27 November 2011

Harimau Muda kalah bukan kerana Shida Harmi...

Betul ke ugutan Shida Harmi jejaskan persembahan Apek malam ini?
Jangan salahkan Khairul Fahmi atau Apek atas kekalahan skuad Olimpik kita di tangan Bahrain malam ini. Dan jangan juga salahkan Shida Harmi. Kekalahan Harimau Muda malam ini adalah kerana para pemain kita merasa selesa selepas mendahului 2-0. Kita lalai dan kita cuai...

Benar ramai yang tidak boleh terima hakikat bahawa kita kalah selepas mendahului 2-0 dan kita kalah kepada pasukan yang bermain 10 orang dan kita kalah hasil tiga jaringan Bahrain dalam masa 5 minit. Tetapi itulah bola sepak. Bola itu bulat.

Tapi jangan sesekali salahkan Apek atau wanita yang didakwa kekasih gelapnya, Shida Harmi yang mendakwa pernah ditiduri Apek. Tidak... tidak... ia tiada kaitan dengan kekalahan skuad Harimau Muda malam ini. Apek sudah bermain cemerlang malam ini tetapi apakan daya bermain bola itu bukan bergantung kepada seorang pemain, tetapi libatkan satu pasukan.

Sungguh kekalahan para pemain muda kita kepada Bahrain 2-3 selepas kita selesa mendahului 2-0 dan tatkala Bahrain hanya bermain 10 orang benar-benar mematangkan pemain kita. Jangan cepat leka dan jangan cepat rasa selesa. Itulah permainan bola sepak dan terimalah hakikat.

Apek juga perlu belajar dari kekalahan malam ini bahawa dia tidak boleh leka dan tidak boleh rasa selesa dengan populariti, kemewahan dan kesenangan yang dikecapi sekarang. Sungguh dengan kelalaian Apek dan juga para pemain bola kita yang kini semakin digilai oleh ramai gadis, mereka akan rosak dan kerjayanya sebagai pemain bola sepak tidak akan sampai ke puncak.

Anggaplah kejayaan menang emas Sukan SEA adalah permulaan awal perjalanan hidup kesemua pemain remaja kita termasuk Apek, Nazmi Faiz dan lain-lain. Sungguh, jika kalian semua mula berjinak-jinak dengan kelab-kelab malam dan mula dihimpit ramai gadis, maka tidak akan ke manalah karier bola sepak kalian/

Kalian semua adalah aset negara yang kini sedang dibentuk untuk membangkitkan semula nama Malaysia di persada bola sepak Asia kalau tidak dunia sekalipun. Dan malam ini adalah pengajarannya bukan saja dalam permainan bola sepak tetapi juga dalam kehidupan harian.

Fikir-fikirkanlah...

Perangai "Piss Ass Ass Aaiii" pun dah macam Anwar (Update)

Gambar yang buatkan "Piss Ass Ass Aaii" dan seluruh rakyat Indon sakit hati....
Nampaknya perangai "Piss Ass Ass Aaii" dah macam Anwarlah. Mana tidaknya bila mereka kalah dengan Harimau Muda masa Sukan SEA (bukan sekali beb, dua kali tuu...) mereka mula nak salahkan pengadil perlawanan. Puak "Piss Ass Ass Aaii" nak bawak isu pengadilan masa final Sukan SEA ke FIFA konon pengadil Jopun (apo nama ntah... lupa) memihak kepada Malaysia. Itu pasal pasukannya kalah.

Hahaha... Betul tak? Sama tak dengan perangai Anwar? Dia yang buat salah... dia yang meliwat Saiful dan dia yang terkantoi bersetubuh dengan amoi, kemudian dia nak salahkan sistem kehakimanlah, nak salahkan Najiblah, Rosmahlah, UMNO-lah dan semua-semuanyalah. Pokoknya dia memang tak salah walaupun terang-terang dalam video rambut itu rambut dia, perut itu perut dia dan punai itu pun punai dia.

Inilah hasil "kempen simpati" tak henti-henti Anwar di Indonesia sampaikan "Piss Ass Ass Aaii" pun dah terikut-ikut perangai peliwat ni. Bila bola sepak Indonesia dah kalah dia nak salahkan pengadil walhal kekalahan pasukannya bukan sekali dengan Malaysia tapi dua kali. Yang final tu lagilah, kalah sepakan penalti. Tak kan itu pun nak salahkan pengadil?

Ish... ish... ish... Nampak sangat "Piss Ass Ass Aaii" bodoh takat piang punya. Tapi dia lupa, sebelum dia nak report kat FIFA pasal muta pengadilan, banyak negara peserta (bukan Malaysia saja) yang persoal tentang mutu para "wasit" yang mengadili acara-acara lain khususnya acara tempur yang banyak berat sebelah.

Itu belum ambil kira perangai penonton yang menghina dan mengejek lagu kebangsaan negara lain, isu keselamatan pemain dan pegawai pasukan lawan dan macam-macam isu yang boleh diadukan ke badan olimpik dunia. Tapi kita (dan negara lain) malas nak buat je sebab ingat negara serantau. Kalau tidak aku ingat lepas ni Indon kena black-list tak boleh anjur sukan atau tuan rumah bola.

Satu saja pesan aku kepada "Piss Ass Ass Aaii" ni... Apa ingat pemain Malaysia ni main bodoh sangat ke sampai perlukan pengadil untuk menagih kemenangan?Yang jelas Indon main hebat tapi Harimau Muda lagi hebat....

Huhu...

25 November 2011

Pinda AUKU... Ribuan mahasiswa berdemo

Ribuan mahasiswa di seluruh negara berdemo secara aman hari ini ekoran langkah kerajaan meminda AUKU yang membolehkan mahasiswa dan pelajar berusia 21 tahun ke atas terlibat dalam politik di luar kampus.

Di UIA ribuan mahasiswa kebanyakannya berkopiah putih dan bertudung labuh berdemo di depan masjid UIA menyatakan sokongan mereka terhadap pindaan AUKU tersebut. Di UM, ribuan lagi turut mengadakan demo serupa di depan Perdana Siswa untuk menyatakan sokongan mereka terhadap langkah terbaru kerajaan itu. Aku dapat tahu demo-demo serupa turut diadakan di UPM, UKM, UUM, USM, UTM...

Huhu... Harap bertenang wahai pembaca MTB!

Itu semua adalah pandangan aku saja bila kerajaan mengambil langkah memindah Seksyen 15 AUKU 1974 seperti diumum oleh PM di Dewan Rakyat semalam. Realitinya tiada sebarang demo sedemikian. Malah keadaan di kampus juga tenang-tenang sahaja, seolah-olah tiada peristiwa besar berlaku melibatkan kehidupan mereka.

Sebabnya jumlah yang nak berpolitik di kalangan mahasiswa sebetulnya boleh dikira dengan jari kerana sebahagian besar lagi lebih suka menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, tugasan-tugasan yang nak kena siapkan, tesis-tesis yang perlu diperkukuhkan dan lain-lain. Mereka tiada masa nak berpolitik, melainkan politik kampus setiap tahun apabila diadakan pemilihan wakil pelajar.

Mereka yang kerap ikut berpolitik di luar kampus terutama yang menyertai pembangkang tidaklah sebesar mana. Peratusnya kecil berbanding jumlah keseluruhan. Kebanyakan mereka hanya menjadi pengikut dan pak turut. Selebihnya sekadar untuk berseronok.

Jadi aku tidak pasti kenapa AUKU perlu diubah bagi membenarkan seluruh mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menceburi bidang politik jika hanya sekadar mahu memenuhi tuntutan beberapa kerat mahasiswa, dan yang kebanyakan mereka condong kepada parti-parti pembangkang. Aku juga tertanya-tanya bagaimana mahu menghalang mereka ini membawa politik kepartian di dalam kampus, sedangkan di luar kampus mereka dibenarkan.

Contoh paling mudah, apabila seorang mahasiswa ini menyertai sebuah parti politik, contoh Pas, di luar kampus. Lalu apa langkah pihak universiti mahu menghalang mereka ini membawa dakyah sama ke dalam kampus? Apakah langkah universiti menghalang mereka menghasut mahasiswa lain agar menyertai mereka, dan apakah langkah universiti menghalang mereka membawa risalah-risalah politik di luar sana ke dalam kampus?

Hemm... tak tahulah andai pihak universiti mempunyai mekanisme untuk menghalang politik kepartian di luar sana di bawa ke dalam kampus. Sebab akan timbul banyak persoalan di sebaliknya.

Jadi, berapa peratus mahasiswa yang sokong pindaan AUKU ini? Berapa peratus tak sokong? Berapa ramai yang ambil peduli dan berapa ramai yang tidak peduli? Mungkin pak timbalan menteri jaga mahasiswa ni boleh buat kira-kira...

24 November 2011

Harimau Muda kalah tapi tiada siapa yang marah....

Skuad Olimpik Harimau Muda
Harimau Muda tunduk 0-2 di tangan Syria pada kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi tetapi aku percaya sehingga petang ini tiada sebarang suara kemarahan kedengaran di kalangan peminat bola sepak tanah air. Semua mengakui bahawa punca kekalahan kita adalah kerana keletihan.

Masakan tidak. Selepas berhempas pulas sepanjang Sukan SEA di Jakarta sehingga mereka mempertahankan pingat emas (ibu segala pingat) dua hari lepas, malam tadi mereka turun padang lagi untuk berdepan dengan Syria dan seperti dijangka hampir semua pemain kita longlai terutama di separuh masa kedua.

Namun sepandangan aku Syria tidaklah sehebat mana. Di separuh masa pertama amat jelas Harimau Muda mampu mengaum dan menjaringkan gol jika skuad ini mempunyai pemain seperti Safee Sali. Malang, oleh kerana kita ketandusan pemain yang mampu menjaringkan gol (ditambah dengan kecedaraan beberapa tonggak) maka kita tertewas. Jelas sekali Syria menang kerana para pemain mereka lebih cergas daripada Harimau Muda.

Ahmad Fakhri Saarani dan Tamilarasu jelas tidak layak berada di barisan depan kerana penyudah mereka sangat buruk walaupun banyak peluang terhidang terutama pada separuh masa pertama (bahkan sejak Sukan SEA lagi). Apakan daya Ong Kim Swee tiada pilihan melainkan menurunkan kedua-dua pemain itu. Ibarat tiada rotan, akar pun jadi. Maka jadilah seperti itu.

Tak apa... Aku dan seluruh peminat bola sepak negara tidak kecewa dengan kekalahan malam tadi kerana kami semua sudah puas dengan kejayaan Khairul Fahmi dan rakan-rakan mengganyang Indonesia sebanyak dua kali termasuk di perlawanan akhir Sukan SEA.

Dan aku percaya dengan kembalinya beberapa tonggak utama Harimau Muda, aku yakin dan percaya perlawanan menentang Bahrain Ahad ini amat-amat berbeza....

Ayuh Harimau Muda....!!

21 November 2011

Muahahaha.... Garuda patah sayap dikaki Malingsia! (Updated!)

Takziah buat dua penyokong Indonesia yang meninggal dunia ketika berasak-asak di Stadium Gelora Bung Karno ketika menyaksikan perlawanan akhir Sukan SEA antara Indonesia dan Malaysia.
Wow...!! Puas... puas... kepuasan berganda! Tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, tak kira di mana berada melihat Garuda tersungkur lagi di kaki Harimau. Paling manis kemenangan Malaysia meraih emas di Gelora Bung Karno melenyapkan keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan Indonesia selama ini.

Mana laungan malingsia? mana sorakan ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Mana... mana?? Semuanya sudah diratah oleh sang Harimau. Biarpun menerusi jaringan penalti tetapi tiada siapa peduli. Yang penting Indonesia tewas dan tewasnya di kaki si Malingsia!

Puas... amat puas...! Aku percaya malam ini buat kesekian kalinya 240 juta rakyat Indon tak tidur lela kerana asyik memikirkan maruahnya yang sudah dicalar oleh Malingsia. Media-media Indonesia menggila mencari punca kekalahan. Mau salahkan pengadil? Penjaga garisan? Atau mau salahkan pemain mereka yang gagal menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti?

Muahahaha...

Apa pun tahniah buat Badrul Bakhtiar, Khairul Fahmi dan rakan-rakan skuad Sukan SEA kali ini kerana berjaya mengekang asakan Indonesia. Terus terang aku katakan permainan kedua-dua pasukan seimbang dan kedua-dua mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Cuma nasib menyebelahi kita. Mungkin balasan Allah kepada seluruh rakyat Indonesia yang begitu bencikan Malaysia.

Kemenangan pasukan bola sepak juga dikatakan merupakan pingat emas ke-60 negara, iaitu sasaran terbaru kontinjen negara selepas berjaya melepasi 45 pingat emas mengikut sasaran awal. Jika benar itu adalah pingat ke-60 bermakna kita memperoleh kejayaan berganda... mempertahankan emas bola sepak dan mencapai sasaran 60 emas!**


HIDUP MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH!!

Ganyang Indonesia.... selamatkan Rossa! Huhu...



** NOTA: Kita gagal capai sasaran 60 emas... cuma 59!

HOT TOPIC! Harimau Muda cakar Garuda!

TERKINI:
Saksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI antara Malaysia dan Indonesia menerusi online...

Ramalan aku: Harimau Muda ratah Garuda 2-0
HOT TOPIC hari ini.... Pertemuan Malaysia, sang Harimau Muda menentang sang Garuda dalam aksi bola sepak merebut pingat emas Sukan SEA ke-26 yang akan berlangsung di Gelor Bung Karno, Jakarta. Di peringkat kumpulan sang Harimau Muda sudah berjaya mencakar Garuda 1-0 sampai lebih 90,000 penonton gila babi Indon terkedu.

Malam ini mereka akan bertemu lagi di final Sukan SEA.

Aku percaya pertembungan kedua-dua pasukan malam ini cukup sengit dan penuh dramatik. Penonton Indon (seperti biasa) akan terus mengejek pasukan negara, lagu Negaraku atau Jalur Gemilang dan pemain-pemain Indon juga akan berbuat apa sahaja untuk kalahkan Malaysia bagi membalas dendam kekalahan mereka di peringkat kumpulan dan dendam kesumat kerana gagal meraih kejuaraan Piala AFF tempoh hari.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan ini, aku cuma bimbangkan dua perkara iaitu:

(1) Keselamatan para pemain serta pegawai Malaysia - Para penonton fanatik Indon akan berbuat apa sahaja untuk mengganggu pihak Malaysia termasuk "menyerang" pemain kita.

Lalu apakah keselamatan mereka benar-benar terjamin? Jika tidak, perlukah kita menarik diri dari perlawanan itu dan biarkan seluruh dunia tahu betapa tidak bertamadunnya para penyokong Indonesia. Sekurang-kurangnya menyedarkan pihak majlis olimpik antarabangsa betapa buruknya perangai rakyat Indonesia yang tidak langsung mempunyai semangat kesukanan terutama berhadapan dengan Malaysia.

(2) Kemungkinan pemain Indon bermain kasar sehingga boleh mencederakan pemain kita. Aku percaya andai Indon ketinggalan atau cenderung untuk kali lagi, para pemain Indon akan bersikap gila babi dengan berusaha untuk mencederakan pemain kita. Hal sama berlaku ketika perlawanan peringkat kumpulan sehinggakan beberapa tonggak utama kita mengalami kecederaan.

Jika ini berlaku sudah pasti para pemain kita akan bermain berhati-hati kerana bimbang jika cedera, mereka tidak berpeluang untuk bermain pada perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria Rabu ini. Dan kecederaan demi kecederaan yang bakal dialami pemain negara juga menjejaskan permainan kita menentang Syria.

Bagaimanapun aku harap Harimau Muda mengulangi kejayaan mereka mencakar dan membaham Garuda yang angkuh, sombong dan bongkak itu. Malaysia Boleh!

19 November 2011

Selepas calon recycle BN Perlis nak letak calon tak sihat pulak?

Apa dah jadi ni Mat Isa? Semalam hang kata hang akan letak calon-calon recycle untuk PRU-13 nanti dengan alasan calon recycle pun boleh menang. Hari ini hang duk kata nak letak calon yang tak sihat pula asalkan depa ni berwibawa.

Aku tataulah akai Mat Isa ni tahap mana. Kalau dah tak sihat tu, berwibawa tang mana sekali pun tak guna. Sebabnya takut nanti lepaih sebulan menang PRU-13 dah kena buat pilihan raya kecil pulak sebab calonnya dan jalan, tak sempat nak tunjuk kewibawaannya. Kalau lagu tu, wat pa lagi duk sibuk-sibuk letak depa jadi calon.

Aku pun sokong cadangan beberapa pihak dulu supaya calon-calon PRU akan datang disertakan dengan sijil pemeriksaan kesihatan. Yalah nak pastikan juga depa ni bebas penyakit jantung, kencing manis, batu karang dan segala macam penyakit kronik lain. Yalah muda tak semestinya sihat, tua pula tak semesti sakit-sakitan.

Jadi Mat Isa... Aku nak tanya, kat Perlis ni dah tadak calon muda dan sihat lagi ka nak diketengahkan pada PRU-13 nanti sampai terpaksa duk kitar semula calon walaupun tau depa tu bukan sihat sangat.

Mat Isa kenalah jenguk-jenguk sikit cawangan dan bahagian tu. Mana tau jumpa calon-calon winnable, berwibawa dan sihat. Perlis bukannya besar mana pun. Ramai tu... Cuma rajin sikit dan jangan cuma duk pikiaq kawan-kawan kat sekeliling je.

Sekadar nasihat!

18 November 2011

PRU-13: BN Perlis nak ambik calon recycle jeh...

Awal-awal lagi Pengerusi BN Perlis, DS Mat Isa Sabu beritahu bahawa BN Perlis akan menggunakan calon-calon recycle pada PRU-13 nanti. Mat Isa kata kalau dia sebagai calon recycle boleh menang pada PRU-12 lalu apa salahnya kalau pilihan raya nanti dia letakkan calon-calon recycle jugak? Macam biasa modalnya "winnable candidate!"

Macam aku kata sebelum ini, nampaknya winnable candidate akan jadi modal utama mereka yang bercadang nak bertanding atau bertanding lagi pada PRU-13 nanti. Masing-masing pakat mengaku merekalah winnable candidate. Ketua bahagian, ketua cawangan, ketua Pemuda, wanita semua mengaku mereka winnable candidate. Tak caya? Tanyalah rakyat di bawah.. (Ehem rakyat yang sokong depalah! Yang tak sokong jangan tanya nooo...!)

Kalau sungguh bagai dikata oleh Mat Isa, maknanya nama-nama seperti Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad dan lain-lain akan dicalonkan semulalah. Mereka inikan recycle candidate... Janji menang (betul ke?). Hemm kalau macam tu, maka calon-calon BN Perlis nanti bakal dibarisi calon warga emaslah ya. Tak ada chance laa yang muda-muda nak masuk calon, awal-awal kena cantas!

Macam aku kata sebelum ini, benchmark "winnable candidate" ni sebetulnya tak jelas atau tidak dijelaskan oleh Najib. Apa yang diberitahu calon yang diterima rakyat, disenangi rakyat. Kalau lagu tu maknanya semua yang nak menjadi calon mengaku mereka diterima rakyat, disenangi rakyat dan boleh menang. Habis macam mana nak ukur calon boleh menang ni? Takkan masa keputusan PRU-13 baru boleh tahu siapa calon boleh menang siapa tak boleh menang.

Memang payah....

Tapi aku rasa Najib mempunyai formula untuk memilih calon pada PRU-13 nanti. Mat Isa boleh saja menyenaraikan calon recycle tetapi yang penentunya ialah Najib. Beliau dibantu dengan sumber maklumat yang dikumpul kenal yang mana satu calon yang benar-benar  boleh menang dan bukannya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengerusi perhubungan.

Psssttt... Soalan untuk orang Perlis... Mat Isa ni masih boleh dianggap calon boleh menang lagi ke? 

NOTA: Ada orang nak letakkan aku sebagai calon sebab mereka kata aku WINNABLE CANDIDATE.... hahahahahaa....!! Maharaja Lawak Mega siot!

Gara-gara Ali Rustam "bekerja" pada Hari Raya Korban!

Gara-gara Ali Rustam yang tetap "bekerja" pada hari umat Islam bercuti sempena Hari Raya Korban, seorang sahabat aku marah-marah dan sanggup memaki hamun Ketua Menteri Melaka dengan pelbagai perkataan tak sedap didengar di laman Facebooknya.

Mula-mula aku malas nak layan orang macam ni, tapi apabila dia balik serang aku kata aku "bodoh" dan "penipu" apabila aku beri penjelasan, aku memang tak boleh tahanlah.

Dia marah-marah sebab Ali Rustam HADIR merasmikan Pesta Karnival Jualan Amal Perhimpunan Cina Melaka di Sekolah Tinggi Cina Melaka (sekolah sahabat aku itu mengajar) sedangkan pada hari tersebut semua umat Islam bercuti.

Gara-gara majlis ini Ali Rustam dimaki hamun... Apa dosa orang tua ni?
Sahabat aku marah-marah sebab gara-gara Ali Rustam boleh hadir majlis ini dan tidak hadiri majlis korban yang katanya bersepah.  "Bodoh punya YAB... Jemputan korban bersepah satu Melaka. Yang dia pergi karnival..." bantai sahabat aku kepada Ali Rustam.

Aku jelaskan bahawa Ali Rustam sudah menghadiri solat sunat Aidiladha dan majlis korban di Masjid Al-Azim sebelum dia ke sekolah beliau untuk hadiri majlis tersebut. Aku kata...

"Kau tak kenal Ali Rustam.... kalau kau kenal dia kau akan tau kenapa dia datang jugak majlis tu sedangkan ia hari raya... dan kalau kau nak bukti Ali Rustam ada di Masjid Al-Azim pada sebelah paginya aku memang ada bukti. Tak payah nak cabar aku..."

Tapi katanya: "OK post sekeping foto.... kat sini (FB) aku nak tengok! Hihik.... kalau tak ada foto...bererti hang penipu"

Nah sekarang aku poskan gambar-gambar Ali Rustam bersolat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim dan kemudian menghadiri majlis korban pada tarikh 6 November 2011. Tapi apakah sahabat aku (dan puak-puak sebelah sana) akan terima bukti yang aku poskan di sini atau mereka tetap akan kata itu semua super-imposed dan tetap anggap aku penipu?

Ali Rustam bersolat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim pada 6 November 2011
Ali Rustam melapah daging korban di Masjid Al-Azim selepas solat sunat pada 6 November 2011.
Pesan aku kepada sahabat. Jangan suka mengata orang lain bodoh sebab sekali kata orang bodoh, beratus kali orang kata kita bodoh. Dan inilah antara kebodohan tersebut. Nak jadi pembangkang, biarlah pembangkang yang matang dan bukan macam budak-budak tak cukup akal!

Ini macam kes marahkan nyamuk, kelambu dibakarlah....! Kesian.....


OOOoooo itu pasal sahabat aku jadi lagu tu... rupanya dia sudah join PERSATUAN BERKAS MURID SEK. TINGGI CINA MELAKA .... hik hik hik (refer gambar paling atas!)

17 November 2011

Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games)

Aksi Malaysia menentang Indonesia pada SEA Games XXVI. Malaysia menang 1-0.
Puas hati aku tengok pasukan bola sepak Sukan SEA Indon kalah dengan Malaysia 0-1 sekejap tadi. Geram benar aku dengan keangkuhan dan kesombongan puak-puak Indon ini. Dahlah tak hormat Negaraku, lepas tu setiap kali atlet kita main (tak kira apa sukan) semua di booo...

Nah kau padan muka. Malam ni lebih 80,000 mat-mat Indon dan minah-minah di Stadium Gelora Bung Karno dan beratus juta rakyat yang tengok TV terkedu bila Syahrul Izwari score gol malam ni. Tak kisahlah walaupun Malaysia tak boleh tambah jaringan biarpun banyak peluang tapi 1-0 dah cukup nak mengajar Indonesia supaya lain kali jangan kurang ajar!

Aku percaya 240 juta rakyat Indon malam ni tak tidur lena selepas kalah dengan Malaysia. Ibarat kata kawan aku, kalau Indon juara keseluruhan SEA Games sekali pun tetapi kekalahan pasukan bola mereka kepada Malaysia sememangnya membuatkan mereka "hilang maruah" dan malu besar. Kalah di gelanggang sendiri pulak tu yeop!

Agak-agak siapa pula media di Indon nak salahkan kali ini? Dulu masa Piala AFF mereka salahkan pancaran laser, malam ini siapa pula? Pengadil? Penjaga garisan? Padang yang teruk? Tiang gol bengkok? Atau mereka akan serang dan salahkan jurulatih mereka? Hehe... Biarkan... biarkan mereka kalut dengan kekalahan pasukan bola mereka malam ini.

Tahniah anak-anak buah Kim Swee. Teruskan usaha agar memastikan kemenangan di peringkat separuh akhir nanti dengan harapan kita akan bertemu lagi  mat-mat Indon ini di peringkat akhir SEA Games pula! (Hehe tu pun kalau Indon lepas dengan Vietnam)

Ha ha... Puas beb... memang puas!

FD di bank Israel....? Itu duit Rosmah bukan duit Nurul Izzah!

"Israeli National Bank: My Father's Pirate Bank"
Pergh... Aku ingat dulu berapi-api Anwar dan segala hulu-balangnya menyerang Najib, kerajaan BN dan UMNO gara-gara Najib menggunakan khidmat APCO sebagai perunding untuk mempromosikan negara di luar negara konon APCO adalah syarikat milik Yahudi.

Rupa-rupa depa lagi dahsyat! Siap simpan duit berjuta-juta dolar AS dalam bank Israel. Apa ke hal yeop? Ni lah kata orang tua "mengata dulang paku serpih, mengata orang rupa-rupanya dia lagi lebih!". Rakan-rakan blog mendedahkan Anwar menggunakan nama anaknya Nurul Izzah untuk menyimpan wang dalam bentuk FD di Israel National Bank.

Kalau aku congak-congak kesemua jumlah FD Nurul Izzah dalam Israeli National Bank yang disimpan dari tahun 1996 hingga 1998 dengan tempoh matang antara tahun 1999 hingga 2002, terdapat AS$70 juta (RM220 juta). [Lihat Semut Hitam] Apakah wang-wang ini yang dilarikan oleh Anwar ketika beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu, seperti mana didakwa oleh Gobalakrishnan?

Bayangkan dengan simpanan RM220 juta, kalau dicongak pula dengan gaji papanya pada masa itu sebagai TPM dan Menteri Kewangan, dianggarkan sekitar RM20,000 sebulan, berapa banyak dari wang gaji papa yang disimpan untuk Nurul Izzah? Hemm... nampaknya Anwar menabung dari kecil untuk diberikan kepada Nurul Izzah untuk disimpan dalam Israeli National Bank

Ramai juga rakan-rakan yang tak faham (sebenarnya sengaja buat bodoh) macam mana Nurul Izzah yang pada masa itu masih gadis sunti (16 tahun) boleh memiliki wang berjuta-juta dolar dan kemudian disimpan pula dalam bank di luar negara... bank milik Yahudi (namanya pun dah Israeli) pulak tuh?

Ish.. pelik-pelik! Hemmm mana Nurul Izzah? Tolong jelaskan sikit? Rakyat terutama para pengundi di Lembah Pantai nak tahulah mana Ahli Parlimen mereka yang masa tu masih sekolah ada wang sampai berpuluh-puluh juta dolar AS.

Pssstt... Esok lusa papanya nanti buatlah kenyataan, itu semua fitnah UMNO, Utusan nak burukkan nama keluarganya. Walhal itu semua wang UMNO bukan wang anaknya Nurul Izzah. Atau pun tu sebenarnya akaun milik Rosmah Mansor, bukan Nurul Izzah. Tak pun ada pulak pengikut bongok yang kata Israeli National Bank itu milik UMNO tak pun kata itu Islamic bank lah!

Dushhh...!!

10 November 2011

Zarina goncang iman rakyat Indonesia pula?

Siapa tak kenal Zarina Anne Julie atau sekarang dah tukar nama jadi Zarina Anjoulie Lavocah. Pelakon yang satu ini sebelum ini telah memanaskan media dan dunia internet tempatan dengan gambar-gambar hot lagi seksinya. Bukan sekatat pakaian terdedah sana-sini tapi juga foto-foto panasnya bercumbuan dengan lelaki serta aksi-aksinya di disko.

Zarina kini telah "go international" apabila tampil sebagai cover-girl untuk majalah FHM versi Indonesia - majalah yang terkenal menampilkan wanita-wanita berposing seksi dan maut. Lihatlah antara aksi Zarina dalam majalah keluaran Oktober ini.

Kalaulah ia terbit bulan November pastilah FHM ini meletup dan extra-printing sebab bulan ini ramai orang Malaysia ke Jakarta dan Palembang sebab ada Sukan SEA. Kalau ada saki baki edisi bulan Oktober aku ingat ia akan laris macam pisang salai.



Apa pun aku ucap tahniah kepada Zarina kerana membantu mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia.Sekurang-kurangnya Benteng Indonesia (Bendera) atau mana-mana pertubuhan yang nak berdemo dan ganyang Malaysia akan berfikir 14 kali. Ganyang Malaysia bererti juga ganyang Zarina Anjoulie... Lalu kalau sebelum ini mereka laung-laungkan "GANYANG MALAYSIA... SELAMATKAN SITI NURHALIZA" aku percaya selepas ini mereka akan laungkan "GANYANG MALAYSIA.... SELAMATKAN SITI NURHALIZA DAN ZARINA ANJOULIE"

Huhu.....

MTB: Tahniah kepada pasukan boleh sepak Malaysia kerana tewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A, Sukan SEA di Jakarta. Apakah gunung susu Zarina mampu tundukkan Indonesia?

06 November 2011

Anak tiri wakil rakyat Pas ditangkap menyamun?

PEMBETULAN:
Anak tiri wakil rakyat terbabit... bukan anak kandung! tq geng!

POS ASAL:
Wow... Seorang kenalan nun di Serambi Mekah memaklumkan bahawa anak seorang wakil rakyat Pas di negeri itu khabarnya ditangkap kerana terlibat dalam kes samun menyamun. Ini bukan soal samun peti undi atau samun pengundi tetapi dia disyaki menyamun kedai serbaneka.

Kalau betullah apa yang dikhabarnya kesian sungguh dengan wakil rakyat tu. Maklum sebelum ni berjuta-juta ringgit telah dituntut oleh bekas isteri yang merupakan seorang warganegara asing, sekarang ni anak pulak yang buat hal.

Apa macam? Apakah anak wakil rakyat Pas yang menyamun ini akan dihukum di bawah undang-undang Hudud negeri Kelantan?

Atau adakah ini juga hasil kecelakaan UMNO seperti yang dikatakan Nik Aziz?

02 November 2011

Alhamdulillah... Najib, Rosmah tunai haji... Anwar, Wan Azizah bila lagi?

Alhamdulillah.. DS Najib Tun Razak dan isteri sedang menunaikan fardhu haji di Mekah. Aku rasa inilah kali pertama mereka menunaikan haji sejak Najib jadi Perdana Menteri ni. Aku percaya para ostaz Pas akan perkecil-kecilkan amalan haji Najib/Rosmah ni. Maklum orang lain mana lebih Islam selama puak-puak mereka.

Tapi dalam hati aku doakan supaya haji kali ini membuka hati Rosmah untuk bertudung seperti isteri Muhyiddin. Aku percaya kalau Rosmah bertudung selepas pulang tunai haji gerenti BN boleh menang PRU-13!

Ok... Najib/Rosmah dah tunaikan haji. Lalu aku nak bertanya si Anwar dan Wan Azizah bila nak tunaikan rukukn Islam kelima ini? Pergilah sucikan hati dan jiwa di hadapan Kaabah sana. Maklum dosa-dosa kita dengan Allah dan manusia hanya Allah yang tahu. Walaupun orang tahu tapi kalau mereka kata tak buat, siapa pun tak boleh dakwa. Tapi Allah amat mengetahui.

Dan kalau Anwar/Wan Azizah tunai haji di Mekah, aku percaya BN pun makin sakit nak menang PRU-13 nanti. Ish.. jangan kata mereka ni tak mampu sebab setakat RM20,000-RM30,000 senang-senang je mereka nak dapatkan. Kalau susah sangat kerajaan Selangor boleh tanggung apa!

Tapi beranikah Anwar dan Wan Azizah jejak ke tanah haram Mekah?

P/s: Doa buat Najib/Rosmah - Semoga dapat haji mabrur....

Mudahnya nak jadi senator kat Malaysia ni!

Nalakarupan (kiri) dan Anwar Ibrahim pernah melalui saat-saat bahagia suatu ketika dahulu...
Mudahnya nak jadi Ahli Dewan Negara atau senator kat Malaysia ni ye? Tubuh sebuah parti, lantang hentam dan serang Anwar Ibrahim atau parti pembangkang lain, puji-puji sikit orang Melayu dan pemimpin Melayu maka anda berpeluang untuk dilantik sebagai ADN atau Senator tadi.

Terbaru hari ini aku dapat SMS News Alert menyatakan Datuk Nalakaruppan mengangkat sumpah sebagai Senator. Hemmm... Siapa tak kenal Datuk Nala yang dulu merupakan bekas bos besar syarikat judi Magnum dan pernah bersahabat baik dengan Anwar. Khabarnya Nala nilah yang tukang supply wanita-wanita kepada Pak Sheikh termasuk bini Azmin Ali (ni menurut cerita Umi Hafilda).

Sekarang Nala yang pernah jadi orang kuat PKR dan Anwar telah berpaling tadah dan telah tubuhkan sebuah parti baru - Parti Bersatu India Malaysia yang menyokong BN dan dia bertindak sebagai Presidennya. Berapa ramai ahli parti ni aku pun tak pasti tetapi Nala sering mendapat tempat dalam media arus perdana terutama Utusan kerana menyerang Anwar dan memuji-muji orang Melayu.

Dan hari ini apabila beliau diangkat sebagai ADN, pasti ramai tertanya-tanya apakah jasa Nala sehingga beliau selayaknya diangkat sebagai senator -- satu jawatan penting di peringkat pembuat dasar negara. Sebelum ini pun ramai orang UMNO persoal pelantikan Ezam Mohd Noor, iaitu seorang lagi orang kanan Anwar yang berpaling tadah dan kemudian diangkat sebagai ADN.

So siapa nak jadi Senator sila ikut cara Nala dan Ezam...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...