31 May 2011

Salih Yaakob jugak yang naik.... (Updated!)

TERKINI:
Salih Yaacob bawa keempat-empat isteri dan 11 anak bercuti ke China. Wow! Tertanya-tanya juga macam mana Salih atur jadual "tidur" masa kat sana yek? Heheee...

Ramai yang cemburu dengan Salih Yaakob!
Orang duk kecoh-kecoh tarif elektrik naik, Salih Yaakob tetap tersenyum lebar sampai ke telinga. Apa tidaknya, baru dapat isteri baru... Anak dara pulak tu! Tahniah buat Salih Yaakob sebab buatkan ramai jantan-jantan kat luar sana cemburu habis.

Apa tidaknya. Selepas dah ada tiga isteri yang hidup aman damai, Salih tambah lagi satu isteri menggenapkan kuotanya. Tambah manis, isteri keempatnya itu seorang gadis berusia 25 tahun - Samihah Syeikh Ali a.k.a Emi. Kira masih muda trang tang tanglah!. Bertuah Salih!

Bak kata seorang rakan sepejabat, apa ilmu yang dipakai Salih sehingga mampu menundukkan tiga isterinya sampai mereka hidup bermadu dalam keadaan aman, dan kemudian menundukkan pula seorang gadis lagi untuk menggenapkan kuotanya. Dah muda, cantik pulak tu!

Tapi dalam duk bercakap tentang Salih, seorang sahabat begitu prihatin apabila melontar soalan yang aku tak dapat jawab.

Soalannya... "Berapa jumlah bil lektrik yang patut Salih Yaakob bayar setiap bulan? Maklum sebelum ini tiga rumah, sekarang empat rumah!"

Tapi mujur seorang lagi sahabat aku cepat menjawab: "Alaaa rumah keempat tu tak banyak pakai letrik bro sebab mereka jarang pasang lampu!"

Haha...

MTB: Bak kata RBF, minta maaf lebih mudah daripada mintak izin! 

Tarif letrik... banyak pakai, banyak bayar!

Formula kenaikan tarif elektrik
Tarif elektrik dinaikkan mulai esok! Tapi kalau dilihat kepada formula yang digunakan berhubung kenaikan ini, nampaknya mereka yang pakai elektrik banyak akan kena bayar lebih banyak. Maknanya kalau pakai sekadar di bawah RM75 sebulan, maka mereka tidak terlibat dengan kenaikan ini.

Cukup menarik formula yang dilakukan oleh kerajaan bagi tarif baru elektrik ini. Sebab walaupun tarif naik, mak aku kat kampung tetap tak perlu bayar bil elektrik setiap bulan sebab bilnya tak sampai RM20 sebulan. Kalau bawah RM20, kerajaan masih terus beri subsidi 100 peratus... tak perlu bayar. Terima kasih!!

Dan bagi mereka yang bil bulanannya di bawah RM75 pun akan bebas dari mengalami kenaikan ini. Tapi sayang, setiap bulan bil elektrik aku sekitar RM100 hingga RM120 sebulan. Maklum pakai air-cond. Nampaknya lepas ni kena tidur dalam kepanasanlah atau paling tidak pakai kipas je. Pun aku tak kisah sangat kalau alami pertambahan bil antara 7 sen hingga RM6.60 sebab memang aku pakai banyak elektrik.

Jadi senang saja. Kalau tak nak bayar bil tinggi atau tak mahu tergolong kumpulan yang terkena tempias kenaikan tarif elektrik, berjimatlah. Jimat elektrik... jimat tenaga... jimat wang! Tak perlu marah-marah kerajaan sebab aku rasa formula kenaikan tarif elektrik kali ini cukup adil.

Terima kasih!

27 May 2011

Meh kita bandingkan...

GAMBAR A:
1. Datuk T dan wartawan yang tengok video ni patut kena tangkap dan kena hukum
2. Pelakon dalam video ni kena fitnah dan konspirasi jahat
3. Pelapor perlu tampilkan 4 orang saksi. Kalau tidak boleh dihukum qazaf.
4. Video ini tak boleh diedar sebab  berdosa aibkan orang lain.
5. Dianggap bawa politik lucah dan ditolak rakyat
6. Pelaku dalam video ini tak perlu bersumpah.

GAMBAR B:
1. Sokong pengedar gambar ini sebab ini gambar betul, ori. Tian Chua sendiri rakam gambar ni
2. Orang dalam gambar ini (tengah) memang jahat dan kaki sontot perempuan.
3. Pelapor tak perlu tampilkan 4 orang saksi. Cukup dengar cakap Anwar saja.
4. Gambar ini harus disebarkan sebab nanti dapat pahala. Nak masuk syurga tak?
5. Pelapor disanjung tinggi dan dianggap pejuang rakyat
6. Lelaki dalam gambar ini sudah bersumpah tapi sumpahnya patut ditolak.

Apa agaknya isi ceramah Anwar dan puak-puak Pas kalau lelaki dalam Gambar A itu mirip Najib?

MTB: Dah boleh agak dah!

26 May 2011

Panas berapi!! Rasuah bola sepak negara kembali menular??? (Updated!)

KEMAS KINI:
Oh... Rupanya pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan! MB Negeri Sembilan, Datuk Mat Hasan dah report polis dakwa ada pemain dan pengurus pasukan Piala Presidennya terlibat jual perlawanan! Aku dapat tahu Mat Hasan cukup marah dengan laporan yang dia terima.

Khabarnya ini bukan lagi khabar angin sebab ada saksi tengok! Dan khabarnya pasukan Liga Supernya juga diarah disiasat kut-kut apa yang dibuat "adik-adik" mereka di Piala Presiden pun berjangkit ke Liga Super. Tapi aku percaya para pemain Liga Super yang dibarisi bintang-bintang tak akan berbuat sedemikian. Mereka lebih profresional dan tidak mengejar kekayaan.

Apa pun tahniah Mat Hasan kerana cepat bertindak!

POS ASAL:
Gambar sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kes ini...!
 Biar bonar? Sudahlah baru-baru ini tiba-tiba datang pegawai penyiasat judi bola sepak FIFA ke Malaysia yang kemudian mengadakan pertemuan dengan polis Bukit Aman bahagian perjudian dah timbulkan tanda tanya, kini dikhabarkan sebuah pasukan Liga Super negara kini dilapor ke pihak berkuasa kerana ada pemainnya menjual perlawanan.

Mak aih...! Betul ke ni? Patutlah pasukan yang dibarisi bintang-bintang ini yang dua tahun lepas cukup cemerlang tiba-tiba merosot teruk. Apakah betul para pemain pasukan ini menjual perlawanan seperti didakwa sehingga memaksa pihak pengurusan membuat laporan polis?

Alahaaiii.... Bola sepak negara baru sahaja nak kembali bangkit selepas dimusnahkan oleh kegiatan rasuah oleh sebahagian besar pemain negara pada tahun 80-an dahulu takkan nak musnahkan lagi hanya kerana termakan umpan oleh para kaki judi semua? Dulu kerana rasuah ramai bintang-bintang bola sepak kita seperti Azizul Abu Hanifah atau Matlan Marjan hilang masa depan. Jangan sampai nasib serupa menimpa bintang-bintang ternama dalam skuad negeri ini.

Aku harap perkara ini tidak benar dan tidak betul. Ia hanya sekadar dakwaan...!

MTB: Tunggu perkembangan selanjutnya...!!

PRU-13: Antara keterujaan dan ketakutan pembangkang

Aku memang tak faham dan tak pernah faham dengan otak pemikiran pemimpin puak-puak pembangkang ini. Sebabnya mereka tak pernah konsisten dalam banyak hal dan isu. Antaranya ialah perihal tarikh pilihan raya umum ke-13.

Di satu sisi mereka begitu "teruja" untuk berpilihan raya sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan Pusat dikaitkan dengan pilihan raya. Apabila kerajaan tidak naikkan harga minyak RON95, mereka kata PRU-13 dah sangat dekat. Sebab itu kerajaan tak jadi naikkan harga minyak. Bila kerajan hulur bantuan kepada mangsa tanah runtuh Hulu Langat pun ada suara-suara berkata... Ah... dah dekat pilihan rayalah tu. Begitu juga bila kerajaan buat itu dan ini semuanya nak dikaitkan dengan dekatnya tarikh pilihan raya umum.

Namun di sisi lain mereka enggan pula membubarkan DUN negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka, jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat! Memang kaki putar alam! Satu sisi mereka teruja nak berpilihan raya, tetapi bila libatkan DUN negeri mereka, mereka enggan membubarnya.

Apakah bermakna bagi mereka pilihan raya umum adalah pembubaran kerajaan Pusat dan DUN negeri di bawah pemerintahan BN semata-mata? Maknanya mereka di keempat-empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - mahu mengadakan pilihan raya negeri sendiri seperti mana dilakukan di Sarawak?

Yup... Benar! Mereka mahu memerintah negeri-negeri di bawah mereka sehingga genap satu penggal (lima tahun) sebelum membubarkan DUN mereka tetapi pada masa yang sama mereka mahu pembubaran Parlimen dilakukan segera. Sebab mereka begitu teruja untuk mengambil alih Putrajaya! Cukup yakin...! Tetapi pada masa yang sama, mereka takut kehilangan empat negeri yang kini sudah dikuasai.

Malangnya, mereka semua sebenarnya belum khatan tentang politik negara apatah lagi soal pilihan raya. Sudah cukup yakinkah bahawa rakyat kini menyokong parti mereka selepas melihat "kejayaan" pada PRU-12 lalu? Sudah yakinkah mereka bahawa rakyat sekarang menolak BN semata-mata kerana video seks dan kes liwat Anwar? Sudah yakinkah mereka apabila melihat ribuan rakyat membanjiri setiap ceramah politik yang diadakan?

Inilah masalah dengan pihak pembangkang yang menjadi punca mereka tak pernah mencapai kemenangan dalam meraih sokongan rakyat pada setiap kali pilihan raya selama ini termasuk pada 1999 dan 2008. Pada 1999 ketika reformasi sedang hebat, BN/UMNO masih menang dengan majoriti dua pertiga dan ketika tsunami politik yang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah Badawi, BN/UMNO masih menang walaupun tidak mencapai majoriti dua pertiga.

Dan kini ketika Najib semakin berjaya mengambil hati rakyat dan ketika UMNO dilihat sudah kembali membawa semula sokongan mereka yang berpaling tadah ketika 2008 lalu dan ketika begitu ramai para pemimpin PKR keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim, dan ketika ramai orang Melayu marahkan DAP dan ketika rakyat Selangor dan Pulau Pinang terus merasai ditindas kerajaan negeri, apakah pembangkang masih yakin mencipta kemenangan sehingga ke Putrajaya?

Kesihan... sungguh kesihan sebenarnya. Nyata analisis politik pembangkang masih lemah dan lebih banyak bergantung kepada pandangan profesor separuh masak, Aziz Bari atau polis pencen Mohd Zain serta ucapan-ucapan kosong dan penuh dengan pembohongan Anwar. Mereka juga lebih yakin kepada media-media sampah seperti Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang para wartawannya dan editornya baru mengenal ABC...

Sebaliknya mereka menafikan segala maklumat tentang "kekuatan" kerajaan  yang disebar melalui media arus perdana seperti Utusan, Berita Harian, The Star, NST, RTM, TV3, Astro Awani. Semua kelemahan mereka yang didedahkan media terbabit dinafikan dan dianggap sebagai fitnah semata-mata tanpa berusaha mahu bermuhasabah diri apatah lagi memperbaiki diri.

Inilah sebenarnya sikap pembangkang hari ini tak kira baik Pas, DAP apatah lagi parti yang nak rebah, PKR tetap sombong, bongkak, angkuh, riak, takabur, meninggi diri hanya semata-mata kerana mereka berjaya mempertahankan Kelantan dan menguasai Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Mereka menganggap kemenangan tersebut kerana sokongan rakyat kepadanya, walhal kita semua tahu punca sebenarnya ialah Pak Lah dan anak menantu.

Teruskanlah dengan kesombongan dan keangkuhan kalian sebab itu semua akan menjadi racun pemusnah parti yang menggelarkan dirinya "Pakatan Rakyat"...

25 May 2011

Ooooiiiii.... KJ nak pertahan jawatan Ketua Pemuda laa!!!

Oooiii... KJ nak pertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO laaa... Wahahahaha...!! Cam no... Boleh ko? Dia juga akan serah perihal kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Rembau kepada pucuk pimpinan parti.

Macam mana tu? Hari tu cakap tak mahu dah jadi wakil rakyat dan nak lepas jawatan Ketua Pemuda, hari ini lain pulak ceritanya. Apo kono eh jang?

Meh tengok kat sini!
Asked whether he would contest the next general election, the MP for Rembau replied that he would leave it to the top Umno leadership to have the final say. Khairy also said that he would defend his post in the next Umno Youth polls. - Bernama 25 May 2011
Yolah...! Pasal den yang bersuaro supayo kerajaan tak naik hargo minyak sampai Mail Sabri pun kecut, memang patut den pertahan jawatan Ketuo Pemudo UMNO. Den pun patut pertahan jawatan Ahli Parlimen Rombau den akan datang. Manolah tahu, kalau den monang den patut jadi menteri jago hal-ehwal hargo barang!

Nanti den boleh jadi hero rakyat sobab den tak naikkan hargo minyak, hargo gulo, hargo sabun, hargo XO ops! Cuma yang den nak naik ialah den nak naik... den nak naik jadi PM yo!

Kerajaan penipu rakyat KEKALKAN harga RON95?

Chisss..... Kerajaan penipu rakyat kekalkan harga minyak rakyat RON95, harga gas masak LPG dan diesel? Apa hal plak bapak Dafi ni. Tak zalimlah macam ni. Patutnya kerajaan naikkanlah harga minyak tu biar nampak zalim sikit. Dah alang-alang orang kata kerajaan BN ni zalim, kasi tunjuklah kezalimannya.

Habis macam mana ni? Apa lagi modal nak ceramah hujung minggu ni kalau kerajaan tak naikkan harga minyak? Muktamar dah dekat. Nama-nama yang nak bertanding dah keluar. Kalau tak ada modal khutbah Jumaat ni atau modal ceramah hujung minggu ni macam mana? Tak rocklah! Tak adalah orang nak bertakbir ramai-ramai lagi!

Kerajaan ni memang zalimlah!

24 May 2011

Damn... Nera AF9 pukul habis Jue Aziz!

Sejak aku masukkan entri bertajuk "Yang seksi-seksi di Anugerah Skrin 2010" pada 27 Disember lalu sehingga hari ini, seramai lebih 24,500 pengunjung blog aku telah masuk ke entri panas berapi yang terdapat gambar-gambar lurah dendam beberapa artis termasuk Jue Aziz ini. Pergh...

Populariti entri ini juga dibantu oleh pencarian orang ramai tentang Jue Aziz menerusi enjin pencari Yahoo! atau Google yang akhirnya menemukan blog Mesin Taib Buruk sebagai salah satunya. Wow..! Hebat pukulan Jue Aziz...

Tapi nampaknya populari Jue Aziz dan beberapa artis lain nampaknya bakal dipukul habis oleh Nera AF9. Masakan tidak aku baru sahaja poskan perihal Nera ni 19 Mei lepas, sehingga kini jumlah pengunjungnya sudah mencapai 1,500 orang. Bayangkan itu baru dua minggu. Kalau lama lagi, alamatnya Jue Aziz bakal ditinggal sejauh dua tiga tiang letrik lah dik Nera AF9... Wow!

Ops... Rupanya si Nera dah terkeluar hujung minggu ni. Nampak sangat aku tak follow AF9 nih... Apa pun seperti aku kata sebelum ini, Nera tak masuk final pun dah berduyun produser yang menanti nak dapatkannya untuk berlakun ataupun para promoter nak dapatnya untuk peraga busana. Maklum dia ni finalist Miss Earth Sabah 2010 yeop!


Terpopular dalam seminggu!
Terpopular dalam sebulan!
Komen pengkritik! Betulkan aku kata Hattan mesti meleleh punyalah!
Psssttt... Khabarnya beberapa VIP dah meleleh air liur dan tunggu masa nak himpit minah Sabah ini... Wow! Sabar yeop! Budak ni baru umur 19 tahun hehehe....

UMNO yang bongok atau rakyat yang bangang?

Ce citer apa yang berlaku?

Begini.. Kita semua selalu dengar puak-puak pembangkang menuduh UMNO sebagai penipu rakyat, perosak negara, pembohong, perasuah, pengamal politik lucah dan segala macam mak nenek gelaran lagi. Malah UMNO juga digelar UMNGOK! Baik semuanya didiamkan oleh UMNO... Tak berani melawan atau sengaja malas nak layan?

Ok sekarang aku nak tanya pemberi gelaran tersebut! Kalau betul UMNO menipu rakyat, kenapa parti itu bersama BN terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara? Kenapa UMNO dan BN masih dipercayai walaupun pada 1999 ketika reformasi sedang memuncak dan kenapa pada 2008, UMNO masih lagi menang besar ketika tsunami politik melanda?

Apakah UMNO yang bongok kerana terus menipu rakyat atau rakyat yang bangang kerana terus memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dalam kesemua 13 kali pilihan raya umum? Lalu apabila puak-puak Pas terutamanya yang terus menuduh UMNO sebagai penipu rakyat, apakah rakyat begitu bangang untuk terus memilih parti yang menipu mereka? Betulkah kamu semua sebagai rakyat Malaysia begitu bangang kerana terus memberi kemenangan kepada UMNO dan BN?

Kesian...! Selama sejak sebelum merdeka sehingga kini begitu banyak sekolah dibina untuk rakyat, begitu banyak peruntukan diberikan untuk membiayai pendidikan rakyat dan begitu banyak usaha dilakukan bagi memastikan seluruh rakyat menikmati pendidikan sejak dari awal sehingga ke peringkat tertinggi, tetapi ternyata rakyat masih terus BANGANG kerana memilih UMNO/BN sebagai parti yang memerintah mereka.

Dan pada masa yang sama, kalau UMNO dianggap bongok (UMNGOK!), mana mungkin parti ini terus berjaya memenangi hati berjuat-juta rakyat setiap kali pilihan raya. Jadi siapa yang bongok sebenarnya! UMNO/BN atau parti pembangkang yang bongok sehingga tidak mampu memenangkan pilihan raya. Ish... kesian!

Lalu aku lontarkan persoalan di sini... siapa yang bongok dan siapa yang bangang sebenarnya?

23 May 2011

Penyokong Liverpool, Chelsea, Arsenal... tolong jangan baca!

Glory... glory...!
Manchester United menjulang trofi Liga Perdana buat kali ke-19 selepas membenam pasukan kerdil, Blackpool 4-2 pada perlawanan terakhir malam tadi.

Chelsea yang mengidam piala ini sekali lagi akhirnya terpaksa memecat pengurus, Anchelotti. Kesian... Cuba lagi tahun depan yek? Liverpool macam mana? Emm... dah masuk History Channel la yeop! (ini Najib cakap, bukan aku cakap!!)

United kini memburu trofi keduanya hujung minggu depan apabila berdepan Barcelona di final Piala Liga Juara-juara pada 28 Mei ini. Khabarnya ramai penyokong Liverpool, Chelsea, Arsenal nak bagi support kat Barca! Wow!

Sayang nyawa? Hentikan projek lereng dan puncak bukit

Contoh bukit yang dijarah dan ditarah di negara kita atas nama pembangunan.
Kalau tak mahu lihat lebih banyak nyawa melayang ditimbus tanah runtuh, aku (kalau suara didengarilah!) menggesa agar semua projek di lereng bukit dan di puncak bukit terutama di sepanjang banjaran Titiwangsa (Lembah Klang) dihentikan segera dan dibatalkan. Ini kerana sudah banyak tragedi tanah runtuh berlaku di sepanjang banjaran tersebut, terutama dalam daerah Hulu Langat dan Gombak dan di bawah MPAJ misalnya.

Seingat aku setiap kali berlaku tragedi tanah runtuh yang mengorbankan nyawa, masa itu jugalah seruan ini kedengaran dan nampaknya projek-projek sedemikian berhenti sejenak. Kemudian apabila orang ramai sudah lupa, makan projek-projek sedemikian dilulus dan dimulakan semula.

Banyak sangat bukti kalau aku nak tunjukkan. Korang lalulah di kawasan-kawasan berbukit di sekitar Hulu Langat, Gombak, Ampang... Banyak bukit-bukit yang semakin gondol atau ditarah sesedap rasa semaata-mata nak buat projek perumahan. Konon dengan view Kuala Lumpur, projek perumahan ini akan memberikan keuntungan besar kepada pemaju.

Tak hairan kalau ada projek perumahan di kaki bukit atau atas bukit di kawasan yang aku sebutkan itu, harga bagi yang mengadap Kuala Lumpur jauh lebih mahal berbanding mengadap bukit atau tembok. Sebab itu pemaju tak henti-henti memujuk tuan punya tanah atas bukit supaya menyerahkan kepada mereka untuk dimajukan.

Hasilnya, gondollah bukit-bukit tersebut dan makin lemahlah struktur tanahnya. Lama kelamaan bukit yang teguh menjadi lemah yang akhirnya runtuh. Kalau bukit-bukit yang runtuh ini menimpa taukeh-taukeh pemaju perumahan tersebut atau mereka yang meluluskan projek itu tak apa juga. Ini yang menjadi mangsa mereka yang tidak bersalah, apatah lagi anak-anak yatim.

Kerajaan Selangor selaku pemilik sebahagian besar tanah bukit-bukit itu hendaklah bertindak menghentikan semua projek yang sudah diluluskan atau yang sedang dipertimbangkan untuk diluluskan. Sebab kalau mereka juga membenarkan projek perumahan di lereng dan di puncak bukit, bermakna kerajaan Selangor hari ini adalah dua kali lima dengan kerajaan Selangor sebelum ini.

Kalau mereka terus membiarkan para pemaju dengan rakus menjarah tanah-tanah di atas bukit ini, aku percaya bukan setakat 16, malahan ratusan nyawa lagi bakal melayang ditimbus runtuhan tanah dari bukit di sepanjang Banjaran Titiwangsa ini.

22 May 2011

Kisah sejenak di masjid Pekan Batu 14...

Dengan sekeping kertas sebesar buku 555 Hassan Ali mengambil keterangan waris mangsa... Alhamdulillah!
Terharu melihat tujuh daripada 16 jenazah mangsa tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Taqwa terkujur di Masjid Pekan Batu 14 menanti saat untuk disembahyangkan dan disemadikan.

Di satu sudut Hassan Ali menanti waris si mati untuk bertemu dengannya. Setiap waris si mati bertemunya dihulurkan sehelai kertas kecil sebesar buku 555. Dicatatkan nama-nama mereka. Tujuan untuk menerima bantuan daripada baginda Sultan Selangor. Itulah yang diumumkan oleh pengacara di masjid itu ketika ketujuh-tujuh jenazah menanti untuk disembahyangkan.

Ketika saat menantikan solat Zuhur dan solat jenazah, seseorang menghulurkan aku laporan dari pihak bomba berhubung kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilakukan sejak mereka tiba di lokasi kejadian sehingga operasi ditamatkan.

Antara dicatatkan disitu ialah ketibaan Muhyiddin Yassin, Shaziman Abu Mansor, Leo Tiong Lai, Shahrizat Jalil serta exco kerajaan negeri iaitu Hassan Ali dan Dr. Halimah lengkap dengan waktu ketibaan mereka. Lain-lain para pegawai tinggi bomba. Juga kronologi seorang demi seorang mangsa yang dibawa keluar sama ada yang selamat mahupun meninggal dunia.

Mangsa terakhir dikeluarkan ialah pukul 5.04 minit pagi. Usaha mencari dan menyelamat diteruskan sehingga 10 pagi bagi memastikan tiada mangsa yang tertinggal. Akhir laporan disahkan hanya 25 orang mangsa terlibat dengan 16 orang disahkan meninggal dunia.

Semua jenazah 16 mangsa tragedi itu selamat dikebumikan termasuk lapan mangsa lain yang telah diambil oleh waris mereka untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Esok, kira-kira 10 pagi, baginda Sultan Selangor akan mencemar duli untuk melawat lokasi kejadian manakala PM dan isteri yang kini berada di Washington DC untuk menghadiri konvokesyen anak perempuannya, akan terbang pulang segera dan dijangka akan tiba Selasa serta terus ke lokasi kejadian, sebelum kembali terbang ke Jepun untuk lawatan rasmi.

Jangan tanya aku tentang MB Selangor, Khalid Ibrahim kerana sehingga kini aku tidak pasti sama ada beliau akan bergegas pulang atau meneruskan lawatannya. Mungkin Faekah boleh jawab soalan ini.

(TERKINI: Khalid Ibrahim dilaporkan membatalkan program ikuti kursus di Aspen, Colorado walaupun dah sampai sana dan akan kembali ke tanah air... baca laporan The Unspinners di sini!)

Di masjid Pekan Batu 14 tadi aku melihat ke sekeliling kalau-kalau ada kelibat VIP lain tetapi tidak kelihatan. Aku dimaklumkan Wan Azizah dan Nurul Izzah hadir tetapi tidak dapat dipastikan sehinggalah jenazah dikebumikan.

Apa pun aku ingin sampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi Al-Taqwa. Semoga semua roh mangsa dicucuri rahmat. Amin.

Kedudukan mangsa-mangsa ketika kejadian. Pelan dari fail laporan bomba.
Status bangunan rumah anak yatim At-Taqwa
Pssttt... Pesan aku kepada Hassan Ali, lain kali kalau program bertemu rakyat atau majlis seperti ini, bawalah buku nota untuk catatkan semua aduan rakyat atau butiran pengadu ataupun bawalah seorang pembantu untuk lakukan tugas ini. Bukan bila nak buat catatan, meraba-raba cari kertas. Nasib baik tak tulis atas kertas tisu. Ini ke cara YB mereka?

Tragedi paling dahsyat.... 13+3 maut di Hulu Langat

Harap belum terlambat untuk hulur bantuan...

Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can food n warm food for rescue team & medic. Contact En Naza 0173280013. Location: Rumah Anak Yatim Semungkis, Bt 13 Hulu Langat @ Jln masuk Pusat Rekreasi Lembah Azwin.


Al-Fatihah...! Setakat entri ini ditulis, 13 orang disahkan terbunuh akibat tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim Semungkis di Batu 13, Hulu Langat. Tiga masih lagi tertimbus dan dikhuatiri turut terkorban. Kalau mengikut jumlah kematian, tragedi tanah runtuh ini paling dahsyat yang pernah berlaku di negara kita.

Lebih menyayat hati kejadian menimpa asrama anak yatim berumur 4 hingga 17 tahun dan mereka sedang bersiap untuk menyambut ketibaan tetamu iaitu rombongan dari Finas. Mereka berkumpul di bawah khemah dan sedang berlatih bernasyid untuk dinyanyikan pada majlis itu.

Terima kasih diucapkan kepada Muhyiddin, Shaziman Mansor dan beberapa pemimpin kerajaan Pusat yang pantas turun ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kerja-kerja mencari dan menyelamat. Mereka turut mengumumkan pelbagai bantuan kepada mangsa dan keluarga terbabit. Malah aku dapat tahu bloggers mesra kerajaan turut bertungkus-lumus membuat laporan dari lokasi kejadian, mengalahkan pihak media.

Malang kelibat para pemimpin kerajaan negeri Selangor tidak kelihatan, melainkan Hassan Ali seorang. MB Selangor difahamkan sedang berada di San Francisco manakala lain-lain pemimpin apatah lagi dari DAP langsung tak nampak bayang. Mana Anwar Ibrahim, mana Wan Azizah, mana Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, Jenice Lee, Iskandar Samad, Samsul Ketot.... mana.. mana... ke mana mereka?

Tak apalah. Aku bukan nak politikkan tragedi ini tetapi aku nak gambarkan inilah realiti dan mentaliti pemimpin pembangkang. Ini bukan kali pertama berlaku. Dah selalu sangat dah. Peristiwa banjir di negeri-negeri mereka, ada ke pemimpin mereka nak redah banjir dan tengok keadaan pusat-pusat penempatan banjir? Tak ada... Dan tragedi tanah runtuh ini pun bukan pertama kali berlaku, dah acap kali dah. Dan setiap kali tragedi ini berlaku, memang susah nak nampak batang hidung pemimpin pembangkang. Kalau datang pun dah kemudian dah...

Tapi percayalah, esok lusa akan menjerit melolonglah mereka menyalahkan kerajaan Pusat atas apa yang berlaku. Dengarlah dalam ceramah-ceramah mereka, kerajaan Pusat juga disalahkan. Bila kerajaan Pusat tidak buat apa-apa (tak pernah pun) mereka akan marah-marah kerajaan Pusat tapi bila kerajaan bagi bantuan, mereka akan kata itu semua "rasuah" politik.

Sedangkan mereka sendiri bukan setakat nak salur bantuan, jenguk keadaan pun tidak. Hanya mendengar khabar dari orang lain. Itu pasallah bila kejadian berlaku di Hulu Langat dikatakannya Hulu Selangor. Haiii... Macam manalah boleh mentadbir negeri kalau geografi negeri Selangor pun tak pas!

21 May 2011

Rumah anak yatim tertimbus tanah runtuh... 13 terkorban (Updated!)

TERKINI:
2.30 AM: Sehingga pukul 1.30 pagi ini 13 orang disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi masih tertimbus. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Dua beradik iaitu anak warden asrama itu disahkan antara yang terkorban.

Mangsa-mangsa yang terkorban:
1. Azrel
2. Nael
3. Eqim
4. Zaim
5. Rahimi
6. Angah
7. Boboy
8. Zaid
9. Abang Farid
10. Shahrul
11. Lokman
12. Hasril
13. Belum dikenal pasti


11.30 PM: Seorang mangsa yang dirawat di Hospital Ampang meninggal dunia menjadikan jumlah yang meninggal dunia tujuh orang. Seorang mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan dengan selamat.

10.30 PM: Satu lagi mayat mangsa dikeluarkan menjadikan sehingga kini 6 orang disahkan maut. Semuanya kanak-kanak berusia 11 hingga 14 tahun. Seramai 9 lagi mangsa masih tertimbus.

9.00 PM: Polis sahkan 24 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ini. Mereka terdiri daripada penghuni asrama anak yatim, warden dan kakitangan. Mereka sedang berkumpul di dalam dewan bagi menantikan ketibaan rombongan dari Finas yang katanya ada majlis bersama anak yatim berkenaan. 5 mayat sudah dikeluarkan setakat ini.

POS ASAL:
Rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 2 petang tadi. Difahamkan seramai 30 penghuni berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian. 18 orang dilaporkan tertimbus manakala 12 berjaya diselamatkan. Setakat ini tiga mayat mangsa yang semuanya kanak-kanak sudah dikeluarkan.

Usaha gigih pasukan pencari dan penyelamat serta orang kampung sedang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak.

Ayuh... seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita doakan agar mangsa-mangsa lain berjaya diselamatkan. Daripada duk sembahyang hajat nak selamatkan Anwar Ibrahim, elok kita ramai-ramai sembahyang hajat dan doa mohon Allah selamatkan anak-anak yatim ini.

Al-Fatihah!

Cisss... Babi punya pasal rakyat tanggung beban!

Ciss.... babi punya pasal sekarang ini semua rakyat termasuk orang Melayu terpaksa tanggung bebanan kenaikan harga ayam yang mendadak. Ini sebab pengeluar ayam memberi alasan ada jangkitan penyakit pada babi menyebabkan ramai orang Cina tak mahu makan babi. Mereka memilih untuk makan ayam. Akibatnya harga ayam melambung gila babi sekarang ini.

Harga ayam sejak tidak diletakkan sebagai barangan di bawah kawalan kementerian bapak Dafi, berada pada harga antara RM7 hingga RM7.80 sekilo (harga di sekitar Lembah Klang) dan semalam aku terperanjat beruk apabila harga ayam tiba-tiba naik sehingga RM8.80 sekilogram.

Aku tanya penjual kenapa harga ayam naik dia kata tak boleh apa-apa. Sekarang ini apabila kerajaan dah tak kawal harga, mereka (pembekal) menaikkan harga ikut suka hati mak bapak dia. Sebarang penjual dia terpaksalah jual pada harga sedemikian. Habis nak buat macam mana lagi? Itu kata penjual di sebuah pasar semalam.

Hari ini aku terperanjat beruk apabila Persatuan Peniaga Ayam dan Itik memberi alasan ramai orang Cina nak makan ayam selepas ada jangkitan penyakit babi menyebabkan mereka "terpaksa" menaikkan harga ayam... Tiao ma hai..!! Senang-senang diorang nak naikkan harga ayam. Beri je alasan babi banyak mati, babi kena penyakit, babi kena berak cair, maka harga ayam pun dinaikkan.

Jangan tanya aku apa hubungan babi dengan ayam. Elok tanya Anwar Ibrahim atau Mahfuz Omar macam mana nak selesaikan masalah ini. Bukankah mereka lebih pandai dari kerajaan? Kalau mereka dapat beri penyelesaian masalah ini secara konkrit, esok juga aku ikut reformasi!

20 May 2011

Anwar pengganti Strauss-Kahn ketuai IMF? Wow!!!

Atas kehebatannya menguruskan ekonomi negara ketika menjawat Menteri Kewangan dahulu serta kebijaksanaannya menguruskan kewangan negeri Selangor sebagai penasihat ekonomi, Anwar Ibrahim telah disebut-sebut menggantikan Dominique Strauss-Kahn sebagai pengarah urusan IMF.

Pemilihan Anwar juga disebabkan beliau disegani dan dihormati oleh kalangan pakar ekonomi dan pemimpin Barat dan Eropah serta Asia selain mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin IMF, pengurus dana antarabangsa dan para pelabur. Hebat Anwar ni...

Malahan pemilihan Anwar juga atas jasanya yang cuba "menjual" Malaysia kepada IMF ketika krisis ekonomi pada 1997 tetapi dihalang oleh kebijaksanaan Dr. Mahathir selaku PM pada masa itu yang cepat membaca keadaan dan punca permasalahan.

Justeru, selepas Strauss-Kahn yang menghadapi tuduhan cubaan merogol seorang pengemas bilik hotel melepaskan jawatannya, nama Anwar tiba-tiba disebut untuk menduduki kerusi tertinggi dalam agensi tersebut.

Hahaha.... Itu angan-angan Anwar sajalah! Anwar mana boleh jadi pengarah urusan IMF sebab dia tak tahu apa-apa pasal ekonomi. Maklum dulu pun kat universiti cuma belajar Pengajian Melayu, itupun lulus paras hidung sebab asyik berpolitik.

Sebab belajar ekonomi ikut buku, dia hampir-hampir menggadaikan negara kepada IMF (atau mungkin satu tindakan yang disengajakan bagi melumpuhkan ekonomi negara. Ekonomi dah lumpuh, mudah kuasa asing nak kuasai negara menerusi Anwar). Kalau tidak sampai sekarang negara duk bayar hutang IMF yang dianggap "along paling dajal di dunia".

Kalau Anwar jadi pengarah urusan, aku yakin nasibnya akan sama dengan Strauss-Kahn...! Silap2 lagi teruk dari itu! Tapi IMF bukan bodoh nak ambik orang yang penuh dengan najis kat bontot dan mulut!

Bagaimana hebatnya Anwar uruskan ekonomi negara ketika krisis kewangan 1997... baca di sini!

Ikat jamin Strauss-Kahn 1 juta dolar AS... Gila!

Dominique Strauss-Kahn yang menghadapi dakwaan mencabul kehormataan dan cubaan merogol dibenarkan ikat jamin sebanyak AS$1juta (RM3 juta)... Gila. Anwar yang hakim kata wujud prima facie boleh bebas lepas macam tu je. Tak ada ikat jamin, tak ada apa...

Bayangkan selama 4 tahun sejak kes liwat ke atas Saiful didakwa, sehingga hari ini Anwar sebagai suspek pelaku liwat masih bebas lepas. Bukan tak dikenakan ikat jamin, Anwar juga diberi kebebasan untuk bercakap tentang kes liwatnya di dalam ceramah-ceramah di seluruh negara dan di serata pelosok dunia.

Malahan, Anwar juga masih boleh bertanding pada PRK Permatang Pauh ketika dakwaan liwat ke atasnya dibuat. Kalau ikut bukti rakaman video, Anwar masih lagi boleh melampias nafsunya ke atas amoi China ketika pendakwaan kes liwatanya masih berlangsung.

Dan ketika hakim memberi peluang dia membela diri kerana wujud prima facie kes liwat, Anwar dan puak-puak tiga suku dalam PKR dan Pas masih lagi terpekik terlolong menyatakan dia tidak diberikan peluang untuk membela diri. Tak diberikan keadilan kepadanya.

Nak adil macam mana lagi Anwar ni aku pun tak tahu. Apakah dengan membebaskannya dan menggugurkan semua tuduhan ke atasnya baru dianggap adil.

Lalu apa yang dilaluio oleh Strauss-Kahn yang juga rakan Anwar dalam IMF itu juga dianggap tidak adil? Ikat jamin sebanyak AS$1 juta tidak adil? Digari dan tidur dalam lokap sementara perbicaraan dilangsungkan itu tidak adil? Tapi tiada kedengaran dari pihak IMF orang pemimpin Barat menuntut Strauss-Kahn dibebaskan atau diberikan layanan adil. Tak ada...

Lalu apa hebat sangat Anwar sehingga diberikan layanan sebegitu rupa yang akhirnya dia tetap menganggap layanan terhadapnya masih tidak adil dan berniat jahat.

Pandi kuttylah lu..

19 May 2011

Rehat minda: Pelajar AF9 yang buat Adlin meleleh air liur (Updated!)

Pergh... Patutlah Adlin Aman Ramli pun boleh cair...!
Lagi wajah seksi Nera AF9

Emmm... Jantung jantan mana tak berdegup kencang....

Ni dia pelajar AF9 yang dikatakan telah menyebabkan tenaga pengajar, Adlin Aman Ramli meleleh air liur dan menyebabkan jantung pengkritik tetap, Hattan berdegup kencing setiap kali dia muncul dipentas konsert.

Nera AF9 atau nama sebenar Queennera Francine Francis Kitingon (mak aih nama..!!), anak Sabah ini rupa-rupanya pernah menjadi naib juara Miss Earth Sabah 2010. Patutlah Adlin meleleh dan Hattan berdebar-debar setiap minggu. Tak mustahil pelajar ini akan masuk final AF9 kali ini. Tapi kalau semua jantan-jantan yang tengok AF9 pasti akan kasi undi pada Nera dan dia silap-silap boleh jadi juara.

Aku tak pasti sangat pasal suara samada merdu atau tidak sebab jarang benar aku layan AF kali ini. Tapi kalau dilihat rupa memang Nera ni boleh beat lain-lain pelajarlah. Tapi aku pasti kalau tak menang AF pun, tawaran berlakon akan datang berderet-deret selepas ini. Tunggu jelah!

Hai nampaknya Marsha kenalah lebih sikit menggoda sebab dah ada saingan baru...!!

Vote For Nera hahahahaha

Psstt... Adlin & Hattan jangan ambik hati. Sekadar melawak... hahaha

UPDATED:

Showcase Nera pada Konsert Kelima AF9... Hattan terkedu sampai tak boleh nak cakap apa dah... Eddrie Hashim pun kata Nera boleh buat ramai lelaki meleleh air liur...!! Dasar jantan! Wakakaka

UMNO, Najib memang jahat.... sial, laknat, babi!!

Pengarah Urusan IMF, Dominique Stauss-Kahn yang ditahan atas dakwaan merogol digari tangan dan dibawa ke mahkamah. Hakim tidak membenarkan ikat jamin ke atasnya menyebabkan dia terpaksa merengkok dalam penjara sebelum dibicarakan.


Ini pula Anwar Ibrahim pada 16 Mei, hari di mana hakim mengesahkan wujudnya prima facie kes beliau meliwat Siaful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya sendiri (bukan pembantu peribadi Najib atau Rosmah). Tetapi dia masih boleh bebas memeluk isteri, berehat di Yogyakarta dan keliling satu negara nak tunjuk perutnya yang tidak buncit.

Inikah yang dikatakan Najib dan kerajaan bertindak zalim terhadapnya? Inikah yang dituduh oleh puak-puak tiga suku dalam AMK dan Pas yang Najib dan UMNO kejam, zalim, memfitnah, politik lucah, pandi kutti? Inikah? Kalau Anwar diperlakukan macam Strauss-Kahn aku tak tahulah apa puak-puak ini akan katakan.

Memang pandi kutti-lah! Pttuuuihhh....!!

*Nota: Tajuk di atas tu bukan aku yang kata, tapi puak-puak tiga suku belah sana yang kata...!

18 May 2011

Tak usah paksa dedah pelakon video tu....


Anwar selamat kerana tiada undang-undang sivil kat Malaysia ini boleh dakwa lelaki melanggani pelacur!
Kan aku dah kata, tak ada undang-undang sivil dalam Malaysia ini boleh dikenakan ke atas lelaki yang melanggan pelacur atau merakam adegan seks mereka. Tak ada... Yang ada cuma undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan dan menjual video seks. Itu memang salah!

Jadi, tak usahlah sesiapa pun nak suruh polis dedah pelakon video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tu sebab tiada peruntukan undang-undang untuk polis mendedahkannya. Cakap kat aku atas akta mana nak dikenakan ke atas pelakon video itu? Kalau si pelacur tu memang ya. Mungkin boleh kenakan tindakan kerana menyalahgunakan visa dengan terlibat dengan kegiatan maksiat. Tapi apa sangat hukumannya.

Begitu juga dengan Trio Datuk T, boleh dikenakan dakwaan kerana menyebarkan rakaman video itu kepada khalayak tetapi apa sangat hukumannya. Paling-paling dikenakan kompaun dua tiga ribu ringgit dan pelakon lelaki dalam video itu tak ada apa yang dikenakan hukuman. Melainkan di bawah Mahkamah Syariah. Tapi ada sesiapa ke pergi serah rakaman video tu kat Jabatan Agama dan kemudian buat laporan? Tak ada sesiapa pun!

Jadi tak usahlah nak paksa polis dedahkan pelakunya. Memang polis tak boleh berbuat sedemikian. Sekarang ini terserahkan kepada rakyat yang menentukan. Kalau mereka yakin itu Anwar, maka Anwar lah ia... tetapi kalau mereka tak yakin itu Anwar, apa yang kita boleh buat? Takkan nak paksa mereka?

Sekarang ini terserah kepada masing-masing punya pandangan dan Anwar? Biarlah dia menjawab dengan Allah di alam kubur dan alam akhirat nanti....

17 May 2011

Strauss-Kahn tidur lokap, Anwar boleh bebas sampai ke luar negara... Kejamnya kerajaan BN!

Pengarah Urusan IMF Dominique Strauss-Kahn terpaksa bermalam di penjara selepas hakim tidak membenarkan ikat jamin terhadapnya yang kini berdepan dengan dakwaan merogol. Baca selanjutnya di sini! Ish.. ish.. ish... Kalaulah kes Strauss-Kahn ni berlaku kat Malaysia, bukan takat tak masuk penjara, silap boleh keluar negara lagi.

Tak caya? Tengoklah kerajaan BN buat kat Anwar tu. Sungguh kejam... Dahlah kena dakwa meliwat, lepas tu hakim dah suruh bela diri tapi Anwar bukan takat tak disumbat dalam penjara tetapi boleh pula bebas ke luar negara. Kejam sungguh kerajaan BN ni.

Itulah nasib berbeza yang diterima Strauss-Kahn dan Anwar Ibrahim. Dua-dua hadapi kes yang serupa... dakwaan merogol. Tapi Strauss-Kahn, orang no. 1 IMF didakwa rogol perempuan dan orang no. 1 dalam pembangkang Malaysia ini pula didakwa rogol jantan. Hahahaha.... Memang sesuailah!

Jadi betullah kata orang. Kalaulah kes liwat ni  berlaku kat Indonesia sekalipun, tak ada harapan Anwar nak hirup udara bebas sekarang apatah lagi boleh bebas melawat luar negara. Ariel Peterpan yang sah terbukti dia dalam video seks peribadinya kena 3 tahun penjara apatah lagi kalau meliwat.

Tapi itulah. Walau sebaik mana hakim-hakim kita dan kerajaan BN, Anwar dan puak-puak tiga sukunya tetap anggap sistem kehakiman tak adil dan kerajaan BN kejam dan berniat jahat. Sebabnya? Ia kena batang hidung Anwar. Tapi kalau kena batang hidung orang lain tak adalah semua tuduhan tu.

Hai... dunia akhir zaman. Yang benar diragui, yang bohong dipercayai...!

Sebab-sebab Anwar makin naik hantu... habis orang dimakinya!

Semalam aku tulis pasal maklumat dalam PKR yang menyatakan Anwar dan Wan Azizah bakal berundur dari parti kerana sudah tidak mampu menganggung tekanan ekoran pendedahan video seks dan keputusan perbicaraan kes liwat Saiful yang bakal diketahui 16 Mei ini.

Petang tadi, ada sumber lain memaklumkan bahawa sebenarnya telah wujud gerakan protes senyap di kalangan pemimpin tertinggi parti itu terhadap Anwar dan Wan Azizah ekoran pendedahan tentang aktiviti tidak bermoral Anwar. Tetapi mereka melakukan secara senyap agar tidak diketahui orang ramai, khususnya Utusan. Kalau Utusan tahu.... mampus kena serang hendap! Hehe...

Maknanya dalam PKR sebenarnya ada pergolakan besar tentang kedudukan ketua umum dan presidennya. Mana tak bergolak bila kedua-duanya gagal memberikan jawapan yang meyakinkan berhubung pendedahan video seks tersebut.

Yelah, walaupun berkali-kali Anwar kata bukan dia dalam video itu berdasarkan perutnya dan Wan Azizah pun memberikan alasan serupa, tetapi siapa nak percaya selagi mereka gagal menunjukkan jam tangan Omega.

Sebab itulah emosi Anwar kini semakin terganggu dan dalam setiap ceramahnya pula tidak habis-habis dia memaki-hamun orang lain tetapi tidak pula memaki-hamun, apatah lagi menyaman Eskay yang bertanggung jawab dedahkan video tersebut.

Wan Azizah pun dah pening sebab tak mampu lagi nak pertahankan suaminya. Dia kini semakin bimbang pendedahan ini akan meranapkan hubungan mereka dengan anak-anak yang kini semuanya sudah besar dan berpendidikan.

Satu lagi punca Anwar semakin naik hantu apabila hampir semua penyumbang dana untuk PKR di luar negara telah "cabut lari" dan tidak mahu lagi membiayai Anwar dan partinya selepas perbicaraan kes liwatnya kini memasuki babak-babak akhir.

Di tambah pula, Anwar yang telah menjanjikan bulan dan bintang kepada penyumbang dana kalau dia jadi PM Malaysia, kini dilihat semakin jauh untuk menggapai Putrajaya.

Maknanya, kalau mereka semua dah tarik bantuan untuk PKR, parti itu tidak lama lagi diistiharkan muflis dan Anwar terpaksa menggadaikan Istana Segambut dan kereta-kereta mewahnya sekarang. Itulah maklumat tambahan yang aku peroleh...

Jadi, kalau nak dihitung-hitung Anwar dan Wan Azizah mungkin dah tak lama dalam arena politik negara... Paling lama sebelum akhir tahun ini. Lepas ini, mereka angkat kaki anak beranak dan tinggal di negara-negara yang mereka suka.

Maklum umur Anwar pun dah makin senja... apa lagi nak diperjuangkan. Lebih baik mereka suami isteri tumpu perhatian untuk buat amal ibadah memohon keampunan Allah atas dosa-dosa dan kemusnahan yang mereka lakukan sebelum ini, sebelum terlambat.

Nota: Entri ini sudah diposkan beberapa hari lepas tetapi terdapat "gangguan" pada sistem arkib menyebabkan entri ini dimasukkan sebagai entri baru. Harap maaf - MTB

Psst... psstt... Anwar give-up dan sedia berundur? Betul ke?

Apa puak-puak Pas akan komen bila tengok gambar ni ye?
Psstt... pssttt... Soksek terbaru aku dengar dari sumber penting dalam PKR, Anwar dan Wan Azizah khabarnya  give-up dengan kontroversi video seksnya. Dia sedar perkara itu lambat laun tidak akan mampu ditepis lagi. Lagipun, kes liwat terhadap Saiful Bukhari yang akan diputuskan 16 Mei ini juga memberi tekanan kepada mereka berdua.

Mereka berdua kini sedar kalau mereka tidak berundur, mereka akan memberi kesan tidak baik bukan saja kepada PKR tetapi juga seluruh pakatan pembangkang. Lagipun khabarnya, rakan-rakan pembangkang pun macam dah tak mampu lagi nak cover line Anwar sebab banyak sangat kes. Jadi pengunduran mereka berdua akan menyelamatkan PKR, DAP dan Pas terutama menjelang PRU-13 nanti.

Psst... pssst... Khabarnya pengganti Wan Azizah pun dah ada. Orangnya muda dan tak ada kes-kes kontroversi... Siapa agaknya ya? Azmin ke?

Betul ke ni.. betul ke ni? Entah-entah satu lagi muslihat Anwar untuk raih sokongan dan simpati rakyat. Kalau betul mereka nak berundur bila agaknya tu? Tengok sekarang Anwar yang semakin agresif duk pergi ceramah keliling negara nak bagitahu dia tak bersalah, dia bersih, dia suci dan dia tak buat dosa... berdasarkan perutnya... aku tak nampak pula tanda-tanda Anwar dan Wan Azizah nak berundur?

Hemm... Malam ni puak-puak UMNO adakan solat hajat dan bacaan Yasin beramai-ramai. Tapi jangan risau, mereka tak adalah buat sembahyang hajat suruh perut Nik Aziz atau Anwar pecah, atau mintak petunjuk kebenaran, tapi cuma minta Allah terus perkukuhkan umat Islam, orang Melayu dan UMNO sendiri bagi menghadapi pelbagai dugaan dari dalam dan luar parti.

Itu saja... Tak ada sembahyang hajat mintak turun bala pada orang lain sebab itu bukan cara UMNO... Selamat Ulang Tahun UMNO!

Nota: Entri ini sudah diposkan beberapa hari lepas tetapi terdapat "gangguan" pada sistem arkib menyebabkan entri ini dimasukkan sebagai entri baru. Harap maaf - MTB

Dah habis modal... Sam Ketot nak serang Utusan pulak? (Updated!)

TERKINI (20.5.2011: 11.30am)
"Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh" - SMS dari AMK.

Hahaha... Tau takut!

POS ASAL:
Risalah yang diedarkan di Kompleks Mahkamah ketika pendakwaan Anwar Ibrahim semalam.

Dah habis modal nak pertahankan bosnya, Sam Ketot dan puak-puak tiga suku dalam AMK nak serang Utusan pulak? Khabarnya mereka akan berdemonstrasi depan ibu pejabat Utusan lepas Jumaat ini. Risalah diatas khabarnya diedarkan di kompleks mahkamah KL semalam.

Seorang sahabat di Utusan memberitahu kalau orang Utusan kini menanti kehadiran puak-puak tiga suku AMK ini dengan tangan terbuka. Mereka akan diberikan layanan istimewa termasuk menyediakan air mineral percuma. Maklum katanya, dah kering tekak kerana menjerit-melolong di tengah panas dan laluan berdebu di Jalan Lima, tentu mereka semua haus dan dahaga.

"Tak apa... tak apa... Datanglah! Kita akan edarkan air mineral percuma kepada mereka. Maklum dah penat-penat menjerit-melolong tu tentu mereka dahaga...," kata seorang sahabat.

Khabarnya kalangan petugas Utusan sedia "berdepan" dengan para pendemo ini untuk mempertahankan syarikat dan akhbar mereka. Macam mana mereka nak berdepan aku taklah diberitahu. Tak tahulah pulak kalau puak-puak AMK ini akan disambut dengan balingan telur, tidaklah aku pastikan.

Bila aku tanya sahabat aku itu, dia cuma tergelak dan suruh aku tunggu dan lihat keadaannya Jumaat ini. Tapi apa yang pasti katanya, kehadiran mereka nanti bakal membuatkan Jalan Lima tersumbat habis kerana sekarang ini pun di hadapan pejabat mereka sudah penuh sesak akibat kereta-kereta petugas yang diletakkan secara berlapis-lapis di bahu jalan.

Maklum sedang kerja-kerja pembinaan bangunan baru Utusan berjalan, mereka tidak ada tempat untuk meletakkan kereta dan terpaksa meletakkannya di sepanjang Jalan Lima.

16 May 2011

Penyumbang dana untuk Anwar tarik diri....?

Wayne Rooney kehilangan penajanya apabila skandal beliau dengan perempuan lain terbongkar. Begitu juga nasib pemain golf utama dunia, Tiger Wood yang juga mengalami nasib serupa apabila penajanya tarik diri daripada menaja pemain itu. Sebabnya skandal seks.

Khabarnya Anwar juga bakal mengalami nasib serupa. Para penajanya atau kata lain penyumbang dana untuk beliau dan PKR telah mula meninggalkan Anwar selepas pendakwaan kes liwat beliau memasuki fasal akhir apabila beliaui diarah membela diri. Maksudnya, sebelah kakinya sudah masuk dalam mahligai Sungai Buloh.

Sejak perbicaraan kes Anwar memasuki babak-babak akhir, tiada lagi kedengaran suara-suara lantang dari luar negara baik dari AS, Eropah atau Australia yang mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar. Ke mana hilangnya rakan-rakan Barat Anwar ketika beliau kini bakal berdepan dengan perbicaraan kes liwat dan skandal seks dengan pelacur China.

Aku yakin selama ini Anwar sudah menjanjikan bulan dan bintang kepada para penyumbang dana dan rakan Baratnya andai beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kini para penyumbang dana terbabit mula sedar bahawa laluan Anwar ke Putrajaya semakin jauh sebaliknya laluan ke Sungai Buluh pula semakin jelas.

Andai para penyumbang dana ini meninggalkan Anwar dan PKR bagaimana agaknya mereka dapat meneruskan perjuangan mereka untuk merebut Putrajaya selepas ini? Tiada lagi! Apabila Anwar sudah menjadi penghuni Sungai Buluh dan para penyumbang dana mula menghilang, aku yakin PKR juga akan berkubur bersama.

Selamat jalan Anwar... RIP Pandi Kutti Rakyat!

Zalim... Kerajaan penipu rakyat 52 tahun naikkan pangkat guru!

Kerajaan BN yang menipu rakyat selama lebih 50 tahun hari ini bertindak zalim apabila menaikkan pangkat para pengetua sekolah menengah dari gred DG48 kepada DG52 serta semua guru penolong kanan pentadbiran, hal-ehwal akademik dan koku sekolah menengah dari DG44 kepada DG48.

Cisss.... lebih zalim lagi apabila kerajaan BN yang menipu rakyat sejak 52 tahun dulu dan kerajaan yang amal politik lucah dan fitnah sanggup menaikkan pangkat para guru dengan diberikan berdasarkan kategori guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru.

Kejam... sungguh kejam! Sewajarnya begitu ramai guru yang menentang kerajaan BN memandangkan kerajaan pimpinan Najib sentiasa bertindak zalim kepada kumpulan pendidik sehinggakan ada di antara mereka sanggup bertanding atas tiket pembangkang untuk menentang kerajaan, majikannya sendiri.

Kepada cikgu Mala dan suami, cikgu Chaa dan ratusan lagi cikgu-cikgu yang begitu agresif menentang kekejaman kerajaan BN selama ini, aku nak ucapkan tahniah sebab atas perjuangan kalian, akhirnya kerajaan BN bertindak zalim dengan menaikkan pangkat dan gaji para guru.

Mana nak carik kerajaan yang sezalim kerajaan BN? Ish.. ish.. ish...!

Kes liwat Anwar: Andai.... (Updated!)

TERKINI:
Ini tidak adil...!! Hakim jahat.. hakim laknat... pandi kutti. ~ Sah! Anwar diperintah untuk membela diri atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Lepas ini akan lebih banyaklah segala kurap Anwar terbarai. Alhamdulillah, berkat solat hajat Pas, Allah semakin tunjukkan kebenaran.... Takbir!

POS ASAL:
Keputusan akhir pendakwaan kes liwat Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi KL.

Andai keputusan hakim membebaskan Anwar, maka hakim dan sistem kehakiman akan diberi puji-pujian melangit oleh Anwar dan puak-puak pembangkang. Dia akan senyum meleret dan puak-puak pejuang tahi kucingnya akan menjerit melolong "Hidup Anwar..Hidup Anwar".

Tapi andai keputusan hakim memanggil Anwar untuk membela diri, maka Anwar dan puak-puak pembangkang akan menjerit melolong menuduh hakim dan sistem kehakiman negara tidak adil, sudah dibeli oleh Najib, jahat dan segala macam haram jadah maki-hamun lagi.

Pandi kutti punya worang! Cit!

15 May 2011

Mail Sabri beri amaran... Harga minyak nak naik lagi?

Aku baru terima SMS Alert Utusan yang aku langgan sebentar tadi. Bunyinya macam ni...
RM0.UM.15/5: Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat - Ismail Sabri
Dush....!! Ni lawak apa yang Mail Sabri nak mainkan ni? Bukankah dua hari lepas baru dia cakap bahawa minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat? Alih-alih malam ini keluar amaran sedemikian. Apa makna ini semua?

Dah acap kali Mail Sabri berlakon sedemikian. Hari ini kata tak ada kenaikan alih-alih esok umum harga minyak baru. Konon penyelarasan subsidi. Apa ni? Apakah Mail Sabri masih terikut-ikut dengan perangai Pak Lah Badawi ke? Hari ini kata lain, esok kata lain? Maklum PM tulah yang naikkan dia sebagai menteri.

Sikap menteri macam inilah yang buat rakyat menyampah. Dah penat-penat Najib membangkitkan semula mood rakyat terhadap UMNO/BN, alih-alih ada menteri yang merosakkannya.

Kalaulah kerajaan nak naikkan harga minyak lagi, maknanya PRU-13 masih lambat lagi la tuuuu....

11 May 2011

PKR dapat gelaran baru? Hahaha... Hahaha....

Nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendapat nama gelaran yang baru selepas sebelum ini pelbagai gelaran diberikan antaranya Parti Keldaian Rakyat, Parti Kencing Rakyat, Parti Kelentong Rakyat dan macam-macam lagilah.

Tapi sekarang ini PKR bolehlah dipanggil PANDI KUTTY RAKYAT! Sebabnya si Anwar sendiri yang mempopularkan istilah ini yang konon nak ditujukan kepada pihak yang menggunakan politik lucah (sebab dedah video seksnya dengan pelacur China).

Orang tua-tua pernah melarang jangan tepuk air di dulang sebab nanti terpercik di muka sendiri. Itulah jadinya kepada Anwar bila dia melanggar larangan orang tua, kan dah basah lukus! Hahahaha.....

Pandi Kutty Rakyat? Hahahaha... Hahahaa.... Memang ngam la bro!

10 May 2011

Lagi cubaan bunuh Anwar? Ish... ish... ish....

Lagi cubaan nak bunuh Anwar sekeluarga...?

Selepas sebelum ini (Jun 2008) Anwar dakwa ada orang cuba membunuhnya lalu terpaksa menyembunyikan diri di kedutaan Turki tetapi akhirnya kantoi rupa-rupanya coffeeboy-nya sendiri yang lapor polis dia diliwat oleh Anwar, hari ini satu lagi cubaan bunuh dilaporkan oleh Anwar.

Kali ini Anwar menggunakan pemandunya untuk membuat laporan polis bahawa ada orang sudah sabotaj brek kereta mewah Anwar yang kemungkinan bertujuan untuk membunuh beliau sekeluarga. Peliknya, dakwaan cubaan bunuh kali ini muncul selepas itu pendedahan video seks dengan pelacur China oleh rakan baiknya Eskay.

Apakah kedua-dua cubaan bunuh Anwar ini kebetulan atau sekadar satu lagi skrip drama?

Hehe... Aku sedikit pun tak hairan kalau selepas ini Anwar juga akan dakwa dan buat laporan polis bahawa rumah mewahnya sudah ditanam dengan bertan-tan granit yang menunggu masa untuk diletupkan. Atau ada sharp shooter yang duk perhati beliau di mana sahaja dan menunggu masa untuk petik picu.

Dakwaan-dakwaan ini akan dimunculkan apabila beliau dilihat sedang terdesak dan tidak mampu lagi untuk pusing 7 keliling. Apakah pada 16 Mei ini?

Haha... Gitulah Anwar Ibrahim.

Aku ingat elok Anwar mintak bantuan CIA untuk jaga keselamatannya sebab maklum sebagai bakal calon PM Malaysia yang bakal "menyelamatkan negara dari kemusnahan", sudah pasti nyawanya sentiasa diancam terutama oleh Najib/Rosmah atau UMNO/BN yang memang tak senang dengannya (atau dia yang iri dengan Najib/Rosmah?... Entah!)

Sebetulnya nak buat dakwaan cubaan bunuh ke atas dirinya tidak susah memandangkan banyak skrip drama atau filem Hollywood yang boleh Anwar pinjam sebagai "senjata" penyelamat dan raih simpati rakyat.  Tapi silaplah kalau Anwar nak copy skrip drama macam Gerak Khas ke... Hehe... sebab kalau macam tu mudah benar rakyat tahu.

Apa-apa pun, nikmati Raja Drama Meet Uncle Hussein ini....(Kang ada pulak yang tuduh Meet Uncle Hussein ini grup artis ciptaan UMNO atau ada kaitan dengan Hishamudin Tun Hussein... hehe.!!)

Ciss... Gula naik! (Updated!)

TERKINI:

Dah naikkan harga gula lepas tu beri amaran orang lain jangan naikkan harga makanan... Lawak ke apa ni? Kalau peniaga naikkan harga makanan, apa Ismail Sabri boleh buat? Seret peniaga masuk penjara atau ISA?

Jangan buat lawaklah! Kalau tak mahu peniaga naikkan harga makanan, janganlah naikkan harga-harga barang keperluan untuk membuat makanan seperti gula, minyak masak, gas memasak.... Sebab akhirnya nanti yang menerima beban ialah pengguna.

Kerajaan tak nak tanggung beban subsidi akhirnya dibebankan kepada pengguna... Apa hal?

POS ASAL:
Petang semalam baru aku beli gula 2 kg dari sebuah pasar raya. Biasanya aku stand-by kira-kira 5kg di rumah setiap bulan. Tapi kerana stok bulan lepas masih ada, maka aku hanya beli 2 kg. Kalau aku tahu gula nak naik esok, mahu aku angkat 10kg semalam.... Cisss!!

Dalam bab kenaikan harga gula ni, aku memang tak berapa berkenan alasan yang diberikan konon kenaikan disebabkan nak kurangkan orang ramai ambil gula dan nak kurangkan jumlah pesakit kencing manis sebab setahu aku kalau memang dah kaki makan gula, naiklah berapa tinggi pun mereka tetapi belasah juga.

Sama juga dengan rokok. Nak kurangkan orang hisap rokok, maka harga rokok sekarang dan lebih RM10 sekotak (masa zaman aku hisap rokok dulu baru RM4.70). Tapi naiklah sampai RM50 sekotak pun, orang akan tetap beli dan hisap jugak. Apa masalah...

Betul kata rakan-rakan sebelah sana... Lepas ni kerajaan patut naikkan harga beras sebab makan nasi lemak menyebabkan ramai yang obesiti. Jadi nak kurangkan jumlah obesiti di kalangan rakyat, jual beras mahal-mahal... Orang pun tak buat nasi lemak, habis cerita!!

Bagi aku, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih baik bagi mengatasi masalah TERPAKSA menaikkan harga barang semata-mata nak kurangkan jumlah subsidi kerajaan. Bukan kerana nak kurangkan beban subsidi kerajaan, naikkan harga barang. Ini kaedah zaman Pak Lah Badawi... tak boleh pakai dah!

Ismail Sabri kena lebih kreatif untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Lagipun, apa masalah kalau kerajaan bagi subsidi lebih kepada rakyat. Bukankah duit subsidi itu pun duit rakyat? Jadi pulangkanlah kepada rakyat semula. Bukannya dengan menaikkan harga barang.... Ini cari pasal namanya!

Video seks: Bila orang tanya aku....

Ramai yang tanya aku pasal kesahihan video seks yang didedahkan Datuk T. Rata-rata diorang tanya, betul ke? Biasanya aku balas dengan senyuman kemudian aku lontarkan pertanyaan... "Dah tengok (video tu) belum?" sebab aku kata kalau belum tengok susah sikit nak cakap.

Kalau ada yang kata dah tengok atau kata sekadar tengok gambar, biasanya aku cakap... "nilailah sendiri.. Kalau ya, yalah. Kalau bukan, bukanlah!" Biasanya mereka tak puas hati dan nak juga aku berikan pandangan aku. Ciss... macam aku kerja dengan CSI pulak.

Aku akan kata, susah nak cakap. Kan kalau aku kata sahih tu pemimpin tersebut, mereka yang taksub dengan pemimpin ini atau memang penyokong tegar pembangkang tak akan  percaya punya. Bawalah bukti apa pun, mereka sampai mati tak akan percaya. Silap-silap aku pulak kena makin-hamun kalau tak kena ludah sekali pun.

Sebab itulah bila orang tanya soalan ini, aku suruh mereka tengok sendiri video tersebut. Pasang niat nak tengok sebab nak cari kebenaran bukan nak bangkitkan nafsu berahi. Kalau tengok untuk bangkitkan nafsu, dosa tanggung sendiri hehe...

Dah tengok, nilai sendiri... ya atau bukan! Habis cerita...

07 May 2011

Jaga emosi masing-masing...

Aku tahu emosi rakyat memuncak dengan laporan muka depan Utusan hari ini yang mendedahkan adanya agenda oleh paderi yang mahu jadikan Kristian sebagai agama rasmi dengan memetik laporan dua blog mapan Big Dog dan Marahku. (Baca entri aku sebelum ini).

Pihak pembangkang terutama DAP dan penganut Kristian sudah pasti emosi dengan laporan ini. Benar atau tidak apa yang dilaporkan oleh kedua-dua blog  itu yang kemudiannya dimukadepankan laporan tersebut, mereka sudah pasti akan menafikan sekeras-kerasnya.

Bagi umat Islam pula, emosi sudah pasti lebih memuncak apabila Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara sebagai agama rasmi negara kini cuba digugatkan oleh segelintir pihak-pihak tertentu atas alasan yang kita semua tahu.

Perghh... memang panas dan berbahaya!

Aku harapkan semua pihak menjaga emosi masing-masing dan tidak melakukan perkara bodoh yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini sepertimana yang berlaku di negara jiran kita. Jangan... jangan... Biar apapun kita semua patut menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sudah pasti tidak akan duduk diam dan membiarkan perkara ini membesar yang akhirnya menjadi busung yang pecah dan bernanah kelak buruk padahnya kepada agama, bangsa dan negara kita. Tidak... tidak bukan itu yang kita mahukan. Jangan sampai peristiwa berdarah 1969 berulang.

Hal-hal sensitif seperti ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung - rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Di sini memerlukan kebijaksanaan menteri yang jaga keselamatan dalam negeri. Bijak tangani, maka tiada apa yang buruk berlaku tapi kalau salah tangani, pergh... aku sendiri tak boleh bayangkan.

Aku tak boleh sampaikan nasihat aku kepada penganut di sebelah sana, tapi bagi kita orang umat Islam, berfikirlah dengan waras. Benar kita semua marah dan emosi jika benar hal ini berlaku tapi menanganinya dengan hati yang marah dan penuh emosi tidak akan menyelesaikan masalah.

Sebab itulah aku katakan... tolong jaga emosi masing-masing!

06 May 2011

Tahniah Pas...! Kristian bakal jadi agama rasmi (Updated!)

TERKINI (7/5/2011):
Pembangkang diketuai Anwarista dan terutamanya DAP sudah panas bontot apabila Utusan sudah main muka depan isu ini. Anwarista kata Islam tetap agama rasmi manakala Kit Siang pula bawa suara paderi yang nafi laporan. Hehe...

Tau panas bontot! Selama ini kau orang duk "bakar" Najib/Rosmah atau UMNO/BN dengan macam-macam fitnah korang boleh cool je. Dah lah tu boleh duk jaja satu negara siang malam pagi petang. Kena batang hidung orang huuu bersorak girang ye, kena batang hidung sendiri fitnah, kospirasi, politik lucah, berniat jahat....!!


POS ASAL:
Tahniah kepada puak-puak Pas terutama Nik Aziz kerana berkat tarbiyah Tok Guru terhadap pemimpin DAP, parti sepakatannya itu akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Mereka juga akan pastikan hanya mereka yang beragama Kristian sahaja yang layak jadi Perdana Menteri... Wow!

Tak sia-sia perjuangan Pas untuk menegakkan negara berkebajikan dan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible. Akhirnya Malaysia bakal menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan PM pula beragama Kristian. Nah kau!!


Baca selanjutnya di sini! dan di sini!

Betullah kata kawan kita ni di sini, UMNO patut dibubarkan dan masuk Pas!
Hidup Pas...!! PAS FOR ALL!

40,000 sertai demo Anti Fitnah di Masjid Negara!

Mak aih... 40,000 orang duk berdemo anti fitnah kat depan Masjid Negara. Sah PKR menang PRU-13!
Mak aih...!! Patutlah satu Kuala Lumpur jem teruk petang ni. Rupa-rupanya ada demonstrasi besar-besaran berlaku selepas solat Jumaat di Masjid Negara kerana tak puas hati dengan JAWI yang benarkan Datuk Eskay bersumpah pasal video seks libatkan Anwar Ibrahim. Perghh... gila ramai betul! Hampir-hampir menyamai demo reformasi 10 tahun lepas.

Khabarnya demo itu anjuran AMK tapi diberikan nama Saf Anti Fitnah. Sambil menjerit melolong sebab bantah ada orang buat fitnah terhadap Anwar, 40,000 pendemo ini bertindak di luar jangkaan termasuk mengoyak surat khabar Utusan. Anggaran sebanyak 150,000 naskhah Utusan habis dikoyak oleh puak-puak ini. Oh...! Patutlah Utusan hari ini sold-out! Wow....

Yang aku pelik asal nak berdemo je tunggu hari Jumaat... asal nak berdemo je tunggu hari Jumaat. Padahal seminggu ada 7 hari kenapa pilih hari Jumaat? Lepas tu asal nak berdemo je pergi masjid... asal nak berdemo je kat masjid. Banyak lagi tempat lain boleh dijadikan medan demonstrasi tapi apahal pilih masjid?

Takkan sebab nak ambik auro zaman reformasi dulu kot? Apa sekarang dah tak ada aura lagi ke...? Itu sampai 40,000 berdemo kira hebatlah tu. Kira separuh daripada Stadium Bukit Jalil. Lepas puas melalak menjerit dan koyak Utusan, mereka bergerak berarak sambil terpekik terlolong menuju ke pejabat JAWI.... kira-kira 10 meter dari Masjid Negara... Hehehe...

Ops...! 40,000 tu sebenarnya impian Sam Ketot je tapi realitinya tak sampai 40 orang pun. Yang ramai sebenarnya tukang tengok sambil tergelak-gelak dan tersengih melihat gelagat puak-puak ini. Sebahagiannya pula wartawan dan tukang ambil gambar. Aku duk kira-kira puak-puak ini juga yang terpekik terlolong kat Masjid Amru al-As BB Sentul minggu lepas masa Eskay nak bersumpah laknat tu.

Agaknya ini sajalah kekuatan yang PKR ada kut?... Macam mana nak menang PRU-13 ni?

Hehe... kesian puak-puak AMK... Nampaknya rakyat dah tak mahu reformasi lagi dah... Reformasi reformasi ni dah basi... dah tak laku. Lagi pun ramai dah tengok video tu dan ramai dah saksi... bukan takat 4 orang, nak 400,000 orang saksi pun boleh.

Najib buat lawak pasal tarikh PRU-13... hahaha (Updated!)

TERKINI:
Baru semak kalendar... 11.11.11 memang jatuh pada hari Jumaat tapi masih belum cuti sekolah. Cuti sekolah bermula 18.11.11 (di Pantai Timur).. Lagilah lawak... hahahaha....

POS ASAL:
Najib hari ini buat lawak pasal tarikh PRU-13 hahaha... katanya tarikh itu mungkin 11.11.11 atau 11 November 2011... hahaha... Najib kata itu nombor favourite dia tu... hahaha... Najib kata tak mustahil sebab orang politik memang suka buat khabar angin..hahaha

Tapi setahu aku tarikh 11.11.11 adalah hari Jumaat. Takkan nak buat pilihan raya hari Jumaat hahaha... Tak biasanya pilihan raya bukan hujung minggu.. hahaha... Tapi tak mustahil jugak sebab 11.11.11 tu dah cuti sekolah hahaha... Dewan-dewan sekolah boleh dipakai untuk dijadikan pusat buang undi hahaha...

Kalau buat pilihan raya hari Jumaat mesti orang Pas marah hahaha sebab ramai yang tak pergi Jumaat sebab pergi mengundi hahaha... atau ramai yang tak pergi mengundi sebab pergi Jumaat hahaha...

Gelak-gelak jugak... hahaha

Video seks: Ghani Patail kena segera buat keputusan!

Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu segera membuat keputusan berhubung video seks yang melibatkan seorang individu mirip Anwar Ibrahim tetapi lebih boroi perutnya dan lebih besar anunya kerana selagi keputusan tidak dibuat, kes ini akan berpanjangan. Ghani perlu dedahkan segera siapa lelaki dalam video tersebut.

Menurut kata Papa Gomo yang disoal siasat lagi oleh polis kerana kes penyebaran rakaman video tersebut, (baca di sini!) pihak polis tidak boleh mendedahkan identiti lelaki dalam rakaman itu, tetapi yang boleh berbuat sedemikian hanya Peguam Negara. Lagi pun laporan siasatan sudah diserahkan kepada pejabat Ghani untuk tindakan.

Tapi apa pun keputusan Ghani selepas ini sama ada mendakwa penyebar video tersebut, perakamnya atau pelakunnya, Anwar Ibrahim tetap mempunyai alasan untuk menafikan dirinya dalam video tersebut. Kalaulah sampai Ghani mengesahkan lelaki itu ialah Anwar, sudah pasti kenyataan itu akan dinafikan dan kemudiannya mendapat sokongan padu puak-puak Pas dan AMK.

Sebabnya mudah saja. Anwar akan beri alasan Ghani menaruh dendam kepadanya dan masih berniat jahat untuk menjahanamkan hidupnya selepas berjaya pada kes liwat pertama, kes liwat II dan kini kes rakaman video pula. Pendek sependek Samsol Ketot, Anwar dah lama sakit hati dengan Ghani sebab heretnya dalam kes liwat pertama dahulu.

Tapi Ghani tak perlu risau hal itu kerana rakyat sekarang sudah mula berfikir watak dan fiil Anwar ni. Kalau Ghani dapat sahkan lelaki itu Anwar aku yakin Muktamar Pas Jun nanti akan menjadi kecoh dengan desakan akar umbi agar Pas keluar dari pakatan haram zadah itu dan sebahagian besar daripada rakyat akan berkata...

"Kan aku dah kata itu memang Anwar..." atau "Ah, aku tak hairan..." atau "Memang dialah... Aku dah agak dah..." atau "Ish.. ish.. ish.. Anwar. Bilalah kau nak bertaubat" atau "Kesian Wan Azizah..." atau "Yelah...!" dan ada yang akan kata.... "Dah-dahlah sokong Anwar..."

Percayalah!

Pas bukan sesiapa pun di mata DAP... Kesian!

Orang Pas sanggup mati demi DAP tetapi bagi DAP, Pas hanya kuda tunggangan untuk memerintah negara!
Sedih ada nak ketawa pun ada dengan nasib yang menimpa Pas dalam pakatan haram zadah ni. Yelah, selama ini puak-puak Pas sanggup berbaring di tengah jalan, bergadai nyawa pertahankan DAP, rupa-rupanya Pas bukan sesiapa pun di mata DAP.

Siapa yang tidak terasa apabila selama ini pengikut setia Pas sanggup melakukan apa sahaja, termasuk berbaring di tengah jalan di Perak semata-mata nak pertahankan kerajaan DAP bermenteri besar Pas, tetapi apabila nak tubuh Kabinet bayangan di Sarawak, Pas tidak diberikan sebarang posisi pun. Yang ada hanya berkongsi dengan PKR. Kesian....

Ramai dah lama nampak benda ni tapi Pas biasalah dengan rasa bongkak, sombong, angkuh, riak dan takaburnya mana nak nampak ini semua. Mana tidaknnya. Aku nak tanya puak-puak Pas ni, di mana kedudukan wakil Pas dalam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang? Nama saja Exco tapi tidak ada peranan pun dalam membuat keputusan berkaitan kebajikan rakyat khususnya yang beragama Islam.

Di Selangor, nama Hassan Ali dah lama tenggelam atau lebih tepatnya ditenggelamkan sejak  krisis penjualan arak di kawasan perumahan Melayu dahulu. Hassan yang sebelumnya begitu lantang menghalang usaha kedai 24 jam itu jual arak, akhirnya tunduk dan akur dengan pengaruh dan kuasa DAP.

Begitu juga di Pulau Pinang. Langsung tiada perkhabaran tentang Exco yang mewakili Pas melainkan pernah sekali muncul ketika kecoh seorang imam jemputan membaca doa kesejahteraan kepada Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dulu. Itu pun dipaksa untuk memberi kenyataan bagi mempertahankan Ketua Menterinya.

Itulah sebenarnya senario yang akan berlaku andai pakatan haram zadah ini memerintah negara. Dengan DAP yang mensasarkan menguasai enam negeri di Semenanjung di samping Sarawak dan Sabah  pada PRU-13 ini, parti rasis Cina ini mahu menjadi parti dominan dalam pakatan haram zadah tersebut dengan menjadikan Pas dan PKR sebagai kuda tunggangan.

Dan jika hasrat DAP itu berjaya, hasil kerja kuat Pas yang duk berkempen setiap masa sepanjang tahun di masjid surau dan ceramah-ceramah umum serta hasil kerja kuat Anwar Ibrahim yang duk menghasut dan memecah-belahkan rakyat, aku yakin Pas dan PKR akan ditinggalkan oleh DAP.

Jangan fikir DAP tidak boleh berbuat apa-apa terhadap bakal PM, Anwar Ibrahim kerana (harus diingat) Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP adalah peguam Anwar dalam kes liwatnya dan semua rahsia Anwar berada dalam tangannya. Kalau nak jatuhkan Anwar, Karpal hanya perlu sekali petik jari sahaja. Tapi bukan sekarang...

Sekarang ini DAP akan pertahankan Anwar habis-habisan dan apabila tiba masanya, Anwar akan disingkir dengan cara amat tidak terhormat dan pada masa itu DAP yang sudah menguasai Kabinet, akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pas? Hehe... pergi jahanamlah!

Pas nak ganti UMNO? Kirim salamlah...!

05 May 2011

Naluri seorang anak...

Nak menitis air mata baca kisah Nurul Izzah mengenai papanya. Yalah naluri seorang anak yang jugak seorang isteri. Siapa yang tak tersentuh dengan apa yang berlaku dalam keluarga mereka terutama perkara berat seperti ini....
"Dalam pertemuan kecil itu, seorang rakan lama Izzah menanyakan soalan yang agak sensitif. Apakah Izzah tidak risau dengan tersebarnya video seks pada ketika ini? Izzah mengakui dia risau. Izzah lebih risau bahawa ‘rakaman’ tersebut akan merosakkan hubungan ayah dan ibunya."
"Izzah tekankan bagaimana ‘naluri wanita’ pasti akan tersentuh dengan pendedahan yang sedemikian ‘vivid’. Izzah kata ‘rakaman’ itu mampu; bukan sahaja merosakkan kekuatan parti – tapi lebih mampu menjahanamkan ‘tiang seri’ kepada kekuatan parti; iaitu rasa percaya antara Kak Wan dan Anwar."
Jom jom baca sepenuhnya di sini!

Oh rupanya nak tutup penyelewengan DAP!

Patutlah DAP beriya-iya mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock dan menyerang SPRM habis-habisan. Rupanya kematian Beng Hock ada kaitan dengan siasatan berhubung penyelewengan projek oleh  salah seorang ADUN dari DAP di Selangor. Penyelewengannya besar beb! Mereka "mencuri" projek-projek yang dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera dengan menyamar sebagai "syarikat Bumiputera". Apa maknanya tu?

Patutlah apabila Beng Hock mati, orang paling panik ialah ADUN Seri Kembangan. Rupanya dia yang disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan tersebut dan Beng Hock adalah saksi utama. Maknanya keterangan yang diberikan oleh Beng Hock boleh mengheret bosnya itu ke mahkamah dan silap haribulan bulan menyebabkan dia dipecat sebagai ADUN. Jadi, kita tahulah kenapa DAP beriya-iya nak salahkan SPRM berhubung kematian Beng Hock.

Bayangkan ia baru satu ADUN yang cuba dibongkar oleh SPRM dan aku percaya ramai lagi ADUN DAP di Selangor (mungkin juga di Pulau Pinang) menggunakan strategi yang sama untuk "merampas hak orang Melayu" iaitu dengan menggunakan syarikat Ali Baba bagi mendapatkan projek. Patutlah kontraktor Melayu di Selangor dan Pulau Pinang semakin nazak. Rupanya hak mereka telah dirampas oleh DAP.

Justeru, aku menyeru kepada pihak SPRM untuk meneruskan siasatan terhadap ADUN Seri Kembangan dan juga ADUN-ADUN lain di Selangor tentang penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan walaupun terganggu oleh kes kematian Beng Hock. SPRM juga tidak perlu tunduk terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas mereka kerana dalam hal ini (aku percaya) seluruh rakyat berada di belakang SPRM.

OOoo... selama ini mereka duk serang kerajaan BN konon kerajaan rasuahlah apalah walhal ADUN-ADUN mereka lagi licik. Apa pulak komen MB Selangor?

Ternyata kematian Beng Hock ada hikmahnya dan tindakan Najib menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja tentang hal ini juga ada baiknya. Sebabnya rakyat kini dapat melihat satu persatu permainan politik DAP dan "sucinya" perjuangan DAP selama ini. Tapi apakah ini semua akan membuka pintu hati orang Pas untuk melihat kebenaran atau sebaliknya?

Bila timbul cerita ini teringat kata-kata seorang kawan aku yang propembangkang tetapi bekerja dengan kerajaan BN katanya dia tak kisah hentam kerajaan walaupun kerajaan BN yang beri biasiswa sampai dia boleh masuk U (walaupun keputusan STPM pun paras hidung) dan jadi guru berijazah sekarang ini. Sebab katanya siapa sahaja jadi kerajaan mereka wajib beri biasiswa pendidikan kepada rakyatnya.

Tapi aku yakin kalau DAP (yang mendominasi dalam pakatan pembangkang) yang memerintah, bukan takat biasiswa, semua IPTA dalam negara dipenuhi oleh kaum bukan Melayu. Kau ingat orang Melayu cerdik atau rajin sangat ke? Kalau tak ada UiTM dan IPTA guna sistem meritokrasi sepenuhnya, ingat orang Melayu boleh masuk U dan jadi para pegawai kerajaan ke?

Bila ramai orang Melayu tak berpelajaran tinggi (sebab kalah bersaing dengan bukan Melayu) maka yang lulusan U tentulah bukan Melayu dan mereka kemudiannya diambil mengisi pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang Melayu takat jadi pion jehlah. Bila dah semua jawatan kanan kerajaan dah dikuasai bukan Melayu, di mana orang Melayu pada masa itu?

Jangan fikir DAP lebih demokratik daripada BN/UMNO sebab orang Cina tak pernah kenal erti demokrasi pun. Sebabnya nenek moyang mereka dari tanah besar sana tak pernah tahu apa itu demokrasi. Begitu jugalah mereka yang ada di Malaysia ini. Mereka cuma amal satu fahaman.... "Ada peluang sapu! Peduli apa sama Melayu!"

Sebabnya, kalau takat projek kecil-kecilan orang Melayu pun diorang nak sapu, apatah lagi keistimewaan-keistimewaan yang diberikan orang Melayu termasuk pendidikan dan biasiswa atau jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan!

Lu fikirlah sendiri yeop!

04 May 2011

Siapa bilang UMNO/BN lemah sehingga perlu tagih bantuan Pas?

Apabila Najib mempelawa Pas sertai BN, ramai puak-puak Pas termasuk para pemimpinnya membuat "serangan" ke atas Najib dengan menganggap pelawaan tersebut adalah usaha terdesak BN untuk meraih sokongan rakyat selepas mereka semakin lemah.

UMNO/BN juga dikatakan lemah apabila bermain "politik lucah" dengan isu video seks Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya inilah yang diwar-warkan Anwar kepada rakyat bahawa dia merupakan ancaman utama politik BN sehinggakan Najib menggunakan taktik kotor dengan menjatuhkan kredibilitinya menerusi fitnah jahat melalui video tersebut.

Sebenarnya dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang khususnya Pas bahawa BN atau tepatnya UMNO semakin lemah adalah satu pandangan silap. Ini kerana kalau kita lihat hasil keputusan PRU-12 lalu, UMNO masih lagi mendapat sokongan padu rakyat tetapi yang kalah teruk ialah rakan parti lain terutama Gerakan, MCA dan MIC.

Jangan lupa, tsunami politik yang melanda negara pada 2008 adalah disebabkan oleh Pak Lah Badawi, PM paling lemah dalam mentadbir negara sehingga menyebabkan rakyat marah dan kemarahan mereka dituangkan menerusi kertas undi. Bukan disebabkan oleh kekuatan pembangkang apatah lagi Anwar Ibrahim.

Keputusan pilihan raya Sarawak juga menyaksikan BN menerusi parti-parti komponennya kecuali SUPP masih lagi mendapat sokongan padu rakyat. Yang kalah teruk di Sarawak ialah Pas ialah gagal memenangi sebarang kerusi daripada lima kerusi yang dipertandingkan.

Sebenarnya, UMNO/BN masih lagi mendapat sokongan padu rakyat kecuali kaum Cina yang dilihat semakin cenderung menyokong DAP. Terus terang pada PRU-12 lalu dan pilihan raya Sarawak, DAP jelas mendapat "kemenangan besar" berbanding Pas atau PKR. Lebih malang bagi PKR apabila hampir 10 wakil rakyatnya telah keluar dari parti menyebabkan jumlah Ahli Parlimen atau ADUN PKR semakin merosot.

Aku percaya tawaran Najib terhadap Pas bukan kerana BN terdesak untuk memenangi PRU-13 atau rakyat semakin menolak UMNO/BN tetapi atas dasar menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Tetapi malangnya (seperti dijangka) Pas tidak melihat dari sudut semua itu melainkan politik semata-mata. Seingat aku Najib ketika di Kuala Terengganu tempoh hari juga berkata, kalau Pas tidak mahu menyertai BN pun tidak mengapa, tetapi adalah lebih baik Pas keluar dari pakatan.

Ini kerana ramai yang melihat keberadaan Pas di dalam pakatan pembangkang sebenarnya memberi keuntugan besar kepada DAP, bukannya Pas jauh sekali PKR. Ibarat kalau di medan perang, Pas diletakkan di barisan hadapan untuk berdepan dengan kepala jeneralnya ialah Anwar manakala DAP berada di barisan belakang. Apabila berperang sudah pasti yang paling ramai terkorban ialah mereka yang berada di barisan hadapan. Tapi malang Pas tidak melihat itu semua.

Dalam soal Anwar pula, UMNO/BN tidak perlu bersusah payah untuk memfitnah beliau semata-mata untuk menjatuhkan karier politiknya kerana Anwar tiada apa-apa bagi UMNO/BN melainkan sebagai pengacau sahaja. Tidak lebih dari itu. UMNO/BN tidak bimbangkan Anwar sebaliknya memikirkan bagaimana mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap BN.

Lagi pun siapa yang mendedahkan tentang video seks Anwar tersebut melainkan rakan-rakan rapat beliau sendiri, bukan orang lain.

Justeru, Pas tak usahlah nak dakwa UMNO/BN lemah sehingga memaksa parti untuk meraih simpati dari Pas untuk menyertai mereka atau menggunakan taktik kotor menjatuhkan Anwar sebab UMNO/BN sebetulnya semakin kembali kukuh menjelang PRU-13 nanti.

Atas dasar itulah aku meramalkan pada PRU-13 nanti, BN akan mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai mereka pada masa kini dan pada masa yang sama bakal merampas kembali Selangor dan Kedah, selain meraih lebih banyak kerusi DUN di Pulau Pinang dan Kelantan.

03 May 2011

Apa kata wujudkan anugerah untuk blogger!

Anugerah Kajai tahun ini digondol wartawan Berita Harian.
Setiap tahun wartawan media massa baik media cetak mahupun elektronik akan dipilih untuk menerima Anugerah Kajai, iaitu anugerah kewartawan terbaik di negara ini. Hadiahnya sangat lumayan iaitu wang tunai RM30,000. Wow!

Aku membayangkan andai para bloggers yang tidak kurang sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara diberikan anugerah sama - Anugerah Blogger Terbaik! Sebabnya peranan blogger pun hampir sama dengan kalangan wartawan, iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat, yang kadang kala maklumat oleh bloggers mengatasi apa yang dipaparkan oleh wartawan media massa.

Aku cadangkan pemberian anugerah ini bukan berdasarkan populariti blog tetapi dilihat dari sudut isi kandungan artikelnya. Aku tahu banyak blog yang telah menerbitkan artikel-artikel yang "meletup" yang boleh memberikan sumbangan positif kepada negara.

Untuk lebih adil, mungkin anugerah ini boleh dipecahkan kepada blogger politik, blogger hiburan, blogger sukan dan lain-lain (boleh difikirkan oleh penganjur) manakala ahli panel penilai pula terdiri kalangan profesional dan berkredibilit tinggi, dan bukannya ala Akademi Fantasia yang berlandaskan SMS orang ramai atau juri separuh masak.

Macam mana?

Psssttt... Sekadar melontarkan idea!

01 May 2011

Kenapa Anwar boleh bebas menyundal?

Kenapa Anwar boleh bebas menyundal tanpa rasa takut atau bersalah? Sebabnya setiap kali dia menyundal ribuan umat Pas akan mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya. Dan setiap kali dia menyundal, setiap kali itu juga dia akan kaitkan penyundalan beliau dengan usaha Najib nak jatuhkan karier politiknya.

Pokoknya kalau selepas ini orang ramai tengok dia tengah menyundal amoi kat belakang Jalan Bukit Bintang atau waima seekor kambing di dalam kandang Zoo Negara sekali pun, orang tidak akan percaya itu Anwar, lebih-lebih lagi puak-puak Pas.

Begitulah mulianya Anwar di mata orang Pas. Dialah umat paling mulia, paling suci dan paling tinggi derajatnya di dunia sehingga tiada sebarang dosa boleh dikaitkan dengannya dan kalau ada pun itu semua bukan darinya tetapi kerana diperangkap, difitnah dan konspirasi nak jatuhkan beliau. Tiada yang lain.

Hebat sungguh manusia bernama Anwar Ibrahim. Tiada undang-undang dalam dunia ini boleh mendakwa jauh sekali menghukum beliau, biar apa pun penyundalan yang dilakukannya. Kalau ada mahkamah nak jatuhkan hukum ke atasnya, mahkamah itu dianggap tidak adil dan sudah dibeli kerajaan BN. Kalau ada hakim yang nak jatuhkan hukuman ke atas penyundalannya, hakim itu dianggap tali barut dan anjing kerajaan dan kalau ulama yang tegur perbuatan penyundalannya, ulama itu juga adalah anjing kerajaan.

Anwar juga boleh bebas menyundal pada bila-bila masa dan di mana sahaja kerana ketika dia asyik masyuk bersundal, beribu-ribu umat Pas pula sedang mendoakan kesejahteraan ke atasnya. Segala bukti yang dibawa untuk mengaitkan penyundalannya akan dinafikan semati-matinya.

Isu penyundalan Anwar bukannya baru berlaku 21 Februari lepas apabila dia terkantoi dik rakaman kamera skodeng (spycam) berkualiti tinggi yang didedahkan oleh trio Datuk T, tetapi penyundalan Anwar dah berlaku sejak dia dibangku sekolah lagi. Tapi hal ini susah nak dibuktikan. Namun, pendedahan pasal penyundalan Anwar bersama wanita bernama Norlaili dan bini Azmin, Syamsidar masih diperkatakan sehingga kini.

Dua kes liwat iaitu terhadap Azizan dan Saiful Bukhari adalah bukti bahawa Anwar bukan sahaja menyundal anak-anak gadis dan bini orang tetapi juga lelaki-lelaki jambu, termasuk juga adik angkatnya Sukma Darmawan. Tapi semua kes-kes penyundalan tersebut tidak pernah mahu dinilai oleh puak-puak Pas melainkan terima saja bulat-bulat alasan Anwar.

Dan atas sebab itulah Anwar akan terus bermaharajalela dengan kerja-kerja penyundalannya... dulu, kini dan selamanya. Tahniah Malaysia! Ada bakal mendapat Perdana Menteri yang paling sundal dalam sejarah negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...