27 August 2011

Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!!

Tahniah Mat Sabun kerana akhirnya membuat pengakuan terbuka bahawa engkau memang penyokong tegar komunis. Pengakuan bahawa komunis adalah pejuang sebenar berbanding orang-orang polis yang mempertahankan Bukit Kepong telah meletakkan Mat Sabun setara Chin Peng dan Rashid Maidin! Tahniah.. tahniah...! Akhirnya Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam tetapi kini memperjuangkan komunis pula.

Pun begitu aku begitu sedih sebab dalam bulan Ramadan dan kita bakal menyambut 1 Syawal, Mat Sabun bercakap tanpa memikir hati dan perasaan anak cucu polis Bukit Kepong kerana mendakwa mereka adalah tali barut penjajah British manakala komunis yang serang dan takluk balai polis Bukit Kepong pula adalah pejuang sebenar.

Apakah Mat Sabun tak ada hati perut sehingga sanggup mengguris hati dan perasaan para pewaris polis di bawah ini yang berjuang mempertahankan tanah air?

Mat Sabun kata mereka ini mati kerana pertahankan British...

Para pejuang Melayu yang pertahan Bukit Kepong dinista oleh Timbalan Presiden Pas!

Tapi sebenarnya aku faham kalau Mat Sabun tiba-tiba berubah perjuangan daripada mempejuangkan negara Islam kepada menyokong perjuangan komunis. Pertama sebabnya dia memang bodoh. Tak sekolah tinggi, tak faham sejarah. Kedua sebab dia memang sedang berkawan dengan komunis dan bersama-sama para komunis untuk menakluk Putrajaya.

Mat Sabun boleh bebas bercakap sebab mulutnya memang berbau tahi. Tapi apakah perasaan anak cucu para pejuangan bila melihat bapa atau datuk mereka dibakar hidup-hidup seperti ini oleh "pejuang" kebanggaan Mat Sabun aka komunis ini? Lihatlah sebahagian mayat-mayat yang rentung terbakar bersama balai polis Bukit Kepong. Tapi Mat Sabun tak peduli itu semua...


Gambar-gambar sebenar orang Melayu yang dibakar hidup-hidup oleh komunis ketika mereka mempertahankan Bukit Kepong.

Mat Sabun oh Mat Sabun... Makin lama semakin ketara ketololan Mat Sabun. Inilah pemimpin pilihan Pas. Tahniah kerana PRU-13 nanti Pas akan tumbang satu persatu kerana ketololan para pemimpin mereka.

23 August 2011

Khalid dah jadi Hang Jebat Selangor.....?

Ayoyo..! Sultan sudah murka sama ini pembesar negeri....
Khalid Ibrahim ternyata berbohong apabila menyatakan Sultan Selangor menasihatkan kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura bagi membincang soal siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama tetapi hakikatnya perkara itu tidak berlaku.

Ekoran pembohongan itu, Sultan Selangor sudah murka terhadap Menteri Besarnya. Wah.. wah... wah...!! Sejarah sudah tercatat di negara Tanah Melayu apabila ada pembesar negeri sudah mendurhakai sultannya. Apakah sejarah penderhakaan Hang Jebat di Melaka berulang di Selangor?

Aku faham kalau Khalid cuba bersikap lembut terhadap DUMC yang didakwa membawa beberapa remaja Melayu untuk menukar agama dengan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dengan penglibatan JAIS, mufti dan para paderi DUMC. Sebabnya tentulah nak menunjukkan bahawa kerajaan Selangor "adil dan telus" terhadap semua agama. Majlis Penasihat Syura ni macam jawatankuasa khas membincangkan isu agama ini. Sebabnya tentulah nak jaga hati rakan-rakan DAP dalam kerajaannya.

Tapi menggunakan nama Sultan Selangor bagi "menghalalkan" usahanya itu adalah sangat tidak wajar. Aku tidak pasti sama ada undang-undang batang tubuh negeri Selangor ada memberi kuasa kepada tuanku untuk memecat atau menarik balik kuasa Menteri Besarnya. Kalau tak ada, selamatlah Khalid. Sebabnya ini bukan kali pertama Khalid yang pernah melingkupkan Guthrie ini "menggunakan" nama sultan dalam menyelesaikan isu-isu hangat di negeri itu. Tetapi kes libatkan gereja-JAIS ini benar-benar membuka tuanku murka.

Jadi kepada rakyat negeri Selangor, apakah kalian masih lagi mahu bertuankan Menteri Besar dari pakatan haram jadah ini? Apakah kalian mahu ber-MB penderhaka macam Khalid Ibrahim ini? Kalau tak mahu atau sudah serik, apa lagi PRU-13 ni pakat tolaklah mereka dalam lubang tahi!

Selamatkan Selangor!

19 August 2011

"Ali Setan" persoal Rukun Negara, perlekeh Agong?

    Salah satu babak filem Ali Setan lakonan Azmil dan Ogy
    Ingat pelakon Ali Setan? Alaa filem kisah nakalnya remaja tahun 80-an yang dilakonkan bersama Ogy Ahmad Daud tu... Siapa namanya? Oh Azmil Mustafa. Hemm... Aku pernah baca dulu dia masa muda nak baca al-Fatihah pun tak pandai, sampailah dia sedar diri dan mula belajar agama. Sekarang dia khabarnya tinggal kat Syria untuk mendalami agama.

    Baguslah! Tapi yang tak bagusnya bila dah pandai sikit mula nak tunjuk hebat seolah-olah orang lain tak betul cuma dia saja betul.

    Terbaru aku dimaklumkan seseorang, malam tadi si Ali Setan atau Azmil ini telah berceramah di Kampung Melayu Subang dan dalam ceramahnya itu dia siap persoalkan Perlembagaan Negara, Rukun Negara dan memperlekehkan Yang Dipertuan Agong.

    Dia juga mempersoalkan pertemuan Najib dengan Pope dengan mendakwa ada niat lain di sebalik pertemuan itu. Azmil juga acap kali sebut Melayu bodoh dan tak ada telur serta menganggap DEB sebagai Dasar Ekonomi Bodoh. Ish ish ish...


    Ali Setan sekarang...
    Kalau betullah dakwaan ini, aku cukup kesal dengan si Ali Setan ni. Sekarang ini aku tengok dah makin menjadi-jadi artis-artis yang baru kenal sejadah lantang bercakap soal agama dan mula meninggikan hidung seolah-olah mereka sahaja pandai dan orang lain bodoh belaka.

    Aku tak kata mereka tak bagus bila berubah daripada "hanyut dalam dunia glamor" kepada menjadi warak dan beriman, tapi tolonglah jangan nak burukkan orang lain dan melihat orang lain semua tak betul. Mereka tidak sepatutnya terpengaruh cara ceramah pemimpin politik pembangkang.  Mereka semua melihat kebenaran itu dilihat dari sudut politik. Semua kerajaan buat tak betul waima membina masjid sekalipun. Tapi mereka saja betul walaupun sepanjang perintah negeri, satu masjid pun tak mampu nak bina. Tak tahulah pulak kalau mereka ini semua penyokong politik pembangkang!

    Dan sekarang ini aku pun tengok dah jadi trend pula bagi pihak pembangkang khususnya Pas yang mengheret selebriti-selebriti sedemikian untuk berceramah di seluruh pelosok kampung, diberi gelaran "ustaz" atau "ustazah" dan kemudian bercakap pasal hukum-hakam agama sedangkan selain kedalaman ilmu masih boleh dipersoal, mereka juga tiada sebarang tauliah pun.

    Aku tahulah Pas lakukan ini  semua untuk melariskan ceramah mereka yang khabarnya kini semakin kurang dapat sambutan di kalangan anak muda. Jadi dengan adanya selebriti-selebriti ini mudah-mudah anak-anak muda kembali ke ceramah-ceramah Pas dan mudahlah bagi Pas menanam doktrin mereka di kalangan mereka.

    MTB: Kagum dengan cara Cat Steven berdakwah. Tak ada pun nak kutuk atau hina orang lain!

    18 August 2011

    Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh?

    Ok... Umat Islam di Pulau Pinang mengalah berhubung mendendangkan ayat-ayat al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum masuk Subuh. Khabarnya di Perlis pun. Selain alasan perkara tersebut dianggap bidaah, ia juga bagi mengelak mengganggu umat bukan Islam dan orang Islam sendiri yang nak tidur.

    Tapi boleh tak kaum Cina diminta menghentikan pasang mercun pada malam Tahun Baru Cina atau malam Chap Goh Meng?

    Aku percaya kalau arahan larangan itu dikeluarkan, mahu keluar mata merah dan urat leher Teresa Cock, Ronnie Ulut , Lim Guan Eng, Chua Soi Lek, Koh Sukun dan kaum-kaumnya kepada kerajaan. Biasalah alasannya itu adalah adat resam nenek moyang mereka. Mana boleh hentikan?

    Sekarang ini umat Islam di Malaysia ini terlalu menjaga hati dan perasaan kaum bukan Islam berhubung banyak hal. Baik soal azan, soal baca Quran, tulisan jawi bahkan sampaikan hal-hal umat Islam dimurtadkan pun masih lagi nak jaga hati mereka. Bukan sahaja Pas, malahan kadang kala kerajaan BN ikut sama, cuma tidak sampai melampau-lampau macam Parti Islam Semalaya tu!

    Tapi apakah mereka akan menjaga hati kita? Apakah mereka mengambil kira umat Islam dan orang Melayu yang nak tidur apabila tiap kali tiba malam Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meng? Apakah mereka tidak akan bakar mercun dan berdentam-dentum sehingga pagi dengan alasan demi menjaga tidur orang Melayu dan Islam? Potong kuku hitam mereka tak pernah peduli pun...!!

    Siapa kita nak arah-arah mereka "membuang" tradisi nenek moyang mereka soal bakar mercun? Bukankah bangsa mereka mempunyai hak dan asasi? Mana boleh disentuh, apatah lagi soal adat resam. Tapi bila libatkan Melayu dan Islam mereka turut menjerit-jerit terpekik- terlolong marah dengan pelbagai alasan yang tak masuk akhir tapi akhirnya kita juga yang akur dan mereka bersorak gembira!!

    Percayalah negara semakin diambang kemusnahan dik dua tiga umat Melayu dan Islam yang melacurkan agama, bangsa dan negara. Tiada dua tiga umat ini aku percaya Malaysia makmur dan semua kaum saling menghormati kaum dan agama lain...!!

    16 August 2011

    Ramadan Delight babi... The Star digantung, KP dipecat?

    Sisipan khas The Star 10 Ogos. Ramadan Delight bro!
    Wow...!! Garangnya Menteri Dalam Negeri kita sejak dua menjak ni. Lepas amaran demi amaran kepada puak-puak yang menhuru-harakan negara, semalam menterinya lancarkan perang ke atas sindiket pemerdagangan manusia... (baca di sini!) Eeee takut!

    Hari ni menteri KDN itu bertindak lagi ganas beb! Sampai kecut telor aku dibuatnya. Manakan tidak The Star yang bagi sisipan khas Ramadan Delight dengan menu-menu daging babi dan arak TELAH DIGANTUNG PERMIT manakala Ketua Pengarangnya telah DIPECAT serta-merta. Ini ekoran tindakan The Star yang jelas-jelas menghina umat Islam dengan menerbitkan sisipan daging babi untuk jamuan berbuka puasa itu.

    Huhuuu.... Sabar... sabar....!! Itu semua sebenarnya tak berlaku sebaliknya inilah tindakan yang diambil oleh sepupu Najib terhadap surat khabar yang acap kali juga duk hina orang Islam ni dan nampak propembangkang, walaupun ownernya MCA!

    Nak tahu apa tindakan Hisham terhadap akhbar The Star dan Ketua Pengarangnya? Baca laporan Bernama di bawah!



    bawah lagi...













    bawah sikit lagi








    lagi sikit
















    sikiiittt... lagi











    ni dia!

    Tolong sesiapa boleh terangkan maksud kenyataan Hisham yang aku berikan kotak merah tu sebab aku memang tak faham apa yang dia cakap. Aku yakin wartawan yang ambil berita ni pun tak faham....

    Tapi nak tanya jugak Hisham apa maksud "kita buat sesuatu untuk turunkan suhu kemarahan.." tu? Kita tu ditujukan kepada siapa? UMNO? KDN? Kerajaan? Habis The Star buat apa? Apakah selepas ini The Star edar bubur lambuk kepada orang Islam di tepi jalan atau beri sumbangan kepada anak yatim, maka itu sudah dianggap "melakukan sesuatu" untuk menurunkan suhu kemarahan? Cukupkah??

    Tolonglah Hisham...!! Kalau nak jadi pemimpin politik yang hebat, susunlah percakapan itu biar teratur dan mudah difahami. Bukannya main balun saja sampai yang mana hujung dan yang mana pangkal pun kita pun dah tak faham.

    Dan tolonglah keluarkan telur tu... Jangan duk kepit dicelah peha sampai masam!

    Psstt... Kawan-kawan media aku pernah bercerita... kata mereka dulu mereka sakit kepala setiap kali buat liputan Pak Lah sebab percakapannya tak ada isi. Masa Anwar pula, guna bahasa Inggeris yang super bombastic sampai wartawan Mat Saleh pun tak faham apa dia cakap apa lagi wartawan Melayu. Si Hishammuddin pula bercakap lintang-pukang dan bercampur-aduk sampai sampai tak tahu mana hujung mana pangkal.

    MTB - Nasib baik aku hanya kerani cabok!

    Keh keh keh... Rupanya Baginda cuma mimpi basah...

    Ummi bersumpah tak pernah berhubungan seks dengan Baginda
    Baginda Minda yang sebelum ini mewar-warkan bahawa dia ada bersetubuh dengan Ummi Hafilda rupa-rupannya hanyalah bermimpi basah menyetubuhi gadis ini. Sebabnya hari ini Ummi Hafilda bersumpah laknat bahawa dia tidak pernah sama sekali melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Baginda.

    Ummi dalam pengakuannya di Mahkamah Kuala Lumpur, bersumpah...
    “Wallahi, Wabillahi, Watallahi… Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda. Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat.” 
    Kawan aku ada bisik mungkin juga selama ini Baginda "gila bayang" kat Ummi sampaikan masa dia berhubungan seks dengan orang lain pun dia membayangkan Ummi Hafilda. Tak pun masa dia mel**cap. Sebab itu dia ingat dia pernah "main" dengan Ummi walhal tak ada pun...!

    Opss!! Tak berani aku tuduh atau "cakap kotor" bulan-bulan puasa ni!

    Tapi aku percaya puak-puak sebelah sana akan pusing 360 darjah kisah dalam kain Ummi ini dengan Baginda. Macam-macam spinning story bakal kita baca dan dengar lepas ni. Tak caya tunggulah! Tambahan pula mereka cuba alihkan perhatian rakyat dari isu gereja dan JAIS yang sekarang ini membakar bontot puak-puak Pas.

    Hehe... Bila Saiful dakwa Anwar liwatnya mereka bermati-matian kata itu semua fitnah dan perlu kemuka 4 orang saksi. Malah Anwar berzina dengan pelacur Cina yang lengkap dengan rakaman video pun mereka tak mahu terima. Tapi bila Ummi Hafilda dituduh berzina dengan Baginda, mereka pakat tepuk tangan dan bersorak girang. Dah tak ada lagi dah tuntutan 4 orang saksi. Malah kalau ada rakaman video pun mereka dah tak akan kata "besi tak boleh jadi saksi".

    Itulah puak-puak yang berserban sebesar tempayan tu....

    QPR milik Tony Fernandez, Genting taja Aston Villa

    Sah kelab BPL, Queens Park Rangers (QPR) bakal menjadi milik taukeh AirAsia, TS Tony Fernandez. Khabarnya proses pengambil-alihan saham QPR dapat diselesaikan minggu depan. Kelmarin, ketika QPR dibelasah Bolton 0-4, kelihatan kelibat Tony di tepi padang menyaksikan aksi pertama QPR di BPL musim ini.

    Nampaknya jutawan Malaysia semakin berminat untuk memiliki kelab-kelab BPL. Tapi pemilikan QPR oleh Tony mengesahkan penglibatan orang-orang ternama Malaysia dalam kancah kelab bola sepak dunia. Sebelum ini seorang lagi jutawan Malaysia, Vincent Tan sudah memiliki kelab Cardiff City yang bermain di Liga Perdana (Champions League). 

    Sebelum ini ada juga penglibatan syarikat Malaysia tetapi hanya melalui penajaan. Misalnya Proton pernah menaja Norwich City kalau tak salah dua musim manakala Tune Group, juga milik Tony Fernandes telah menaja para pengadil BPL sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

    Musim ini sebuah lagi syarikat Malaysia, Genting Group turut menaja kelab Aston Villa. Apakah ada lagi syarikat-syarikat Malaysia yang menaja atau memiliki kelab-kelab tersohor dunia? Mungkin...

    Namun disebalik keghairahan memiliki atau menaja kelab di luar negara, elok juga syarikat-syarikat atau jutawan-jutawan Malaysia ini menaja atau membeli kelab-kelab serta pasukan bola sepak tempatan. Sebab kelihatannya, pasukan bola sepak kita tidak dipandang langsung oleh jutawan atau syarikat tempatan.

    Lagi satu, kalau dah miliki kelab luar negara tu, apa salahnya tarik seorang dua pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan mereka. Kalau tak jadi pemain utama pun, letaklah sebagai pemain simpanan. Sekali-sekala beri peluang mereka beraksi. Sekurang-kurang boleh cari pengalaman dan kalau bermain baik dan setanding pemain di BPL, apa salahnya jadikan mereka pemain utama?

    Kita ada beberapa pemain yang boleh diketengahkan seperti Safee Sali, Syafiq Rahim, Khairul Idlan, Khairul Fahmi, dan beberapa pemain lagi. Betul bisnes tu bisnes juga tapi kalau mereka ini tak tolong anak-anak tempatan siapa lagi? Dah peluang miliki kelab luar negara apa salahnya jenguk beberapa pemain tempatan untuk diketengahkan di Eropah?

    Mungkin FAM boleh mainkan peranan untuk bekerjasama dengan para pemilik kelab-kelab BPL ni untuk membuka peluang pemain tempatan beraksi di England. Macam mana Tengku Abdullah or Annuar Musa?

    Emily Heskey dari Aston Villa dengan logo Genting Casinos pada jersinya ketika beraksi di BPL minggu lepas.

    15 August 2011

    Tiba-tiba nama Asyraf popular....

    Petikan rakaman video menunjukkan Asyraf dibelasah dan dirompak sekumpulan penduduk London!
    Tiba-tiba nama Asyraf Haziq begitu popular lantaran video klip yang memaparkan dia dibelasah dan dirompak ketika peristiwa demonstrasi ala-Bersih di London tempoh hari. Khabarnya video klip Asyraf hampir 3 juta orang menontonnya termasuk PM Britain, David Cameron. Mereka semuanya kutuk perbuatan ke atas anak muda berusia 20 tahun itu.

    Dan semalam ketika aksi perlawanan akhir Badminton Dunia, lama kamera TV memberi fokus kepada wajah Asyraf yang turut hadir memberi sokongan kepada Lee Chong Wei. Malahan khabarnya selepas perlawanan tersebut, Asyraf sempat diajak berbual oleh Datuk Bandar London.

    Yup... Nama Asyraf tiba-tiba meletup dan menjadi terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Great Britain, Eropah malahan di benua Amerika. Semuanya lantaran dia menjadi mangsa keganasan demonstrasi London.... Aku ingat kalau Asyraf dicalonkan pada PRU-13 nanti silap-silap boleh menang lantaran popularitinya.

    Heem! Jadi aku tahu dan faham kenapa ada mamat yang sanggup pura-pura mati ketika demo Bersih di KL tempoh hari. Dan aku juga faham kenapa ada pemimpin pembangkang yang sanggup mencari sebab untuk "dicederakan" pihak polis ketika demo Bersih tempoh hari. Semuanya kerana mereka mahu menjadi popular dan meraih simpati masyarakat dunia kalau boleh.

    Ini bukan jadi mangsa tapi cari pasal...
    Cuma bezanya Asyraf menjadi mangsa manakala puak-puak ini pula mencari pasal!

    Jadi pesan aku kepada puak-puak ini, kalau rasa nak popular elok benar time-time demonstrasi kat mana-mana di pelosok dunia korang hulurkan kepala kepada mereka. Mudah-mudahan anda dibelasah, dirompak dan pastikan semua aksi itu dirakam untuk dimuat dalam YouTube. Elok lagi kalau anda "hilang nyawa" sudah pasti lebih popular.

    Hehe...

    Psssttt... Ada yang tak puas hati sebab mereka belasah dan rompak Asyraf yang juga ahli Kelab UMNO London dan bukannya student probaju kuning atau Greenboc! hehe

    14 August 2011

    Masjid, surau di Pulau Pinang pakai sistem "sorround"?

    Pulau Pinang keluarkan arahan larangan masjid dan surau mendendangkan ayat-ayat al-Quran menerusi corong-corong pembesar suara sebelum masuk waktu Subuh. Arahan itu khabarnya hasil keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang. Ia mendapat sokongan Dr. Maza!

    Ok.. Aku tak mahu komen bab ini sebab ia menyentuh soal hukum-hakam.

    Cuma aku harap lepas ni kerajaan Pulau Pinang tak ada arahan supaya semua  masjid dan surau kat negeri itu pakai sistem sorround macam home-theater kat rumah aku. Pasanglah kuat mana pun suara tak keluar sampai ganggu jiran. Bila dah pakai sistem sorround tak adalah ganggu rakan-rakan bukan Melayu nak tidur dan orang Melayu yang rasa sakit telinga dengar suara orang mengaji atau azan pagi-pagi buta!

    Kat Singapork khabarnya masjid dan surau dah pakai sistem sorround. Bila mereka azan hanya kedengaran dalam masjid atau surau berkenaan sahaja. Bangunan yang bertempek dengan dinding masjid, surau tu pun tak dengar azan. Hebat teknologi mereka pakai. Lepas ni mungkin Exco jaga agama Islam kat Pulau Pinang boleh buat lawatan sambil belajar ke masjid/surau Singapork. Tengok macam mana mereka urus supaya tak ada "pencemaran bunyi" dari suara azan atau kaset mengaji.

    Erk.. Jangan lupa parti yang perintah Pulau Pinang ialah "anak" kepada kerajaan di Singapork. Jadi tak hairan kalau apa yang diimplimen kat negara seberang tambak itu akan dijadikan acuan dan ikutan kerajaan di seberang jambatan sana.

    Persoalannya siapa yang akan dapat kontrak supply sistem sorround untuk masjid/surau tu nanti yek? Apakah syarikat Ahmad atau Ah Chong?

    12 August 2011

    LIVE! Badminton Kejohanan Dunia di London! (Updated!)

    KEMAS KINI (13.8.2011):
    Datuk Lee Chong Wei mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2011 selepas menyingkirkan Cheng Jin dari China 21-12, 21-9. Inilah kali pertama Chong Wei ke peringkat akhir kejohanan sejak 2005. Lawan pada final nanti sama ada Lin Dan (China) atau Peter Gade yang akan bertemu pada perlawanan separuh akhir kedua awal pagi ini.

    Terus ikuti liputan langsung dari gelanggang di pautan di bawah!!


    Meh tengok live badminton Piala Dunia yang sedang berlangsung di London sekarang.! Tak perlu bukak Astro semuanya ada di sini..!! Hehehe..

    Klik pada pautan untuk tengok live perlawanan!!

    http://www.tournamentsoftware.com/livescore/scoreboard.aspx?id=E563A742-DF5A-44B0-8253-B53004FAEB4D

    Lepas gugur negara Islam, Pas sokong murtad pula?

    Pendedahan di http://screwkuat69.blogspot.com/2011/08/kronologi-kejadian-serbuan-jais.html... Apa kata Khalid Samad?
    Baca tajuk aku ni mesti orang hamPAS marah aku sebab duk kutuk parti mereka hehe... Mesti diorang kata bulan puasa kena jaga mulut dan hati nanti sia-sialah puasanya. Tapi niat aku baik yeop! Nak sedarkan puak-puak hamPAS ni betapa mereka semangut hanyut dibuai angin Putrajaya sampaikan tindakan-tindakan pemimpin mereka sudah semakin tidak tentu hala.

    Tahun1980-an dahulu Haji Hadi pernah keluarkan amanat yang mengkafirkan UMNO sebab bersekongkol dengan orang kafir (MCA dan MIC). Malah dia pun pernah kata darah orang UMNO halal. Sampaikan orang Islam berpecah belah begitu teruk sekali. Suami isteri bercerai berai, orang kampung bersembahyang Jumaat 2 imam, jenazah orang mati tidak diziarahi dan diuruskan lantaran perbezaan fahaman politik UMNO dan hamPAS.

    Amanat Hadi masih jadi pegangan Pas!

    Itu kisah 20 tahun dahulu. Dan hari ini Haji Hadi selaku Presiden Pas telah menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang diperjuang sekian lama dengan alasan tidak ada perkataan negara Islam dalam al-Quran. Yang ada ialah kebajikan. Maka hamPAS sekarang berjuang ke arah negara kebajikan.

    Baik... Aku masih boleh terima lagi kalau perjuangan Pas sekarang tak macam dulu sebab mereka kini telah berubah, telah mereformasikan diri mereka sepertimana mereka laung-laung slogan "Ayuh berubah...! Selamatkan Negara!". Aku faham semua itu ditinggalkan demi janji-janji muluk Ketua Pembangkang, dengan kibasan dan kipasan angin lalu DAP tentang harapan untuk menggapai Putrajaya.

    Tapi aku cukup tidak faham apabila hamPAS mula berlembut soal murtad dan akidah umat Islam. Apabila JAIS menyiasat kehadiran 12 orang Islam yang dipercayai sedang dimurtadkan, hamPAS sekadar mengambil langkah "menyiasat sendiri" laporan bekas Pesuruhjaya Pasnya di Selangor, Hasan Ali. Sama ada tidak percaya lagi kepada cakap Hasan Ali atau memang Hadi "tidak berani" nak becakap lebih tentang isu gereja sebab takut "kehilangan peluang ke Putrjaya" maka pelbagai alasan diberikan.

    Nama-nama yang hadir di DUMC...UMNO juga disalahkan!
    Ok. Nak jumpa JAIS dan pihak gereja untuk mendapatkan "gambaran sebenar" kejadian. Sampai hari ini belum ada khabar berita pertemuan itu diadakan. Betapa tidak seriusnya hamPAS dalam soal ini. Baik... hamPAS persoal "cara" JAIS serbu gereja yang disyaki sedang memurtadkan umat Islam, lalu apa lagi yang perlu dilakukan oleh JAIS dengan lebih berhemah?

    Ingat selama ini PAS cukup pantang soal Islam terutama berkaitan dengan UMNO. Apa yang UMNO tidak dituduh bila sebut soal Islam? Dikafirkan sudah, dicaci-maki dalam ceramah-ceramah seluruh negara sudah, didoakan pecat perut sudah... Konon sebab UMNO tidak berjuang untuk Islam dan orang UMNO mesti ditentang. Tapi bila orang Islam (cukup bukti) dimurtadkan di Selangor apa pemimpin hamPAS ini cakap?

    Hasan Ali dicerca dan kini Hasan Tantowi pula diserang hendap kerana semata-mata mereka mahu mempertahankan akidah umat Islam. Lalu apa sudah jadi dengan parti yang pernah kafirkan UMNO dahulu semata-mata konon nak pertahankan penubuhan negara Islam dan laksanakan hukum Hudud?

    Pesan aku kepada hamPAS, kalau nak berpolitik dan nak duduki Putrajaya, silakan tetapi jangan sesekali gadaikan agama Islam, al-Quran dan Hadis sebab aku tidak akan biarkan ia berlaku. Cukuplah orang bukan Islam semakin biadap dan berani terhadap umat Islam tetapi janganlah kerana Putrajaya, hamPAS lacurkan agama Islam, al-Quran dan Hadis untuk capai cita-cita politik!

    Cukup-cukuplah! Negara semakin hancur, umat Islam semakin kalut...!

    Bonus: Kerajaan pembangkang patut bagi 2 bulan!

    Pelik bin ajaib! Selama ini para pemimpin pembangkang terutama penasihat ekonomi Selangor duk hentam kerajaan BN (Pusat) pimpinan Najib konon tidak pandai urus ekonomi sehinggakan negara mengalami desifit teruk. Malah ikutkan kata penasihat ekonomi Selangor, Malaysia boleh jatuh bangkrup. Tetapi tang bagi bonus mereka pakat ikut kerajaan Pusat.

    Patutnya kalau kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mempunyai pemimpin negeri yang lebih hebat dalam menguruskan ekonomi negeri mereka, terutama Selangor yang mempunyai penasihat ekonomi tersohor dan teragung, mereka boleh beri bonus berkali ganda dari yang diberikan kerajaan Pusat.

    Maknanya kalau kerajaan Pusat bagi setengah bulan gaji, kakitangan awam negeri-negeri ini sepatutnya boleh dapat 2 bulan bonus. Barulah rakyat percaya bahawa pimpinan kerajaan pembangkang sekarang jauh lebih baik dari kerajaan Pusat atau ketika di bawah pimpinan BN dahulu. Ini tidak, bila pusat bagi setengah bulan, mereka pakat ikut sama.

    Tapi pelik dan ajaib jugak. Bab-bab lain mereka tak pulak nak ikut Pusat, tapi bila tang bagi bonus semua berbondong-bondong ikut. Kalau Najib kata dia nak kasi bonus 10 bulan gaji kat kakitangan awam, agak-agak mereka pun ikut sama tak?

    Ini menunjukkan sebenarnya kerajaan bawah pembangkang ni cakap je lebat tapi realitinya habuk pun tarak. Itu penasihat ekonomi Selangor, duk jelajah satu dunia sampai ke Indonesia, Filipina, Jerman... berapa banyak FDI yang dibawa ke Selangor sedangkan (khabarnya) kos dia ke luar negara dibiayai oleh kerajaan negeri? Tarak... cakap je lebat! Realitinya hampeh... perabis beras jeh!

    Hehe.. kesian! Melaka yang tak ada hasil mahsyur bumi pun boleh jadi negeri kaya-raya sebab kreativiti Ketua Menterinya tapi Selangor yang dulu jadi pusat tumpuan pelabur dengan segala mak nenek kilang di negeri ini tetapi makin menyusut pendapatannya.

    Dan kerana terdesak perlukan wang sampaikan segala aset Yayasan Selangor habis nak dilelong, digadai..! Hebat penasihat ekonomi Selangor!

    Psstt... Geng-geng penyokong baju kuning yang terpekik-terlolong kat FB, Twitter hari tu dah sonyap sunyi bila dapat bonus 1/2 bulan gaji... Hehehe... Itulah perjuangan mereka! Perjuangan tahi kucing!

    09 August 2011

    Guan Eng pasang impian jadi PM Malaysia...

    Promo LGE jadi PM....
    Nampaknya selepas Pulau Pinang, apek Melaka ini rupanya ada impian nak jadi Perdana Menteri pulak. Patutlah puak-puak DAP tak renti-renti duk attack Najib, UMNO, PDRM, SPRM, SPR, Utusan... rupa-rupanya mereka mahu merebahkan BN dan jika pembangkang menang, maka Lim Guan Eng mahu ditabalkan menjadi PM Malaysia.

    Hohoho... besar cita-cita Cina Melaka ni. Tapi ramai yang akan pandang sinis ciata-cita apek ni sebab kita akan rasa ah... dia bukan Melayu. Mana mungkin boleh jadi PM. Ia sudah tentu tidak akan diperkenan oleh Agung dan mungkin kita kata ikut Perlembagaan, PM mesti orang Melayu...!!


    FB 1Malaysia sokong Lim Guan Eng jadi PM Malaysia... !

    Tapi sebenarnya tak susah Guan Eng nak capai cita-cita nak jadi PM. Apabila BN tewas kelak, Anwar akan ditabalkan sebagai PM Malaysia ketujuh. Dan kemudian barisan Kabinet Anwar yang dimonopoli puak-puak kafir harbi DAP akan buat desakan supaya Perlembagaan negara dipinda dan letakkan frasa bahawa PM Malaysia tidak terbatas kepada orang Melayu dan bergama Islam.

    Bila Perlembagaan itu dah dipinda, Anwar akan dijatuhkan dengan cara yang sangat tidak terhormat iaitu dengan mencampakkannya ke dalam Sungai Buluh atas dakwaan meliwat. Ingat semua rahsia Anwar dalam tangan Karpal Singh selaku peguambelanya merangkap Pengerusi DAP. Pada masa itu Anwar dah tak boleh buat apa2 dah dan Agong pun dah tak boleh buat apa-apa. Maka Guan Eng dilantik sebagai PM berdasarkan Perlembagaan yang dipinda.

    Habis cerita....!! Masa itu orang Melayu akan jadi kaum Uigher di Selatan China yang hari ini mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadat puasa, tidak boleh berterawikh dan semua aktiviti keagamaan dilarang..!!

    Pas? Ohhh.. pemimpin Pas masa tu tengah jilat tapak kasut Guan Eng!

    08 August 2011

    Kerajaan BN (Benang Nipu) bayar bonus 1/2 bulan gaji!


    Kalau negara huru-hara kerajaan pun tak mampu bayar bonus!

    Hampesss...!! Kerajaan Benang Nipu (BN) yang menipu rakyat selamat lebih 50 tahun dan mengamalkan rasuah tahap menjijikkan hari ini mengumumkan untuk membayar bonus setengah bulan gaji kakitangan awam dan RM500 kepada pesara kerajaan.

    Lebih menjijikkan, kerajaan yang paling tidak demokratik berbanding Filipina dan Indonesia kerana menghalang rakyat berdemo untuk peliwat juga akan membuat bayaran bonus pertengahan bulan ini bersamaan dua minggu menjelang Hari Raya.

    Jadi jelaslah kerajaan Benang Nipu ni telah merasuah rakyat menjelang pilihan raya... eh maksud aku menjelang Hari Raya!

    Dilema beb! Patutkah aku dan kawan-kawan aku yang kerja kerajaan ni ambik duit rasuah Hari Raya itu sedangkan aku selama ini duk kutuk kaw-kaw, maki-hamun, caci-maki, sumpah-seranah dan meludah-ludah kerajaan Benang Nipu ni?

    Patutkah?

    Cukupkah dengan 25 orang saksi tu Anwar?

    Anwar tersenyum puas kerana dapat heret Najib dan Rosmah ke mahkamah...
    Anwar Ibrahim melangkah keluar dari Mahkamah Tinggi KL dengan senyum penuh kepuasan selepas permohonannya untuk memanggil semula 25 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk ditemu bual oleh pihak pembelanya dipersetujui oleh hakim. (Kalau ditolak... sebakullah hakim tu kena maki!!).

    Khabarnya pihak pendakwa menawarkan 71 orang saksi untuk ditemubual termasuk Wan Azizah tetapi barisan peguam Anwar hanya memilih 25 dan lima daripadanya sudah ditemubual sebelum ini.

    Tapi aku percaya daripada seramai itu sebenarnya Anwar hanya mahukan Najib dan Rosmah. Biarpun kedua-duanya tiada kaitan langsung dengan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari, tetapi mengheret PM dan isteri ke dalam "perbicaraan kes peribadinya" sudah memberi kemenangan kepada Anwar.

    Itulah Anwar. Tak dapat akar rotan pun jadi. Tak ada perempuan, lelaki pun jadi... heheh...!!

    Dan aku percaya selepas ini Anwar akan canang satu dunia sambil mendabik dada! Lihatlah dunia bahawa Najib dan Rosmah adalah perancang kosnpirasi liwat keduanya. Kalau tidak masakan hakim bersetuju dengannya untuk mengheret Najib dan Rosmah ke mahkamah!!

    Itulah agaknya gegak-gempita yang akan dikhabarkan kepada seluruh umat dunia. Siapa yang tak kenal Anwar Ibrahim. Pakar pencetus konspirasi dan pakar pusing tujuh keliling.

    Tapi aku percaya selain sengaja mahu membabitkan PM dan isteri di dalam kes ini dan nantinya akan dijadikan peluru untuk menyerang pasangan pemimpin ini, Anwar juga menggunakan alasan menemubual saksi termasuk dua bekas bibik yang kini sudah kembali ke Indonesia untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

    Di mana mahu mencari dua bibik tersebut? Maka gagal memanggil dua saksi itu akan menyebabkan mahkamah akan tangguh lagi dan lagi dan lagi dan lagi... perbicaraan kes liwatnya. Dan dia kemudian ke luar negara menuduh kerajaan pimpinan Najib sengaja melambat-lambatkan perbicaraan sehingga PRU-13 kerana mahu terus berkuasa dan takutkan Anwar.

    Peliknya daripada seramai itu saksi, dia tidak pula memanggil isteri dan anak-anaknya sedangkan mereka boleh mengesahkan alibi di mana dia berada ketika kejadian. Kenapa Wan Azizah dan anak-anaknya tidak dipanggil? Kenapa...??

    Itulah Anwar yang tak kenal puasa atau tak puasa akan terus berbohong dan berbohong... Kita tengok sampai bila Anwar akan boleh bertahan!

    05 August 2011

    "Mr. Bean" peminat kereta super-sport rupanya... Siapa sangka?

    "Mr.Bean" memandu McLaren F1 miliknya...
    Rupa-rupanya pelakon bawa watak "Mr. Bean", si Rowan Atkinson peminat kereta-kereta super-sport berkelajuan tinggi. Wow... Minatnya itu berbeza 360 darjah dari watak bodoh-bodoh sengal Mr. Bean yang dibawanya. Hebat... 

    Baca laporan berita "Mr.Bean" accident terbabas kereta ketika bawa McLaren F1 kat sebuah kampung di England! Pergh....

    LONDON, Aug 5, 2011 (AFP) - British comedy actor Rowan Atkinson, best known for playing the character Mr. Bean, suffered a minor injury after the supercar he was driving crashed and caught fire, emergency services said Friday.
    Car enthusiast Atkinson needed hospital treatment Thursday after the McLaren F1 car he was driving spun off the road near the village of Haddon, eastern England, before crashing into a tree and a lamppost.
    The 56-year-old walked away from the accident before firefighters arrived and put out the blaze.
    “We were called to the scene of a single vehicle collision on the A605 near Haddon at about 7.30 pm (1830 GMT) yesterday,” a local police spokesman said.

    “The driver of the vehicle, a man, was taken to Peterborough City Hospital.” 
    A police source confirmed the man involved was Atkinson. - AFP
    Moral of the story: Jangan nilai buku berdasarkan kulitnya...  Ramai manusia yang bertopengkan syaitan sekarang ini. Hooo... Hati-hati!

    Model kereta McLaren F1 milik Mr.Bean
    Salah satu aksi bodoh "Mr.Bean" dengan kereta mininya..

    Bayar fitrah di KL atau Selangor?

    Bayar zakat fitrah pun nak tengok parti mana perintah? Masya-Allah... - Gambar hiasan
    Seorang rakan sepejabat memberitahu bahawa dia akan membayar fitrah dia dan tanggungannya di Kuala Lumpur walaupun dia tinggal di Selangor. Katanya, sudah tiga tahun dia tak bayar fitrah kat negeri Selangor. Begitu juga dengan zakat-zakat lain. Semuanya menggunakan PPZ Wilayah Persekutuan.

    Aku tanya kenapa? Bukankah nilainya sama? Dia kata bukan soal nilai tetapi keyakinan. Rupa-rupanya dia tidak yakin dengan Pusat Zakat Selangor (PZS) terutama dalam pembahagian wang zakat fitrah setiap tahun sejak Selangor di perintah puak-puak Islam liberal dan kafir harbi.

    Dia kata kalau pelantikan SUK pun puak-puak ini campur tangan, urusan pentadbiran Unisel diorang control, aset dan harta benda Yayasan Selangor hampir habis digadai mereka, kerja-kerja JAIS pun nak dikuasai apatah lagi PZS yang kutip duit berjuta-juta tiap tahun. Huuu... panjang lebar alasannya.

    Kawan aku kata, dia tak yakin wang zakah fitrah di Selangor di bahagikan kepada asnaf yang betul-betul memerlukan. Takutnya siapa yang pangkah bulan, mata lebam atau roket terbang je yang akan dapat wang zakat. Yang lain-lain mereka buat tak nampak.

    "Sebab itulah aku rela bayar fitrah kat KL. Lagipun aku kerja pun kat KL. Kalau tak pun aku bayar kat kampung...." kata kawan aku dengan tegas.

    Erk... Tertanya juga aku berapa ramai yang bersikap macam kawan aku ni?

    03 August 2011

    Siapa kecewa bila Najib dah keluar hospital?

    DS Najib telah keluar dari Hospital KL setelah menjalani pembedahan lutut sejak hampir seminggu lepas. Seluruh rakyat menyambut gembira berita tersebut. Maklum PM yang mereka cintai sudah boleh kembali menjalankan tugas. Alhamdulillah...

    Tapi dalam ramai-ramai itu ada dua makhluk yang kecewa benar dengan berita ini. Yang seorang pernah doakan Najib pecah perut dan yang sorang lain tak putus-putus berusaha nak jatuhkan Najib dan rampas Putrajaya ikut jalan belakang.

    Dengan berita bahawa Najib sudah sembuh dan sudah keluar dari HKL hari ini sudah pasti kedua-dua makhluk ini tak puas hati sebab sepatutnya Najib dipotong sahaja kakinya supaya tidak boleh berjalan. Kalau dah jadi OKU senanglah makhluk-makhluk ini nak rampas kuasa dan duduki kerusi PM.

    Yelah, macam mana HKL boleh beri layanan istimewa kepada Najib. Sudah pasti ini adalah rasuah dan menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi. Ops... Kalau macam tu Mahpus dan Mat Sabun bolehlah jaja "penyelewengan" Najib ini di ceruk-ceruk kampung. Lihatlah betapa zalimnya Najib.

    Hehe... Itulah gamaknya dalam hati makhluk-makhluk ini yang nak sangat tengok Najib "mati" atau tak boleh lagi menjalankan tugas-tugasnya sebagai PM. Kalau lagu tu maka bolehkan puak-puak mereka (berangan) duduki Putrajaya pulak, atas nama suara rakyat!

    Dalam duk sibuk makhluk-makhluk ini duk harapkan berita tak baik dari Wad Diraja HKL, rupa-rupanya pada hari ini juga difahamkan MB Kedah, Azizan Razak kena berehat lama di IJN sebab jantungnya tersumbat. Wah... Bahaya tu! Takkan Kedah kena cari pengganti MB kut?

    Nik Aziz pun dikhabarkan kena kanser dan keadaan kesihatannya makin parah. Ops... Orang ni ke yang doakan Najib pecah perut? Erk... Kelantan pun? Ish... ish... ish... Puak-puak Pas patut kerah adakan solat hajat seluruh negara supaya Azizan dan Nik Aziz dan Harun Din dipanjang umur. Yelah daripada buat solat hajat nak selamatkan peliwat dan penzina, elok doakan kesejahteraan untuk para pemimpin kalian.

    02 August 2011

    Gempar...!! Naib Canselor Unisel letak jawatan?

    Gempar... Aku baru dapat SMS dari seseorang memaklumkan Naib Canselor Unisel, Dr Rosti Surowono letak jawatan serta merta mulai esok. Khabarnya dia tidak puas hati dengan arahan agar beliau memecat tiga pegawai Unisel yang tidak sebulu dengan kerajaan Selangor. Betul ke?

    Khabarnya Dr Rosti diarah pucuk pimpinan Unisel untuk memecat Pendaftar Universiti, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman serta Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel; Halid Hasbullah.

    Dulu tuduh kerajaan UMNO/BN kejam, sekarang mereka lagi kejam! Oh... Tok Guru pesan, pembangkang buat tak apa...!!

    Tahniah Khalid & Co.... Anda terbaik!

    Ketua pembangkang.. Kenapa Ku Li?

    Lawak memang lawak. Betul kata Nik Aziz. Sesiapa yang beri cadangan untuk lantik Tengku Razaleigh (Ku Li) sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim memang buat lawak di bulan puasa ni. Sebabnya mana mungkin Ku Li jadi ketua pembangkang sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen di bawah kerajaan BN. Wakakakaka....

    Siapalah punya idea nak lantik Ku Li ganti Anwar sebagai ketua pembangkang tu? Ketua pembangkang maksudanya sesiapa yang dilantik akan mengetahui barisan ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Parlimen. Macam mana Ku Li nak ketuai barisan ini sedangkan tempat duduknya pun bersetentang dengan kerusi barisan pembangkang?

    Ish... Kat dalam pembangkang tu memang dah tak ada orang lagi ke nak dilantik jadi ketua sampai perlukan "orang kerajaan" macam Ku Li? Bukankah pembangkang ada pakatan tiga parti yang diwar-war cukup hebat sebagai parti politik yang paling sepakat dalam dunia? Hai... takkan nak pilih ketua pun susah? Bukankah Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nizar Jamaluddin, Teresa Cock, Lim Guan Eng, Sivarasa dan puluhan lagi pemimpin mereka ada. Tengok tu si Mat Sabun pun dah setanding Anwar especially bab-bab berlakon dan berbohong! Lantiklah Mat Sabun tu... Kenapa nak lantik Ku Li jugak?

    Hihihi... Nampak sangat puak-puak pakatan ini dah tak percaya antara satu sama lain sampaikan nak cari ketua pun di kalangan orang "di luar pakatan". Patutlah mereka selama ini duk bergantung sepenuhnya kepada Anwar dan sanggup mempertahankan mamat ini bermati-matian. Rupanya itulah satu-satunya pemimpin mereka yang boleh jadi ketua. Hahahaha... kesian!

    Satu hal lagi. Kenapa sibuk-sibuk nak cari pengganti Anwar? Bukankah dia pemimpin maksum, maha suci dan maha cerdik. Dan kalau dia kena penjara pun, apa salah kekalkan Anwar jadi ketua pembangkang? Bukankah orang Pas, DAP, PKR tak peduli pun soal moral seorang ketua asalkan dia boleh membawa parti parti ke pintu Putrajaya, dia akan diangkat setinggi-tingginya.

    Kalau Ku Li setuju pun nak jadi ketua pembangkang, beliau kena lompat parti dan masuk mana-mana parti dalam pakatan baik Pas, DAP atau PKR. Tapi aku tak yakin Ku Li akan "menderhaka" kepada UMNO sekali lagi kerana tak ada sebab yang munasabah untuk dia melompat parti. Lagi pun tak guna dia lompat sekarang sedangkan pilihan raya umum dah tak lama lagi dah. Buang karen je beb!

    Jadi nasihat aku kepada mereka yang berusaha nak lantik Ku Li jadi ketua pembangkang, sudah-sudahlah buat kerja bodoh sebab tak akan bawa hasil pun. Hehehe...

    Nahas lori terbabas ketika menuruni bukit

    Sebuah lori tanah bermuatan batu hilang kawalan selepas brek kenderaan itu gagal berfungsi ketika menuruni bukit dari Hulu Langat di persimpangan Ampang Tambahan-Taman Putra. Lori tersebut terhumban dalam kawasan letak kereta di hadapan bangunan kedai di hadapan simpang tersebut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan disitu tertimbus batu.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam. Difahamkan kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di sini malah beberapa penduduk di kawasan itu memaklum sebelum ini sekurang-kurang dua kejadian lori terbabas dan terhumban di kawasan tersebut. Ada satu kes sampai terperosok di dalam kedai berkenaan.

    Aku yang kebetulan lalu di situ sempat merakamkan keadaan beberapa minit selepas kejadian. Mujurlah pemandu lori, seorang lelaki Melayu hanya mengalami cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk dirawat. Lebih mujur lagi kejadian itu tidak berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu ke Bazar Ramadan yang tidak jauh dari tempat kejadian.

    Bayangkan kalau nahas itu berlaku pukul 4 petang dan ke atas, sudah pasti nahas itu boleh bertukar tragedi!

    Bahan-bahan muatan lori berterabur di jalan dan menimbus sebuah kereta. 
    Muatan lori berupa batu berterabur dan menimbus sebuah kereta yang diletakkan di situ.
    Lori ini merempuh tiang lampu isyarat di persimpangan selepas brek gagal berfungsi/
    Lori terbabas ke dalam longkang dan terbalik di kawasan letak kereta.
    Keadaan tiang lampu isyarat yang patah dirempuh lori terbabit merentang jalan.
    Bomba dipanggil untuk keluarkan kereta dari timbunan batu.
    Orang ramai melihat nahas 1 Ramadan itu
    Pemandu lori seorang lelaki Melayu cedera dan dibawa keluar dari lori oleh orang ramai.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...