29 July 2011

Tolong jangan keji skuad Harimau Malaya!

Rayuan kepada semua rakyat Malaysia baik pemimpin politik, media, penyokong Bersih, ahli Majlis Peguam, penyanyi, penarik beca, pemandu teksi dan para penyokong pasukan bola sepak negara... Tolong jangan keji skuad Harimau Malaya yang gagal ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia malam tadi.

Sikap rakyat kita "menang dipuji, kalah dikeji" perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh andai mahu menyaksikan sukan bola sepak kita kembali ke mercu kegemilangan seperti era 80-an dahulu. Sikap "membubar" pasukan, memecat jurulatih atau mencemuh para pemain setiap kali kita kalah telah meranapkan semangat dan mental semua pemain negara.

Sebaliknya kita perlu terus memberi sokongan, kata-kata semangat dan motivasi kepada semua skuad Harimau Malaya walaupun mereka gagal ke peringkat seterusnya.

Apa yang kita sangat harapkan selepas sekian lama bola sepak terperosok tetiba mahu menyaksikan kita mara ke Piala Dunia? Mustahil. Sepatutnya kita berbangga kerana sekurang-kurangnya pasukan bola sepak kita mulai digeruni kalau tidak di rantau Asia, sekurang-kurangnya di Asia Tenggara.

Benar kita gagal ke peringkat seterusnya dan gagal mengekang kuda-kuda tua import Singapura tetapi harus diingat kejayaan kita seri 1-1 di Bukit Jalil sudah cukup membanggakan lantaran Sang Singa mempunyai reputasi selaku 2 kali juara Piala AFF dan entah berapa kali masuk final. Sedangkan kita hanya baru mengecap sekali juara.

Malahan bekal 5-3 yang dibawa dari Jalan Besar sudah cukup buat Singapura untuk mempertahankan kubu mereka dari asakan pemain negara. Benar pertahanan kita agak lemah dan sering dibolosi dengan mudah tapi kita tak boleh salahkan mereka 100 peratus. Jangan lupa kecemerlangan Apek dalam mengawal pintu gawang.

Jadi, sekarang ini para pemain, pengurus, jurulatih, peminat dan rakyat Malaysia tak usah meratapi kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mara ke peringkat lebih jauh. Sebaliknya, kita selepas ini tertumpu pula kepada skuad Harimau Muda yang mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik di mana sebahagian pemain Harimau Malaya juga akan memperkuatkan Harimau Muda.

Ayuhlah rakyat bumi bertuah! Bangunlah....

28 July 2011

Live bola Malaysia-Singapura di MTB...(Updated!)

Ikuti Live Bola! perlawanan Malaysia dan Singapura dari Stadium Nasional Bukit Jalil di sini...

Kedudukan semasa:

Malaysia 1 - 1 Singapore (Agregat: 4-6)

Biol-metrik yang buat Nik Aziz biol

Pemberita: Tok Guru... Apa komen Tok Guru pasal SPR nak pakai sistem biometrik dalam pilihan raya nanti?

Tok Guru: Zame nabi dulu memela ha-ha biometrik ning molek sebak dio bersifak isele... Janji dio bersih meme kito sokonglah!

Pemberita: Tapi Tok Guru.. Biometrik ni sistem moden. Zaman nabi dulu tak ada benda-benda ni.

Tok Guru: Eh yo ko? Biometrik tu menate apo?

Pemberita: ????

Hehe... Gitulah gamaknya kebiolan Nik Aziz bila wartawan tanya pasal sistem biometrik yang SPR cadang nak gunakan bagi mengenal pasti dan mengesahkan para pengundi dalam proses pembuangan undi di pilihan raya akan datang. Aku yakin Nik Aziz tak faham pun apa itu biometrik sehinggakan dia langsung sahaja menyatakan sokongan penggunaannya... janji bersih!

Tapi bila Ahli Majlis Pas dikepalai Mat Sabun membuat keputusan menolak penggunaan biometrik, cepat-cepat Nik Aziz pusing 360 darjah dan turut tidak sokong biometrik. Hahaha... Kesian Nik Aziz. Tulah lain kali baca Utusan jugak. Jangan duk baca Haramkah je!

Kepada Nik Aziz dan puak-puak dungu Pas, meh sini aku bagi tahu apa itu biometrik.

MENATE APO GAK BIOMETRIK NING? 
Biometrics is the science and technology of measuring and analyzing biological data. In information technology, biometrics refers to technologies that measure and analyze human body characteristics, such as DNA, fingerprints, eye retinas and irises, voice patterns, facial patterns and hand measurements, for authentication purposes.  (Selanjutnya baca kat sini)

[Terjemahan: Biometrik adalah sains dan teknologi untuk mengukur dan menganalisis data secara biologi. Dalam teknologi maklumat, biometrik merujuk kepada teknologi yang mengukur dan menganalisis karakter tubuh badan manusia seperti DNA, cap jari, iris dan retina mata, bentuk suara, bentuk muka dan ukuran tangan, untuk tujuan pengenalan....]

Cap jari kita sangat unik sebab tiada seorang manusia pun mempunyai cap jari yang sama! Masya-Allah... Begitu agungnya ciptaan Tuhan!

PAH TU PENGESOHE BIOMETRIK TU GAPO?
Biometric verification is any means by which a person can be uniquely identified by evaluating one or more distinguishing biological traits. Unique identifiers include fingerprints, hand geometry, earlobe geometry, retina and iris patterns, voice waves, DNA, and signatures. The oldest form of biometric verification is fingerprinting. Historians have found examples of thumbprints being used as a means of unique identification on clay seals in ancient China. Biometric verification has advanced considerably with the advent of computerized databases and the digitization of analog data, allowing for almost instantaneous personal identification.  (Baca selanjutnya di sini...)

[Terjemahan: Lu terjemahlah sendiri weih... lu orang pun amat terer.. lagi terer dari Perdana Menteri... huhu..!!]

Allah menciptakan cap jari manusia adalah berlainan antara satu sama lain, walaupun dengan adik beradik atau mak bapak kita. Maknanya tak ada manusia dalam dunia ada cap jari yang sama. Kerana keunikannya itu, maka cap jari boleh menjadi elemen yang paling relevan untuk dijadikan pengenalan diri. Tak ada orang boleh duplikat atau tipu.

Jadi, secara teknologinya penggunaan cap jari adalah cara terbaik untuk digunakan dalam sistem pengundian pilihan raya.

BAKPO BIOMETRIK DOK DAKWAK KEKAL?
Biometrik itu istilah moden sebab kita menggunakan satu mesin pengimbas berasaskan Artificial Inteligent (AI) untuk mengesan dan mengenal pasti identiti pemilik cap jari berkenaan. Apabila cap jari diimbas, maka identiti pemilik akan dipaparkan pada skrin komputer.

Dakwat kekal pun guna cap jari jugak. Tapi itu style lama... kuno. Orang dah tak pakai dah. Kalau dulu yalah, nak ambik duit kat Pejabat Pos atau BSN kena pakai cap jari tapi sekarang semua pakai mesin pengimbas walaupun jari yang dicap itu masih sama. Itu saja bezanya...

BAKPO PUOK-PUOK PAS TOLOK BIOMETRIK DAN NOK DAKWAK KEKAL?
Sebabnya mudah je... SEBAB MEREKA NAK BERPOLITIK... semuanya mahu dipolitikkan. Percayalah jika SPR guna dakwat kekal seperti yang mereka mahu, dan apabila mereka kalah lagi pada PRU, mereka akan tetap salahkan SPR dan tetap mempolitikkan isu pilihan raya! Sampai bila-bila selagi mereka tak dapat duduki Putrajaya!

Sebenarnya mereka dah nampak bayangan mereka akan kalah teruk pada PRU-13 nanti. Jadi sebelum apa-apa baik mereka war-warkan konon SPR & pilihan raya kat Malaysia ni tak bersih walaupun pakai teknologi secanggih mana pun. Jadi apabila mereka kalah kelak, rakyat dan masyarakat dunia akan salahkan sistem pilihan raya kita menjadi punca kekalahan mereka dan bukan kerana mereka ditolak oleh rakyat!

Cerdik kan mereka ni?

27 July 2011

Lagi laporan bikin DAP naik angin!



Ini lagi laporan berita yang boleh bikin puak-puak cauvanis DAP naik angin. Masakan tidak! Tindakan MPK ini boleh bikin pusat-pusat hiburan yang hampir semua taukenya orang Cina boleh rugi besar oooo... Kalau tak ada pompuan-pompuan Melayu jadi GRO boleh tutup itu pub, kelab malam dan karaoke beb!

Huhu... Kejap lagi puak-puak mereka ini menyalak-nyalaklah marahkan MPK sebab buat ketetapan yang boleh merugikan bisnes kaum mereka beb! Yelah... kalau tak ada orang Melayu (or Indon yang Islam) misti pelanggan cabut lari beb. Mana nak cari GRO lagi. Nak tak nak kena import dari Tanah Besar sana tapi kos lagi tinggi beb!

Hah apa lagi puak-puak khawarij Pas. Ajaklah rakyat berdemo depan MPK tuntut batalkan larangan tu. Maklum sejak jadi parti berjuang kebajikan ni semua yang DAP melalak dia sokong punyalah. Sekarang ni Pas dah tak marah kalau disco berdentam-dentum sepanjang bulan Ramadan atau kalau nak bukak lebih banyak rumah urut dan pusat hiburan... Kebajikan beb kebajikan!

Nasihat aku pada GRO-GRO Melayu ni... bungkuslah kain baju dan pindahlah ke Kota Bharu sana. Kat sana tak ada peraturan-peraturan macam kat Kuantan tu. Atau pindah ke Alor Setar atau Shah Alam. Khabarnya kat sana pun kelab-kelab malam, pub dan rumah urut dah makin bersepah. Lagi pun Pas sekarang perlukan undi korang untuk mempertahankan negeri-negeri ini dan menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti... !

Silalah... silalah...!!

Liputan bola secara langsung di blog MTB!

Wow! Aku cuba nak bawakan liputan secara terus perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura yang akan berlangsung malam esok. Ini merupakan percubaan aku nak buat menggunakan teknologi sama yang dipakai Yahoo! ketika buat chat bersama Anwar Ibrahim tempoh hari!

Sesiapa yang tak dapat ke stadium atau tengok kat TV, boleh ikuti perlawanan itu menerusi blog ini.  Huhu... Nak ikuti liputan aku esok, lawat side blog aku di atas atau klik di sini!

Perlawanan Malaysia-Singapura meletup...!! Tiket SOLD-OUT!!! (Updated!)

TERKINI:
Mereka yang kecewa tak dapat pergi tengok bola Malaysia lawan Singapura esok jangan risau sebab perlawanan tersebut akan disiarkan menerusi TV1, Astro Arena, Astro Supersport dan Astro Supersport HD!

Erk... DBKL... Tolong pasang skrin gergasi di Dataran Merdeka supaya warga KL ramai-ramai tonton di skrin gergasi macam final Piala Dunia hari tu... Barulah real beb!

POS ASAL:
Nampaknya pertemuan kedua Malaysia dan Singapura pada Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok meletup beb! Tiket-tiket yang dijual sejak semalam SOLD-OUT!

Semalam sebanyak 60,000 tiket dijual  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan Stadium MPPJ habis licin. Hari ini sehingga tengah hari ini, sebanyak 25,000 tiket lagi juga sudah sold-out menjelang tengah hari.

Perggghhh.... Nampaknya para peminat bola tempatan sedang menggila nak memberi sokongan kepada anak-anak buah Rajagobal malam esok! Erk..!! Ulat-ulat tiket pun menggila jugak beb!

Tahniah... Mesti pemain Singapork kecut perut bila tahu Stadium Bukit Jalil yang saiznya lebih 10 kali ganda berbanding stadium utamanya, Stadium Jalan Besar akan dipenuhi dengan para penyokong berbaju kuning atau biru!

Huhu... Best! best...!! Tapi aku harap para peminat bola kita matang dan jangan cepat menghukum jika (jikalaulah... kalau boleh tidak) pasukan kita tewas nanti. Janganlah kata-kata nista, booo... caci maki dan segala sumpah seranah dilempar kepada mana-mana pemain, jurulatih atau mereka yang terlibat jika kita gagal meneruskan kemaraan malam esok.

Aku ingatkan awal-awal sebab aku tahu sangat perangai orang kita. Menang dipuji, kalah dikeji! Itu yang kita tidak mahukan. Kalau andai kita kalah sekalipun, janganlah menghina mereka kerana kita semua tahu para pemain kita telah berjuang habis-habisan dan telah berjaya melonjakkan semula reputasi bola sepak kita di rantau Asia Tenggara, kalau belum di Asia sekali pun.

Pun begitu, aku yakin Safee Sali dan rakan-rakan dapat membalas dendam atas kekalahan mereka di Singapura tempoh hari dan aku kita boleh mara ke peringkat seterusnya. Ramalan awal aku...

Malaysia menang 3-0!! Huhu...

26 July 2011

Boikot Utusan?

Mari kita pakat boikot Utusan....

TERJEMAHAN:
* Best jugak Utusan ni. Macam-macam benda ada. Tak macam Haramkah atau MalaysiaKuno. Tak boleh boikotlah macam ni...

25 July 2011

Pusat hiburan: Kenapa perlu hormati bukan Islam?

Ramai budak sekolah dari kaum Cina yang berbaju kurung ketika hari Jumaat. Bermakna kaum bukan Melayu memang menghormati umat Islam melain puak-puak kafir harbi yang satu itu!
Khalid Ibrahim memberikan alasan bahawa pusat-pusat hiburan di Selangor akan terus beroperasi seperti biasa bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam. Itu alasan yang diberikan oleh Khalid.

Tapi aku nak tanya, kenapa kita perlu menghormati hak masyarakat bukan Islam sedangkan sepatutnya bukan Islamlah yang patut menghormati orang Islam memandangkan Ramadan adalah bulan suci umat Islam dan ia hanya sebulan dalam setahun.

Alasan yang diberikan oleh Khalid memang jelas menampakkan bahawa pemimpin Islam di Selangor termasuk pak-pak lebai dalam Pas kini semakin tunduk kepada orang bukan Islam yang menampakkan seolah-olah  negara ini mereka yang punya. Kita kena hormati mereka sedangkan mereka tak pernah nak hormati kita, sebagai umat Islam.

Selepas kedai-kedai arak dibenarkan di kawasan taman perumahan majoriti orang Islam, selepas kuil-kuil Hindu dibina di kawasan majoriti orang Islam, selepas laungan azan tidak dibenarkan berkumandang di pelosok taman perumahan, selepas rumah-rumah urut semakin bersepah sehingga ke taman-taman perumahan dan kini pemimpin Islam di Selangor membenarkan pula pusat-pusat hiburan dibuka seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. Alasan? Menghormati kaum bukan Islam! Bull-shit!

Aku nak tanya para pemimpin Pas baik Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfiz sampailah Mat Sabun, aku nak tanya Hassan Ali, Iskandar Samad, Khalid Samad... aku nak tanya para blogger dan pejuang Islam Pas, apa yang korang akan katakan kalau negeri-negeri di bawah kerajaan BN membuat ketetapan sama? Aku percaya nadanya berbeza sama sekali.

Sampai bila kita kena tunduk dan hormati mereka yang bukan Islam sedangkan pada masa yang sama mereka semakin kurang ajar terhadap umat Islam?

Damn....!!

Psstt...!! Aku yakin ramai bukan Islam yang menghormati rakan-rakan mereka dari kalangan umat Islam. Cuma yang kurang ajar ialah pemimpin DAP saja!

Gambar yang sepatutnya buat Nik Aziz rasa malu!

Gambar ini dikirim seorang rakan nun di Kota Bharu. Sekali pandang aku tak kenal susuk tubuh agak berisi bertopi ala Jepun, berkasut Phu Chu Kang dan melilitkan jaket pada pinggang serta di tangannya sebatang kayu penyepit yang sedang memerhati selonggok sampah yang sedang dibakar.

Bila aku amati... ya Allah...!! Ampun Tuanku!Rupa-rupanya itu adalah Tuanku Sultan Kelantan.

Aku menghubungi rakan aku itu bertanyakan di mana gambar itu dirakamkan. Katanya ketika Tuanku menyertai satu majlis gotong-royong bagi membersihkan kawasan di Pantai Tujoh, Kota Bharu baru-baru ini.

Ish....! Kalau aku jadi Menteri Besar Kelantan, aku memang malu tengok gambar ini dan malu dengan Tuanku yang sanggup turun padang membersihkan negeri baginda. Sedangkan MB-nya hanya duk berpolitik siang dan malam. Bukan kata nak turun bersih negeri jauh sekali, malah negeri pun dibiarkan kotor. Sampai terpaksa Tuanku sendiri turun padang.

Mana pergi MB Kelantan? Mana pergi Exco-exco negeri? Ish... malu-malu...!!

Erk! Maaf aku salah tulis! MB Kelantan dan para exconya mana ada perasaan malu? Pssttt... Mereka tak ada kemaluan... Hehehe....

22 July 2011

Laporan yang buat Anwar makin sakit hati kepada Najib!

Global Peace Index (GPI) baru saja keluarkan laporan tentang tahap keamanan sesebuah negara di dunia dan jeng... jeng... jeng...! Malaysia menduduki rangking ke-19 paling selamat di dunia, no.1 paling selamat di kalangan negara Asia Tenggara termasuk mengatasi Singapura dan keempat di Asia Pasifik.

Tak caya? Meh tengok table ni...! Tengok kat mana kedudukan Malaysia dan bandingkan dengan Singapork yang selama ni dengan kiasunya mengaku negara mereka paling selamat!


Siapa nak baca laporan penuh GPI ni sila ke sini!

Wakakaka... aku yakin laporan oleh badan dunia itu akan menambah sakit hati Anwar terhadap Najib. Masakan tidak... Pelbagai usaha oleh Anwar untuk menghuru-harakan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara paling buruk dalam segala hal tetapi sebaliknya diiktiraf paling aman dan selamat pula oleh pertubuhan dunia!

GPI beri pengiktirafan kepada Najib
Aku percaya muka Anwar mesti masam mencuka bila baca laporan ini. Dan aku yakin Anwar kini sedang memerah otak untuk menjaja dirinya kepada rakyat dan pada masa yang sama akan menafikan segala pengiktirafan dunia kepada Malaysia di bawah pimpinan Najib. Silap-silap dia akan kata GPI tu dah dibeli Najib!

Atau Anwar akan tanya GPI ni siapa? GPI ni pertubuhan mana? Ini semua pertubuhan Yahudi. Dan Yahudi memang sokong Najib sebab dapat projek APCO.... Ala macam tak tahu style Anwar? Kalau dia yang buat jahat, dia akan tuduh orang lain buat sehingga tidak menampakkan bahawa dia yang buat. Tapi kalau orang lain buat baik, dia kata dia buat laaagiii baik!

Bila wartawan tanya pasal jam Omega, dia balik pulak marah wartawan..."Jam apa? Omega apa? U dari mana? Apa.. Omega apa?" Gitulah gaya Anwar. Dan begitu juga bila wartawan tanya "Datuk Seri yang menjulur kat dalam video itu kotel Datuk Seri ka?" Lantas dengan pantas dia akan tanya balik dengan wartawan... "Apa.. apa... Kotel apa? U dari mana? Oh Utusan... Ni tanya kotel ni apa ni? Kotel apa? SAYA MANA ADA KOTEL!!!..." Dush!!

Hahahaha....!!

21 July 2011

Wakakaka... Chelsea hampir dimalukan skuad simpanan Malaysia

Penyokong Chelsea kat Malaysia ni cantik-cantik tapi depa main hancus!
Chelsea hampir dimalukan skuad pelapis Malaysia apabila hanya sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan persahabatan kedua pasukan malam ini. Walaupun dibarisi pemain terkenal dunia seperti Didier Drogba, John Terry, Fernando Torres dan Frank Lampard, ternyata Chelsea tidaklah sehebat mana.

Bayangkan barisan pemain Malaysia hanya terdiri permain Olimpik bawah 23 tahun serta dibantu pemain-pemain tua yang tidak tersenarai dalam pemain elit negara tetapi mereka tetap berjaya mengekang asakan para pemain The Blues. Tahniah kepada penjaga gol kedua Olimpik Malaysia, Farizal Marlias yang bertindak cemerlang malam ini!

Walaupun menang, Chelsea tentunya malu besar sebab gagal "berpesta gol" ketika berdepan pasukan simpanan Malaysia manakala gol jaringan Drogba pula aku kategorikan gol nasib dan boleh dipertikaikan. Aku rasa kalau Lee Kim Swee kekalkan Farizal menjaga gawang negara, kemungkinan Drogba tak dapat jaringkan gol tersebut.

Bahkan jaringan itu juga tidak diraikan oleh para pemain Chelsea sementara pengurus baru Chelsea, Andrea Villa-Boas kelihatan gelisah di kawasan pemain simpanan terutama 10 minit terakhir perlawanan. Memang dia patut gelisah pun kalau setara itu permainan Chelsea.

Chelsea lebih lagi malu apabila mengetahui Arsenal boleh belasah skuad utama Malaysia 4-0 manakala Liverpool pula walaupun dibolosi gol-gol cantik Malaysia, tetapi masih boleh mendabik dada dengan kemenangan 6-3 atas team yang sama. Tapi Chelsea... dengan team simpanan je pun susah nak menang.

Komen aku: Ini ke pemain Chelsea yang nak challenge Manchester United dan bercita-cita besar untuk merampas juara Liga musim depan? Minta maaflah! Lawan skuad simpanan Malaysia pun tercungap-cungap... Huhu!

Siapa rakyat Malaysia beli bot harga RM15 bilion ni weih?

Pergh...!! Berita terbaru yang aku baca kat Daily Mail (baca di sini!) yang melaporkan seorang jutawan dari Malaysia telah membeli sebuah bot mewah berharga 3 bilion pound (kira-kira RM15 bilion). Tau kenapa mahal? Sebab bot ini dibina dari emas, berlian dan platinum! Pergh... Memang gila kaya!

Daily Mail kata Roman Abramovich pun jeles beb! Tengoklah gambar-gambar yang dikeluarkan ni? Mana tak menggila dibuatnya! Wow!

Bot "History Supreme" bersalut emas dan platinum di sekeliling, sampailah ke sauh!
Ruang bilik tidur mewah macam istana beb! Dinding pakai tulang dinasour tulin tu! Wow!
Set meja makan ni saja entah berapa juta pound!
Menggilalah....!!
Puak-puak Pas dan pandikutty dalam PKR mesti kata bot ni milik Rosmah sebab bukankah beberapa hari lepas Najib dan Rosmah melawat Britain? Dan berita pembelian bot ini dikeluarkan semalam. Nampak macam ya je kan?

Hah! Apa lagi para kaki fitnah Pas dan PKR... Mulakanlah kerja-kerja menabur fitnah kalian! Huhu...

20 July 2011

Betul ke Ahmad Maslan tidak disenangi media?

Seribu wajah Ahmad Maslan...
Malam tadi aku bersembang dengan kawan-kawan media di sebuah warung dekat Ampang. Maklum dah lama tak bertemu muka maka macam-macam topiklah yang keluar. Mulai dari cerita-cerita ringan sampailah isu-isu panas pasal perhimpunan haram 9 Julai,PRU-13 hinggalah fiil ahli-ahli politik kita.

Tapi cerita yang tak berapa sedap didengar ialah mengenai Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri di JPM yang jaga Felda iaitu Ahmad Maslan. Rakan-rakan bercerita bahawa ramai kalangan media tidak begitu senang dengan sikap Tok Mat seorang ini yang dikatakan gila glamer, sombong dan kurang mengambil hati media.

Diceritakan semasa pilihan raya Sarawak baru-baru ini ada kalangan media terasa hati dengan Tok Mat. Khabarnya, mereka tersinggung kerana Tok Mat macam marah-marah kepada media sebab tak buat liputan beliau berkempen satu Sarawak. Dia yang pusing Sarawak dan setiap hari berkempen di beberapa kawasan tetapi berita mengenainya bukan sahaja tidak keluar dalam paper atau TV bahkan tidak mendapat liputan media pun.

Diceritakan juga bos-bos di syarikat akhbar turut tak puas hati dengan Tok Mat sebab selalu minta ceritanya disiarkan, kalau boleh di muka-muka hadapan akhbar berkenaan. Sebab tak larat nak layan maka permintaan Tok Mat yang konon gila glamer itu dipenuhi juga, walaupun berat hati. Mereka pun risau kalau-kalau kehilangan iklan Felda yang dijaga oleh Tok Mat walaupun kini pengurusan Felda di bawah Isa Samad selaku Pengerusinya.

Seorang rakan pula bercerita perihal Tok Mat sebelum menjadi Ahli Parlimen Pontian ini begitu sombong kepadanya ketika bertemu di satu majlis di JB. Walhal beliau amat kenal Tok Mat (masa itu belum bergelar Datuk) dan dia percaya Tok Mat juga kenal dengannya kerana pernah sama-sama terlibat dalam satu "projek". Tapi rakan ini cukup tersinggung apabila Tok Mat macam pura-pura tak kenal dengannya ketika ditegur.

Akibat tersinggung dengan Tok Mat, rakan aku itu yang "ada kuasa" juga di sebuah akhbar ini sering kali "mencantas" berita-berita berkaitan Tok Mat bahkan gambar-gambar yang ada wajahnya juga dipotong pada masa itu. Hari ini katanya Tok Mat kadang-kadang masih bersikap seperti dulu...

Rakan-rakan aku juga bersungut kerana Tok Mat selaku Ketua Penerangan UMNO macam tak banyak main peranan sebagai "ketua penerangan UMNO"  melainkan lebih memfokuskan kepada Felda. Manakala kenyataan-kenyataan yang dibuatnya kepada media lebih banyak yang bersifat retorik. Kalau nak diikutkan kenyataan Tok Mat banyak yang tak layak pun dibuat berita apatah lagi nak masuk paper.

Itulah cerita-cerita yang tak sedap aku dengar mengenai Ahmad Maslan di kalangan media. Nampaknya Tok Mat kenalah bermuhasabah diri dan  sama ada apa yang dikatakan oleh kalangan media itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, Tok Mat kenalah berubah sikap dan jika tidak, Tok Mat kenalah buktikannya.

Bila sebut pasal wartawan ni, teringat aku pepatah lama yang menyatakan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang". Media memang mempunyai pengaruh yang besar. Media boleh menaikkan seseorang dan media juga boleh menjatuhkan seseorang. Jadi ambillah iktibar!

MTB: Tunggu jawapan Ahmad Maslan!

19 July 2011

Kaki fitnah Rosmah, Utusan dah kantoi beb!

Tentu puak-puak tiga suku Pas bersorak terkinja-kinja bila surat khabar Utusan siarkan berita tentang Rosmah yang beli cincin berlian yang dilaporkan di muka depannya. Tengoklah berita Utusan ni... Pergh! Gegak-gempita satu Malaya dengan laporan berita oleh surat khabar UMNO ni...!!
Tolol... Surat khabar pun nak di-super impose... Kan dah kantoi!
Ops...!! Sabar-sabar. Kok ya pun nak menipu rakyat dan nak fitnah Utusan tengoklah dulu weih. Jangan main sedap mulut jeh. Lagi satu, kalau nak super impose Utusan tu tengoklah tarikh keluarannya dulu. Bukan main taram jeh. Kan dah kantoi! Surat khabar di atas tu sebenarnya keluaran 8 Februari 2008 tapi laporan beritanya berlaku 16 Julai 2011. Pergh... Jauh tak hingat!

Yang sebenarnya pada tarikh 8 Februari 2008 muka depan Utusan siarkan berita ini...!
Berita sebenar Utusan 8 Feb 2008
Ciss... Nampak sangat mamat atau siapa-siapa yang buat fitnah ni dah lama tak tengok rupa Utusan gamaknya sebab setahu aku wajah Utusan dah dua kali berubah sejak 2008. Wajah sebenar Utusan keluaran 2011 macam kat bawah ini, bukan kat atas tu. Hahahaha... KANTOI BEB!

Ni paras rupa Utusan keluaran Julai 2011!
Utusan edisi 18 Julai 2011
Lain kali sesekali bacalah Utusan. Jangan duk baca Haramkah atau MalaysiaKuno jeh! Kan dah kantoi...!!

18 July 2011

Vatican buka kedutaan kat Malaysia ke?

Najib bertemu Pope Benedict di Vatican City... 
Berita terpampang dalam laman-laman berita online, "Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa." Lalu seorang kawan aku bertanya... Apakah ini bermakna Vatican boleh membuka pejabat kedutaannya di Malaysia? Dushhh....!!

Pening jugak aku nak jawab soalan kawan aku tu. Tapi setahu aku Vatican bukan sebuah negara yang mempunyai pemerintahan dengan Perdana Menteri atau Presiden melainkan hanya sebuah wilayah khas yang diketuai oleh Pope Benedict, selaku ketua agama umat Kristian seluruh dunia. Macam mana Vatican nak buka pejabat kedutaannya di sini sedangkan mereka tak ada pun Menteri Luar!

Cuma aku berfikir apakah selepas ini akan tercatat sejarah apabila Pope Benedict mengadakan lawatannya ke negara ini? Seingat aku Malaysia tidak pernah dikunjungi oleh Pope. Indonesia pernah dikunjunginya dan khabarnya berjuta umat Kristian dari seluruh Indonesia menyambutnya. Aku lupa tahun bila tapi pernah baca kisah kunjungan Pope ke negara jiran itu.

Apakah selepas ini Malaysia juga membenarkan lawatan Pope ke sini atas alasan membina hubungan diplomatik dan demi rakyat 1Malaysia? Entahlah...!

MTB: Tunggu reaksi Nik Aziz!

Tahniah kerajaan Pas Kedah! (Updated!)

Ewah.. ewah.. Layan dangdut kat Aloq Staq! - Gambar hiasan je!
Aku nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak kerana membenarkan pusat-pusat hiburan baik bar, pub, karaoke dan mungkin rumah-rumah urut terus beroperasi di bulan Ramadan sepertimana yang dikehendaki oleh rakan sekutunya, DAP.

Aku memang suka kalau kerajaan Pas buat keputusan yang kontroversi seperti ini. Biar rakyat melihat, merasai dan menilai sendiri pengalaman berada dalam kerajaan Pas dan kerajaan BN sebelum ini. Sekarang kerajaan Azizan sedang dinilai oleh rakyat Kedah dan keputusan sama ada mereka suka di bawah kerajaan Pas atau kerajaan BN sebelum ini akan diketahui apabila PRU-13 nanti.

Tapi bagi aku sama ada kerajaan Kedah benarkan pusat-pusat hiburan di negeri itu beroperasi atau tidak di bulan Ramadan tak ada bezanya. Kawan aku yang tinggal nun di utara tanah air kata Kedah terutama Alor Setar bukan banyak sangat pusat hiburan pun. Yang ada cuma pusat-pusat karaoke famili. Sebabnya dia kata kalau jenis yang ketagih nak berhibur, baik orang Islam atau bukan Islam mereka lebih suka menyeberang ke Danok. Katanya kat sana lebih happening!

Jadi kalau Azizan kata semua pusat hiburan ditutup... tak ada ke hairannya bagi manusia jenis macam ini. Tapi yang merungut ialah para taukeh pusat hiburan. Tapi alaa... bukannya pusat-pusat hiburan kat Kedah ini padat mampat setiap malam sampai boleh merugikan berbilion ringgit. Memang kat sana tak ramai yang keluar berhibur pun. Aku pernah pergilah Alor Setar beberapa kali, pukul 9 malam dah sunyi sepi! Semua kedai dah tutup!

Sebabnya orang kat Kedah memang tak suka keluar malam. Pukul 9 dah pakat duduk rumah dan siap-siap nak tidur. Jadi kalau taukeh-taukeh hiburan kata mereka akan rugi besar kalau tutup bulan Ramadan memang aku tak percayalah! Rugi adalah rugi tapi bukannya sampai buat mereka bangkrup! Tapi biasalah orang Pas sekarang mana berani beb! Takut benar dengan janggut Karpal Singh!

Huhu....!

17 July 2011

Telah ke rahmatullah... Dr Lo'lo' Mohd Ghazali


Innalillah... Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'lo' Mohd Ghazali disahkan meninggal dunia pukul 10.15 malam ini akibat kanser. Aku rakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham!

Al-Fatihah...

14 July 2011

Pelajar kita kat Mesir macam lepaskan anjing tersepit!

Ingat operasi besar-besaran dan luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan semua rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya pelajar dari bumi Mesir berikutan pergolakan negara itu Februari lalu? Ingat? Oh... kalau tak ingat, baca di sini atau di sini (siap dengan gambar!)

Seperti aku jangka, para pelajar ini yang telah diselamatkan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan Najib hari ini sudah lupa diri dan mereka kembali menggigit orang yang menyelamatkan mereka. Ratusan pelajar Malaysia di Mesir yang turut mengadakan perhimpunan haram 9 Julai lalu membuktikannya.

Lihatlah wajah-wajah yang berbaju kuning berlogo "Bersih" yang berkumpul di Kaherah ini. Bukankah wajah-wajah ini juga yang ketakutan Februari lepas kerana berlaku rusuhan di Mesir dan bukankah wajah-wajah ini juga yang merayu supaya mereka diselamatkan kerana bimbang keadaan pergolakan di Mesir?

Dan selepas kerajaan berjaya menyelamatkan mereka dengan kos berjuta-juta ringgit, hari ini hanya beberapa bulan selepas kembali ke sana, mereka kembali terpekik-terlolong di negara orang menentang kerajaan dengan mengadakan perhimpunan haram di sana. Apakah tujuannya supaya Malaysia juga berlaku revolusi seperti di Mesir yang mereka sendiri merasa takut sehingga meminta dikeluarkan dari negara itu?

Lihatlah gelagat-gelagat mereka di bawah ini... Inilah anjing-anjing yang beberapa bulan lepas tersepit, kemudian diselamatkan kerajaan dan hari ini mereka menggigit kerajaan yang menyelamatkan mereka! Chis... Harap kopiah saja atas kepala, harap purdah sampai kaki tapi HOTAK TARAK!



Lain kali kalau mereka meraung-raung minta tolong diselamatkan  elok bagi kat Ambiga jeh!

Ambabiga: Laporan polis=2,000; Desakan=beribu-ribu; Tindakan=0

Ambabiga eh... Ambiga boleh tersenyum bangga. Usahanya untuk menghuru-harakan KL berjaya. Matlamatnya untuk mengaibkan pemerintahan Najib di mata dunia berhasil. Malah dia turut puas kerana orang-orang Melayu dan Islam menjadi askar upahannya manakala pemimpin Pas pula menjadi kuda tunggangan.

Malah dia tersenyum puas kerana media-media asing "menghentam" kerajaan dan polis Malaysia kerana konon para pendemonstran diberi layanan buruk. Malah kegembiraan bukan sahaja diraikan oleh Ambiga, tetapi juga Anwar Ibrahim selaku tok dalang disebalik perhimpunan haram 9 Julai.

Malah sehingga kini Ambiga sedang seronok menghitung keuntungan yang diperoleh hasil gerakannaya itu. Jutaan wang telah masuk ke akaunnya atau akaun-akaun tersembunyi hasil sumbangan pihak luar. Mungkin kini dia berkira-kira untuk terbang bercuti ke mana-mana destinasi di luar negara dengan sepuas-puasnya.

Alangkah bertuahnya menjadi Ambiga. Biarpun telah menjadi kepala rusuhan di ibu negara tetapi sehingga kini dia masih boleh menghirup udara segar. Bayangkan sebelum perhimpunan haram 9 Julai sudah ada lebih 2,000 laporan polis dibuat oleh rakyat Malaysia menerusi pelbagai NGO, ribuan lagi desakan supaya mengambil tindakan ke atasnya selepas menipu Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat kerana tetap mengadakan demo haram jalanan walaupun sudah berjanji untuk mengadakannya di stadium tetapi sehingga kini tindakan oleh kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri... KOSONG... ZERO!

Apakah kerajaan termasuk Perdana Menteri masih juga tetap mengambil sikap BIARKAN! Atau cukup hanya sekadar mengutuk dan menghentam di majlis-majlis perjumpaan rakyat sahaja yang sebenarnya tidak memberi kesan sedikit pun kepada Ambiga. PM boleh kutuk, hentam dan kata apa sahaja kepadanya atau Anwar tetapi kenyataannya misi mereka sudah berjaya.

Aku yakin kejayaannya mengumpul 10,000 orang Melayu dan Islam termasuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari seluruh pelosok negara sudah memberi kejayaan besar kepada mereka sebab aku yakin bukan jumlah pendemonstrasi yang mereka sasarkan dan bukan juga sebab mahu menghantar memorandum tetapi kerana mereka mahu menguji sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap mereka.

Ah alangkah bertuahnya menjadi Ambiga... Dan aku percaya serta yakin, kejayaan mereka mengadakan perhimpunan haram 9 Julai sudah mampu memberi semangat dan dorongan untuk melahirkan lebih ramai "Ambiga" selepas ini yang menjadi kepala penggerak gerakan demonstrasi haram sebab mereka tahu, mereka tidak akan diapa-apakan kerajaan!

Dan aku tidak terkejut andai selepas ini akan ada pula perhimpunan haram Bersih 3.0... 4.0... 5.0.... !!!

13 July 2011

Anwar bakal sambut raya di Sungai Buluh?


Perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari oleh Anwar Ibrahim yang akan masuk ke peringkat pembelaan diri tertuduh iaitu Anwar Pandukuti akan bermula 8 hingg 26 Ogos, atau dengan kata lain pada bulan Ramadan. Ini bermakna, ketika seluruh umat Islam didunia memelihara pancaindera dan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan, Anwar terpaksa menceritakan kisah dia meliwat Saiful.

Jika Anwar menghormati bulan Ramadan dan jika dia berpuasa, sudah pasti Anwar tidak boleh berbohong ketika membela diri di mahkamah kelak sebab orang berpuasa dilarang bercakap bohong. Lagipun, berbohong pun menyalahi peraturan mahkamah dunia apa lagi mahkamah akhirat, sudah pasti lebih besar dosanya! (ingat pesan makcik yang tak boleh masuk Masjid Negara masa demo Bersih aritu. Videonya di sini!)

Tapi aku percaya Anwar tidak peduli semua itu. Selama ini pun segala mak nenek, belakang depan, lelaki pompuan habis dia langgar inikan pula soal berbohong di bulan Ramadan. Sudah pasti tidak ada masalah baginya. Lagipun berbohong sudah sebati dalam hidupnya! Alah... takat nak pusing cerita liwat, small matterlah bro! Huhu... Itulah gamaknya dalam hati Anwar. Cuma yang gusar ialah Wan Azizah...

Cuma aku rasa akan ada tok-tok guru dan ostaz-ostaz liPAS yang akan keluar fatwa tak boleh mengadakan perbicaraan kes-kes liwat di bulan puasa sebab nak menghormati bulan Ramadan. Dan akan dikeluarkanlah segala nas-nas hadis dan Quran yang diputar belit sebegitu rupa supaya menampakkan bahawa memang berdosa buat perbicaraan kes liwat bulan puasa. Sebabnya nanti akan keluarlah segala cerita-cerita dalam seluar dalam warna putih Anwar apabila perbicaraan ini berlangsung. Bukankah itu berdosa? Hehe...

Dan puak-puak penjilat bontot Anwar pula pasti akan menjerit melolong konon Najib sengaja buat perbicaraan tu menjelang Hari Raya supaya jika hakim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar, maka sudah pasti dia akan menyambut Hari Raya di Sungai Buloh! Wohoho...

Sorry Arsenal...! Aku orang Malaysia (Update!)

UPDATE:
Tahniah Arsene Wenger dan anak-anak buah anda kerana telah memberikan ilmu yang berguna kepada skuad Harimau Malaya dan menyedarkan anak-anak muda kita bahawa mereka masih jauh untuk menggapai pentas dunia!

POS ASAL:
Malam ini Malaysia akan berdepan dengan kelab EPL, Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL. Khabarnya tiada siaran langsung di mana-mana stesen TV termasuk Astro Arena. Sebab tiada siaran langsung khabarnya kerana jualan tiket tidak mencapai sasaran 60,000. Itu maklumat yang aku terima pagi inilah. Tak tau kalau-kalau sebelah petang nanti lain jadinya.

So, bila ada perlawanan melibatkan kelab-kelab EPL seperti Arsenal hari ini, Liverpool Sabtu ini atau Chelsea 23 Julai, ramai yang tanya aku pasukan mana yang akan aku sokong?

Jawapan aku mudah saja! Tentulah skuad Harimau Malaya. Bukan sebab aku peminat Man-U maka aku tak sokong Arsenal, Liverpool atau Chelsea tetapi sebab aku orang Malaysia. Waima lawan Man-U pun aku tetap sokong Malaysia. Mungkin kalau aku turun stadium, pakai jersey Man-U tapi beri sokongan kepada anak buah Rajagobal. Gitulah gambarannya!

Dan aku percaya ramai kalangan rakyat Malaysia yang juga peminat Arsenal akan memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya lebih-lebih lagi kalau Hadi Yahya atau Norshahrul Idlan jaringkan gol, sudah pasti sebagai anak Malaysia tetap akan memberikan sorakan kepada skuad negara, biarpun dibadan melekat jersi Arsenal.

Keadaan itulah yang berlaku ketika Malaysia menentang Man-U tahun lalu di mana walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil dimonopoli oleh para penyokong Man-U (termasuk aku). tetapi ketika Amri Yahya menerjah jaring Van der Sar, secara spontan mereka yang berjersi Man-U di tempat duduk penonton bersorak girang. Begitulah damainya Malaysia!

Dan aku percaya suasana itu bakal turut dirasai malam ini, petang Sabtu ini mahupun 23 Julai ini. Inilah Malaysia.... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

12 July 2011

Dua pemain import musim depan!

Ada pasukan nak ambik pemain ni? Gerenti stadium penuh beb!!
Liga Malaysia bakal kembali diwarnai para pemain import mulai musim 2012 apabila FAM membuat keputusan membenarkan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana mengambil maksimum dua pemain import.

Tapi khabarnya FAM menetapkan beberapa syarat bagi memastikan hanya pemain import berkualiti saja dibawa masuk. Pemain dari liga Singapork, Thai dan Indon tak dibenarkan. Kalau pemain Asia lain, hanya dari divisyen satu dan pemain dari Eropah, Amerika dan Afrika pula paling-paling divisyen dua. Huhu...

Kalau peraturan itu dibuat memang aku sokonglah. Tidaklah ada pasukan negeri yang ambil pemain "import" dari kalangan negro-negro yang belajar kat universiti tempatan. Alaa asal nampak negro pun kira pemain import jugaklah walaupun main bola macam gampang! Huhu....

Tapi aku harap bila dah ambik pemain import ni pemain tempatan jangan pula dianaktirikan. Yelah, mana tahu pemain import dibayar ganji sampai lima angka sedangkan pemain tempatan yang hebat sekali pun cuma sekadar empat angka. Ataupun sebab nak bayar pemain import, ada pasukan yang terpaksa berhutang atau tak bayar gaji pemain tempatan.

Aku harap pasukan yang tak mampu tu tak usahlah mengidam nak bawa pemain import. Pemain tempatan pun hebat juga kalau dilatih dengan baik dan bayaran gaji yang memuaskan. Ingat mereka pun ada anak bini atau mak bapak yang nak kena tanggung!

Pssst... Kawan aku tak sabar nak tunggu Liga Bolasepak Wanita yang khabarnya akan dibuat tahun depan!!

Aksi-aksi menarik demo haram Bersih!

Kisah makcik sesat:

Kalaulah polis bertindak ganas macam puak-puak mereka dakwa, dah lama makcik ni makan belantan polis. Tak pun kena hentak kepala kat dinding. Tapi polis kita baik-baik. Boleh layan lagi kerenah makcik yang agak songsang ni....

Kisah pakcik depan Sogo (Part I):


Kisah pakcik depan Sogo (Part II):


Semoga menjadi renungan dan keinsafan kepada mereka...! Amin

11 July 2011

Demo Bersih 2.0 berjaya! Betul kata Pak Samad... (Updated!)

Demo Bersih 2.0 berjaya menipu rakyat... keh keh keh! Kisah gambar ini baca kat http://www.anwaraidc.com/?p=14022
 Pak Samad (A. Samad Said) kata demonstrasi haram jadah Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mencapai kejayaan... Yup memang berjaya.
  1. Bersih berjaya... menyebabkan warga KL berada dalam ketakutan. Ada yang angkut anak bini keluar dari KL dan ada juga ambil langkah berada di rumah masing-masing
  2. Bersih berjaya... memburukkan nama negara di mata masyarakat dunia
  3. Bersih berjaya... menonjolkan tahap lakonan cemerlang (sekali lagi) Anwar Ibrahim
  4. Bersih berjaya... memperbodohkan Melayu dan Islam
  5. Bersih berjaya... memporak-perandakan keadaan di KL
  6. Bersih berjaya... menyebabkan para peniaga kerugian berjuta ringgit
  7. Bersih berjaya... menakutkan pelabur dan pelancong asing
  8. Bersih berjaya... menaikkan kemarahan rakyat yang cintakan keamanan
  9. Bersih berjaya... menonjolkan siapa dalang disebaliknya
  10. Bersih berjaya... menipu Yang Dipertuan Agong, kerajaan dan rakyat
  11. Bersih berjaya... mengalihkan perhatian rakyat daripada kes liwat dan video seks Anwar
  12. Bersih berjaya... menakutkan peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, Jalan Pudu, Bukit Bintang... (padan muka)
  13. Bersih berjaya... mengumpulkan dana berjuta-juta ringgit dari organisasi luar dan derma orang Pas... Lepas ni boleh Ambiga, Mat Sabun, Anwar boleh pergi joli kat oversea
  14. Bersih berjaya... menunjukkan sokongan rakyat kepada Anwar, Pas dan pembangkang semakin merosot. Jumlah pendemo tak ramai mana
  15. Bersih berjaya... menunjukkan kecekapan pihak polis dan FRU menangani tunjuk perasan
  16. Bersih berjaya... menunjukkan amalan songsang puak-puak pembangkang untuk menguasai kerajaan
  17. Bersih berjaya.....
Tolong tambah... Dah tak larat nak tulis betapa banyaknya kejayaan hasil perhimpunan haram Bersih!

Demo baju kuning dah sampai Jerman? Biar bonar...????

Pergh... Hebat! Nampaknya demonstrasi baju kuning dah sampai ke Jerman. Tak caya tengoklah gambar-gambar yang aku jumpa di bawah ni.....

Huhu... Sabar-sabar!! Ini bukan demo baju kuning Bersih tapi demo fesyen terbaru dalam satu pertunjukan fesyen di Jerman. Ia tak ada kaitan dengan Ambiga, Anwar atau Mat Sabun! Tapi mereka cukup buat mata Mat Sabun berpinar... Hik hik hik....!!



Apabila Marina Mahathir turut sertai demo haram...!!

Marina Tun Mahathir ikut berdemo Bersih...!
Terkedu aku bila dapat tahu Marina Mahathir, anak perempuan negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menyertai demo haram Bersih Sabtu lepas. Marina mengaku menyertai perhimpunan haram itu kerana menemani anak perempuannya yang ikut berdemo. Marina menceritakan detail mengenai pergerakan demonya di sini!

Nampaknya penglibatan Marina dalam demo haram itu bertentangan dengan apa yang dinasihatkan oleh bapanya mengenai demonstrasi. Baca pandangan Tun pasal demo di sini!

Bukan itu sahaja. Dah lama aku sedari suara Marina banyak juga yang berbau propembangkang. Bukan dalam blog Rantingnya sahaja tetapi juga dalam kolum-kolumnya di akhbar dan media alternatif. Aku tahu Tun tentu menyedari "perjuangan" anak perempuannya ini. Begitu juga dengan cucu-cucunya. Jika benar Marina dan anak-anaknya menyokong perjuangan pembangkang, sudah pasti ia merupakan satu tamparan hebat kepada Tun sendiri.

Tun sebagai bekas PM dan seorang negarawan terulung banyak memberikan nasihat dan tindakan untuk kepentingan rakyat. Begitu banyak jasanya kepada UMNO, orang Melayu dan negara. Sudah pasti itu tidak pernah dinafikan oleh Marina sendiri. Tetapi bagaimana rakyat mahu mendengar nasihat dan pandangan Tun selepas ini andai anaknya sendiri membawa haluan berbeza? Dan kenapa Marina memilih jalan yang berbeza?

Penyertaan Marina dalam demo Bersih tempoh hari, sama ada satu kebetulan, sengaja atau apa sahaja alasan, sudah pasti memberi political milage yang besar kepada Ambiga, puak-puak Pas dan lebih-lebih lagi Anwar sendiri. Nampaknya puak-puak ini mendapat modal tambahan untuk dijaja kepada rakyat dalam ceramah-ceramah politi mereka selepas ini.

Aku tidak pasti sama ada penyertaan Marina dalam demo tersebut mendapat restu ibu bapanya atau disedari oleh Tun dan Siti Hasmah atau tidak. Tapi aku percaya kalau mereka tahu sudah pasti mereka tidak akan memberikan restu. Tapi entah!

Aku faham kalau pemikiran Marina agak berbeza berbanding adik beradiknya yang lain. Dalam banyak hal, terutama dalam memperjuangkan nasib rakyat selepas pernah menjadi pengasas Majlis Aids Negara dan perjuangan terhadap golongan wanita. Tapi tak tahu pula kalau sekarang ini dia berjuang untuk Anwar, manusia yang menjadikan bapanya sebagai musuh nombor wahid!

Marina seorang aktivis masyarakat dan bukan ahli  politik tetapi penyertaan Marina dalam demo Bersih tempoh hari memang memberi 1001 pertanyaan kepada para pencinta keamanana dan rakyat yang selama ini menyanjung tinggi bapanya, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Apa kata Tun mengenai hal ini?

Pas nak marahkan polis... Apa hal?

Apa hal tiba-tiba puak-puak Pas nak marahkan polis pasal perhimpunan haram jadah kelmarin? Bukankah perhimpunan itu haram, tak dapat permit, melanggar undang-undang negara, maka polis ada kuasa untuk bertindak apa? Lagi pun polis bukannya tiba-tiba datang belasah orang tak tentu hala...

Aku tengok demo kelmarin tak macam sebelum ini, walau pun jelas-jelas ribuan puak-puak Pas yang tongong dan tolol dah langgar undang-undang negara, ingkar arahan polis. Bila dah berkumpul ramai-ramai walaupun tak dibenarkan, polis cuba halang kemaraan puak-puak ini ke lokasi yang tidak dibenarkan. Polis hanya tunggu saja. Tak adalah tiba-tiba datang serang.

Polis juga dah beri amaran awal jauh sebelum perhimpunan. Malah Ambiga dah tiga kali mengadap Ketua Polis Negara dan diberikan nasihat tapi tetap berdegil. Bila di tengah jalan, polis pun beri arahan bersurai tapi puak-puak ini memang jenis kaum Abu Lahab punya. Degil nak mampus...! Dah degil sangat dan cuba pulak nak rempuh sekatan polis, maka polis terpaksa bertindak.

Sebab itukah puak-puak Pas tak puas hati, nak marah polis dan tuduh macam-macam? Weih... kau ingat negara ini bapak kau yang punya ke? Polis bertindak selepas amaran demi amaran diberikan, nasihat demi nasihat tapi puak-puak ini memang degil... Sekarang nak marah polis pulak?

Hadi Awang tak usah nak ugut-ugut polis dan kerajaanlah. Kalau nak berdemo sangat, buatlah kat Kota Bharu nun atau Shah Alam atau nun di Pulau Pinang. Nak tengok apakah MB-MB negeri-negeri diperintah pembangkang ini benarkan demo haram sedemikian?

Dan yang pelik, asalnya demo haram ini yang dikepalai oleh Ambabiga untuk berjuang pilihan raya bersih dan adil, tetapi kenapa puak-puak Pas yang paling emo? DAP rileks saja...!!

Kesihan puak-puak ini, sejak dulu sampai sekarang masih juga tak cerdik!

09 July 2011

Demo haram.... 98.99 peratus Melayu! (Update!)

TERKINI:
Anwar dah nazak... Innalillah!
4.50 PM: Drama demonstrasi haram jadah kat KL dah habis. Masing-masing dah bersurai dan pakat gelak ramai-ramai. Pihak polis dan FRU pun kepenatan. Para pemimpin yang terlepas dari tangkapan polis pun tersengih dan cari port untuk pekena teh tarik. Lepaskan lelah...!! Apa hasil demo hari ini? Tak ada apa hasil... Cuma dapat makan asap gas pemedih mata dengan semburan air gatal FRU.

Ambiga, Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu, Tian Chua, KJ bermalam di lokap malam ini. Tapi tak apa, apabila dibebaskan nanti boleh makan angin kat oversea hasil duit sumbangan orang luar dan orang dalam.

Anwar? Seperti biasa berjaya melarikan diri dengan alasan cedera dirempuh polis. Lembek rupanya Anwar ni, harap anunya saja yang tegap! Tengoklah gambarnya kat atas tu...! Nazak benar rupanya. Tak lama lagi nak arwah dah! Pakat-pakat doa supaya cepat dia pergi. Taklah nazak sangat....!!

Esok Anwar akan jelajah satu negara dan kelentong rakyat konon dia telah berjaya membuatkan kerajaan BN bertindak kejam ke atas rakyat. Dia akan julang dirinya sebagai pejuang rakyat, pejuang demokrasi dan pejuang keadilan. Pundeklah! Walhal dia tak ke mana pun. Menyorok kat bilik hotel konon cedera walhal takut kena sergah dik FRU! Haha....

Demo Bersih kali ini membuatkan orang Cina marah! Kawasan perniagaan mereka terganggu!
3.20 PM: Orang Cina marah dengan penganjur Bersih dan puak-puak yang berdemo hari ini sebab telah menyebabkan para peniaga Cina mengalami kerugian. Kedai-kedai tak boleh dibuka sebab orang tak datang. Mereka hanya nak berdemo bukannya membeli-belah. Sebab utama kemarahan orang Cina sebab beberapa kawasan perniagaan mereka seperti Jalan Pudu, Petaling Street, kawasan Kota Raya dan Hospital Tung Shin kena serbu dik puak-puak pendemo! Teu ma hai!!

Gambar dari MalaysiaKini konon Anwar dah terlantar cedera (gambar kecil) dan keadaan "kecederaan" Anwar lebih parah dari mamat (bodyguard) yang kat sebelah tu! Perggghhh.... Anwar memang kaki kencing.
2.15 PM: Anwar kata dia cedera kena belasah dik polis... terpaksa berpatah balik ke KL Hilton. Keh keh keh... Perjuangan tahi kucing! Baru kena sikit dah cabut lari. Anwar patut malu kat pak-pak aji dan makcik-makcik yang kena belasah dik polis, makan gas pemedih mata tapi tetap bertahan... Hehehe... Anwar... Anwar..!!

Boleh caya ke Anwar ni cedera? Sejarah pembohong tengkuk sakit dulu masih orang ingat. Begitu juga macam mana dia bohong pasal jam Omega, video seks, liwat Saiful dan banyak lagilah pembohongan Anwar ni. Orang dah faham sangat dah!

Dari blog Tukar Tiub!
1.30 PM: Hujan lebat turun di sekitar KL! Depa kata ini angkara Najib yang buat hujan tiap kali demo! Ish... ish... ish...! Diorang ni tak ada agama ke? Sampai hujan pun nak dipolitikkan? Masya-Allah...

Demo ala-Pemuda UMNO...!!
1.00 PM: KJ dan Pemuda UMNO bawak kira-kira 1,000 kumpulan demo Patriot. Ish... Macam mana nak "lawan" 10,000 puak-puak pro-Bersih! Khabarnya mereka sempat jugak pekena KFC beramai-ramai kat Jalan Bukit Bintang! Haha..

Ambiga diapit oleh Anwar dan Kit Siang serta barisan pemimpin politik ketika buat sidang media di KL Hilton. Jelas Ambiga bohong bila kata Bersih bukan berunsur politik dan tidak didalangi mana-mana parti politik! - Foto: Malaysia Kini
12.45 PM: Demo Bersih yang konon menuntut pilihan raya bersih dan adil jelas hanya wayang. Laungan "Reformasi" dan "Undur BN" jelas menunjukkan mereka sebenarnya mahu menjatuhkan kerajaan BN yang dipilih rakyat menerusi demonstrasi jalanan. Ambiga sudah tipu rakyat atau Ambiga tertipu dik Anwar!

POS ASAL:
Penyokong Bersih berkumpul di kawasan Masjid India... Hanya muka Melayu je kelihatan!
Sah... Hampir 100 peratus yang menyertai demo haram di sekitar Kuala Lumpur hari ini adalah orang Melayu dengan sebahagiannya pak-pak haji berserban dan  makcik-makcik bertudung labuh. Sedangkan kelibat Ambiga, Kit Siang dan lain-lain kaum tak kelihatan.

Apakah ini mengesahkan lagi bahawa orang Melayu mudah sangat ditipu, ditarik lubang hidung dan dijadikan pencacai kaum lain. Mereka ini memang jenis yang sanggup terjun perigi buta kalau ada orang yang provoke dan suruh sedangkan apa tujuan mereka tidak tahu!

Ish.. kesihan sungguh aku tengok nasib bangsa aku! Penganjur demo haram dapat wang beratus ribu tetapi rakyat biasa yang dibawa dari ceruk-ceruk kampung nun di utara dan timur Semenanjung yang makan belantan polis, gas pemedih mata dan sanggup meredah belantara polis dan FRU. Selepas ini penganjur yang sudah dapat kumpul dana termasuk hasil derma setiap kali ceramah Pas, boleh makan angin luar negara.

Tahniah bro! Tahniah orang Melayu kerana terus menjadi pencacai kaum lain yang memang seronok tengok orang Melayu jadi lembu laga...!!

08 July 2011

Jalan-jalan utama di KL mula ditutup mulai 12.01 malam ini

KL bakal lumpuh ekoran perhimpunan haram... Memang haram jadah!
Facebook PDRM mengumumkan penutupan beberapa jalan utaam di Kuala Lumpur bagi menghalang perhimpunan haram esok. Jalan-jalan ini akan ditutup mulai 12.01 tengah malam ini. Siapa nak masuk KL kena ikut jalan lain. Anwar Ibrahim nak balik Segambut pun kena lalu ikut lain... Jangan degil!

Jalan-jalan yang ditutup:

  • Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
    Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
  • Sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching.
  • Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Khabarnya beberapa pejabat kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan para pekerja mereka balik awal iaitu sekitar pukul 4 petang. Esok banyak pejabat swasta yang bekerja hari Sabtu khabarnya ditutup. Begitu juga pusat-pusat membeli belah.

Jangan marah pihak polis sebab susahkan kalian, tapi marahlah mereka yang bongok dan tolol nak berdemonstrasi di tengah Kuala Lumpur...!!

Perhimpunan haram memang haram jadah! Ptuuiihhh...!!

Bahang ketakutan mula dirasai warga KL.....!!!

Sungguh hari ini aku mulai rasa takut dengan situasi yang bakal berlaku esok. Aku percaya aku tak sendirian tetapi jutaan warga KL lain pun turut merasakan suasana sedemikian. Dengan kedegilan puak-puak Bersih yang tetap mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan dengan tindakan pihak polis yang menyekat laluan di sana sini, serta arahan larangan masuk ke KL ke atas begitu ramai individu, aku membayangkan betapa seriusnya situasi hari ini dan esok.

Aku telah menyebarkan pesanan kepada saudara mara agar jangan datang ke KL hujung minggu ini atau kalau berada di sekitar Lembah Klang, jangan sibuk-sibuk nak shopping di KL esok sebab mereka bakal berhadapan dengan situasi buruk, sekurang-kurangnya kesesakan lalu lintas yang teruk akibat tindakan polis menutup dan melencong laluan. Esok lebih baik duduk di rumah masing-masing dan bermain dengan anak atau layan TV!

Sungguh, KL tak pernah menghadapi situasi genting seperti ini walaupun ketika demonstrasi reformasi pada 1998 lalu. Bayangkan tak pernah pihak polis menutup Hentian Pudu Raya, Hentian Putra dan Hentian Pekeliling pada setiap demonstrasi yang diadakan sebelum ini, baik demo reformasi, Hindraf, Bersih pertama, anti-ISA, PSSMI dan lain-lain sebelum ini. Tetapi kali ini langkah itu diambil oleh pihak polis sungguh luar biasa!

Apakah bermakna demonstrasi Bersih 2.0 ini begitu berbahaya sehinggakan pihak berkuasa bertindak sedemikian? Apakah benar gerakan demonstrasi kali ini didalangi oleh musuh-musuh negara dari Barat dan mendapat sokongan modal dan moral dari pertubuhan antarabangsa?

Dengan tindakan pihak polis dan dengan sikap Ambiga yang tidak menampakkan ketakutan, aku percaya dengan khabar semua itu walaupun aku sebetulnya begitu takut untuk menghadapinya. Apakah KL bakal menjadi seperti Mesir, Syria atau Libya? Masya-Allah apakah puak-puak Bersih yang turut mendapat sokongan puak-puak Pas dan orang-orang Melayu yang taksub mahu melihat negara ini runtuh dan tersungkur seperti Mesir?

Apakah orang kita sudah semakin gila atas nama demokrasi sehinggakan sanggup menghancurkan negara semata-mata mahu menumbangkan kerajaan yang sudah dipilih rakyat? Benarkah pemerintahan BN di Malaysia ini sama dengan pemerintahan kerajaan Mesir, Syria, Bahrain, Libya sehingga mereka mahu ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan?

Tolonglah! Hentikan semua itu kerana aku tahu dan majoriti rakyat tahu bahawa itu semua adalah alasan pihak-pihak tertentu yang didukung anasir luar untuk memusnahkan negara Malaysia. Mereka tidak peduli pun andai selepas ini negara hancur berderai, ekonomi negara merudum dan rakyat berpecah-belah dan berpuak-puak sebab mereka boleh angkat kaki dan tinggal di negara-negara yang membiayai mereka.

Akhirnya yang menerima akibat ialah rakyat seperti aku dan korang semua...!!

Ini pesanan kawan aku dalam FB:
Buat apa kita bersengketa, mereka yg berkenaan mencari pengaruh dan kuasa, walaupun kelihatan tidak seirama, tetapi kalau bertemu tetap bersalam mesra, masih boleh makan minum semeja, rakyat marhaen apa yang ada? sanggup tidak menghadiri kenduri saudara dan tetangga, yang paling parah memutuskan silaturahimnya, hanya kerana berlainan ideologinya, padahal sama seagama...itulah tanda2 bangsa yg akan pupus di alam fana.

07 July 2011

91 orang dilarang berada di kawasan Kuala Lumpur

Aku terima mesej menyatakan pihak polis telah mendapat perintah mahkamah melarang 91 individu yang disenaraikan berada dalam kawasan Kuala Lumpur bermula esok sehingga Sabtu malam. Mereka antaranya termasuk Ambiga, Ibrahim Ali, KJ, Anwar Ibrahim, Zulkifli Noordin dan lain-lain!

Senarai nama kesemua individu itu sedang aku usahakan. Kalau dapat aku akan senaraikan di sini!

1. S. Ambiga
2. Wong Chin Huat
3. Maria Chin Abdullah
4. Anwar Ibrahim
5. Nik Aziz Nik Mat
6. Mohamad Sabu
7. Lim Kit Singa
8. Hishamuddin Rais
9. Anthony Loke
10. Lau Wen San
11. Teresa Kok
12. Hadi Awang
13. Salahuddin Ayub
14. Mahfuz Omar
15. Nasarudin Hassan
16. Mohd Hatta Mohd Ramli
17. Dzulkifli Ahmad
18. Mujahid Yusof
19. Syed Azman Syed Nawawi
20. Khalid Samad
21. Mohd Nizar Jamaluddin
22. Azmin Ali
23. Nurul Izzah Anwar
24. Chua Tian Chang
25. Shamsul Iskandar bin Md Akin
26. Badrul Hisham Shaharin
27. Khairul Anwar
28. Syed Shair Syed Mohd29. Ibrahim Ali
30. Abdul Rahman Bakar
31. Syed Hassan Syed Ali
32. Khairy Jamaludin
33. Megat Firdouz Megat Junid
34. Reezal Merican Naina Merican
dan lain-lain...

Individu terbabit tidak dibenarkan memasuki KL mulai esok dan jika melanggar arahan mereka boleh ditahan kerana melanggar perintah mahkamah! Ini kerana kesemua 91 individu itu dipercayai "kepala" gerakan perhimpunan haram baik Bersih, Patriot mahupun Perkasa.

Pergh... Luar biasa tindakan polis kali ini! Aku dan seluruh rakyat yang cintakan keamanan tak kisah macam mana pihak polis nak lakukan yang penting anasir-anasir yang cuba membuat kekecohan di ibu negara bahkan di mana-mana ceruk dalam negara perlu dipatahkan bagi memastikan seluruh rakyat, pelancong asing dan pelabur merasa selamat berada di Malaysia!

30 kanak-kanak taska jadi tebusan di Sungai Abong? Gila....

TERKINI:
Drama tebusan di Tadika Serikids, Sungai Abong berakhir. UTK menyerbu premis dan tembak suspek. Semua tebusan berjaya dibebaskan dengan selamat manakala suspek cedera parah ditembak.

POS ASAL:
Seramai 30 kanak-kanak sebuah taska bersama empat guru dan pembantu taska dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di Sungai Abong, Muar. Sehingga pukul 3 petang ini, semua tebusan masih belum dibebaskan dan laporan media menyebut Unit Tindakan Khas kini sedang mengepung taska berkenaan.

Gila...!! Aku ingat kejadian ini berlaku kat luar negara saja, kini kat Sungai Abong pun boleh berlaku!

Kalau dah haram ia tetap haram!

Benda haram buat macam mana pun dia tetap haram. Kalau dah nama haram, bukan takat pakai bajunya, sentuh pun dah kira haram. Sama juga Bersih... Ia adalah satu pertubuhan haram sebab tak pernah didaftar dengan mana-mana pertubuhan. Sebab ia pertubuhan haram maka mereka yang memakai baju berlogo Bersih dianggap menyalahi undang-undang sebab dianggap menghasut orang ramai secara langsung menyokong pertubuhan haram ini.

Jadi koner kut mana pun selagi Bersih tidak mendaftar sebagai sebuah pertubuhan maka ia akan tetap haram dan sebagai pertubuhan haram, sudah pasti mereka tak boleh sewenang-wenang nak tunjuk kuasa. Bersih bukan macam Perkasa dan Pemuda UMNO sebab kedua-dua pertubuhan ini adalah pertubuhan berdaftar. Perkasa sebagai NGO yang didaftarkan di bawah ROA dan Pemuda UMNO pula adalah sayap parti UMNO, sebuah pertubuhan politik berdaftar.

Kalau Bersih tak mahu daftarkan dirinya sebagai NGO yang sah, mereka boleh letakkan Bersih di bawah mana-mana biro dalam parti politik, misalnya PKR atau Pas. Bila jadi biro bawah parti politik berdaftar maka Bersih jadi "halal" dari segi undang-undang. Tapi Ambiga kata Bersih tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Jadi Bersih akan kekal haram selagi ia tidak didaftar.

Ambiga tahu perkara itu sebab dia seorang peguam. Tapi Ambiga cuba mempolitikkan isu Bersih. Dah tahu ia haram tapi berlagak nak mampus. Nak anjur Bersih dah lah tak mahu mintak permit konon dah dapat perkenan Yang Dipertuan Agong, lepas tu minta macam-macam lagi termasuk nak bertemu PM-lah, Agong-lah! Bila dah bertemu tak ada pulak nak serah memo!

Halooo... Ambiga tu siapa? Sultan ke? Agong ke? Bakal PM ke? Nak mintak itu ini. Kerajaan dah bagi kebenaran berhimpun kat stadium pun dah mujur ini nak mintak macam-macam lagi. Huh...!

Orang macam ni elok ikut kata Usop Wilcha je... kite bako je... kite bako je!

06 July 2011

Orang kaya mana kat Malaysia yang pakai kereta ni?

Kereta harga RM6.73 juta.... Gila!
Aku percaya ramai orang kaya-kaya kat Malaysia di luar sana yang meleleh air liur nak dapat kereta ni. Khabarnya kereta terbaru Bugatti Veyron ini berharga RM6.73 juta (AS$2.24 juta)  tak termasuk cukai kastam kalau dah bawak masuk Malaysia.

Erk... Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Mat Sabut pun kalau tengok kereta ni meleleh-leleh air liur. Maklum sapa pakai kereta ni, bukan takat China Doll semua doll-doll yang ada kat bumi Malaysia ini pun meraung-raung nak masuk sekali dalam kereta ni. Silap-silap ada artis yang sanggup mintak cerai dengan laki sebab nak memikat gerangan empunya kereta ni... Huhu

Dan aku percaya di kalangan Pemuda UMNO pun naik hantu cari projek sebab nak merasa memiliki Bugatti ni. Gila kau! Dapat projek buat jalan PIA/PIAS pun belum cukup nak beli kereta ni tau! Sekarang mana nak cekau projek yeop kalau Ketua Pemuda pun dah tak ada power!

Psssttt... Fasha Sandha pun menangis teresak-esak kalau dapat tahu Mat Sabu bawak kereta ni! Kih kih kih....

Kenapa Ambiga tak serah memo tuntutan kepada Agong?

Ambiga dipersoal kenapa tak serah memo Bersih ketika menghadap Agong?
Soalan yang bermain dalam benak fikiran ramai rakyat yang cintakan keamanan ialah KENAPA AMBIGA TAK SERAH MEMO TUNTUTAN BERSIH KETIKA DIA MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG? Kenapa dia menghadap hanya untuk memohon mengadakan perhimpunan Bersih sedangkan perhimpunan Bersih diadakan bagi menyerahkan tuntutan berhubung pilihan raya kepada Agong?

Memang pelik bin ajaib! Apakah ketika Ambiga mengadap Yang Dipertuan Agong selepas baginda menitahkan agar tidak mengadakan demo haram di jalanan, memo tersebut masih belum disiapkan atau sememangnya TAK ADA PUN MEMO tersebut!

Pelik kan? Aku nak tanyalah puak-puak yang pro-Bersih ni, kenapa ya peluang untuk menyerahkan memorandum terus kepada Yang Dipertuan Agong tidak dimanfaatkan? Sedangkan bukan senang rakyat marhain nak menghadap  baginda semata-mata nak bagi tahu "patik memohon mengadakan demonstrasi jalanan, Tuanku!"

Kenapa ya... kenapa? Apakah ini mengesahkan lagi bahawa memo tuntutan pilihan raya bersih dan adil hanya permainan wayang untuk mengelabui mata pihak berkuasa dan rakyat tetapi realitinya Bersih adalah usaha menjatuhkan Najib Tun Razak dan kerajaan BN yang dipilih rakyat melalui demonstrasi jalanan sepertimana rakyat Mesir menjatuhkan Hosni Mubarak?

Kalau macam tu, elok kerajaan tak perlu adakan PRU-13 tetapi kita sama-sama pakat berdemo di jalanan saja. Buat macam di Thailand puak-puak pakai baju kuning lawan dengan puak-puak baju merah. Meh pakat lawan dan tengok siapa menang dia boleh memerintah negara! Yup, apa masalah... kalau negara musnah pun ia atas nama demokrasi. Kalau rakyat susah pun apa masalah sebab ini (konon) tuntutan rakyat, suara rakyat.

Apa peduli... Kalau agak-agak polis dan tentera tak boleh kawal, kita panggil tentera Bersekutu AS, Britain dan Perancis atau panggil tentera NATO atau kalau jauh sangat panggil saja Tentera Singapura jaga negara kita. Tak pun panggil tentera pengaman PBB! Apa susah... camna?

Opss.. jangan tanya mana Anwar! Dia dah berlazat-lazat makan angin di luar negara. Jangan juga tanya Nik Aziz pun sedang berseronok makan angin di seberang laut. Mana Mat Sabut, Ambiga, Lim Kit Siang, Karpal Singh... Oh... mereka sedang berseronok tengok berita kat TV di rumah masing-masing bersama anak bini tentang rusuhan rakyat paling dahsyat di abad ini!!

Dan yang bergelimpangan di jalanan ialah orang MELAYU dan ISLAM yang bodoh dan tolol....!!

Mat Sabut diminta bawak teksi kat KL....

Kalau Mat Sabut bawak teksi gamaknya inilah jadiknya... Hik hik hik!
Hik hik hik... Ada hamba Allah suruh Mat Sabut sewa teksi dan pandu sendiri untuk cari penumpang kat KL kalau dia kata demo Bersih yang tak jadi itu boleh menambah jumlah penumpang teksi dan meningkatkan keuntungan bagi peniaga di sekitar KL. Baca selanjutnya di sini...!!

Tapi aku rasa Mat Sabut tak boleh bawak teksi. Takut nanti dia asyik duk pusing area Bukit Bintang dengan Chow Kit saja. Maklum kat situ ramai awek-awek seksi nak menumpang naik teksi terutama sebelah malam menghala ke pagi. Ish.. tak boleh... tak boleh! Mat Sabut tak kuat iman. Silap nanti teksi lain yang dibawaknya...

Hehee... Jangan... jangan! Jangan carik pasal suruh Mat Sabut bawak teksi. Nanti teksi ke mana apa ke mana. Lagi pun Mat Sabut kalau bawak teksi bukan nak cari duit pun. Dia nak buat kebajikan saja... sesuai dengan perjuangan partinya sekarang. Demi kebajikan akan aku lakukan apa saja! Huhuh...

Mat Sabut oh Mat Sabut... Kalau kau bawak teksi aku ingat ramai yang masuk teksi kau pakai seksi, keluar teksi kau pakai purdah. Sebabnya kena kuliah dik Mat Sabut. Atau mungkin saja masuk teksi pakai purdah, keluar pakai seksi... wakakaka... Kalau macam itu payah!!

Apa pun jangan sesiapa cabar Mat Sabut bawak teksi sebab risikonya tinggi...!! Takut nanti selepas video mamat tu, akan tersebar pula video Mat Sabut pulak! Lagi bahaya... ! Mat Sabut tak kuat iman yeop!

05 July 2011

Saya telah diberi kuasa dan mandat oleh jin....!!!

Klik imej untuk saiz sebenar! Lawak siot...!!

Emel ini masuk mail-box aku 1 Julai lepas tapi baru pagi ini aku buka dan baca.... Kelakar gila...!!

Meh bandingkan penghantar emel ini dengan penganjur perhimpunan Bersih 2.0.... Ada persamaan tak? Hehe... kalau pengirim emel ini telah diberi kuasa dan mandat oleh JIN tetapi penganjur Bersih kata dia telah diberi kuasa dan mandat oleh rakyat (rakyat mana tak tahulah)... Eloklah! Sama tapi tak serupa...!

Aku percaya ramai orang kita terutama umat Melayu akan taksub dengan emel ini. Aku percaya ramai yang yakin dan percaya dengan kata-kata hikmat si pengirim ini. Dan aku percaya ramai yang sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan khidmat si pengirim emel ini. Begitu percayanya mereka terhadap si pengirim ini, sama dengan percayanya mereka kepada penganjur Bersih 2.0...

Begitulah nasib umat Melayu... mudah ditipu!

Lega! Perhimpunan haram dibatalkan...

Inilah stadium yang akan dibersihkan oleh puak-puak Bersih 2.0!
Aku percaya seluruh rakyat menarik nafas lega selepas semua perhimpunan haram yang dicadangkan pada Sabtu 9 Julai ini dibatalkan. Baik perhimpunan Bersih, Patriot ataupun Perkasa telah membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi ini. Lega....

Rakyat seluruh negara menjunjung titah Yang Dipertuan Agong kerana atas titah baginda nampaknya semua pihak yang selama ini berdegil untuk mengadakan demonstrasi haram itu, akhirnya akur. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan seorang Yang Dipertuan Agong yang prihatin tentang keadaan rakyat jelatanya. Daulat Tuanku!

Dan aku mengalu-alukan cadangan Ambiga untuk mengadakan perhimpunan Bersih di sebuah stadium bagi menggantikan perhimpunan jalanan. Cuma aku harap janganlah buat kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Kesihan dengan rumput stadium itu baru nak tumbuh. Kalau buat demo di situ habislah rumput-rumput tu kena lenyek sedangkan kita ada sekurang-kurang tiga perlawanan bola sepak penting di situ sehingga akhir bulan ini.

Bukan apa... Aku risau kalau padang Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dah jadi macam sawah bendang, kesianlah para pemain Liverpool, Arsenal dan Chelsea yang tak pernah main dalam padang ala-bendang. Takut pula bila mereka kalah kepada skuad negara, ada pula alasan yang mereka nak kasi! Hehehee...

Pilihlah stadium-stadium lain macam Stadium Merdeka ke, Stadium Shah Alam ke... atau tak pun Stadium  Batu Kawan nun di Pulau Pinang.

Apa pun aku harap pihak berkuasa tidak berhenti meneruskan usaha membongkar kegiatan pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dari demo Bersih untuk menyebarkan fahaman komunis dan kegiatan subversif seperti didedahkan dengan penemuan senjata dan bahan letupan di sekitar Kuala Lumpur.

04 July 2011

Rajagobal patut ajar taktik menipu dalam kotak penalti!

Kalah tapi mara... Tahniah!
Kesian aku tengok skuad Harimau Malaya ketika lawan Taiwan di Taipei petang semalam. Main dah bagus, dua-dua gol memang cantik taraf EPL tapi sayang kita kalah dengan "taktik menipu" oleh pemain Taiwan dan kelemahan pengadil perlawanan. Nasib kita baik sebab kita jaring dua gol di tempat lawan.

Aku tahu ramai yang salahkan pengadil Vietnam  yang menyebabkan kekalahan Malaysia yang memberikan tiga sepakan penalti dengan satunya diselamatkan oleh penjaga gol kita. Kalau tidak memang kita bungkus habis. Tapi aku tak salahkan pengadil tetapi sebaliknya kebijaksanaan para penyerang Taiwan yang mencari sepakan penalti dengan menjatuhkan badan mereka dalam kotak penalti.

Aku rasa Rajagobal patut ajar anak-anak buahnya terutama para penyerang negara bagaimana nak menipu dengan menjatuhkan badan dalam kotak penalti. Aku percaya itu tidak salah sebab penipuan ini diamalkan oleh banyak pemain profesional baik di Piala Dunia atau kelab-kelab di liga utama dunia.

Dan aku yakin para pemain Taiwan juga telah dilatih untuk mendapatkan jaringan mudah menerusi sepakan penalti selepas mereka sedar mereka sukar nak tembusi pertahanan Malaysia dan nampaknya strategi Taiwan menjadi. Dan para pemain Malaysia jangan salahkan diri sendiri sebab mereka tidak bersalah.

Aku tengok beberapa kali penyerang negara sudah berada dalam kotak penalti tetapi tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan badan, walaupun acap kali juga mereka diasak oleh pertahanan Taiwan. Aku percaya, dengan teknik yang betul menjatuhkan badan apabila "disentuh" pemain lawan, sudah pasti ia akan diterima pengadil dan pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti.

Dan nak menipu dengan menjatuhkan badan perlu teknik yang betul sebab jika tak betul dan ia dapat dikesan oleh pengadil, sudah pasti buruk padahnya, sekurang-kurangnya diberikan kad kuning!

Pun begitu, pada perlawanan semalam bukan tak ada kelemahan di pihak pemain kita. Paling ketara nampak sangat gandingan Hadi Yahya dan Idham Talaha tak ngam sampaikan hampir sebahagian besar masa perlawanan kedua-dua pemain ini tenggelam dan mereka jarang-jarang dapat bola. Begitu juga pemain tengah, kurang menghantar bola ke kedua-dua penyerang ini.

Apa pun aku ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya sebab terus berjuang dan terus berjuang. Selepas ini aku harap anak-anak buah Rajagobal tidak banyak masalah untuk membenam Singapura pada pusingan kedua nanti.

Malaysia Boleh!!

02 July 2011

Pas marah khutbah kecam Bersih? Wakakakakaa.... Maharaja Lawak siot!!

Kuda pun gelak gila babi....!!
MUAHAHAHAH... hahahaha... puak-puak Pas buat lawak taraf Maharaja Lawak bila duk hentam  UMNO apabila tok-tok imam seluruh negara membaca khutbah kecam Bersih pada solat Jumaat semalam. Ada pemimpin Pas marah-marah sebab kerajaan guna masjid untuk berpolitik!

(Teks khutbah Jumaat 1/7/2011 untuk Masjid-masjid di seluruh KL di sini!)

HAHAHAHAHA.... Oiiiikkk... Korang mabuk ke sampai buat kenyataan tahap cipan? Sebabnya, satu... bukankah puak-puak Pas yang sekian lama sejak sebelum merdeka lagi menggunakan masjid untuk menyebarkan fahaman sesat korang? Bukankah setiap minggu dan setiap malam puak-puak Pas berceramah di masjid-masjid dan tiap kali Jumaat korang juga guna khutbah untuk hentam kerajaan? Kenapa korang boleh tapi bila kerajaan minta para jemaah Jumaat jangan sertai perhimpunan haram, korang kata kerajaan guna masjid untuk berpolitik? Bukan selalu... cuma sekali ni je!

WAKAKAKA... Keduanya, aku nak tanya, apahal plak tok imam beri nasihat jangan sertai demo Bersih dan hentam Bersih kata itu perbuatan haram kerana memecah-belahkan umat Islam kau kata itu berpolitik? Bukankah korang sendiri yang menyatakan perhimpunan Bersih bukan perhimpunan politik melainkan perhimpunan rakyat? Apakah bermakna korang akui bahawa Bersih adalah bermotif politik semata-mata dan bukan sebab lain?

WOIH.. korang puak-puak Pas termasuk para blogger upahan Pas yang pandai cakap mengalahkan Ibnu Khaldum, apakah korang ni sedar diri tak yang korang tu macam ketam yang nak mengajak anaknya berjalan betul walhal korang sendiri berjalan senget? Wahahaha... Kesianlah siapa yang pilih korang jadi pemimpin mereka...

WAKAKAKA... Eloklah dengan Tok Guru selipar Jepun yang makin meracau, dengan ostat-ostat penjilat bontot Anwar yang berlendir sampailah profesor-profesor tak berapa nak masak. Mereka semua dua kali lima yeop! Bodoh tak bleh nak diajar, ceredik tak bleh nak mengajar...! Payah...!! Elok sangatlah korang ni.

Psst... Bila Aziz Bari nak jadi Naib Canselor ni? Profesor yang tak masak ni layak jadi cikgu tadika jeh! 

01 July 2011

PSM=PKM! Bukti dah banyak... Apa tunggu lagi? (Updated!)


TERKINI 2/7/2011: 
Polis dah bertindak! Enam termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayaai terlibat dalam kegiatan subversif! Ramai lagi dikhabar sedang menunggu masa untuk dikenakan tahanan serupa! Tahniah PDRM!!

POS ASAL:
Polis dah temui banyak bukti terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cuba nak hidupkan semula fahaman komunis di negara kita. Dan aku percaya bahagian risik PDRM dan ATM mempunyai bukti yang kukuh tentang hubungan mesra antara PSM dan PKM. Jadi, nak tunggu apa lagi?

Sepatutnya para pemimpin mereka sudah boleh dibawa ke Kemunting dengan Blackmaria sebab berhubung dengan PKM apatah lagi membawa bersama poster-poster dan risalah pro-komunis telah cukup kuat bagi kerajaan untuk menggunakan ISA ke atas mereka. Kenapa KDN tak berani nak gunakan ISA ke atas mereka yang cuba menghidupkan komunis ini, sedangkan mereka yang berkaitan dan Jemaah Islamiah (JI) cukup pantas diheret ke Kemunting.

Nampaknya KDN seolah-olah double-standard dalam menggunakan akta tanpa bicara ini sedangkan kita semua tahu fahaman komunis jauh lebih bahaya berbanding JI. Apakah menteri yang jaga KDN tidak berani bertindak ke atas mereka yang pro-komunis kerana mereka kebanyakannya bukan orang Melayu sedangkan pengikut JI pula orang Melayu dan beragama Islam.

Tolonglah! Pihak polis sepatutnya sudah bertindak membersihkan kumpulan ini kerana kita semua tahu PSM atau nama asalnya PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia) adalah parti yang lahir daripada gerakan PKM ini. Jadi adalah amat tidak munasabah andai kerajaan masih teragak-agak untuk menggunakan peruntukan yang ada untuk mengheret para pemimpin parti ini ke Kemunting.

Jangan sampai isu ini semakin dipolitikkan oleh pihak-pihak yang memang mencari salah kerajaan. Kalau memang benar wujudkan usaha menghidupkan fahaman komunis menerusi PSM dan kemudiannya cuba disebarkan menerusi demonstrasi Bersih, ia sepatutnya segera dituntas!

Tolonglah! Keadaan negara semakin tidak menentu selepas satu demi satu isu menggoncang negara timbul yang menuntut ketegasan yang lebih jitu di pihak KDN dan pihak polis.

Kita tahu kalau Menteri Dalam Negeri lebih banyak memberi amaran demi amaran dan kita juga perlu terima hakikat bahawa Ketua Polis Negara sekarang orang yang baik dan lemah lembut. Tetapi jangan sampai isu-isu melibatkan usaha menghidupkan komunismes di kalangan rakyat pun masih mahu berlembut. Berlembut kena pada tempatnya....

Jangan sudah terantuk baru nak terngadah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...