29 June 2011

Lega...! Polis dah mula bertindak

Bukti-bukti ini ke yang pemimpin PSM kata boleh diperoleh di mana-mana termasuk Petaling Street? Kalau betullah... Malaysia memang dalam bahaya!!
Terima kasih PDRM, terima kasih IGP, terima kasih Hisham... Nampaknya pihak polis dah mula bertindak ke atas pihak-pihak yang cuba menghuru-harakan negara menerusi perancangan demonstrasi jalanan haram jadah 9 Julai ini. Tak kiralah atas nama Bersih ke, Kotor ke, Najis ke... Baju kuning ke, baju merah ke, baju kelabu tahi anjing ke...memang tindakan polis adalah wajar atas nama "demi keselamatan orang awam dan negara!!"

Aku sebetulnya cukup bimbang sebelum ini apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis selepas lebih 1,000 laporan polis membantah perhimpunan haram jadah itu dibuat, apabila keluarnya kenyataan-kenyataan Ambiga yang akan teruskan perhimpunan walaupun diberi amaran oleh polis dan kemudiannya dikesan wujud usaha pihak PSM yang mahu mengambil kesempatan menyusupkan anasir-anasir komunis dalam perhimpunan tersebut.

Tapi mujur sejak semalam polis mula bertindak. Malangnya, semuanya selepas Hishammuddin "memberi mandat" kepada polis untuk bertindak. Erk.. sedikit janggal apabila seorang menteri mengumumkan telah memberi mandat kepada polis untuk bertindak. Sepatutnya Hisham tak perlu cakap dia dah beri mandat sebab seolah-olah polis kena ikut telunjuk Pak Menteri.Tak pasal-pasal Anwar dah sound polis ikut telunjuk UMNO!!

Pedulilah apa yang Anwar dan puak-puak mereka nak cakap. Apa yang penting aku sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian memang mahu melihat polis bertindak dengan segera dan setegas-tegasnya terhadap mereka yang cuba mencabar undang-undang negara, cuba mencabar polis dan yang cuba menghuru-harakan keselamatan orang awam dan negara.

Dan hari ini buat pertama kali aku melihat ketegasan dalam kelembutan IGP yang sanggup menggunakan perintah darurat jika mereka masih berdegil mahu meneruskan demo tersebut. Yup aku setuju! Patut puak-puak ini yang masih berdegil dan atas nama demokrasi diajar apa itu demokrasi yang sebenar!

Tapi kalau difikirkan sebenarnya itulah yang Anwar, Ambiga, Mat Sabut dan puak-puak ini mahukan, iaitu pihak kerajaan bertindak kasar terhadap mereka dan mereka mahu kalau boleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut digunakan untuk menghalang demonstrasi Bersih. Ini boleh dijadikan modal mereka untuk menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya kerajaan Malaysia di bawah DS Najib Tun Razak. Dari situ mereka boleh mendesak pihak luar campur tangan dan kalau perlu menyerang Kuala Lumpur seperti mana pihak pembangkang Libya yang dibiayai Barat meminta bantuan NATO menyerang Libya untuk menggulingkan Muammar Gaddafi.

Kaedahnya sama, senarionya serupa tetapi isunya berbeza. Aku percaya ini semua adalah perancangan pihak luar untuk menghacur-leburkan negara atas nama demokrasi!

28 June 2011

Ish... ish... ish... Perang video pulak dah!!

Selepas dua pakar AS dedahkan bahawa lelaki dalam video seks yang didedahkan Datuk T itu 99.9 peratus mirip Anwar, semalam Datuk Johari Abdul yang merupakan antara yang terawal menonton sendiri adegan Anwar main puki amoi China keluarkan video untuk menunjukkan lelaki itu bukan Anwar.



Aku tak tahu berapa banyak Anwar melabur dalam projek menghasilkan video ini yang akan dijadikan saksi dalam kes skandal seks paling gempar negara tahun ini. Aku percaya Hadi Awang akan kata video ini boleh jadi saksi walaupun ia besi dan tak ada mata serta telinga. Sebabnya video ini bertujuan membela Anwar, jadi Hadi pun kata boleh gunalah. Yang tak boleh guna video sebagai saksi kalau video itu terkena batang hidung Anwar! Huhu...

Akibat permainan wayang Johari, hari ini blog paling jahat abad ini, Papa Gomo dedahkan rakaman video yang menunjukkan Johari terkekek-kekek ketawa tonton video seks Anwar main puki dengan amoi China. Video yang boleh dikatakan bakal mematikan akal Anwar dan Johari sendiri!



Huwaaa.... Makinlah rakyat konfius siapa yang betul... siapa yang salah! Ops... jangan konfius-konfius! Buka mata buka hati, buang sentimen politik, Insya-Allah kita akan tahu mana yang hak dan mana yang bathil!

Yang pasti dengan terdedahnya video terbaru ini, aku percaya Johari akan buat kenyataan bahawa itu bukan dirinya walaupun wajah miripnya tetapi hidungnya lain sebab lebih kembang-kuncup. Jadi itu cuma fitnah orang UMNO! Dush!!!

Demi Putrajaya... Komunis pun komunislah!

Pas kata tak pedulilah kalau Bersih nak dikaitkan dengan anasir komunis asalkan mereka dapat ke Putrajaya. Kalau komunis pun apa masalah. Janji mereka bukan UMNO! UMNO memang patut diperangi tapi kalau komunis mampu bawa Pas ke Putrjaya, mereka patut disokong!

Wow! Gamaknya itulah bunyi nada Pas sekarang selepas menyedari wujudnya anasir komunis yang menyerap masuk dalam himpunan Bersih. Maklum sekarang ini Pas tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk menduduki Putrajaya. Segala rintangan dan halangan di depan mereka akan diredah habis-habisan dan mana-mana unsur yang membantu mempercepatkan mereka ke Putrajaya akan disokong.

Apa masalah berkawan dengan komunis sedangkan Tok Guru pun dah berpesan mereka pun boleh berkawan dengan syaitan apa lagi komunis atau puak-puak kafir harbi. Matlamat sekarang ialah menjejaki tangga Putrajaya... By cook or by crook! huhuh

Lagi pun Pas sekarang bukan lagi parti perjuang Islam melainkan sebuah parti memperjuangkan kebajikan. Dan kebajikan puak-puak komunis ini patut disokong dan dilindungi.

Apa-apa pun tahniah buat Pas kerana menyokong Bersih sekali gus menyokong perjuangan komunis! Tak apa... tak apa... demi Putrajaya Pas sanggup lakukan apa sahaja. Kalau perlu lacurkan bangsa dan agama, Pas kini sanggup!

Komunis pun komunislah... janji ke Putrajaya.

27 June 2011

99.9 peratus orang Pas tak percaya itu Anwar

Maaf! Yang ini 99.9 peratus bukan Anwar!
Dua pakar dari AS yang dipanggil untuk mengecam lelaki dalam video seks mengesahkan 99.9 peratus mirip Anwar Ibrahim. Nak tahu macam mana proses pengecaman pakar-pakar ini sila tengok siri TV CSI, CSI: Miami atau CSI: NY. Banyak adegan bagaimana makmal CSI mengecam mangsa atau penjenayah. Kalau tak faham boleh jugak semak blog Kickdefella di sini!

Atau rajin-rajin juga tengok Discovery Channel atau History Channel. Kat situ pakar-pakar Barat tunjukkan bagaimana proses pengecaman dibuat. Bukan takat manusia, dinasour pun boleh mereka cam berdasarkan tengkoraknya.

Walaupun pakar dari AS (bukan ahli UMNO yeop) mengesahkan 99.9 peratus lelaki itu mirip Anwar tetapi 99.9 peratus puak-puak Pas tak akan percaya punya. Sebabnya ada 0.01 peratus lagi yang tidak mirip maka orang Pas akan mempertahankan yang 0.01 peratus tersebut. Teori itu yang digunakan pakai oleh Mahfuz bila komen pasal pengesahan pakar luar negara ini.

Yang pelik, masa Anwar terlibat kes liwat pertama pada 1997 dulu, 99.9 peratus puak-puak Pas percaya bahawa Anwar telah meliwat pemandu bininya Azizan dan terlibat dengan pelbagai skandal. Oh... apa nak pelik! Masa tu Anwar dalam UMNO, maka semua laporan itu boleh dipercayailah!

Akibat pemecatan Anwar sebagai TPM yang antara lain sebab keinginan luar tabiinya dan skandal dengan bini Azmin, maka Pas terutama Mat Sabu bersorak girang pada masa tu. Sebabnya ada modal nak bantai UMNO terutama Anwar habis-habisan. Habis satu negara dipukul canang bahawa Anwar sebagai peliwat dan Mat Sabut yang kini jadi Timbalan Presiden Pas sampai gelar Anwar sebagai Aljuburi! Huhu...

Sekarang ini lain pula senarionya! Walaupun para pakar luar negara kata 99.9 peratus lelaki dalam video itu adalah Anwar, mereka tidak akan percaya langsung. Mereka lebih percaya cakap Nik Aziz atau Hadi Awang yang tak tengok pun video tersebut tapi kata itu bukan Anwar. Atau mereka lebih percaya cakap Anwar sendiri. Haha... Mana ada orang gila mengaku dia gila yeop!. Cuba tanya mereka yang kat Tampoi atau Tanjung Rambutan. Silap-silap kita pulak dituduh gila tanya soalan gila-gila macam tu!

Tapi cubalah isu video seks ini melibatkan wajah mirip-mirip Najib ke Muhyiddin ke, aku percaya walaupun 99.9 peratus pakar kata ia bukan Najib atau Muhyiddin, tapi puak-puak Pas tetap akan kata itu adalah Najib atau Muhyiddin, sebab masih ada 0.01 peratus lagi mirip.

Gitulah perangai orang Pas terutama para pemimpin mereka yang kini semakin kemaruk nak duduki Putrajaya seperti yang dijanjikan oleh Anwar.

Pssttt.... Puak-puak DAP tak nak komen apa-apa ke pasal ketulenan pelakon dalam video seks ni?

24 June 2011

Hanya ceramah sumber kewangan Pas?

Derma jihad! Yang kutip orang Pas, yang derma orang Islam tapi masuk tabung DAP! Bagussss...!!
Salah satu tuntutan Bersih ialah mengadakan kempen selama 21 hari dalam setiap pilihan raya termasuk pilihan raya kecil. Tapi perhimpunan Bersih yang dikepalai Ambiga lupa bahawa Pas dan PKR telah berkempen sepanjang tahun. Tak pernah dengar mereka tuntut permit atau ceramah mereka diserbu!

Kenapa Pas perlu mengadakan ceramah setiap minggu dan kalau boleh setiap hari? Sebab melalui ceramahlah mereka boleh kutip derma dan sumbangan orang ramai yang datang dengar. Makin kuat hentam dan maki kerajaan, makin ramai yang datang dan makin banyaklah wang yang masuk. Sebabnya, hanya itulah sumber kewangan mudah yang mereka peroleh.

Dah jadi wakil rakyat atau Ahli Parlimen atau MB sekalipun, masih saja nak berceramah dan berkempen sana sini sepanjang tahun. Kebajikan rakyat tak pernah dipeduli. Orang kelaparan sebelah rumah pun tak tahu. Ada kenduri kendara orang kampung, haram tak nampak batang hidung.

Mat Sabu adalah antara penceramah paling ramai dihadiri sebab dia kaki hentam dan maki orang. Bila maki dan kutuk orang sampai tak ingat, tapi kadang-kadang dia lupa bahawa dia pun ada sejarah hitam. Dulu dia gelar Anwar Aljuburi bila dia antara pemimpin pembangkang yang mula-mula dapat tahu tabiat Anwar yang suka perkara luar tabii, tapi hari ini bontot Anwar itulah juga yang dia jilat sampai berlendir!

Dah jadi Timbalan Presiden ni makin banyaklah ceramah boleh buat, makin kencanglah poket masing-masing bila makin ramai orang menderma jihad! Tapi pernah ke Pas umum jumlah derma yang mereka kutip setiap kali ceramah diadakan? Aku percaya memang tak pernah! 

Ingat dulu ramai orang kampung yang taksub dengan Pas sampai sanggup jual tanah, jual lembu dan jual harta benda sebab nak menyumbang kepada parti yang konon berjihad ke jalan Allah untuk membentuk negara Islam. Sekarang ini aku tak tahulah masih ada lagi tak orang Pas yang sanggup bergolok-bergadai nak menderma atas nama jihad.

Balik pada ceramah... Ceramah mereka ada yang direct berbentuk kempen politik seperti ceramah "Selamatkan Malaysia" atau ceramah "Pas Ganti UMNO" dan lain-lain. Yang ini terang-terang mereka berkempen supaya tolak kerajaan dan sokong mereka. Ceramah ini kadang-kala disertai puak-puak PKR dan DAP, tapi penganjur biasanya Pas.

Ada juga ceramah atas nama "ceramah agama". Dalam ceramah ini mereka cakap pasal agama sikit saja tapi hentam kerajaan lebih banyak. Bila nak bagi contoh benda-benda tak baik saja, kenen kat kerajaan atau orang UMNO. Penceramah pun makin seronok bila orang ramai ketawa terkekek-kekek atau bertakbir! Ini ceramah kempen jugaklah! Ceramah macam ni pun ada juga "tabung bergerak" sekeliling.

Khabarnya PKR pun dah ikut jejak Pas. Setiap kali adakan ceramah atau kempen, akan bergeraklah tabung sumbangan. Maklum sejak dah tak dapat sumber kewangan dari luar negara ni, PKR dah tak ada duit. Sekarang lagilah sampai pejabat pun kena sita sebab tak bayar sewa. Kesian... Mehlah derma kepada tabung akhirat PKR pulak!

Jadi kalau ceramah Pas dan PKR yang berbentuk kempen diadakan di seluruh pelosok negara dibenarkan, apakah masih perlu kempen pilihan raya diadakan sampai 21 hari? Atau apakah cukup sekadar 10-15 hari sebab puak-puak pembangkang pun dah jenuh dah berkempen sepanjang tahun!

Hasil kutipan derma jihad tak pernah diumum kepada ahli. Kenapa ek?

21 June 2011

Najib nak eksport Idris Jala ke Afrika? Alhamdulillahhhh.....

Aku baca dalam laporan Bernama hari ini bahawa Malaysia sedia hantar CEO Pemandu, Idris Jala ke negara-negara Afrika untuk bantu melaksanakan transformasi negara benua itu. Itu kata Najib masa penutup LID 2011 yang menjadi kebencian KJ tu.

Hemm... bagi aku elok juga Najib eksport Idris tu ke Afrika. Sekurang-kurangnya aman sikit JPM sebab tak ada lagi pegawai taraf menteri yang susun atur negara macam syarikat minyak mak bapak dia. Tak perlu lagilah Najib bersusah payah nak "buang" mamat yang dilantik Pak Lah konon untuk selamatkan MAS dulu, yang diberikan doa oleh Pak Lah supaya dibaca agar terang hati, yang akhirnya Pak Lah baru sedar rupakan Idris ni penganut Kristian totok.

Ramai dah orang bercakap soal Idris ini yang nampaknya menguruskan ekonomi negara macam menguruskan kewangan syarikat. Macam dia uruskan MAS-lah! Macam mana nak recover kerugian MAS? Senang jeh! Jual segala aset yang dimilik MAS termasuk bangunan di Jalan Sultan Ismail, KL dan Akademi MAS! Mudah kan?

Begitu juga bila dia jadi kepala Pemandu, macam mana supaya kerajaan tak tanggung beban subsidi ialah dengan menaikkan harga barang termasuk minyak dan gas masak. Dengan cara demikian kerajaan boleh kurangkan bebanan subsidi. Ikut otak Idris, tak apa rakyat susah sikit asal kerajaan tak rugi! Hotak dia!!

Jadi bila PM cadang nak hantar Idris bantu negara-negara Afrika untuk transformasi negara terbabit, aku memang sokong sangatlah. Kalau boleh export sekali Koh Tsu Koon tu. Buat menyemak je! Lantiklah pakar-pakar ekonomi Melayu tetapi yang mempunyai otak pemikiran yang lebih bernas untuk menguruskan Pemandu dan bukannya otak-otak bekas CEO yang hanya pandai jual aset syarikat.

Ramai lagi cerdik pandai di luar sana yang boleh membantu transform negara tanpa membebankan rakyat. Aku percaya cukup ramai bahkan nak cari muka-muka Melayu pun ramai. Tapi bukan Melayu macam Anwar yang belajar bidang sastera tapi bercakap bab ekonomi mengalahkan Gabenor Bank Negara! Hahaha...

20 June 2011

Lynas: Apa kata pakar nuklear!

Unsur nadir bumi dalam Jadual Berkala
Aku baru baca satu blog yang amat menarik dari seorang pakar nuklear (katanyalah!). Blog Unclear Engineer! Dia bercerita tentang projek nadir bumi Lynas dan kenapa dibuat di Malaysia (Kuantan) dan bukan di Darwin ke, Sydney ke atau Adelaide!

Menarik sungguh! Elok puak-puak yang taksub dengan kelentong Fauziah Salleh dan gila meroyan nak berdemo pasal Lynas baca blog ini.

Suatu yang menarik dia tulis:

Unsur nadir bumi (rare earth elements) atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam Jadual Berkala (Periodic Table of Elements) seperti lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium and lutetium. Unsur-unsur ini adalah diperlukan dalam ratusan aplikasi industri seperti bateri bagi komputer riba/telefon mudahalih serta kereta hibrid, tiub “cathode-rays” bagi monitor TV dan komputer, wayar “fibre-optic”, aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin. Unsur nadir bumi (UNB) ini amat berguna di sebabkan oleh sifat keracunannya (toxicity) nya yang rendah.

Pada masa ini 95% dari pengeluaran UNB dunia adalah dihasilkan oleh syarikat perlombongan China. Keputusan kerajaan China menghadkan export UNB ini telah menyebabkan banyak negara-negara lain di dunia terutama Amerika Syarikat menjadi mengelabah. Kekurangan bekalan UNB ini akan membantutkan kesinambungan industri teknologi tingginya yang teramat sangat memerlukan logam ini. Menurut laporan, Syarikat Lynas di Kuantan dijangka akan dapat menghasilkan hampir 30% dari bekalan dunia (diluar China) apabila mula beroperasi nanti.

Detail kat sini yeop! 

Kalau tak yakin dengan pakar Melayu, cuba baca artikel orang putih di sini!

Kemuntingkan Ambiga, Berahim dan KJ?

Ada orang cadangkan supaya kepala yang mahu anjurkan demo Bersih iaitu Ambiga disumbat di Kemunting bawah ISA. Sebabnya dia cuba cetuskan keadaan huru-hara di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama sumbat juga Ibrahim Ali dan KJ sebab Perkasa dan Pemuda UMNO pun nak anjur demo pada hari yang sama!

Itu kata orang! Kata aku, biar jelah mereka nak berdemo ke berperang ke bergasak ke... Sebab yang akan berperang, berjihad, bertahi palat pun orang Melayu dan yang akan terima akibatnya pun orang Melayu bukannya orang sebangsa Ambiga atau Teresa Cock! Jadi biarkanlah! Apa masalah?

Bukankah orang Melayu memang suka buat kerja-kerja macam tu. Lagi ramai orang Melayu bergasak dan berparang dengan sesama Melayu lagi bagus. Sejarah dah buktikan memang orang Melayu mudah sangat diprovokasi dan mudah melatah.

Ada orang kata orang Melayu ni macam ikan lumba-lumba. Makin orang tepuk tangan, makin tinggi dia melompat. Tepuk je lompat, tepuk je lompat... tepuk sekali lagi, lompat ... dusshhh!! kena cantas kepala!! Hahaha...

Jadi puak-puak yang berdemi 9 Julai ini adalah puak-puak yang seronok apabila mereka ditepuk tapi tak tahu ada yang menunggu masa untuk mencantas! Huhu... Labu labu!

Otak Pemuda UMNO lulusan Oxford! Cisss....

Kalau seorang nyonya kata Anwar bodoh... aku nak kata KJ lagi bodoh! Mana taknya, tiba-tiba nak kritik Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dan mahukan LID dihentikan, sebab konon tidak bawa sebarang faedah! Ciss...

Inikah otak pemikiran Ketua Pemuda UMNO yang lulusan Oxford tu? Memang sahlah KJ ni cerdik tapi tak pandai alias bangang! KJ mungkin tengok apa sangat berdialog dengan negara-negara miskin Afrika dan Carribean. Tapi KJ tak berfikir bahawa banyak faedah yang boleh diperoleh oleh negara terutama dalam bidang ekonomi. Kau ingat Petronas boleh senang-senang masuk dan gali minyak kat Sudan kalau bukan kerana Tun Mahathir dan LID?

Nampaknya dia memang tidak senang dengan segala usaha yang dibuat oleh Tun Mahathir sejak dulu sampailah sekarang. Dulu yalah, bapak mentuanya yang jadi PM adalah orang nak ikut cakapnya. Bila dia kata jambatan bengkok patut dihentikan, maka Pak Lah pun kata elok dibatalkan.

Maaflah KJ! Itu zaman bapak mentua kau yang berkuasa. Tapi sekarang ni zaman Najib dan dia jenis orang tak layan cakap-cakap ahli politik tak cukup masak macam kau KJ! Mungkin agaknya KJ tak puas hati sebab nama Tun Mahathir masih jadi pujaan dalam dan luar negara walaupun dah lama bersara dari arena politik dan tak jadi PM lagi.

Tak macam bapak mentuanya. Dah tak jadi PM langsung lenyap namanya. Aku tak tahulah sama ada dia masih ada hati nak hadiri sidang Parlimen tapi seingat aku sejak dia tak jadi PM, namanya langsung tak kedengaran bukan takat di dalam Parlimen malahan luar Parlimen pun.

Lain pula Tun Mahathir yang namanya masih menonjol menerusi program bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui penghantaran kapal bantuan, persidangan LID dan pelbagai  acara lain yang menuntut kehadiran Tun. Sebab itulah agaknya KJ pun menyibukkan diri dalam pasukan Life Line 4 Gaza, sebab nak saingi Tun Mahathir dan Mukhriz! Hahaha...

Galaknya KJ nak cipta nama, dia pun ikut sama nak berdemo pada 9 Julai ini, konon nak lawan demo Bersih. Malah mereka tetap berkeras nak buat juga walaupun dah diberi amaran oleh Menteri Amaran dan turut ditegur oleh Muhyiddin. Hahaha... Bukan apa! Aku takut nanti dia yang malu sendiri sebab tak ada siapa nak join demo Pemuda UMNO.

Pelik juga, bila depa nak buat pameran kerjaya KJ pakai nama Pemuda BN tapi bila nak berdemo KJ pakai nama Pemuda UMNO. Betul kata adik aku, kenapa bab-bab berdemo ni hanya libatkan Pemuda UMNO? Kenapa tak ada Pemuda MCA, MIC dan Gerakan sekali?

Betul cakap banyak pihak, Pemuda UMNO sekarang memang tak bermaya,  tak berkotel dan tak ada idea sendiri. Sebabnya ketuanya duk sibuk cari projek atau buat projek yang tak beri faedah kepada Pemuda seluruhnya dan UMNO khasnya. Atas sebab itulah gamaknya anak muda Melayu yang berjiwa kental lebih cenderung sertai Perkasa daripada Pemuda UMNO.

18 June 2011

Ada nyonya kata Anwar bodoh! keh keh keh....

Ini bukan nyonya yang kata Anwar bodoh tu tau!
Pagi tadi aku hantarlah kereta aku pergi workshop regular aku sebab nak servis kereta tua aku tu. Masa tengah tunggu si taukeh ni servis kereta aku,  si nyonya bini taukeh yang memang kenal aku sebab selalu sangat hantar kereta kat laki dia tanya aku...

NYONYA: "Eh.. Apa pasal itu lamai-lamai mau demo pergi Istana Negara nanti bulan depan? Apa mereka mahu bikin? Saya dengar aa itu tiga kumpulan punya?

AKU: Tak taulah nyonya. Itu semua orang gilalah nyonya.

NYONYA: Haiya... Ini macam manyak susah sama negala ooo... Ini macam susah mau cali makan. Apa pasal mereka mahu bikin itu macam? Manyak bodohlah..

AKU: Tak boleh cakap macam tu nyonya. Ini negara demokrasi, siapa-siapa boleh hantam kerajaan. Bukan China sana. Kalau kat China sudah lama askar kasi tembak. Tengok macam kat Tiannamen dulu. Berapa ramai mati kena tembak sebab berdemo?

NYONYA: Yalah.... Ini Malaysia manyak baik! Saya ingat aa ini sebab Anwa lah. Manyak bodoh itu orang! Dia punya pasal aa semua olang susah....  manyak bodoh!

AKU: Mana nyonya tau ni?

NYONYA: Haiiyyaaa.... Saya baca paper maaa... Itu dalam paper ada cakap video Anwar hantam sama amoi. Itu kes hantam sama lelaki pun belum selesai... Apa bikin?

AKU: Nyonya baca Utusan memanglah! Utusan tak betul tu... fitnah je tu!

NYONYA: Mana ada... Saya baca paper Cina jugak.. Itu Star pun saya baca. Semua paper cakap ini macam. Habis kenapa itu Anwa mau kasi gado-gado lagi? Haiya... ini macam manyak susah ooo.

AKU: Tak taulah nyonya...

NYONYA: Sekilang aaa semua balang sudah naik halga. Kalau gadoh-gadoh, demo sana sini haiya manyak susah mau cari makan. Ini macam ekonomi talak bagus... Sekalang olang manyak susah, kalau itu macam lagi bikin olang susah.

AKU: Tak taulah nyonya. Tunggulah mereka perintah Malaysia dan Anwar jadi PM...

NYONYA: Anwa mau jadi PM ka? Haiyaa.... talak mau talak mau. Itu olang lagi terok... Lagi terok dari itu Badawi (Pak Lah la tu). Ini olang aaa lagi bikin susah negara.

AKU: Tak cuba tak tau, nyonya!

NYONYA: Talak... talak.. Anwa no! Najib yes! Itu Najib selupa dia punya bapak. Saya manyak suka itu Najib punya bapak. Sekalang aa Najib pun ada selupa itu bapak.

AKU: Tapi orang muda tak suka  Najib. Mereka suka Anwar

NYONYA: Orang muda apa tau. Meleka mau enjoy saja.. mau suka-suka saja. Mana boleh bikin negala itu macam. Saya tau... saya sudah tua.. Ini negara manyak bagus!

Tengah aku rancak sembang dengan nyonya ni alih-alih si taukeh datang bagi tau kereta sudah siap. Aku pun cakap kat nyonya lain kali sambung lagi. Aku nak chaw sebab ada kenduri pulak tengah hari ni. Tapi sebelum aku start kereta nyonya pesan aku ...

"Jangan kasi Anwar jadi PM aaa... "

Aku tersenyum... !

Cartoon-O-Phobia ala Pas II

Fobia dengan karikatur lakaran kartunis Utusan yang disiarkan oleh akhbar tersebut, kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan majlis melibatkan Nik Aziz dan sidang DUN Kelantan. Haram di sini bukan bererti tidak dibenarkan dan bukannya menjatuhkan hukum haram membaca Utusan Malaysia, tau! Ingat tu wartawan Suara Keadilan!!

Dalam hal ini aku tengok kerajaan Pas Kelantan pun dan mula kena demam "Cartoon-O-Phobia" sampaikan sebab kartun tu Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan naik hantu larang wartawan Utusan buat liputan majlis MB! Kesihan wartawan Utusan kat Kota Bharu yang tak ada kena mengena dengan kartun tu pun kena gam. Hemm... Tapi Nik Aziz lupa, walaupun Utusan tak boleh hadir, tapi Utusan boleh siarkan berita daripada Bernama kah! kah! kah!

Orang Pas dan puak-puak pembangkang ni cakap je gedegang-gedegang minta orang lebih telus, lebih adil, lebih bersih, kebebasan medialah apalah tapi bila kena batang hidung mereka pandai pula nak haram-haram.

Aku pun nak tanyalah Hata Wahari, pejuang kebebasan media ni. Apa komennya agaknya bila kerajaan Pas Kelantan dah haramkan Utusan buat liputan majlis dan sidang DUN ni. Sebelum ni pun Hata tak ada pula menjerit melolong bila Utusan turut diharamkan di Pulau Pinang dan majlis PKR. Agaknya sebab Utusan jadi tak apa kalau nak haramkan pun. Kalau Malaysiakini ke Malaysian Insider ke... aku ingat sanggup dia mandi darah perjuang "kebebasan media".

Keh keh keh!!

17 June 2011

Cartoon-O-Phobia ala Pas!

Pas marah-marah bila kartunis perli Presidennya, Hadi Awang pasal isu rakaman video tak boleh jadik saksi kes rogol, liwat dan zina konon mempermainkan hukum Allah. Tapi pada masa sama seronok dan menyokong pula kartunis Zunar yang hina kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW!

Dush...!! Inilah politik "aku buat boleh, kau buat tak boleh!!" Wow!!

Kartun Zunar ni tak hina Islam ke?

Sogo adakan Jualan Bersih?

Wow! Terkesima dengan promosi penganjur Bersih 2.0 yang menyatakan perhimpunan haram itu bakal membawa keuntungan besar kepada para peniaga di sepanjang jalan yang terlibat dalam perhimpunan itu, khabarnya pengurusan Sogo segera membuat keputusan untuk mengadakan Jualan Bersih! pada 9 Julai ini.

Ia diadakan bersempenan dengan perhimpunan Bersih yang dijangkakan beratus ribu orang akan menyerbu Sogo pada hari tersebut. Selain orang ramai yang menyertai perhimpunan itu, Sogo juga bakal diserbu oleh pasukan FRU dan para petugas keselamatan. Menyedari keadaan itu Sogo berinisiatif untuk mengadakan Jualan Bersih! pada hari tersebut.

Hemmm... Selain Sogo, beberapa pemilik toko perniagaan seperti Kamdar, Gulati's, Jakel bahkan toko-toko penjual tudung, penjual buku, penjual air mineral dan buah-buahan sehinggakan penjual keropok lekor, pisang goreng dan sebagainya di sekitar Jalan TAR dan Jalan Bonus juga akan mengadakan kempen Jualan Bersih mereka.

Mereka nyata tidak mahu melepaskan peluang mengaut keuntungan yang begitu besar ekoran perhimpunan bersih tersebut.

Wow...!! Difahamkan selepas mengadakan jualan Bersih, para peniaga dan pemilik toko sekitarnya akan "bercuti" berniaga selama seminggu kerana nak menikmati keuntungan besar yang diperoleh ekoran perhimpunan Bersih dan Jualan Bersih tersebut. Ada juga yang mahu mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah di Mekah tanda kesyukuran atas rezeki yang dilimpahkan itu.

Hahaa... Mana nak cari satu hari berniaga boleh untung juta-juta beb! Cayalah Ambiga dan Mat Sabu! Lu orang memang sesuai jadi tag-teamlah! Hidup Ambiga! Hidup Mat Sabu! Hidup Bersih!!

Huhuuu....

Real punya.... Sebab-sebab laman web kerajaan mudah digodam!

Sebanyak 41 laman web .gov.my (maknanya agensi kerajaanlah tu, mana ada persendirian/swasta dibenar pakai domain tersebut?) digodam oleh penggodam (hacker) yang bergelar "Anonymous" menyebabkan laman web terbabit mengalami "gangguan" berbeza. Itu berita yang disiarkan oleh kebanyakan media hari ini.

Pelikkan? Macam mana penggodam ini masih boleh menggodam laman web terbabit sedangkan mereka sudah beri  amaran sejak beberapa hari lepas bahawa mereka akan menyerang laman-laman web kerajaan. Apakah agensi terbabit memandang enteng "amaran" hacker tersebut atau mereka sebenarnya tidak tahu sama sekali bagaimana mahu berdepan dengan serangan siber sedemikian?

Aku percaya kedua-dua alasan tersebut menjadi penyebab utama kenapa laman-laman web terbabit digodam sebab aku percaya kebanyakan pegawai tinggi agensi kerajaan berlagak, sombong dan bongkak kononnya laman web mereka sukar diceroboh, punyai teknologi tercanggih. Maklum nak buat laman web mereka bukan murah tu. Bayangkan Facebook Kementerian Pelancongan pun sampai RM1.8 juta, apa lagi nak buat laman web agensi berkenaan.

Jadi mereka begitu yakin tentang kekuatan benteng (firewall) laman-laman web terbabit sehinggakan apabila ada penggodam memberi amaran untuk menyerang, mereka hanya tersenyum bangga konon laman web mereka kebal.

Sebab kedua pun ada kemungkinan juga. Kebanyakan pegawai kanan dan pegawai-pegawai kiri di agensi kerajaan terbabit buta IT. Kalau celik pun setakat MS Word, Yahoo! Mail atau Facebook. Bila hackers kata nak serang laman web kerajaan, mereka sebenarnya tak tahu apa tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan laman web mereka terselamat. Akibatnya mereka hanya tunggu dan lihat. Kalau dah digodam, rosak, boleh minta peruntukan tambahan untuk betulkan laman web mereka.

Tapi apa yang aku tahu laman-laman web agensi kerajaan termasuk milik kementerian diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Skali. Skali ini kemudiannya menyerahkan projek-projek mereka bentuk laman-laman web kerajaan kepada syarikat-syarikat lain di bawah program pembangunannya. Jadi syarikat inilah yang kendalikan laman web berkenaan. Tapi aku tak pasti sama ada Skali juga bertanggungjawab menguruskan sistem rangkaian laman web terbabit. Kalau ya, kenapa Skali tidak ambil tindakan segera menghadapi penceroboh ini?

Jauh sebelum ini aku pernah diberitahu oleh seorang rakan yang berkawan rapat dengan kalangan hackers tempatan. Dia pernah katakan bahawa semua laman web kerajaan termasuk milik PDRM, ATM, Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi utama termasuk Bank Negara sangat mudah diceroboh. Sebabnya sistem keselamatan mereka cukup nipis. Tapi hackers tempatan masih berhati perut dan sayangkan negara. Jadi mereka tak sanggup nak ceroboh dan godam laman web dan sistem IT agensi kerajaan berkenaan.

Dan aku juga pernah diberitahu (betul atau salah aku tak boleh nak sahkan) bahawa Microsoft mempunyai "hidden script" dalam Windows dan browser Explorer yang disambungkan terus melalui Internet kepada ibu pejabatnya di AS. Katanya, itulah cara CIA nak dapatkan rahsia negara-negara di dunia iaitu dengan mencuri data-data rahsia melalui browser internet atau Windows! Itu aku diberitahulah! Kalau tak betul, aku minta maaf dululah kepada Microsoft.

Tapi ada benarnya juga sebab Microsoft mempunyai satu skrip yang boleh mengesan pengguna komputernya sama ada kita memakai perisian tulen atau cetak rompak. Kalau cetak rompak, Microsoft nanti akan keluarkan amaran supaya guna perisian tulen. Emmm... Kalau itu boleh dilakukan Microsoft, apa lagi setakat nak "menyelongkar" data dari komputer pengguna. Yang penting bersambung dengan Internet!!

Mudahkan kita diceroboh?

15 June 2011

Kartunis Utusan hina Islam? (Updated!)

TERKINI:
Baca pandangan Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) di sini dan pandangan Zulkifli Noordin di sini! Kemudian buatlah penilaian sendiri. 

POS ASAL:
Betul ke kartun ni hina Islam?
Wow! Ramai yang marah-marah bila Utusan Malaysia hari ini siarkan kartun bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol". Dalam Facebook, dalam blog bahkan MalaysiaKini pun ambil kesempatan untuk menghentam Utusan dan kartunis berkenaan.

Tapi bukankah dialog rakaman video "besi tak boleh jadi saksi..." itu adalah ucapan Hadi Awang ketika mengulas isu rakaman video seks libatkan Anwar Ibrahim semasa berucapa di Muktamar Pas tempoh hari? Bukankah kes rakaman video libatkan Anwar, liwat ke atas Saiful dan dialog kartun di atas adalah sama? Kalau tidak sama di mana bezanya?

Kalau nak menghukum kartunis dan Utusan sebagai menghina Islam, pihak-pihak berkaitan perlu dulu menghentam Hadi Awang yang mencetuskan kenyataan bahawa "rakaman video hanyalah besi dan tak boleh jadi saksi". Maknanya, kalau ikut kenyataan Hadi ini, segala rakaman video yang melibatkan kes-kes penzinaan, rogol dan liwat tidak boleh menjadi bukti pertuduhan. Jadi di mana salahnya kartun ini?

Kepada puak-puak di sebelah sana, jangan hanya nampak kuman di seberang lautan sedangkan gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Jangan kata kartunis ini hina Islam sedangkan kenyataan asal dikeluarkan oleh Presiden Pas...

Lihat kenyataan Hadi pasal video seks sebagai "besi" di bawah. Kalau laporan Utusan ini tak betul dan bertentangan dengan apa yang diucapkan, Hadi boleh saman Utusan!

SPRM perlu siasat projek RM1.8 juta Facebook "Cuti-cuti 1Malaysia" (Updated!)

TERKINI:
Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen kata RM1.8 juta untuk kendali 6 laman Facebook kempen pelancongan Malaysia tak banyak. Lagipun syarikat yang bertanggungjawab IDEAL CREATION SDN BHD mempunyai pakar dalam bidang berkaitan. Baca laporan di sini!

Nota: Aku cari laman web Ideal Creation Sdn Bhd dalam Google tapi tak jumpa. Maknanya syarikat ini tak ada laman web sendiri? Takkan syarikat yang mempunyai "pakar dalam Facebook" tak ada laman web sendiri kut? Company cap ayam mana ni nyonya?

Apakah kemungkinan juga Ideal Creation sub projek ini kepada pihak ketiga dan pihak ketiga sub pula kepada pihak lain, dan sub lagi dan lagi dan lagi sehingga menyebabkan kos urus Facebook ini menjadi begitu mahal? Ada kemungkinan!!

POS ASAL:
Aku terkejut beruk bila Parlimen diberitahu bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk menyediakan Facebook (FB) Cuti-cuti 1Malaysia. Gila babi! FB apa kebenda sampai berjuta-juta lemon ni weih? Bukankah FB ni laman sosial free dan tak ada bayar apa-apa?

Ikut laporan media Timbalan Menteri Pelancongan kata, syarikat yang urus FB ni sediakan beberapa aplikasi tambahan sebab itu mahal. Satu aplikasi harganya beratus ribu. Mak aih gila bapak dia mahal! Tak tahulah aku aplikasi apa yang dibubuh dalam FB sampai mahal lagu tu...

Setahu aku FB ni free je. Siapa-siapa boleh daftar waima  anak dara aku yang baru nak masuk akhir baligh. Tang mana company terbabit nak charge sampai RM1.8 juta? Kalau nak iklankan dalam FB (ala iklan kecik-kecik tepi tu) pun tak adalah sampai beribu-ribu.

Justeru, aku memang harapkan agar SPRM menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak terbabit kerana aku percaya ada yang tidak kena dengan kontrak menyediakan FB Cuti-cuti 1Malaysia itu.

Baca juga apa kata Rocky Bru di sini!

Perempuan keling kepalai usaha lagakan orang Melayu.... Bagus!!

Melayu sama Melayu akan berlaga kepala, orang keling dan cina bersorak gembira!
Baguslah demo Bersih sebab ia akan dikepalai oleh seorang perempuan keling dan yang akan berdemo nanti 99 peratus Melayu. Dan pada masa yang sama Perkasa  dan pelbagai pertubuhan NGO Melayu pun akan turun padang "menentang" demo Bersih.

Nampaknya usaha perempuan keling ini nak lagakan orang Melayu hampir berjaya. Bagus sangat... Orang Melayu yang tongong macam Mat Sabu bolehlah berbangga sebab berjaya melagakan kepalanya sendiri dengan kepala orang Melayu lain dan pada masa yang sangat seronok melihat perempuan keling dan orang-orang keling dan Cina lain bersorak riang.

Ini macam pertandingan berlaga lembulah. Dua lembu dilagakan di dalam gelanggang kemudian para penonton yang terdiri manusia-manusia tongong dan tolol bersorak girang. Akhirnya apbila lembu-lembu itu tumbang satu persatu, mereka semakin kuat bersorak gembira!

Begitulah yang perempuan keling ini mahukan melalui demo Bersih. Betul kata seorang bekas wakil rakyat PKR yang kini masuk Bebas, kalau perempuan keling tu hebat sangat dia patut masuk politik dan melawan kerajaan dalam Parlimen, bukan dengan menggunakan orang Melayu untuk menunaikan hajatnya menjadi jaguh.

Perempuan keling ini tak pernah masuk politik, tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya dan silap-silap tak pernah mengundi pun, tetapi ada hati nak berjuang mengenai kebersihan pilihan raya. Kalau tak pernah terlibat dalam pilihan raya macam mana dia tahu pilihan raya kat Malaysia tak bersih?

Agak-agak kalau perempuan keling ini duduk kat India apakah dia berani nak menjerit melolong minta pilihan raya India lebih bersih? Aku percaya kalaulah perempuan keling ini berada kat India, dah lama kena tembak dik askar prokerajaan. Tapi nasibnya baik sebab dia adalah orang Malaysia dan telah menikmati kekayaan, kemewahan dan pembangunan hasil pemerintahan adil dan saksama kerajaan BN selama lebih 50 tahun.

Malangnya, kemewahan dan kesenangan hidupnya di bumi Tanah Melayu ini telah menyebabkan dia bongkak, angkuh dan tidak sedar diri. Dan pada masa yang sama menjadi barua yang mahu melagakan orang Melayu dengan harapan, orang Melayu musnah dan naiklah kaum mereka menguasai negara!

Pundeklah!

14 June 2011

Ayoyo..!! Demo kat Kuantan, bocor kat Selangor ka?

Demo anti-Lynas akan diganti dengan demo anti-Limah!
Ayoyo...!! Apa pasal jadi ini macam? Fuziah Saleh sama juak-juak Pas, PKR dan DAP sudah naik angin sama kerajaan Pahang sebab bina kilang Lynas kat Kuantan. Takutnya mereka dengan kematian akibat kebocoran bahan radioaktif, sampai mereka kecohkan satu negara.

Walaupun kerajaan sudah panggil pakar-pakar dari luar negara dan adakan sesi dialog dan penerangan, tapi mereka tetap tak puas hati. Mau juga mereka berdemo. Tak apa, alang-alang mati kerana radioaktif, mati kerana berdemo lagi baik!

Dalam duk kecoh risau berlaku kebocoran nuklear ala-Jepun di kilang Lynas, ehhh.... alih-alih kilang radio farmasutikal kat Selangor pula yang disahkan tecemar dengan bahan radio aktif dan sudah diarah tutup. Sebabnya ada 4 pekerjanya dikesan sudah tercemar daaa...

Wokeh...!! Lepas ini Fuziah boleh pindah itu demo anti-Lynas dari Kuantan ke Shah Alam-lah! Ada berani?
Radioaktif: Syarikat pengeluar radio farmaseutikal disita

KUALA LUMPUR 14 Jun — Operasi sebuah syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor diberhentikan dan premisnya disita oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk siasatan lanjut berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, pencemaran radioaktif dikesan AELB melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Perlesenan.
"Bacaan cemaran pada seorang pekerja adalah melebihi 400 kali bacaan normal atau bacaan latar belakang (0.5 micro Sievert/jam adalah bacaan normal),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini. - Bernama

13 June 2011

Hujan lebat... Perlumbaan GP Kanada terpaksa ditangguh! (Updated!)

KEPUTUSAN:
Jenson Button dari pasukan McLaren muncul juara selepas memintas Sebastian Vettel (Red Bull) pada pusingan terakhir manakala Mark Webber (Red Bull) pula menafikan hasrat Michael Schumacher (Mercedes) untuk naik podium buat kali pertama sejak membuat kemunculan semula apabila memintas pelumba veteran itu pada dua pusingan terakhir untuk menduduki tangga ketiga.

KEMAS KINI:
3.47AM - Perlumbaan akan diteruskan semula mulai 3.50AM (waktu Malaysia).

3.35AM - Perlumbaan masih belum diteruskan. Sudah tertangguh lebih 3 jam. Jika dihentikan maknanya Sebastian Vettel akan diumum sebagai pemenang.

Senarai kedudukan sebelum perlumbaan ditangguh:
1. Vettel (Red Bull)
2. Kobayashi (Sauber)
3. Massa (Ferrari)
4.Heidfield (Lotus Renault)
5. Petrov (Lotus Renault)
6. Di Resta (Force India)
7. Webber (Red Bull)
8. Alonso (Ferrari)
9. De La Rosa (Sauber)
10. Button (McLaren)

3.00 AM - Perlumbaan masih belum diteruskan atau ditamatkan. Masing-masing masih menanti keputusan FIA.

12.28AM - Tiada tanda-tanda hujan berhenti. Perlumbaan masih tertangguh!

12.15AM - Perlumbaan masih tertangguh dan keadaan hujan kelihatan semakin reda tetapi keadaan litar masih digenangi air. Red Bull menjangkakan jika perlumbaan masih ditangguh dalam masa 20 minit lagi, kemungkinan ia akan dihentikan.

POS ASAL:
Sehingga kini perlumbaan Formula One Grand Prix Kanada sudah memasuki pusingan ke-24 tetapi terpaksa dihentikan sementara akibat hujan lebat. Ini kerana keadaan cuaca buruk sedemikian boleh mengundang bahaya kepada para pelumba.

Setakat ini hanya Lewis Hamilton sahaja terkeluar dari saingan akibat terbabas pada pusingan ketujuh.

Para pelumba sudah memasuki pit masing-masing dan menanti keputusan marshal perlumbaan sama ada ia akan diteruskan atau terpaksa dihentikan pada pusingan ke-24 ini di mana pada masa ini Sebastian Vettel masih mendahului perlumbaan, diikuti oleh Kobayashi, Massa dan Nick Hiedfield.

Perlumbaan sebenar di Circuit Gilles Villeneuve, Montreal melibatkan 70 pusingan.

Ulasan langsung perlumbaan di sini!

Pelajar AF9 gedik muncul naib juara!

Lena yang aku gelar budak gedik muncul naib juara... Tahniah! (Foto dari Utusan Online!)
Ingat entri aku pasal salah seorang pelajar AF9 masa mula-mula ia disiarkan dulu? Aku tulis begitu gediknya pelajar terbabit walaupun baru pertama kali muncul di TV dan perasan ramai peminat. Baca selanjutnya di sini!

Malam ini pada konsert akhir AF9, pelajar tersebut muncul naib juara di belakang Hazama. Dan sebab kemenangannya itu aku patut ucapt tahniah! Aku tak tengok sangat konsert atau diari AF9 sebelum ini jadi aku tak pasti sama ada dia terus gedik dan perasan atau sudah berubah.

Tapi Lena harus ingat  perjalanannya sebagai artis baru bermula dan selepas ini banyak cabaran yang bakal beliau tempoh. Kalau nak bertahan lama dalam dunia hiburan, jagalah diri, jaga nama baik keluarga dan yang penting selalu ingat bahawa kita orang Islam.

Selamat menempuh gelombang dunia hiburan bukan sahaja buat Lena tetapi juga Hazama, Fina dan lain-lain juga.

Pssstt...! Sekadar nasihat!

12 June 2011

Bersih nak bersihkan apa lagi?

Nampaknya puak-puak yang nak berdemo pada 9 Julai atas nama Bersih tetap berkeras nak adakan perhimpunan tersebut. Konon untuk menuntut agar kerajaan laksanakan pilihan raya yang bersih, adil dan telus! Dushhh....!!

Puak-puak Bersih ni nak bersih macam mana lagi? Dah menang 5 negeri pada PRU-12, dah pertahan Kelantan selama dekat 10 kali pilihan raya dan BN hampir-hampir tumbang pada 2008 dengan hanya menang majoriti mudah, apakah itu menunjukkan pilihan raya kat Malaysia ini belum bersih? Apakah bersih bagi Bersih apabila pembangkang menang semua kerusi pilihan raya dan menduduki Putrajaya maka itu baru benar-benar bersih?

Halooo... kalau pilihan raya kat Malaysia ini tidak bersih, adil dan telus bukan takat Kelantan tak mampu bertahan sehingga 20 tahun sehingga kini malahan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak jangan harap jatuh ke tangan pembangkang. Ingat senang-senang kerajaan nak bagi negeri terbabit kat pembangkang? Kalau tak bersih, telus dan adillah...!!

Tapi kemenangan pembangkang pada PRU-12 lalu jelas dan jitu menunjukkan amalan pilihan raya yang bersih di Malaysia ini. Jadi puak-puak Bersih ini nak bersih apa lagi? Nak sapu bersih? Weihh... ingat rakyat bodoh sangat ke sampai tak boleh nak nilai mana intan dan mana kaca?

Jangan fikir Bersih sahaja boleh buat perhimpunan bersih tetapi lupa pada masa yang sama kerajaan mempunyai kuasa untuk membersihkan para pemimpin yang mengepalai usaha menghuru-harakan negara. Ingat Malaysia bukan Turki, bukan Mesir, bukan Syria, bukan juga Thailand. Ini Malaysia dan rakyat Malaysia tidak akan memperbodohkan diri untuk menghuru-harakan negara hanya nak menyelamatkan seorang pemimpin tidak bermoral.

Tapi nasib baiklah Menteri Dalam Negeri sekarang tidak sekeras mana dan setakat ada puak-puak yang nak menguru-harakan negara memang dibiarkan saja. Paling-paling diberikan amaran... demi amaran...!!!

Psssttt... Pemilihan pucuk pimpinan parti mereka pun tak bersih ada hati nak tuntut orang lain buat pilihan raya bersih!

10 June 2011

Bola Kelantan naik kerana Pas! (Upadated!)

TERKINI:
Tahniah Terengganu kerana muncul juara Piala FA 2011 selepas tewaskan Kelantan 2-1 (jangkaan aku menang 2-0). Terengganu patut berterima kasih kepada Daudsu sebab tolong samakan kedudukan yang akhirnya dapat menjulang piala tersebut buat kali kedua.

POS ASAL:
Berkat doa Nik Aziz, bola sepak Kelantan kini semakin cemerlang!
Esok akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan dua negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Wah... Kelantan sejak beberapa tahun ini melonjak betul dalam sukan bola sepak. Bukan setakat menjulang Piala Malaysia tahun lepas, tahun ini berpeluang pula julang Piala FA dan Liga Super.

Tapi ada orang Pas berbangga dengan peningkatan prestasi pasukan bola sepak Kelantan yang katanya hasil usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat. Mereka bangga benar apabila negeri Kelantan berjaya melonjakkan nama dalam sukan bola sepak.

Atas sebab itulah kerajaan Pas Kelantan tiba-tiba mahu membina stadium baru di Pasir Puteh yang lain daripada stadium lain yang ada di Malaysia sebab ia lengkap dengan ruang solat! (Bukan apa... mudah bagi puak-puak Pas nak buat solat hajat beramai-ramai kat stadium!!)

Mereka kata kalau tidak ada dasar negeri berkebajikan seperti yang mula menjadi dasar Pas sejak 2008, pasukan bola sepak Kelantan tak akan melonjak sehingga sekarang dan mampu melahirkan pemain-pemain bola sepak terbaik seperti penjaga gol Khairul Fahmi atau penyerang sensasi, Shahrul Idlan Talaha. Tengoklah sekarang, kebajikan para pemain bola dan anak isteri di rumah terbela.

Kalau betullah pasukan bola sepak Kelantan melonjak sekarang kerana kebijaksanaan dan dasar kerajaan Pas Kelantan aku ucap tahniah...! Wow!!! Lepas ni Nik Aziz patut dilantik sebagai pengurus skuad Kelantan dan gelaran "The Red Warrior" patut ditukar kepada "The Green Warrior"!

Tapi Aku ramal... Terengganu menang 2-0!

09 June 2011

Najib dah balik... KJ pergilah tanya! (Updated!)

TERKINI:
Kenyataan dari Wisma Putra pasal lawatan Najib ke Kazakhstan! KJ ada nak cakap apa-apa lagi...?
9 June 2011
Dear Editors,

1. The Ministry of Foreign Affairs wishes to clarify an issue raised in Hazlan Zakaria’s article, "PM’s use of public funds for wedding trip morally wrong” (Malaysiakini, June 7).

2. The Prime Minister’s visit to Kazakhstan is to fulfil his acceptance of the long-standing invitation by H.E. Nursultan Nazarbayev, President of Kazakhstan for our Prime Minister to undertake an official visit to Kazakhstan. The visit which took place on 5 to 6 June 2011 was the Prime Minister’s first official visit to the country and reciprocated the visit to Malaysia by President Nazarbayev himself in June 2006.

3. During the visit, the Prime Minister paid a courtesy call on President Nazarbayev and also held bilateral consultation with H.E. Karim Massimov, Prime Minister of Kazakhstan. The visit did not just elevate the bilateral relations between the two countries but had also generated many business opportunities for Malaysian business community. It may be worth highlighting that Kazakhstan is Malaysia’s biggest trading partner among countries in Central Asia.

4. The visit to Kazakhstan also coincided with the 7th World Islamic Economic Forum (7th WIEF) from 7 to 9 June 2011 in Astana, the capital of Kazakhstan. The Prime Minister’s attendance at the 7th WIEF was in his capacity as head of government, representing Malaysia and as patron of WIEF. As you may well be aware, WIEF is an initiative started by Malaysia which has evolved since its inauguration in 2005 as one of the important platforms for dialogues and exchanges of cutting edge ideas, and business networking between governments and business leaders across the Muslim world and beyond. The decision for Kazakhstan to host the 7th WIEF on these dates was reached more than a year ago, when Malaysia hosted the sixth series of WIEF in May 2010.

5. On the whole, the visit had brought about a substantial development in Malaysia-Kazakhstan bilateral relations which is mutually rewarding. It has also reinforced the close relations between the two countries as well as promoted meaningful cooperation and dialogues among developing countries primarily members of the Organisation of the Islamic Conference (OIC).

6. As such, the claim by some quarters that the visit was for the wedding of the Prime Minister’s daughter is totally unfounded.

Department of Information and Public Diplomacy
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

9 June 2011
POS ASAL:
Hah! Najib dan Rosmah dah balik dari Kazakhstan petang tadi. Hah... apa lagi KJ, pergilah tanya mereka pasal pertunangan anak perempuannya dengan anak seorang pembesar Kazakh yang konon  dibuat ketika Najib buat lawatan rasmi ke negara itu.

Jangan memandai buat kenyataan nak mengesahkan konon Najib tunangkan anak perempuannya dengan anak orang besar Kazakh tu walhal Najib, sedara-maranya atau pegawai Najib pun tak ada sebut sepatah pasal majlis pertunangan tu.

Kok ya pun nak membela Najib tengoklah dulu kiri kanan. Bukan main hentam saja tanpa ada pengesahan. Tak tahulah pulak kalau KJ dah dapat pengesahan dari Najib atau Rosmah maka dia pun berani buat kenyataan mengesahkan majlis pertunangan tu.

Nampak sangat KJ dah terperangkap dengan permainan puak-puak pembangkang. Tau sajalah puak mereka ni tak ada yang molek dibuat Najib... semua tak molek. Nak saja cari kesalahannya. Kalau tak ada, mulalah create isu.

Yang Ketua Pemuda UMNO ni pulak bangang! Eloklah tu....

Lojik diakal takkan Najib dan Rosmah nak sembunyikan majlis pertunangan anak mereka. Tambahan pula dengan anak pembesar Kazakh pulak tu. Bukankah Rosmah orangnya gila glamer. Tentu dia akan war-war perkara ini kalau benar.

Lagipun anak Najib tu perempuan. Takkan perempuan pulak pergi meminang pihak lelaki!! Ish ish ish!!!

08 June 2011

Adakan juga pilihan raya tokong, kuil dan gereja.... Ada berani?

Pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya? Wow! Siapa punya idea ni? Takkanlah Ustaz Lim Guan Eng plak? Tak cayalah... Ustaz Lim mana campur tangan urusan hal ehwal agama Islam di Penang yeop! Apatah lagi perihal pemilihan jawatankuasa masjid. Apa masalah cara lama sampai perlu ada pemilihan macam pilihan raya?

Kalau macam pilihan raya bermakna mereka yang nak bertanding kena berkempen habis-habisan, pasang poster, pasang bendera.... eerrr pasang juga kaki pukul, pasang kaki simbah asid, pasang kaki koyak poster, pasang kaki koyak bendera, macam yang selaku kita buat time pilihan raya.

Mereka juga boleh panggil kawan-kawan dari kariah masjid negeri sebelah turun beramai-ramai terutama masa proses pembuangan undi. Opss... jangan lupa pondok panas, perayu undi, pengundi hantu... Itu semua penentu kemenangan calon!! Wow! Mesti meriah tuuu...

Dan selepas buat pilihan raya masjid, Ustaz Lim kena jugalah buat pilihan raya tokong, kuil dan gereja! Kalau boleh buatlah serentak dengan pilihan raya masjid... Laaaaagiii meriah. Wow.. wow!! Tapi Ustaz Lim jangan pula kata tokong, kuil dan gereja tak perlu buat pilihan raya untuk pilih jawatankuasanya sebab itu sudah tidak adil, tidak telus dan tidak berkebajikan namanya... Ustaz Lim!

Bukankah DAP, PKR dan Pas adalah parti politik paling telus, paling adil dan paling berkebajikan? Kalau tidak masakan rakyat Pulau Pinang pilih mereka untuk ganti BN di sana! Betul tak? Tengoklah di Pulau Pinang sekarang... seluruh rakyat hidup aman bahagia. Semua bangsa menikmati pembangunan, kemajuan dan kemewahan negeri itu. Sungguh bijaksana pentadbiran Ustaz Lim!

Elok PRU-13 ni kekalkan saja Pulau Pinang di bawah DAP (Dunia Aku Punya!) ... Wow!

Pssttt... Silap-silap lepas ni pemilihan ketua kampung, tok penghulu dan AJK PIBG pun kena buat ala-ala pilihan raya... Wakakaka! Tahniah Pas... Inilah hasil perjuangan korang dalam pakatan haram zadah tu!

07 June 2011

Presiden Kazakhstan tidak ada anak lelaki... (Updated!)

KEMAS KINI:
Ok! Aku terlepas pandang. Benar, Presiden Kazakhstan mempunyai tiga isteri iaitu Sara Nazarbayeva (isteri resmi), Gulnara Rakisheva (isteri kedua) dan Assel Issabayeva yang juga bekas Ratu Astana 1999 sebagai isteri ketiga. Jadi mungkin anak lelaki beliau adalah dari isteri keduanya, Gulnara atau ketiga, Assel Issabayeva.

POS ASAL:
Presiden Kazakhstan bersama isteri, anak-anak dan menantu
Khabar angin bertiup kencang konon kunjungan Najib ke Kazakhstan bukan sekadar lawatan rasmi pembesar negara tetapi pada masa yang sama berbincang tentang perkahwinan anak perempuan beliau dan anak Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Itulah yang diwar-warkan oleh beberapa blog propembangkang termasuk Dr. Dzulkefly Ahmad dan blog Tukar Tiub sejak semalam.

Sebenarnya khabar angin ini sudah aku dengar sebulan lepas, jauh sebelum Najib memulakan lawatannya. Tetapi aku mengambil keputusan menolak khabar tersebut selepas disemak di internet yang mengesahkan Nursultan tidak mempunyai anak lelaki melainkan tiga anak perempuan sahaja iaitu Dariga, Dinara dan Aliya. Ia hasil perkahwinan Nursultan dengan Sara Alpysqyzy. (Semak di sini atau di sini!)

Bila maklumat tersebut diperoleh, maka aku terfikir mungkin juga Najib nak satukan anak lelakinya dengan salah seorang anak perempuan Nursultan tetapi itu juga amat mustahil kerana ketiga-tiga anak Nursultan sudah pun berkeluarga. Tak tahulah pula andai ada di antaranya itu sudah berstatus ibu tunggal maka bolehlah dikahwinkan dengan anak Najib.

Dariga, anak sulung Nursultan kini berusia 48 tahun, Dinara (43 tahun) manakala Aliya yang juga anak bongsu berusia 31 tahun dan sudah berkahwin!

Jadi berdasarkan kenyataan itulah aku menolak khabar tersebut dan aku juga "tidak berani" untuk memecahkan berita tentang khabar tersebut di blog aku sehingga kini walaupun khabar mengenainya sudah aku ketahui sejak sebulan lalu.

Namun, jika betul apa yang dihebohkan itu, apakah bermakna Nursultan, presiden yang disayangi oleh rakyat Kazakhstan itu mempunyai anak lelaki dari isteri lain? Wow!

Kalau dengan cucu Nursultan mungkin ada lojik jugak tapi cucu beliau Aisultan Nazarbayev iaitu anak kepada Dariga baru berusia 20 tahun... Hemmmm!!!

06 June 2011

Video klip panas Prema Yin... Wow!



Ini ke video klip lagu "Marilah" nyanyian gadis Cindia, Prema Yin arahan Gambit Saifullah yang heboh diperkatakan tu? Wow.... memang hebat! Hebat segi unsur-unsur lucah yang tak bertempat!

Aku tak mahu ulas panjang pasal video ni nanti aku dikatakan menyekat kreativiti anak-anak muda kita pulak. Cuma tertanya apa hubungan liok lentok tubuh si Prema depan peti ais, atas lantai jubin dan atas katil tu dengan seni kata lagu ni? Macam tak masuk jeh!

Ikut kata Gambit (aku terbaca kat Mingguan Malaysia semalam), sebab lagu ni nak masuk market Amerika, maka video klip pun kena ada unsur-unsur lucah, baru meletup! Hahahaa ceteknya pemikiran anak muda kita ye?

Kali pertama tengok klip ni mati-mati aku ingat iklan jual rumah.... !

Pssstt... Anak muda kita patut belajar buat video klip dengan anak muda Indon yang banyak hasilkan video klip hebat-hebat! Video klip hasil anak muda kita tak lepas dari tepi jalan atau atas bumbung!

Video seks: Kalaulah lelaki itu mirip Najib....

Seperti dijangka Hadi Awang terus pertahan Anwar. Parti sekular bertopengkan Islam itu terus mendukung pemimpin rosak moral dan pemimpin anti-Islam seperti DAP walhal selama berpuluh tahun Pas bersengketa dengan UMNO hanya kerana Pas pertahan prinsip Islam. Tetapi kini semuanya tiada lagi.

Aku nak tanya Hadi Awang, apa agaknya dia akan katakan kalau wajah lelaki dalam video itu mirip Najib? Apakah dia akan menganggap rakaman video itu sekadar besi dan tidak boleh menjadi saksi? Apakah dia kata tidak perlu ada 4 saksi untuk mengesahkan pelakunya?

Apa pula kata Mat Sabu dan Mahfuz Omar kalau lelaki dalam video itu mirip Najib atau KJ sekali pun?

Dan apa pula isi ceramah Anwar ke seluruh negara jika lelaki dalam video itu mirip para pemimpin UMNO dan bukan dirinya? Sudah pasti nadanya 360 darjah berbeza bukan?

05 June 2011

Pas dari parti Islam ke parti sekular?

Lama tak kemas kini blog. Sibuk bercuti!

Bagaimanapun aku nak ucap tahniah kepada barisan kepimpinan baru Pas selepas muktamar baru-baru ini. Tahniah Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar. Inilah barisan kepimpinan yang dipilih oleh lebih 1,000 perwakilan Pas dari seluruh negara yang berkampung di Taman Melewar.

Dengan tersingkirnya para ulama dalam kepimpinan Pas, nampaknya Pas kini sedang melalui proses trasformasi, dari sebuah parti Islam kepada parti sekular, sepertimana yang mereka sendiri gelar kepada UMNO sebelum ini. Alhamdulillah... nampaknya Allah nak tunjukkan kebenaran!

Aku percaya selepas ini Pas yang dahulunya sibuk untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud akan menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh PKR dan DAP, dua sekutunya dalam pakatan pembangkang. Sejarah dan asas perjuangan parti bakal ditinggalkan jauh-jauh.

Pas selepas ini akan lebih sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang rosak moralnya daripada memperjuangkan soal-soal agama Islam. Malah Pas juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.

Sebabnya bagi Pas, agama dan bangsa tidak lagi menjadi tunjang perjuangan sebaliknya matlamat sekarang ialah menduduki Putrajaya dengan pakatan bersama PKR dan DAP.

Dan aku percaya kemenangan team Anwarisna ini ada hikmah yang mahu ditunjukkan oleh Allah. Sekurang-kurangnya Pas selepas ini tidak lagi mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik dan sudah pasti tidak juga menggunakan kuasa politiknya untuk kepentingan agama.

Pas sudah berubah... Pas kini semakin sekular...! Tahniah!

02 June 2011

Puak-puak Pas kena baca ini...

Tahniah kepada Utusan! Walaupun Utusan akhbar milik UMNO tetapi mereka juga beri tumpuan kepada Muktamar Pas. Bukan tahun ini sahaja, malahan aku rasa sejak beberapa tahun lepas. Sekurang-kurangnya ahli-ahli Pas boleh membaca laporan "the other side of story" hasil muktamar tu. Tak adalah bergantung kepada Haramkah sahaja.

Dan aku percaya laporan di bawah ini mesti Haramkah tak keluarkan. Maklum, mana boleh cerita pembantaian terhadap pemimpin mereka dikeluarkan, apatah lagi mengaitkan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Karpal Singh.

Laporan Utusan Online mendahului Haramkah Daily...!
Puak-puak Pas jangan pula kata laporan Utusan itu fitnah hanya sebab Haramkah tak laporkan sebab ia didengar oleh ribuan perwakilan yang hadir di Taman Melewar. Maklum mereka selama ini sudah ditanam dengan sentimen konon apa sahaja laporan Utusan tu bohong dan fitnah.

Aku pun setuju dengan Harun Taib sebab sejak Pas berkawan dengan penipu no. 1 negara dan peliwat serta kafir harbi ni, mereka sudah semakin lalai dan mula mengabaikan perjuangan asal mereka. Kalau diambil kira keadaan Pas sekarang, parti itu bukan sahaja lebih kurang UMNO, kadang-kadang lebih teruk!

01 June 2011

Selamat bersidang para perwakilan Pas!

Aku nak ucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan Pas dari seluruh negara pada Muktamar Pas 2011. Aku harap muktamar kali ini dapat membawa satu sinar baru kepada Pas dan umat Islam di negara ini.

Kalau Pas nak terus survive pada masa depan, Pas perlu berpegang kepada perjuangan asal mereka! Itu bukan aku kata tapi rakan-rakan aku yang menyokong perjuangan (asal) Pas!

PAS FOR ALL........... (MALAY & MUSLIM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...