27 October 2011

Parti KITA nak join BN.... betul ke?

Cakap-cakap di kedai mamak menyatakan sebuah lagi parti politik akan menyertai BN. Khabarnya perkara itu sudah dimaklum kepada Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Cuma tidak dinyatakan pula parti mana tetapi ramai yang mengagak ia adalah parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.

Kalau betullah KITA nak join BN aku percaya ia boleh menjadi berita baik menjelang PRU-13. Maklum kita semua tahu KITA adalah parti yang berasal dari parti AKIM yang di barisi pemimpin dan ahli serpihan Pas. Dan kita semua tahu siapa Zaid yang pernah berada dalam UMNO kemudian melompat ke dalam PKR. Akibat merajuk dengan Anwar, Zaid masuk pula AKIM dan distruktur semula AKIM untuk menjadi KITA.

Dengan penyertaan KITA dalam BN, sekurang-kurangnya mereka boleh membawa beberapa ribu undi untuk BN. Cuma aku harap janganlah pemimpin mereka tuntut kerusi pula pada PRU-13 ni. Eh tak kan baru join BN dah mula minta kerusi. Banyak lagi parti komponen dalam BN. Mereka semua nakkan kerusi jugak.

18 October 2011

Tiga isu tiga cerita....Apa hal yeop?

1. Calon pilihan raya:
Heboh se-Malaya bila PM kata akan pilih calon-calon yang boleh menang saja untuk dicalonkan pada PRU-13 dan parti-parti komponen BN pula kena korbankan kerusi mereka jika nak pastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga dan merampas kembali negeri-negeri yang tewas sebelum ini.

Bila PM cakap macam tu ramailah yang jadi tukang bubuh nasi tambah termasuk pemimpin tertinggi UMNO. Cuma aku tertanya-tanya juga kalau dah mereka yang jadi tukang jadi nasi tambah ini dah jadi calon "unwinnable" apakah mereka sendiri sanggup lepaskan kerusi mereka tak?

Yalah walau pun dalam parti mereka dipilih untuk menduduki kerusi tertinggi tetapi di peringkat kawasan yang diwakilinya mungkin ramai yang tak suka dan menolak beliau untuk dicalonkan. Contohnya kat Rembaulah misalnya. Apakah para penyandangnya sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi untuk memastikan BN menang selesa pada PRU-13 nanti?

Hemm.. Tak faham maksud aku? Senang jeh... Orang UMNO jangan nak suruh rakan parti komponen saja mengorbankan kerusi mereka saja tapi mereka sendiri termasuk pak-pak menteri dan para wakil rakyat UMNO yang dah makin ditolak oleh pengundi pun elok jugalah berkorban. Kalau dah rasa tak perform elok lepaskan kepada calon lain yang lebih diterima pengundi. Nak ke mereka?

2. Taib Mahmud bila nak bersara?
Sebelum pilihan raya negeri Sarawak dulu Taib Mahmud ada janji nak lepaskan jawatan dan serahkan kedudukannya kepada orang lain. Beliau sendiri ada menyatakan sudah mengenal pasti mereka yang boleh menggantikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri. Katanya lepas pilihan raya dia akan buat peralihan kuasa.

Tapi sampai hari ini dah berapa bulan dah selepas pilihan raya Sarawak, tak ada tanda-tanda pun Taib Mahmud nak lepaskan jawatannya. Aku bukan dengki atau apa tapi kalau dah janji tu eloklah ditunaikan. Jangan sampai nanti PRU-13 nanti orang Sarawak mula tolak BN disebabkan oleh seorang pemimpin yang sayangkan kedudukannya.


3. Perangai anak Lim Guan Eng
Haha.. Tergelak aku bila Guan Eng berang apabila anaknya dilaporkan meraba buah dada seorang pelajar sehingga dia ditukarkan sekolah lain. Guan Eng panas hati betul dengan puak-puak yang kononnya buat fitnah terhadap anaknya itu.

Aku gelak sebab aku ingat lagi macam mana Guan Eng duk heboh satu negara konon Rahim Tamby Chik skandal dengan gadis 16 tahun. Guan Eng yang pada masa tu jadi wakil rakyat di Melaka bukan main lain menjadi "hero" membela nasib gadis tersebut sampaikan RTC lepakan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada masa tu. Akhirnya kes itu ditutup selepas mahkamah mendapati RTC tak bersalah.

Pesan aku kepada Guan Eng... Ingat hukum karma maaa!

12 October 2011

Apa kena mengena JAIS dengan UMNO?

Sebelum aku tulis pasal JAIS aku nak ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais yang kembali ke Rahmatullah semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Dan sekarang aku nak tanya  puak-puak yang persoal penangkapan Bob Lokman. Aku nak tanya kenapa korang persoalkan JAIS dan tuduh UMNO dalam isu penangkapan ini? Kenapa pula nak persoal peraturan perlunya tauliah sebelum memberi ceramah agama di masjid/surau di Selangor?

JAIS atau panjangnya ialah Jabatan Agama Islam SELANGOR dan ia merupakan jabatan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu salah satu jabatan kerajaan negeri dengan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri manakala pengerusi MAIS ialah MB Selangor atau Khalid Ibrahim al-gagapi.

Selangor sekarang diperintah oleh kerajaan pakatan haram sejak memenangi pilihan raya umum 2008. Maknanya pentadbiran MAIS dan JAIS juga terletak di bawah kerajaan pakatan. Manakala UMNO dan BN pula kini menjadi pembangkang di Selangor. Lalu apa hubungan pembangkang (UMNO/BN) untuk mengatur urus JAIS dan MAIS sedangkan mereka sudah tidak ada kuasa?

Jadi tang mana Bob Lokman kata dia ditangkap oleh UMNO dan bukannya JAIS dan tang mana puak-puak bongok ni kata JAIS tu UMNO? Kalau betul JAIS tu dipengaruhi oleh UMNO, kerajaan negeri ada kuasa untuk memecat Pengarah JAIS dan melantik pegawai-pegawai yang "menyokong kerajaan negeri". Lalu kenapa Khalid tak buat demikian?

Tapi setahu aku Sultan Selangor telah keluarkan arahan sesiapa pun tak boleh berceramah politik di masjid dan surau di negeri baginda dan mana-mana penceramah agama yang nak bagi ceramah di masjid/surau di negeri ini kena dapatkan tauliah dari JAIS/MAIS.

Kenapa perlu tauliah? Sebab kalau tak ada tauliah siapa-siapa pun boleh bagi ceramah agama. Jangan ingat baru belajar muqaddam tapi sebab pakai serban sebesar tempayan dan jubah sampai ke kaki ditambah janggut sampai ke dada maka senang-senang nak mengajar orang lain? Agaknya itu sebab ramai puak-puak Pas yang sesat dan hanyut sebabnya selalu sangat dengar ceramah mereka yang tak cukup ilmu di dada. Sebab berjanggut, berjubah dan berserban maka ingat dia hebat ilmu agama dan bila tengok orang UMNO pakai songkok dan berbaju Melayu mereka tak ada ilmu agama.

Oh kalau macam tu aku pun nak pergi bagi ceramah agama jugaklah. Syaratnya aku simpan janggut panjang-panjang, pakai jubah, pakai serban. Lepas tu sokong Pas. Gerenti aku boleh jadi Ustaz... silap-silap diangkat jadi ulama. Huhu...

04 October 2011

Laa... Ni ke saksi misteri tu? Huk aloh!

Jambu jugak!
Sejak semalam semua orang tertunggu-tunggu apabila barisan peguam Anwar katanya nak tampilkan seorang saksi "misteri" di mahkamah hari ini pada perbicaraan kes liwat Anwar ke atas Saiful Bukhari yang sudah masuk 3 tahun lebih dan kini di peringkat bela diri oleh tertuduh.

Tunggu punya tunggu rupa-rupanya saksi misteri itu ialah Najwan Ali, iaitu seorang lagi "coffee maker" baru untuk Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Emm... Ini macam tugas-tugas Saiful masa bekerja dengan Pak Sheikh ini lah yea? Najwan mengaku kawan baik Saiful masa di Uniten dan sering temankan dia ke mana sahaja. Ibaratnya begitu rapatnya dia dengan Saiful bagai isi dengan kuku. Apa sahaja Saiful buat dia tahulah!

Cuma aku tertanya-tanya ke mana perginya Najwan selama lebih 3 tahun sejak Saiful lapor polis dia diliwat Anwar sampai buat sumpah laknat. Bukan takat pengakuan... batang hidungnya pun tak nampak. Alih-alih apabila perbicaraan dah masuk part Anwar kena bela diri dan bila usaha nak heret Najib dan Rosmah ke mahkamah alih-alih muncul saksi misteri ini.

Misteri memang misteri yeop!

Tapi dari pernyataan-pernyataan Najwan di mahkamah hari ini aku percaya barisan pendakwaraya pasti ketawa tergolek-golek sebab mengenangkan kedunguan Anwar membawa budak hingusan itu sebagai saksi pembelanya sedangkan ramai lagi saksi lain yang lebih releven untuk dibawa Anwar seperti isterinya sendiri dan anak-anaknya.

Budak yang dibawa oleh Anwar sebagai saksi pembelaannya tak releven langsung dan membantu langsung untuk membela bosnya sebab kenyataan-kenyataannya lebih menjurus kepada TUDUHAN. Tak ada fakta, tak ada bukti. Sama jugalah bila bosnya tuduh Najib dan Rosmah pun tak ada fakta dan bukti. Lepas tu kenapa baru sekarang "jumpa" kawan baik Saiful sedangkan dia kerja satu opis dengan si tertuduh? Lama simpan tu....

Misteri kan? Berapakah Anwar bayar mamat ini untuk tampil sebagai saksinya semata-mata nak serang Saiful dan menunjukkan bahawa Saiful dan pemimpin UMNO/BN ini begitu rapat. (Erk.. kenapa guna nama Syed Hamid dan Azalina Othman Said dan bukannya Najib atau Rosmah ek? Yelah... Kalau Saiful dikaitkan dengan Syed Hamid dan Azalina patutnya merekalah yang patut disapina...)

Begitulah Anwar dengan dramanya di mahkamah. Lepas mahkamah, Anwar berdrama pulak di Parlimen dan kemudian buat drama hantu pasal Bajet Bayangan. Dah buat bajet habis tu duit nak dapat kat mana nak laksanakannya? Pastu siapa pulak luluskan bajet bayangan ni? Kah kah kah... Dia bentang, dia luluskan...! Kah kah kah...

Betul kata korang. Anwar dah makin gila......!!!

HAR HAR HAR.....................................

Pssst... Patutnya Najwan buat pengakuan Anwar tidak liwat Saiful pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan sebab pada masa itu Anwar sedang menyondol bontotnya.... Kalau dia buat statement macam tu aku yakin hari ini juga Anwar bebas! Huhu...

03 October 2011

Apa lagi Papa Gomo ni?

Apa lagi Papa Gomo nak dedahkan ni? Pasal Anwar lagi ke? ish... ish... ish...!Cukup-cukuplah Papa Gomo... Nik Aziz, Hadi Awang dan puak-puak Pas tak akan percaya dengan pendedahan segala bukti engkau tu. Itu semua dia akan kata fitnah dan konspirasi. Ingat... video tu besi tak boleh jadi saksi (pinjam fatwa Hadi Awang)

Lainlah kau cerita pasal Najib letup Altantunya... Tak ada bukti pun mereka percaya, bro!

Lagipun mereka ni mana nak tengok "video-video lucah" kau tu. Haram... berdosa beb! Tau tak berdosa tengok video lucah tapi kalau pemimpin yang mereka sayang buat perkara lucah tak apalah...!

Jadi sudah-sudahlah Papa Gomo!

Bawak-bawaklah bertaubat .... wahai Anwar.....!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...