30 December 2012

Apek... Dulu penjaga gol, sekarang penjaring gol?

Biar bonar? Khairul Fahmi Che Mat nak melepaskan tugas menjaga gawang pasukan kebangsaan kepada Farizal Marlias. Aik? Kenapa tu... kenapa? Takkan sebab merajuk selepas dia hanya diturunkan sekali pada Piala Suzuki AFF baru-baru ini?

Tapi mengikut sumber yang sahih, Apek bukan merajuk. Sebaliknya, dia mahu bertukar angin dan untuk menjadi penyerang pula. Ini kerana matlamatnya sekarang bukan lagi menjaga gawang, sebaliknya mahu menjaringkan gol ke gawang lawan.... Ops!

Hehe... Jangan terkejut...! 
Itu semua hanyalah lawak seorang kawan aku di pejabat semalam, sejurus Apek dan Leuniey sah menjadi pasangan suami isteri. Kawan aku kata, lepas ni Apek memang tidak ada masa untuk menjaga gawang kerana lebih sibuk untuk menjaringkan gol ke gawang Leuniey ... Wakakaka... Siot!

Sorry laa Apek... Kawan aku tu saja buat lawan hujung tahun 2012. Apa-apa pun "Selamat Pengantin Baru" Apek dan Leuniey. Pesan kawan aku... pastikan gawang Leuniey sentiasa dibolosi.... 

La la la la...

27 December 2012

Seronok tengok Anwar berperang dengan Zam kat siber

Haha... seronok tengok Anwar Ibrahim duk berperang dengan Zainuddin Maidin (Zam) kat blog masing-masing. Serangan Zam paling hangat bila dia kaitkan Anwar dengan BJ Habibie, mantan Presiden Indonesia sehingga panasnya sampai ke kuping bapak Presiden SBY.

Aku ingatkan perang Anwar-Zam ini sampai setakat itu sahaja, rupanya sekarang ini bertambah dahsyat. Zam duk lempar macam-macam peluru berpandu kat Anwar mulai isu pembelian kapal terbang keluaran Indonesia sampailah perihal video seks Anwar dengan China Doll.

Oleh sebab Anwar panas hati dengan Zam yang duk serang dia, maka Anwar pun menggunakan membalas serangan. Tak cukup kat ceramah-ceramah umum, Anwar turut menggunakan blognya untuk menyerang balas Zam. Ahaha... seronoknya...!

Nanti kita tengoklah siapa yang kena....!!

Baca blog Zam kat sini dan blog Anwar kat sini. Bacalah serangan kedua-dua pihaknya ini.
Sumber: voiceofbloggers.blogspot.com

26 December 2012

Safee, Apek digugur dari skuad Harimau Malaya?

Safee Sali (kiri) dan Khairul Fahmi antara pemain yang dicadang digugurkan...
Mengejutkan!

Penyerang sensasi Safee Sali dan penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek adalah antara pemain yang patut digugurkan daripada skuad Harimau Malaya selepas kegagalan skuad itu di kejohanan Piala Suzuki AFF.

Itulah antara pemain yang menjadi pilihan para pembaca blog ini yang patut digugurkan daripada senarai pemain Harimau Malaya, selain Amar Rohidan, Fakri Saarani dan Aidil Zafuan. Mereka adalah antara pemain yang mendapat undian tertinggi dalam bancian "Mereka yang patut digugurkan daripada skuad Harimau Malaya" yang dibuat sejak dua minggu lalu.

Selain para pemain tersebut, 65 peratus daripada pengundi bancian ini mahukan agar ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal digugurkan.

Sementara itu, Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan penjaga gol, Farizal Marlias pula adalah antara pemain yang paling rendah menerima undian atau dengan kata lain, para pengundi mahu mereka terus kekal dalam kesebelasan Harimau Malaya.

Berikut senarai pemain Harimau Malaya yang patut digugurkan seperti mana hasil undia yang dibuat di blog ini (berdasarkan peratusan): 


  • K.Rajagobal (Jurulatih)  (65%)
  • Amar Rohidan (50%)
  • Fakri Saarani (37%)
  • Khairul Fahmi (Keeper)  (35%)
  • Safee Sali (34%)
  • Aidil Zafuan  (31%)
  • Badrol Bakthiar (26%)
  • Bunyamin Umar (25%)
  • Safiq Rahim (25%)
  • Azmi Muslim (25%)
  • Azamuddin Akil (24%)
  • Gary Steven Robbat (21%)
  • Khyril Muhymeen (19%)
  • Kunanlan (13%)
  • Zubir Azmi  (13%)
  • Norshahrul Idlan Talaha (11%)
  • Fadhli Shas  (7%)
  • Shakir Shaari  (7%)
  • Farizal Marlias (Keeper) (6%)
  • Wan Zack Haikal (5%)
  • Mahali Jasuli  (4%)

20 December 2012

Bila pelakon CZ12 terlebih seksi kat Malaysia (Update!)

Wow! Jackie Chan pun tak boleh tahan tengok....
NOTA:
Ada tambahan info dan gambar lain di bawah...

POS ASAL:
Haha... Kesian dengan artis wanita Hongkong yang sorang ini. Gara-gara "tersilap" memilih gaun yang menampakkan sebahagian besar payu daranya, dia menjadi resah gelisah ketika sesi temubual bersama wartawan di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

Yao Xintong yang merupakan pelakon wanita dalam filem terbaru Jackie Chan, CZ12 datang ke Malaysia bersama-sama Jackie dan seorang lagi pelakon wanita filem tersebut, Zhang Lanxin.

Bagaimanapun, ketika sesi bertemu pengenalan sempena tayangan perdana filem itu di Kuala Lumpur beberapa hari lepas, Xintong yang memakai gaun yang seksi sehingga menampakkan sebahagian besar payu daranya kelihatan resah gelisah.

Dia acap kali membetulkan lengan bajunya yang tersangkut di bawah bahu sehingga menonjolkan lagi apa tertonjol. Mungkin dia perasan ramai mata-mata nakal duk perhatikab di bahagian asetnya itu sehingga dia pun naik resah.

Agaknya dalam hati dia menyesal memilih pakaian tersebut untuk dipakai ketika sesi di Kuala Lumpur. Mungkin Xintong tak tahu kalau orang Malaysia ni susah nak dapat tengok "benda baik" macam tu secara percuma di khalayak ramai. Sebab itulah asetnya menjadi tumpuan.

Hehe... Mungkin pelakon ni fikir KL macam Kawloon atau Hollywood!

Haiya amoi aaa... Lu mau seksi-seksi aa or mau nude aaa... lu tunggu itu Ah Eng jadi PM laaa...




*Foto-foto ihsan seorang sahabat. Tq bro!


TAMBAHAN:
Rupa-rupanya perihal artis ini berpakaian seksi dalam majlis dan ditempat awam bukanlah asing.  Pada Festival Filem Toronto baru-baru ini, Xingtong turut mendapat perhatian apabila dia tidak memakai coli dan mengenakan gaun yang agak nipis sehingga menampakkan bahagian tuuuttt... nya. 

Diceritakan, ketika bergambar bersama pelakon utama CZ12, Jackie Chan memberikan anak patung beruang supaya Xingtong boleh menutup sedikit bahagian yang sememangnya ramai yang nak lihat. Ish... ish... ish...!!

Tengoklah gambar Xingtong ketika bergambar bersama pelakon-pelakon CZ12 di Toronto baru-baru ini.. Haishhh....

Pakaian Xingtong (kiri) yang dipakai ketika Festival Filem Toronto membuatkan Jackie Chan pun naik malu...

  

19 December 2012

Melayu DAP sama macam Melayu PKM?

Ramai yang tanya aku kenapa orang Melayu boleh masuk DAP dan kemudian hentam bangsa sendiri? Aku jawab apa nak hairan, kalau orang Melayu boleh masuk komunis apalah sangat kalau mereka nak masuk DAP. Kedua-dua jenis Melayu ini sama saja... tak yakin dengan bangsa sendiri dan jenis otak taruk kat buku lali.

Dulu orang Melayu masuk komunis sebab mereka percaya orang Cina boleh memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat. Taksub dengan slogan itu maka berduyung-duyung orang Melayu masuk komunis dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Maklum masa itu belum ada teknologi komunikasi dan multimedia maka orang Melayu yang masuk komunis tak tahu dan tak faham pun apa itu komunisme.

Sedangkan kenyataannya, PKM itu bukan setakat nak membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah Barat tetapi mereka mahu menguasai negara ini dan memperluaskan fahaman komunis di rantau Asia Tenggara. Tapi orang Melayu tak sedar tak tahu apa-apa.

Kalau ikut pengertiannya, komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

Erk... Bukankah fahaman komunis ini mirip-mirip dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP iaitu pembentukan "Malaysian Malaysia". Maknanya rakyat Malaysia mempunyai hak sama rata ke atas semua perkara tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Tiada bangsa Melayu, Cina atau India tapi hanya bangsa Malaysia. Semua agama boleh bina rumah ibadah masing-masing tanpa had dan tidak perlu ada raja-raja Melayu untuk menjadi ketua negara/negeri. Semuanya adalah hak rakyat...

Di bawah Malaysian Malaysia juga tiada kuota untuk bumiputera dalam sektor hartanah dan peluang pendidikan. Siapa berduit boleh beli banyak-banyak rumah dan siapa pandai boleh masuk U. Tak ada kuota-kuota. Semuanya berlandaskan meritokrasi. Sama tak macam fahaman komunis?

Kalau orang Melayu menganggotai PKM sebab mereka tidak tahu apa itu komunisme disebabkan tiadanya maklumat, bagaimana pula dengan Melayu yang menyertai DAP di zaman tekologi maklumat dan komunikasi berada di hujung jari dan telapak tangan? Korang fikirlah sendiri...

Yang jelas kalau dahulu orang Cina mempergunakan Melayu untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai blok komunis, sekarang Cina DAP mempergunakan Melayu untuk merampas Putrajaya dan membentuk "Republik Malaysia" ...

Jika nak sangat perubahan dengan menjadikan Malaysia seperti negara jiran di mana pemerintahan negara dikuasai anak beranak dan semua bangsa diberi hak sama rata, azan dari masjid dan surau tidak lagi boleh menggunakan pembesar suara yang boleh berkumandang sehingga ceruk taman dan kampung dan mahu melihat anak-anak Melayu tidak boleh masuk U dan hanya layak jadi nelayan dan petani.

Atau nak tengok tiada lagu kuasa raja-raja Melayu dan nak tengok macam mana orang Cina menjadi TUAN dan orang Melayu menjadi HAMBA di bumi sendiri, marilah kita pakat sokong DAP dan pastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti atau PRU akan datang...

Hidup Cina... Hidup DAP.... Pergi mampus Melayu.. Pergi jahanam UMNO!!!

18 December 2012

AirAsia oh AirAsia....

Banyak kos tersembunyi disebalik tawaran seperti ini!
AirAsia kena denda oleh mahkamah Australia sebab tidak memasukkan cukai, caj dalam laman webnya. Ahahaa... Ini namanya penipuan secara halus.

AirAsia ni memang banyak isu "hidden cost" yang tidak kita sedari. Khabarnya dulu kalau bagasi kurang daripada 15 kilo tiada bayaran, tapi sekarang semua kena caj. Ada kawan aku terlewat 5 minit dah dibatalkan tiket walhal penumpang belum masuk dalam kapal terbang lagi dan pintu belum ditutup.

Banyak lagi komplen-komplen berkaitan AirAsia sebetulnya. Tapi entahlah... aku pun tak pernah naik AirAsia... bahkan naik kapal terbang pun sekali dua je setakat ini...
AirAsia didenda A$200,000 kerana tidak memasukkan cukai, caj dalam laman web

MELBOURNE, 18 Dis (Bernama) — Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori “dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal”.
Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City..

Selanjutnya baca dalam Bernama Online
Tak ada ke pengguna AirAsia di Malaysia ni nak komplen pasal hidden-hidden cost AirAsia ni? Atau sememangnya kita tidak ada undang-undang untuk menghukum pihak-pihak yang berbohong secara halus macam ni? Macam mana dengan Tribunal Tuntutan Pengguna?

Entahlah... Ramai yang mengakui bahawai AirAsia adalah penerbangan paling murah. Campur tolak dengan  kos-kos tersembunyi itu, ia tetap masih murah. Cuma biasalah kalau murah tu. Ada saja yang tak memuaskan...

15 December 2012

Antara Adam Lanza dan Israel, siapa lebih kejam?


Hari ini satu dunia berduka apabila 20 kanak-kanak berusi antara 5 hingga 10 di sebuah sekolah rendah di Connecticut, AS terbunuh selepas seorang remaja 20 tahun melepaskan tembakan rambang di kelas mereka. CNN dan media-media AS duk siarkan cerita mengenai tragedi ini seharian. Malahan Barack Obama juga menangis di hadapan wartawan, sedih dengan apa yang berlaku.

Tapi  apakah dunia juga berdukacita apabila rejim zionis Israel dengan sewenang-wenang melepaskan peluru berpandu ke rumah-rumah awam di Gaza sehingga mengorbankan ratusan (bahkan sudah ribuan) nyawa tidak berdosa, yang antaranya adalah kanak-kanak?

Apakah Barack Obama menangis apabila menyaksikan mayat anak-anak Palestin ini bergelimpangan dibedil peluru berpandu Israel? Tidak... tiada siapa pun peduli. Obama sendiri menyokong serangan tersebut dengan alasan Israel mempertahankan diri daripada serangan Palestin. Malahan pemimpin Melayu/Islam yang konon begitu alim dan bersih seperti Anwar Ibrahim sendiri turut menyokong Israel (Rujuk kenyataan: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”).

Bagi aku, amukan Adam Lanza ke atas kanak-kanak itu adalah sekelumit sahaja berbanding mangsa serangan membabi buta Israel dan penderitaan keluarga kanak-kanak itu juga adalah secuit sahaja berbanding penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Bukan aku menyokong tindakan Lanza tetapi sikap double-standard para pemimpin dunia (terutama Barat), rakyat AS, rakyat seluruh dunia terhadap nasib kanak-kanak Palestin. Mereka menggambarkan kematian 20 kanak-kanak seolah-olah satu tragedi maha dahsyat yang sukar untuk dimaafkan tetapi apabila Israel menyerang dan membunuh kanak-kanak Palestin, mereka semua tersenyum tanda kepuasan!

Oh...Kejamnya dunia!

14 December 2012

Wajarkah manusia ini dibiarkan hidup?


Wajarkah manusia ini dibiarkan hidup? Dengan merogol kanak-kanak dan remaja sehingga ada mangsa yang meninggal dunia, apakah kesalahannya itu masih boleh dimaafkan?

Apakah masih ada peguambela yang sanggup membantu membebaskannya atau meringankan hukumannya?

Aku percaya kalau dia tidak membunuh seorang pegawai perhutanan Bentong dan merogol isteri mangsa  tempoh hari yang membawa kepada penangkapannya, sudah pasti masih ramai lagi kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa kerakusan nafsu syahwatnya.

Malah tidak mustahil masih ramai lagi anak gadis atau wanita yang menjadi mangsa nafsu buasnya yang mungkin tidak dilaporkan. Mungkin bukan sahaja di Bentong atau Raub, mungkin juga di negeri-negeri lain... siapa tahu?

Namun aku percaya, di luar sana masih ramai yang bersimpati dengan manusia ini, sepertimana mereka bersimpati terhadap peliwat bersiri seperti manusia seorang itu. Kalau mereka sanggup menggadaikan agama, bangsa dan negara mempertahankan peliwat bersiri berkenaan, sudah pasti mereka juga sedia mempertahankan manusia seperti ini.

Cuma bezanya manusia yang satu itu menggunakan darjat dan wang ringgit untuk memperdaya mangsa liwatnya, manusia yang satu ini menggunakan kudratnya untuk meragut perawan dan nyawa mangsanya.
Subhanallah...!

Persamaannya... kedua-dua manusia ini mengejar nafsu...

NAFSU SYAITAN!!!

13 December 2012

Harimau Malaya perlukan sentuhan baru!

Dua tahun lalu, percaturan Rajagobal menjadi sehingga mampu menjulang Piala Suzuki AFF.
Misi gagal!

Itulah yang boleh disimpulkan dengan perjuangan anak-anak buah K.Rajagaobal dalam mempertahankan Piala Suzuki AFF apabila disingkirkan Thailand dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-2 di Bangkok malam ini.

Skuad Harimau Malaya yang pada awalnya mencetuskan keraguan untuk menjayakan misi tersebut selepas melihat persembahan mereka ketika beraksi pada siri persahabatan bertemu Vietnam, Thailand, (tewas) Hong Kong dan Bangladesh (seri)  sebelum turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keresahan para penyokong dan peminat bola sepak negara menjadi kenyataan apabila Malaysia dijinakkan Singapura 3-0 pada aksi pertama. Bagaimanapun, Safee Sali dan rakan-rakan berjaya mengembalikan keyakinan penyokong dan peminat apabila berjaya membenam Laos 4-1 dan Indonesia 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Walaupun sekadar seri 1-1 di peringkat separuh akhir pertama, namun strategi Rajagobal  mempertaruhkan formasi 4-5-1 ternyata berjaya mengekang Thailand. Cuma sedikit kesilapan membolehkan skuad Gajah Perang itu berjaya memperoleh gol ketika beraksi di gelanggang lawan, sekali gus memberi sedikit kesukaran kepada Harimau Malaya beraksi di Bangkok.

Apa yang aku nak katakan, persembahan Harimau Malaya menentang Thailand malam ini jelas menunjukkan bahawa Thailand mempunyai kelas tersendiri dengan hantaran-hantaran tepat, penguasaan bola serta serangan-serangan berbisa.

Manakala Malaysia pula,  berbeza sekali permainan mereka malam ini berbanding Ahad lalu di Kuala Lumpur. Mungkin keputusan-keputusan pengadil memberi sedikit rasa tidak puas hati di pihak kita, khususnya tindakan melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Sas sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 50 minit terakhir.

Bagaimanapun secara keseluruhannya skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 dapat aku simpulkan bahawa:
  1. Corak permainan Harimau Malaya tidak konsisten. Sekejap baik, sekejap hancur.
  2. Teknik dan tektik yang diterap kepada pemain mudah dibaca pihak lawan, tidak variasi dan kreatif untuk mencari peluang gol.
  3. Rata-rata pemain kita lembik dan acap kali "tersungkur" di kaki lawan. Mungkin teknik merebut bola dari kaki lawan dan berhadapan dengan lawan perlu diperbaharui. Bukan sekadar menyondol atau menguis.
  4. Para pemain masih lemah dalam membuat hantaran-hantaran terutama hantaran jauh dan silang. Teknik hantaran masih lemah di sana sini. Sering kali menghantar ke belakang atau ke kaki lawan. Hantaran juga mudah dibaca pihak lawan
  5. Yang paling ketara ialah istilah yang sering aku guna - terkentut di tahiyyat akhir. Acap kali di hujung-hujung perlawanan kita sering longlai, bermain sambil lewa terutama ketika mendahului lawan.
Itulah antara kesimpulan yang dapat aku "kutuk" pasal Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF tahun ini. Oleh sebab itu, aku mencadangkan agar FAM mencari seorang jurulatih baru untuk membimbing skuad nasional. Bukan kata Rajagobal tidak bagus, tapi adalah lebih baik mencari jurulatih baru. Sekurang-kurangnya dapatlah menerapkan teknik dan teknik bola sepak lebih moden dan terkini di kalangan pemain kita.

Ketika seluruh negara ASEAN menggunakan jurulatih asing, apa salahnya jika Malaysia juga mencuba pula mendapatkan sentuhan jurulatih luar negara tetapi jurulatih itu biarlah yang baru dan bukannya recycle jurulatih asing yang sebelum ini.

Kalau pasukan negeri berani melabur berjuta-juta ringgit untuk membawa masuk pemain ternama dunia memeriahkan Liga Super tahun depan, atas alasan apa pula FAM begitu kedekut untuk keluarkan peruntukan yang lebih besar untuk membawa masuk jurulatih berkaliber dari luar.  Bukankah meningkatkan prestasi skuad negara itu misi utama FAM?

Dah tiba masa kita berubah!

Alahai Pas... Macam mana nak laksana hudud?

Dua isu kontroversi di Kelantan iaitu isu tangkapan pasangan gay Cina yang berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah kereta dan isu salon rambut menunjukkan bahawa Pas tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud. Sebabnya, kalau kedua-dua kes ini pun Pas susah nak buat keputusan tegas, bagaimana pula bila melibatkan kes-kes yang lebih besar.

Dalam kes tangkapan khalwat pasangan gay ini, kerajaan Pas Kelantan pada mulanya menafikan laporan media berhubung tangkapan itu. Mungkin mengelak daripada terpalit dengan kontroversi lagi selepas isu salon. Tapi akhirnya mereka mengakui wujudnya tangkapan tersebut dengan bersandarkan rakaman video! Sekali lagi... RAKAMAN VIDEO sebagai bukti!

Kes salon pula, kerajaan Pas Kelantan menangguhkan peraturan larangan menggunting rambut melibatkan pelanggan berlainan jantina di salon milik orang bukan Islam. Padahal sebelum ini mereka duk kata undang-undang itu sudah lama diguna pakai. Tapi sebab dipersoalkan oleh pemimpin tertinggi DAP, maka Pas Kelantan kena akur.

Itu belum laksanakan hukum hudud. Macam manalah kerajaan Pas ... OK... kerajaan Pakatan Rakyat nak menangani isu membabitkan pesalah Islam dan bukan Islam. Sebagai contoh, dua lelaki iaitu seorang berbangsa Cina, bukan Islam dan seorang lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam telah ditangkap kerana mencuri.

Aku memang bukan seorang yang arif dalam bab perundangan, apatah lagi perundangan Islam. Jadi aku nak tanya mereka yang pakar di luar sana, apakah hukuman ke atas kedua-dua pesalah itu berdasarkan HUKUM HUDUD PAS?

Sebabnya, bagi aku yang tak pandai ini, kalau mengikut hukum hudud yang Pas perjuangkan, hukum hudud untuk mereka yang beragama Islam. Jadi dalam kes ini, pesalah beragama Islam didakwa di mahkamah syariah (hudud) manakala bukan Islam di bawah mahkamah sivil. Kedua-dua didapati bersalah dan disebabkan pesalah beragama Islam tertakluk pada hukum hudud maka hukumannya potong tangan. Rakan sepencurinya yang bukan Islam pula didakwa di bawah undang-undang sivil dan hukumannya penjara 10 tahun.

Macam mana? Dah jumpa penyelesaiannya???

10 December 2012

Negeri berkebajikan... Yuran sekolah agama RM200++

Tahniah kerajaan Selangor kerana telah melaksanakan manisfesto pilihan raya lepas iaitu mewujudkan sebuah negeri berkebajikan. Malahan janji pakatan rakyat untuk memberikan pendidikan percuma termasuk menghapuskan PTPTN jika memerintah negara pun sudah dilaksanakan.

Ini terbukti apabila kerajaan Selangor mengenakan yuran lebih RM200 untuk mendapatkan pendidikan percuma di sekolah-sekolah agama di negeri itu. Sekolah-sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bukan sahaja cukup pemurah sehingga memberikan buku-buku teks percuma, malahan turut mengenakan yuran sebanyak RM20 sebulan.

Baru-baru ini ketika aku mahu mendaftar anak aku memasuki Tahun 1 di sebuah sekolah agama di negeri Selangor, aku diberikan sekeping kertas tertulis "Senarai Yuran Persekolahan Tahun 2013 - Yuran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)".

Di situ tercatat bahawa yuran keseluruhan termasuk yuran pendaftaran, yuran tambahan, yuran peperiksaan, yuran amali Islam (kokurikulum) dan yuran kebajikan; buku-buku teks Jakim; buku-buku latihan dan lain-lain yang berjumlah RM163.30 bagi tahun 1.  Bagi tahun 2,  3 dan 4  mencapai RM147.00 manakala tahun 5 dan 6 mencapai RM156.00. Semua bayaran itu tidak termasuk yuran bulanan sebanyak RM20 yg kalau dicampur semuanya boleh mencecah RM200 dan ke atas.

Bayangkan anak-anak aku yang akan berada di tahun 1, tahun 3 dan tahun 6 pada 2013 dan bayangkan berapa banyak yuran yang perlu dibayar untuk menikmati pendidikan agama Islam di negeri berkebajikan seperti di negeri Selangor ini? Mencecah RM1,000.00

Bayangkan bagaimana kesusahan rakyat Selangor yang berpendapatan rendah nak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama di negeri ini, tentu berfikir dua kali. Dan bayangkan juga jika semakin ramai anak-anak di negeri Selangor tidak menikmati pendidikan agama kerana bebanan yuran, apakah nasib mereka selepas ini?

Dan jika dalam tempoh 10 tahun lagi jumlah pengamal LGBT di Selangor meningkat, mereka yang mengamalkan agama pluralisme juga akan bertambah, malahan jika makin ramai remaja "berbuka puasa" di gereja-gereja juga semakin ramai, maka kita tahulah salah satu sebabnya!

Oh Selangorku!

06 December 2012

Bumi bergelap selama tiga hari? Lawak ke der?

Kedudukan bumi pada 23-25 Disember yang konon dikeluarkan Nasa... Heeee
Aku terima email dari seorang kawan yang aku kenal mengenai perkara ini. Bagaimana pandangan kalian mengenai hal ini?

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Aku percaya kalau fenomena ini akan berlaku, satu dunia sudah kecoh membuat persiapan untuk mengharungi hari-hari yang gelap. Bukan sejam dua tu tapi sampai tiga hari. Lawak ke der? Tapi sehingga kini tak ada pun sebarang berita mengenai berlakunya fenomena tersebut.

Lalu apakah kita patut mempercayai berita seperti ini dan kemudian menyebarkannya kepada rakan-rakan melalui email atau lain-lain media sosial? Fikir-fikirkanlah...

04 December 2012

AES lagi... Penjelasan Ketua Pengarah JPJ!

Berikut penjelasan Ketua Pengarah JPJ berhubung pemberian tender AES. Harap semua pihak termasuk rakan-rakan blogger yang tak puas hati pasal AES selama ini boleh hilang serabut sebab duk fikir pasal AES atau saman yang bakal diterima. Kalau lepas ni tak puas hati juga, elok naik basikal saja... AES gerenti tak ambil gambar!!
TENDER AES DIBUAT SECARA TELUS, KATA KETUA PENGARAH JPJ 

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.
Menurutnya keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 Sept lalu.
Solah yang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas dakwaan antaranya pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender, juga berkata pihaknya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.
Antara negara terbabit ialah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES, katanya.
Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja, katanya.
Menurut Solah, hasil laporan lawatan itu juga kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.
Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); TESS CAPITAL Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd.
(dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea. - BERNAMA ONLINE 4.12.2012
Selanjutnya baca di sini...

01 December 2012

Sejak bila lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dipinda?



Aku nak tanya, sejak bila rentak dan lirik lagu Warisan ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Tan Sri Nordin Kardi ini dipinda dan digubah semula? Sejak bila pula lirik "Melayukan gagah di nusantara" ditukar? Sejak bila lagu yang penuh semangat ini akhirnya menjadi sebuah lagu melankolik? Kenapa takut sangat nak nyanyikan "MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA?"

Aku tertanya-tanya perkara ini sebab sejak aku sekolah menengah lagi lagu Warisan ini mempunyai lirik seperti ini:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)


Tapi sekarang lagu yang boleh membangkitkan semangat orang Melayu, menyedar orang Melayu dan boleh menyebabkan segala roma tegak berdiri jika dinyanyikan sudah diubah suai. Apakah dah jadi yeop?

Ini lirik lagu Warisan versi baru...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Hemm... Entahlah!

Najib... Sediakan satu kerusi untuk Fathul Bari!

Kalau aku boleh memberi cadangan dan kalau Najib seorang pendengar suara akar umbi, kat sini aku nak cadangkan agar satu kerusi diberikan kepada Ustaz Fathul Bari untuk bertanding pada PRU-13 nanti, tak kiralah kerusi DUN atau sebaik-baiknya Parlimen.

Bukan sebab aku ada kepentingan dengan Ulama Muda UMNO ini tetapi sebab aku yakin kalau namanya diletakkan di mana-mana kawasan di Perlis, aku yakin dan percaya Fathul Bari mampu memberi kemenangan besar kepada UMNO/BN.

Auranya cukup kuat dan suaranya sangat didengari oleh rakyat dan pengundi. Malahan dia juga dihormati oleh lawan sebab keilmuannya yang tinggi dalam bidang Islaman.

Buktinya masa dia menjadi pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, seluruh PWTC baik di Dewan Merdeka, ruang legar di Aras 2 atau di Riverside menjadi sunyi sepi. Sebahagian besar mereka yang ada di sekitar itu memberi tumpuan terhadap pidatonya. Cukup lantang, bernas tetapi dalam maknanya.

Dalam dia duk hentam pembangkang, sempat juga dia menjentik orang-orang UMNO. Hebat... Malahan masa Pengerusi Tetap minta Fathul menamatkan hujannya kerana masa sudah habis, hadirin di Aras 2 yang mengikuti pidatonya di skrin besar menjerit-jerit membantah kerana belum puas mendengar hujahannya.

Masya-Allah...

Najib, berilah ruang dan peluang kepada ulama-ulama muda dalam UMNO ini untuk sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi Parlimen di setiap negeri. Insya-Allah, jika ulama-ulama muda ini bertanding, aku yakin dan percaya kemenangan besar berada di pihak BN.

Ulama-ulama muda ini boleh menjadi tentera untuk menentang fatwa-fatwa sesat Pas sebab selagi fatwa sesat ini tidak diperbetulkan, semakin ramai umat Islam di negara ini sesat dan menyesatkan oleh parti sesat macam Pas!

30 November 2012

Duk bayang Najib buat kejutan esok, umum bubar Parlimen

TERKINI (1 Dis 2012 / 7.30pm)
Apa yang duk dibayangkan tu tak menjadi. PM tak ada cakap nak bubar Parlimen cuma dia cakap nak kaji Akta Bangkrap, naikkan pinjaman AIM dan tubuh institut kepimpinan UMNO....!

POS ASAL:
Bayangkan tiba-tiba Najib umum bubar Parlimen esok... Wow!
Tadi duk sembang-sembang dengan kawan-kawan kat riverside tepi sungai sebelah PWTC pasal ucapan penggulungan oleh Najib esok. Seorang sahabat tiba-tiba kata, bagaimana kalau Najib buat kejutan masa gulung perbahasan esok. Najib umum nak bubar Parlimen hari Isnin.

Pergh... memang terangkatlah kalau betul esok Najib umum nak bubar Parlimen. Sudah pasti akan menjadi sejarah besar dalam politik negara. Bukan sebab cerita nak bubar Parlimen sudah diketahui media dinafikan PM, tapi alih-alih mengadap Agong macam 2008 lepas. Tapi sejarah tercipta sebab inilah kali pertama pengumuman pembubaran Parlimen di buat ketika Perhimpunan Agung UMNO.

Aku pasti kalau Najib buat "kerja gila" - umum bubar Parlimen masa PAU - sudah pasti sejarah Tun Dr. Mahathir yang umum nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO dulu akan terpadam seketika. Memang terangkat habis.

Mana tidaknya, selama lima hari para pemimpin UMNO seluruh negara dah diberasap dan ditanam semangat perjuangan sedalam-dalamnya, semangat sebahagian besar orang UMNO dalam mod siap siaga dengan semangat menyala dan berkobar-kobar, alih-alih Najib umum PRU akan bermula dalam tempoh 60 hari mulai Isnin ini. Tak ke gila tu?

Tapi kawan aku tu cuma membayangkan saja. Katanya, kalau Najib betul-betul nak buat kejutan, inilah masanya. Bayangkan sedang dia sudah war-war akan bercuti mulai pertengahan bulan ini, dan kemudian ramai juga para pemimpin UMNO/BN pun dah tempah penerbangan nak berehat, alih-alih PM pusing 180 darjah dan umum bubar Parlimen.

Mesti terangkat habis dan puak-puak pembangkang sudah pasti terkangkang sebab tak jangka Najib buat kejutan sebesar itu. Anwar pun akan terkincit-kincit sebab tak jangka...

Mungkinkah kejutan ini berlaku? Kita pakat tunggu esok!


Pssstt... Lebih terkejut kalau esok semua perwakilan UMNO termasuk Presiden UMNO pakai jersi "Harimau Malaya" sebagai tanda sokongan terhadap skuad Malaysia menghadapi Indonesia pada perlawanan hidup mati, malam esok... Ada berani?

27 November 2012

Pas cakap besar... pasal salun pun nak bergocoh!

Isu gunting rambut pun bermasalah, camna Pas nak laksana hudud?
Pas sekian lama menipu rakyat dan bercakap besar konon andai pakatan rakyat memerintah maka hukum hudud akan dilaksanakan dan Malaysia akan dijadikan negara Islam.

Tapi belum pun hudud dilaksanakan, Pas dah menggelabah apabila DAP herdik mereka soal larangan wanita menggunting rambut di salon di Kelantan. Aih... Macam mana nak buat hukum hudud kalau bab gunting rambut pun dah dapat bantahan DAP.

Sebelum ini mereka berbohong konon DAP menerima pelaksanaan hukum hudud tapi bila Karpal Singh berdehem saja, cepat-cepat pula Presiden Pas tarik "hand break" dan gostan kenyataan.

Heee... Kesianlah puak-puak yang percaya cakap Nik Aziz, Hadi Awang atau para pemimpin agung dan suci mereka soal penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana kenyataannya Pas sebenarnya takut nak laksanakannya... takut kepada DAP. Tapi depa duk bagi alasan tak boleh laksana hudud sebab UMNO menolaknya.

Bila dengar Nik Aziz kata UMNO yang tolak hudud, maka penceramah-penceramah mereka termasuk ustazah "maggie mee" mereka pun buat serangan ke atas UMNO termasuk kata "UMNO tak layak bercakap soal agama sebab menolak hudud dan hukum Islam".

Sedangkan apa yang UMNO tolak ialah hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas yang antaranya termasuk membenarkan suami meliwat isteri, bukannya hukum Islam berlandaskan al-Quran. Hudud Pas ini pun ditolak oleh MCA (Chua Soi Lek) tapi puak depa duk pusing kata UMNO bersubahat dengan Soi Lek hina Islam dan tolak hudud sebab UMNO tak bantah cakap Soi Lek.

Sebenarnya mereka duk spin kenyataan Soi Lek ni sebab mereka gementar dengan sergahan Karpal Singh yang awal-awal lagi dah bagi warning suruh Pas langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud.

Inilah puak-puak Pas yang Ustaz Mohd Nor Derus kata parti yang semakin sesat dan menyesatkan akibat gila kuasa dan nak kejar Putrajaya.

Puak Pas duk larang orang UMNO bercakap mengenai Islam tetapi pada masa yang sama mereka menyokong orang kafir memurtadkan orang Islam, mempermainkan ayat-ayat al-Quran, menggunakan kalimah "Allah" dan masuk ke dalam masjid tanpa menutup aurat.

Subhanallah....

26 November 2012

Dua modal global hasutan Yahudi jatuhkan negara Islam!

Kejatuhan negara-negara Arab (Arab Spring) dikaitkan dengan gerakan Yahudi
Percaya atau tidak sebetulnya dua perkara ini merupakan modal utama Yahudi dan Barat untuk menjahanamkan sesebuah negara yang mereka inginkan, terutama negara-negara Islam sejak dahulu, iaitu RASUAH dan PILIHAN RAYA TIDAK ADIL.

Kalau kita perhatikan, kejatuhan satu persatu negara-negara Arab baik Mesir, Libya, Syria hinggalah kepada krisis politik di Filipina, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain juga dikaitkan dengan rasuah dan pilihan raya tidak adil dan bersih.

Lalu modal yang sama turut digunakan Yahudi dan Barat untuk menjahanamkan Malaysia melalui orang-orang mereka yang dimomokkan untuk mengambil alih tampok pemerintahan di negara ini. Modal amalan rasuah dan pilihan raya tidak adil dan bersih diwar-warkan pembangkang walaupun kenyataannya mereka sudah memenangi lima negeri pada PRU lalu.

Bagi mereka PRU tetap tidak adil dan bersih sehinggalah mereka memenangi Putrajaya - tindakan sama ketika perbicaraan Anwar berhubung kes liwat. Sistem kehakiman dihentam setiap masa dan setiap ketika, malah turut berusaha mendapatkan serangan Barat. Tetapi apabila Anwar dibebaskan, mereka menutup buku. Dan isu pilihan raya tidak adil akan ditutup buku sehingga mereka menguasai pentadbiran Putrajaya - Satu-satunya matlamat dan janji pembangkang kepada penyumbang dana dari luar negara.

Momokan rasuah dan pilihan raya tidak adil juga adalah sebagai pelindung mereka apabila mereka kalah dalam PRU, iaitu dengan menyalahkan SPR dan kerajaan sedia ada. Sebaliknya, jika mereka menang, tiada sebarang suara menyatakan PRU itu tidak adil.

Inilah modal bagi Yahudi dan Barat untuk menggerakkan doktrin mereka ke seluruh dunia. Ingat bahawa Yahudi bercita-cita besar untuk menguasai dunia dengan dibantu oleh orang-orang mereka yang menguasai politik negara kuasa besar, terutama AS.

Jadi tak hairan kalau Anwar duk hari-hari tabur dakyah konon kerajaan rasuah dan amalan pilihan raya di Malaysia tidak adil. Sebabnya, beliau adalah antara kader pemimpin yang akan membawa panji-panji doktrin Yahudi ke bumi Melayu/Islam seperti Malaysia!

Awas!!!


Psssttt... 
Anwar pernah jadi Timbalan Presiden UMNO, tapi Anwar tak pernah jadi ahli Pas pun.... Jadi macam mana orang Pas kata mereka lebih kenal Anwar berbanding orang UMNO?


21 November 2012

Berani ke sahut seruan ini?

Nak tengok adakah Dewan Pemuda Pas, para pendemo Bersih 3.0, pejuang hapuskan PTPTN, ANAK, pendoa KO BN, yang kata UMNO murtad dan sewaktu dengannya yang duk berjihad nak jatuhkan UMNO/BN sanggup menyahut seruan ini?

Bagaimana dengan barisan Pemuda UMNO, Datuk Azeez dan Putera 1Malaysia, Perkasa dan NGO-NGO Melayu/Islam lain? Apakah sedia menyahut panggilan jihad ini?

17 November 2012

Harakah dikecam Utusan dijulang di Muktamar Pas!

Keputusan di Muktamar Pas di Kota Bharu!

Berita dari Muktamar Pas di Kota Bharu.

Aku diberitahu sahabat-sahabat yang berkampung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) bahawa para perwakilan khususnya dari Dewan Pemuda duk hentam surat khabar mereka, Harakah kiri dan kanan. Kata depa surat khabar tu dah makin merosot dan kurang kredibiliti.

Aih.... Surat khabar "UNTUK AHLI SAHAJA" tetapi dijual kat semua orang pun boleh merosot ke? Kalau Utusan merosot tu fahamlah Utusan surat khabar pemfitnah rakyat (kata puak depa laaa) tapi bila surat khabar yang benar sebenar-benarnya macam Harakah pun merosot, itu yang aku musykil.

Merosot sebab orang Pas dah tak nak baca Harakah atau sebab ahli Pas yang berkurangan? Heee... Kesian... Depa baru tersedar kalau surat khabar yang depa duk kepit bawah ketiak dan usung ke hulu ke hilir tu rupanya tadak kualiti dan kredibiliti.

Dalam duk perwakilan hentam Harakah, hari ini khabarnya Utusan Malaysia disanjung di dalam muktamar. Sebabnya Utusan buat laporan pasal empat beranak yang meninggal dunia di Sarawak sebab terhidu asap beracun. Rupa-rupanya semua yang meninggal itu ahli Pas Sarawak. Hah...!! Kejadian macam ni Harakah tak lapor, jadi Utusan sajalah harapan depa untuk baca berita macam ni.

Harakah sekarang duk ralit cerita pasal kehebatan Anwar Berahim dan Lim Kit Siang saja. Tadak ruang untuk berita-berita pasal nasib ahli-ahli Pas ni. Memang patut depa kata Harakah dah tadak kredibiliti.

Satu lagi, aku diberitahu surat khabar Utusan memang laris sekarang, terutama di Kelantan sebabnya depa nak baca laporan pasal Muktamar Pas. Maklum dalam duk sibuk mereka boikot Utusan, duk kata Utusan surat khabar fitnah, tapi ahli-ahli kena juga beli dan baca Utusan untuk dapatkan laporan berita sekitar muktamar. Nak harap Harakah... hemmm.... tadaklah! Malaysia Kini? Jauh sekali... Harakah Daily pun tak boleh pakai!

Heee... Betullah orang kata, Harakah ni memang sesuai buat istinjak kalau kat Selangor tadak air!

16 November 2012

Beza perangai pemimpin mereka dan penyokong mereka...

PEMIMPIN MEREKA:
Bodoh piang... Otak letak kat lutut! Orang macam ni ke bercita-cita nak jadi TPM? Hee... Selisih malaikat 44. Mintak maaflah... Kalau dah perangai macam puak-puak kafir harbi macam ni, bye bye jelah...! Tak ada rakyat yang mahukan pemimpin seperti ini. Harap berserban sebesar tempayan, berjubah sampai ke tanah tapi hati busuk!

Pijak Tok Guru... pijakk..!!

PENYOKONG MEREKA:
Penyokong mereka lebih menggunakan akal daripada otak. Sebab itulah mereka tak peduli seruan pemimpin mereka. Pijaklah poster tu sampai lebam tapi kenyataannya wang ehsan dan BR1M tetap depa sapu. Bak kata orang-orang tua, rejeki jangan ditolak... musuh jangan dicarik!

Tengoklah penyokong mereka yang memang jenis muka tak malu! Hehe...

Ambik pakcik... ambik...!

Rilekslah... England pun kalah....

Ibrahimovic meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol buat Sweden ketika menewaskan England 4-2... Eh! England pun kalah?
Tiba-tiba teringat pertemuan aku dengan bekas orang kuat bola sepak negara, arwah Datuk Bakar Daud ketika aku berkunjung ke pejabatnya sekitar tahun 1990-an dahulu. Masa itu arwah menjadi timbalan menteri dan masih menjadi orang penting dalam FAM.

Bila aku melangkah masuk ke muka pintu pejabatnya, aku lihat arwah sedang berehat di mejanya sambil menyedut asap rokok. Aku diberitahu PA-nya, beliau baru selesai bermesyuarat dengan pak menteri dan para pegawai kanan kementerian.

"Datuk, macam mana ni... Malaysia asyik kalah saja?" spontan aku tanyakan soalan pasal bola kepadanya ketika kami bersalaman. Maklum aku tahu sangat kalau arwah ini lebih tahu perihal bola sepak daripada portfolio yang dipegang pada masa itu.

Dia cuma tersenyum sambil pantas menjawab: "Alaaa... Brazil pun kalah...".

Jawapan yang diberikan itu sungguh membuatkan aku terdiam. Orang kata mati kutu. Sebab apa? Sebab kenyataannya itu betul. Bola kan bulat. Sepanyol yang juara Piala Dunia dan Piala Eropah pun tak selalunya menang.

Jadi bila orang ramai mula bercakap pasal prestasi skuad negara sekarang, aku cuba berfikir macam arwah Bakar Daud berfikir! Bola itu bulat... England pun kalah, inikan pula skuad Harimau Malaya. Jadi bukan suatu yang menghairankan kalau kita kalah atau sekadar mencatat keputusan seri. Kita tidak mungkin akan sentiasa menang sebab yang main bola adalah manusia.

Betul kita juara bertahan Piala Suzuki, pemenang pingat emas Sukan SEA tapi mempertahankan kejuaraan sebenarnya jauh lebih sukar berbanding memenanginya. Sebabnya, pertama tekanan yang dihadapi pemain dan pengurus memandangkan beban tanggungjawab yang diberikan seluruh rakyat Malaysia terhadap mereka.

Kedua, semua pasukan yang bertanding akan berusaha semaksimum mungkin untuk merampas piala yang dimenangi. Yelah, kalau sebelum ini Malaysia boleh menang, takkanlah kali ini mereka nak lihat sahaja. Sudah pasti mereka menggandakan usaha untuk merampas kejuaraan. Dan kita pun tidak kurang usaha untuk mempertahankan piala yang dimenangi.

Bagi aku simple saja. Jangan cepat emosi dan jangan cepat melatah. Kita tunggu dan lihat prestasi skuad negara pada aksi sebenar dalam Piala Suzuki nanti. Sekarang ini bagi peluang kepada Rajagobal dan para pemain.

Lepas Piala Suzuki nanti baru kita cerita....!

15 November 2012

Najib....! Kasi perempuanlah jaga KK!!

Sebab apa aku kata macam tu? Sebab selalu sangat pegawai tinggi kanan Kementerian Kesihatan (KK) dikaitkan dengan kes khalwat. Sebelum ini bekas KSU kementerian itu kena cekup berkhalwat dengan seorang pegawai kanan MAMPU kat Johor tahun 1997 lalu, semalam kes Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Hasan Rahman pula.

Sebelum ini bekas menterinya, Chua Soi Lek pun pun kantoi rakaman seks dengan seorang perempuan di sebuah hotel di Batu Pahat. Pokoknya bila berkaitan dengan KK, ada sahaja kes-kes yang melibatkan nafsu syahwat, kes khalwat.

Aku tak tahulah kenapalah pegawai yang berkaitan dengan kementerian ini banyak sangat kes-kes khalwat ini. Agaknya sebab kementerian ini paling mudah dapat bekalan ubat kuat kut? Heee.... Sebab itulah aku kata elok kasi orang perempuan jaga kementerian ini. Maklum orang perempuan jarang benar telan ubat-ubat kuat ni. Kalau adapun depa minum jamu rapat atau paling tidak cucuk botox... Haha...

Cerita pasal ubat kuat ni sebetulnya sudah bersepah kat pasaran Malaysia ni, baik yang "original" mahupun generik dari India, China atau Thailand. Kalau dulu orang duk ingat Viagra saja yang boleh kasi power kaum lelaki (termasuk pakcik-pakcik kat KK), rupa-rupanya macam-macam jenis ada. Ada yang dah diluluskan KK, ada juga yang belum diluluskan.

Iklan ubat kuat terpampang di mana-mana di Lembah Klang...

Bahkan kita juga kerap jumpa banner iklan "ubat kuat untuk lelaki" kat tepi-tepi jalan, kat tiang lampu isyarat atau kat mana sahaja terutama di Lembah Klang ni. Ubat kuat ni mana datang kalau bukan "Made In China?". Tapi setengah lelaki peduli apa China ke, India ke, janji kasi "up" kira okelah.

Sebab itulah sekarang ini siapa yang nak lariskan kopi mereka kena kasik taruk "bahan penaik" baru laris. Ini jam macam-macam kopi seperti itu berlambak kat kedai kopi ... kopi jantan, kopi janda, kopi ginseng, kopi tongkat ali... pokoknya kopi-kopi yang boleh melonjakkan tenagalah!


Hemmm....

12 November 2012

Pemimpin Pas Terengganu larikan anak dara orang ke Siam?

Seorang kawan lama aku beritahu ada seorang pemimpin Pas Terengganu telah dinasihatkan berundur kerana membawa lari anak dara orang untuk berkahwin di Thailand. Kawan aku tu memang totok Pas sebab arwah bapanya juga seorang pejuang Pas sejati di daerah Dungun.

Katanya tindakan pemimpin Pas tersebut tidak disenangi oleh para pemimpin dan penyokong Pas di negeri itu tetapi mereka mengambil sikap berdiam diri kerana mengikut kaedah Islam -- tidak boleh mendedahkan dan menabur cerita keaiban pemimpin Pas lain (kalau pemimpin UMNO tak apa gamaknya... heee). Katanya kalau nak tabur cerita pasal pemimpin ini, tujuh hari tujuh malam pun tidak habis-habisnya... Ish ish ish...

Aku tak pasti bila peristiwa ini berlaku tapi kawan aku baru memaklumkan hal ini beberapa hari lepas. Mungkin ada kaitan dengan cerita ini?

Kawan aku itu mengakui bukan semua pemimpin Pas istiqamah dengan Islam sebaliknya ramai yang mengejar kemewahan dan kebendaan dengan bertopengkan Islam. Tetapi sebab berpegang kepada kaedah "tidak boleh mendedahkan keaiban orang" seperti termaktub dalam ajaran Islam, maka semua perlakuan pemimpin sedemikian dibiarkan oleh pempimpin dan penyokong Pas lain.


Atas sebab itu jugalah gamaknya para pemimpin Pas termasuk para ulama dalam Majlis Ulama Pas berdiam diri dengan kenyataan Nurul Izzah yang menyokong orang Melayu bebas memilih agamanya. Tapi akan lantang terpekik terlolong kalau kena  batang hidung orang UMNO.

Tak gitu kawan??

Gara-gara "swinger party" lelaki Belanda maut telan Viagra!

THE HAGUE 12 Nov. - Seorang lelaki Belanda mati akibat serangan jantung di sebuah parti seks selepas dia dikatakan mengambil campuran dadah dan Viagra, lapor akhbar terkenal Belanda, hari ini.
Lelaki tersebut yang hanya dikenali Luc W., 43, menghadiri parti "swinger" di Belgium apabila mendapat serangan jantung dan pengsan, lapor akhbar Algemeen Dagblad (AD).
"Dia kemungkinan besar mangsa pengunaan dadah dan kemungkinan juga Viagra," lapor akhbar berhubunug insiden yang berlaku awal Ahad, di bandar Flemish, Essen yang bersempadan dengan Belanda.
"Parti itu diadakan di sebuah garaj tertutup. Kira-kira 4 pagi (waktu tempatan) apabila tiba-tiba ia berlaku," lapor AD sambil berkata, mangsa "tidak sedarkan diri".
Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, suaminya seorang "lelaki yang mudah disayangi".
"Luc adalah seorang pemandu truk dan kurang tidur. Doktor sudah memberi amaran kepadanya sebelum ini bahawa jantungnya tersumbat," kata isterinya.- AFP
Hemmm... Khabarnya "swinger party" juga kerap kalil dianjurkan di negara ini. Mereka mengadakan parti ini secara tersembunyi elak diketahui umum. Khabarnya juga parti seperti ini turut melibatkan pasangan suami-isteri Melayu/Islam, pasangan VIP dan kalangan yang berfahaman macam Anwar Ibrahim anak beranak. Heee...

Tak ada penyakit jangan cari penyakit... Samalah macam Nurul Izzah... tak ada pasal, jangan duk cari pasal. Kan sendiri sudah tak tentu hala... Nasib baik Nik Aziz ada, kalau tidak sudah tentu depa tak ada tempat nak taruk muka!

Baca juga: Swinger semakin trend di kalangan pasangan Melayu/Islam

09 November 2012

Wacana kembalikan Pas ke landasan asal esok!

Aku terima satu SMS petang ini berbunyi begini...
"Mesti hadir, Panas!!!! Wacana Kembalikan PAS Ke Landasan Asal akan diadakan pada hari sabtu 10 Nov bermula jam 8:30am-1:30pm di Hotel Vistana KL. Akan dihadiri ahli2 PAS dan bekas pimpinan tertinggi PAS."
Aku rasa ini bukan kali pertama wacana seperti ini diadakan oleh kumpulan penyokong Pas yang masih sayangkan parti Islam itu. Dah acap kali aku dengar mengenainya dan wacana yang akan diadakan esok tentunya lebih panas kerana ia diadakan ketika sedang meletus isu Nurul Izzah yang menyokong orang Melayu diberi kebebasan memilih agama.

Siapa yang menjadi ahli panel wacana ini? Apakah Ustaz Nasarudin Mat Isa?

Sayang sekali aku tidak dapat menghadirinya sebab ada ketentuan lain. Sesiapa yang sayangkan Pas dan Islam bolehlah hadiri wacana ini.

08 November 2012

Siti pun kecewa dengan Nurul Izzah...

Wanita ini ke yang tanya soalan maut pasal kebebasan beragama di kalangan orang Melayu kat Nurul Izzah dalam forum tu....? - Sumber twitter @sitikasim
Namanya Siti Kasim atau Siti Z Kasim atau Siti Zubedah Kasim iaitu seorang peguam dan AJK Human Right Committee, Bar Council. Khabarnya dia seorang peguam keturunan Orang Asli, betul ke? Siti merupakan salah seorang komiti yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka tempoh hari.

Dalam FMT, Siti mengaku kecewa dengan Nurul Izzah yang pusing 180 darjah jawapan asalnya ketika dalam forum tersebut dengan kenyataan selepas isu ini dimukahadapankan oleh Utusan Malaysia, dua hari selepas laporan MalaysiaKini dan FMT sendiri.

Baca kenyataan Siti dalam FMT ini:
PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politician?s 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had "retracted" her remark.
"I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn?t think of the consequences," she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
"There's nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth," she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled Islamic state: Which vision,Whose responsibility, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech. 
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.

(Selanjutnya baca di sini...)
Jadi betullah Nurul Izzah sudah pusing jawapannya selepas isu ini disiarkan Utusan dua hari forum tersebut dan dua hari selepas portal berita propembangkang itu melaporkan apa yang dia cakap pada forum berkenaan?

Heee... Nak pusing macam mana lagi si Nurul Izzah ini. Nak salahkan media prokerajaan sampai nak saman Utusan, BH tapi dia lupa yang portal propembangkang yang terlebih awal mengeluarkan kenyataannya. Kalau nak kata media putar belit kenyataannya, nyata ada rakaman penuuh ucapannya yang TV3 duk siarkan.

Sekarang si penanya soalan itu sendiri pulak yang buat kenyataan dan ia dilaporkan oleh portal berita alternatif yang condong ke arah pembangkang jugak, bukannya dalam Utusan atau TV3. Jadi macam mana tu Nurul Izzah ooi...

Eloklah Nurul ni bungkus kain baju dan angkut lari ke kedutaan asing, macam bapak dia buat! Kemudian buat kenyataan konon ada orang sudah mahu bunuh dia. Amacam? Ok tak plot drama terbaru ini?

Apa jadi kalau masjid bincang pasal agama Kristian?

Masjid yang bersebelahan dengan gereja sudah menjadi pemandangan biasa di Indonesia atas dasar toleransi beragama. Apakah keadaan ini akan berlaku di Malaysia selepas ini?
Isu kenyataan Nurul Izzah yang menyokong orang Melayu diberi kebebasan menukar agama sebetulnya aku anggap sebagai "alarm" dari Allah yang mahu menyedarkan umat Islam khususnya para penyokong tegar Pas, PKR dan DAP bahawa agama Islam di negara ini sebetulnya makin terancam.

Soal kenyataan membabi buta Nurul Izzah satu hal dan aku taklah hairan sangat memandangkang mak bapaknya pun jenis tak tentu hala tetapi bercakap pasal agama mengalahkan mufti. Balik-balik duk jual nama Yusof Al-Qardawi, balik-balik Yusof Al-Qardawi. Dah kalau mak bapak pun jenis macam tu, apalagilah anak... tak gitu?

Yang aku nak persoalkan ialah bagaimana pihak gereja semakin aktif mengadakan forum bagi membincangkan soal agam Islam, soal kebebasan agama di kalangan orang Melayu. Apakah maknanya semua ini? Selepas kita dikejutkan dengan program memurtadkan umat Islam di bulan Ramadan tahun lalu sehingga membawa pemecatan Hasan Ali dari Pas, hari ini pihak gereja semakin galak membahaskan isu-isu berkaitan Islam secara terbuka dan terang-terangan.

Apakah ini membenarkan kegusaran sesetengah pihak bahawa wujudnya gerakan Kristianiasasi secara besar-besaran di negara ini jika kerajaan BN digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat apabila PM-nya adalah seorang Islam yang liberal, menyokong penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain serta penyokong tegar LGBT?

Aku percaya keberanian pihak gereja terus menerus menjadikan Islam sebagai agenda utama forum-forum agama di kalangan mereka adalah disebabkan oleh sokongan pemimpin Melayu dan Islam seperti Anwar Ibrahim anak-beranak. Ini ditambah pula dengan sikap ulama seperti Nik Aziz yang mengiyakan apa sahaja yang diucap dan dibuat oleh Anwar anak-beranak walaupun ia sah-sah menyimpang dari Islam dan perjuangan Pas yang kemudian didukung sepenuhnya oleh penyokong-penyokong tegar Pas dengan laungan "Takbir" mereka.

Sebenarnya Anwar anak beranak dan ulama seperti Nik Aziz inilah yang membuka jalan seluas-luasnya kepada gerakan Kristianisasi di negara ini, yang selama ini dibendung dan dihalang dengan begitu rapi oleh kerajaan kerana mempertahankan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama tertinggi dan tiada pihak yang boleh mempersoalkannya.

Cuma aku nak tanya puak-puak ini, apakah akan berlaku jika ada masjid yang menganjurkan forum-forum mengenai agama Kristian atau agama-agama lain selain Islam?

Aku yakin akan berlaku kekecohan besar dalam negara dan Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Tony Phua, Anwar, Nurul Izzah, Khalid Samad dan disokong oleh Nik Aziz, Mat Sabu, Hadi Awang akan menggunakan peluang ini untuk menyerang kerajaan dari pelbagai sudut. Silap hari bulan mereka akan berarak mengadakan demonstrasi di tengah ibu kota, dengan majoriti pesertanya adalah mereka yang berkopiah putih.

Tapi puak-puak Pas ini mana nak percaya kita cakap. Depa akan kata UMNO cuba menakut-nakutkan umat Islam dengan isu-isu seperti ini sebab nakkan kemenangan pada PRU-13. Sedangkan satu persatau Allah sudah tunjukkan di depan mata mereka tapi mereka mana nak percaya.

Seperti Hadi Awang cakap, isu Nurul Izzah (yang melibatkan akidah umat Islam) tidak penting tapi lebih penting adalah PRU-13 yang bakal dihadapi dan usaha untuk merampas Putrajaya! Masya-Allah... Jika beginilah, tunggulah bala yang Allah bakal turunkan!

Tapi masalahnya bila Allah turunkan bala (banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit...) puak-puak Pas akan kata, ini semua kerana UMNO yang menentang hudud! Tapi mereka tak sedar Allah turunkan bala sebab mereka sanggup menggadaikan agama dan akidah kerana mahukan kemenangan politik, mereka mengangkat pemimpin tidak bermoral, pengamal fahaman liberal, pengamal seks songsang dan penyokong LGBT.

Subhanallah....!!

07 November 2012

Rahman Bakar pernah buktikan Marang bukan kubu kuat Pas!

Rahman Bakar (tengah) yang tumbangkan Hadi Awang pada PTU-11
digugurkan Pak Lah pada PRU-12...
Hahaha... Anwar Ibrahim lupa gamaknya kalau Parlimen Marang bukanlah kubu kuat Pas apatah lagi Hadi Awang. Bila papa hebat ini mencabar Najib supatya bertanding di Parlimen Marang, aku percaya Anwar tidak tengok sejarah PRU-11 pada 2004 lalu.

Pada pilihan raya umum tersebut, BN berjaya merampas kembali Terengganu dari tangan Pas dan Hadi sendiri tewas di tangan Rahman Bakar di kerusi Parlimen dan hanya menang dengan majoriti 1,435 undi sahaja di kerusi DUN Ru Rendang menentang calon BN/UMNO Tengku Zainuddin Tengku Zahid.

Dan bila Anwar cabar Najib unutuk bertanding di Marang, jelas Anwar sebenarnya buta tentang situasi politik di Terengganu khususnya di Marang. Sebabnya, kalau seorang pemimpin seperti Rahman Bakar boleh menang di Marang, aku yakin dan pasti Najib sudah tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk menang di kerusi tersebut.

Lebih parah bila Anwar memperkirakan Hadi Awang akan menang jika bertanding di Pekan nyata satu kesilapan besar. Sebabnya selain orang luar, Hadi juga bukanlah sesiapa pun melainkan pemimpin pak turut yang sanggup menggadaikan agama semata-mata mahu mengejar Putrajaya.

Sudah pastilah pemimpin seperti ini akan ditolak mentah-mentah oleh orang Pekan. Tapi soalannya, berani ke Hadi nak bertanding di Pekan? Nak bertanding di luar Marang pun takut inikan pula mahu menyerah tengkok kat Pekan.


Pesan aku, Anwar tak usahlah buat kenyataan-kenyataan tolol seperti ini sebab dia sememangnya tahu bukan budaya dalam UMNO meletakkan calon-calon luar bertanding dalam pilihan raya. Sejak sekian lama UMNO sering kali mempertaruhkan calon tempatan untuk mewakili pengundi kawasan mereka.

Tak tahulah masa zaman dia jadi Timbalan Presiden UMNO dulu. Aku dengar ramai calon-calon tempatan dicantas kerana nak letak calon-calon kroninya. Begitu juga zaman Pak Lah. Tapi Najib sendiri sudah menjanjikan bahawa beliau akan mengutakan calon tempatan.

Daripada duk sibuk cabar mencabar pasal PRU-13, bukankah lebih baik para pemimpin rakyat (baik kerajaan mahupun pembangkang) pergi bantu mangsa banjir di Johor, Perak, Selangor dan Melaka nun.

06 November 2012

Nurul Izzah nak saman MalaysiaKini? Hehehe...

Berapa juta Nurul Izzah nak saman Nigel Aw & Malaysia Kini???
Wow...!! Takutnya... Nurul Izzah sudah naik angin pasal kenyataannya mengenai "orang Melayu patut diberi kebebasan untuk beragama" yang disiarkan oleh MalaysiaKini. Sehubungan dengan itu, anak papa itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.

Tak caya? Baca kenyataan media Nurul Izzah ni...
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012


UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya -  Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah -  untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas  Utusan Malaysia, Berita Harian, serta  kemungkinan beberapa media termasuk  blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah  aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian  dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini  diteruskan dan tidak teragak-agak untuk  mengambil tindakan undang-undang, demi  menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
merangkap Naib  Presiden KEADILAN
 Eh...? Bukan Malaysia Kini ke?? Aik???

04 November 2012

Asal bukan Neelofa....

Ni bajunya yang jarang.... gambar kat bawah pulak pasal seluar jarang nampak dalam... wow!
Semalam pelakon remaja Diana Danielle selamat diijabkabulkan dengan hero Melayu, Farid Kamil. Ramai yang kata Diana yang baru berumur 21 tahun terlalu muda untuk berkahwin... dengan Farid Kamil (31 tahun) lagi. Hero yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain termasuk Jue Aziz dan Erma Hasmy.

Bila aku tanya pendapat kawan aku pasal perkahwinan Diana-Farid sebentar tadi dia sengeh saja kat aku. Katanya dia tak peduli pun kalau Diana kahwin ke atau kahwin dengan siapa pun. Malahan dia tidak kisah pun kalau Rozita Che Wan, mak janda meletup itu nak berkahwin dengan lelaki muda... tapi jangan NEELOFA!

Katanya kalau Neelofa itu berkahwin sudah pasti ramai jantan-jantan baik yang berhidung belang atau tak berhidung sekali pun akan kecewa. Maklum pelakon dan pengacar itu kan tengah meletup-letup sekarang. Saham pun tengah melambung-lambung maka sudah pasti ramai yang akan kecewa... tak gitu?

Uik... Wakakaka... Memang betul. Tengoklah bila keluar gosip kata Hans Isacs duk nak himpit Neelofa... wah bukan main ramai lagi yang marah-marah dan melenting. Bukan takat kawan-kawan sepejabat aku malahan rakan-rakan blog pun bukan main lagi tak puas hati. Ada yang siap maki hamun pelakon dan pengarah yang dah berapa kali dah ditolak cintanya (memang suwei laa kau Hans... kena mandi bunga! heee!!) dik artis-artis cun, termasuk Erra Fazira.

Jadi kalau takat Diana yang nak kawin peduli apa pun, depa tak heran tapi jangan Neelofa! Wakakaka...

Ni yang Joyah Spot (Pancaindera 4.11.2012) tulis ni Neelofa ke?




Pssst...! Ada orang tanya aku betul ke ada pak menteri duk himpit Neelofa macam aku cakap sebelum ini? Wakakakaa....

Apabila bintang bola sepak dunia berbondong ke Malaysia...

Daniel Gonzales Guiza (kiri) bakal menyarung jersi Si Jengking manakala Robbie Fowler pula dikaitkan dengan skuad T-Team... Wow!
Wow...

Musim depan bola sepak Malaysia bakal dibanjiri para pemain ternama dunia apabila beberapa negeri dikatakan berbelanja besar untuk membawa masuk bintang-bintang bola sepak untuk bermain bersama pasukan masing-masing. Nama-nama seperti bintang Robbie Fowler, Derek Boateng, Michael Owen, Daniel Gonzales Guiza dan beberapa lagi telah disebut-sebut.
Mungkin agaknya ghairah melihat kejayaan besar ATM musim lepas yang mampu menjulang Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia hasil  "berbelanja besar" sehingga digelar pasukan "Manchester City Malaysia" (kerana berbelanja besar mendapatkan pemain terbaik di negara ini) sehingga menarik beberapa pasukan negeri untuk "membeli" para pemain ternama di peringkat dunia.

Johor dan Johor United (sebelum ini dikenali Johor FC dan Johor FA) yang kini diterajui oleh Tunku Mahkota Johor khabarnya sudah mendapatkan bintang Piala Dunia Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza dan sebelum ini berura-ura membawa masuk Michael Owen sebelum bekas pemain Liverpool dan M.U itu memilih Stoke City.

T-Team pula diwar-warkan akan mengambil bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler manakala bintang Piala Dunia Ghana, Derek Boateng juga dikatakan akan bersama pasukan bertaraf kelab tetapi dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu itu. Wow...

Jika para pemain tersebut berjaya dibawa ke mari, sudah pasti ghairah para peminta bola sepak di negara ini akan kembali melonjak seperti di tahun-tahun 1980-an dahulu. Sebabnya selain nak memberi sokongan kepada pasukan negeri atau kelab masing-masing, mereka juga mahu melihat aksi hebat para pemain bintang berkenaan.

Namun dalam keghairahan pasukan negeri membawa masuk pemain bintang dunia, aku harapkan ia memberi impak positif terhadap prestasi pemain bintang tempatan dan bukan sebaliknya. Maklumlah bila dah ada pemain bintang yang dibayar gaji beratus ribu sebulan, sudah pasti pasukan berkenaan mahu melihat pelaburan mereka tidak sia-sia. Jadi sudah pasti para pemain berkenaan digunakan sepenuhnya.

Aku mahu melihat prestasi para pemain negara melonjak apabila dapat beraksi bersama pemain bintang ini sepertimana berlaku di Jepun dan China apabila liga bola sepak membuka pintu seluasnya kepada pemain bintang dunia dan bukannya semakin hancur kerana "tidak berpeluang" untuk beraksi baik selepas tidak lagi menjadi ayam tambatan pasukan mereka.

Aku ambil contoh pemain macam Abdul Hadi Yahya dari Terengganu. Musim 2011 dia adalah penjaring terbanyak Liga Super dan membantu pasukannya menjulang Piala FA tapi bila pemain import dibenarkan beraksi di Liga Malaysia musim ini, tiba-tiba nama Abdul Hadi langsung tenggelam di sebalik kelibat pemain import Francis Forkey Doe. Malahan dia juga jarang dipeluang beraksi oleh pasukan itu. Di mana silapnya?

Jadi perkara-perkara macam inilah yang aku tak gemar lihat bila bola sepak kita mula dipenuhi bintang-bintang dunia. Aku harap prestasi pemain macam Shahrul Idlam Talaha, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Safiq Rahim (sekadar contoh) tidak ditenggelami oleh pemain bintang dunia apabila bermain untuk Johor musim depan. Begitu juga para pemain lain.

Tapi aku rasa alangkah baiknya usaha membawa masuk bintang bola sepak dunia ini turut disertai oleh sokongan korporat dan GLC untuk menaja pasukan-pasukan negeri dan kelab yang beraksi di Liga Super dan Liga Perdana. Jadi tidaklah pasukan ini hanya bergantung harap penajaan syarikat-syarikat buat kosmetik dan peralatan sukan semata-mata.

Kalau depa boleh taja pasukan bola sepak di luar negara, kenapa susah sangat mereka yang berbakti kepada pasukan tempatan? Haishhh... Tak fahamlah!

01 November 2012

AES ditangguh di negeri pembangkang... Tahniah RBF & Geng!

Kerja-kerja pemasangan kamera AES! Sah BN tumbang.... Hahahaha....

Ini antara sebab AES perlu dilaksanakan!

Empat beranak maut nahas kereta-lori muatan padi

POKOK SENA 1 Nov. - Empat beranak maut, manakala seorang lagi kritikal selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan padi di Jalan Tualang di sini petang ini.
Nahas berlaku pukul 2.30 petang kira-kira 7 kilometer dari rumah keluarga malang itu di Kampung Kubang Pisang, Pendang. - UTUSAN
Ini antara bukti bahawa kerajaan tidak memerlukan saman daripada AES untuk menampung "kewangan negara" dengan kadar segera!

Kutipan LHDN lebih RM98 bilion, lepasi sasaran

PUTRAJAYA 1 Nov. - Kutipan cukai tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga Okt lepas sudah menjangkau RM98.4 bilion melepasi sasaran awal, RM97 bilion.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkembangan itu menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, walaupun ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Menurutnya secara keseluruhan, tahun lepas LHDN mengutip RM109.679 bilion manakala tahun ini ia menyasarkan jumlah tersebut menjangkau RM120 bilion.
Beliau berkata prestasi LHDN ketika ini amat baik, namun ditanya sekiranya jumlah kutipan hasil akan melepasi sasaran ekoran prestasinya yang mantap, beliau enggan mengesahkannya.
"Kami telah menetapkan sasaran, kami tidak akan mengubahnya, sebarang tambahan merupakan bonus kepada kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2012 bertemakan "Inovasi Cemerlang, Transformasi Gemilang" di Menara Hasil, ibu pejabat LHDN di sini, hari ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Mohd Shukor Mahfar. - BERNAMA
Dan ini tempelak Menteri Pengangkutan kepada mereka yang beriya-iya TOLAK AES! .. Like like like!!

AES: Kerajaan lebih prihatin keselamatan rakyat - Cho Ha

PELABUHAN KLANG 1 Nov. - Keputusan empat negeri yang diterajui pembangkang untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menggambarkan pemimpin mereka tidak mementingkan soal keselamatan pengguna jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Empat negeri terbabit ialah Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
"Mungkin, empat kerajaan negeri itu tidak prihatin tentang statistik (kemalangan jalan raya), namun Kerajaan Persekutuan prihatin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Maritime Sedunia peringkat nasional yang bertemakan "100 Tahun Selepas Titanic" di Pulau Indah di sini, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum dilaporkan berkata bahawa penangguhan itu akan berterusan sementara menunggu rundingan dan pertemuan selanjutnya.
Mengenai sama ada AES itu akan dikaji berikutan bangkangan orang ramai dan ahli politik, Kong berkata: “Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan sebelah pihak." - BERNAMA
Soalan aku... Kenapalah korang cepat sangat gelabah bila tengok kamera AES terpacak kat tepi jalan. Sistem ni baru dilaksana dah tentu ada kelemahan sana-sini. Nak tunggu mantap baru nak start, alamat makin ramailah rakyat Malaysia yang hilang nyawa kat jalan raya.

Yang peliknya bila masa korang duduk buat kajian sehingga cepat menilai AES ni lemah? Adakah kamera AES ni di pasang di hadapan rumah kalian, di dalam kawasan perumahan atau taman-taman permainan? Tidak kan?? Atau adakah dengan memandang sepintas lalu kamera yang terpacak kat tepi jalan korang dah boleh tahu sistem itu lemah atau tidak? Tak kan???

Atau soalan paling simple aku nak tanya... apakah korang SUDAH MENERIMA SAMAN kerana dirakam oleh kamera AES? Belum lagi bukan.....

Jadi janganlah cepat sangat melatah bahawa sistem ini menyusahkan rakyat sedangkan kajian yang dibuat hanyalah sekadar kajian rambang. Dan lebih parah lagi belum apa-apa sudah UGUT kerajaan konon saman AES boleh menumbangkan kerajaan BN...

Aku ingat kalau ada kereta pecut lebih 140km sejam kemudian hentam kereta yang libatkan keluarga korang yang menyebabkan nyawa keluarga korang melayang baru korang akan kata... "KITA PERLU LAKSANAKAN AES!!

Teori aku senang saja... tak mahu dirakam dalam kamera AES dan tak mahu bayar saman.... pandu kereta ikut had laju yang ditetapkan dan jangan langgar lampu merah. Susah sangat ke???




Pssst...!! Aku blogger upahan Kementerian Pengangkutan & JPJ! Wakakaka.......