30 September 2011

Media terus jadi kambing hitam....

Pelik sungguh perangai puak-puak pembangkang ni. Dari ketuanya sampailah bawah-bawah. Bila ada mereka buat masalah, cari masalah, timbulkan masalah, haram mereka tak mahu mengaku. Dah lah tu nak salahkan media. Balik balik salah media... Macamlah orang media ni tak ada pelajaran, tak ada agama asyik nak memfitnah orang je.

Terbaru ketua negeri yang konon memperjuangkan kebebasan media duk salahkan media bila isu dia kondem Johor tersebar. Hari ini dia buat pengakuan dan mohon maaf tapi peliknya tetap jugak nak saman media yang siar laporan pasal "mulut celuparnya". Kebebasan media tengkorak apa? Dulu halau Utusan, lepas tu halau NST than TV3 hari ini nak saman Bernama pulak sebab "dedah" kenyataan beliau dalam majlis tertutup di negara jiran.

Agaknya puak-puak mereka ini mahu kebebasan media yang memuji-muji pembangkang, yang angkat tinggi-tinggi ketua menteri atau ketua pembangkang baru dianggap bebas. Tapi bila media dedah mulut busuk mereka, mulalah gelabah dan nak salahkan media.

Aku nak tanya apa pulak kata ketua menteri ni bila seorang reporter hingusan Malaysiakini yang duk lapor kenyataan bekas pegawai kanan Biro Tatanegara yang bercakap pasal orang Melayu dalam majlis tertutup Puteri UMNO suatu ketika dahulu? Apakah reporter ada nak mintak maaf? Akibat laporan itu pegawai kanan terbabit telah dikenakan tindakan. Tapi pegawai terbabit kira baik sebab tak saman Malaysiakini.

Tapi kena batang hidung puak-puak mereka habis media mahu disaman, dihalau. Agaknya kalau perintah negara apa akan jadi dengan Malaysia gamaknya? Tak ada media yang akan hentam mereka. Hentam sikit tarik lesen... hentam sikit tarik lesen...!!

Orang macam ni ka nak jadi pemimpin negara aku? Ptuihhh....!! Minta maaflah!! Aku tak akan redha!!

29 September 2011

Sah pembangkang yang tolak hudud, bukan UMNO..!!

Aku harap lepas ni Nik Aziz dan puak-puak Pas tak payah terpekik terlolong lagi pasal hudud dan nak salahkan Dr. Mahathir atau UMNO menolak hukuman itu sehingga ia "gagal" dilaksanakan di Kelantan. Sebabnya puak-puak pakatan haram pembangkang dikepalai Anwar Ibrahim sudah sah, jelas dan jitu menolak hudud.

Apa sahaja alasan mereka Pas jangan nak persoal sebab dulu pun Pas duk tak persoal pun apabila Dr. Mahathir yang ketika itu menasihati Nik Aziz agar tangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Aku tahu selepas ni Nik Aziz akan berlembut dan menyetujui sahaja saranan Anwar, Kit Siang dan puak-puak pakatan walaupun sebelum ini beliau termasuk para pemimpin Pas, penceramahnya dan penyokong berpatang arang berkerat rotan dengan UMNO hanya kerana tidak bersetuju pelaksanaan hukum tersebut.

Sebabnya apa? Sebabnya yang bercakap menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan sekarang ini adalah Anwar Ibrahim, bakal PM momokan Pas dan yang menjadi penasihatnya pula ialah puak-puak kafir harbi dalam DAP.. Cubalah yang cakap hudud tak boleh dilaksanakan itu Najib atau Muhyiddin, aku percaya puak-puak Pas sanggup mengasah paranglah!

Itulah perjuangan ala tahu kucing puak-puak Pas yang hanya berjuang jika yang didepan itu UMNO tetapi cubalah nak berdepan dengan Anwar, Kit Siang atau Karpal Singh. Aku percaya mereka yang mulanya nampak menyinga akhirnya menikus macam Mickey Mouse.

Tapi macam aku katakan sebelum ini, Pas bukan nak berjuang sangat hudud ni. Itu semua permainan politik untuk mengelabui rakyat dan meredekan kemarahan penyokongnya terhadap Mat Sabun yang duk sokong perjuangan komunis. Kalau Pas ikhlas nak laksanakan hudud kerana Allah, marilah gajah rimau pun sepatutnya ia tidak boleh jadi penghalang.

28 September 2011

Filem "Nasik Lemak" tak laku Namewee FUCK Utusan!


Bodoh piang bangsat mamat ni... Wat filem tak laku nak FUCK orang lain pulak. Lu sapa nak fuck-fuck orang dan nak marah-marah orang lain kalau filem tak laku?

Kalau nak kasi laku, lu buatlah filem FUCK lu punya bangsa la, lu hantam itu lagu kebangsaan tanah nenek-moyang lu kalau lu berani, bukan FUCK gua punya bangsa, lagu Negaraku la weih...

Lu marah TNB lu hentam kaw-kaw sama itu TNB pakai lu punya video tapi bila orang hentam lu punya filem sikit saja, tak ada maki hamun atau FUCK FUCK apa pasal lu marah sangat? Kalau lu tak mahu orang hentam sama lu, lu jangan hentam sama orang.

Lu duduk diam-diam, enjoy sama pembangunan negara yang kerajaan sudah usahakan. Lu mahu meniaga ke, lu mau buat filem ke lu punya hal. Tapi jangan kacau orang lah kalau tak mahu orang lain kacau sama lu.

Weih budak! Kalau lu mahu itu Utusan pergi sekolah, wa ingat lu pergi masuk tadika balik la wih...!

Bodoh! Bikin malu sama orang Cina saja!

27 September 2011

"Sengketa" Pas-DAP pasal hudud hanya sandiwara

Memang jelaslah isu hudud dan "perbalahan" antara Pas dan DAP hanya sandiwara kedua-dua parti itu untuk menutup dua isu besar yang menimbulkan kemarahan iaitu perihal kenyataan Mat Sabun yang menyokong pejuang komunis serta kenyataan Manoharan yang mahu menggantikan bendera Jalur Gemilang.

Pas dan DAP sedar kedua-dua isu yang sensitif itu jelas menimbulkan kemarahan rakyat terutama orang Melayu dan mereka percaya jika pilihan raya umum diadakan sekarang, sudah pasti pembangkang akan tersungkur kerana pengundi marahkan Pas gara-gara mulut celupar Mat Sabun dan rakyat juga marahkan DAP kerana mulut bau todi Manoharan.

Tapi mujur Parlimen tidak dibubarkan ketika kedua-dua isu tersebut hangat diperkatakan dan ketika rakyat khususnya orang Melayu mula meruncingkan buluh, mengumpul tombak dan lembing.

Menyedari hal itu, Nik Aziz cepat-cepat menimbulkan isu hudud yang dia tahu kalau isu ini diungkitkan kembali, sudah pasti ia akan menimbulkan "kemarahan" sekutunya DAP. Dan kemudian akan muncullah "sengketa" antara kedua-dua parti dan bertepuk tanganlah BN/UMNO kerana melihatkan rapuhnya pakatan antara kedua-dua parti itu.

Tapi kenayataannya itu semua adalah sandiwara pembangkang untuk menutup kedua-dua kes Mat Sabun dan Manoharan dan mereka jelas telah berjaya apabila hampir semua media arus perdana membawakan isu hudud dan sengketa DAP-Pas dan melupakan kisah Mat Sabun dan Manoharan.

Justeru aku harap UMNO/BN dan media-media dan para blogger mesra kerajaan tidak harus terperangkap dengan isu hudud dan sengketa antara DAP dan Pas sebab apabila isu Mat Sabun sokong komunis dan Manoharan mahu tukar bendera Malaysia reda, maka redalah sengketa antara Pas dan DAP.

Jangan terkejut selepas ini keluar pula kenyataan Hadi Awang menyatakan Pas tetap bersama DAP dan akan meneruskan agenda ke arah negara berkebajikan. Ini semua politiklah bro dan aku tidak terperanjat jika semua ini adalah rancangan Anwar selaku ketua pembangkang.

Jadi, bro... Adalah lebih baik kita semua terus mainkan isu Mat Sabun dan Manoharan kerana kedua-dua isu ini jelas menyenakkan perut para pemimpin pembangkang dan jelas ia membantu meningkatkan sokongan rakyat kepada UMNO/BN.

25 September 2011

Syarikat akhbar dipaksa siar berita MB Selangor... Biar bonar?

Betul ke kerajaan Selangor memaksa dan mengugut sebuah syarikat akhbar harian agar menyiarkan berita baik-baik mengenai kerajaan negeri, MB dan barisan Exconya? Kalau betul ini sudah sampai kes parah ni.

Yelah, selama ini mereka duk heboh satu negara konon media arus perdana sebagai "anjing kerajaan" kerana duk lapor berita mengampu tentang UMNO, BN, Najib dan Rosmah alih-alih mereka juga memasang hajat untuk "menguasai" akhbar terbabit. Yang anihnya kerajaan negeri tidak ada syer satu sen pun dalam akhbar berkenaan, kenapa jadi lagu tu?

Tolong sesiapa yang ada maklumat lengkap mengenai khabar ini, sila maklumkan kepada aku sebab setahu aku akhbar berkenaan diminta membuat satu laporan berita di muka depan untuk menjawab satu isu. Isu tersebut yang aku tak dimaklumkan. Ada sesiapa yang tahu?

22 September 2011

Nama "Malaysia" pun depa patut tukar...

Belum pun pilihan raya.... belum pun kuasai Putrajaya puak-puak depa dah pasang angan-angan. Mula-mula depa nak tulis semula sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara. Mana-mana polis yang pertahan negara dikeluarkan dari senarai nama pejuang dan mereka yang sokong komunis pula yang nak diangkat jadi pejuang negara.

Kemudian depa nak tukar pulak Jalur Gemilang sebab kata depa ciplak bendera Amerika. Hehehe... Depa kata jalur-jalur ini tak bagus... elok semua warna merah dan ada logo roket kat atas sebelah kiri. Baru nampak "tersendiri" Huhu...

Aku ingat kalau depa rampas Putraya aku nak depa tukar jugak nama negara ni.  Malay bermakna Melayu. Depa mana boleh tahan dengar perkataan-perkataan berkaitan Malay atau Melayu ini. Panas telinga... Tak boleh tahan. Sebab itu kalau boleh apa sahaja berkaitan Melayu ni nak dihapuskan semuanya. Nak disama-ratakan. Jadi kalau nama negara pun "Malay" mereka anggap tu tak adil.

Sebab itulah aku cabar Mat Sabu atau Manoharam atau siapa saja dari pembangkang beri cadangan supaya nama negara Malaysia ditukar kepada nama lain yang tak ada bunyi Melayu.... Macam mana... Ada berani?

Full moon beach party kat Pangkor? Wow...

TERKINI:
Kerajaan Perak nafi terlibat dalam penganjuran Miss Bikini... Baca kat sini yeop!

Apa hal ni yeop? Camna parti macam ni boleh pulak dibenarkan diadakan di negeri Perak ni? Aku percaya parti ini penuh dengan kegiatan tidak bermoral dan aku yakin ia juga disertai oleh orang Melayu dan beragama Islam. Yeop Pangkor bawah Perak yeop bukan bawah Thailand!

Harap Dt Zambry tengok-tengok sikit hal ini dan kalau boleh minta batalkan saja parti ini... Ini semua boleh menjahanamkan anak-anak bangsa...!!

Parti ni sama macam parti Pas jugak... boleh menjahanamkan negara....

15 September 2011

Mansuh ISA lonjakkan sokongan rakyat?

Kejutan oleh Najib malam  ini yang diwar-warkan sebelum ini rupa-rupanya berkaitan ISA. Najib umum pemansuhan terus ISA dan akan diganti dengan dua undang-undang baru yang akan digubal selepas ini. Tapi pada masa yang sama Najib umum akta kebebasan berhimpun diperketat dengan larangan sama sekali demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun akan diberi dengan syarat dan norma-norma antarabangsa...

Perghh! Pengumuman ini sudah pasti mengejutkan terutama Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puak-puak yang selama ini nak sangat ISA dihapuskan supaya mudah nak menghuru-harakan negara. Tapi nyata Najib tak bodoh sebab walaupun ISA dimansuh, dua akta baru akan digubal untuk memastikan usaha-usaha subversif kepada bangsa dan negara dapat dihalang. Maknanya hapus satu akta buat pula dua akta barulah!

Tapi aku percaya pemansuhan ISA serta beberapa akta lagi yang selama ini diguna pakai untuk memastikan keselamatan negara terjamin  akan disambut dengan berbelah bahagi di kalangan rakyat. Sudah pasti ada yang gembira dengan khabar ini dan tidak kurang juga yang bimbang keadaan negara menjadi semakin parah selepas ini.

Pun begitu aku percaya walaupun Najib telah mengikut kehendak suara pembangkang yang mahu ISA dihapuskan, mereka tetap tidak akan menerima dengan mudah dan sudah pasti akan disusuli dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan serangan lain terhadap Najib, UMNO dan kerajaan BN. Biasalah, otak pemikiran pembangkang di Malaysia apa sahaja yang dilakukan kerajaan tidak pernah baik di mata mereka, waima  mengikut kemahuan mereka sekali pun.

Sudah pasti mereka akan menuduh Najib cuba memancing undi khususnya kaum Cina dengan memansuhkan ISA dan akta darurat atau mereka akan melemparkan provokasi bahawa PRU-13 akan dilangsungkan bila-bila masa susulan keputusan pemansuhan ISA tersebut.

Manakala tidak kurang juga yang bimbang bahawa selepas ini pelbagai tuntutan gila dan tidak masuk akal akan dibuat oleh pembangkang dengan harapan Najib menjadi "lembut hati" dan akhirnya menerima segala kemahuan mereka.

Walau apapun aku melihat keputusan Najib memansuhkan ISA tidak akan mengurangkan serangan pembangkang terhadap beliau, isterinya, UMNO dan kerajaan bahkan aku percaya pembangkang dengan dikepalai oleh Anwar akan mencari jalan untuk memperlekeh dan menidakkan usaha murni Najib itu.

Tapi sekurang-kurangnya keputusan itu membuatkan Anwar dan pasukan konspirasinya akan pecah kepala memikirkan strategi baru untuk memperlihatkan kelemahan pentadbiran Najib, meyakinkan rakyat terhadap perjuangan pembangkang dan jalan untuk ke Putrajaya.

MTB: Tunggu komen Anwar dan Mat Sabun....

Apa kejutan PM malam ni weih??

PM akan buat pengumuman yang mengejutkan malam ini sempena perutusan khas sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia.

Wow... Tak sabar nak tunggu kejutan ini. Apakah kejutan yang diumumkan Najib malam ini (pukul 8.45 malam) akan membuatkan Anwar terkancing gigi dan puak2 pembangkang termasuk DAP terkujat berok sampai terkelu lidah?

Huhu... Tunggu beb tungguuu....!! Aku pun tak sabau nak tahu.....

-------------------------
Pssstt... Anwar tak nak buat kejutan jugak ke sempena 16 September ini? Mana tau kejutan bahawa pakatan pembangkang dah rampas Putrajaya ke...! huhu

14 September 2011

Siapakah gadis ini....? (Updated!)

Orangnya cantik, masih muda berkelulusan  Tufts University dan Harvard University selain memegang PhD dari Ain Shams University di Mesir.

Jelaslah gadis ini mempunyai pakej yang diinginkan oleh setiap wanita. Beliaulah Reem Ibrahim Al Hashimi. Lebih menambah senarai pencapaiannya, beliau merupakan Menteri Negara (setaraf menteri di JPM Malaysia) yang jaga hal ehwal luar negara berkaitan ekonomi bagi UAE.

Dalam usianya masih muda beliau telah diberi kepercayaan menjadi menteri sejak 2008. Tentunya ramai wanita muda kita di luar sana begitu "cemburu" dengan pencapaian gadis Arab ini.

Reem kini  berada di KL kerana menghadiri Forbes Global CEO Conference. Selain sebagai menteri, Reem juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Misi bagi UAE di Washington DC. Beliau juga adalah CEO bagi pejabat PM UAE.

Biografi beliau boleh dilihat di sini...!

Apakah ada wanita Malaysia yang cantik, bijak dan muda khususnya dari Puteri UMNO yang diberi peluang untuk bertanding pada PRU-13 akan datang dan kemudian dilantik sebagai menteri sepertimana yang dikecapi oleh Reem?

Hemm.... Kena tanya Najib!

Rehat minda IV (18SX)

Penat berpolemik pasal Mat Sabun, Mat Indra dan macam-macam hal yang bongok dan bengal elok kiranya kita rehatkan minda sekejap. Aku nak kisahkan pengalaman aku ketika join pasukan pencegah maksiat JAIS serbu Taman Tasik Shah Alam malam minggu lepas.

Kisahnya satu kapel ni duk syok berasmara dana dalam sebuah kereta kancil. Mereka bermula dengan ringan-ringan tangan, gosok menggosok, usap mengusap sampailah mula bibir bertemu bibir. Kami yang duk dalam semak ni biarkan saja mereka melayan nafsu.

Gamaknya kerana sudah tidak mampu menahan nafsu, si teruna mula membuka zip seluarnya dan melondehkan sedikit jeans yang dipakai. Agaknya dia mengharapkan si gadis memegang anunya yang sudah menegang itu tetapi nyata meleset.

Bosan dengan sikap si gadis yang tidak mempedulikan kemahuannya lalu si teruna memaksa si gadis memegang anunya. Ditariknya tangan si gadis dan diletakkan pada anunya. Tatkala itu juga si gadis menjerit kepada si teruna....

"Sayang... bukankah you tahu I tak merokok. Kenapa you suruh I pegang rokok ni...?"

Maka merah padam muka si teruna walaupun dalam suram cahaya lampu jalan.

Huhu...

Moral: Jangan buat maksiat!

12 September 2011

Caj prepaid 6%... bolehkah dihalang?

TERKINI 1.45PM:
Pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. - Rais Yatim

Hari tu kes Astro macam ni jugak... Tapi Astro tetap kenakan caj baru bila tiba masanya. Hemmm....


Nampaknya semua pihak marahkan telco sebab sepakat nak kenakan caj 6 peratus ke atas harga prepaid. Sampaikan PM pun dah bersuara supaya ia dikaji semula. Menteri jaga hal ehwal telco pun suruh tangguh. Tapi aku terus terang tak yakin dengan "kuasa" pak-pak menteri ini untuk menghalang syarikat terbabit mengenakan caj yang membebankan rakyat itu.

Sebabnya berdasarkan pengalaman sebelum ini apabila Astro membuat keputusan nak naikkan harga perkhidmatannya, semua orang marah malah pak menteri yang sama juga membawa usul dalam Kabinet dan pak-pak menteri bersetuju supaya Astro tidak menaikkan caj berkenaan kerana membebankan rakyat.

Ketika semua pihak menjerit dan terpekik terlolong, Astro tidak membuat sebarang kenyataan sama ada nak tangguh atau kaji balik cadangan asalnya itu. Tut-tut dalam bil bulan Julai lepas, terpampang senarai harga baru bagi langganan Astro dalam bil aku. Asalnya pakej yang aku ambil dikenakan RM92.15 telah naik dengan tercatat "caj baru" iaitu RM100.65.

Maknanya apa? Maknanya "kuasa" pak menteri ternyata gagal menghalang Astro untuk mengkaji semula cadangan mengenakan caj baru berkenaan. Apakah bermakna pak menteri tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat berkenaan untuk mengenakan caj sesuka hati mereka atau sememangnya syarikat berkenaan degil kerana "kuasa" yang dimilikinya?

Jika sebelum ini Astro diberi macam-macam amaran supaya tidak naikkan caj, tapi bila kenyataannya Astro tetap selaraskan harga pakej mereka, apa tindakan pak menteri berkenaan terhadap Astro? TIADA...!!

Dan aku membayangkan keadaan serupa bakal berlaku. Telco tidak mengendahkan bantahan pak-pak menteri dan mereka tetap melaksanakan caj berkenaan. Sebab mereka tahu kalau mereka melanggar arahan menteri sekali pun, tiada apa yang berlaku ke atas mereka. Mereka tahu awal-awal saja pak-pak menteri berkenaan akan bising, terpekik terlolong tapi selepas itu senyaplah mereka.

Ingat isu broadband? Ya... ia ada kaitan dengan telco. So pak menteri ada berani nak halang telco kenakan caj 6 peratus itu? hehehe... Aku rasa tak akan punya!

Jadi sekarang ini rakyat sudah tiada pilihan melainkan menerima segala ketatapan telco atau Astro jika mahu mendapatkan perkhidmatan mereka. Sebabnya kuasa "pak menteri" sudah tidak lut terhadap mereka maka semuanya terserah kepada rakyat.

Hmmmm....

09 September 2011

Mat Sabun... Lepas ni apa pulak?

Aku nak tanya Mat Sabut. Selepas mengungkit dan mempersoalkan perjuangan anggota polis mempertahankan Bukit Kepong serta mengangkat penyokong komunis seperti Mat Indra sebagai pejuang, apa pula yang akan dipersoalkannya selepas ini? Apakah Mat Sabut juga sedang mengkaji sejarah perjuangan Melayu menentang Malayan Union demi untuk menafikan peranan UMNO dalam mempertahankan tanah air?

Mat Sabut yang sekolahnya tak tinggi mana tetapi bercakap tentang sejarah mengalahkan seorang profesor. Baru baca satu buku (aku rasa dia baca satu perenggan je kut) dah terpekik terlolong konon nak mengubah sejarah negara. Dan Mat Sabut tentunya sedang membaca setiap perenggan dalam buku-buku sejarah lama untuk dibawa dalam ceramah-ceramah politiknya selepas ini.

Sejarah apa lagi yang mahu diubah Mat Sabut? Oh ya... semua sejarah yang dikaitkan dengan UMNO cuba diubahnya. Sebabnya Mat Sabut sakit mata dan sakit hati bila setiap tahun UMNO disanjung kerana menjadi pertubuhan utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Ya.. ya.. Mageran yang kemudiannya ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang ditubuhkan untuk menentang penjajah British dan Malayan Union. Di mana Pas ketika itu?

Ya... ya... Mat Sabut boleh bercakap tentang sejarah dan mempunyai pengetahuan hebat bagi mengubah sejarah anak bangsa dan negara terutama berkaitan UMNO. Tapi Mat Sabut mungkin lupa sejarah Tabung Memali. Apa cerita dengan tabung konon dibuat bagi membantu keluarga Ibrahim Libya dan para penyokongnya itu? Benarkah "isi tabung tersebut" tidak dapat dikesan? Kenapa Mat Sabut tak ungkitkan sejarah tabung tersebut dan kenapa beliau tidak mahu cuba mengubah "sejarah" tersebut?

Begitu juga dengan sejarah ditangkap berkalwat dengan bini orang di Hotel Perdana Kota Bharu dahulu. Ya.. ya... sejarah Mat Sabut yang tak boleh sesiapa lupakan terutama Pn Norma tercinta. Mat Sabut... kenapa sejarah tersebut tidak diusahakan untuk mengubahnya? Sekurang-kurang bertaubat nasuha sebelum roh ditarik dari anggota badan. Ya Mat Sabut juga banyak sejarah...

Mat Sabut oh Mat Sabut.... Lebih baik Mat Sabut masuk sekolah balik dan baca buku sejarah sampai habis. Jangan baca seperenggan tetapi dah berani bercakap mengalahkan profesor. Mat Sabut buta sejarah... Kesian orang Pas kerana memiliki pemimpin seperti Mat Sabut!

Huk huk huk....

05 September 2011

Mat Sabun mudahkan BN raih kemenangan besar pada PRU-13

Terima kasih Mat Sabun kerana saudara telah memudahkan kerja UMNO/BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Kenyataan-kenyataan saudara yang menyokong perjuangan komunis sebetulnya amat dialu-alukan kerana ia menyedarkan rakyat khususnya penyokong Pas siapa sebenar Pas dan siapa pula pemimpin mereka yang selama ini mereka angkat sedarjat alim ulama.

Dengan kenyataan terang-terangan menyokong perjuangan komunis dan mencela anggota keselamatan yang mempertahankan negara, tugas BN/UMNO untuk memancing undi jadi lebih mudah kerana rakyat sudah semakin naik muat dengan tindak-tanduk pembangkang. Bermula isu peribadi Anwar Ibrahim yang tidak berkesudahan, kini Mat Sabun selaku Timbalan Presiden Pas telah membuka topeng sebenar parti itu yang selama ini berselindung disebalik perjuangan menegakkan negara Islam.

Elok sangat kiranya pada Muktamar Pas akan datang Pas beri anugerah khas kepada Mat Indera dan pejuang-pejuang komunis yang serang Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh serta membakar para anggota polis dan keluarga mereka. Dan elok juga Khalid Ibrahim atau Nik Aziz atau Lim Guan Eng atau Azizan cadangkan kepada sultan masing-masing supaya memberikan pingat kepada mereka ini kerana merekalah "pejuang" dan hero sebenar, bukannya pihak polis.

Dan aku percaya dengan penganugerahan itu kelak Mat Sabun akan diangkat tinggi-tinggi oleh anak cucu pejuang komunis yang kini hidup senang-lenang di Tanah Melayu ini dan nescaya Mat Sabun boleh capai kemenangan pada PRU-13 akan datang, dengan syarat dia bertanding di Bukit Bintang atau Kepong. Ya... ya... Itulah yang diinginkan oleh Mat Sabun kerana selama ini beliau tidak pernah menang dalam mana-mana pilihan raya pun. Bertanding di Kedah kalah, bertanding di Kelantan pun boleh kalah... Jadi inilah masanya Mat Sabun mahu buktikan iaitu menang PRU.

Tapi Mat Sabun lupa bahawa rakyat negara ini tidak bongok dan tolol untuk menyokong Mat Sabun dan parti yang menyokong komunis. Baguslah kalau Pas terang-terangan menyokong komunis. Elok juga Parti Islam Semalaysia ini diganti dengan nama Parti Komunis Semalaysia. Lagipun Pas dah tinggalkan perjuangan menegakkan negara Islam dan kini ke arah menegakkan negara komunis. Tahniah Pas! Tahniah Mat Sabun!

Kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Salahuddin Ayub dan semua pemimpin Pas eloklah kalian memberi sokongan padu kepada kenyataan Mat Sabun ini agar memudahkan rakyat menolak kalian semua pada PRU-13 akan datang. Dah lama benar mereka mencari sebab untuk memangkah "dacing" pada kertas undi tetapi tiada alasan yang kukuh. Tapi kini jelas dan nyata MENYOKONG PAS BERERTI MENYOKONG KOMUNIS.

Kepada MalaysiaKini dan MalaysiaInsider, hentikanlah provokasi konon pemerintahan BN sudah sampai ke penghujung atau laporan-laporan konon populariti Najib sudah merosot kerana kenyataannya sokongan terhadap BN berlipat kali ganda berbanding 2008. Benar populariti Mat Sabun telah mengatasi Najib, tetapi popular untuk tumbang bersama-sama parti mereka.

Pas bercita-cita nak tulis semula sejarah negara kalau menang PRU-13 tapi aku percaya sebaliknya pada PRU akan datang Pas bakal tinggal sejarah....!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...