19 January 2012

Apa salahnya Khalid pegang portfolio hal ehwal agama?

Takat Khalid jadi Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam apa ada hal? Teo Nai Ching masuk masjid pun tak ada hal punya...!
Seorang sahabat aku bertanya, apa masalah bila Khalid Ibrahim pegang portfolio hal ehwal agama Islam masa rombakan Exco negeri itu semalam? Apakah portfolio itu hanya khas untuk wakil Pas saja? Kenapa Khalid sebagai MB tidak boleh pegang portfolio itu?

Hemm... Bila sahabat aku ajukan soalan itu, cepat-cepat aku Google nak cari adakah mana-mana kerajaan negeri di bawah BN yang portfolio agama Islam di bawah Menteri Besar? Hemmm... Ada iaitu Pahang. Apakah Adnan Yaakob ni orang Pas atau mempunyai latar pendidikan Islam? Tak ada... Macam juga Khalid Ibrahim.

Jadi aku bersetuju dengan sahabat aku itu bahawa tidak salah kalau Khalid memegang portfolio hal ehwal agama Islam yang sebelum ini di bawah Hasan Ali. Lagipun wakil Pas yang dilantik untuk menggantikan Hasan Ali pun bukan berlatar belakang pendidikan agama. Dr Yunus adalah seorang doktor perubatan.

Sebab dia orang Pas maka kita susah nak bezakan mana satu ustaz yang mendapat pendidikan Islam secara formal dengan bukan. Maklum orang Pas semua yang berceramah mereka panggil "ustaz" walaupun ada di antara mereka tu baru nak belajar-belajar perbetulkan bacaan al-Fatihah.

Cuma kalau bercakap dari segi moralnya, sepatutnya portfolio agama Islam ini sebaiknya diberikan kepada wakil Pas memandangkan Pas sahaja parti paling Islam di Malaysia ini dan para pemimpin dan ahli-ahli Pas pula merupakan ahli-ahli syurga. Maka hal ehwal Islam ini sepatutnya diberikan kepada ahli-ahli syurga ini. Itu saja...

Pemimpin dan ahli PKR tidak disebut pula oleh tok-tok wali Pas bahawa mereka adalah ahli syurga melainkan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang disetarakan dengan Imam Mahadi. Jadi kalau ikut fatwa tok-tok wali dan bijak pandai Pas ini, maka orang paling layak untuk mempengerusikan hal ehwal agama Islam ialah Anwar Ibrahim. Kalau sebelum ini Anwar jadi Penasihat Ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 maka elok sangat lantik pula sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Selangor dengan tambahan gaji RM1 lagi. Bukankah lebih molek?

Jadi orang UMNO/BN tak usahlah nak kecoh-kecoh pasal portfolio hal ehwal Islam Selangor ini sebab bagi kerajaan pakatan, semuanya tak jadi kesalahan dan bukan satu masalah pun. Kalau Khalid nak lantik Teo Nie Ching jaga hal ehwal agama Islam pun mereka kata tak apa dan disokong dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Kalau pakatan apa pun boleh... tak gitu yeop?

Share this

0 Comment to "Apa salahnya Khalid pegang portfolio hal ehwal agama?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.