17 January 2012

DAP mesin bantuan pernafasan pakatan di Selangor?

Rakyat Selangor anggap Khalid sebagai MB yang gagal dan kerajaan pakatan haram zadah Selangor juga gagal mentadbir Selangor lebih baik dari BN...
Bila Hasan Ali dipecat dari Pas ramai orang kata, habislah pakatan haram zadah kat Selangor lepas ni. Gerenti mereka kena pukul habis masa PRU-13 nanti. Sebabnya mereka kata selama ini kekuatan Pas di Selangor banyak bergantung kepada Hasan Ali.

Jadi bila Hasan disingkirkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat sebagai ahli Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri lalu banyak pemerhati politik membayangkan kerajaan pakatan Selangor sebetulnya sedang meniti kehancuran dan PRU-13 nanti tiada apa lagi yang boleh menghalang BN daripada merampas semula Selangor, melainkan "kekuatan" sokongan Cina kepada DAP.

Pas walaupun sebelum ini kelihatan "kukuh" di Selangor tetapi sejak pemecatan Hasan Ali, keadaan sudah berubah. Ini ditambah pula sikap pemimpin Pas negeri itu yang semakin menikus terhadap DAP berhubung isu murtad, rumah urut dan kedai arak menyebabkan ramai penyokong Pas mula kendur.

Malahan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Rani pula khabarnya ditolak oleh Sultan Selangor untuk dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan. Khalid Samad kalau bertanding lagi di Shah Alam aku pasti bungkus habis sejak isu kedai arak dan pembinaan kuil di kawasan penempatan majoriti Melayu dahulu, serta kelantangan beliau mempertahankan pihak gereja, termasuk isu murtad.

PKR pula sejak awal lagi tiada sebarang kekuatan di Selangor. Malahan Khalid Ibrahim sendiri ditolak oleh ahli-ahli parti itu di bahagiannya sendiri sehingga berlaku kekecohan ketika mensyuarat cabang. Azmin Ali pula hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim dan khabar "perebutan" jawatan dalam PKR termasuk rasa tidak senang Wan Azizah kepada Azmin juga melemahkan lagi PKR di negeri itu.

Nama-nama seperti Elizabeth Wong, Tian Chua dan beberapa nama lain dari PKR juga sudah lenyap ditelan pelbagai isu dan skandal manakala ada juga yang berpaling tadah dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Lalu di mana kekuatan pakatan haram zadah di negeri itu selepas ini? Tidak lain tidak bukan melainkan bergantung kepada serban Karpal Singh dan kain skirt Teresa Cock sahaja. Tanpa mereka, pakatan pembangkang di Selangor tumbang sebelum PRU-13 lagi. Pun begitu, pada masa kini DAP Selangor sendiri seolah-olah mula kendur dan tidak lagi selantang dahulu.

Dan aku percaya pada PRU-13 nanti, pakatan haram zadah sepenuhnya bergantung kepada sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina di bandar-bandar utama untuk mempertahankan kerajaan mereka sekarang hasil sokongan dan simpati mereka terhadap DAP. Namun jika BN "bijak" mengambil hati mereka, tidak mustahil mereka boleh menolak DAP.

Dalam hal ini, BN khususnya UMNO perlu bijak mengambil langkah untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor dan tindakan turun padang DS Najib ke Selangor temasuk melawat para peniaga di Kompleks PKNS di Shah Alam tempoh hari, adalah antara tidakan bijak yang perlu diteruskan oleh pemimpin peringkat negeri dan bahagian sehingga pilihan raya nanti.

UMNO Selangor juga perlu berhenti bercakap apa lagi bercakaran soal siapa yang harus menjadi Menteri Besar jika BN berjaya merampas Selangor kerana apa yang penting sekarang ialah menumbangkan kerajaan pakatan haram zadah. Soal siapa yang menjadi MB perlu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti. Lagi pun masih terlalu awal untuk membincangkan soal itu.

Aku faham ketika BN/UMNO makin ghairah untuk merampas Selangor dan ketika nyawa kerajaan pakatan haram negeri ini kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan DAP, sudah pasti ada kalangan pemimpin UMNO negeri sudah mula menyusun langkah bagi memastikan mereka menjadi MB.

Siapa nama mereka? Aku rasa hampir semua orang UMNO Selangor tahu...

Share this

1 Response to "DAP mesin bantuan pernafasan pakatan di Selangor?"

  1. lembu-lembu PAS dah hanyut kena kencing dengan DAP ... PKR dicucukkan dengan lidi oleh DAP ... Selangor semakin jadi DAP .. Shah Alam yang dulunyer tak pernah naik bendera DAP .. siap dah dijadikan konvensyen DAP .. makin lama makin lembu ... malangnyer UMNO Selangor pun dah kusam .. harapkan Hasan Ali .. rasa macam pelik .. dulunyer sanggup keluar UMNO kerana Anuwar .. sekarang ni kena keluar PAS pun kerana Anuwar .. meludah ke lantai di awan ler ..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.