri, ke kanan, ke belakang, ke depan nampaknya Anwar dah tak boleh nak menepis dah. Ke depan diasaknya dengan isu Omega dan video seks, ke belakang digasaknya dengan isu liwat. Ke kiri pulak dibelasah cukup-cukup dik bloggers, ke kanan pulak digigit dik anjing-anjing peliharaannya sendiri. Gitulah nasib manusia bernama Anwar bin Ibrahim.

Alhamdulillah... Syukur. Nampaknya doa puak-puak Pas dimakbulkan Allah. Allah kini sudah memberikan petunjuk siapa yang hak dan siapa yang bathil. Cuma puak-puak mereka ini masih lagi dipekak dan dibisukan oleh kemaruk untuk berkuasa.

Tak lama lagi dah... Anwar bakal berkubur! Tak sempat PRU-13 lah yeop!

Video seks: Polis dah tahu tapi tak nak bagi tahu

Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar kata polis dah kenal pasti lelaki yang berhubungan seks dengan wanita China dalam video yang didedahkan Datuk T. Bukti-bukti lengkap dan kukuh sudah dimiliki. Cuma polis masih belum mahu dedahkan lagi siapa lelaki itu sebenarnya.

Tapi walaupun polis tak mahu dedahkan siapa lelaki itu, aku percaya 98.9 peratus mereka yang sudah menonton klip video selama 1 minit lebih itu dapat mengesahkan siapa lelaki itu ialah dot dot dot... Kalau ada yang tidak pasti itu bukan sebab kerana tidak kenal lelaki dalam video itu, tetapi enggan menerima kenyataan.

Tak percaya sebab mamat ini sangat mulia di mata hati mereka. Warak, tawaduk, suci, bersih, baik budi pekerja, sabar, jujur, hensem, gagah perkasa, tidak boroi, kepala tidak putih. Jadi susah benar nak percaya lelaki dalam video itu adalah lelaki yang selama ini dipuja mereka.

Tapi tak apa. Ibarat doa orang Pas dalam sembahyang hajat mereka, kebenaran akan muncul juga... sedikit masa lagi. Dah tak lama dah... tunggulah hari pembalasannya... Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..!

13 April 2011

Raja Petra buat pengakuan di TV3... Siapa hak dan siapa bathil? (updated!)

UPDATED (14.4.2011):
Raja Petra dah buat pengakuan bahawa dia diarah untuk memfitnah Rosmah dan Najib bagi menghalang Najib menjadi PM selepas pengunduran Pak Lah. Dan Anwar disebut terlibat sama dalam gerakan ini. Jadi apa pendirian puak-puak Pas tentang hal ini? Apakah puak-puak Pas akan terus menjaja fitnah pembohongan Raja Petra ini? Apakah puak-puak Pas masih sanggup memakan daging saudaranya sendiri hanya semata-mata nakkan kedudukan politik?

Betul kata Zulkifli Noordin. Allah telah memberikan pelbagai petunjuk kebenaran hasil tidak henti-henti solat hajat dan doa orang-orang Pas agar Allah menunjukkan siapa yang benar siapa yang bathil. Tapi mereka tidak mahu mengakui petunjuk Allah semata-mata kebenaran itu kini mendedahkan siapa Anwar sebenar. Ya, Allah kau telah menunjukkan kebenarannya kini kau bukalah pintu hati orang Pas untuk melihat kebenaran itu. Amin!

Jangan lupa saksikan siri kedua pengakuan RPK di Buletin Utama TV3 malam ini.

POS ASAL:
Oih... Ada apa ni? Aku dapat tahu Raja Petra nak buat pengakuan bersumpah malam ini kat TV3. Khabarnya TV3 akan buat siaran langsung pukul 8.30 malam ni. Betul ke ni? Siapa yang tahu detail mengenai hal ini tolong maklumkan. Especially kawan-kawan yang ada kat Sarawak sekarang...

Ada apa yeop? Ceciter... ceciter...

Saman Ummi Hafilda terhadap Baginda dibatalkan? Kenapa?

Saman Ummi Hafilda dibatalkan... Cis!
Aku terkejut dengar khabar saman Ummi Hafilda ke atas Baginda Minda a.k.a. Nor Azman dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi KL hari ini. Ummi hari tu kemuka saman RM100 juta terhadap Baginda kerana fitnah beliau konon Baginda telah mengadakan hubungan seks dengan adik Azmin Ali ini. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Malaysiakini. Dan portal berita pro-pembangkang itu pun kena saman di Ummi.

Tapi hari ini saman itu dibatalkan oleh mahkamah dengan alasan kedua-dua peguam tidak hadir ketika pengurusan kes itu buat pertama kali dibuat hari ini. Cisss.... bodohnya. Peguam mana yang dilantik Ummi ni sampai tak hadir ketika perkara penting seperti ini? Apakah peguam ni sibuk berkempen di Sarawak ke? Hemm... kena tunggu kenyataan Serikandi7 nih!

Apa pun aku pasti puak-puak pembangkang khususnya penjilat Anwar akan bersorak gembira di Sarawak sebab mahkamah dah batalkan saman Ummi Hafilda ke atas salah seorang tali beruk Anwar iaitu Baginda Minda. Sudah pasti mereka akan pusing 360 darjah kes ini dan nantinya mereka akan menunjukkan kepada rakyat betapa jahatnya Ummi Hafilda dan hakim menyokong Baginda dan Malaysiakini.

Hehee... Maklum mereka semuakan pakar bab-bab spinning ni. Gambar seekor beruk kalau dapat dik puak-puak ini dipusing kata-katanya, baruk itu boleh jadi Shah Rukh Khan. Apatah lagi kalau gambar video beruk sedang peluk amoi Cina sambil pakai tuala, mesti diorang pusing 360 darjah dan beruk itu tiba-tiba menjadi imam di mata rakyat. Hebatnya puak-puak ini buat pusingan U!

Apa pun, aku harap Ummi dapat beri kenyataan di mana silapnya sehingga kes ini boleh dibatalkan. Kalau salah peguam yang dilantik, tendang keluar saja peguam ini. Tarak guna punya peguam...

Pelakon porno, Arifinto dan Anwarto

Vicky Vette semakin "digilai" di Indonesia...!
Nampaknya seorang Ahli Parlimen Indonesia, Arifinto mendapat perhatian pelakon filem biru terkenal Vicky Vette hanya gara-gara beliau "terkantoi" sedang melayan filem blue ketika sidang Parlimen sedang berlangsung. Akibat keberanian Ahli Parlimen Indonesia itu, Vicky telah menghantar gambar-gambar pos istimewa beliau kepada Arifinto. Hebat...

Ahli Parlimen Indonesia ini kerana merasa bertanggungjawab memalukan ahli Parlimen Indonesia, parti dan rakyat Indonesia mengambil langkah meletakkan jawatannya. Ini 2X hebat! Tahniah bro... ini baru nama pemimpin sejati. Berani buat berani tanggung!

Tapi Arifinto kata dia cuma buka email yang diterima bukannya tengok blue. Kalau betul apakah email itu datangnya dari Vikcy?

Twitter Vicky mengenai Arifinto....

Tapi ada seorang lagi Ahli Parlimen ini bukan takat tengok filem lucah, malahan beraksi sendiri dalam filem "blue" tapi hitam putih. Dia Ahli Parlimen nun di utara Semenanjung. Malangnya mungkin Vicky Vette tak tahu kisah Ahli Parlimen yang satu ini, kalau tidak aku percaya Vicky pasti ajak mamat seorang ini berlakon sekali dengannya.

Wah...!! Kalau mamat ini berlakon dengan Vicky tentu ramai yang cemburu. Silap-silap ramai yang hantar emel kepada Vicky untuk jadi sparing partnernya. Atau nak dapatkan gambar eksklusif dari Vicky Vette.

Tapi berbeza Arifinto, Ahli Parlimen yang satu ini (aku namakan Anwarto) bukan jenis manusia berani atau pemimpin hebat dan bertanggungjawab. Sebabnya walaupun dah terkantoi dia ada "main" dengan amoi Cina masih lagi tak nak mengaku. Tak mengaku, tak nak letak jawatan, tak apalah. Nak buat macam mana kalau jenis bebal dan degil macam Abu Lahab. Tapi disalahkan pula orang lain.

Dia yang terkantoi buat benda lucah dan porno, alih-alih nak heret sama Najib dan Rosmah konon berkonspirasi, fitnah dia. Muahahahaha.... Anwarto... Anwarto... Ini macam pun ada ka, chit!

Malangnya Vicky tak tengok ke Malaysia. Mungkin dia sendiri tak sangka kat Malaysia ini ramai pelakon porno amatur. Kalau tidak sudah pastia Vicky juga beri perhatian kepada Malaysia. Aku ingat elok trio Datuk T jemput Vicky datang buat "show" kat Malaysia. Pasti meletup-letup... Wahahaha..!!

Vikcy tengok video ni misti dia ajak mamat ni jadi sparing partner dia.. hehe

12 April 2011

Kecoh PM acap kali turun Sarawak

Kecoh di kalangan puak-puak mereka apabila Perdana Menteri yang tercinta, Najib dah tiga kali ke Sarawak termasuk dua kali sepanjang kempen pilihan raya negeri. Paling best, puak-puak pembangkang dah sebarkan konon Najib tak yakin dengan Taib Mahmud yang kini ditolak rakyat Sarawak sebab lama sangat jadi CM di sana. Maka Najib yang mula sedar peratus sokongan rakyat kepada BN makin menyusut maka dia terpaksa turun ke Sarawak.

Haha... Memang tak masuk dik akal alasan yang diberikan. Najib dah cakap hari tu, orang apa peduli berapa kali dia nak pergi ke Sarawak sebab diakan PM Malaysia... PM untuk rakyat Sarawak juga! Dush... kena pembangkang. Sebabnya ada juga pemimpin pembangkang dan ulang-alik ke Sarawak sejak beberapa bulan dulu. Sebab apa? Sebab nak sebar fitnah kepada rakyat Sarawak.

Alasan aku kenapa Najib terpaksa beberapa kali turun Sarawak senang je. Selain sebab dia PM dan dia ada hak nak tengok berapa kali pun negeri bawah pentadbirannya, Sarawak juga negeri yang besar dan luas. Lebih besar dari Semenanjung. Maknanya kalau datang sekali tak habis roundlah. Maka sebab itulah dia kena acap kali turun. Supaya seluruh rakyat Sarawak dapat dilihatnya, bukan hanya setakat Kuching sahaja.

Tapi yang aku pelik si Anwar Ibrahim ni... Tak nak balik Semenanjung ke? Khabarnya sejak sekian lama Anwar berkampung di Sarawak dan tak balik-balik ke Semenanjung. Malah banyak program di Semenanjung dibatalkan sebab Anwar tak muncul. Sibuknya di Sarawak bukan kepalang... Nampak sangat Anwar dah boleh bayang puak-puak pembangkang akan kalah teruk kat Sarawak. Sebab itulah dia terpaksa bermustautin di Sarawak.

Erk... lagipun dia sudah membayangkan pendedahan video seks dan isu jam tangan Omega yang sampai kini dia sendiri tak boleh jawab pertanyaan rakyat menjadikan dia semakin bimbang kehilangan sokongan di Sarawak. Lagipun, dia juga bimbang sebab orang Semenanjung dah mula tarik muka kat Anwar sebab tak dapat jawab soalan di mana letaknya jam tangan Omeganya dan isu wajahnya terpampang dalam video seks hitam putih tu.

Jadi kepada puak-puak pembangkang... jangan persoal kenapa Najib acap turun ke Sarawak tetapi persoal kenapa Anwar tak balik-balik ke Semenanjung sejak beberapa minggu lepas. Takut ke yeop?

Omega dah jadi Oh-My-God!

Nampaknya ada orang tu pantang dengar nama Omega. Mahu disergahnya sesiapa yang sebut Omega... Omega dah jadi Oh M God bagi orang ini. Tidak hairan apabila ada wartawan tanya pasal Omega dia melenting tak tentu hala dan mula meraban. Dah kena sampuk Omega gamaknya.

Aku dah cakap, jangan sebut Omega depan mamat ni. Nanti dia meracau tak tentu hala dan silap-silap habis semua dia tempik. Tapi korang tanya jugak pasal Omega. Ibarat sudah tahu bertanya pula! Gitulah peribahasa orang lama kata.

Kau orang bukan tak tahu kat mana Omega tapi korang tanya jugak. Tapi betul jugak kata minah ni, memanglah semua orang tahu Omega dah kat tangan polis tapi mana rakyat tak pening, sekejap dia kata ada dengan bini dia, tapi bila tanya bini dia, ada simpan. Bila tanya kenapa tak tunjukkan, eh bini pula yang bertempik.

Lepas tu katanya dah buat report polis kata Omega tu hilang tapi itu sebelum bini dia mengaku ada simpan. Habis tu Omega mana yang hilang, Omega mana yang bini dia simpan dan Omega mana yang ada dengan polis yang Datuk T kasi tu? Pening... pening... Rakyat pening. Mamat ni lagi pening.

Sekarang polis buat tambah peningkan kepala mamat ni. Kenapalah polis kata akan dapat maklumat pembeli Omega tu dalam masa terdekat. Kalau ya pun nak dedahkan pemilik sebenar Omega tu, tunggulah lepas 16 April. Bukankah 16 April nanti seluruh rakyat Sarawak akan memilih kerajaan baru? Kerajaan yang berpemimpin kepala liwat dan kepala shahwat? Lepas tu polis nak dedah siapa empunya Omega tu dedahlah. Sekurang-kurang kalau tak dapat duduki Putrajaya, dapat Petra Jaya dah cukup.

Tapi dia lupa, orang Sarawak tak bodoh dan walaupun sebahagiannya orang Iban, orang duduk rumah panjang tapi mereka juga tak bangang sampai tak tahu yang mana pemimpin rakyat dan yang mana pemimpin syahwat. Tidak... tidak... sama ada tahu siapa pemilik Omega tu atau tidak, itu tidak penting sebab orang Sarawak tidak akan mengubah kerajaan mereka. Sarawak sudah cukup maju sekarang. Tiada apa yang perlu diubah. Yang patut berubah dan insaf adalah pemimpin syahwat ini...

Omega... oh Omega.... Di mana kau!

10 April 2011

Jom layan F1 Malaysia live dari Sepang... (Updated!)

Awek-awek litar tayang aset sempena F1 di Sepang

Siapa yang tak berpeluang nak tengok F1 di Sepang atau layan TV macam aku sekarang, meh ikuti liputan langsung di sini...



Dibawakan khas untuk pengikut blog aku .... hahaha...!!

Go Schumi Go!!

TERKINI:

Schumi cannot go! Huh... Apa pun tahniah untuk Sebastian Vettel atas kemenangan kedua berturut-turut musim ini selepas cipta kemenangan di Melbourne dua minggu lalu. Juga kepada pasukan Lotus Renault sebab sekali lagi menaiki podium di tempat ketiga, kali ini menerusi Nick Heidfeld.

Siapa Miller?

Kecoh di negara jiran perihal pelakon remaja Arumi Baschin (kiri) yang hilang didakwa dilarikan oleh Miller @ Mohd Suhaimi, pelakon Indonesia kelahiran Malaysia.
Entah... tiba-tiba nama mamat ini disebut-sebut di Indonesia kerana dikatakan melarikan anak gadis orang. Miller adalah pelakon Indonesia yang berasal dari Malaysia. Nama sebenarnya Mohd. Suhaimi. Gara-gara mamat ini, ada yang berdemonstrasi di Kedutaan Malaysia Jakarta tuntut kerajaan Malaysia hantar balik anak gadis yang dilarikan Miller.... Bangang!

Baca apa yang terjadi di sini!

Aku nak tanya semua 25 juta rakyat Malaysia... apakah kalian semua kenal siapa Miller ni? Jangan kata Najib atau Muhyiddin, aku pun tak kenal Miller. Lalu kenapa kerajaan Malaysia pula dikaitkan dengan mamat bongok yang larikan anak dara orang ni?

Pesan aku kepada rakyat Indonesia, kalau kalian ketemu sama Miller ini, ayuh keroyok saja dia, ganyang saja. Aku dan kami semua rakyat Malaysia peduli apa? Itu lebih baik daripada duduk berdemo depan kedutaan. Buat habis ke beras. Lagipun ini masalah peribadi keluarga gadis itu, Arumi Baschin yang juga pelakon remaja (baru umur 17 tahun), tak perlulah nak seret kerajaan masuk campur. Banyak lagi urusan negara yang lebih penting perlu diselesaikan.

Kalau aku kata orang Indonesia ini tolol, marah pula mereka. Tapi apa ke namanya tu kalau perihal peribadi seorang artis kelahiran Malaysia yang orang Malaysia tak kenal pun nak dibawa emosi sampai lakukan demonstasi dan libatkan kerajaan? Weih... Malaysia mahu jadi negara maju dan sedang seluruh rakyat sedang bekerja keras untuk ke arah itu. Perihal sepele macam isu Miller dan aweknya itu, membazir masa untuk kami semua nak layan.

Lagipun si Miller tu sendiri yang cakap, dia memang tak laku kat Malaysia.... Baca sini atau baca kenyataan bongok pelakon ini:
"Di Malaysia saya kurang laku, itu buat saya sedih, bahkan tak pernah dapat peran. Di sini dapat peran utama, biar orang-orang Malaysia pada nangis, pada jealous, sebab film-film Indonesia diterima di sana," ujar Miller, saat soft-launching film produksi Sinemart tersebut di Restaurant Sidang Reret, Jl Wijaya, Jakarta, Senin (9/7/2007). 
Jadi kepada rakyat Indonesia, silalah buat apa sahaja kepada mamat ini. Nak ganyang, nak keroyok, nak tendang keluar dari negara ini, silakan. Tak ada siapa nak marah kalau benar dia yang buat dajal kat negara kalian. Lagipun tiada siapa yang kenal dia di sini...!!

09 April 2011

F1: Team Lotus menang sorak.....

Maaf cakaplah. Nampaknya Lotus Team milik Tony Fernandez, taukeh AirAsia ni menang sorak saja nampaknya. Sebabnya hasil ujian masa perlumbaan F1 di Sepang hari ini, kedua-dua pelumba mereka tak berganjak dari posisi lima ke bawah, sama seperti penampilan pertamanya musim lalu.

Tapi sebelum ini Tony bukan maincakap besar teamnya kali ini akan beri saingan kepada team-team besar macam Red Bull, Ferrari, Mercedez atau McLaren tapi nampaknya persaingannya masih lagi dengan rakan-rakan sebaya yang memasuki perlumbaan musim lalu, Virgin dan HRT. Aku harap Lotus Team dapat perbaiki prestasi mereka selepas ini.


Tapi aku nak ucap tahniah kepada team Lotus satu lagi iaitu Lotus Renault sebab berupaya mencabar pasukan lain dan begitu juga Mercedez GP Petronas, juga menunjukkan prestasi membanggakan awal musim. Pun begitu kita sama-sama saksi dan tunggu keputusan perlumbaan sebenar esok.

Lotus Team, Lotus Renault dan Mercedes GP adalah team yang ada kaitan dengan Malaysia dan dianggap pasukan Malaysia. Aku harap mereka mencipta kejayaan esok... sekurang-kurang menaiki podium dan membawa bendera Malaysia atau produk Malaysia!

08 April 2011

Manifesto...

Ini manifesto Pakatan Rakyat... BERUBAHLAH!


Dan yang ini pulak manifesto rakyat... INSAFLAH!

Pemimpin PKR ejen jual "Datuk" palsu?

Aku petik laporan Utusan Online di bawah sebab puas aku cari kat Malaysia Kini dan Malaysian Insider, tak ada pulak kisahnya... Baca!
KUALA LUMPUR 8 April – Seorang ibu tunggal, Nor Azimah Jamaludin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM50,000 daripada seorang lelaki bagi mendapatkan gelaran “Datuk Diraja” daripada Persatuan Kerabat Diraja Long Yunus, akhir tahun lalu.
Wanita tersebut turut menghadapi satu tuduhan pilihan menipu mangsa yang sama.
Turut didakwa bersubahat dengan ibu tunggal dalam melakukan perbuatan tersebut ialah ahli perniagaan, Mohammad Agos Mohd. Noor.
Kedua-dua tertuduh juga akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk didakwa atas tuduhan serupa. - Utusan

Okey... Soalan seterusnya, siapa kenal dengan Mohd Agos ini yang turut bersubahat dalam kes jual gelaran Datuk yang didedahkan sendiri oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V? Aku rasa orang Rantau Panjang kenal.

Baik aku kenalkan... dia adalah KETUA CABANG PKR RANTAU PANJANG....!!!

Ada sesiapa nak komen? Silakan....

Kisah gadis kaunter dan bir....

Semalam dalam pukul 10 malam, aku ke salah sebuah pasar raya besar untuk berbelanja barang dapur. Biasanya aku bawak isteri dan anak-anak setiap kali berbelanja tetapi sejak beberapa bulan ini aku terpaksa pergi bersendirian atau ditemani anak-anak lantaran isteri yang begitu sibuk. Tak apa, tak ada masalah... aku amat memahaminya.

Tapi bukan itu yang aku nak tulis di sini sebenarnya. Apa yang aku nak ceritakan ialah kisah seorang gadis kaunter di pasar raya besar tersebut. Orangnya masih muda dalam usia awal 20-an, berkulit agak gelap, kurus, bertudung hitam dan berbaju T-shirt tempat dia bekerja. Ketika untuk membayar barang perbelanjaan aku, aku memasuki kaunter gadis ini.

Di depan aku ada dua orang remaja lelaki aku yakin dan percaya adalah Melayu dan beragama Islam. Aku agak dalam usia 15 hingga 17 tahun. Nak tahu apa yang remaja ini beli? Beberapa tin minuman keras. Mula-mula aku tak perasan apa budak-budak sekolah ini beli tetapi bila gadis kaunter ini kecoh mencari seseorang untuk imbas bar kod harga pada tin minuman tersebut.

Rupanya gadis ini tidak mahu memegang tin berkenaan kerana ia adalah minuman keras. Lalu dipanggil seorang pengawal keselamatan berbangsa Cina tapi pengawal tersebut enggan membantu. Akhirnya gadis ini akur dan dia memegang tin minuman berkenaan beralaskan kain lap di kaunter tersebut. Aku tersenyum dengan telingkah gadis ini... "Baiknya dia..." bisik dalam hati aku.

Tapi bila aku tengok pembeli bir tersebut adalah dua remaja Melayu beragama Islam, aku mengucap panjang. Apa nak jadi dengan remaja kita sekarang....

Lalu aku teringat dulu kisah penjualan minuman keras secara terbuka di kedai-kedai 24 jam yang bertebaran di ceruk taman perumahan dan kampung seluruh negara. Kenapa kerajaan tak haramkan penjualan minuman keras di kedai 7Eleven dan hanya benarkan di restoran bukan Islam?

Alangkah mudahnya remaja kita membeli bir tanpa rasa segan, malu apatah lagi takut. Bayangkan...

Tertanya-tanya aku... berapa ramai berpekerti seperti gadis kaunter tersebut dan berapa ramai pula remaja-remaja kita yang menogak bir? Aku tak ada jawapan!

Lalu soalan aku nak tuju kepada JAIS (kalau tak salah) yang mengharamkan orang Islam bekerja di bar-bar, kelab malam yang menjual arak secara terbuka. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di 7Eleven, pasar-pasar raya dan lain-lain premis yang turut menjual arak?

Baca juga: Hentikan penjualan arak di 7Eleven

07 April 2011

Antara Berlusconi dan Anwar Ibrahimi....

Bercusloni pening kepala dengan kes Ruby...!
Ini berita PM Itali Silvio Berlusconi yang didakwa kerana melanggan pelacur bawah umur dan salah guna kuasa. Best part pelacur ini keturunan Maghribi dan mendakwa pernah layan nafsu penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Selanjutnya baca di sini...!

MILAN 6 April - Perbicaraan kes Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi atas tuduhan melanggan seorang pelacur bawah umur dan menyalahgunakan kuasa bermula di sini hari ini, berikutan pelbagai pendedahan sensasi yang telah menjejaskan populariti beliau.
Berlusconi tidak hadir pada perbicaraan tersebut yang ditangguhkan oleh panel hakim ke 31 Mei ini sejurus selepas kes itu didengar.
Wanita yang menjadi tumpuan kes, Karima El Mahroug, kini 18, dan lebih dikenali sebagai 'Ruby Pencuri Hati' juga tidak hadir.
Pasukan peguam bela sebelum ini berkata, mereka akan memanggil aktor Amerika Syarikat (AS), George Clooney dan bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo untuk memberi keterangan. - Utusan Online 7 April 2011

Kisah Berlusconi hampir sama dengan kisah Anwar al-Juburi yang dikatakan melanggan pelacur China. Bezanya kes Berlusconi sukar dibuktikan sebab tiada saksi dan tiada rakaman video. Pelacur tersebut yang dikenali Ruby mengaku kenal Berlusconi tapi tak mengadakan hubungan seks dengan PM Itali itu.

Anwar pula hanya calon bakal Perdana Menteri. Tapi ada bukti rakaman video. Tapi beliau bersama anak bini serta juak-juaknya tak mengaku sebaliknya mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut dan menafikan bahawa dia yang bertetek gelebeh dan berperut buncit serta beruban di dalam video tersebut.

Itu baru calon bakal Perdana Menteri... kalau dah jadi Perdana Menteri macam Berlusconi aku tak tahulah nak jadi apa.

Satu lagi, memang rakyat Itali dan satu dunia sudah tahu Berlusconi ini memang kaki perempuan. Pantang tengok perempuan dahi licin, habis dia sapu. Apa peduli... dia PM. Tapi maaf... Dia bukan biseksual dan tak minat dengan jantan jambu. Tak macam bakal calon PM Malaysia.

Anwar pun tengah pening pasal amoi ni...
Aku percaya kalau Anwar berada di tempat Berlusconi habis kes-kes mahkamah libatkan dirinya digugurkan. Apa peduli dia PM... hahaha. Tapi Berlusconi sangat gentleman. Sebab itu dia digilari ramai gadis seksi di seluruh dunia.

Anwar seksi juga... tapi itu hanya pandangan bininya sajalah! Hahahahaha.........

Psssttt... Betul cakap kawan-kawan... Wan Azizah patut izin Anwar kawin lagi dua. Satu dengan perempuan, satu dengan jantan... Hahahaha

06 April 2011

Ada lagi yang "terjun" bangunan SPRM... mampus!

Hari ini seorang lagi saksi kes di bawah SPRM terjun bangunan. Kali ini di bangunan SPRM Wilayah di Jalan Cochrane (bangunan baru diduduki). Seorang pegawai kanan kastam Selangor yang kena cekop SPRM masa operasi besar-besaran ke atas pegawai kastam yang makan duit hari ini ditemui mati di tingkat satu bangunan tersebut.

Polis kata berdasarkan siasatan awal, kes ini mati mengejut. Maknanya tidak ada unsur jenayah. Aku dimaklumkan mamat ini datang sendiri ke pejabat SPRM Wilayah selepas ditahan pada 1 April lalu. Selepas diambil kenyataan, dia dibebaskan 2 April. Kehadirannya ke pejabat SPRM Wilayah kerana mahu bertemu "seseorang" tetapi gagal.

Selepas itu kakitangan SPRM tersebut terkejut apabila mendengar dentuman kuat di atas bumbung dewan dan mendapati mamat ini sudah tergolek di atas gelanggan badminton.

Yang tak sedapnya, kes ini telah dan bakal dipolitikkan oleh puak-puak pembangkang terutama DAP sepanjang kempen di Sarawak dan mereka akan kaitkan kematian mamat ini dengan kematian Teoh Beng Hock serta menuduh SPRM atau kerajaan bertindak kejam ke atas kedua-dua mangsa.

Khabarnya, di Pelabuhan Klang (tempat mamat ini bertugas) ramai yang tidak berpuas hati dengan kematian mamat ini dan menuduh SPRM sebagai "pembunuh".

Hemmm... aku tak tahulah nak buat macam mana. SPRM baru saja "cipta kejayaan" selepas memberkas ramai pegawai kastam yang seleweng dan rampas duit berjuta-juta, hari ini kecemerlangannya dipalit dengan kematian seorang lagi saksi mereka. Betul ini bukan salah SPRM tetapi puak-puak pembangkang pasti akan mempolitikkan kes ini.

Perlu tubuh suruhanjaya siasatan diraja lagi ke?

 Penatttt...............

Video seks... jangan marahkan YouTube!

Nampaknya ramai yang tak puas hati terhadap YouTube kerana menarik balik rakaman video seks libatkan mamat pakai jam Omega mirip Anwar tapi bukan suami Wan Azizah. Ada yang menuduh YouTube nak lindungi Anwar, pembangkang suruh YouTube tarik balik video tu dan macam-macam lagi.

Haha... bro! Jangan marah YouTube kalau tiba-tiba dia tarik balik video tu dari laman webnya tapi demi kepentingan pengguna lain, mereka berbuat demikian.

Meh aku jelaskan kenapa YouTube berbuat demikian:

1) Sejak dua tahun lalu (kalau tak silap ) YouTube sudah tukar polisinya dengan tidak benarkan video ada adegan seks atau dengan kata lain kategori 18SX dimuatkan dalam laman web mereka sebab mereka bagi peluang YouTube boleh ditatapi oleh semua orang pelbagai lapisan umur.

2) Tindakan "seseorang" yang memasukkan video seks mamat mirip Anwar ke dalam You Tube kira-kira 4 petang Isnin dan kemudian tersebar di seluruh dunia menerusi blog-blog mesra kerajaan menyebabkan orang ramai berpusu-pusu memasuki YouTube untuk melihat adegan yang seronok dilihat itu. Akibat trafik yang mendadak tinggi menyebabkan pengurusan YouTube (yang memang ada monitoring system) suspek video tersebut ada gangguan spam atau virus. Sebab itulah mereka membuat keputusan untuk menarik keluar video tersebut berdasarkan ketetapan polisi mereka.

3) Jumlah kunjungan yang begitu ramai dan mendadak juga menyebabkan trafik jalur lebar di pelayan YouTube menjadi sesak. Ini menggangu pengguna lain di seluruh dunia untuk melihat-lihat video-video lain yang ada dalam YouTube. Ini menyebabkan pihak pengurusan YouTube mencari punca kesesakan trafik itu dan apabila mengesan berpunca dari video berkenaan, maka YouTube mengambil langkah mengeluarkan video tersebut.


Tak faham??? Macam ni lah... kau menumpang rumah orang tetiba kau buat parti nude kat rumah tu dan kemudian bila orang ramai dapat tahu, berduyun-duyun orang datang. Ini menyebabkan keadaan dalam rumah menjadi sesak menyebabkan penghuni lain kat rumah tu rasa tak selesa. Cara nak selesai masalah, halau jelah kau keluar dari rumah mereka. Hahaha...

Jadi... tolong jangan marah YouTube sebab diaorang tak ada kena mengenai dengan mamat pakai jam Omega dalam video tersebut.

-----------------------------

Psssttt... kawan aku tanya aku ada share ke dalam YouTube? Hahaha... aku cuma nak perbetulkan keadaan!

"Yang ini baru bang Nuar" - Wan Azizah (Updated!)


Hish... yang dalam video seks bukan bang Nuar. Bang Nuar tak macam tu. Memang muka dia macam bang Nuar tapi bang Nuar lagi hensem, lagi muda, lebih berketul badannya. Tak boroi dan gelebeh macam tu. Kan bang Nuar selalu pergi jim dan aksesais sejak setahun lepas. Anak-anak selalu teman bang Nuar pergi jim tau.

Betul.. betul... bang Nuar tak macam tu. Itu orang lain yang mirip bang Nuar. Kalau nak tau bang Nuar sebenar tengok kat bawah....







bawah....










bawah lagi....










sikit lagi.....















lagi sikit...


















Hah! ini baru bang Nuar!


Hensem kan?

~ Wan Azizah

Mungkin sebab Wan Azizah dah lama tak jumpa Anwar dan mungkin Anwar dah lama tak balik rumah jumpa anak-anak sebab itulah mereka dah tak kenal dengan Anwar. Mereka masih bayangkan bang Nuar macam dalam gambar bawah tu hahaha...

Ops... desas-desus kata Wan Azizah dah lama "berpisah" dengan Anwar.... Betul ke?

05 April 2011

Apa jenis isteri si Wan Azizah ini....

Apa jenis isteri si Wan Azizah ini. Macam tak ada naluri langsung dengan suaminya. Aku yang baru sikit "buat hal" bini aku dah suspect. Inikan pula terang-terangan. Tak kisahlah mirip ke serupa ke, takkan Azizah tak ada perasaan syak wasangka sama sekali?

Itulah gerutu kawan sepejabat aku apabila mengetahui Wan Azizah tetap pertahan suaminya dan mendakwa lelaki dalam video seks itu bukan lelaki yang dikahwininya selam lebih 30 tahun lalu. Kata kawan aku, adalah mustahil Azizah tidak mengecam sama sekali lelaki dalam rakaman video itu adalah suaminya yang mereka hidup bersama selama bertahun-tahun. Atau apakah Azizah sengaja menutup mata dan telinga demi maruah suami?

Kata kawan aku, mustahil seorang isteri boleh lagi pertahan suaminya tanpa sebarang perasaan sedih walaupun telah menyaksikan sendiri tayangan video tersebut. Kalau tidak banyak sudah pasti sedikit akan terdetik di hati "betulkah ini suami aku?' atau si anak akan berdekit.."macam papa". Sudah pasti air mata mengalir di pipi. Benar atau mirip bukan lagi persoalan.

Benar kata Wan Azizah bukan soal video itu tulen atau sebaliknya tetapi apakah benar dalam rakaman itu Anwar atau orang lain yang mirip Anwar?

Jadi kalau Azizah mahu mendapatkan kepastian adalah dengan satu cara sahaja iaitu bertanya sendiri dengan Eskay, apakah benar itu Anwar dan tanyalah Eskay apa aktiviti sampingan suaminya jika berada di luar negara. Tanyalah juga Nallakarupan, Ezam, Rashid dan ramai lagi yang boleh menjadi saksi.

Jangan tanya Anwar sebab sampai mati pun dia tak akan mengaku. Suami mana yang nak mengaku berlaku curang kepada isterinya. Tidak... tidak mungkin. Dan kalau Azizah segan untuk bertanya kepada Eskay atau tidak percaya kepada lelaki yang menjadi tukang urut suaminya, Azizah boleh mengupah seseorang yang beliau percayai untuk menyiasat aktiviti sampingan suaminya. Ramai penyiasat persendirian profesional di luar sana.

Kenapa perlu salahkan UMNO dan kerajaan terhadap apa sahaja tuduhan ke atas suaminya? Jika seseorang tidak melakukannya adalah mustahil perkara seperti ini dapat ditimbulkan.Jika ia sekali berlaku, betul ada kemungkinan ini konspirasi tetapi kalau satu... dua.. tiga dan berkali-kali berlaku, takkanlah semuanya kerana konspirasi kalau bukan memang itulah perlakuannya.

Kepada Wan Azizah tak usahlah lagi nak berdrama dan nak pertahankan suaminya sebab aku tahu semua itu dilakukan demi politik dan bukannya demi maruah keluarga. Kalau betul Azizah sayangkan keluarga sudah pasti beliau menasihati suaminya agar bersara dari arena politik. Tumpu kepada keluarga dan yang penting buatlah amal ibadah sebanyak mungkin. Umur pun dah makin lanjut.

Untuk apa Wan Azizah terus pertahankan Anwar dan berpolitik sedangkan keadaan keluarga hancur berderai. Kalau tak sayang diri sendiri, sayangilah anak-anak. Mereka sudah pasti sengsara angkara sikap papa dan mamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...